Jump to ratings and reviews
Rate this book

Oh! Cinta, Antologi Cerpen & Mini Novel

Rate this book
Ezza Mysara

Dialah Driver Yang Tercipta Untukku
“Nanti bila Aya dah besar, Aya nak kahwin dengan abang, tau.” Sejak kecil, Mikhail telah memiliki hati Dayana. Tetapi kerana peristiwa itu, mereka telah berpisah. Apabila bertemu kembali, masih adakah harapan untuk mereka bersatu?

Akulah Driver Seumur Hidupmu
Meskipun kecewa kerana tidak berjaya memiliki sekeping hati itu, tapi Arian tetap meneruskan kehidupannya. Pertemuan dengan seorang gadis ego, telah membuka pintu hatinya untuk bercinta. Tapi, mampukah dia merobohkan sebuah janji yang telah lama terpahat dalam hati gadis bernama Maya itu?

Cinta Langgar Lari
“Siapa sayang kau? Ini, aku perkenalkan pada kau, tunang aku. Sekarang kau tak ada peluang nak ganggu hidup aku lagi.” Kerana mamat yang suka mengganggu hidupnya itu, Qaseh terpaksa mengaku bahawa dia sudah bertunang dengan mamat traffic light yang dilanggarnya itu!
------------------------------

Iskandar Daniel

Bagai Itik Pulang Petang
Saya memang gilakan dia yang cantik, tapi kalau bukan jodoh apa nak dikata… Barangkali gadis yang berjalan bagai itik pulang petang itulah yang terbaik untuknya.

Gadisku
“Nana selalu senyum pada saya... tapi saya tak pasti senyuman itu untuk saya atau Nizam?” Ahmad memang dah lama sukakan Nana, tapi dipendamkannya saja. Tanpa dia sangka, rupa-rupanya dia memang tak bertepuk sebelah tangan.

I Love You
Semenjak dia menikahi Leia, hanya dialah pertama dan terakhir. Tapi dek perasaan cemburu, semuanya jadi berubah. Mampukah perpisahan itu akan mengundang bahagia buat mereka?
------------------------

Rehan Makhtar

Jahit Balik Hati Aku
“Itu bayaran untuk khidmat kau untuk aku semalam.” Isteri mana yang tidak sedih, jika kata-kata sebegitu dilafazkan oleh suaminya sendiri. Dan akhirnya, Rihana telah membuat keputusan yang terbaik, demi maruah dan sayangnya terhadap seorang suami.

Jahit Balik Hati Aku Lagi
Demi anak-anak dan cintanya, dia harus akur dengan ketentuan-Nya. Biarpun hati terseksa atas keputusan Hanip itu, tapi istana cinta ini harus dipertahankan.

Kau Dipaksa, Aku Terpaksa
“Fara senang tengok abang dah makin sihat dan Fara yakin abang akan temui kebahagiaan abang dengan Azlyn nanti.” Maifara akhirnya terpaksa akur, jika itu kehendak Payed. Harapannya, suaminya itu cepat-cepat sembuh lalu melepaskannya dari seksaan.
---------------------------

Syamnuriemil

Sudah Kahwin Ke Belum?
“So, Natrah... dah kahwin ke belum?” Natrah. Sejak pertama kali bertemu, Alief sudah terpikat dengan pemilik nama itu. Mampukah dia memikat gadis itu, sedangkan mummy menjadi penghalangnya?

Pengantin Dua Kali
Dua bulan selepas berkahwin. Itulah janji Alief kepada mummynya. Tapi, adakah janji itu akan terlaksana? “Abang dah janji abang akan jaga Natrah lebih dari nyawa abang!”

Lari Mencari Suami
“Natrah milik abang, abang milik Natrah.” Setelah bermacam dugaan yang mereka tempuhi, mampukah si isteri memujuk si suami yang sedang membawa diri yang rajuk?

Mass Market Paperback

First published April 1, 2012

8 people are currently reading
193 people want to read

About the author

Syamnuriezmil

84 books540 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
41 (34%)
4 stars
37 (31%)
3 stars
33 (27%)
2 stars
6 (5%)
1 star
1 (<1%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
March 23, 2016
Macam biasa utk orang yg kurang gemar membaca cerpen dpt menghabis kan bacaan cerpen ni dah kira bertuah dah ni. Ermmmmmm ada sebuah cerpen skip sbb mcm panjang jek. Cerpen penulis lelaki mcm baca diari plak.ok lah boleh dibaca sbb pendek2 je.
Cerpen dri Rehan mungkin ini karya awal penulis jadi kurang sesuai dgn jiwa saya.
Syamnureizmel seperti biasa ringan2 dan santai je.

PS novel ni utk dilepas kan Rm8,berminat PM
Profile Image for nilam.
363 reviews71 followers
February 3, 2018
hanya cerita dari rehan makhtar dan syamnuriezmil je kena dgn jiwa..
Profile Image for Wan Amalyn.
Author 1 book41 followers
January 11, 2016
2.5 **

Membaca ketika kita dalam keadaan mood yang turun naik, benar-benar mempengaruhi pemberian bintang. Kita jadi keliru dengan perasaan sendiri. Sukakah? Tak sukakah? Kitapun tak pasti. Apa yang kita rasa, nak cepat-cepat baca untuk habiskan. Sudahnya kita tidak tahu apa yang kita baca. *sigh*

Antologi cerpen & Mini Novel, jadi sudah pastilah ada beberapa penulis (4 penulis) yang berkongsi satu naskhah ini. Oleh kerana ada Rehan Makhtar (RM), pastinyalah karya penulis ini yang menjadi tumpuan saya. Untuk karya RM kali ini, pada saya ok-ok sahaja.

Untuk karya yang lain... nanti saya fikir nak komen apa...

~tbc
Profile Image for Potlots.
13 reviews
January 7, 2023
Kompilasi cerpen dari 4 penulis.
✅Ezza Mysara
✅Iskandar Daniel
✅Rehan Makhtar
✅Syamnuriezmil


Rehan Makhtar ⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️
Ezza Mysara ⭐️⭐️⭐️⭐️
Syamnuriezmil ⭐️⭐️⭐️
Iskandar Daniel ⭐️⭐️⭐️
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
October 27, 2015
Loved all the stories! Syabas.
Sangat suka dengan karya Iskandar Daniel terutama 'Bagai itik pulang petang'. Simple dan sweet. Syamnuriezmil dan Rehan Makhtar pula my favourite authors! Nak lagi...☺
Ini adalah kali pertama baca karya Ezza Mysara... I like
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.