Jump to ratings and reviews
Rate this book

Si Mata Bundar

Rate this book
hidup takkan sentiasa berwarna ceria dan bahagia
kadangkala kilat dan guruh datang menyapa


Hatinya pernah kehilangan insan kesayangan dalam hidupnya. Tanpa disedari, dia mengenali Si Mata Bundar.

“Awak okey?”
“Okey! Bak sini buku-buku tu.”
“Eh tak apa, saya bawakan.”
“Tak payah!”
“Awak nak bawak pergi kereta ke?”
“Taklah. Saya datang bawak lori. Nak ikut?”

Hidupnya berubah sesudah itu. Pertemuan kedua mereka membuat dia tertanya. Sinar mata itu sudah tiada!

“Cik?”
Diam. Tangannya masih lagi menekan-nekan alarm kereta.
“Cik?”
Tiba-tiba, lampu kereta itu menyala. Dia menarik nafas lega.
“Sebenarnya... ini kereta saya.”
“Hah?” Dia terkebil-kebil sebentar. Lambat sikit neuron otak ni nak mencerna kata-kata lelaki di depannya ini.
“Ini kereta saya.” Elok aje lelaki itu menuturkan tiga patah perkataan tersebut, mukanya terus memerah.
“Maaf, saya ingatkan kereta saya.”
Lelaki itu tersenyum. “Tak apa.”

Hidup bersama, tak semudah yang dijangka. Lebih-lebih lagi bukan kerana suka sama suka. Namun, masing-masing berusaha mencari ‘kimia’ antara mereka.

kerana... jawapan itu sentiasa ada dalam ‘dua hati’

***

AMANY santai bercerita kisah hidup si peguam dari kaca mata mudanya. Pelajar jurusan undang-undang ini menulis dengan bahasa yang mencuit hati pembaca untuk membaca hingga ke akhirnya.

567 pages

First published April 1, 2013

1 person is currently reading
40 people want to read

About the author

Amany

5 books30 followers
an awkward turtle | an accidental author

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (14%)
4 stars
33 (31%)
3 stars
47 (44%)
2 stars
8 (7%)
1 star
2 (1%)
Displaying 1 - 22 of 22 reviews
Profile Image for Azizah.
389 reviews6 followers
May 19, 2013
Wahhhhh, berderet-deret KakChik dok baca kisah kahwin paksa ni. Karya pertama penulis muda ni juga memaparkan tema yang sama tapi Kakchik rasa KakChik puas hati sebabnya ada suatu tarikan yang buat KakChik nak baca, nak baca dan nak baca.

Dan kisah ini juga nampak klise dengan paparan apabila-umur-anak-dara-dah-melewati-hujung-20-tahun, dia mesti kahwin. Bukan hanya saudara masa Dania sahaja yang dok canang tanya kenapa dia masih membujang walau umur dah lewat 28 tahun tapi mama pun sentiasa mahu jadi telangkai untuk anak sulungnya ini. Isu tabu dalam masyarakat sejak dulu.

Dania pula lebih selesa dengan kehidupannya yang sentiasa sibuk, walaupun kesibukan tu sebenarnya cara untuk dia melupakan orang yang telah pergi dan terus dibekukan hatinya dari menerima lelaki lain. Kisah sedih Dania yang tidak pernah diketahui oleh keluarganya kecuali Abang Amir dan teman-teman rapatnya sahaja. Malahan dia tenang dengan teman serumah yang menjalani kehidupan yang hampir sama dengannya. Kisah lima tahun lampau sentiasa merantai hatinya walaupun luaran dia nampak tenang dan kuat. Sikap yang terlalu memendam sendiri rasa itu kadang kala buat Dania rasa teramat sakit. Sehingga dia terlupa bahawa statusnya itu juga menjadi halangan buat adiknya melangkah untuk mencari bahagia.

Ahnaf juga kehilangan orang yang dia sayang. Orang yang berkongsi rahim dengannya. Pemergian Aina tanpa sempat ditatap buat kali terakhir meninggalkan kesan yang cukup dalam di hatinya. Namun kehilangan Aina akhirnya ada pengganti, Si Hitomi yang pernah ditemui lapan tahun lalu. Tetapi pertemuan kali ini, Ahnaf dapat merasakan sinar mata cantik itu sudah tidak bersinar malah menyimpan seribu rasa sayu yang tidak terluah.

Aturan jodoh antara mereka ada hikmah yang perlu dinilai. Walaupun Dania masih belum menerima lelaki itu sepenuhnya, namun tanggungjawab sebagai isteri cuba dilaksanakan walaupun bukan sepenuhnya. Sikap Ahnaf yang bertolak ansur dan bersabar juga memberi ruang untuk Dania bertenang dan cuba menerima perkahwinan mereka. Tapi disebabkan sifat curiosity Ahnaf yang tinggi telah mencetus perang dingin antara mereka.

Benarlah kata pujangga, bila tiada di depan mata, baru kita sedar ia amat berharga.

Tak tahu kenapa, KakChik rasa senang dengan karya ini. Paparan kerjaya peguam juga rasanya salah satu tarikan untuk KakChik baca hingga noktah terakhir sebab jarang kita didedahkan dengan kerjaya ini dalam novel. Selain itu maklumat tentang undang-undang wasiat dan harta sedikit sebanyak berguna juga ye.

Plot juga lancar dengan tidak terlalu banyak konflik dan penggunaan yang mudah walaupun banyak juga istilah perundangan yang digunakan buat lidah KakChik tergeliat nak menyebutnya. Teknik flashback yang digunakan juga tidaklah mengganggu pembacaan KakChik.

Tahniah kepada cik penulis dan teruskan menulis untuk karya seterusnya.
75 reviews6 followers
May 16, 2013
Finally, habis juga walaupun sibuk ngan keje...

Pada mulanya saya hampir meletakkan noktah juga sbb permulaan yg agak hambar. Tapi...tapi jgn terpedaya... sbb hasil karya yg diterbitkan oleh JS mmg mcm tu. selalu buat suspen. Dan, benar! Pd siapa yg kata tak best tu.. memanglah nak kena!

Saya suka. straight to the point. tak meleret2. mudah nak faham walaupun ada kalanya emosi yg ditunjukkan oleh Dania diulang2 byk kali. saya faham, penulis ingin menunjukkan betapa tegas, degilnya sifat Dania.

Saya tak mahu mengulas mengenai plot dan jalan cerita. tapi, saya mahu membicarakan ttg 'kunci' yg menjadi nadi penggerak dlm cerita ini. 'Kehilangan'. Ya, bila kehilangan, jiwa akan rasa sepi,kaku,kelu. rasa sakit disemua tempat lalu terhukumlah diri dengan bebanan yg kadangkala sengaja diadakan untuk mengelak dari memikirkan sesuatu yang akan membuat hati makin luka.

Itulah yg terjd pada Dania yg kehilangan Haikal yg pada pendapatnya dia adalah soulmate yg diutuskan Allah untuk melengkapkan kehidupannya. Kehilangan Haikal yg pergi secara mengejut merupakan tamparan yg hebat hingga dia 'terpaksa' menerima Afnaf atas permintaan nannynya.

Juga pada Afnaf yg kehilangan kembarnya Aina yg tidak sempat ditemui kerana peperiksaan akhir. Dia berasa bersalah kerana tidak dapat menemui Aina dan sehingga kini dia masih menjadi tetamu yg setia dipusara Aina.

Walaupun secara tersirat karya ini spt 'kahwin paksa @ kahwin yg terpaksa diterima krn org lain' tp cara pengolahan plot amat teratur hingga kita tertarik untuk terus membaca hingga keakhir. Gambaran perwatakan Afnaf yg sentiasa bersabar dan memendam perasaan pada Dania amat cantik susunannya. Walaupun sudah tahu apa tindakan yang akan Afnaf buat, tapi itu bukan sebab utk kita menamatkan pembacaan sblm titik penamat.

Benar kata pujangga, bila dekat kita benci, dah jauh sayang pula. inilah yg terjadi pada Dania bila Afnaf pergi meninggalkannya setelah tanpa sedar dia melukakan hati suami sendiri dgn hanya satu ayat I Hate you.

Kata-kata itu lebih tajam dari pedang. Berfikirlah sebelum berkata. Apapun, there is home improvement. Tahniah kpd penulis kerana byk info yg diterapkan contohnya kerjaya sbg peguam, keperluan wasiat terutamanya pada kita yg beragama islam dll...

Tak sabar nak menanti karya seterusnya! Selamat berkarya!..
Profile Image for Hajar.
284 reviews
May 26, 2013
Buku ini jadi peneman saya sepanjang ditahan dalam wad minggu lepas. Satu karya yang pada saya rasa padat dengan isu persahabatan, kerjaya dan kekeluargaan. :)

Dania, si workaholic yang masih belum bertemu jodoh biarpun usia sudah menginjak ke penghujung 20-an. Atas dasar itu, keluarga Dania bercadang untuk menjodohkan Dania dengan anak kenalan neneknya. Hakikatnya, Dania lebih sukakan 'kesibukannya' itu sebab mahu melupakan kesedihan akibat kehilangan  Haikal yang dicintai sepenuh hati. Kisah sedih Dania ni tak pernah diketahui oleh keluarga Dania kecuali Amir (sepupu Dania) dan juga teman-teman rapat Dania. Sikap pemendam Dania itu turut memakan dirinya bila akhirnya dia terpaksa akur dengan pilihan keluarganya kerana dia sedar keengganannya untuk berkahwin, seumpama halangan buat Danisha, si adik kesayangan untuk mencari bahagianya.

Kebetulan, Ahnaf yang dijodohkan dengan Dania juga kehilangan saudara kembarnya. Pemergian Aina tanpa sempat ditemui Ahnaf buat kali terakhir benar-benar memberi impak dalam kehidupan Ahnaf. Namun, pertemuannya dengan Hitomi, si pujaan hati akhirnya berjaya mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh Aina. Gaya Dania yang menyerupai Aina benar-benar berjaya menambat hati Ahnaf.

Perkahwinan mereka akhirnya berlangsung walaupun Dania tak bersedia menerima Ahnaf dalam hidupnya. Namun, Dania cuba untuk jalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri sewajarnya. Sikap Ahnaf yang selalu bersabar dan bertolak ansur juga buat Dania mula rasa selesa dengan perkahwinan mereka. Cuma bila Ahnaf mula melangkaui batas yang dihadkan, Dania mula dingin kembali dengan Ahnaf. Lalu ke mana agaknya arah perkahwinan mereka ini?

Komen saya: Memang agak tipikal, cuma kisah ni berjaya diselamatkan oleh latar belakang watak dan cerita yang jarang diketengahkan. Jarang kita jumpa cerita dengan legal background ni. Kalau ada pun, tak berapa detail. Terima kasih ya Amany sebab sudi berkongsi sedikit ilmu dengan pembaca. :) Tahniah juga atas kelahiran karya sulung ni. Moga makin melimpah ruah idea untuk karya seterusnya ya? :)

3.5*
Profile Image for Dyh Usen.
Author 7 books49 followers
April 20, 2014
Dania yang tabah. Ahnaf yang manis :)
Teringat dengan J-drama Zenkai Girl. Cerita pasal gadis yang nak berjaya dalam dunia guaman. Bezanya Dania dengan Miss Wakaba adalah Dania sudah selesa dengan kedudukannya dalam bidang guaman. Sebaliknya Wakaba terpaksa meniti tangga dari bawah. Apapun baik Dania dan Wakaba, mereka adalah wanita yang tabah!
Yosh! Ganbate Kudasei! (main hentam ja tulis, bajet boleh cakap Jepun) lol
Profile Image for SORA.
185 reviews6 followers
April 19, 2023
Lama aku ambil masa untuk habiskan kisah Dania-Ahnaf dan bukannya sebab tak menarik cumanya terlalu sibuk dan banyak terhenti bacaan🫠

...

Kisah Dania-Ahnaf, tidak wujud watak ketiga yang menyakitkan hati. Lebih kepada konflik dalaman watak-watak utama--fasa nak berdamai dengan kehilangan dan melepaskan masa silam.

Ahnaf--memang seorang yang penyabar. Sabar je layan Dania yang emosi selalu naik turun.

Dania--aku rasa nak je beritahu si Dania ni yang berkongsi apa yang dirasai itu tak salah. Bila pendam, itu yang akan jadi masalah.

Aku setuju tindakan yang Ahnaf buat kepada Dania kalau itu je jalan yang dapat membuka mata hati Dania tapi tempoh dua bulan mungkin terlalu lama.
Profile Image for Tie Tinie.
77 reviews11 followers
May 27, 2013
done this book...
best cerita nie...
tahniah untuk penulis buku nie...
mungkin ada kena mengena dgn kerja2 aku seharian... duduk di law firm...
u guy's... sila bac buku nie...
bahasa yg sempoi... x banyak sangat konflik... dan santai...
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
August 6, 2015
Dania Iman adalah seorang peguam yang sangat kuat berkerja. Kerja dapat buat dia melupakan arwah Haikal, kekasihnya. Afnaf Danial telah lama jatuh cinta dengan Dania kerana dia mengingatkan dia pada arwah Aina, kembarnya. Bila umi bercadang untuk menjodohkan dia dengan seseorang anak kenalan, dia setuju bila dapat tahu itu adalah Danianya. Bila sudah berkahwin, hubungan mereka mesra sebagai roommate. Namun Ahnaf tidak pernah berputus asa untuk mengenali Dania yang sangat perahsia. Tetapi bila Dania terlepas kata 'I hate you!' padanya, dia kecewa lalu tinggalkan Dania. Sementara itu Dania mula sedar bahawa dia sudah jatuh cinta pada Ahnaf dan memerlukannya. Ahnaf pulang selepas dua bulan. Dania amat bersyukur kerana Ahnaf sudah kembali padanya. Mereka mulakan hidup baru bersama.
Profile Image for Harnani Husin.
135 reviews14 followers
May 11, 2013
Si Mata Bundar
- buku ke 2, yang dah habis baca hasil dari PBAKL.
kisah mengenai golongan kerja profesional..Dania seorang peguam yang terlalu workaholic..pagi kerja sampai malam.
mempunyai kawan-kawan yang satu kepala gila-gila ( BESTnya kalau dapat kawan-kawan macam Dania ni ), keluarga yang penyanyang.
cuma bila part jodoh saja dia susah hati, sebab masih ingat kenangan lalu.
bila dah kawin..dia buat dingin ja, sampai si suami merajuk, hampir 2 bulan hilangkan diri, masa ni la baru Dania ni terasa dan tahu yang dia silap.
* bagi saya Si Mata Bundar ni BEST, kita boleh baca dari sisi kerjaya seorang peguam dan kagum dengan kerja mereka*
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
June 4, 2013
Adeh , susah juga nak menilai novel ini kerana ramai yang suka. Bukan tidak suka dengan jalan ceritanya dan input berkenaan profession peguam, kekeluargaan dan persahabatan. Suka. Cumanya entah kenapa Cik Pah merasakan novel ini terlalu banyak sangat dialog.
Profile Image for Ida.
81 reviews24 followers
May 6, 2013
I like it. I enjoy reading it. I gain a lot from this novel. Tahniah Ms Writer.
Profile Image for Izziewizzy.
80 reviews
May 11, 2013
Banyak pasal kpop dan Samsung. Macam promoter pulak. Ngegeegeg.
But overall, aku enjoy baca sebab I can relate.
Looking forward to your next novel, Amany!
Profile Image for Rynna.
132 reviews
September 13, 2014
tak kena dengan jiwa... idea dah ok... cara penyampaian cerita ni membosankan saya.. habis jugak bace walaupun banyak skip...
Profile Image for Sharifah.
14 reviews
February 17, 2014
best cite ni sebab tak ada orang ketiga yang gediks...happy ending..
Profile Image for Miss Rose.
28 reviews4 followers
May 25, 2014
memang banyak information tntang kerjaya undang2 ni. itu saya suka. sebab tak adalah baca novel kosong. tapi alahaii banyak betul dialog.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
November 21, 2016
Okilah... not much of her mata bundar being the hot topic discussed. It's more to the Ego of letting go. Dania ni stubborn and denial jelah. Well keje kat lawyers opis ni bukan sesuatu yg mudah ehh. Workaholic.. yes I really salute. Hahahaa penjaga blackberry yg ijah mentioned masih kekal dalam otak aku. great colleagues like KC & Joshua and at the end part where KC came back with a pleasant surprise. Ahnaf pun same... denial tapi lagi better dari Dania lah. I have got my happy ending so great good job Amany!! She really like Jp Dorama and the Kpop scene eh. Running man pun macam tak leh berpisah ngan cerita ni. untung kau Haha.
Profile Image for Meera.
Author 8 books136 followers
January 5, 2021
Ada part yang buat saya sebak
Ada part yang buat saya bengang
Profile Image for awstmyn.
10 reviews
February 23, 2023
buku ni best gila! friendship, knowledges tentang law, family, cinta, semua cukup! penulisan pun simple. suker suker 🫶🏻🫶🏻
Profile Image for Nur Fariha.
48 reviews3 followers
October 31, 2023
Kisah Dania kena paksa kahwin sebab umur dah makin meningkat. Sound clichéd kan? Tapi I don't think SMB ni clichéd. Sebab life and love story dalam ni balance. Kisah Dania n Ahnaf dengan kawan masing-masing , dengan office mates, dengan family. I can say, despite of Ahnaf dengan Dania punya past, SMB pun light read.

What i like:
Their friendship! - Mereka berlima sangat comel 😍
Abah Dania- nasihat dia, makan dalam.
Fina- comel!
Ahnaf - Cara dia handle Dania, sabar dengan Dania...he's just too charming 🥹 Lepas kahwin dia duk usik-usik isteri dia 🙈
Scene Ahnaf cakap AlhamduLillah lepas Dania bagi jawapan tu- haih...bergenang juga air mata ni. Macam bff kita pula yg nak kawin😆

What I dislike:
-cik na - what's wrong with perempuan kahwin lambat? And...why u kawinkan anak u awal sgt? Andddd...jangan ckp perempuan belajar tinggi tak pandai buat kerja rumah k? Dislike dislike dislike. Guwe cam bitter giler dgn Cik Na ni. Entahlah nape. Dah, tamau explain lebih. Pokoknya, guwe geram bangat deh

-the keras Dania- idk why dania nak invalidate her feelings. Dia susah sangat sangat sangat nak open up psl feelings. Even dengan Ijah pon... sebab dia taknak look pathetic, ataupun dia taknak orang nampak dia longing with sadness. Katanya sejak bila dia lemah dengan masalah. Without she realise that she already look lemah bila dia x menjadi diri dia sendiri. Sy taktau. Sy tak suka perangai dia yg satu ni. She kept all to herself alone. Dania built her wall too high... I just can't 😭 Kalau sy jadi kwn Dania, sy yang akan tolong nangis untuk dia (pesen senang menangis mmg cenni)

Walaupun ceritanya macam slow sikit, tak ada pain sangat, tak ada plot twist, tapi sy okey dengan story line mcm ni <3 we sometimes do need a slow pace story supaya kita boleh rilek2 je sambil membaca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Displaying 1 - 22 of 22 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.