Key Features Publisher Igloo Books Ltd Date of Publication 01/09/2010 Language(s) English Format Paperback ISBN-10 0857342495 ISBN-13 9780857342492 Genre Ships & Waterways: General Interest Series Title Focus on
Menurut penulis buku ini,Leo Marriott,di dalam bahagian Introduction (Pengenalan),battleship (jika diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu secara harfiah bermaksud kapal tempur) adalah "...the most heavily armed and armored warships of their time,and in general could only be defeated by another battleship.". Marriott membahagikan pembincangannya kepada enam bab iaitu:
i) The Pre-Dreadnought Era ii) Dreadnought iii) The First World War iv) Between the Wars: The Treaty Battleships v) The Second World War vi) The End of the Line
Melalui keenam-enam bab,penulis membincangkan secara teliti dan terperinci mengenai sejarah,evolusi,prestasi dan rekod tempur atau pertempuran kapal-kapal tempur yang dibina dan juga legasi yang ditinggalkan di dalam lipatan sejarah dunia ketenteraan,terutamanya yang berkaitan dengan peperangan laut.
Saya akui,dengan membaca buku ini telah berjaya membuka mata saya kepada suatu subjek yang saya tidaklah begitu arif selama ini walaupun saya merupakan seseorang yang meminati hal ehwal ketenteraan terutamanya yang berkaitan dengan sejarahnya. Membaca buku ini juga tidak membosankan kerana setiap muka surat disertakan dengan gambar-gambar,baik di dalam bentuk berwarna dan hitam putih.
Un libro precioso y bien contado pero con múltiples errores que hacen que no se pueda usar como referencia. No puedo no preguntarme cuántos errores NO encontré.