Hadi dan Aidil memasang impian mahu mengembara ke langit tinggi. Baginya, mengembara ke langit adalah pengalaman yang indah. Namun, ia bukan seperti yang dijangkakan.
Ketika mereka sedang terbang di awan biru, mereka terserempak dengan sebuah kapal laut yang besar. Bermula dari kejadian aneh itu, pengembaraan yang indah itu bakal berubah kepada suatu pengembaraan yang penuh misteri.
Mengapa kapal laut itu muncul di tempat yang tidak sepatutnya? Apakah disebalik kejadian fenomena aneh ini?
Tak sabar nak tunggu yang ke #2— Kisah dia berkait dengan kehidupan watak-watak MISI yang lain — Kalau nak tahu macam mana boleh berkait,kena baca seluruh isi yang ada dalam komik ini 😏
Satu lagi buku terbitan PTS. Menjadi pilihan anak bujang kami.
Kisah pengembaraan dan kegigihan dua remaja belasan tahun, Hadi dan Aidil. Berfantasi mahu keluar melihat dunia. Tidak mustahil jika ianya berlaku di alam realiti.
Bahan bacaan yang bagus. Karya kreatif nukilan Afiq dan Nazry.