☆Preloved novel karya Maria Kajiwa - Suara Tengah Malam, untuk dijual RM15.
Novel dengan genre seram ringan, jalan ceritanya ada unsur gangsterism, kisah keluarga, misteri suara mendayu tengah malam, dendam sampai menghilangkan kewarasan fikiran, kasih sayang sesama insan - beri kita banyak sebab untuk bersyukur Semua yang terjadi, baik atau buruk, ada hikmahnya. Mak Minah, garang gila, ada kalanya dia gila dan garang. Dia tidak pernah maafkan suaminya kerana telah mati dan dia kahwin pulak fengan lelaki jahat. Dia marah dan benci semua orang, datang barannya, habis semua orang nak di-penyapunya. Hubungan keluarga Mak Minah dengan anak-anaknya dan juga penyewa bilik-bilik di rumahnya, boleh bikin bulu tengkuk meremang - gerun. Siapa nak disalahkan? Memang dalam dunia ramai manusia berhati binatang, sampai bila? Kalau ada rezeki atau ada saudara sedarah atau sesama agama yang mendoakan, dapatlah dia cahaya iman dan kembali ke pangkal jalan. Boleh saya bayangkan, orang Melaka kalau garang lain macam tau! .... tapi hati baik 😉Macam saya la huhu. Jika nak dinilai message penulis melalui novel ini, saya fikir ianya wholesome read.