Jump to ratings and reviews
Rate this book

Perempuan Nan Bercinta

Rate this book
"Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati."

Sejak 1515 dan Tuhan Manusia, Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini.

"Tidak syak lagi, sejauh ini, suaranya 'menentang' yang cuba mencari kewarasan setiap peristiwa yang sedang berlaku di seputarnya."
Sasterawan Negara Datuk (Dr.) A. Samad Said
Dewan Sastera, November 2002

"Faisal Tehrani dengan mutu karya tidak boleh dipersoalkan, seiring dengan kepelbagaian genre diceburi daripada cerpen, novel, drama dan esei, di samping teknik penulisan membanggakan sehingga mampu menarik pengkaji."
Berita Harian, 18 Jun 2009

410 pages

First published January 1, 2012

45 people are currently reading
306 people want to read

About the author

Faisal Tehrani

77 books589 followers
Dr Mohd Faizal Musa adalah penerima Anugerah Seni Negara 2006 oleh kerajaan Malaysia dan Tokoh Penulis Muda Negeri Melaka 2009 oleh Kerajaan Negeri Melaka. Beliau dikenali sebagai Faisal Tehrani.

Faisal Tehrani adalah lulusan Ijazah Sarjana Muda Syariah-Politik dari Universiti Malaya (1998), Ijazah Sarjana Sastera dari Universiti Sains Malaysia (2000), Doktor Falsafah dari Universiti Kebangsaan Malaysia (2010). Dr Faisal bertugas di Universiti Kebangsaan Malaysia. Beliau adalah bekas penyelaras Kursus Intensif Keterampilan Bahasa Melayu (KIKBM) di ATMA, UKM sejak tahun 2013. Juga merupakan felo penyelidik bersekutu di Faculty of Regional Studies at the Al-Mustafa International Research Institute, Iran sejak Mac 2011. Beliau turut menjadi penasihat kepada Islamic Republic of Iran Broadcasting (IRIB) bagi rantau Asia Tenggara. Sebagai Felo Penyelidik di Institut Alam dan Tamadun Melayu bidang kajian beliau ialah mengenai Minoriti Syiah di alam Melayu. Penyelidikan beliau tersebut berdaftar dengan Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (CRIM) UKM dengan kod GGPM-2011-062. Kepakaran beliau diiktiraf oleh Front Line Defenders (FLD), sebuah badan dengan status khas di United Nation iaitu Consultative Status with Economic and Social Council of the United Nations. FLD diketuai oleh sebuah kounsel yang dianggotai oleh Archbishop Desmond Tutu, Mr Robert Badinter, Dr Hanan Ashrawi, Bono, Indai Lourdes Sajor, Mr Adolfo Perez Esquivel, dan His Holiness the Dalai Lama. Beliau juga adalah felo World Public Forum: Rhodes Forum yang dianggotai oleh sarjana besar dari seluruh dunia. Badan ini adalah sebuah badan keanggotaan yang menggalakkan kepada dialog antara peradaban. Anggota lain dari Malaysia ialah Dr Chandra Muzaffar dan Profesor Dr Syed Farid Alatas. Dalam tahun 2013, Dr Mohd Faizal Musa menerima geran penyelidikan FRGS Fasa 2/2013 untuk mengkaji mengenai hak asasi manusia yang terkandung dalam sastera Melayu. Kod kajian beliau adalah FRGS/2/2013/SS03/UKM/03/2.

Dalam bidang penulisan, antara novel beliau yang telah diterbitkan adalah Cinta Hari-hari Rusuhan terbitan Creative Enterprise (2000), ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Juga Perempuan Politikus Melayu oleh Penerbitan Pemuda (2000). Ia dicalonkan ke peringkat akhir Hadiah Sastera Perdana Malaysia 2000-2001. Selain itu 1515 oleh diterbitkan Utusan Publications and Distributor (2003). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2002. Novel ini juga menerima Anugerah Buku Negara tahun 2005 (untuk kategori Buku Umum Fiksyen Bahasa Melayu). 1515 turut dijadikan teks bacaan mahasiswa pengajian Melayu di Universiti Cologne, Jerman. Pada tahun 2011, 1515 diterjemah dan diterbitkan oleh Institut Terjemahan Negara. Karya lain termasuklah Maaf Dari Sorga, novel pertama dalam pembikinan tetapi hanya diterbitkan pada tahun 2003 oleh Zebra Publications; Rahsia Ummi yang diterbitkan oleh Zebra Publications 2003. Dalam pada itu terdapat juga Tunggu Teduh Dulu yang disirikan di ruangan agama Utusan Malaysia dan tamat pada Disember 2003. Novel ini diterbitkan oleh Penerbitan Se-lain (2004) dan Ameen Publishing (2008). Sebuah lagi novel beliau yang terkenal adalah 1511H Kombat oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2003; dan Advencer Si Peniup Ney oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat pertama Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Sebuah novel remaja awal yang turut digemari ramai adalah Detektif Indigo oleh Utusan Publications and Distributor (2004). Ia memenangi tempat kedua Hadiah Sastera Utusan Malaysia-Exxon Mobil tahun 2004. Dalam pada itu sebuah novel sejarah turut dikarang tahun berikutnya, iaitu Surat-surat Perempuan Johor oleh Yayasan Warisan Johor (2005). Ia memenangi Sayembara Novel Sejarah dan Tradisi Johor 1. Turut dihasilkan Ikan Fugu, Lukisan & Jimson oleh Utusan P

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
69 (28%)
4 stars
104 (42%)
3 stars
58 (23%)
2 stars
6 (2%)
1 star
6 (2%)
Displaying 1 - 30 of 50 reviews
Profile Image for Taufiq Yves.
509 reviews324 followers
November 26, 2025
Sebuah novel yang banyak menyebabkan aku berfikir, mengkaji, menggali dan kemudian berfikir lagi.

Hasilnya berkonklusi, tapi bersifat peribadi. Ia tidak mengubah asas - asas prinsip yang aku kenal dan pegang, lebih kepada validasi.

Agak keberatan untuk mencoret serba sedekit mengenai novel ini usai bacaan. Nak kata susah, tak susah. Mudah? Sudah pasti tak. Yang aku risaukan ialah kedangkalan aku sendiri dalam mengulas isu berat yang diangkat oleh novel ini. Jadi pendekatan aku kali ini - mencoretkan apa yang aku faham, peroleh dan kaji, tak berhajat untuk mengulas.

Secara umumnya, novel ini mengisahkan seorang wanita bernama Idora, seorang penulis dan aktivis yang berusaha mencari makna cinta dan kebenaran dalam dunia yang penuh dengan kekeliruan ideologi dan penindasan terhadap wanita. Dalam pencariannya, dia terlibat dalam perdebatan intelektual dan spiritual yang membawa aku mengulang kaji sejarah Islam, khususnya peranan Ahlul Bayt dan tokoh wanita seperti Fatimah Az-Zahra dan Zainab binti Ali.

Ia mengangkat tema feminisme Islam, perjuangan hak asasi, dan kritik terhadap dominasi mazhab dalam masyarakat Melayu dengan naratif yang berani dan provokatif - menyentuh isu Syiah - Sunni, kedudukan wanita dalam Islam, dan kebebasan berfikir.

Gaya penulisan Tuan FT berlapis, sarat dengan intertekstualiti, dan penuh retorik intelektual. Beliau menggabungkan naratif kontemporari dengan rujukan sejarah dan teologi, ini bukan pengalaman bacaan yang mudah. Secara peribadi, ia bukan sekadar sukar dari segi konteks, juga dari segi validasi fakta.

Beberapa hujah utama Tuan FT mengenai Syiah yang aku peroleh menerusi novel ini:

1. Ahlul Bayt sebagai sumber kebenaran spiritual dan moral. Tuan FT menekankan bahawa tokoh - tokoh Syiah seperti Fatimah dan Zainab lebih layak dijadikan teladan berbanding tokoh - tokoh lain yang dominan dalam mazhab Sunni.
2. Dalam naratifnya, Syiah digambarkan lebih menghargai peranan wanita dalam sejarah dan spiritualiti Islam.
3. Hadis - hadis Sunni dipersoal kerana mendiskriminasi wanita dan tidak sahih dari segi sanad.
4. Syiah sebagai mazhab yang tertinda, dizalimi dan disalah faham dalam sejarah Melayu.
5. Tuan FT menyeru agar masyarakat Islam membuka ruang kepada perdebatan mazhab secara ilmiah dan adil.

Hasil sedikit research yang dibuat, aku mendapati:

1. Ahlul Bayt dihormati dalam Sunni tapi tak menjadikan ia sumber eksklusif kebenaran.
2. Mazhab Sunni tak pernah anti - wanita. Ada ramai tokoh wanita dalam sejarah Sunni seperti Aisyah r.a. dan Umm Salamah r.a. yang memainkan peranan besar dalam penyebaran ilmu dan dakwah.
3. Hadis dinilai secara ilmiah – melalui proses takhrij dan penilaian sanad yang ketat. Penolakan hadis mesti berdasarkan disiplin ilmu, bukan sentimen.
4. Syiah bukan tertindas, tapi perbezaan pendekatan itu menyebabkan perpecahan. Dalam konteks Malaysia, Sunni memiliki suara mutlak, jadi suara minoriti Syiah tenggelam kerana berada di pihak bertentangan, tak bermaksud dizalimi.
5. Dialog mazhab mesti berasaskan adab dan ilmu. Sunni tak menolak dialog, tapi menuntut agar ia dilakukan dengan adab, hujah sahih, dan tanpa provokasi.

Aku dapat rasakan nada apologetik Tuan FT terhadap Syiah sangat kuat sehingga aku rasa berat sebelah menerusi novel ini.

Aku melihat novel ini sebagai karya yang berani dan menggugat, tapi perlu dibaca dengan hati - hati berserta ilmu - kalau tak, hasilnya hanya 2 - kau tak faham atau kau terpengaruh. Isinya boleh membuka ruang kepada perdebatan minda yang sihat – tentang mazhab, wanita, dan kebebasan berfikir, cuma perlu diingatkan, Tuan FT ni seorang academician, hujahnya sentiasa menyakinkan.

Bagi yang curious seperti aku, jadikan novel ini suatu medan naratif, bukan sebagai kitab rujukan akidah. Seperti membaca Dostoevsky atau Camus, kau tak perlu bersetuju atau menerima bulat - bulat untuk menghargai kedalaman wacana dorang. Tema seperti feminisme Islam, kebebasan berfikir, dan keberanian intelektual adalah nilai yang merentas mazhab. Ia boleh dibaca tanpa perlu bersetuju dengan semua hujah mazhab yang dibawa.

Bagi yang skeptikal, menghargai dan mengagumi Tuan FT tak bermaksud aku menganuti agamanya, apatah lagi menerima semua pandangan dan idealoginya. Bagi aku, ini karya yang menggugat tapi perlu. At least ia memaksa aku untuk think out of the box, dan mula kaji untuk memahami perbezaan di dalam mazhab - bukan untuk menyesatkan, tapi untuk menyedarkan.

Dalam dunia yang semakin tertutup kepada perbezaan, sastera seperti ini adalah naskah untuk berfikir dan berdialog.

5 / 5 stars for the reading journey and experience
Profile Image for Fatini Zulkifli.
433 reviews40 followers
February 10, 2017
If you read it literally, you’ll probably say he’s propagating Shiah. But if you read it technically, from cover-to-cover, you’ll (probably) say the author is trying to protect the Shiah minority (while still remain a Sunni). The same technique being used by writers Nadine Gordimer (a white Jewish protecting South African) and Joseph Conrad (a white Polish - British criticising the white Westerners). Anyway, Faisal Tehrani is a brave, honest and articulate author. He is not afraid of prison bars or interrogation.

"Saya seorang Muslim. Sunni dan Syiah saling melengkapi. Terdapat pertanyaan yang tidak dapat dijawab Ahli sunah Waljamaah telah dijawab oleh Syiah dengan jayanya, dan kekurangan Syiah ditampung oleh Ahli sunah Waljamaah." Dr. Fatimah menahan sebak didadanya.

"Saya seorang Muslim. Mazhab sama sekali tidak penting lagi buat saya. Mungkin dapat dikatakan saya Muslim generasi baharu. Saya generasi supramazhab. Bapa saya seorang Sunni. Ibu saya seorang Syiah. Nah, sekarang beritahu... di mana salahnya kami?" (p. 409)


TAPI!

Jika beliau betul-betul promote Syiah, saya tetap akan kagum dan baca karya-karya beliau yang akan datang. Jangan boikot secara menyeluruh. Jangan buat-buat tak nampak akan usaha penulis mengajak kita menulis berlandaskan fakta, cari ilmu, menentang Zionis dan usaha beliau untuk melindungi hak-hak wanita dan lain-lain.

Tetapi untuk ikut dan beramal kata-kata Faisal Tehrani 100%? Nayyy... ain't nobody got time for that. Baik ikut dan beramal dengan kata-kata Rasulullah SAW. Cukuplah saya ikut dan beramal dengan Al-Qur'an dan Sunnah. Yang ada dalam Al-Qur'an dan Sunnah (solat tahajjud, taubat, hajat, dhuha, puasa Isnin dan Khamis, jangan mengumpat dan hasad dengki) pun belum 100% buat.

Some quotes to 'hmmm' about:

"Hanya dua kuasa sahaja yang tidak lelah melawan syaitan Amerika.” Sergah Asma semakin membara. “Marxisme dan Syiah,”(p. 258)


Sekejap... habis, HAMAS (Palestinian - Sunni organization) yang diasaskan oleh Syeikh Ahmad Yassin yang hari-hari kena kejar dengan Zionis tu dah lelah ke? HAMAS yang kena serang, kena bom kerana cuba pertahankan rakyat Palestin dari dirogol, dibunuh dan diseksa dah lelah? Syeikh Ahmad Yassin (Sunni) walaupun OKU (tak boleh berjalan dan hampir buta) mampu menakutkan Zionis dan Amerika. Beliau siap kena tembak oleh peluru berpandu rejim Zionis. Mayatnya berkecai dihadapan masjid sewaktu beliau dalam perjalanan pulang dari solat subuh berjemaah. Imam Syiah pernah kena tembak kena bunuh dengan Zionis? Sedihnya bila Sunni tak dapat kredit langsung oleh watak Asma ni.

"Lantas setelah beribu tahun Ahli sunah Waljamaah dijadikan "ideologi" atau mazhab rasmi sebahagian besar umat Islam, tidakkah umat Islam berasa perlu memuhasabah diri untuk menggantikannya dengan lebih sepakat dan melekat?" (p. 341)
Hmmm...

"Idora angguk. Teruja. Dia faham kini bahawa Sayidina Ali adalah jalan untuk meraih ilmu. Ini juga bermakna gerakan tanpa melalui kunci beliau adalah sia-sia... Baginda (Sayidina Ali) adalah pintu ilmu maka baginda dan ahlul baitlah yang diberi autoriti untuk mentafsir dan menjelaskan segala rahsia dan ilmu yang ada dalam Al-Qur'an, kerana sementelah Nabi sendiri berpesan al-Qur'an dan itrah ahlul bait saling melengkapi. Hak itu tidak ada pada orang lain," (p. 336).
Hmmmmmmm.....

"Orang Syiah percaya imam-imam mereka berjumlah 12 orang itu maksum. Dalam hal ini maksum yang dimaksudkan ialah keupayaan atau kekuatan untuk menahan diri daripada melakukan maksiat, dosa dan kebatilan," (p. 408)
Hmmm... oooookaayyyyy.

Novel dia memang bagus sebab banyak rujukan dimuatkan daripada Al-Qur'an, Hadith dan artikel kajian. Tapi, sebab kenapa saya tak bagi empat bintang:

1. Fokusnya kadang-kadang lebih kepada falsafah, ideologi, mazhab, ilmu berbanding plot cerita.

2. Novel ini ibarat kompilasi artikel kajian. Ibarat ambil dari kajian 1 kajian 2 kajian 3 kajian 4 kajian 5, ubah ayat sikit dan gabung jadi satu novel.

3. Tak puas hati dengan muka surat 98 - 224. Freaking 126 pages tentang Dr. Ali Taqi dan falsafah dia. Saya macam "Aku nak tahu cerita Dr. Idora yang delusional tu! Bukan pasal Dr. Ali!" Tajuk novel kena ubah bukan 'Perempuan Nan Bercinta' tapi 'Dr. Ali and his philosophy'.

4. Tak tahu apa yang jadi tentang Dr. Idora dan 'roh' ibunya yang selalu menjelma. (Ke ada tapi saya terlepas pandang?)

5. Obses terhadap Saidina Ali. Muka surat 327-330, proses perkahwinan antara Saidina Ali dan Siti Fatimah sangat detail dengan
"40 000 malaikat yang menjunjung tabaq yang berisi segala pakaian syurga yang daripada gelang dan subang dan cincin yang ghaib rupanya," (p. 327)
You want some more?
"Maka pada ketika itu, Allah SWT menikahkan Ali dengan Fatimah di hadapan segala isi langit yang ketujuh lapis serta segala sidang malaikat," (pp. 328-329)
It is so detail sampai tak masuk akal - level infiniti. Sampai perempuan Melayu terakhir pun akan mencarut. Meriah betul majlis kahwin Saiyidina Ali, mengalahkan perkahwinan Nabi SAW-Siti Khadijah, Nabi Sulaiman AS-Ratu Balqis, Nabi Ibrahim AS-Siti Hajar. Mana entah dia dapat detail 40 000 malaikat turun.

6. Berlebih-lebihan dalam memuji makhluk Allah iaitu Saiyidina Ali, Siti Fatimah, Hassan dan Hussein. Bila sampai muka surat tertentu, saya macam "Come on.... not this again..." Muak.

*******

On page 114, the author mentions about aliran or sects.

Kelompok tasawuf atau kesufian. Aliran pertama, zuhud. Kedua, aliran kasyaf dan makrifat. Ketiga, aliran ittihad dan hulul iaitu kumpulan Sufi yang dikaitkan dengan pengaruh Hindu dan Kristian. Keempat, kelompok Sufi yang dikenal sebagai penganut aliran al-'Isyraq. Kelima, aliran al-Hubb atau aliran cinta yang menggunakan cinta untuk menuju Allah. Keenam aliran yang diberi nama suluk dan ada subsects iaitu Naqsyabandiyah, Tijaniyah dan Qadiriyah. Aliran ketujuh ialah aliran akhlak yang menekankan ukhuwwah dan silaturrahim. Kelapan, aliran wahdah al-wujud yang diikuti oleh Hamzah Fansuri dan diterima oleh Syed Naquib Al-Attas.

Isn't confusing? Banyaknya label dan istilah. Bukan ke Islam itu mudah. Tak boleh ke kita stick dekat istilah muslim, mukmin, kafir, musyrik, munafik, murtad? Kan sonang? Non-muslim yang nak masuk Islam pun mudah. Tak payah nak fikir "Aku nak join aliran mana ye?"

Saya ingin include Q&A dari Dr. Zakir Naik (suka beliau sebab beliau selalu jadikan Al-Qur'an sebagai sumber utama). Link: https://www.youtube.com/watch?v=dLIDJ...

Q: Why are Muslims divided into sects?

A: Because they do not follow Surah Al-Imraan; 103 says "Hold to the rope of Allah strongly and be not divided." Some say I'm Syiah, some say I'm Hanafi, some say I'm Sunni, some say I'm Salafi but what was the Prophet SAW? Was he Sunni? Was he Shiah? Was he Wahabi? Was he Hanafi? Was he Salafi? Our Prophet SAW is a Muslim. Very easy. Say 'I am a Muslim'.

Kalau kita tanya Imam Malik, Imam Hanafi, Imam Syafi'e dan Imam Ahmad siapakah kamu? All of them akan cakap 'I am a Muslim'. Tak masuk akal kalau Imam Syafi'e cakap 'I belong to mazhab Syafi'e'. Semua scholars ini cakap "Kalau kamu jumpa fatwa kami yang bertentangan dengan Allah dan Rasul, you throw my fatwa on the wall.' All of them came to get us closer to Islam and make us a practicing Muslim, not to divide our religion.

Hadis Tirmidhi no. 171: Nabi SAW bersabda (Nabi SAW yang cakap, bukan Imam or Dr. Zakir Naik): "Akan ada 73 sects in Islam, all will go to hell except 1."

(Mungkin ini sebab novel ini di-banned oleh Jakim? Atas sebab menyebabkan kekeliruan dikalangan umat Islam. Islam memudahkan, tapi novel ini tak memudahkan malah buat semakin kusut. Orang bukan Islam pun tak jadi nak masuk Islam. Just kidding)
Profile Image for Luc Abdullah.
Author 6 books61 followers
Read
July 13, 2012
Ia menggunakan plot yang mudah tetapi sarat dengan pelbagai isu dari feminisme, Islam liberal, supramazhab, syiah dan sunni, perjuangan Hezbollah di Lubnan menentang Zionisme, haji mabrur dan kebejatan pihak berkuasa Mekah dalam mengurus jemaah haji, dan juga banyak berlingkar tentang ahlul bait dan peristiwa Karbala. Tidak lupa juga pada 4 persoalan Bastian yang menjadi penghalang untuk dia terus memeluk Islam.

Bak kata Dr Ali Taqi, nama watak yang sama dalam Tuhan Manusia, "Tidak, saya tidak menulis untuk ditujukan kepada tuan-tuan. Saya mengarang untuk masa hadapan. Saya anggap sebahagian besar pembaca kajian saya hari ini, di luar sana, ibarat raja yang suka bertepuk tangan dan mengangguk. Khalayak lain yang akan menilai saya. Khalayak mendatang akan bertepuk tangan, mengangguk dan betul-betul mengerti kerana mencapai inti." Ayat ini mengumpamakan tujuan penulis di dalam penulisannya, di mana novel wacana ini sedang hangat diperkatakan untuk menjadi daging korban dalam book holocaust. Tidak patut buku ini menjadi daging korban, ia sarat dengan kognitif untuk difikir-fikir oleh pembaca itu sendiri, tidaklah ia menghasut pembacanya "untuk terpesong akidah" malahan ia banyak merungkai sisi yang saya sendiri sangat kurang ilmunya (walaupun novel ini didaktik dan agak membosankan memandangkan ia sebuah novel wacana).

Bak kata kawan saya (yang saya pinjam buku ini), Faisal Tehrani menyampaikan ideanya serta membentangkan hujahnya ke dalam fiksyen, kenapa para pembenci FT atau pembela ahli sunnah wal jamaah tidak menghasilkan fiksyen menentang ideanya?

Kalau sentiasa disekat-sekat penerbitan buku sebegini, sampai bila kita dilambakkan dengan fiksyen islamis picisan?

Mungkin untuk kawan saya, muka suratnya tidak cukup dan dia masih haus untuk menelaah, tapi untuk saya masih baru berjinak dengan penulisan deskriptif yang sarat kognitif dari Faisal Tehrani, saiko juga tengok buku tebal ini di tepi katil untuk saya habiskan. Phew.

Terima kasih pada kawan saya, terutamanya.
Profile Image for Syed Putra Iqmal al-Jamalullail.
6 reviews3 followers
May 15, 2012
Bismillahirrahmanirrahim.

Dengan tajuk yang ringkas tetapi puitis dan ‘asing’, Faisal Tehrani sekali lagi telah berjaya mencuri perhatian para pembaca di luar sana dengan buah tangan terbarunya. Seperti Tengku Idora, saya juga tercari-cari, siapakah Perempuan Nan Bercinta yang dimaksudkan? Berbekalkan pesan dan sauh kata yang diulang-ulang oleh watak 'berhantu' Tengku Melor, sudah pasti rasa ingin tahu seorang pembaca seperti saya ditarik dengan lebih lagi.

Pada awal pembacaan, saya sangkakan bahawa novel terbitan Institut Terjemahan dan Buku Malaysia (ITMB) ini pasti berpusat kepada Tengku Idora, seorang pejuang hak asasi perempuan yang dijenterai oleh Quintilla dan beberapa watak lain dengan platform Modest Women Oriental atau MWO. Tengku Idora sebagai seorang ahli akademik, pengkaji dan pelawan yang mempunyai nyalarasa yang sama yang dapat kita lihat pada seorang remaja (yang kini sudah dewasa dan beranak-cucu) bernama Ali Taqi. Sudah tentu, saya menyangkakan perbincangan dan pergelutan wacana yang diketengahkan mirip seperti Tuhan Manusia, tetapi ternyata tidak. Dengan latar tempat nan pelbagai dan warna-warna pemikiran (yang sebenarnya satu) dikehadapankan, kita seolah-olah turut serta dalam penjelajahan watak-watak ke Jerman, Iran, Mekkah dan Madinah, Lubnan dan lain-lain. Kerencaman latar belakang dan tempat inilah yang membawa ingatan saya kepada karya-karya Faisal Tehrani yang lain.

Faisal Tehrani sebagai seorang penulis yang mahir dan bijak menyusun kata telah berjaya membawa kita menerokai sudut pandangan yang pelbagai. Bukan semata-mata sudut pandang Tengku Idora, tetapi juga Bastian, Briana, Tengku Zanjabila, Hashemi, Siti Fatimah, Mustafa Chamran, Khadijah dan sudah tentu yang paling utama, Dr. Ali Taqi, yang boleh dikatakan memainkan peranan sebagai pusat pemikiran kepada watak-watak yang telah dinyatakan. Bastian, Briana dan Hashemi boleh dikatakan berubah kutub disebabkan oleh Dr. Ali Taqi. Begitu juga dengan Idora dan Zanjabila yang menerima buah fikiran dan idea Dr. Ali Taqi dengan lebih melalui pasangan hidup mereka masing-masing. Siti Fatimah dan Khadijah yang begitu dekat dengan Dr. Ali Taqi dalam kehidupan pula sudah tentu terlebih dahulu sudah banyak mencerna sarwa pandang beliau. Namun Mustafa Chamran yang ditampilkan secara sedikit-sedikit itu mungkin dapat kita katakan tidak begitu terpengaruh dengan Dr. Ali Taqi kerana mereka berdua sudah pun berhulukan sumber yang sama. FASEH atau Pusat Kefasihan Pengucapan dan Kebudayaan yang dilagendai Dr. Ali Taqi juga sudah tentu menjadi simbol agam bagi idea dan sarwa pandang beliau yang diakui mapan.

Isu feminisme, liberalisme, sekularisme, pluralisme dan pluraliti, politik, dan perjuangan menjadi tawaran Faisal Tehrani dalam Perempuan Nan Bercinta. Tidak dilupakan juga isu yang acapkali ditawarkan oleh beliau dalam blog dan karya-karya yang lalu iaitu isu diskriminasi mazhab dengan tambahan kali ini disertakan alternatif (atau mungkin saja penyelesaian) iaitu aliran supramazhab. Dengan kuasa kepengarangan yang ada, Faisal Tehrani telah berjaya menundukkan beberapa watak penting seperti Hashemi, dahulunya seorang ekstremis; Briana, seorang feminis dan bekas ateis; Bastian, seorang Kristian yang mencari-cari; dan sudah tentu Tengku Idora, seorang feminis totok yang akhirnya semuanya kembali menjadi lelaki dan perempuan nan mencintai kebenaran.

Dengan menggunakan Mustafa Chamran, Asma dan Narges, Faisal Tehrani telah menampilkan sejarah perjuangan sekumpulan tokoh yang salah seorang daripada mereka telah dibuku-puisikan dalam Ingin Jadi Nasrallah. Beliau turut menggunakan watak-watak dalam ‘bab’ ini dan juga sejarah yang ditampilkan bagi membandingkan hal-ehwal politik, ekonomi, khidmat sosial, struktur kemasyarakatan dan paling penting, keperibadian generasi tua dan muda di negara kita. Kita dapat lihat kedalaman dan kefasehan Faisal Tehrani dalam memahami pemikiran tokoh-tokoh dan perjuangan kumpulan yang diangkatnya ini. Dalam masa yang sama beliau turut mengkritik sumber semangat dan konsistensi, juga kelesuan berpanjangan dalam ranah gerakan Islam tanah air.

Perempuan Nan Bercinta berakhir dengan plot tergantung dengan gendala yang menimpa FASEH. Tidak adil saya dedahkan di sini kerana elemen kejutan adalah seni kepengarangan yang sengaja disertakan Faisal Tehrani bagi peminat beliau yang lambat membaca atau sedang mengumpul duit bagi mendapatkan naskhah nan penuh cinta ini. Tambahan, siapa tahu ada pula sambungannya dalam novel lain secara tidak langsung?

Perempuan Nan Bercinta dapat kita katakan seumpama gabungan pelbagai tema novel-novel Faisal Tehrani yang lalu; Sebongkah Batu di Kuala Berang, Tuhan Manusia, 1511H Kombat, Bedar Sukma Bisu dan sedikit Surat-surat Perempuan Johor (dan novel-novel beliau yang belum sempat saya khatami). Tapi secara peribadi, saya merasakan naskhah ini adalah Tuhan Manusia 2. Bagi peminat dan pembaca yang sekadar menelan bulat-bulat, sudah pasti novel yang pancatema ini bakal menjadi punca sakit perut dan sembelit yang kronik. Tetapi, bagi mereka yang meminati, membaca dan dalam masa yang sama menyedari seruan mengkaji dan menelaah yang dipesan halus oleh Faisal Tehrani pasti akan mengunyah 40 kali dan cermat mengasingkan tulang-belulang dalam lauk-pauk yang disediakan sebelum menelan. Sedangkan Ketupat Cinta itu pun hanyalah ketupat nan bercinta, tetapi tidaklah pula ditelan bersama-sama daun palas atau apa saja yang membalutinya.

Pengarang bernama Faisal Tehrani ini hadir menggugah dunia sastera dengan karya yang begitu yakin dan berani, yang sebenarnya merupakan tawaran atas apa yang diketahui dan disungguhi beliau. Provokasi yang dikarang sudah pasti mengharapkan balasan jawab yang juga setanding. Dalam dunia persuratan, karya-karya sastera – seperti kata Dr. Ali Taqi - adalah usaha dan seruan ke arah kebenaran, yang harus digapai melalui jalan pengkajian dan penelaahan yang betul. Saya mengulang kembali, bagi penelan-penelan buku, karya ini sudah tentu menjadi sakit dan mudarat kerana tidak mampu dihadam dengan betul; tetapi bagi para pengunyah lumat dan penghayat yang cermat, karya ini adalah makanan yang dihadam jadi penjana tenaga tambahan buat mengkaji kebenaran.

Benar, sastera kini tidak seharusnya berlegar semata-mata dalam bentuk khayalan dan luahan idea yang tidak terbatas dengan disiplin dan etika kepengarangan yang sudah tentu berlandaskan ilmu. Karya-karya sastera seharusnya menyeru, mengapung dan menggemburkan kembali semangat mengkaji dan mencari yang barangkali terkambus oleh lambakan bahan hiburan dan bahan-bahan bacaan yang sedikit sebanyak menjadi 'gangguan' atau distraction.

Dan akhirnya, saya sertakan petikan daripada sebuah puisi yang saya terbaca secara tidak sengaja sebelum membaca Perempuan Nan Bercinta. Puisi bertajuk Ayatullah Ruhullah Khomeini ini karangan seorang ilmuan rausyanfikir yang saya hormati (dan begitu juga dengan gurunya), bukan kerana kertas kerja atau nota kakinya nan gah, tetapi oleh usaha keilmuan dan praktikalnya yang mungkin terhijab kepada sesetengah manusia.

……

Kita harus setia kepada Mustafa dan Tuhannya nan baqa
Apa untungnya terus bertengkar siapa berhak menjadi Raja?
Jika Bu Bakar, Umar, Uthman, A’isyah diragui kalian
Bolehkah kami, yang lebih adna, lebih hina, dibuat kawan?

……

(Wan Mohd Nor Wan Daud (Prof): Mutiara Taman Adabi: Sebuah Puisi Mengenal Agama, Filsafat dan Masyarakat. Dian Darulnaim Sdn Bhd : Kelantan, 2003.)

Mujur saya terbaca.

Wallahua’lam.

*Ulasan ini ditulis untuk PERADUAN ULAS BUKU ITBM DI BLOG/FACEBOOK 2012 anjuran Institut Terjemahan dan Buku Malaysia.
Profile Image for Ophan Bunjos.
Author 8 books36 followers
August 29, 2012
inilah buku pertama Faisal Tehrani yang aku habiskan baca. mungkin tidak adil aku terus mengatakan bahwa aku sudah meresap dalam penulisannya. ini bukan konsep cinta pandang pertama, ini konsep pemahaman dan iktibar.

Perempuan Nan Bercinta begitu aku kecapi dalam dingin dan rasa membeku. kalau saja aku tidak fikir yang aku sudah melakukan pengorbanan prinsiptual emosional, pasti aku sisipkan bersama buku-buku aku yang lain di rak. tunggu aku tua dan mau libur lalu aku buka kembali. setan lu, Ophan.. haha!

buku ini begitu banyak fakta, sedikit cabang-cabang filsafat, dan banyaknya jenis wawancara atau bual bicara. dialog-dialognya meransang, membuat aku membaca sepatah demi sepatah untuk lebih faham dan terasuk. penulis seolah-olah cuba influensikan minda dan sejarah pemikiran pembaca dengan kejelasan penyataan dan penyataan yang saat itu juga kita berusaha untuk lebih tahu dengan membuka situs wikipedia. apa benar? tidak, tetap kau akan temui percanggahan. dan percanggahan itu segera kau jawab dengan meneruskan pembacaan. lalu kau temui, namun akhirnya kau keliru kembali. apa sudah jadi? buku ini provokasi atau fiksi keagamaan, fahaman atau pembetulan fakta? kau kembali lagi meneroka dan meyemakkan kotakfikir kau dengan mencari fakta di tempat lain. kau temui. pelik, sekian banyak yang kau temui, masih ada kekeliruan. kau kembali pada buku ini, kali ini kau tidak temui jawaban, dukacita kau lebih banyak bermenung dan hilang arah semula. kompas waktu membawa kau membaca lagi, pada part2 tertentu kau seolah menemui jawaban. alangkah, ianya hanya persoalan kepada jawaban.

ketuhanan adalah kepercayaan. buku ini aku rumuskan sebagai satu cabaran kepada kita untuk berdiri teguh pada soal kepercayaan kita. kepercayaan mencambah keimanan. keimanan memperkasakan ketuhanan.

tapi sayangnya aku sendiri yang sampai saat ini, selesai menghabiskan pembacaan (aku tidak lihat di sini buku ini berakhir dengan tidak baik sekali, malah sangat membentur fikiranku untuk mengerti), masih takut.
aku masih takut. takut aku akan bertanya selepas itu, " aku yang mana satu?"

Profile Image for Syaihan Syafiq.
Author 14 books137 followers
August 22, 2012
Membaca Perempuan Nan Bercinta (PNB) karya Faisal Tehrani tidak ubah seperti suatu odisi mencari ilmu yang sedikit mengecewakan. Mengecewakan kerana penyudahnya agak antiklimatik dan tergantung (pada hemat aku). Seperti karya-karya Faisal Tehrani yang terdahulu, novel yang menjadikan teras Islam sebagai nadi utama ternyata amat kuat aroma feminismanya. Ada yang memberitahu bahawa PNB ini merupakan kesinambungan daripada Tuhan Manusia dan aku sebenarnya harus membaca yang itu dahulu sebelum mengangkat PNB. Ada pula yang bilang PNB ini mampu berdiri sendiri tanpa perlu dibaca Tuhan Manusia terlebih dahulu untuk faham ceritanya. Entahlah. Aku belum baca Tuhan Manusia dan aku baru sahaja usai baca PNB, faham sahaja kisahnya. Cuma ulasan ini mungkin kurang ampuh kerana aku tidak baca Tuhan Manusia. Mungkin.

Faisal Tehrani masih lagi kekal dengan trademark beliau; laras bahasa yang tinggi, kupasan isu yang teliti dan semestinya jenaka sinikal tempelakan terhadap masyarakat yang disuntik secara separa sedar di dalam lembar demi lembar novelnya yang sarat dengan konten Islamik. Aku akui agak perlahan membaca PNB gara-gara kontennya yang pada hemat aku agak ‘berat’ untuk aku digest (mungkin juga kerana naïf dan kecetekan ilmu agamaku sendiri yang membuat bacaanku tersekat-sekat dan berkali-kali harus berhenti untuk mengugel beberapa hal yang disebut di dalam PNB) dan juga jalan ceritanya yang agak meleret (namun aku tidak begitu kisahkan kerana ini novel deskriptif yang meligatkan otak). Kalau ada di antara kalian yang mungkin terfikir ini novel cinta yang beralaskan tema Islamik, sila pergi ke rak PTS. Di sana mungkin boleh bertemu judul yang cocok dengan selesa kalian.

Ini adalah plot cerita yang aku nampak (kalau ada yang salah atau terkurang/terlebih harap diberitahu di ruang komen); asasnya PNB berkisar tentang seorang wanita feminis bernama Tengku Idora yang punya fahaman dan pendirian sendiri terhadap konsep dan aplikasi fahaman feminism dalam Islam, yang dikira harus ditegak dan dilaungkan meskipun jauh di sudut hatinya beliau sedikit-sebanyak akur bahawa fahamannya itu agak tergelincir dari ajaran Islam yang pada hakikatnya suatu agama yang syumul. Namun pada masa yang sama beberapa watak dimunculkan dan kisah mereka bergaul-gaul antara satu sama lain, memberikan perspektif yang berbeza-beza tentang definisi apa itu Islam di mata mereka.

Sub-plot yang bergerak secara tidak parallel dengan kisah Tengku Idora yang aku kesan ada tiga. Pertama, kisah pencarian nur seorang lelaki bangsa asing bernama Bastian yang sejak sekian lama menaruh hati terhadap Tengku Idora namun sekadar memendamkan sahaja rasa hatinya dek perbezaan agama. Kedua, kisah abang ipar kepada Tengku Idora yang bernama Hashemi yang pada mulanya sekadar menurut majoriti para ilmuan terhadap kebencian mereka pada seorang ilmuan Islam yang bernama Dr. Ali Taqi dan pada akhirnya membuang tanggapan negatifnya terhadap lelaki cendekiawan tersebut setelah benar-benar mengenali beliau dengan lebih dekat. Ketiga, kisah Briana rakan sekerja Tengku Idora yang mulanya ateis namun di penghujung cerita mula menerima nur Islam.

Ketepikan plot buat seketika dan aku kira kontroversi yang bertiup seputar tentang isu ada beberapa pihak yang kononnya mahu novel ini disekat merupakan suatu ketidakwajaran bagi pendapat aku. Pertama, ya mungkin ada juga bibit-bibit yang menyuarakan teras syiah dan sunni dan supramazhab (suatu terma asing yang sehingga kini saya kurang faham maksudnya) di dalam novel ini namun ia tidak lebih daripada dinyatakan dalam bentuk makluman atau fakta, banyak menerangkan daripada memancing (kalau kalian faham maksud aku). Kedua, isu liberalisasi Islam, perjuangan Hezbollah, kupasan tentang pengurusan jemaah haji oleh pihak berwajib di Mekah dan beberapa lagi isu dipersembahkan (bagi aku) dalam bentuk paling diplomatik, ada hitam ada putihnya, ada baik ada buruknya. Makanya terpulang kepada pembaca untuk menilai, dan aku yakin rata-rata yang berani angkat novel ini untuk dibaca bukan daripada golongan yang *ehem* dangkal otaknya. Ketiga, kalau ya novel ini mahu disekat gara-gara empat soalan yang dibangkitkan oleh Bastian di awalan novel yang menjadi batu penghalang baginya untuk memeluk Islam, (kerana aku pernah terbaca entah di mana tentang asas mengapa buku ini harus disekat adalah oleh sebab hal ketiga ini) makanya mereka yang mengusulkan untul buku ini disekat ternyata pada hemat aku *ehem* agak dangkal otaknya kerana gagal melihat novel ini secara keseluruhannya dan tidak membuat bandingan secara berkesan.

Ini merupakan karya kedua tulisan Faisal Tehrani yang aku baca (yang pertama merupakan Ketupat Cinta yang pada kaca mata aku amat berbeza gaya naratif dan penceritaannya) makanya aku tidak punya banyak rujukan lain untuk aku bandingkan tulisan beliau. Namun begitu, berdasarkan novel ini dan Ketupat Cinta, aku sudah mulai menyukai karya beliau dan mungkin di masa akan datang akan berani untuk membaca novel-novel beliau yang lain. Namun harus aku ingatkan, PNB bukan untuk semua. Mungkin akan ada yang mencemuh dan pasti juga ada yang tersenyum memuji. Aku harus angkat topi pada Faisal Tehrani tentang kemahiran luar biasa beliau untuk menghidupkan watak-watak di dalam cerita yang beliau persembahkan. Ternyata banyak kajian yang besungguh-sungguh dilakukan oleh penulis untuk memastikan akurasi fakta dan maklumat yang dinyatakan. Mohon pembaca baru ambil masa untuk meneliti nota kaki (mungkin sebab aku banyak kali berhenti baca dan ambil masa untuk teliti jurnal yang disebut dalam nota kaki novel ini) yang terselit di beberapa bab novel ini kerana dengan cara itu anda akan lebih faham tentang konten yang dipersembahkan.

Ya, ini mungkin satu ulasan hambar yang tidak konklusif dari kaca mata seorang pembaca baru iaitu aku. Kalian punya hak untuk caras dan bidas semahunya kerana bagi aku, tiada ulasan yang sempurna. Ini hanya apa yang aku rasa dan fikir tentang novel ini. Apa-apapun, ini antara novel yang pernah aku baca yang aku kira baca sekali faham secupak, bacaan seterusnya baru bergantang-gantang fahamnya datang. InsyaAllah.
Profile Image for Jiwa Rasa.
407 reviews59 followers
May 16, 2012
sukar untuk mencatat tentang buku ini kerana ianya sangat berlainan dengan novel-novel sastera yang pernah kita baca.

Isu yang dijadikan wacana juga sangat sensitif buat dunia Melayu dan jarang dibincangkan secara ilmiah dan terbuka.

Saya setuju dengan pengarang, ini karya Faisal Tehrani yang paling provokatif, berani dan ambisius.
Profile Image for Naim al-Kalantani.
283 reviews17 followers
February 3, 2015
Jika anda mahu cari buku ini, boleh hubungi saya di 0129611812. Saya ada stok buku ni.
Profile Image for Päk  Läng.
44 reviews
February 26, 2013
Seperti yang tertera di belakang sampulnya, ternyata buku Perempuan Nan Bercinta adalah karya Faisal Tehrani yang paling provokatif setakat ini. Saya sendiri telah mengikuti beberapa karyanya yang lain dan tidak dapat dinafikan betapa liuk-lentok sastera tersadur kemas dalam segenap susunan aksara serta gaya bahasa, lantas menjadikan penceritaannya kuat dan makin menarik.

Perempuan Nan Bercinta; sangat bertepatan dengan beberapa watak dalam buku ini. Watak utama yang pertama menampilkan Tengku Idora, seorang perempuan yang memperjuangkan hak asasi wanita melalui sebuah gerakan feminis ala Barat, Modest Women Oriental (MWO). Bersifat progresif, gemar bermain-main dengan doktrin liberal serta menolak hujah-hujah berlandaskan sekolah pemikiran Islam yang lain. Dia begitu akibat sejarah lampau. “Dor, cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati.” Bisikan dari arwah bondanya yang sering muncul dan terus mengganggu kewarasan Tengku Idora. Sehinggalah suatu keajaiban telah berlaku terhadap diri Tengku Idora yang mana telah menghidap kanser pada tulang utama atau ewing’s sarcoma dan pada akhirnya telah sembuh tanpa campur tangan manusia. Pejuang feminisme yang nazak itu tersembuhkan di kota Madinah berkat doa dan bertawassul di Raudhah. Setelah itu, Tengku Idora menjadi seorang perempuan yang sama sekali lain, seorang perempuan nan bercinta yang mulus buat suaminya. Dalam erti kata lain; dia insaf. Betapa dia adalah insan yang terpilih dan menghampiri hikmah.

Watak kedua adalah Zanjabila, adik kepada Idora. Perwatakannya sama sekali berbeza dan bertentangan dengan kakaknya; dia seorang yang lemah lembut dan terasuh sebagai perempuan lawa lahir batin. Cinta Zanjabila kepada ilmu telah menemukan dia dengan seorang pemuda yang juga berilmu dan menjadikannya seorang perempuan nan bercinta. Mereka menghalalkan hubungan dengan bernikah setelah perkenalan yang singkat. Zanjabila terus membiarkan dirinya diulit dengan ilmu dalam masa yang sama cuba membawa kakaknya kembali ke landasan yang betul. Buku ini turut menampilkan seorang lagi perempuan nan bercinta iaitu Siti Fatimah Ali Taqi. Perempuan yang berjiwa revolusioner dan mewarisi keberanian Fatimah binti Rasulullah. Dia juga mencintai sejarah dan politik; politik yang merangkumi persoalan serta definisi yang lebih luas dan bukanlah urusan pemerintahan sesebuah negara semata-mata. Siti Fatimah Ali Taqi, seorang perempuan nan bercinta yang terus bangun melawan ketidakadilan. Dan secara keseluruhannya, perempuan nan bercinta di dalam buku ini merujuk kepada nilai-nilai murni, keperibadian serta keimanan Sayidatina Fatimah Zahra.

Sekarang, saya kembali kepada perihal pandangan mengenai buku ini dari kaca mata saya sendiri. Perempuan Nan Bercinta adalah sebuah buku yang mencoretkan sebuah penulisan deskriptif yang sarat dengan kognitif. Untuk seorang lelaki yang masih miskin dengan ilmu terjemahan/tafsir al-Quran dan hadis, buku ini berat betul. Dari sisi lain, saya menelannya sebagai sebuah konsep mengkaji dan berfikir seterusnya menghadam sebagai pemahaman dan iktibar. Mungkin tidak keterlaluan jika saya anggap membaca karya Faisal Tehrani yang satu ini seolah-olah membaca beberapa terjemahan hadis. Juga perihal hadis sahih, hadis tidak sahih dan hadis maudhu’ atau palsu. Selain itu, buku ini juga penuh berselirat dengan cabang filsafat yang bersimpang-siur dalam sekolah pemikiran Islam, perbezaan pendapat antara mazhab, syiah dan sunni, soal ilmu dengan tunjang imamik, keimanan, tasawuf, sufisme, tawassul, Islam liberal dan pelbagai isu seperti perjuangan Hezbollah, perihal Mekah dan Madinah yang dijual atas nama wakaf, juga menelanjangkan kebejatan penguasa Mekah itu sendiri. Faisal Tehrani turut mengkritik golongan Wahabi (salafi?) dengan bergaya. Semuanya diadun sebati dan tersusun kemas di atas plot yang mudah difahami.

Membaca buku ini membuatkan saya tercampak ke dalam forum, pidato serta tengggelam dalam pelbagai wacana dan perdebatan seputar agama dan mazhab yang rata-ratanya begitu sensitif di kalangan masyarakat kita. Coretan mengenai sejarah kelahiran ‘Ahli sunah Waljamaah’ serta kemunculan empat mazhab fikah yang ada hari ini, juga mengenai kerapuhan pakatan Ahli sunah Waljamaah dari segi teologi dan pakatan fikah yang longgar serta saling bertabrakan adalah sangat bersifat provokatif. Tidak mustahil jika buku ini bakal mencetuskan kontroversi dan mendapat kritikan dari golongan agamawan yang punya percanggahan pendapat. Saya tertarik dengan hujah Dr. Ali Taqi, antara watak utama dalam buku ini. Ketua Pengarah FASEH ini juga seorang tokoh Islam, seorang prinsipal dengan pandangan sarwa tauhidik profetiknya berkata, "Tidak, saya tidak menulis untuk ditujukan kepada tuan-tuan. Saya mengarang untuk masa hadapan. Saya anggap sebahagian besar pembaca kajian saya hari ini, di luar sana, ibarat raja yang suka bertepuk tangan dan mengangguk. Khalayak lain yang akan menilai saya. Khalayak mendatang akan bertepuk tangan, mengangguk dan betul-betul mengerti kerana mencapai inti." Saya beranggapan bahawa ayat ini menggambarkan tujuan sebenar Faisal Tehrani di dalam penulisannya. Begitu juga dengan dialog-dialog merangsangkan yang diucap oleh watak-watak lain dalam buku ini. Selain mengutarakan isu, ia juga menawarkan penyelesaian. Di sini mencerminkan ciri-ciri seorang rausyanfikir.

Sebelum mengakhiri ‘apa yang dipanggil ulasan’ ini, saya juga ingin menyentuh mengenai empat persoalan yang dibangkitkan oleh Bastian di dalam buku ini, di mana persoalan-persoalan itu menjadi penghalang untuk dia terus memeluk Islam. Oh ya, begitu juga dengan Hilda, wartawan CNN dan juga seorang Koptik. Pada akhirnya mereka berdua ini telah memeluk Islam setelah mendapatkan kempat-empat jawaban kepada persoalan itu. Apakah persoalan yang dibangkitkan? Apakah jawabannya? Siapa pula yang menjawabnya? Anda perlu baca sendiri agar lebih memahami. Pendedahan demi pendedahan telah menunjukan bahawa Sunni dan Syiah adalah saling melengkapi. Ahlul Bait bukan milik mutlak Syiah tetapi bisa menjadi rujukan dan hak semesta alam. Dan tema ‘supramazhab’ adalah menjadi tunjang kukuh untuk buku ini. Mungkin juga mencerminkan diri Faisal Tehrani sendiri.

Apabila khatam dan menutup buku ini, saya jadi tertanya-tanya apakah sebenarnya yang cuba dibawa oleh penulis? Adakah tentang penjelasan sesuatu fahaman atau pegangan dalam erti kata lain; keimanan dan keyakinan? Atau suatu pembetulan fakta berbentuk provokasi dalam lembaran fiksi keagamaan? Sebagai seorang muslim, saya sendiri jadi goyang; di mana saya berdiri sekarang atau di mana harus saya berdiri sekarang? Timbul kekeliruan tapi kadangkala merungkai persoalan. Dan pada akhirnya, saya beranggapan atau mungkin sedar betapa ia hanya persoalan kepada jawaban. Tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, Nabi Muhammad itu pesuruh Allah. Sebuah garapan dalam bentuk fiksyen yang bijak. Walaubagaimanapun, saya yakin bahawa sebuah buku tidak bisa menyesatkan. Buku juga tidak pernah membahayakan. Kita manusia punya akal fikiran bukan? Jika tidak setuju dengan tulisan dalam buku ini, saya harap akan ada Sunni yang tampil menghasilkan fiksyen menentang idea-idea Faisal Tehrani secara bijak. Bukan ‘mengorbankan’ buku dengan mengeluarkan fatwa haram. Oh ya, mungkin juga ada Salafi yang ingin menulis-balas? Saya masih dahagakan penulisan yang sarat sebegini. Andai saya yang naïf ini masih boleh berfikir secara rasional, mengapa tidak anda seorang ilmuan yang tinggi pengetahuan? Apakah perselisihan mazhab sekarang lebih menjurus ke arah pertelingkahan politik? Mungkin dengan mengetepikan perbezaan mazhab dan fahaman bisa menjurus ke arah penyatuan ummah. Wallahualam.

Profile Image for Mohamad Faiz Bin Mohd Jamaluddin.
19 reviews7 followers
May 24, 2012
Supramazhab. Sebenarnya inilah tema Perempuan Nan Bercinta, bahkan adalah juga mazhab rasmi Faisal Tehrani.

Agaknyalah.

Novel berat ini sebenarnya merupakan satu bukti bahawa Faisal Tehrani ialah rausyanfikir sejati. Beliau bukan hanya mengutarakan isu, malah turut menawarkan penyelesaiannya. Beliau adalah seorang daripada dua; sama ada Mahdi yang menuangkan ubat (namun dianggap racun oleh sebahagian manusia) ataupun Dajjal yang mencampakkan racun (tetapi dilihat sebagai ubat bagi sebahagian manusia).

Hujah-hujah yang diucapkan oleh watak-watak dalam novel ini seperti Ali Taqi, Siti Fatimah, Hashemi dan Bastian @ Abbas tidak lain adalah hujah Faisal Tehrani sendiri. Tentu beliau juga belajar daripada orang lain tetapi penegasannya di sini ialah Faisal Tehrani sememangnya seorang rausyanfikir. Kerja sepuluh yang diajarkan oleh Ali Taqi tentu sahaja dilaksanakan oleh Faisal Tehrani. Masakan beliau hanya tahu menyuruh tetapi diri sendiri tiada berbuat?

Tengku Idora. Sebahagian daripada kita mungkin digambarkan sebagai Tengku Idora yang feminis, sekular, liberal dan membenci Ali Taqi ataupun dalam dunia sebenar (tidak syak lagi) ialah Faisal Tehrani sendiri. Mungkin juga kita ini Briana yang sepemikiran dengan Tengku Idora tetapi tidak mengakui kewujudan tuhan (ateis) namun akhirnya jinak kepada Islam setelah berjumpa sendiri dengan Ali Taqi.

Bagaimana dengan Hashemi? Beliau yang terpengaruh dengan doktrin wahabi akhirnya menjadi lunak kepada para pencinta ahlul bait. Beliau bukan Syiah tetapi menjadi tasyayyu' hasan, juga selepas bertemu sendiri dengan Ali Taqi dan menjadi muridnya. Agaknya dalam dunia sebenar berapa ramaikah sarjana sehebat Tengku Idora, Briana dan Hashemi yang berguru dengan Faisal Tehrani?

Ada satu babak yang membuatkan saya teringat kepada Faisal Tehrani lantas mengaitkan beliau dengan Ali Taqi. Shah. Ada satu babak apabila Shah, pembantu Ali Taqi sedang duduk di sisi majikannya. Bukankah Faisal Tehrani mempunyai pembantu bernama Shah? Oh, ini bukan penting pun. Sekadar ringan-ringan, bukan senggama lagi.

Quran, sunah dan ahlul bait. Inilah penawar yang dijual oleh sang rusyanfikir ini. Resipi penawar ini dibukukan dan dijual dengan harga RM35.00 sahaja, dibayar sekali seumur hidup. Belilah, kalau anda belum memilikinya. Buku ini pasti berguna suatu masa nanti, kalaupun bukan sekarang.

Lima bintang Suraya untuk Perempuan Nan Bercinta.
Profile Image for Haryati Abd. Halim.
239 reviews15 followers
May 23, 2012
Saya belajar banyak perkara.

1. Tentang perjuangan feminisme dan islam liberal juga.
2. Tentang perjuangan Hezbollah di Lubnan.
3. Tentang mazhab syiah secara khusus dan supra mazhab, mengkaji dan tidak mngikut secara taklid buta
4. Tentang Kemasukan islam ke Nusantara.
5. Saya ingin mencontohi perempuan nan bercinta seperti dalam al-quran. Siapa perempuan itu? Siti Hajar, Asiyah, Maryam, Khadijah
6. Sesetengah bab, saya bersetuju untuk tidak bersetuju tapi, ia tidak mencacatkan keselurahan buku tersebut.

Apa lagi, kena baca sendiri. Gali intipati ilmu di dalamnya, fikirkan dan kalau berkemampuan dan kesempatan buat rujuk silang.

Ps- perlu baca lagi, untuk memahami wacana yang tersirat di dalamnya.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
May 27, 2012
Membaca Perempuan Nan Bercinta menimbulkan kepuasan pembacaan apabila Faisal Tehrani membawa pembaca tengggelam dalam pelbagai wacana dan perdebatan seputar agama dan Mazhab yang begitu sensitif dalam masyarakat kita. Namun begitu masih banyak lagi persoalan yang ditimbulkan tapi belum terjawab sepenuhnya. Novel ini seperti dijangka menimbullkan pebagai kontroversi dan kritik khususnya oleh agamawan. Oleh itu diharap akan wujudnya perbincangan yang lebih menjurus ke arah peningkatan ilmu dan hikmah seperti yang disarankan oleh Dr Ali Taqi menerusi FASEH
Profile Image for Fariza.
212 reviews54 followers
June 9, 2012

Keseluruhan:

Perempuan nan bercinta merupakan karya yang terlalu padat, terlalu sarat terkadang amat menyesakkan. Pembaca harus menyaring dan mengulang baca buku ini. Namun harus diingat bahawa karya ini tetap sahaja sebuah fiksi. Fiksi tetap fiksi. Mungkin ada fakta yang benar di mana kita harus kaji dan mungkin adalah rekaan penulis yang diilhamkan oleh tuhan juga untuk manusia berfikir.


Menarik:

"Cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati"

Kata-kata ini diulang-ulang Faisal Tehrani seolah mantera. Pembaca akan terikut memikirkan siapa perempuan yang dimaksudkan. Malah saya sendiri teruja, menggagah diri meneruskan pembacaan hanya disebabkan kata-kata ini. Menariknya, pembaca tidak akan bosan dengan pengulangannya. Kata-kata ini memang candu!

Kurang senang:

Saya amat menghormati kepelbagaian mazhab dan kepelbagaian aliran. Aliran disini saya fokuskan kepada Islam sahaja. Tidak berani saya melabel sesetengah pihak lebih bagus dari yang lain. Saya juga percaya Syiah itu Islam. Oleh itu saya juga kurang senang apabila penulis sedikit cenderung memberi gambaran yang kurang menyenangkan terhadap golongan wahabi. Walaupun tidak terlalu nyata, frasa bahawa wahabi membawa perpecahan umat membuatkan saya sedikit terkilan dengan penulisan FT. Namun saya menghormati pendapat peribadi beliau itu.

Tawassul:

Konsep tawassul dikemukakan FT dalam buku ini. Idora kononnya sembuh setelah bertawassul. Saya secara peribadi tidak menolak konsep tawassul secara penuh. Saya percaya terhadap konsep tawassul melalui amalan baik. Tetapi saya menolak konsep tawassul melalui orang yang sudah meninggal dunia kerana saya percaya sudah terpisah yang hidup dan yang mati. Tawassul melalui Rasulullah mungkin perbincangan yang berbeza. Masih banyak yang saya perlu dalami dalam hal ini. Tidak mahu saya menyimpang jauh.

Kajian lanjut:

Buku Faisal Tehrani sering mengundang perbincangan lanjut terhadap pemikiran-pemikiran yang beliau utarakan. Setuju ataupun tidak terhadap hujah beliau perlulah disusuli dengan kajian dan tidak semberono ditolak mentah-mentah. Di akhir buku ini saya sendiri berkesimpulan Faisal Tehrani seolah ingin memberitahu dunia apa yang beliau yakini. Saya berkhayal sendiri melihat seolah Faisal Tehrani berkata, dialog yang sama dengan Dr. Fatimah "Lihatlah apa yang aku yakini, kamu menuduh aku Syiah, aku Muslim, Muslim generasi baharu. Generasi supramazhab."

Menarik bukan?
Profile Image for Nur Fatin Atiqah.
Author 1 book42 followers
June 11, 2012
Emosi dan jiwa saya bergelora kencang, hebat mengetahui butir-butir sejarah yang saya tidak pernah tahu, atau mungkin selama ini dirahsiakan oleh pihak tertentu atas alasan yang tertentu. Tetapi karya ini, karya Faisal Tehrani ini telah mengajak saya untuk lebih berfikiran terbuka, lebih toleransi dengan falsafah-falsafah ilmu yang wujud dan berlegar-legar menguliti manusia. Falsafah-falsafah Islami ini ternyata lebih indah, lebih mengujakan daripada falsafah-falsafah Barat. Bagi saya, novel sastera ini merupakan suatu kupasan ilmu yang menarik, amat menarik! Namun akal ini masih "muda" untuk memahami dan haruslah diri ini mendalami cabang-cabang ilmu yang ada agar saya lebih mengetahui.
Profile Image for A. Muziru Idham.
13 reviews
June 9, 2012
Perempuan Nan Bercinta: Adab Dalam Berkhilaf Pendapat: http://amuziruidham.blogspot.com/2012...

(Sisi setuju saya mengenai PNB banyak. Tidak perlu untuk saya butirkan mengenainya sementelah sudah ramai yang mengulas pada sudut pandang sisi itu. Maka, artikel ini adalah luahan pada sedikit sisi ketidaksetujuan saya mengenainya.)

Profile Image for Mohd Faizin.
2 reviews
August 18, 2012
Supramazhab. Buku ini tidak sesuai untuk homosektual kerana pasti mereka akan 'Naik Sheikh'
Profile Image for Abrar Shafie.
Author 1 book13 followers
February 27, 2016
Buku ini punya stigma dalam masyarakat kita kerana telah diharamkan untuk dipasarkan. Aku yang memang peminat tulisan beliau, mujur sudah membelinya sebelum ianya diharamkan.

Buku ini membawa beberapa persoalan besar. Pada awalnya, pembaca dihidangkan dengan idea-idea feminisme barat & bagaimana Islam tidak pula menindas malah mengangkat martabat wanita. Pada beberapa bab awal, persoalan seputar isu ini dimainkan agak kerap, diselang selikan dengan teka teki 'perempuan yang menentang'. Ini adalah 'rentak' penulis yang saya rindui. Sengaja saya simpan buku ini lama kerana sayang mahu membaca karya yang enak dan kecewa dengan buku lain kemudiannya. Haha.

Di tengah-tengah buku, secara tiba-tiba watak lain yang tidak pernah diketengahkan, muncul. Seolah-olah watak utama pula. Dan persoalan sekitar watak ini memang seolah-olah mahu memasakkan ideologi syiah dalam minda pembaca. Atau sekurang-kurangnya mahu pembaca boleh menerima kewujudannya tanpa rasa benci (memandangkan majoriti di Malaysia adalah sunni).

Status Ali Taqi, tokoh yang diketengahkan dalam cerita ini menjadi tanda tanya sehingga akhir cerita. Ini kerana, beliau sering menyanjung ilmuwan dan ideologi syiah itu sendiri. Dah macam penulis pulak. Eh.

Sepertiga terakhir, penulis berbalik semula kepada watak-watak sebelum ini untuk dikaitkan (walaupun pada saya tiada kaitan sangat, selain mahu memperkenalkan identiti syiah dalam cerita ini). Tetapi memandangkan buku milik saya ini tersalah cetak, saya kehilangan sekitar dua bab yang sudah menghampiri hujung cerita. Kecewa jugalah, tapi nak buat macam mana kan. Bukan senang nak cari buku ni di pasaran. Harammmm!


Apa yang saya dapat saya simpulkan dari buku ini?

Pertamanya, saya tidak menulis rebiu ini dengan cara yang biasa, iaitu penelitian dari sudut bahasa, nilai dalam cerita dan jalan ceritanya.

Secara ringkasnya, bahasa dalam buku ini memang hebat dan tidak menjemukan. Ini tidaklah aneh. Faisal Tehrani lah katakan.

Dari sudut jalan cerita pula, kira ok lah. Tidaklah bosan. Sarat dengan isi ilmiah tapi cerita masih bergerak walaupun kadangnya perlahan kerana menumpukan pada perbincangan sesuatu perkara.

Dari segi nilai pula, penulis cuba menerapkan idea bahawa umat Islam harus bersatu, dan beliau cuba memecahkan pandangan serong umum terhadap pihak Syiah. Mendefinisikan diri kita bukan pada mazhab, tetapi Islam itu sendiri. Supramazhab, katanya.


Kesimpulan:

1. Adakah benar jika baca buku ni, boleh terpengaruh dengan agenda Syiah beliau?

Sejujurnya, ya, mungkin. Pada awal penulisan ini pun, penulis berdolak dalih mahu menyebut itu syiah dan menggantikannya dengan 'mazhab ahlul bait'.

2. Pengakhiran cerita ini, pada saya, tidak menjadi. Persoalan 'empat perkara' yang sering ditimbulkan sepanjang cerita akhirnya terjawab, tetapi tidak mengena, memandangkan saya membaca dari sudut sunni, dan penerangan dari sudut syiah tidak sesuai dengan pegangan saya, membuatkan hujahnya tidak kukuh langsung. Jadi perasaan teruja yang kononnya mahu dipaparkan di dalam cerita, bagi saya, tidak logik. Saya ketawa besar kerana merasa tidak kena langsung. (pertama kali tak suka tulisan dia. Hahahaha).

3. Syiah mengaku mereka mengamalkan apa yang diperturun dari ahli keluarga Rasul. Salafi pula mengaku mereka mengamalkan apa yang didapati dari zaman Rasul semata. Sunni pula menyanjung Rasul dengan sanjungan yang tinggi. Nampak tak persamaannya kita semua di mana?

Pada cinta dan sanjungan kita pada Nabi, kekasih Allah.

Tidak kiralah syiah, sunni, salafi, jangan lari dari ajaran nabi. Cintai nabi itu yang terutama.

4. Sumber-sumber yang dipamerkan di dalam buku ini sememangnya mengagumkan. Kadang kala lucu juga. Karekter 'House' pun keluar dalam analogi. Leuls.


Terpaksa saya bagi 3 bintang kerana tidak mencapai 'hype' sebelum membaca buku ini, ditambah pula dengan ending yang (bagi saya) tidak menjadi.
Profile Image for Aziff.
Author 2 books37 followers
July 14, 2014
There's something exciting about reading a book that has been recently banned by the Home Ministry. If anything, it has heightened interest surrounding Faisal T.'s novel that brings the discourse on Shia Islam to the table.

I stumbled upon this book during my research on Shi'ism and even had the opportunity to interview Faisal himself. Having said that, Perempuan Nan Bercinta is more of his essay/thesis on Shi'ism wrapped over a skeleton of a convenient story. In terms of story-telling, Faisal T. lacks stringing a narrative plot that doesn't seem coincidental or only in place to suit his discourse on Shia Islam - as opposed to weaving his message between the plot.

That perhaps, is the most glaring criticism I would have against this book. But the delight of the Shia discourse he presents so splendidly in Perempuan Nan Bercinta far outweighs his lack of plot and in a sensitive Malaysia where bringing such issues to dialogue would stigmatize oneself, this becomes the perfect platform to take a critical yet objective look on a topic that has captured the attention of so many Malaysian Muslims.

As I mentioned earlier, the novel works more as a conduit for his thesis on Shia Islam and Faisal T. does it perfectly well, though I'd sometimes wish he would use less academic language. But for its purpose, it does well. For the politically-aware, one could notice and draw similes and see the certain civil society groups Faisal T. brings attention to - which can be quite a wink to the reader.

The main character at hand is Professor Ali Taqi, who in all respect - is Faisal Tehrani himself. I could not help but grin and smile my way through the dialogues made and directed to him, knowing he is fully channeling himself via that character. Some of the dialogues uttered by this character are those I've even heard from Faisal T. himself, which makes it all the more of a wink. To me, at least.

Two parts I loved best in this novel:
1. When Prof. Ali Taqi talks about the Karbala and Imam Hussien's martyrdom and the philosophy behind Shia emotions and tears. "Setiap hari adalah Ashura. Setiap tempat adalah Karbala". Never have I been so moved by such a simple statement. It is a powerful moment in the book.
2. When Prof. Ali Taqi outlines the 10 obligations of an intellectual. And having just read Edward Said's Representations of the Intellectual, I saw the embodiment of this book and the spirits of its lectures in the specific chapter of the novel. Wonderfully elaborated.

Perempuan Nan Bercinta may not be a perfect book. It isn't. The plot is thin and Faisal T. draws his plot mainly from his academic life and experience. But pick it up anyway. Pick it up to be part of the Islamic discourse - to understand the other side of Shia Islam. Because at the end of it all, that's the wonder of this novel that does its job well: to be a thesis on Shi'ism.

Though good luck finding it now. It's banned.
Profile Image for SK CintaZeni.
11 reviews7 followers
Read
November 3, 2016
Nota Penting: Bukan untuk Wahabi, Salafi, Sunnah dan yang seumpamanya.
Hanya untuk pencari kebenaran.

Kesalahan-kesalahan fakta yang genting dan melibatkan aqidah dalam karya ini.

Mana yang sempat tulis buat masa ini.

Mukasurat 104 -

Pelabelan sukahati: Tasyayyu' Hasan.

TIADA Tasyayyu' Hasan dalam Ahlussunnah Waljama'ah.
Suka hatiiii saja buat pelabelan, pengarang ini.
Mahu sebarkan di sana sini pula tu.
Kalau pembaca tak tahu, akan terimaaa sahaja lah dan tolong sebarkan "fakta/konsep" aqidah buatan ini!

"Imam" Ja'afar Sadiq r.a dinisbahkan "Imam" sebagai bapa mazhab Fiqh ASWJ kerana anak-anak muridnya.
"Shaykh" Ja'afar Sadiq r.a. dinisbahkan "Shaykh" sebagai Shaykh ke-empat tasawwuf dalam silsilah Tariqah Naqsyabandiah yang bersanad kepada Saidina Abu Bakr r.a. Shaykh Naqsyabandi sendiri adalah ahlul bait, yakni, berketurunan Rasulullah s.a.w.

Saidina Ali r.a., Saidina Hassan r.a., Saidina Hussein r.a., Saidatuna Fatimah r.a. adalah kecintaan ASWJ tanpa perlu kepada tasyayyu' hasan - whatever that means.

Para habaib, ahlul-bait, cucunda Rasulullah s.a.w ASWJ mengadakan hawl untuk kewafatan mereka setiap tahun, tanpa perlu kepada Tasyayyu' Hasan. Bermakna kecintaan ini adalah bertapak dan berpaksi dalam Ahlussunnah Waljama'ah tanpa memerlukan konsep daripada Syiah lah...


Mukasurat 113 -

Lagi-lagi pengkategorian suka hati pengarang:
8 aliran / kelompok Tasawwuf -
1. Zuhud
2. Hubb
3. Kasyaf Ma'arifat
4. Ittihad dan hulul
5. Suluk
6. Isyraaqi
7. Akhlak, Ukhuwwah, Silaturrahmi
8. Wahdatul Wujud

Apa yang dinyatakan adalah mode Tasawwuf yang berbeza yang berbeza.
BUKAN aliran.

Sedikit penerangan:

Zuhud, al-Hubb adalah nilai-nilai yang seharusnya dimiliki oleh setiap pencari dalam perjalanan Tasawwuf.
Keduanya bukan aliran tersendiri.
Yang berlaku adalah fokus nilai pada zaman-zaman tertentu. Contohnya, dalam ASWJ, Rabiatul 'Adawiyah sebenarnya adalah tokoh al-Hubb yang utama, bukan tokoh bagi Zuhud.

Suluk adalah jalan yang sistematik berprosedur menuju Ma'arifat melalui Kasyaf, Ittihad dan hulul.
Kasyaf juga pembukaan kerohanian. Isyraaqi pula pencerahan yang hampir pada Kasyaf.
Wahdatul Wujud adalah hasil fahaman para pengamal sufi tentang fana' dan tajalli yang cuba diterangkan kepada umum tetapi tetap terlalu tinggi untuk khalayak ramai dan membawa fitnah, jika tidak difahami betul-betul.

Memandangkan pengkategorian dalam novel in adalah sesuka hati pengarang, makanya, diletakkan lah pula Ayatollah Khomeini dalam kategori Hubb! Suka-suka pulakkk...

Aliran/Kelompok Tasawwuf bukan hanya LAPAN. Ada EMPAT PULUH.

Ada 40 aliran/kelompok Tasawwuf mu'tabarah dengan cabang-cabangnya yang mu'tabar pada hari ini yang kesemuanya sebenarnya bermula dengan empat cabang utama - Naqsyabandiah, Qadiriyah, Syattariyah Sammaniyyah.

Kesemuanya daripada Rasulullah s.a.w tetapi dipimpin oleh Khulafa' Rasyidun yang berlainan dengan kewafatan Baginda s.a.w.

Nasyabandiah - Saidina Abu Bakr r.a. (sebahagian yang turun di Turkey daripada Saidina Ali r.a.)

Qadiriyah - Saidina Umar r.a.

Syattariyah - Saidina Uthman r.a. (sebahagian yang turun di nusantara ini daripada Saidina Ali r.a.)

Sammaniyah - Saidina Ali r.a.

Kenapa sebahagiannya turun daripada Saidina Ali r.a. dan bukan khulafa' asal? Ini adalah sebagai bukti bahawa yang bertebaran di mukabumi ini adalah anaknda dan cucunda Rasulullah s.a.w daripada ahlulbait dan Habaib rahimahumullah, yang biasanya mengamalkan keempat-empat Thariqah yang diamalkan nenda mereka.

Contoh kelompok Tasawwuf Mu'tabarah yang dianuti Mawlana Rumi at-Thusi dan Ibn Arabi Asyiqi:
http://pondoktauhid.blogspot.sg/2010/...

Penyebaran di nusantara adalah 4 kelompok Tasawwuf Mu'tabarah di Nusantara - Naqsyabandiah, Qadiriyah, Syattariah, Sammaniyyah yang berasal daripada Rasulullah s.a.w langsung kepada keempat-empat Khulafa'.

Yang dipegang dan diamalkan secara fokus oleh Sheykh Siti Jenar dan Hamzah Fansuri adalah Thariqah Syattariah wan Naqsyabandiah (yakni, sistem zikrullah yang diajarkan Rasulullah s.a.w kepada Saidina Uthman r.a.).

BUKAN SYIAH. Ayatollah Khomeini langsung tak termasuk mana-mana cabang, memandangkan kesemuanya kelompok Tasawwuf SUNNI belaka.
Kesukaannyaaaa letak nama tokoh yang dikagumi tak tentu pasal!

Benci-benci Saidina Uthman r.a.... Hamzah Fansuri, tokoh yang dikagumi mengamalkan Thariqah yang berasal dari Saidina Uthman r.a.
Ironik.

Kelihatannya sumber pengarang adalah orientalis kerana ada ayatnya yang berbunyi:
"Ittihad dan Hulul, iaitu kumpulan sufi yang dikaitkan dengan pengaruh Hindu dan Kristian"

Asal boleh sahaja. Asal mana-mana dapat dan baca, itulah yang dimuntahkan kembali kepada pembaca.

Belajar tasawwuf daripada orang tasawwuf, dong!!! Kaji sumber sekunder buat apa!
(kalau ngaku dah buat kerjalapangan, makanya, kami akan mohon semohonnya, kaji yang autentik bukan yang sebarangan tanpa ilmu tasawwuf sebenar!)

Lagi-lagi nota: perkongsian laman internet yang tersebut diatas adalah bertepatan dengan kajian dan kerjalapangan di luar internet. Contohnya, mendengar sendiri acara "bai'ah", membaca kitab kuning bertulis tangan zaman berzaman yang disyarahkan secara lisan bersanad hingga kepada Rasulullah s.a.w.. Jadi, bukan sebarangan ambil dari sumber sekunder seperti pengarang novel kunun-ilmiah ini.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Profile Image for Shafaza Zara.
166 reviews34 followers
December 8, 2012
Hampir semua orang yang aku kenal, baca buku ini - jadi aku mengambil pendekatan, ya, aku kena beli dan baca sendiri selepas membaca ulasan daripada Fadli Al-Akiti, Syaihan Syafiq dan beberapa nama lain.

Disebabkan aku takkan dapat mengulas macam mereka yang pakar dalam nahu & bahasa - aku cuma boleh katakan beberapa perkara :

1. Sila baca dengan minda terbuka. PNB adalah antara karya Faisal Tehrani yang kontroversi khabarnya (lebih kepada provokatif kalau mengikut kulit belakang).

2. Untuk membaca, mengambil kira pendapat sendiri dan santai - itu lebih baik daripada duduk baca ulasan, dan menentang tidak tentu hala. Ya, kena baca sendiri untuk lebih faham, untuk lebih tahu.

3. Khabarnya buku ini bakal diharamkan (khabarnya dalam pemerhatian) - jadi, lebih baik beli & baca sendiri. Lagi pula, Sebongkah Batu Di Kuala Berang boleh dikatakan sebagai satu buku yang perlu dibaca sebelum Perempuan Nan Bercinta ini. Aku buat demikian.

4. Lambat sedikit sempurna pembacaan atas sebab kekangan masa dan kerja. :D
Profile Image for Nur Suhada.
6 reviews3 followers
February 23, 2013
Terdapat beberapa soalan menarik dan menuntut pencernaan serta penaakulan minda yang di ajukan oleh Bastian tetapi gagal dijawab oleh Tengku Idora. Antaranya;

i) Bagaimana mungkin Nabi Muhammad boleh diberikan status sebagai nabi akhir zaman sedangkan Nabi Isa alaihissalam dikatakan masih hidup dan akan muncul pada akhir zaman nanti?

ii) Mengapakah ibu bapa Nabi Muhammad bukan beragama Islam termasuklah kesemua penjaga-penjaganya iaitu Datuk dan Pakcik nya? Oleh itu, sebagai bukan Islam, Bastian tidak yakin memeluk agama yang ibu bapa Nabi-nya bukan Islam.

iii) Mengikut fahaman Islam, para Nabi adalah maksum dan terhindar dari melakukan dosa. Oleh kerana Nabi Muhammad SAW adalah penutup para nabi, tidak ada lagi manusia yang maksum selepas Baginda. Bagaimanakah Nabi Isa yang maksum di akhir zaman nanti akan menjadi pengikut kepada Imam Mahdi yang tidak maksum?

iv) Nabi Isa diturunkan kepadanya Kitab Injil dan Nabi Muhammad yang dikatakan nabi terakhir membawa Kitab Al-Quran yang menjadi pelengkap segala kitab. Oleh kerana Nabi Isa yang akan menjadi nabi di akhir zaman, sudah tentulah Baginda akan membawa kitab Injil dan bukan nya Al-Quran, bukan?

Bastian menuntut agar segala penjelasan hendaklah berdasarkan logik tanpa bantuan Hadith dan Al-Quran. Nyata ini suatu cabaran untuk pembaca sama-sama diam sejenak dan memikirkan jawapan yang mampu memuaskan persoalan yang membelenggu Bastian dan mengajaknya memeluk agama Islam.
Profile Image for Johan Radzi.
138 reviews197 followers
May 6, 2013
Faisal Tehrani memang penulis yang superb, mencuba untuk membina jambatan antara fiksyen dengan wacana, cerita dengan fakta dan ilmiah. Barangkali penulis yang mencuba gaya ini masih tidak menyerlah di Malaysia kerana rata-rata pembaca Malaysia masih ralit dengan kisah cinta, unsur-unsur pop, dan majalah fesyen membalut kepala.

Buku kali ini jauh lebih baik dari Tuhan Manusia (walaupun ini sequelnya). Pemikiran Faisal kelihatan matang dan luas, menceburi dunia-dunia fikah islam yang kontroversi. Lihat sajalah bagaimana Faisal mencuba untuk mencari titik pertemuan antara dua mazhab terbesar dalam dunia Islam, Shiah dan Sunnah Wal Jamaah demi kekayaan sumber tradisi ilmu. Malah ada beberapa mfakta yang dikemukakan serasa begitu membeliakkan mata, terutama sekali pasal 'pengkhianatan para sahabat' dan 'pertubuhan sunnah wal jamaah'. Faisal memetik nama Shariati (shiah), seorang rausyanfikir dan Rumi (penyair sufi-Sunni) yang terkenal dengan kemaduan kata-katanya itu.

Mujur juga babak-babak ilmiahnya lansung tidak melembabkan dinamika cerita. Ceritanya berguling dari satu watak ke satu watak, dari satu individu ke satu individu dengan menyediakan pelbagai penyelesaian untuk masalah umat islam hari ini.

Cool. Ustaz dipejabat JAIS harus mencuba baca buku ini kadang-kadang.
Profile Image for Muhammad Fakhruddin.
153 reviews20 followers
July 9, 2012
Semahunya saya singkat ulasan ini kepada 1 ayat "Perempuan Nan Bercinta ialah pengakuan Faisal Tehrani."

Ini novel buat kita berfikir dan bukan sahaja rajin merujuk sumber-sumber yang disebut. Pertama, pembaca seeloknya telah membaca karyanya terdahulu seperti Tuhan Manusia dan Saasatul Ibaad untuk memahami keindahan teknik pengarangnya. Ada 1 kata kunci, Islam konseptual yang telah beliau jelaskan dalam Saasatul Ibaad (dan beliau menggunakan label ini ke atas Prof. SMN Al-Attas).

Hal-hal lain telah saya catatkan di blog saya http://ohbuku.com/pengakuan-perempuan...
Profile Image for Nik.
60 reviews5 followers
June 7, 2015
Terlalu berat untuk sebuah novel mungkin.
2 reviews
May 23, 2017
Bunga lili 6 kelopak di atas tanah merah yang bercampur hitam masih bersih daripada sebarang kekotoran. Itulah yang menghiasi kulit depan novel ini. Bunga lili yang menjadi simbol kepada perempuan yang menjadi watak utama novel ini.
Novel ini pada permulaannya berkisah mengenai perjuang golongan feminisme dalam menuntut hak mereka. Mereka semua berada dalam satu organisasi yang diberi nama 'Modest Women Oriental' atau MWO. Wakil mereka ialah Tengku Idora. Satu lagi organisasi yang wujud ialah Pusat Kefasihan Pengucapan dan Kebudayaan atau FASEH yang diketuai oleh Dr Ali Taqi. FASEH boleh dikatakan sebagai satu organisasi yang kuat dalam mempromosikan 'Islam Kebudayaan'. Persidangan Hak Asasi Wanita di Geneva menjadi titik berubahnya watak Idora daripada seorang feminis kepada ajaran ahli bait. Idora pengsan di atas pentas semasa program sedang berlangsung. Dia kemudiannya disahkan mengidap penyakit 'Ewing's sarcoma' atau kanser tulang yang bahaya.
Kemudian kisah bersambung dengan kisah percintaan Hashemi dan Zanjabila iaitu adik kepada Idora. Hashemi dalam kisah ini pada awalnya seorang Salafi yang sangat kuat dan sentiasa menuduh Dr Ali Taqi dengan tuduhan yang berat. Dia kemudiannya terpengaruh dengan ajaran Dr Ali Taqi yang dikatakan berfahaman Syiah walaupun Dr Ali Taqi menafikannya. Kemudiannya setelah berkahwin dengan Zanjabila dia membawa isterinya berhubung rapat dengan Dr Ali Taqi. Zanjabila semasa satu sesi berborak dengan Dr Ali Taqi menyatakan fahaman Dr Ali Taqi sebagai Syiah kerana mengutamakan ahli bait selepas Al-Quran dan Sunah sebagai hujah untuk Islam Kebudayaan yang cuba dibawanya.
Kemudian kisah bersambung dengan suasana di Lubnan dan perjuangan Hasan Nasrallah dan Hizbollah di sana. Kisah anak Dr Ali Taqi sendiri iaitu Siti Fatimah yang ingin membuat kajian tentang suasana politik di sana. Plot ini agak menarik apabila Siti Fatimah itu jatuh cinta dengan seorang pemuda di sana yang merupakan seorang anggota Hizbollah bernama Mustafa. Setelah beberapa lama berkenalan dan berhubungan, Mustafa mengajak Siti Fatimah berkahwin sementara. Istilah ini digunakan oleh penulis yang kita ketahui ialah nikah mut'ah. Hasrat Fatimah dan Mustafa ditolak oleh ayahnya. Ayahnya memberitahu bahawa nikah sementara itu dari segi konsepnya mudah tetapi dari segi realitinya susah.
Idora kemudiannya setelah pulang ke Malaysia daripada Geneva ingin meninggal dunia di Madinah. Dia pergi bersama dengan suaminya, Bastian yang baru menganut ajaran Islam. Di sana dia berjumpa dengan satu keluarga yang mengajarnya tawasul dengan Saidatina Fatimah semasa di Raudah. Dia kemudiannya disahkan sembuh. Dia dan suaminya membuat keputusan untuk menetap di Berlin kemudiannya.
Kemudian Dr Ali Taqi ditangkap setelah 'Wikileaks' mendedahkan dia sebagai agen Syiah yang terlibat untuk menyebarkan ajaran tersebut. Idora dan Bastian setelah mendengar berita ini segera pulang ke Malaysia. Bahagian ini bagi saya penting kerana di sinilah penulis seolah-olahnya berada di tempat Dr Ali Taqi. Idora membaca sebuah catatan berkaitan Dr Ali Taqi mengenai soalan wartawan kepadanya. Plot ini ibarat penulis menjawab semua tuduhan Syiah yang dikenakan ke atas dirinya. Plot ini paling menarik bagi saya.
Bahagian akhir kisah ini ialah situasi ketika sidang media yang diadakan oleh Siti Fatimah di FASEH sebagai membantah penangkapan ayahnya. Beberapa soalan dijawab oleh Siti Fatimah dan 4 soalan yang menjadi isi penting pemikiran Bastian sebelum memeluk Islam dan Wartawan BBC yang bertanya itu. Jawapan kepada soalan ini berdasarkan hujah Syiah seperti yang disebut oleh Fatimah. Fatimah memaklumkan bahawa Dr Ali Taqi bukan Syiah, dia adalah Sunni manakala ibunya Syiah keturunan yang berasal dari Acheh. Siti Fatimah mengistiharkan ajaran baru iaitu Supramazhab iaitu tidak terikat kepada mana-mana mazhab. Sunni dan Syiah saling melengkapi diantara satu sama lain.
*****************
Buku ini cenderung kepada pemikiran Syiah, hujah dan konsep yang digunakan banyak daripada Syiah. Penulis pads awal buku ini menggunakan istilah tasyyu' hasan iaitu cenderung kepada Syiah dalam perkara yang baik. Terdapat hadis yang pelik atau maudu' yang digunakan oleh penulis dan penulis menyertakan nota kaki mengenai beberapa hadis yang dipilih olehnya. Diantara sumber hadis yang digunakan berasal daripada kitab Syiah.
Ketika membaca buku ini banyak artikel atau petikan daripada buku-buku falsafah yang agak berat dari segi isinya. Memang ini satu kelebihan penulis dalam mencorakkan karyanya.
Novel ini sangat menarik untuk dibaca dan dikaji walaupun beberapa kontroversi yang berlaku. Saya tidak bersetuju sepenuhnya dengan isi buku ini kerana pada banyak perkara yang agak bertentangan dengan fahaman ahli sunnah wal jamaah.
#buku_msnaufal #msnaufal
Profile Image for Kitchai  Ping.
1 review
June 23, 2025
Perempuan Nan Bercinta merupakan karya Faisal Tehrani yang dibaca selepas Kekasih Sam Bo Po dan Kegawatan. Novel yang diharamkan pada 9 April 2014 ini mengisahkan tentang watak Tengku Idora, seorang aktivis feminis di bawah organisasi Modest Women Oriental (MWO). Kehidupan Idora sebagai seorang feminis ini bertitik tolak daripada kisah lampau saat masih muda, dimana dia melihat kekerasan yang dilemparkan oleh ayahnya, yang juga seorang pemabuk, kepada ibunya yakni Tengku Melor.

Berganjak dewasa, Idora masih lagi dihantui dengan bayangan ibunya yang sering melemparkan kata

“Dor, cari perempuan mulia yang menentang sehingga mati, cari perempuan yang menentang meskipun sudah mati.”

Di dalam novel ini juga dihadirkan sebuah antagonis bagi watak Idora iaitu Dr. Ali Taqi. Pada awalnya, Idora tidak menyukai pemikiran seorang Dr Ali Taqi kerana pemikirannya secara total menentang apa yang diperjuangkan oleh Idora. Kemarahan Idora ini semakin membuak-buak tatkala melihat teman seperjuangannya, Brianna kini mulai mendekati pemikiran Dr Ali Taqi. Pergelutan pemikiran di antara Idora dan Dr Ali Taqi tidak berlarutan lama. Di bahagian satu-perempat novel ini, posisi Dr Ali Taqi berubah menjadi watak sedar kepada Tengku Idora. Mulai dari sini, plot menjadi sedikit perlahan kerana berlakunya proses penghujahan yang panjang diantara dua pihak.

Meskipun sedemikian, kehadiran watak-watak sampingan seperti Bastian, seorang pemuda Jerman turut berfungsi untuk mengisi plot sebagai sebuah watak yang menyelitkan persoalan-persoalan kecil di dalam masyarakat. Sebagai contoh, novel ini memperlihatkan watak Bastian sebagai seorang Barat yang mendahagakan konsep kemagisan yang ada pada budaya Timur, manakala Idora yang lahir di kawasan Timur, berusaha untuk mendekatkan dirinya ke arah budaya Barat untuk membebaskan dirinya dari magis Timur. Konsep magis ini bukanlah secara literal, namun boleh dirujuk konteksnya melalui pembacaan buku ini. Dua tema yang jelas dijunjung penulis di dalam novel ini adalah berkaitan kedudukan feminis di dalam konsep budaya Timur dan konsep islam progresif. Sungguh, melalui dua tema ini sahaja pembaca akan diisi dengan pelbagai lagi persoalan yang sejujurnya akan membuka horizon minda ke arah sudut pandang yang berbeza. Meskipun dengan lambakan konsep, hujah dan idea-idea yang berat di dalamnya, gandingan Faisal Tehrani dan Dr Faizal Musa berjaya menenun benang lembut bahasa- sastera dan benang terang penghujahan penyelidik untuk menghasilkan selembar kain lembut namun terang yang dinamakan Perempuan Nan Bercinta.

Akhirulkalam, meskipun novel ini sering diperkaitkan dengan isu-isu sensitif, adalah tanggungjawab seorang pembaca untuk membaca dengan berhemah. Membaca karya-karya seperti ini membenarkan manusia untuk keluar dari kepompong selesa dan menggalakkan pemikiran kritis yang seharusnya ditekankan pada era modenisasi kini. Demikianlah mafhumnya.

TL;DR: The writing is really good. The substance is quite heavy.
Profile Image for dausshassan.
51 reviews9 followers
June 27, 2021
Membaca karya Faisal Tehrani adalah satu persediaan untuk menguak ke pintuan perkembangan ilmuan islam & sejarah. Antara inti perbincangan seputar seperti feminism, liberalism, syiah & sunni, supramazhab dll. Keterpanaan akan rungkaian dari pelbagai soalan skeptis yang muncul telah dijawab kemas. Secara langsung dapat mentahkikkan lagi pegangan.

Perjuangan liberalism dan feminism oleh Dr. Idora telah mencapai titik tolak apabila ujian datang menimpa beliau. Dan siapa tahu, hidayah dan rahmat yang di miliki oleh Allah mampu merubah beliau kepada perempuan nan bercinta.

Hujah dari Dr. Ali Taqi berkenaan isu kedudukan wanita sebagai kelas kedua dalam agama Islam telah dijawab dengan amat jitu. Tugas yang dianggap remeh oleh sesetengah golongan adalah perkara asas dalam menerap ketauhidan dan memaknai akhlak dalam diri anak. Penerapan sedemikian amat berkesan apabila ia bermula dari rumah, kerana anak kecik didorong oleh tindak tanduk induk mereka.

Hashemi yang tidak bersependapat dengan Dr. Idora dari segi pegangan mampu belapang dada ketika bersemuka dengannya. Seperti, Hashemi begitu kagum akan sifat mahmudah yang ditonjolkan oleh Dr. Ali Taqi, apabila dia menyatakan hasrat untuk menjadi murid kepada Dr. Ali Taqi. Sedangkan, dahulunya Hashemi lah penebar fitnah kebencian terhadap bakal gurunya itu.

Hal itu berlaku disebabkan dia telah menjadi pengekor dan membontoti hebahan mengenai perkara benar yang telah diselimuti kebatilan. Kerugian pada dirilah sekiranya kita menjadi penganut kepada ajaran taklid buta.

Tiada tegahan dalam menuntut ilmu hatta mempelajarinya dari orang bukan Islam. Kesemua ilmu itu adalah milik Allah. Dengan adanya ilmu, ia dapat melahirkan manusia celik yang mampu berfikir dan pantas dalam menilai sesuatu hal.
Profile Image for Nadiah.
15 reviews
December 25, 2024
Pembacaan agak perlahan kerana isinya sarat dan berat. Suku pembacaan, baru kutahu PNB termasuk dalam senarai buku larangan.

Berani dan provokatif.

Penulisan yang kemas, berfakta dan bersumber kajian; terutamanya memori Hashemi bersoal jawab dengan Ali Taqi, tentang Ali Taqi dan prinsipnya.. yang secara jujurnya, banyak kulangkau kerana bagiku tersasar jauh dari plot asal cerita: asalnya berkisar tentang Tengku Idora yang tiba-tiba rebah di atas pentas ucapan.

Cuma kecewa hujungnya ditutup tentang perjuangan Siti Fatimah untuk Ali Taqi, manakala persoalan tentang Tengku Idora yang dibayangi oleh bisikan ibunya sehingga rebah tinggal tergantung.

Bukan juga untuk pembaca tidak matang.

Jika boleh dicadangkan karya FT yang kemas, menarik, santai dan tidak berprovokatif, bacalah Manikam Kalbu. Harus kuakui, FT bukan penulis yang sekadar menulis. Karyanya berfakta dan faktanya adalah berdasarkan kajian mendalam tentang isu yang dibawa.
Profile Image for Marliana.
16 reviews
April 21, 2019
One of the best book I’ve read. Setiap detik dihabiskan membaca buku ini sangat berbaloi. Mengajar kita supaya berfikir. Dan kadangkala mmg rasa setiap hujah yg diutarakan adalah hujah FT itu sendiri. Tahniah kepada semua yg membaca.
Displaying 1 - 30 of 50 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.