Mog on Fox Night adalah antara terbitan bagi siri Mog the Cat oleh Judith Kerr.
Pada permulaan cerita, Mog tidak mahu menikmati makanan lewat malamnya kerana Mog tidak mendapat makanan yang diinginkan. Cerita berakhir dengan semua orang, Mog, dan sekeluarga musang berasa gembira.
Cerita ini disampaikan dengan mudah untuk bacaan kanak-kanak. Beberapa emosi digambarkan oleh beberapa watak dalam cerita ini, antaranya emosi sedih dan emosi menjengkelkan. Kanak-kanak pasti dapat mengaitkan emosi-emosi asas ini dalam kehidupan seharian mereka.
Walaupun cerita ini ringkas, namun penceritaannya menarik apabila watak seperti Nicky dan Debbie memperlihatkan nilai moral yang boleh diteladani oleh pembaca kanak-kanak, terutama bagi pembaca yang lebih muda atau sebaya kedua-dua karakter ini.
Bagi pembaca dewasa seperti saya, buku cerita ini menjadi bacaan ringan dan santai pada ketika saya ingin berehat sebentar daripada pelbagai kesibukan.