Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cinta Kerana Allah

Rate this book
Cinta bukan hanya kata-kata bermadah, tetapi cinta adalah amanah dari Allah. Sesungguhnya cinta itu indah kerana ia adalah kurnia daripada Allah Yang Maha Indah. Justeru, jagalah kesucian dan keindahan cinta itu dengan berkata kepada kekasih hatimu, "aku cinta kepadamu kerana Allah!"

308 pages, Paperback

First published April 1, 2012

17 people are currently reading
119 people want to read

About the author

Pahrol Mohamad Juoi

40 books252 followers
Pahrol Mohamad Juoi memulakan pengajian di sekolah kebangsaan Sungai Rokam, Ipoh dan kemudian ke sekolah Menengah Sultan Abdul Halim Jitra, Kedah. Walaupun berkelulusan dalam bidang Teknologi Makanan UiTM, namun sejak 1985 lagi beliau telah bergiat dalam bidang penulisan khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan Islam. Ini dibuktikan dengan komitmennya sebagai wartawan, pengarang dan akhirnya Ketua Pengarang kepada beberapa buah majalah bercorak Islam sejak tahun 1986 hingga 1995.

Pernah menjadi Ko-kaunselor Yayasan Nurul Yaqeen pada tahun 1997/98, namun minat sebenarnya tetap dengan bidang penulisan. Sejak itu hingga kini, komitmennya dalam penulisan diteruskan dengan menjadi kolumnis kepada beberapa buah majalah seperti Dewan Masyarakat, Dewan Siswa, Dewan Falsafah, Minda, majalah I dan Anis.

Selain itu juga beliau aktif menulis lirik-lirik nasyid bagi kumpulan nasyid Tanah Air seperti Hijjaz, Rabbani, Raihan, Inteam, UNIC, Saujana, Mestica, Firdaus, Saffone, Nowseeheart dan lain-lain. Antara lirik nasyidnya yang popular ialah Sumayyah, Suci Sekeping Hati, Mendamba Kasih, Siti Khadijah, Cinta Zainab, Setanggi Kasih, Zinnirah, Umar Al Khattab, Salehuddin Al Ayubi, Ratu Syahadah dan lain-lain lagi. Beliau juga menghasilkan skrip bagi rancangan TV antaranya Raudhah (ASTRO). Menjadi Pengacara dalam rancangan Islam di RTM.

Kini beliau adalah Pengarah dan Penyelidikan Modul merangkap Pengurus besar Fitrah Perkasa Sdn. Bhd. sebuah syarikat perunding dan latihan yang terlibat dalam program latihan bagi agensi-agensi kerajaan, badan-badan korporat dan syarikat-syarikat swasta. Pengalamannya menjelajah negara-negara ASEAN, Uzbekistan, Pakistan, Turki, Jepun, China, Jordan dan Mesir menambah kematangannya dalam bidang penulisan dan latihan.

Hingga kini beliau telah menulis beberapa buah buku dari pelbagai genre penulisan. Antaranya: Melawan Arus (antologi cerpen), Jendela Hati (antologi Sajak), Turki: Iktibar Sebuah Empayar (kembara), Ideologi Kamal Ataturk dan kesannya terhadap Turki (politik), Tentang Cinta (remaja), Dua hati Satu Rasa, Untukmu yang Tersayang, Dilema Melayu-Islam: Kurang Fikir atau Kurang Zikir. Terkini, beliau juga adalah ketua editor majalah SOLUSI keluaran Telaga Biru Sdn. Bhd.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
36 (54%)
4 stars
21 (31%)
3 stars
7 (10%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Edi Rozaidi.
130 reviews
April 20, 2024
Antara buku islamik motivasi yang sangat sedap dibaca dan tak bosan.

Setiap bait-bait perkataan disusun dengan sangat baik dan dipilih secara teliti. Jika ia makanan, buku ini ibarat makanan yang sedap dilidah, mengenyangkan, menyihatkan kerana penuh nutrisi dan segar.

Sudah pasti akan rekomen kepada orang lain untuk membacanya.

Profile Image for Auni B.
73 reviews4 followers
November 23, 2018
Baca buku ini atas saranan ibu saudara. Alhamdulillah buku ini telah memberikan saya sedikit kefahaman tentang pahit manis dunia rumah tangga dan apakah yang patut menjadi keutamaan semasa mempertimbangkan calon pasangan hidup.
Profile Image for Wan Siti.
140 reviews9 followers
June 26, 2014
Sarat dengan pesanan & nasihat untuk menuju Mardhotillah.

Sesungguhnya rumahtangga adalah tempat permulaan pembentukan PERIBADI yang MULIA.

Seorang yg UNGGUL kpd AHLI KELUARGAnya akan terkesan HEBATnya pada setiap kerja-buat.

HEBAT pada KERJAYA
HEBAT pada SOSIAL
Malahan HEBATnya AKHLAK dpt dikesan auranya oleh orang di sisinya.

Indahnya AKHLAK lahir dari HATI yang hasan.. HATI yang tenang lagi menenangkn.

Dari mana lahirnya BAHAGIA?
Yea, of course sumbernya HATI.
RAJA kerajaan diri-manusia yg utama.

Sedarlah.
Semakinlah mendekat kepada CINTA ALLAH..
Itulah CINTA UTAMA yg membuahkan cinta-cinta lainnya. insyaaAllah ^_^
Profile Image for unggu Lavender.
2 reviews
February 2, 2015
Membuat kan saya sedar semua didunia ini hanyalah pinjaman dari Allah. Suami ,isteri,anak-anak. Tidak ada milik kita , semuanya milik Allah. Kita hanya memikul amanah dan menjaganya. ' Jangan ada rasa dimiliki dan memiliki'.

"Cinta bukan hanya kata-kata bermadah tetapi cinta adalah amanah daripada-Nya. Sesungguhnya Cinta itu indah kerana ia adalah kurnia daripada Allah yang Maha Indah. Justeru , jagalah kesucian dan keindahan Cinta itu dengan berkata kepada kekasih hatimu, aku cinta kepadamu kerana Allah!"
Profile Image for Lina Kama.
38 reviews1 follower
June 11, 2013
saya hampir memberi 5 bintang. simpan lg satu bintang untuk karyanya yg akan dtg..
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.