Buku yang mendefinasikan hal relationship ke suatu tahap yang lebih realiti dan nyata. Kitab Terfaktab Definisi Cinta Infiniti atau KT1 adalah buku pertama tulisan Skuad Terfaktab
Definisi Cinta Infiniti. Skuad Terfaktab. Kitab Terfaktab. 2011.
1) Ini merupakan buku pertama terbitan Kitab Terfaktab.
2) Aku beli buku ini sewaktu program kemahiran amal islam kat SRA Kuala Kubu Baru haritu.
3) Cuba korang berikan definisi cinta. Setiap daripada kita pasti punya tafsiran sendiri mengenai cinta. Sama ada tafsiran itu memang kita yang cipta sendiri ataupun kita tiru daripada orang lain. Tak kisahlah.
4) Buku ini ditulis oleh beberapa orang penulis yang berbeza. Orang berbeza, pastinya isi yang ditulis berbeza.
5) Setiap cerita yang ditulis mereka adalah berdasarkan pengalamab mereka sendiri ataupun pengalaman orang terdekat mereka.
6) Buku ini mengandungi 13 bab dan setebal 130 mukasurat. Ada juga diselitkan sedikit komik mengenai cinta. Nak tahu? Kau bacalah sendiri.
7) Be loveable and you'll be loved.
8) Seperti kata Hamka : " Cinta bukan mengajar kita lemah, tapi membangkitkan kekuatan. Cinta bukan mengajar kita menghinakan diri, tetapi menghembuskan kegagahan. Cinta bukan melemahkan semangat, tetapi membangkitkan semangat."
9) Kalau kau nak tahu lebih lagi, bolehlah baca buku ini. Takkan semua aku nak kongsi pulak, kan?
10) Ok, itu sahaja yang aku nak tulis. Selamat membaca & selamat bercinta dengan buku !
"For every girl with a broken heart, There's a guy with a glue gun. For every boy who is a player, There is a girl he will be in love with."
Buku tentang cinta,
Dari mula-mula sebagai stranger, Hingga jadi kawan, Hingga jadi bestfriend, Hingga jadi lover, Sampai la jadi stranger balik, Setiapnya punya tempat dalam buku ni.
Mana pula yang bercinta, Dengan jiran sebelah rumah, Sampai jarak beberapa negara, Sampailah terpisah antara dua dunia, Cukup semua ada dalam ni.
Buku yang bagi aku tutorial lengkap untuk bercinta.
Sering kali aku selak helaian kertas di buku ini saat aku down atau kecewa. Seriously, buku ni sesuai sangat dibaca oleh mereka-mereka yang tengah down akibat kecewa putus cinta. Membaca buku ini membuatkan aku jadi lebih positif dan kuat dalam menghadapi moment2 frust bercinta.
Cerita cinta to me is something yang errr ada yang acceptable ada yang tak tapi the best part is bila baca cerita dan point of view orang buat diri belajar sesuatu.