Jump to ratings and reviews
Rate this book

Suamiku Encik Perfect 10!

Rate this book
PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?

597 pages, Paperback

First published August 1, 2012

50 people are currently reading
983 people want to read

About the author

Syamnuriezmil

84 books540 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
339 (39%)
4 stars
254 (29%)
3 stars
185 (21%)
2 stars
48 (5%)
1 star
34 (3%)
Displaying 1 - 30 of 42 reviews
Profile Image for Nonieღserenity2bliss.
2,039 reviews378 followers
October 30, 2013
Announcement before review: N nak jual buku ni for RM8. Pada sesiapa yang berminat, boleh lar PM :)

Another so-so book by the author. Tak suka tidak. Suka pun taklah sangat. It was interesting enough to keep me flipping the pages. Kalau diminta baca lagi, rasanya N tak sanggup. Banyak sangat watak orang jahat dalam cerita ni.

N rasa watak Aleeya sangat memenatkan. Bukannya N tak kesian dengan nasib dia. Tapi dia terlampau degil sampai N tak boleh nak terima.
 photo nerves_zps83ff5b89.gif

Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
February 28, 2020
Fair warning: I tend to be personal about my review sebab I also post this to my blog HERE . I can’t write my own story but I’m a huge complainer. So, kalau tak suka people venting, don't read. Also... spoiler alert! Kalau tak mau kena spoiled, JANGAN BACA MY REVIEW YE... I tend to babble...

I bought this book a long time ago, and I put this dalam shelf novel yang I've read. I was thinking of reading this again sebab nak "revise" before movie ne keluar. Apparently, I didn't feel like I've read this novel... then I ingat, I ada baca tapi only beberapa pages sebab I pening dengan penulisannya dan I tak suka the watak. This time, I try to kuatkan hati baca sampai habis.

I really hate this book. Watak Aleeya ne tak tetap pendirian. Watak Zarief pun tak mencerminkan seorang lelaki perfect; he helped the pregnant woman with her wrong decision, he slept in the same room berdua with the girl, he left his girlfriend of five years (I know perempuan tu not a nice one, but he didn't know that), etc... Not a perfect man for me. Kalau novel ne not about Malay people, mungkin I will love this type of story.

Gaya penulisan yang memeningkan I sebab penulis tended to jumble up present dengan yang past scenes, then a lot of time, penulis wrote watak-watak's inner thoughts yang somehow repeating the dialog. Serious pening.

Maybe tujuan penulis mengetengahkan isu about rogol, anak haram and things like that untuk mendidik, but somehow it came off wrong.

First book I read in 2015, and not a good one. I don't think I'll watch the movie adaptation at all now. The story alone was not good. For me...

Sinopsis:

PERTEMUAN yang tidak terduga sewaktu penerbangan dari Heathrow, London ke KLIA, Sepang menciptakan sebuah lakonan suami isteri di antara Aleeya Azmeen dan Zarief Danial. Lakonan selama seminggu, demi menyelamatkan Aleeya Azmeen untuk berdepan dengan ibunya, Puan Yazmeen. Janji telah terpatri tetapi perasaan lain pula yang bertakhta dalam hati.

“Abang, orang kahwin pun tak pegang tangan bini dia sebegini teruk, tau! Sampai tak boleh bernyawa tangan Leeya ni.” – Aleeya Azmeen

“Peduli apa Aleeya nak cakap apa pun. Asalkan Aleeya selamat dalam pegangan abang! Abang tak kisahlah apa orang nak cakap.” – Zarief Danial

Saat itu, Syed Muzaffar, bekas kekasihnya, cuba menagih semula kasih dari Aleeya Azmeen. Konflik bertambah hebat apabila keluarga Syed Muzaffar cuba merebut anak yang dikandungkan oleh Aleeya Azmeen untuk mendapatkan harta dan kekayaan. Azura Hanim pula menjadi penghalang rasa cinta Zarief Danial terhadap Aleeya Azmeen.
Aleeya Azmeen menjadi keliru apabila terpaksa memilih di antara cinta terhadap Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial.

“Aleeya dah jumpa ke lelaki perfect 10 tu?” – Zarief Danial

“Dah, tapi dia milik orang,” – Aleeya Azmeen

Siapakah yang layak menjadi suami paling sempurna buat Aleeya Azmeen? Adakah Syed Muzaffar ataupun Zarief Danial? Adakah Aleeya akan memperoleh cinta dari Encik Perfect 10, seperti mana yang dia harapkan?
Profile Image for Ain.
138 reviews14 followers
April 13, 2013

Permulaan awal buat aku bosan seketika. Tapi tetap positif sbb tahu novel penulis Syamnuriezmil selalunya akan ada scene yang best. Yes , memang progression scene seterusnya memang best =)

watak Zarief memang agak perfect 10 tapi macam tak berpijak pada realiti. Ada ke lelaki sebaik itu? mungkin juga ada tapi menyamar jadi husband sampaikan sebilik dengan perempuan,itu menyebabkan dia sudah tidak perfect 10.itu sudah masuk bab sensitif bagi aku.

but if hiraukan benda itu , overall ok saja cerita ini.

Endingnya bagai sudah dijangka. Klise. Memang novel ini kisah mereka berdua - kisah Aleeya dan Zarief , watak Syed Muzafar dan watak Azura memang watak sampingan yang sudah kalah dari awal. Kalah dari segi peribadi mereka.

Scene2 Aleeya & Zarief , mmg romantik , itu aku akui. Tapi yang menampakkan lagi romantik dan rencah pastinya Puan Yazmen, ibu Aleeya. Aku suka ibu seperti itu , caring yang amat dan pastinya sayang gila pada Aleeya itu.
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews106 followers
June 29, 2015
Naskah untuk dilepaskan; RM15.00. Pm je....

SUAMIKU ENCIK PERFECT 10 dibaca semata-mata kerana ura-ura ianya akan dilayarkan.

Cerita yg agak kalut. Permainan tarik-tali yang tidak berkesudahan hingga babak terakhir (sesuatu yang amat sesuai untuk didramakan).

So, sama-samalah menanti....
Profile Image for Sakura Lina.
139 reviews4 followers
March 21, 2015
cerita yg agak santai.. konflik pun tidak berat sangat. segala permasalahan dpt diatasi cuma aku agak tidak menggemari watak heroin novel ni. bagi aku dia agak mementingkan diri sendiri dan tidak mempunyai pendirian yang teguh. keputusan yg diambil selalu berubah-ubah.dia juga seorang yang agak degil dan tidak suka mendengar pendapat orang lain. overall,antara novel-novel penulis ,novel ni yg aku paling kurang suka...
Profile Image for Ummi Farhana.
238 reviews13 followers
August 6, 2017
Kadang-kadang tak tahu kenapa suka seksa diri sendiri baca novel yang caca merba macam ni. Berapa juta entah sel otak mati.

One word: Don't bother.
Profile Image for Sha Mohamed.
2,526 reviews1 follower
January 20, 2018
Best..

#suamikuencikperfect10 #syamnuriezmil #karyaseni #novelmelayu #novelcinta #lovenovel #bookstagram #hobisaya #bookworm #bookreview #booklover #reviewbukuolehsha #bookreviewbysha #bacaanjanuari2018 #bloggerbuku #blogger #bloggerperak #blogkasihkuamani #membacajambatanilmu
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
March 17, 2014
pertama kali bertemu dalam kapal terbang dari london ke kuala lumpur, zarief terkena muntah aleya yang mabuk akibat mengandung akibat dirogol oleh syed muzzafar. zarief sanggup berlakon untuk menjadi suami aleya kerana aleya amat takut untuk berterus terang dengan ibunya, puan yazmeen bahawa dia sebenarnya dirogol.
selama seminggu zarief menyamar menjadi suami, tanpa sedar mereka sebenarnya sudah jatuh hati. seterusnya, zarief dipaksa oleh tunangnya, azura untuk segera berkahwin kerana mengandung hasil kecurangannya dengan akram. dalam pada masa yg sama syed muzzafar kemalangan dan lumpuh. syed mustapha memaksa anaknya itu mencari aleya kerana bayi yg dikandung oleh aleya dpt menyelamatkan perniagaannya yg hampir muflis kerana wasiat mensyaratkan syed muzzafar untuk berkahwin dan peroleh anak untuk mendapat harta wasiat itu.
selanjutnya, banyak ceritakan konflik yg mereka hadapi dan perkahwinan yg perlu ditempuhi. apa jadi kisah cerita cinta dalan diam zarief dan aleya??.. ala.. cari jer buku ni....
syamnuriezmil memang antara penulis cerita romantik so memang itulah jalan ceritanya. cuma, cara pengolahan ceritanya menarik, lucu sehingga boleh buat pembaca senyum sendiri. (kot aku saja yg syok sendiri...) banyak penggunaan loghat utara yg ringkas dan mudah difahami. pengajaran? ada... hadapilah suatu kebenaran walaupun pahit. berkata benarlah walaupun perit..
Profile Image for Qayiem Razali.
892 reviews85 followers
April 21, 2014
Pertama kali membaca naskah Syamnuriezmil. SEP10 sebuah kisah yang tidak berat dan santai sahaja. Gaya bahasa yang mudah difahami dan plot penceritaan yang tersusun membuatkan kisah ini mudah dihadam. Perwatakan watak yang ada dalam novel ini turut dikembangkan dengan baik dan semua watak memainkan peranan yang tersendiri dan memberi kesan pada saya sebagai pembaca. Cuma, kurang sikit dengan Aleeya yang terlalu keras kepala! Dan, suka pada Toh Zaharah kerana ambil berat perihal cucunya. Apa2 pun kisah ini amat menghiburkan dan menantikan karya seterusnya daripada Syamnuriezmil. Juga tak sabar menantikan drama SEP10 yg akan muncul tak lama lagi.
Profile Image for Joy (Cheery♡Reads).
998 reviews119 followers
May 1, 2015
Erm, baca ini pun sebab filem. Tapi dua-dua pun disappointed lah. Tak faham lah dengan Leeya nie....

I'm sorry, but to me date rape is not something to be ignored just like that. In reality, siapalah yang nak kahwin dengan lelaki yang rogol dia? Every woman should speak up and not just sweep aside this kind of issue. Kahwin perogol you demi baby? Tak logik langsung....

Irritated dan setuju sangat dengan review Kak N, "Shhh, you're getting on my nerves..."
Profile Image for Inn Auni.
1,092 reviews23 followers
August 3, 2017
A Walk in the Clouds - 1995
Pooveli - 1998
Dhai Akshar Prem Ke - 2000
Suamiku, Encik Perfect 10 (filem) - 2015

* Hawat pula dah ang pi senarai filem tu semua?
- Sebab nak habak, baiklah menonton filem di atas dari membaca novelnya.

* Sampai ati ang buat lagu tu. Tak kesian ka kat penulis dia? Penat karang ayat.
- Sebab kesian kat penulis la che cadang lagu tu. Dari dok dapat star rendah-rendah.

* Awat tak best ka cerita dia?
- Best aih. Tapi rasa macam meleret sangat. Pi mai pi mai tang tu. Che tak feel la benda tarik tali ni. Bukan sukan. Hati dan perasaan kot. Kalau sukan boleh la the best man win. Hati dan perasaan takkan nak pakai prinsip sama juga.

* Dah tu awat ang beli juga novel ni?
- Dah ada kat rak depan sekali kedai buku tu. Jurujuai tu siap susun bentuk piramid lagi. Che nak tengok la juga apa yang beza dengan filem dia. Kalau tak sebab 'jangan koyak plastik' tu, che baca kat kedai tu dah aih.

* Kat library tak dak ka?
- Ada la kot tapi che nak buat koleksi.

* Dah tak best, juai la.
- Kat part 'nak buat koleksi' yang mana yang ang tak paham ni?

Heh. Internal monolog namanya.
Profile Image for Bella RINA.
188 reviews2 followers
January 17, 2022
Wujud ke lelaki yg baik hati..penyayang macam ni…omaigod!!! Cairnye baca layanan hero tu..sweet sgt…and blh nampak die fall for aleeya bila dah asyik dok terpk and riso je all the time!! Geram bila aleeya tunjuk degil die tu..ishhh..ko ni tau bersyukur tak…pape pon..mmg best..
Profile Image for Bluebell.
44 reviews
June 28, 2020
Like another quarter lagi nak habis baca novel ni tapi tak mampu. Tak ingat mana yang kurang. 😅 lama benor dah tinggal novel ni
Profile Image for Yattie Norhayatie.
75 reviews4 followers
June 15, 2022
nice story... dah lama habis baca...tapi lupa nak update kat g.reads ni... boleh layan novel dan filemnya...santai²....
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 3, 2013
Perfect! Ada suka, duka, ada kelakar dan ada adegan serius... Best kalau betul-betul Zarief exist! Aleeya Azmeen sedang mengandungkan anak Syed Muzaffar, kekasihnya selama lima tahun. Muzaffar telah menganiaya dirinya hanya kerana cemburu dan ragu-ragu akan kesetiaan Aleeya. Aleeya mengandung dan mengalami alahan yang teruk lalu dia diberhentikan pengajiannya. Dia terpaksa pulang ke Malaysia untuk menghadapi ibunya. Dalam perjalanan pulang, dia ketemu Zarief Danial yang sanggup tolong dirinya untuk menghadap ibunya. Dia sanggup berlakon sebagai suami sementara Aleeya. Dalam diam perasaan cinta menjelma. Tunangan Zarief, Azura Hanim, pula sedang mengandung anak Akram. Namun dia bertekad untuk menjadikan Zarief sebagai suaminya, walaupun Akram sanggup bertanggungjawab untuk dirinya dan bakal anaknya. Azura merancang untuk menjerat Zarief bila dia tahu cinta Zarief telah beralih arah dan Tok Zaharah tidak berkenan akan dirinya. Sementara itu, Muzaffar telah menyesal akan perbuatannya. Dia mahu mencari Aleeya tapi tak berjaya.Bapanya Syed Mustafa mengesyorkan Muzaffar supaya berkahwin dengan Nasmina supaya Muzaffar cepat dapat zuriat agar dia sekeluarga dapat harta pusaka. Malangnya, Muzaffar terlibat dalam suatu kemalangan jalanraya. Nasmina terkorban dan Muzaffar lumpuh. Peluang untuk mendapat zuriat terkubur. Muzaffar pula koma. Kerana muslihat Azura, Aleeya hilang kepercayaan pada Zarief lalu dengan cepat memilih untuk berkahwin dengan Muzaffar. Alasannya ialah untuk beri anaknya berbinkan Muzaffar. Zarief kecewa dengan keputusan Aleeya walaupun dia dapat terlepas dari penipuan Azura. Sebaik sahaja Aleeya selamat bernikah dengan Muzaffar, dia pengsan. Dia meninggal dunia sebaik sahaja mengamanahkan Zarief untuk menjaga Aleeya dan anaknya. Zarief merajuk kerana dia pasti Aleeya masih sayangkan Muzaffar. Lalu, dia ingin pulang ke London. Aleeya akhirnya mengejar Zarief dan berjanji untuk menerima Zarief selepas melahirkan. Muzaffar rupanya telah meninggalkan sebahagian hartanya untuk Aleeya dan anaknya. Zarief dan Aleeya bahagia bersama keluarga mereka dan ibu-bapa Muzaffar.(less)
Profile Image for Shea.
153 reviews5 followers
January 26, 2015
Interesting storyline- very dramatic and fast-paced. Full of twists and turns and unfortunately, coincidences. Too much coincidences made the story a bit too far-fetched.
I understand why this book is made into a movie though.

Good storytelling marred by somewhat judgmental-tone describing the antagonists, i.e. Azura. Rasa macam kena hasut untuk benci watak Azura.

Not sure if it was intentional (for characterization) but the protagonists' smattering English *shudder*
It makes me cringe just thinking about it. Copy check should help as they are simple grammar mistakes.

Overall, an acceptable & entertaining read.
Profile Image for creme brulee.
100 reviews18 followers
April 20, 2014
Title : SUAMIKU ENCIK PERFECT 10
Author : Syamnuriezmil
Publisher : KaryaSeni
Reading Status : Completed
Time of Completion: 1045 hrs

Alright tamat. Cerita okay. Tapi IUD lagi best kut. Hihi. Cerita simple ~ comel2. Untuk sekadar bacaan santai2 boleh la baca buku2 dia. And some more ~ penulis suka create watak lelaki yg melelehkan darah daripada hidung. Baik, kaya, handsome -adihhhh memang gigit jari aje laaa. Hehehhh.
Profile Image for Nur Shafiera.
2 reviews
January 27, 2015
Done with the book & movie. Cerita & isu sgt simple. In movie yes! People will fall in love with zarief. Aaron sgt sweet & same goes to lisa.
But when it comes to the book, sorry. I think this book sgt la boring. Sbb watak2 hanya pusing2 dekat situ. Watak kwn baik & family. I do appreciate the msg. Yes dlm mesti redha. Dan akan sentiasa hadir peluang kedua. Jgn mengeluh serta salahkan DIA. Semua terjadi ada sebab. Redha & sabar kunci utama.
Profile Image for Suria A.Rahman.
100 reviews6 followers
September 29, 2012
Bila baca novel ni ingat salah satu filem bollywood gandingan Aishawarya & Hubbynya. Jalan Citer awalanya Ala2 sikitlahhh
Profile Image for Nor Azah.
4 reviews
December 26, 2012
Novel yg mengetegahkan persoalan Anak luar nikah..konflik ibu yg di rogol dan masa depan anaknya.
Profile Image for Don ツ .
248 reviews37 followers
April 13, 2016
Sangat best!! Kategori mesti baca...
Syamnuriezmil selalu berikan watak yang mengagumkan aku.
10 reviews27 followers
February 10, 2014
Best gilaaaaaa!!! Totally a worth reading for me. I love it. A must read and must have novel. FANGIRLINGGGGGGG!!!!!
Displaying 1 - 30 of 42 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.