Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Salina” as Want to Read:
Salina
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Salina

4.20  ·  Rating details ·  856 ratings  ·  89 reviews
Novel mengenai seorang perempuan bernama Salina yang didorong kemiskinan untuk mencari kerja sebagai pelayan di Singapura dan Tanah Melayu (Malaysia) pada tahun 50-an.

"Salina, kakak bercakap dengan ikhlas, dari hati kecil kakak benar-benar dan kau tau bagi kakak kau sudah seperti adik kakak sendiri, timbangkanlah cakap kakak ini. Ubahlah cara hidup kau. Berikhtiarlah supay
...more
Hardcover, Edisi Istimewa 50 Tahun, 371 pages
Published 2012 by Wira Bukit Sdn. Bhd (first published 1961)
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Community Reviews

Showing 1-30
4.20  · 
Rating details
 ·  856 ratings  ·  89 reviews


More filters
 | 
Sort order
Naim AlKalantani
Aku mengambil masa 2-3 bulan untuk menghabiskan baca karya sastera agong ini. Memang penat. Tiada bintang ini juga bukanlah nilai yang bagus untuk diberi kepada mahakarya Pak Samad ini. Mungkin lagi baik dari itu. Tapi aku tidak reti menilai karya sastera.
Fariza Nurbaya
Nov 02, 2012 rated it really liked it
Salina, telah saya baca dan hadam sejak di bangku sekolah rendah lagi. Segala cerita dan wataknya saya ingat sampai hari ini. Kehidupan zaman perang diperikan secara terperinci hingga kita dapat bayangkan suasana perkampungan orang Melayu Kampung Kambing Singapura yang serba daif selepas Perang Dunia Kedua. Novel ini menggambarkan kemiskinan,keruntuhan moral di kota dan pergelutan untuk melangsungkan survival di tengah-tengah kehancuran kehidupan selepas perang.

Pemerintahan Jepun yang singkat di
...more
Juliza
Apr 27, 2014 rated it it was amazing  ·  review of another edition
(5 Bintang)

"Dan diketahuinya sekali bahawa betapa kotor pun Siti Salina di luarnya tetapi kotoran itu tidaklah sampai ke telaga hatinya." - muka surat 359


Buku ini hamba temui dengan tidak disangka-sangka apatah lagi direncanakan tetapi sungguhlah pertemuan hamba dengan ‘Salina’ sangat menyenangkan sekali. Terasa beruntung pula apabila buku ini yang banyak sekali disebut orang dan sukar sekali ditemukan, berjodoh rupanya dengan hamba. Harapnya selepas ini berjodohan dengan buku puisi T. Alias Tai
...more
Nazri Awang
Oct 18, 2012 rated it it was amazing
Sedih, pilu, dan amat menusuk hati. Sarat dengan realiti kehidupan yang sukar sekali untuk difahami, seandai kita tidak mengalami. Manusia sememangnya mudah untuk menghukum, kerana kita tidak memahami keterpaksaan sesetengah insan oleh keadaan, kondisi mental mahupun fizikal. Walau hinanya seorang pelacur di mata masyarakat, namun apa yang tersimpan di lubuk hatinya, apakah kita ketahui segalanya? Sungguh, tiada siapa yang wajar menghukumi melainkan Tuhan. Benar, untuk hidup ini bukan sesuatu ya ...more
Anis Suhaila
Begitu sayang karya A. Samad Said dikerjakan sebegini. Sememangnya beliau tidak sempurna tapi pihak penerbit Lejen Press tiada usaha langsung nampaknya untuk menyunting dan memperkemaskan manuskrip. Terlalu banyak typo, kesalahan dari segi struktur ayat dan layout yang berterabur. Inconsistencies juga boleh dielakkan jika manuskrip ini disunting terlebih dahulu.

Dari segi karya, saya rasa tajuk Salina seperti tidak kena. Mungkin silap saya untuk assume tapi bagi saya Salina hanyalah seorang watak
...more
Fira
Sep 24, 2013 rated it really liked it
akhirnya habis jugak baca novel ni! huwaaa ending dia bolak balik xtahu nak sedih ke nak gumbira. huhu.

aku beri 4* sebab ada adegan tett tott so nak galakkan org lain baca pun xberapa berani tkt dapat 'saham' dosa kering. erk. hihi. Tapi sepatutnya utk pengajaran yg diberi harus dpt 5* atau lebih :)

tp tetap nak cakap novel ni best! best utk yg mampu ubah ia jadi novel motivasi bukan novel perosak akhlak. huhu

" Salina sangatlah luar biasa bg khazanah sastera saya kerana ia telah pun sempat dipadu
...more
Juliyana Junaidi
Sep 17, 2016 rated it it was amazing
Haih Salina.
Aku kasihan benar denganmu. Kenapa kamu begitu naif selama ini? Aku harap tiada lagi perempuan sepertimu di zaman kini. Dan kalau ada, diharapnya dia dapat mengikuti jejak langkahmu meninggalkan lelaki tidak kenang budi itu secepat mungkin!
Cilakalah ke atas lelaki-lelaki seperti Abdul Fakar yang tidak tahu diuntung! Sudah madu diambil daripada perempuan, dibuang semula sepahnya. Dasar lelaki hina!

Begitulah hidup, sedalam mana cinta Hilmy dan Nahidah, mereka tetap tidak dapat bersama
...more
Khairul Muhammad
Feb 01, 2016 rated it it was amazing
Antara naskah paling awal yang saya cuba baca-baca. Abah saya pesan, jika kamu mahu menulis, tetapi tidak pernah membaca Salina, eloklah kamu padamkan sahaja niatmu nak jadi penulis.
Ella
Nov 12, 2016 added it
Novel yg digunakan masa A level dulu. Sastera Melayu. Sayangnya ketika itu pembacaan lebih cenderung kepada English novel and did Shakespeare plus other short stories for literature in Sec school. Natijahnya, saya gagal BM sebab Salina..saya tak ingat pun cerita ni. All I know the pace was slow..or maybe Im slow. Asyik tertidur je bila part bacaan and berdiskusi. Honestly, jika bukan dipaksa as salah satu literature book, kemungkinan besar saya akan lebih gemar baca novel ni.Ya dulu mmg saya tak ...more
Atd Fdzl
Apr 08, 2013 rated it it was amazing
"tidak semua yang hina itu hina. tidak semua yang agung itu mulia"
Syahira
I probably don't belong in the set enamoured by this Malay modern classics. But I could blame it to the nature of this version I'm reading because the English translation from the 70s nearly made it unreadable. And I choose that edition because some ten years ago, my malay language teacher recommended the book to me and pointed exactly on how it was well received outside Malaysia due to the English translation and I've been trying to find this exact edition for ten years now. But as disappointme ...more
nazhsahaja
Apr 17, 2017 rated it really liked it  ·  review of another edition
Shelves: mygr2017
aku ingin merasa apakah keistimewaan salina sehingga ia menjadi naskah agung. namun walau sampai ke pertengahan jalan aku masih merasakannya adalah buku biasa, yang merakam perjalanan hidup penduduk kampung kambing. dan setelah habis ia tetap biasa sebiasa habisnya cerita-cerita di buku lain.

tapi kemudian aku sedar, kebiasaan salina itu sendiri adalah keistimewaannya. salina adalah mesin masa yang tidak menipu kita, salina adalah gambar hitam putih yang tulen, bukan gambar photoshop kamera yang
...more
Ira Nadhirah
Sep 21, 2013 rated it it was amazing  ·  review of another edition
Pada asasnya buku ini berkenaan kehidupan seharian penduduk Kampung Kambing. Bagaimana mereka meneruskan kehidupan dalam serba kekurangan. Namun, perkembangan cerita dengan daya perkembangan watak yang ditonjolkan oleh a samad said sangatlah menarik perhatian untuk kita meneruskan pembacaan. A samad said tidak akan meninggalkan sebarang persoalan tanpa jawapan kepada kita sepanjang cerita di dalam buku ini. Walaupun judulnya Salina tapi cerita tentang watak Salina itu sendiri tidak banyak. Cuma ...more
Nor
Apr 10, 2017 rated it really liked it
Isi cerita, dan gaya penceritaannya tentulah lima bintang.

Hanya kualiti ejaan yang disebabkan kesilapan atur huruf menyebabkan kurangnya satu bintang.

Membaca tulisan Sasterawan Negara bukanlah seperti membaca kisah-kisah cinta murah yang biasanya disogokkan dengan angan-angan gaya hidup korporat yang tidak berpijak di bumi nyata.

Yang dihidangkan adalah realiti hidup manusia yang sering dipinggirkan dan pada kebanyakan masanya bukan berakhir dengan 'happy ending' dan kisah yang berbunga-bunga.

Ia
...more
Raden
Apr 15, 2013 rated it really liked it  ·  review of another edition
I bought the 50th anniversary Edition of this book Popular Bookstore, Ikano because of it's fame as one of the best works of National Laureate, A. Samad Said. The story line is good but very poor copy editing made it a very dragging, frustrating and disappointing read. Page after page of typo errors and spelling mistakes points to a very poor job of producing this book. For a book bearing a big name as this, the editor and the proof reader must do a better job. The four (4) stars given above is ...more
Syahiran Ramli
Feb 05, 2019 rated it it was amazing
Salina memperingatkan kepada bacaan saya sebelum ini iaitu Langit Petang dan Tasik Syahdu bahawa penulis SN A. Samad Said sangat mahir bercerita tentang pengalaman hidupnya sebelum (koloni silih berganti) dan selepas perang (awal kemerdekaan) untuk dikongsikan ke dalam bentuk sastera. Latar zaman pasca perang dunia kedua yang digambarkan penulis meninggalkan kesan yang sungguh menghibakan dan memilukan. Saya sendiri turut terkesan dengan merasakan seolah-olah bahawa saya sendiri (hidup) berada p ...more
Atikah Wahid
Last year, I didn't read any Malay books at all. So this year, I am planning to read at least 12 Malay books, a book each month, because what's the point of being bilingual if I don't read in different languages?? Naturally, I had to start with Salina because this novel has always been considered as the classic Malay novel. I think of all our national laureates, A Samad Said is the only one that people are most familiar with. So, of course, I want to tackle this book first. Great idea? Well...

Fi
...more
Nabilah Firdaus
“Tak semua yang hina itu hina, tidak semua yang agung itu mulia!”

Being a national laureate, Pak Samad is agonizingly brilliant in describing the characters and every situation in this story.

“Dan seperti semalam juga anak-anak kambing itu menyondol susu ibunya yang bergayut-gayut memberat itu. Mereka berterusan sahaja kelaparan nampaknya! Di kaki mereka berselerakan dan melekat-lekat tahinya yang bulat-bulat kecil seperti biji makjun itu. Kebanyakan daripadanya masih bulat lagi. Tetapi ada yang
...more
Iman Danial Hakim
Dec 10, 2016 rated it really liked it
Saya baca Salina edisi pelajar. Jadi adegan-adegan "dewasa" sudah banyak disunting dan ini melegakan hati saya. Saya tidak mahu kenikmatan menghayati karya A Samad Said terganggu dengan ketidaksenangan saya terhadap unsur-unsur erotik. Jadi saya cenderung untuk memilih edisi pelajar yang lebih bersih.

Pak Samad sinonim dengan kekuatan cerita berdasarkan kehidupan masyarakat selepas , semasa dan sebelum perang.

Perang meninggalkan kesan mendalam kepada segenap lapisan masyarakat. Semua yang hidup p
...more
Idamandarin Azhar
Jun 04, 2009 rated it it was amazing
Fiksyen Melayu yang sangat hebat. Buku ini telah lama saya cari, akhirnya saya berjaya memilikinya di Read Malaysia 2009 yang berlangsung di Mines tidak lama dahulu. Sebuah novel tebal yang tidak jemu di baca. Sebagai pembaca yang suka membaca 100% pengisian buku, saya sarankan janganlah anda membaca kata-kata penghantar di mukasurat hadapan kerana ia mengandungi "spoiler". Barangkali ini akan mengurangkan elemen "kejutan" dalam novel ini. Kepada semua peminat fiksyen Melayu wajib membaca buku i ...more
Mahfuzah Abdul
Apr 24, 2014 rated it really liked it
superb.
gaya bahasa indah.
full stop.
Frankn
Dec 03, 2008 rated it really liked it
One masterpiece from one of Malaysia's best writers. Good plot and realistically set in Singapore in the 1950s.
Nawfal Ahmad
Jul 11, 2017 rated it really liked it  ·  review of another edition
Shelves: 2017
Sukar endak komen novel yang cara penceritaannya tidak seperti novel melayu yang lain. Sukar untuk dikenalpasti apakah misi novel ini. Jika ini kisah tentang Salina, maka sebenarnya tidaklah terlalu menumpu pada Salina. Semuanya punyai masalah dan semuanya mahu keluar dari kepayahan hidup di kampung kambing.

Maka aku kira, masyarakat adalah watak utama dan antagonisnya kehidupan yang ditekan. Ya, ini lebih adil.

Malah, ini adalah tipikal Pak Samad dengan cerita melayu yang larat lagi-lagi yang se
...more
IZZAT
Jan 30, 2019 rated it it was amazing  ·  review of another edition
*Ulasan ringkas*
Novel ini merupakan pengenalan buat aku, kali pertama membaca karya Sasterawan Negara, A. Samad Said, perasaan teragak-agak tentang komprehensi prosa & gaya bahasa yang pada mulanya berkobar-kobar dalam benak fikiran segera hilang, digantikan dengan perasaan teruja yang amat. Mengisahkan kehidupan sekumpulan manusia yang meneruskan hidup di sebuah kampung serba daif (Kampung Kambing; diberi nama atas rumah-rumahnya semua yang asalnya kandang kambing yang diubahsuai) selepas p
...more
Zharif Zainuddin
Mar 22, 2018 rated it liked it
mengambil masa hampir 3-4 tahun untuk habiskannya. Banyak pengulangan deskripsi tentang keadaan sekelilingyang dibuat untuk mengisi ruang antara dialog-dialog yang dipersembahkan. Jalan cerita yang realis, membuatkan kita juga seperti berada di zaman itu dan sama-sama berkongsi rasa geram, marah dengan karakter-karakter yang menindas dan ditindas.
Diana
Apr 25, 2018 rated it really liked it
Salina was first published in 1961 and the novel revolves around the lives of a predominantly Malay community in Kampong Kambing in Singapore in the 50s, after the end of WW2. The realism of the novel thus dwells thoughtfully on the poverty of a community who are living in what used to be goat pens that have been converted to homes. People were still traumatized. Unemployment was rife. In this context the novel turns a sympathetic and empathic eye to the plight especially of women. Salina is a s ...more
Syafiqah Salehuddin Al-Ayubbi
18 Disember 2015 aku menghabis baca novel ini dan penceritaannya mengenai kehidupan masyarakat pada dekad ke-50 ketika itu masih lagi relavan untuk dibanding pada zaman sekarang. Penderitaan serta kesusahan penduduk Kampung Kambing seakan-akan masih lagi berlanjutan dan dirasai oleh sesetengah orang di waktu kini. Mungkin corak kesukaran hidup waktu itu berbeza, namun ianya masih lagi berpusar pada benda yang sama; manusia ini hamba kepada wang.

Penghidupan watak utama, Salina yang terpaksa menca
...more
Suzainur K.A.R.
Jan 21, 2018 rated it it was amazing  ·  review of another edition
Shelves: malaysiana
Jika ada buku yang butuh menabrakkan hati yang keras, inilah bukunya. Penulisan yang bersahaja, tapi garapannya tajam, komentar masyarakatnya menyengat, dan pembangunan wataknya sangat mantap.

Kerana terlalu banyak air mata mengalir setelah membacanya, saya tak berdaya mengulang baca novel ini. Karya sastera yang hebat!
Hafiz Yazid
Dec 08, 2013 rated it it was amazing
Sukar sekali pada mulanya untuk memberi rating yang tinggi kepada buku ini. Salinan Salina yang telah dibaca adalah Edisi Istimewa ulang tahun ke 50 terbitannya yang hanya boleh diperolehi di Popular. Sangat mengecewakan apabila buku yang diterbitkan penuh dengan kesalahan menaip (typos) yang terlalu banyak hingga mengganggu keseronokan membaca.

Namun, tidak adil bagi saya untuk menilai isi karya agung sasterawan negara A. Samad Said hanya kerana beberapa editor yang malas untuk memastikan kualit
...more
Linda Zainuddin
Sep 28, 2016 rated it it was amazing
Aku mengambil masa kira-kira 4 hari untuk menghabiskan bacaan karya agung Pak Samad. SALINA,bila aku baca buku ni terasa seolah-olah aku berada di zaman peperangan dahulu, sebelum kemerdekaan,terasa aku berada di dalam kalangan penduduk Kampung Kambing. Serious superb, bahasa lama yang dikekalkan dan mudah untuk aku fahami. Cuma aku hairan, kenapa tajuk SALINA?bukan sepatutnya Nahidah??Salina satu khazanah luar biasa pada aku,mungkin.
"Dan diketahuinya sekali bahawa betapa kotor pun Siti Salina d
...more
« previous 1 3 4 5 6 7 8 9 next »
topics  posts  views  last activity   
Goodreads Malaysia: SALINA: ''Ikonik'' Malaysia? 12 197 May 02, 2013 04:45AM  

Readers also enjoyed

  • Imam
  • Ranjau Sepanjang Jalan
  • Tuhan Manusia
  • Naratif Ogonshoto
  • Anak Mat Lela Gila
  • Jibam
  • YANG NAKAL-NAKAL
  • Seorang Tua di Kaki Gunung
  • Merantau Ke Deli
  • Langsir Biji Remia
See similar books…
291 followers
Abdul Samad bin Muhammad Said atau lebih dikenali sebagai A. Samad Said ialah Sasterawan Negara 1986. Beliau juga pernah dianugerahkan dengan "Anugerah-anugerah Menulis Asia Tenggara" (SEA Write Awards).

Dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka, A. Samad mendapat pendidikan awalnya di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura (1940-1946) dan Institusi Victoria, Singapura (1956). Seor
...more
No trivia or quizzes yet. Add some now »