Permata yang dimaksudkan adalah rezeki dunia, ilmu dan pengalaman yang diperoleh.
Daripada pengalaman yang penulis ceritakan, aku nampak beliau seorang yang berfikiran positif dalam menjalani kehidupan dan masalahnya. Jadi, tak mustahillah pelbagai pengalaman dan kejayaan yang beliau kecapi.
"...aku berpegang dengan prinsip jika hari tiada tiada rezeki, esok mungkin harinya aku menuai."
"Aku perlu mencari sesuatu demi menggantikan peluang yang terlepas."
Antara pengalaman/fakta menarik:
-bagaimana bertemu jodoh/isterinya.
-pengalaman menguruskan jemaah haji.
-pengalaman dalam bidang pembinaan.
-mudahnya mendapatkan lesen memandu di Mesir tetapi tidak di Arab Saudi. Siap kena derma darah lagi.
-kenapa lantai jubin keliling Kaabah sejuk.
-boleh belajar tanpa daftar dengan menjadi mustami'(pendengar).
-istilah2 bahasa arab yang penulis kongsikan.
-memulakan perniagaan sendiri di tanah air.
Secara peribadinya, aku kagum dengan pengalaman penulis.
Tak tahulah kenapa rasa tak tertarik nak habiskan bacaan bila dah sampai di tengah buku. Mungkin kerana dah tahu apakah permata yang dimaksudkan. Tapi demi permata untuk diri aku sendiri, aku gagahkan juga diri untuk habiskan bacaan.
Keseluruhannya, penulisan adalah baik, tak susah untuk saya hadamkan ditambah dengan pula dengan pengalaman yang menarik.