Jump to ratings and reviews

Tuhan, Aku Kembali

"Gua rock, Gua beriman."

Kisah penghijrahan Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Mohd Shamril Bin Salleh. Pemain gitaris terbaik Malaysia dan diiktiraf antarabangsa.

136 pages, Paperback

First published January 1, 2013

Loading...
Loading...

About the author

Ratings & Reviews

What do you think?

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
9 (30%)
4 stars
9 (30%)
3 stars
10 (33%)
2 stars
2 (6%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 7 of 7 reviews
Profile Image for Ain.
138 reviews15 followers
April 15, 2018
Banyak inputnya.Namun saya ni kurang sikit dalam membaca biografi sebigini.Bukunya nipis tapi dgn ayat yang diulang-ulang buat saya rasa lambat sikit progress bacaan.Buku ni saya baca di antara buku2 lain yg sy baca,sebab dia nipis,sy boleh bawa kemana-mana.Buku tebal lain sy baca di rumah,sementara buku ni sy baca waktu yg lebih mudah dibawa seperti di dalam kereta mahupun waktu rehat di tempat kerja.
Profile Image for Muhamad Fahmi.
130 reviews22 followers
June 11, 2016
Kisah penghijrahan gitaris Sham Kamikaze atau nama sebenarnya Shamril Mohd Salleh, dari dunia yang penuh jahiliah kembali menjadi manusia dan hamba yang bertaqwa yang berkecimpung dalam dunia dakwah. Seakan-akan membaca buku Mengapa Saya Masih Memetik Gitar yang dinukilkan oleh Yusuf Islam.

Buku ini dimulakan dengan perjalanan hidup Sham Kamikaze dalam dunia muzik. Kisah liku dan ranjau beliau menubuhkan kumpulan bernama Kamikaze sehinggalah menempa nama sebagai gitaris dan penggubah muzik yang tersohor serta menerima jemputan dari pelbagai pihak untuk menjayakan pelbagai acara. Namun, semua itu hanyalah fatamorgana dan sampailah satu ketika Allah SWT meniupkan hidayah kepada beliau setelah berjumpa dan bersalaman dengan Imam Masjidil Haram di satu masjid di Kangar, Imam As-Sudais dalam perjalanan "Jalan-Jalan Cari Masjid" (sebenarnya perjalanan tidak ada arah tuju, sekadar bermusafir mencari masjid dan berhenti solat berjemaah mengikut waktu).

Sebenarnya membaca buku ini, telah meniupkan kekaguman pada saya dengan istiqamah Sham Kamikaze dalam melakukan kebaikan seraya melakukan kerja-kerja dakwah. Beliau mengajak kita supaya tidak sempitkan skop Islam yang luas; syumul dalam medan dakwah seperti mengadakan bengkel gitar buat para pemuda dan pemudi. Dalam bengkel tersebut, beliau berjaya mengajak Mat Rock berambut panjang yang sudah lama tidak bersolat untuk berjemaah bersama-sama apabila masuk waktu. Beliau juga menggunakan laman sosial seperti Facebook untuk mengajak pengikutnya melakukan kebaikan dan tidak jemu mengulanginya.

Bahagian akhir buku ini ada juga diselitkan beberapa artis yang telah berhijrah dan tokoh-tokoh ternama serata dunia yang diberikan hidayah memeluk Islam seterusnya menyebarkan dakwah dalam bidang masing-masing.
Profile Image for Aina Hilmi.
Author 7 books108 followers
Read
October 19, 2014
Bismillahirrahmanirrahim.

"Untuk setiap orang ada malaikat penjaganya dari hadapan dan belakang, yang menjaga dia dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila dikehendaki oleh Allah keburukan kepada sesuatu kaum, maka tidak ada yang dapat menolak, dan tidak ada pelindung untuk mereka selain daripada-Nya." (Ar-ra'du : 11)

Penghijrahan Sham Kamikaze bermula pada April 2011. Pertemuan dengan sahabat baiknya, Adlan Sabri yang telah lebih dahulu berhijrah membawanya kepada idea Le Tour de Masjid @ jalan-jalan cari masjid. Pada saat inilah hidayah Allah berikan kepadanya. Minatnya pada fotografi mendorongnya merakam gambar disetiap masjid yang ditemui mereka untuk solat berjemaah. Paling mengujakan beliau bertemu dengan Imam Sudais secara berhadapan ketika menunaikan solat zohor berjemaah di Kangar, Perlis.

Agak menarik apabila mengetahui yang beliau mengikuti blog Dr MAZA sejak beberapa tahun lepas. Semuanya bermula dengan rasa ingin tahu selepas membaca artikel Pengharaman Yoga - fatwa jangan kaku yang ada memetik kenyataan dari Dr MAZA.

Bukan mudah untuk berubah apatah lagi menulis kesalahan semasa jahiliah dahulu namun saya kagum akan kesungguhan beliau kembali kepada fitrah. Biarpun pendapatan dahulu dan kini sungguh jauh berbeza, namun beliau semakin selesa dengan kehidupan yang dilalui.

Kehidupan sebagai pendakwah banyak cabarannya. Semoga Sham sabar dan istiqamah dengan kebaikan yang dilakukan. Semoga lebih ramai orang mendapat asbab hidayah Allah kerananya. Barakallahufik.
Profile Image for Ainnudin Ja'far.
116 reviews1 follower
June 24, 2018
Kisah penghijrahan Sham Kamikaze yang pernah menjadi pemuzik terhebat satu ketika dahulu...hidayah itu milik Allah dan akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang dikehendaki...Sham yang hidupnya bergelumang dengan dunia glamour dan kemewahan berubah sekelip mata apabila menyedari bahawa dirinya selama ini telah jauh menyimpang dari landasan hidup yang sebenar. Apa yang ingin Sham lakukan ialah berdakwah dan menyeru ke arah kebaikan terutama golongan muda yang meminati muzik dan usahanya berhasil membawa ramai kembali ke jalan yang lurus.
59 reviews2 followers
February 27, 2019
Sangat menyentuh hati membaca kisah penghijrahan saudara Sham Kamikaze yang memerlukan keberanian yang tinggi dalam mengubah diri mereka kearah yang lebih baik!
Bukan mudah nak berhijrah apabila telah berasa selesa dalam kehidupan yang serba serbi ada..jadi ingin aku ucapkan tahniah kepada Sham Kamikaze kerana menulis sebuah karya yang cukup mantap! Aku bila jumpa versi eBook buku ni di link https://www.e-sentral.com/book/info/1... terus aku tak fikir dua kali da! Sebab aku pun waktu tu perlukan sinar kesedaran jugak ;)
Profile Image for Sharulnizam Yusof.
Author 1 book96 followers
July 20, 2013
Pengalaman penghijrahan dan onak duri selepas berhijrah dari saudara Sham, agak biasa. Tetapi kekentalan beliau untuk beristiqomah itu yang luar biasa. Membaca kisah hijrah beliau, kemudian "serangan-serangan" di alam maya, sedikit sebanyak membuatkan terbit rasa kagum. Semoga beliau tabah dengan segala dugaan.
Profile Image for Azmir Ismail.
212 reviews
August 19, 2016
Kisah peribadi hijrah Sham Kamikaze ke jalan baru. Secara santai, beliau menceritakan latar belakang beliau, serta hidup beliau sebelum berhijrah, dan hidup beliau kini selepas berhijrah. Menarik kerana beliau menyatakan the 'whys' beliau berhijrah. Sangat disyorkan.
Displaying 1 - 7 of 7 reviews