1. Dia...Random Guy 2 - Farah Husain
2*
I loved DRG the novel. But this one...hmm, sorry, felt nothing. Rasa macam minum air gula tanpa perisa. And the ending, understand the reason tapi macam tak sesuai jer dengan budaya kita. Depan budak-budak tu...not a very good example...maybe.
2. Awek Pisang Goreng 2 - Syah Shah
3*
Novelnya masih tak terbaca walaupun dah lama kat atas rak tu. Konflik pengantin baru yang kena selalu berpisah kerana kerja si suami. Comel...even if a bit 'over the pagar'...hehe
3. Bukan Kerana Kebetulan - Hani Fazuha
2*
Too rushed sampai saya tak rasa apa-apa. Seolah-olah plot novel yang sangat tebal, tapi masih di peringkat jalan cerita tanpa perkembangan.
4. Pergi Tanpa Alasan 2 - Hani Fazuha
2.5*
Hmm...still very much a loving couple. Tapi tu la...bila orang cantik takut tak cantik lepas bersalin, takut suami lari. Kata cinta...takkan setakat luaran jer kot (haha...pandangan dari orang biasa2 yang jealous kot).
5. Maaf Tak Indah - Emy Roberto
2.5*
Karya pertama Emy Roberto yang saya baca. Walaupun ramai yang puji novel2 dia sangat best, belum terbuka hati lagi nak baca. Mula-mula baca, memang terasa nak lempang jer si Syazan tu. Mengada dan gedik tu satu hal la kan. But...'relationship' tanpa sikit pun rasa sayang? Asalkan semua keinginannya dipenuhi? Oh my! In my mind, terus terbayang 'sesuatu'. Tapi lepas dia menyesal tu, ohh, okay, might be the mengada and gedik tu have to be stressed sebagai alasan tindakan melampau Syazan. Well, dah start rasa excited. Part husband dia marah pun okay lagi. Tapi kalau dah sampai lebih percayakan Tijah si orang gaji yang mengada dan tak nak langsung dengar aduan isteri, hmm...dah down balik. Kata sayang sangat, sampai dulu boleh jer tahan dengan perangai manja teramat dan mengada Syazan. Tapi lepas tu macam tak pernah ada rasa sayang langsung. Still...penggunaan bahasa dan olahan yang bagus. Might try the novels later on.
6. Dekat Padamu 2 - Sarnia Yahya
3*
Tak pernah baca novel ni. Tapi karya Sarnia Yahya ni seakan-akan diberi minuman sejuk yang menenangkan selepas 'pelbagai rasa' yang sebelumnya. Macam comel jer. Nak cari la novel ni? Agak-agak ada tak dalam list yang di'offer' mph? Hehehe...
7. Harga Sebuah Cinta 2 - Hani Fazuha
1*
Gila mengada si Fea tu. Kot ye pun pregnant....
8. Rahsia Kita - Anna Lee
1*
I'm conservative. Kolot. Whatever. But I can't accept romanticized sins.
9. Dia...Selamanya - Farah Husain
1*
Sorry. Saya rasa Eyma terlalu tak matang. Macam tak serik-serik dan took Ammar's love for granted. Dah kita yang sanggup lari dan tinggal orang tu sampai tiga tahun atas alasan tak bersedia, kenapa nak sedih-sedih pulak kalau dia kahwin dengan orang lain yang sedia terima dia dan jadi isterinya?
10. Pujuk Hati Dia 2 - Sarnia Yahya
3.5*
Comel. Bila perasaan cemburu Tengku Ritzlan melebihi pertimbangannya. Dan watak Tengku Ellyna dan Tengku Rafie sentiasa mencuri perhatian.
11. Romeo vs Juliet - Que Sera Sera
3*
Ada novel penuh ke?
12. Semerah Warna Senja - Hani Fazuha
2.5*
Mungkin sebab ini cuma kisah pendek, jadi rasa tu tak sampai sepenuhnya. Kalau full novel, macam menarik juga.
13. Tetap Sempurna - Emy Roberto
2.75*
Menarik juga. Bukan kisah klise. Tapi saya dok terfikir, dah si Khaleel tu sanggup ceraikan isteri yang baru jer lima bulan lahirkan anak dia sebab gila bercinta dengan Intan, kenapa lepas 4 tahun baru nak bertunang? Kenapa tak kahwin terus???
14. Tanpa Dirimu - Hani Fazuha
2*
Same feel as no. 12 above.
15. Isteri Soleh Suami Solehah - Syah Shah
4*
Dalam banyak-banyak cerita, ini yang paling menarik perhatian saya. Haha. Mula-mula tu sekadar belek-belek jer (dah tabiat tu suka baca belakang, memang tak boleh control!), eh..eh..macam best. Terus baca dari mula. Walaupun saya dah tahu mana Fai mana Din, tajuk pun terang2 bagitau kan...tapi, memang tetap juga dapat feel 'yang sebaliknya' tu. Hebat. Dan cerita ni berjaya buat saya sanggup berjaga untuk bacanya sampai habis (sebab belek2 tu dah nak tidur sebenarnya...hehe).
15 cerita pendek dari 7 penulis di bawah bumbung IKP. Pelbagai rasa, pelbagai cerita, dengan gaya masing-masing. All in all, for me, quite interesting but not there.
Mai, terima kasih banyak-banyak sebab sudi pinjamkan ye (betul la kata Mai). Dah la siap kena pos lagi. Nanti-nanti, boleh pinjam buku lain pulak ye..hehe ;)