Jump to ratings and reviews
Rate this book

Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia

Rate this book
Kisah 40 tahun kegagalan Harimau Malaya untuk menjejak kaki ke Piala Dunia.

158 pages, Paperback

First published January 1, 2011

14 people are currently reading
255 people want to read

About the author

Lucius Maximus

6 books27 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
93 (34%)
4 stars
112 (41%)
3 stars
51 (18%)
2 stars
10 (3%)
1 star
5 (1%)
Displaying 1 - 30 of 41 reviews
Profile Image for Ikmal Fitri (iikmalreads).
270 reviews55 followers
March 14, 2019
Buku ni penuh dengan fakta, a well researched book from a football lover. Bila baca buku ni kita boleh tengok bagaimana Malaysia ni sebagai a force to be reckoned, gergasi asia tenggara, dan mungkin juga asia. Tapi sekarang? Hrrmmmm.

Kita boleh tengok bagaimana kalau sesebuah sistem tu tak adapt dengan perubahan, bila postmortem hanya dilakukan untuk menjawab soalan reporter, maka hancurlah sistem tersebut.

Aku pernah jadi peminat bola sepak Malaysia dulu, setiap game negeri aku akan tonton. Tapi sekarang aku dah tak sebulu sangat. Perkara ni terjadi sebab aku tengok orang berkepentingan dalam hal bola sepak Malaysia sebenarnya tak minat pun dengan bola sepak, diorang lebih minat dengan kipas bos dan duit.
Profile Image for Syah H.
64 reviews21 followers
July 15, 2012
"Pada masa itu hanya 3 negara dari Asia yang layak ke Sukan Olimpik 1972. Selain dari Malaysia, turut serta ialah Burma dan Iran. Pendek kata skuad Harimau Malaya ketika itu boleh dikira sebagai antara 3 skuad bola sepak terkuat di Asia. Hari ini siapa-siapa yang bercakap sedemikian mungkin petanda pendek umur agaknya."

Meskipun saya bukanlah boleh dikira sebagai peminat bola sepak yang tegar, namun karya ini berjaya membuatkan saya menghabiskan bacaan kurang dari separuh hari. Sarat dengan fakta namun disampaikan dalam nada humourous, tidak sekalipun saya berasa bosan. Terkadang seperti terngiang di telinga suara komentator sedang memberi liputan khas perlawanan yang sedang berlangsung, mungkin kerana karya ini bertemakan sukan. Terima kasih pada penulis kerana berjaya mengenalkan saya kepada 'Hard Rock Trio', Kinta Express, Mokhtar Dahari dan banyak lagi nama pemain bola sepak veteran yang bagi saya, generasi muda ini kurang kenal. Saya hanyalah seorang pemerhati bersahaja bagi sukan ini. Andai kata ada perlawanan, saya sokong dan mengharapkan yang terbaik buat pasukan pilihan. Hanya sekadar itu dan tidak lebih. Justeru itu, saya amat terkejut apabila mendapat tahu bahawa pasukan Malaysia dahulu pernah mengalahkan The Gunners pada tahun 1975, Korea Selatan pada kelayakan Piala Dunia 1986 dan pasukan-pasukan lain yang ketika ini jauh meninggalkan Malaysia di belakang dalam ranking pasukan bola sepak. Sungguh sedih memikirkan bahawa pasukan Malaysia pernah hebat sebegitu. Saya juga bersetuju dengan kenyataan penulis,
"Kita semua arif bagaimana kesan akibat pemberian wang ganjaran ke atas ahli-ahli sukan tempatan."
Penulis juga membuatkan saya tertawa dengan sindiran dan nada sinisnya dalam petikan ini,
"Kejayaan menundukkan Korea Selatan meniup semangat baru buat skuad Harimau Malaya untuk kemudiannya bertandang ke Kathmandu pada 16 Mac. Namun sayang, faktor bermain di altitud tinggi telah menjeaskan rentak permainan Malaysia apabila hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Nepal. Di sini kita mungkin tertanya-tanya, kenapa tidak diadakan latihan di Bukit Fraser sekurang-kurangnya untuk pemain merasai senario bermain bola sepak di altitud tinggi dan suhu dingin? Sebaliknya FAM kali ini memilih pula untuk menghantar pasukan kebangsan ke Emiriah Arab Bersatu yang panas terik. Ianya ibarat deja vu empat tahun yang lepas, bila mana FAM mengadakan kem latihan di Bukit Fraser sebelum berlepas untuk perlawanan di bawah panas terik mentari Kuwait sehingga pemain Mokhtar Dahari mengadu terkena sunburn. Mungkinkah ada pegawai di FAM yang lemah dalam subjek Geografi?"


Karya ini juga berjaya membuka mata saya terhadap isu kewangan, politik, rasuah, masalah sikap tidak profesional pemain dan kontroversi dalam sejarah sukan ini. Selalunya persepsi saya bahawa arena bola sepak di Malaysia tidaklah se-gah di negara luar seperti di Eropah di mana pemain dibayar berjuta-juta dan dilayan seperti selebriti, di mana karier bola sepak itu sungguh lumayan sekaligus mengundang pelbagai masalah. Ternyata saya silap. Namun, saya berharap saya silap kerana menganggap akan ada buku sambungan Cerita Malaysia Tidak Ke Piala Dunia.
Profile Image for Khairul Hezry.
750 reviews141 followers
January 1, 2012
Salah siapa jika pasukan negara sudah 40 tahun gagal melayakkan diri ke Piala Dunia? FAM? Pemain yg kurang stamina dan kurang berdisiplin? Jurulatih haprak? Siapa? Siapa? Siapa?

Buku ini tidak menyalahkan sesiapa (walaupun FAM disindir berkali-kali) dan juga tidak tahu bagaimana hendak menyelesaikan masalah skuad negara ni. Itu bukan tujuannya. Tujuannya hanyalah menceritakan detik2 pilu pasukan bolasepak Malaysia yg tidak pernah berjaya ke Piala Dunia. Berdepan dengan Palestin dalam perlawanan persahabatan pun kalah!

Buku yg nipis dan kurang mendalam. Cerita yg dipaparkan boleh saja digali dari ruangan sukan akhbar tempatan. Jika ditemuramah pemain-pemain, jurulatih, pegawai FAM, mungkin lebih mantap dan lebih 'syok' buku ini dibaca. Oleh kerana kajian yg dibuat tidak begitu mendalam, maka bintang hanya 2 diberi saya. Tak hebat tapi taklah teruk sangat.

Ini buku 'indie'. Nak beli, kena beli terus dari penerbit DuBook Press (sila Google laman webnya). Ada hasrat untuk dijual di toko buku tempatan tapi pengarangnya sendiri tidak tahu bila.
Profile Image for Norziati.
Author 9 books84 followers
June 22, 2013
ketika sekolah, bolasepak menjadi sukan wajib untuk saya ikuti. Sebut sahaja tentang pasukan dan nama pemain, saya boleh bercerita dengan panjang lebar dan penuh semangat kesukanan.

Tetapi itu dahulu, sebelum rasuah melanda sukan no 1 Malaysia ini. Sebelum birokrasi dan campur tangan politik yang tidak habis-habis mengganggu, dan kekalahan demi kekalahan memalukan di tangan pasukan yang lemah.

Cerita Malaysia Tidak ke Piala Dunia patut dibaca oleh orang FAM sekiranya mereka mahu membawa Malaysia ke Piala Dunia. Jika tidak, berusahalah di peringkat kelayakan sahaja dan pulang dengan kata-kata "kami telah berusaha sebaik yang boleh". Lucius telah memberikan saranan yang baik di pada bahagian akhir buku dan terpulanglah kepada pihak istana dan ahli politik untuk menerimanya atau tidak.

Fakta di dalam buku ini menarik, tetapi terasa seperti membaca ulasan di akhbar meskipun cuba di masukkan unsur humor. Cuma saya berharap ada lagi buku serupa ini diterbitkan agar mampu menjentik pihak yang terliat agar boleh menaikkan taraf sukan bolasepak ke tahap yang lebih baik.

Namun begitu, saya tidak lagi mengikuti perkembangan bolasepak akhir-akhir ini kerana menyampah dengan alasan yang tak sudah.
Profile Image for Lockomotive.
11 reviews6 followers
June 17, 2012
sesuatu harta yang wajib dimiliki oleh penggemar bola sepak negara..Dan juga wajib disematkan dalam hati,terutamanya,untuk Sultan Bola..
7 reviews
August 17, 2022
As a Malaysian and Malaysian football fan, I was excited to finally read a book about my national team. I was expecting anecdotes, interviews, and history, as I have become used to that sort of setup from earlier books that I have read.

However, I was left deeply disappointed.

All I got was a campaign-by-campaign report of each of Malaysia's World Cup qualifying campaigns. I might have just read old newspaper articles.

Add this to the many grammatical errors, high school exam writing and phrases, and a lack of opinion from Lucius Maximus, this book leaves a gigantic ton to be desired. It felt more like a personal rant with very few solutions and came off very bitter for someone who as far as I know has not been directly involved in the inner workings of the Malaysian national team.
Profile Image for AZRGHZL.
101 reviews6 followers
August 29, 2012
Mahu berjaya perlu belajar dari kegagalan tapi bagaimana jika kamu sudah belajar dari kegagalan namun kekal gagal. Belajar dari kegagalan sesuatu yang baik tapi belajar dari kegagalan dan kegagalan pula bukanlah suatu idea yang baik. Sultan Bola, baik pergi hidupkan kembali Fiesta Media Idola di Kuantan daripada ambil tahu perihal bolasepak tanahair. Kebetulan aku habiskan bacaan buku ini dalam satu perbaringan di rumah orang tua aku di Kuantan.
Profile Image for Mujahid Azmi.
12 reviews3 followers
September 11, 2012
power buku ni,penuh info pasal permainan perlawanan malaysia dalam saringan paial-piala dunia dulu..siapa skor dan bape gol dapat

rugi sape yang minat bola malaysia tapi tak beli..barang rare yang ditulis dgn penulis dari chelsea dan sempoi..pasal review pipiyapong dlm ni korang mesti tercabut usus..haha
Profile Image for Matt Razin.
17 reviews
April 15, 2012
Prakata memang power tapi bila dah masuk part cerita kelayakan Piala Dunia, penceritaan jadi straight-forward.

Adakah ini petanda Lucy perlu bubar BlogSerius dan mula menulis seperti HilangPunca. Haha.



4 reviews1 follower
May 10, 2014
Bapak aku selalu cerita kehebatan Mokhtar Dahari tapi tak pernah cerita kenapa Malaysia gagal ke Piala Dunia sejak 1974. Better baca utk tahu sejarah bola kita. Dun worry, cerita ni tak salahkan FAM. hehe. Yang pasti, nama Yap Wai Loon, Rizal Sukiman V.Saravanan ade disebut. Nostalgia doo
Profile Image for Asyraf Kori.
20 reviews
December 18, 2015
It's a story of what ifs, hope and ultimately disappointment. And a great insight to how a footballing giant fell down. Or rather, maybe this is a great insight to how someone can fall down from grace.

As the wise ones said before, failure to plan is planning to fail.
Profile Image for Fadhli.
42 reviews7 followers
January 4, 2012
Lucy membuktikan kenapa dia digelar raja fakta. 5 bintang kerana tiada buku seumpamanya. Kebanyakan laporan sukan selalunya kiss-ass. 5 bintang kerana tidak kiss-ass.
Profile Image for Marea.
53 reviews3 followers
February 15, 2013
Najib tidak pernah tidak serius ketika menulis, ketika orang lain ambil peluang atas demam novel ala cinta, Najib opt utk menulis fakta
Profile Image for Fadillah.
830 reviews52 followers
November 22, 2017
The last few pages struck my heart deeply. Without the sense of belongingness, we can never install back the past glory of our national football team. For instance, I didn't care much for them (national team) though i followed FIFA world cup and Euro League religiously.

The author should rewarded medal as well for writing this book. The research on this particular subject, including past matches, background of coaches and opponent tales is just mind-blowing. I'm so glad i picked up this book though i took a bit longer to finish it.

I will gladly recommend this book to others, football lovers or not.
Profile Image for Mohammad Shazreen Haini.
1 review
April 12, 2019
A bit late to read this, but most points about the issues that lingering in our nation's football are still relevant today in 2019.
Profile Image for Affan Yunus.
108 reviews3 followers
March 8, 2021
Buku yang sangat menarik penceritaannya tentang kisah skuad Harimau Malaya yang menaruhkan diri dalam setiap siri Kelayakan Piala Dunia sejak 1974 - 2014. Dalam kesemua percubaan itu, Malaysia tidak pernah berjaya melayakkan diri ke pentas Piala Dunia dan penulisan buku ini menggambarkan semula setiap perlawanan itu serta keputusannya dan nama2 pemain yg terlibat. Penulis berjaya membawa para pembaca menelusuri getir2 setiap perjuangan skuad kebangsaan dan pembaca juga dapat mengambil ibrah di atas setiap kegagalan yg berlaku.

Bagi saya , buku ini amat digalakkan bagi pencinta sukan bola sepak tanah air. Para pembaca dapat mengenali nama2 lagenda pemain kebangsaan pada era tertentu serta kita didedahkan juga dengan prestasi mereka dalam setiap siri perlawanan tidak kira kelayakan piala dunia, malah kejohanan2 lain. Secara keseluruhannya, memang tidak dinafikan lagi bahawa kemuncak kegemilangan bola sepak Malaysia hanya pada era 1970an & 1980an.

Pada tahun2 yg mendatang, Malaysia sebenarnya mampu membawa semula era kegemilangan tersebut lantas melayakkan negara kita ini ke pentas Piala Dunia tetapi dengan syarat adanya sistem pentadbiran bola sepak yang betul , kualiti liga tempatan yg mampan dan pengalaman yg banyak oleh pemain di atas padang.

Di akhir bab buku ini, penulis ade membentangkan idea dan saranannya sebagai penambahbaikan kepada pihak autoriti dalam menjadikan negara kita sebuah negara yg mampu berdaya saing dalam arena bola sepak antarabangsa dan meningkatkan mutu bola sepak tempatan. Saya 100% setuju dengan idea realistik dan relevan beliau.
Profile Image for Aziz.
Author 5 books27 followers
December 16, 2015
Walaupun bertajuk cerita tapi buku ini bukanlah buku fiksi sebaliknya adalah catatan sejarah perjuangan bola sepak Malaysia untuk layak ke Piala Dunia.

Walaupun boleh dikategorikan sebagai bacaan ringan tapi usaha menghasilkan buku ini adalah satu usaha serius dari seorang pencita bolas sepak tempatan bukan saja sebagai bahan sejarah tapi juga refleksi kepada apa yang telah dilakukan dalam upaya kita bersaing dalam dunia sukan bola sepak.

Malah bukan itu saja, penulis ini juga menggariskan betapa pengurusan bola sepak Malaysia memerlukan revolusi yang total dalam mengangkat daya saing pasukan bolasepak Malaysia sebelum boleh bermimpi untuk layak ke Piala Dunia yang diidam-idamkan itu.

Syabas untuk penulis buku ini yang namanya mengingatkan saya kepada mini siri 'Rome' yang saya tonton secara marathon akhir-akhir ini ; )
Profile Image for Barukisu (Balqis).
131 reviews10 followers
December 7, 2014
Pasal bola. Ya, aku perempuan. Tapi aku baca sebab aku pun nak tahu kenapa bola dekat Malaysia ini tidak pernah ke mana-mana. Bagi aku ini ilmu pengetahuan am. Lucius harus dipuji atas usahanya mengkaji dan tulis benda-benda macam ini. Mungkin kerana minat dia yang mendalam terhadap sukan bola sepak tanah air maka dia mampu menganalisa semuanya. Bagi aku, nak cerita pasal bola dari dulu sampai sekarang - gila. lagi-lagi bola Malaysia. kau dapat apa cerita pasal bola? Dapat apa, aku tanya kau?

Kan?

So, memang penulis buku ini harus dipuji sebab sampai sekarang tiada inisitaif pun yang diambil untuk menaikkan taraf bola sepak negara. Sebab itu aku kata - tidak dapat apa-apa melainkan kepuasan diri dan royalti dari jualan buku ini.
Profile Image for phazleeanna.
249 reviews2 followers
February 5, 2016
Sebagai seorang manusia yang tidak berpengetahuan walau sekelumit sekalipun tentang sejarah bola sepak Malaysia, this is definitely my book.

The histories are conveyed in an easy manner -- no long winded, complicated stories, making it fun to read.

"K Gunalan mencatat keputusan terbaik. Begitu juga See Kim Seng dan Dollah Salleh. Tetapi nenek saya lebih cergas dari Zainal Abidin Hassan. Dan nenek saya sudah mati."
- Trevor Hartley (Piala Dunia 1990)

I am a fan /& patriot of everything Malaysian. And I very much want to see, that one day, Malaysia is qualified to compete in the World Cup.

One day.
Profile Image for Mohd.
Author 4 books
September 4, 2014
A thin book but filled with facts, details and cynical humour on how Malaysia has failed to qualify for the FIFA World Cup since their first-time participation in the 1970s. Even being at the height of Malaysia's footballing strength (qualified for the Olympic Games and won a bronze medal at the Asian Games) was no guarantee for qualification for the final round of the World Cup. At the end of the book, the writer provides his ideal solution to bring Malaysian football out of the rot it is currently in. Highly recommended for Malaysian football fans!
Profile Image for Firdaus Asraf.
6 reviews1 follower
December 3, 2014
I feel amazed by the enthuasism of the author to do researches in order to write this wonderful book. He managed to expose the 'true colours' of FAM, the football association of Malaysia and the stories behind every journey of Malaysia in their attempts to reach World Cup, which is just a dream to this date.

Profile Image for A Amir.
32 reviews
June 17, 2013
Aku ni boleh digolongkan dalam kumpulan perempuan yang taktau apa apa pasal bola. Tapi buku ni sangat buat aku tertarik nak tau pasal sejarah & usaha malaysia nak join piala dunia. Takpa, takpa. Kepada FAM: dimana ada kemahuan disitu ada jalan.
Profile Image for Firdaus Ahmad.
19 reviews
May 2, 2016
macam tengok dokumentari! susunan yang terbaik, detail toksah cakap la. ibarat Lucius ni ada pada setiap perlawanan. aku yang pi tengok bola kat stadium ni pun cukup payah nak ingat. terbaik!
must have utk semua penyokong Harimau Malaya dan those who hates FAMB!
Profile Image for Aran.
6 reviews
July 19, 2016
bought via online (tq abg dubook!)

this one make me laugh hard.

moar moar moar !
Profile Image for Pie Mesnan.
220 reviews5 followers
May 21, 2012
kisah sejarah sbnar bolasepak malaysia dan rentetan keruduman bolasepak negara..

aku tertarik dgn ayat 'sense of belonging' tuk majukn bola kite ni... i like it cos i'm kakibola
Profile Image for Adi.
158 reviews19 followers
June 6, 2012
judulnya sudah menceritakan segala-galanya.
Profile Image for Hanafi.
17 reviews14 followers
September 9, 2012
There are not many books on Malaysian sporting history. The book is well-researched and written in a simple but entertaining style.
Displaying 1 - 30 of 41 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.