‘Dengarkanlah juga kisah berseberangan’ merupakan maksud kalimat daripada maksim latin, Audi Alteram Partem yang dituangkan penulisnya dalam kumpulan cerpen pertamanya ini. Setiap cerpennya terinspirasi daripada peristiwa yang terjadi di sekelilingnya, sekali gus menggugah naluri kepengarangannya.
Apa yang menarik tentang koleksi cerpen aidil khalid ini, selain dari cerpen berunsur satira yang membawa pembaca berfikir, adalah terdapat catatan pengarang di akhir setiap cerpen beliau, di mana beliau menceritakan bagaiamana beliau mendapat idea untuk menghasilkan cerpen tersebut. Saya lihat itu kelainan yang tidak ada buku-buku lain.
- Tidak setuju dengan tajuk buku dan gambar latar kerana orang yang tidak belajar undang-undang mungkin tidak akan tertarik langsung untuk membaca buku ini kecuali dengan saranan pembaca lain sedangkan ada banyak lagi cerpen menarik yang tidak berkaitan undang-undang.
- Dari sudut pandangan bekas pelajar undang-undang, saya menghargai ilmu dan lebih-lebih lagi aplikasi undang-undang dalam cerpen manakala dari sudut pembaca marhaen, saya suka dengan pendekatan penulis yang unik dalam setiap cerpen. Isu yang mungkin membosankan menjadi menarik apabila dikaitkan denggan jalan cerita yang unik.
- Kontroversi antara penulis, editor dan penerbit membuatkan saya mahu membaca karya yang asal yang belum diedit editor ITBM.
- Semoga kontroversi yang melanda tidak menjadikan penerbitan buku ini terus terhenti.
- Cerpen pilihan saya ialah Taaruf dan Burung Hitam dan Abu Nawas.
Hampir 4 bintang sebenarnya. Penulisan yang sangat refreshing, kemas, tertib dan never miss an aspect of storytelling.
Cuma disebabkan saya sering berlainan pendapat dengan penulis, banyak kali saya rasa penulis begitu angkuh dengan pendapat yang cuba disampaikan dan tidak memberi peluang kepada pembaca untuk membuat kesimpulan sendiri. Mungkin ini saya je yang rasa.
But at the end of the day seronok baca cerpen yang buat kita berfikir.
Apabila membaca karya cerpen dan fiksyen, saya selalu mengharapkan kelainan. Bila dengarkan tajuk buku - Audi Alteram Parten, bagi saya tajuknya unik.
Di bahagian awal buku ini, penulis berkongsi sedikit sebanyak tentang bagaimana buku ini diterbitkan. Saya mengagak, penulis seorang yang tegas, berpendirian teguh, berprinsip dan mungkin agak keras (atau degil?) hati.
Apa yang membuatkan saya terus baca dan baca? Hampir kesemua cerpen di dalam buku ini berkisar dan berlatarbelakangkan perjuangan, prinsip dan melibatkan undang-undang. Setiap cerpen ceritanya pendek sahaja dan ringkas. Tetapi mempunyai maksud yang cukup mendalam dan tersirat. Apa yang saya respek, penulis tidak ‘kedekut’ berkongsi ‘di balik tabir’ penghasilan setiap cerpen.
Ada cerpen yang pernah ditolak oleh penerbit, ada yang mempertikaikan. Ada cerpen yang tersimpan lama - bertahun. Mengambil masa penulis untuk ‘berkongsi’ sebelum akhirnya diterbitkan di halaman-halaman majalah dan suratkhabar. Di sini boleh kita belajar bahawasanya, bukan senang nak bergelar penulis. Harus bersedia menerima ‘rejection’.
Cerpen banyak berkisarkan isu sensitif - seperti isu agama, fatwa, politik. Penulis (sebagai seorang yang berkelulusan bidang undang-undang) merangkumkan sekali hujah bersertakan dengan sebutan kanun undang-undang dan akta. Juga terdapat beberapa istilah undang-undang yang saya tidak berapa biasa dengar dan maksudnya.
Secara amnya, setiap cerpen adalah merupakan teguran halus, turut mengandungi sindiran tajam, secara tidak langsung, ke atas isu-isu sebenar yang sedang melanda negara ketika itu. Penulis ‘menghentam’ melalui penceritaan, rekaan watak-watak dan pengkisahan. Jelas di setiap cerpen, penulis menyatakan pendiriannya yang tegas, ke atas isu-isu tertentu melalui cerita yang direka.
Apa yang lain dalam kumpulan cerpen ini -- ia disertakan catatan pengarang di setiap selepas cerpen ditamatkan. Menarik bagi aku kerana ia seumpama meraikan hubungan telegram antara pembaca dan penulis.
Cerpen yang amat saya gemari adalah Romansia dan Romansia II yang err... lebih baik kalian baca sendiri.
Ia terbahagi kepada 4 bahagian di mana saya menyukai garapannya yang sinikal dalam bahagian 3: Lada Api; Penyedap Rasa.
Apa yang menarik tentang tulisan-tulisan di dalam ini, dia menggunakan latar belakangnya dari bidang perundangan menjadikan pengalaman baru untuk saya telaahkan lalu mengingatkan saya pada John Grisham. Tapi bukan sama dengan John Grisham walau berkitar dalam rangkuman perundangan tetapi dia mencapahkan penulisannya bukan pada sekadar jenayah tapi turut isu kemanusiaan, budaya, agama, isu semasa dan akademik.
Apa-apa pun, yang menjadikan saya sukakan koleksi ini adalah catatan pengarangnya.
Awalnya membelek buku, agak terkejut apabila terpampang nama Aidid Khalid sebagai penulis. Saya mengenali beliau sebagai seorang peguam yang berhaluan ‘kanan’, dengan menilai pandangan dan kenyataan beliau berhubung perkara seperti tafsiran agama, bahasa Melayu, hak bumiputera, raja-raja dan semisal dengannya. Maka, agak takjub apabila mengetahui seorang peguam ber”sastera”. Sebuah nama lagi yang saya kira tidak asing ialah Lukman Sherif. Peguam, merangkap pengerusi PEMBELA (Pertubuhan-Pertubuhan Pembela Islam). Bahkan, mereka berdua baharu sahaja sepentas, ekoran isu Nik Elin yang dikatakan mencabar keabsahan undang-undang syariah negara.
Sesuai dengan kecenderungannya yang dilihat “kanan”, cerpen-cerpen beliau menyelar, menyindir secara halus dan kadangkala mengkritik dengan keras akan isu-isu semasa yang berlegar dalam Malaysia. Misalnya, dalam membicarakan soal tafsiran Perlembangaan, “...apakah doktrin pemisah agama dan negara yang termaktub dalam perlembagaan kita itu sebenarnya relevan dalam masyarakat kita yang berbilang agama ini? Mungkin kita perlu mempertimbangkan pindaan dibuat…” (hlm. 89).
Audi Alteram Partem, tajuk buku yang merupakan satu frasa latin, bermaksud "let the other side be heard as well" sesuai dengan penulisan cerpen yang berlatarbelakangkan kerjaya beliau sebagai seorang peguam. Kesemua cerpen juga merupakan pengolahan pengalaman peribadi.
Cerpen beliau mengetengahkan isi berbanding plot. Galur cerita cerpennya sederhana sahaja, tapi persoalan-persoalan yang diketengahkan itulah yang menjadi tunjang kekuatan cerita. Beliau turut menyatakan, dalam sebuah cerpen beliau yang bersifat “anti-plot”, adalah diilhamkan oleh Gagasan Persuratan Baru Affandi Hassan, walau saya melihat beliau gagal berbuat sedemikian.
Dimuatkan juga catatan akhir usai setiap sebuah cerpen ditamatkan; menjelaskan proses dan suasana seputar yang mendorong beliau menulis cerpen tersebut. Saya dapat mengetahui isu yang berlaku seperti perhimpunan anti-PPSMI pada tahun 2009, misalnya.
It is easy to fall in love with Aidil. I mean Aidil's writings.
Paling menarik cerpen Res Judicata memandangkan bahasa yang digunakan sangat bersahaja dan penceritaan menggunakan hyperbola dan absurdisma. Cerpen-cerpen selepas itu juga begitu. Cumanya Aidil ada masanya terlalu naif.