Dia sebenarnya mahu berubah, tetapi mesti ada pendamping setia yang sabar menemaninya, iaitu seorang perempuan bergelar isteri. Itulah azam lelaki yang bernama Rayyan. Latar belakang keluarga yang tidak langsung mempedulikan hal-hal agama membuatkan dia menjadi anak yang liar dan suka berpeleseran tetapi dalam hati, dia sebenarnya mahu kembali ke pangkal jalan. Lalu dia mencari calon isteri yang berpendidikan agama yang boleh membimbingnya untuk mengenali ALLAH. Aleeya bukan calang-calang orang, seorang yang teliti dan pemilih dalam hal-hal bakal suami. Apabila berjumpa dengan Rayyan, daripada perasaan benci sudah bertukar menjadi sayang. Apa salahnya dia beralah atas dasar cinta dan kasih sayang. Walaupun digelar pengantin ekspres dan dituduh sudah terlanjur, Aleeya tidak peduli lagi kerana dia sudah nekad. Namun bukan senang untuk Rayyan berubah apatah lagi mamanya, Puan Sarah tidak merestui perkahwinannya. Dia mahu isteri Rayyan hidup sosial dan bebas seperti kehidupan mereka sekeluarga. Bagaimana Rayyan menghadapi mamanya yang garang itu? Kenapa Aleeya tetap bersabar dengan perangai suaminya yang punya ego setinggi Gunung Himalaya itu?
Aku kenal dia pun tak, dia lagilah tak kenal aku, tiba-tiba aje ajak aku kahwin. Mentang-mentanglah aku baru putus tunang dan tak jadi kahwin, dia ingat aku ni apa? - Aleeya
Bertuah kahwin dengan anak pak alim ni. Marah pun suara lembut aje. Tak berani nak tinggikan suara dengan suami sebab berdosa. Kalau perempuan lain, mesti dah jadi singa sebab melihat suami berkepit dengan perempuan lain. He...he...he... - Rayyan
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)
N rasa frust sangat dengan cerita ni sebab plot yang menarik ini gagal disampaikan dengan baik. Dari gaya penulisan dan pembentukkan karakter, N ingatkan ini hasil karya penulis baru tapi rupa-rupanya tidak.
Pada pendapat N, penulis seolah-olah tak boleh nak decide sama ada nak sampaikan cerita ini from first person POV atau third person. Hasilnya, ia bercampur aduk dan mengelirukan. Boleh dikatakan setiap perenggan akan diikuti dengan beberapa perenggan "detis hati kecil" seorang karakter.
Tak cukup dengan itu, at times rasa macam tiba-tiba penulis punyer POV pun dimasukkan dalam cerita. Macam dalam cerita Gossip Girl, alih-alih suara GG tu timbul di tengah-tengah cerita.
Pengantin express ~ tgk tajuk mmg saya terfikir tentang kahwin paksa. Jujur mmg saya tak terasa nak beli. Buku ini saya dapat pasal ada seorang customer terlebih beli buku ni dan ajak saya swap dgn salah satu buku yg saya jual. Disebabkan dia adalah customer yg baik, saya pun bersetuju utk swap.... buku baru dengan buku baru.
Dah lama tersimpan tiba2 semalam terasa nak baca. Memang rugi selama ni saya tak baca dan biarkan tersadai di rak pending.
Cerita tentang Rayyan yang jatuh cinta dengan Aleya walau mengetahui Aleya telah bertunang. Setiap pelawaan Raiyyan utk mendekati Aleya ditolak mentah2. Sehinggalah Aleya putus tunang dan Rayyan dengan pantasnya masuk jarum. Dan mmg jodoh telah tertulis buat mereka... lalu terjadilah pengantin express walau ramai berprasangka dengan Aleya kerana Rayyan yg terkenal dengan sikap buaya dan kaki mabuk.
Apa yg menarik, cerita ttg keluarga Rayyan... Sehingga akhirnya barulah terlerai semua misteri tentang keluarga Raiyyan yang langsung tidak menitik beratkan didikan Islam. Nak tahu kenapa, kena lah baca. Cerita yg sangat dekat dgn saya kerana pernah mengenali seorang teman yg hidup seperti Rayyan dan keluarganya.
Saya bagi 5* kerana jalan cerita yang sarat dengan pengajaran dan ilmu. Terima kasih untuk penulis yg baru pertama kali saya baca karyanya ... Bravo~
alhamdulillah tamat sudah... cerita yg best... u all boleh baca... mmg pengantin ekspress... hahahhaha....
kisah aleeya yg putus tunang yg mana tarikh pernikahannya hanya lagi 2 minggu... azlan tunang yg curang (kena tangkap basah)... kesian aleeya...
rayyan si palyboy yg sudah jatuh cinta terhadap liya... kuciwa dgn pertunangan liya.. tapi harapan kembali berbunga setelah mengetahui pertunangan liya sudah putus... mengatur strategi untuk memiliki liya...
rayyan meminang liya,.. dan demi menyelamatkan maruah keluarha liya menerima rayyan... walaupun dia tahu siapa rayyan sebenarnya... seorang palyboy, kaki minum... tiap2 ke kelab... tapi liya percaya pada jodoh ketentuan tuhan.. nak2 pulak ayah liya menerima rayyan... pelik mmg pelik kerana mak & ayah liya sangat alim... hurmmm...
kesabaran liya di uji... tapi sebagai isteri liya sangat sabar2... satu persatu keburukan keluarga rayyan terbongkar... tapi liya tetap meneria dgn hati yg tebuka.. kerana dia sudah cintakan rayyan... dan ingin membawa rayyan ke pangkal jalan...
sebuah cerita yg menarik... dan boleh membuka mata dan minda kita untuk berfikir... mencari jawapan kepada tiap persoalan...
Liya n Rayyan... Such sweet couple. Rayyan yg suka mengusik. Liya yg pantang diusik. Resepi lengkap dlm sebuah perkahwinan. Sy suka cara penulis mewujudkan konflik yang 'lembut'. Tidak mendera hakal pikiran saya. I love Rayyan and i like how Rayyan change for the better. However, kadang2 I don't like the way Liya acts. She's suppose to be the one leading Rayyan tp dgn sikap cemburu n kdg2 baran n kdg2 tak fikir panjang meletakkan MY RAYYAN in a very difficult situation. N I especially like it bila Rayyan kt dia tk kisah bila Mak Long kt dia jahat coz mmg dia jahat dulu. It would seem that he accept n remember who he was n by being this way, he will always find better ways to improve himself. Good for u My Rayyan. All in all, I love this book!! After missing my reading feel for quite sometime, this book manage to bring back my feel.... A keeper... Oh yeah... Even though this book has many2 monolog which I usually hate, it doesnt bother me at all because if those parts went missing, I wouldnt have love Rayyan that much.... :)
Jalan cerita best tapi cara penceritaan kurang menyengat. Penggunaan bahasa yang terlalu sempoi dan agak kurang kena. Kadang-kadang selingan babak yang terlampau tiba-tiba.
Tapi jalan cerita memang sangat awesome. Lain daripada yang lain. Tak pernah baca lagi.
Alhamdulillah, untuk naskah ini juga berjaya dibaca sehingga ke penghujung. Hmm... Macam mana nak mula ya? Cerita mungkin bukan selera saya. Itu apa yang boleh saya katakan.
Antara sebab-sebabnya, saya sukar untuk mendapatkan keserasian di antara watak Aleeya dan juga Rayyan. Dari awal sehingga pertengahan bab, selepas pertengahan yakni babak klimask dan seterusnya ending. Keserasian tu dah ada cumanya ada sedikit gangguan pembacaan untuk dialog-dialog kedua-dua watak menyebabkan saya rasa mereka langsung tak serasi untuk digandingkan bersama.
••• Aleeya sejenis anak manja ayah. Manakala Rayyan pula seorang lelaki yang hidup dalam dosa dan noda. Boleh dikatakan playboy Tenggara Asia. Ada rupa, ada harta, ada segala-galanya kecuali agama dan isteri.
Aleeya putus tunang dek kerana tunangnya berlaku curang dan terpaksa berkahwin dengan pencurang kerana ditangkap khalwat. Dalam-dalam waktu Aleeya sudah bersiap-sedia untuk majlis perkahwinan mereka. Berita itu diterima dengan hati yang terluka. Majlis sudah dekar dan akhirnya terpaksa dibatalkan. Malu perlu ditanggung, sanak saudara kuat mencaci. Katanya dia pembawa malang dan sebagainya. Hinggakan bekas tunang datang kembali mahu melamar Aleeya untuk dijadikan isteri kedua.
Akibatnya Aleeya mahu melarikan diri dan mahu menutup malu. Makanya peluang Rayyan si jejaka playboy malaya mengajak dia untuk berkahwin diterima selepas puas memikirkan kebaikan dan keburukan yang akan berlaku.
Bermulalah kisah rumah tangga mereka yang tidak direstui, menyemai cinta kerana tidak pernah bercinta sebelumnya. Daripada ego tinggi menjadi maskulin.
Onak dan duri terpaksa dilalui. Banyak godaan dan bisikan yang perlu ditepis. Makanya daripada pengantin ekspress berubah menjadi pengantin kargo. (okey yang ini gurau.)
Sejujurnya, saya sukakan plot cerita. Nampak perkembangan dan perubahan yang berlaku. Tapinya kurang gemar dengan dialog-dialog watak di dalam cerita. Sebabnya terlalu banyak penggunaan 'lah' sampaikan saya sendiri tersasul-sasul hendak menyebut. Selain itu, terlalu banyak monolog yang menambahkan lagi kekeliruan saya ketika membaca.
This entire review has been hidden because of spoilers.
tahniah buat penulis citer ni...ku sk sgt...kisah yg bukan klise.perkahwinan liya gadis yg tinggi nilai agamanya vs rayyan si playboy yg terumbg ambing..mmg best...konflik keluarga dgn perkahwinan campur.jln citer sgt ohsem...tahniah..
Cerita yg ringan and simple.. But still ad sedih2 dye.. Maybe aq jer emo sangat.. Tp serious cerita ni romantic and sweet.. X rugi beli.. Santai jer baca... Xder stress2.. Hahaha..
citer ni best….sy suka cara rayyan lamar aleeya….sy suka idea writer…kita blh lihat bagaimana seorg yg tiada pegangan hidup, berubah ke arah kebaikan…dan bagaimana dlm diam dia membimbing isteri nya ke arah yg diredhai oleh Nya….dan akhirnya bagaimana si isteri teruja melihat si suami menjd muslim sejati….
sy juga suka dgn cara hero and heroin menangani masalah dgn keluarga mereka dan keluarga si suami yg telah tersasar jauh dari landasannya….
perbezaan pegangan hidp bukan lah penghalang kepada ikatan kekeluargaan antara anak dan ibu bapanya tetapi bagaiman kita mengeratkan silaturrahim itu dan juga membimbing mereka kekehidupan yang lebih diredhai….
Kahwin campur dlm islam x salah asalkan agama Islam sebagai pegangan. Byk pengajaran dlm cerita ni. Tangungjawab sbg anak, Isteri, menantu dan hamba Allah swt. Karekter Aleeya bg aku sgt menarik sbb kelembutan dan kesabaran dia akhirnya kemenangan berpihak kepadanya. (bestnya kalau aku pun seorang penyabar dan lemah lembut :-) )
Dah lama habis baca,baru sempat nak review.overall suka dengan watak Rayyan..dan suka tengok bagaimana perubahan Rayyan setelah berkahwin walaupun kadang-kadang pelik dengan watak Liya..tapi keseluruhan boleh tahan..
Kisah Aleeya dan Rayyan. Plot penceritaan menarik. Cumanya, perkembangan watak kurang menjadi. Penggunaan bahasa juga agak kurang ummpphh... Apa2 pun, sebuah karya yang masih boleh dibaca tika masa lapang.
suka baca cerita..bukan kahwin paksa....tak ada misscomunication..best peranan ayah liya dimasukkan dengan baik sekali..banyak pengajaran dimasukkan secara tak lansung..sgt suka..sweet n still ada tambahan ilmu
Such a good story to read. Many good things that we can learned. The bad things are for us to leaved and the good things are for us to learned. Anyway keep it up ms writer.