Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kuartet #Penuh

Pujangga Melayu

Rate this book
Kompilasi empat buah buku Jejak Warisan, Citra Pujangga, Tampang Sasterawan & Wajah Pendeta.

714 pages, Hardcover

First published January 1, 1997

Loading...
Loading...

About the author

Mohd. Affandi Hassan

33 books29 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
13 (72%)
4 stars
3 (16%)
3 stars
1 (5%)
2 stars
1 (5%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 3 of 3 reviews
Profile Image for Faiz • فائز.
388 reviews3 followers
September 6, 2023
Alhamdulillah, akhirnya novel persuratan ini dapat dihabiskan setelah bertangguh waktu selama hampir 8 tahun. Tahun 2015, pembacaan dimulakan. Kemudian bukunya hilang dan pembacaan tergendala sehinggalah tahun lepas, apabila buku ini saya beli dengan potongan harga sebanyak RM20+/- daripada harga asal.

Tidak pernah mana-mana novel -persuratan- yang saya baca diletakkan sticky notes sebegini banyak. Banyak petikan ayat yang menyegarkan minda, memaksa akal memahami maknanya sehingga ke dasar.

Saya merasakan tidak perlu untuk diulas jalan cerita (kebiasannya novel diulas kerana jalan cerita dan bahasa) kerana terlalu indah bahasa dan cantiknya jalan cerita yang ditulis oleh tuan pengarang. Karya yang baik seolah-olah sebuah taman yang dihiasi dengan pelbagai bunga yang cantik dan kehijauan yang memukau. Sesiapa sekalipun yang berada di dalamnya akan berasa seronok dan asyik, leka dengan keindahannya. Inilah tamsilan kepada novel persuratan Pujangga Melayu yang dihidangkan kepada saya.

Selain daripada falsafah keilmuan yang diangkat tinggi dalam karya ini, tuan pengarang berusaha memberi kesedaran kepada pembaca akan penggunaan istilah yang betul. Sedari bahagian awal karya, pengarang telah menghuraikan falsafah di sebalik nama yang sering dipandang enteng oleh semua. Dengan mengetahui nama (ilmu) Nabi Adam a.s telah dimuliakan kedudukannya melebihi para malaikat. Malahan, sehingga ke akhir novel -persuratan- masih lagi diperbahaskan kecelaruan pada istilah dan penggunaan nama (perkataan): sasterawan dan pengarang. Sukar sebenarnya untuk diperjelaskan, sebaiknya kalian semua yang membaca karya ini sendiri.

Bercerita mengenai nama atau perkataan, saya teringat perkongsian saudara Afif yang mengikuti program WISE Summer School anjuran RZS-CASIS. Kata beliau, dalam perbincangan karya magnum opus Prof Syed Naquib al-Attas, Islam and Secularism, cara yang paling halus dalam proses sekularisasi (secularization) ialah memesongkan makna asal sesuatu perkataan. Diberikannya contoh perkataan "adab", yang difahami oleh orang kebanyakan ialah adab = etika, perilaku, akhlak dan seumpanya yang memberi pengertian yang sama. Sedangkan makna sebenarnya -yang difahami maksudnya oleh Afif- ialah meletakkan sesuatu pada tempatnya. Justeru, frasa "loss of adab" yang sering diulang oleh Attasian membawa maksud penyelewangan dan kerancuan dalam memahami makna ilmu yang sebenar, bahkan mendorong kepada meletakkan sesuatu itu ke tempat yang tidak selayaknya hasil kerancuan ilmu yang disebutkan tadi. (Allahua'lam ini takwilan yang betul atau tidak, saya sendiri tidak pernah menyelami pemikiran prof. Pemahaman cetek ini hanya sekadar hasil pembacaan kendiri dan perbincangan bersama beberapa orang sahabat). Pengarang memberi perhatian kepada idea-idea yang dibawa oleh Prof Naquib al-Attas pada bahagian akhir karya. Walau bagaimanapun, dapat diperhatikan bahawa daripada permulaan karya, idea prof telah bernafas sama sehingga ke akhirnya.

Berbalik semua kepada novel -persuratan- ini, karya ini sebuah karya yang begitu baik, sewajarnya dibaca oleh semua. Terlalu banyak permasalahan, nilai, tamsilan, kritikan, nasihat, wacana dan perbincangan yang segar. Tapi satu nasihat, "karya-karya ayah untuk orang yang berfikir, bukan untuk si pandir"
344 reviews15 followers
October 25, 2023
Dua tahun tempoh pembacaan Pujangga Melayu. Banyak isu sosial diserapkan dalam penceritaan mengenai Prof Dr Awang dari kecil hingga beliau berkeluarga besar.

Pengarang dan sasterawan menjadi topik utama. Dr Awang memilih untuk menjadi pengarang bukan sasterawan.

Bahagian akhir mungkin dibiarkan tergantung agar boleh disambung penceritaan di masa hadapan.

Penggunaan bahasa yang indah membuat saya ingin juga menamatkan bacaan sebaik mungkin. Kenyataannya buku ini menggabungkan empat novelet. Bagi saya, novelet-novelet ini semakin lama semakin berat pengisiannya.
Profile Image for Wan Norjihan Abdullah.
Author 2 books10 followers
July 31, 2013
Sebuah karya yang hebat dan penuh berisi dengan ilmu dan maklumat. Karya yang mencabar minda untuk berfikir dengan serius. Pengertian taklif ditegaskan dari awal hingga akhir.

Sayang pula untuk pulangkan kembali buku ini ke u-Pustaka.....
Displaying 1 - 3 of 3 reviews