Luqman Hakim Perempuan yang bertudung semuanya sama! Nampak baik, tapi hati busuk! Cinta konon! Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Muda lagi kut! Enjoy la!
Nuqman Hakim Bertunang, banyak dugaannya. Ramai yang tunang dengan dengan orang lain, tapi nikah dengan orang lain. Nikah terus lagi senang. Lepas ni, boleh fokus pada belajar. Bukan macam mamat seorang tu, sibuk ke hulu dan ke hilir heret perempuan yang bukan muhrim. Macam manalah ilmu nak berkat kalau dok sibuk buat perkara tak senonoh!
Mya Zara Bila berdua dengan lelaki itu, bayangan Nuqman selalu saja nampak pada dirinya biarpun perangai mereka ternyata berbeza. Tapi, bila wajah itu tiada di hadapannya rindu pula mula menghimpit diri. Dia sendiri tak pasti sama ada itu adalah cinta atau sekadar kerana taat setia pada yang sah memilikinya. “Awak suka saya tak?” – Mya Zara
“Aku… aku suka Dibo!” – Luqman Hakim
Takdir Allah telah menentukan jodoh di antara Luqman Hakim, pelajar tahun akhir Kejuruteraan Kimia yang kasanova, dengan Mya Zara tutor mudanya yang juga bakal kakak iparnya tatkala Nuqman Hakim menghilang secara tiba-tiba.
“Sebab dia adiklah, abang akan buat macam tu. Abang akan paksa dia ceraikan Zara dan pulangkan semula Zara pada abang. Tak selamanya dia boleh rampas semua hak abang. Kali ini, abang akan bertegas. Sama ada dia suka atau tidak, Zara mesti jadi hak abang!” – Nuqman Hakim
Mampukah istana yang dibina atas dasar gantian bertahan hingga ke akhirnya? Berjayakah Mya Zara mengubah persepsi Luqman tentang perempuan dan cinta?
Walau byk yg komen citer ni terlalu cepat jln citernya tapi bg aku ia sangat2 menarik.. Walaupun Luqman terpaksa mengantikan tempat abgnya mengahwini Mya Zara tapi disitu menunjukkan sisi baiknya sebagai seorang anak yg x mahu memalukan keluarga walau abgnya dah membuat onar.. Mungkin di awal perkahwinan mereka byk konflik tapi Mya Zara tetap menghormati Luqman sebagai suami.. Lama kelamaan putik2 cinta mulai mekar dan itulah wanita bila mula jatuh cinta akan mencintai sampai hujung nyawa tapi sekali terluka tiada ubat yg mampu menyembuhkannya..
Dalam citer ni sesetengahnya boleh di ambil dan di jadikan iktibar dan yg x elok di jadikan sempadan.. Setiap penceritaan akan ada pengajaran..bukan senang puan penulis nak membuahkan sesebuah karya tapi kita sesedap rasa nak komen itu dan ini..Cuba kamu semua mengarang tengok agak2 boleh ke x.. entah2 hancur di buatnya.. Jadi setiap karya ada jerit pahit penulis nak menghasilkannya.. kalau nak komen pun jgnlah yg membuat semangatnya down terus... Tapi puan penulis saya suka sangat karya awak ni..
Mya Zara telah bertunang dengan Nuqman Hakim tetapi di hari dia dinikahkan, tiba-tiba dia dapati bahawa suaminya adalah Luqman Hakim, adik kembar tunangnya. Rupanya, Nuqman tidak hadir untuk hari akad nikah mereka. Bila bapa mertuanya dapat tahu, dia terus rebah dan meninggal dunia. Ibu-bapanya sendiri tidak mengetahui hal itu. Mula-mula mereka hidup berasingan di rumah sewa masing-masing tetapi bila sepupu Mya Zara ingin menumpang di rumah mereka, mereka tinggal di sebuah apartment. Mya Zara adalah tutor Luqman. Bila Mya Zara mula didekati oleh Dr Iskandar dan teman baik Luqman juga ada menaruh hati pada Mya Zara, Luqman mula cemburu. Dia takut untuk melafazkan sayang pada Mya Zara kerana khuatir terpaksa melepaskan Mya Zara bila Nuqman pulang nanti. Mya Zara pula, pada mulanya asyik melukakan perasaan Luqman dengan tidak sengaja. Tetapi akhirnya, dia dapat menerima diri Luqman dan belajar menyesuaikan diri dengan Luqman. Sedikit demi sedikit, dia dapat merubah diri Luqman. Dia tidak putus-putus melafazkan sayang pada Luqman serta berjanji tidak akan meninggalkan Luqman walaupun bila Nuqman muncul kembali. Luqman mula selesa dengan rumahtangga mereka. Mya Zara cemburu bila melihat Luqman bersama Nadine dan Danish lalu salah sangka. Luqman meninggalkan Mya Zara bila mereka bertengkar. Mya Zara mula sedar akan kesilapannya menuduh sembarangan. Bila dia pulang ke rumah ummi Luqman, Nuqman pula yang ada disitu. Nuqman telah hilang separuh ingatannya akibat diculik dan di pukul oleh keluarga Nadine di hari nikah tidak jadi dia dengan Mya Zara. Kini dia telah bernikah dengan Nadine tetapi dia masih ingin dapatkan Mya Zara kembali. Lalu disuruh Luqman untuk melepaskan Mya Zara bila Luqman pulang dari Korea. Luqman bersetuju. Mya Zara kecewa lalu meninggalkan rumah Ummi. Luqman dinasihati oleh Ummi dan kakaknya. Akhirnya, hubungan dia dengan Nuqman beransur pulih dan dia pergi mendapatkan Mya Zara.
Oklah kalau dah digelar pelajar it is understandable kalau ada part kurang kematangan..but the character will mature within times.
Kerana masa silam Luqman dia bertukar menjadi playboy sampai membawa musibah kepada abgnya Nuqman.
Mya bercinta dengan abg tapi bernikah dengan adik kerana abgnya menghilang menjelang hari pernikahan tanpa pengetahuan Mya. Bagus Mya ni walaupun pada awalnya dia susah nak terima akhirnya dia redha lain pula dengan Luqman.
Banyak kesalafahaman yg berlaku kerana Luqman tidak mahu mengaku tentang status masing2 ni..but because of all this timbul bibit2 cinta antara pasangan ni..namun masih tak di akui.
Kembalinya Nuqman kepangkuan keluarga dengan seorang isteri dan anak megejutkan seisi keluarga. Hubungan diantara Mya dan Luqman bertambah kucar kacir disebabkan Nuqman..
Idea untuk jalan cerita cantik. Mmg enjoy membaca. Ayat pun tersusun dan watak x complicated sangat. Bahasa pun cantik. Boleh lh jd bahan bacaan sebelum tidur.
Tapi pengembangan cerita tu tak seberapa. Penulis macam nak cepat sudah. Watak nuqman juga terlampau sedikit. Ader jgk bahagian cerita yg agak melalut tapi x teruk pun.
Kalau rasa2 nak baca cerita yg bercinta selepas kahwin dan x terlampau konflik sangat boleh cuba baca buku ni.
Buku ini dah lama dibeli oleh anak (rasanyalah) dan saya terjumpa ketika mengemaskan meja. Memandangkan pada masa ini saya tiada mood nak baca Padang Bulan yang agak berat jadi saya bacalah buku ni yang nampak santai dan mudah difahami bagi menghabiskan hujung minggu di kampung.
Dengan hujan lebat di luar rumah, sambil menonton cerita hindi (cerita hantu) yang berzaman tak tengok, saya cuba menghayati kisah kahwin ganti
Kisah tentang Mya Zara yang bertunang dengan Nuqman tetapi terpaksa berkahwin dengan Luqman kembar Nuqman kerana Nuqman hilang disaat-saat akhir.
Seakan kisah kahwin paksa tapi bagi Mya ia kahwin ganti. Luqman yang playboy, kasanova dan seangkatan dengannya rasa kecewa dgn perkahwinan itu apa tah lagi ayahnya meninggal dunia disebabkan perkara ini.
Untuk mengetahui kesudahan kisah ini dan mengapa Nuqman menghilangkan diri disaat akan diakad nikahkan dan penerimaan Mya terhadap Luqman dan sebaliknya, bacalah sendiri ...
Cerita santai yang menarik juga dan saya bagi 3 1/2 bintang utk cerita ini, hehe
Novel ini dah published tahun 2012. April 2017 baru beli. Disember 2017 baru baca.
Karya Aifa Batrisya sejujurnya sangat memuaskan. Cara penyampaian yang sangat baik. Mungkin sebab first novel kan, that’s why macam banyak scenes berlaku dengan pantas.
Sebenarnya rasa bengang meluap luap. Tapi tak tahu nak marah kat siapa? Mula mula marah kat Nuqman, tapi bila dah tahu cerita sebenar Nuqman hanyalah mangsa keadaan. Tak boleh salahkan Luqman sebab dia bukan serious dalam relationship.
Apa-apa pun novel ni best. Btw kat Johor ada Bukit Tunku juga eh? Ingat kat KL je ado. Ke dekat Johor tu rekaan?
When I first start reading this book I was awed by the character name, Nuqman and Luqman sounds really close to each other but turns out they both really hate each other. Walaupun kembar tapi perangai langsung tak macam kembar. Watak Mya Zara pula comel, I can literally imagine her dgan jubah and tudung lilit muka gebu. Bila Zara dan Luqman kahwin, perangai Luqman is not the type of sweet and romantic. Perangai dua dua pun macam budak budak, Zara is type yang suma bermanja Luqman pula macam budak budak suka tengok citer kartun. Theres up and down in this cerita but you will fall in love with Zara braveness to confess her love to Luqman. And Luqman being very cold but then at some point he is just caring and loving.
This entire review has been hidden because of spoilers.
Suka dengan cara penyampaian dalam novel ni. Bila baca tak boleh nak berhenti dah. Sekejap je dapat abis. Ada bab2 yang mengundang sebak dan boleh berjurai air mata.
Kisah kembar Nuqman Hakim & Luqman Hakim. Luqman terpaksa kawin ganti dengan tunang abangnya Nuqman dan tanpa sedar dah terjatuh cinta dengan isteri sendiri Mya Zara.
Kalau ade yang penerbit nak adaptasi novel ni memang syiok lah. Hehe
cerita yg menarik tp geram dgn luqman yg tk matang dan ego sentiasa ragu2 dan berperangsangka pada mya pantang betul klau hero melarikan diri dari masalah kuat merajuk & susah memaafkn
mya pula sentiasa memaafkan luqman wlaupun sikap luqman yg menyakitkan hati nasibla mya kurang merajuk..klau tk meleret2 la jadinya bila dh sygkn luqman..nmpak karakter mya yg comel & manja
First sekali mmg tak berkenan dengan perangai Luqman yg suka marah2 tak tentu pasai. Dah kahwin lagi penat hadap perangai Luqman dan Zara. Jenis buruk sangka each other padahal benda boleh je selesai kalau berbincang elok2.
Pada hari pernikahan Nuqman Hakim dengan Mya Zara, Nuqman telah menghilangkan diri..Nuqman mempunyai kembar seiras iaitu Luqman Hakim..Lantas itu, Luqman dijadikan galang ganti Nuqman untuk menikahi Mya Zara demi menyelamatkan maruah keluarganya dan keluarga Zara..
Luqman Hakim dan Nuqman Hakim ibarat anjing dan kucing sejak kecil lagi..pantang bertemu pasti berlaku kekecohan disebabkan sikap Luqman yang suka mengambil segala barang milik Nuqman walaupun semua barangnya sama sahaja dengannya..Bagi Luqman segala barangan Luqman adalah yang terbaik di pandangan matanya..tetapi bukan jodoh Nuqman yang dimahukan..Perkataan 'Kahwin' dan 'Jodoh' itu terlalu besar buatnya..Disebabkan dia terpaksa menjadi pengganti pengantin menjadikan dirinya lebih membenci abang kembarnya..
Perkahwinan Luqman dengan Zara telah memberi seribu erti dalam kehidupan Luqman..Dari seorang lelaki yang playboy, panas baran dan tidak kuat pegangan agamanya berubah menjadi seorang hamba Allah yang sentiasa mencari keredhaan-NYA..Ummi Luqman amat bersyukur dengan perkahwinan itu walaupun kehilangan orang yang tersayang..semuanya terbalas dengan perubahan Luqman yang diharapkan dari dulu lagi..
Bagi Mya Zara, dia redha dengan perkahwinan itu..Zara cuba menerima Luqman dalam hidupnya dan melupakan Nuqman..Dia pasti kehilangan Nuqman ada sebab yang munasabah dan dia tidak menyalahkannya..Manakala Luqman pada mulanya menganggap dirinya hanya mengantikan tempat Nuqman terpaksa menidakkan perasaannya terhadap Zara walaupun sudah tertarik dengan Zara sejak pertama kali melihatnya kerana bimbang hatinya tidak mungkin dapat melepaskan Zara sekiranya Nuqman balik untuk menuntut haknya..Dia tidak mahu dituduh merampas hak abang kembarnya..
Selama dua tahun sudah cukup lama untuk Luqman dan Zara mengenali hati budi masing-masing..Luqman dan Zara akhirnya saling mencintai satu sama lain..Sepanjang tempoh perkahwinan mereka, terdapat banyak konflik yang berlaku diantaranya Dr. Iskandar dalam diam meminati rakan sekerjanya, Zara sedangkan status Zara adalah isteri orang..Statusnya mereka sebagai suami isteri terpaksa dirahsiakan atas permintaan Luqman telah menimbulkan pelbagai isu..
Konflik terbesar sekali berlaku dimana Zara telah menuduh Ummi Luqman dan semua keluarganya menipu dirinya dek cemburu buta yang tidak bertempat..Tuduhan itu telah memberi kesan yang besar terhadap Luqman lalu dia membawa diri ke Korea..Semasa itu juga, Nuqman telah kembali ke pangkuan keluarganya..Tapi kepulangan Nuqman telah mengucar-kacirkan kedamaian keluarganya selama ini..Dia ingin menuntut haknya kembali..Namun, hati Zara bukan pada Nuqman lagi tetapi hatinya hanya pada Luqman sahaja..Walaupun Nuqman tahu kenyataan itu, dia tetap mahu mengahwini Zara dengan menyuruh Luqman menceraikan Zara..Disebabkan rasa bersalah, Luqman menurut kata-kata Nuqman.. Apakah yang terjadi kesudahannya? Adakah Luqman akan menceraikan Zara? Dapatkah kedua-dua kembar itu berbaik semula setelah sekian lama bermusuh? Apakah yang menyebabkan kehilangan Nuqman pada hari pernikahannya? Nak tahu jawapannya?? Apa kata baca sendiri lagi masyukkk~~
Luqman.. Dia pernah dilukai dan ditinggalkan kekasihnya, Sofea Az-Zahra..
Ada apa dengan cinta? Dah bercinta, nak kena setia. Punyalah setia, kena tinggal juga! Jadi, untuk apa bercinta ni, sebenarnya? Mengarut! Jadi seperti dia juga senang. Tempoh untuk berkawan dengan perempuan, hanya satu bulan. Cukup masa, tukar yang lain. Itu saja kitaran 'cinta' bagi dirinya.
Mya Zara.. Dia juga pernah dilukai dan ditinggalkan pada hari pernikahan.. Bercinta dengan Nuqman, berkahwin dengan adik kembar Nuqman, Luqman Hakim.. Abang yang hilang entah ke mana, adik jadi galang gantinya.. Sudah tertulis jodoh di Loh Mahfuz.. Mya Zara redha..
Mya Zara: "Saya dah penat kejar awak, Luqman. Tak mengapalah. Awak simpanlah jawapan awak tu sampai awak rasa bersedia nak jawab. Saya tak akan tanya lagi soalan ini pada awak. Tapi jangan risau, jawapan saya pada awak tetap akan sama sampai bila-bila. Berapa kali pun Nuqman datang semula pada saya, hati saya hanya untuk awak."
"Orang yang berjaya bukanlah mereka yang gagal dalam mencuba, bukan juga mereka yang sering gagal tetapi mereka yang tidak pernah gagal mencuba dan terus mencuba sehingga berjaya."
Buat penulis, Secara kesuluruhan, jalan ceritanya okay sangat, tapi adakalanya saya rasa novel ini akan jadi lebih baik jika penulis 'mengemaskan' dan 'memantapkan' jalan cerita novel ini.
Harap saya dapat 'rasa' dan berpeluang membaca karya yang akan datang..
Penulis juga perlu peka terhadap perkataan yang ada 'LAH' di hujungnya.. Ada yang perlu diasingkan daripada ayat yang sebelumnya untuk mengelakkan kecanggungan dalam pembacaan..
Paling ketara semasa Mya & Dr Iskandar menjamu selera di sebuah restoran. Dialog Dr Iskandar: "Di sini mana ada nasila sayang.."
dan juga dialog Farisya bersama Mya Zara: "Periksala IC dia." huhu :(
- ((suspension of belief)) dalam zaman sekarang benda ni (perempuan dan keluarganya tak sedar dia 'ter'kahwin orang lain) tak boleh/tak mungkin terjadi -- punya laa banyak borang nak kena isi, kena confirm ngan wali, tunjuk ic kat kadi, saksi kiri kanan bla-bla -- macamana nak lepas... ini sebab pertama aku takleh enjoy novel ni
- ((suspension of disbelief)) last 2 chapters... apakej@#@&! 500+ mukasurat cerita masalah, konflik, dan ketensenan dalam kepala hotak hero dan heroin dan menyerabutkan dan memeningkan watak-watak sampingan/tempelan diselesaikan camtu je???!
#notareviewbutarant
p/s (tambah lagi satu benda yang annoying...) * istilah yang betul, mahram -- lelaki/wanita yang ada hubungan (e.g kandung, susuan etc.) yang haram dinikah; muhrim -- orang yang pakai ihram * antara laki-bini takde istilah muhrim/mahram. yang betulnya 'halal' e.g bukannya "saya sekarang muhrim (mahram) awak" (pasal sebelum nikah mereka bukan mahram) tapi "saya sekarang halal bagi awak"
Pengisahannya sangat menarik tentang sepasang kembar yang selalu berebutkan barang yang sama. Disatu ketika bilamana perbuatan itu sudah dianggap tidak relevan;perkahwinan, si abang, Nuqman hilang di hari pernikahan sehinggakan si adik, Luqman terpaksa menjadi gantinya. Maka terjadilah Kahwin Ganti. Kini yang menjadi mangsa keadaan adalah si pengantin perempuan, Mya Zara yang menyangkakan dia telah berkahwin dengan buah hatinya, Nuqman. Satu perkara demi satu perkara terjadi akibat dari perkahwinan mereka. Adakalanya lucu, sedih & adakalanya membuatkan pembaca i.e saya sendiri berasa kecewa dengan sikap Luqman. Namun, semuanya akan berakhir dengan 'happy ending'. Ada bahagian-bahagiannya tidaklah sesuai untuk bacaan golongan remaja, pada pendapat saya. Tidaklah 'terlampau' tetapi tidak sesuai.
Orang kata, tak payah nak kritik sangat lah kan sebab bukan kita yang hasilkan novel ni. Tapi kalau tak kritik, tak akan dapat nak baiki kelemahan atau kekurangan yang ada bukan?
Cerita ni macam terlalu pantas sampai kepada point yang sebenar iaitu; Nuqman beria-ia nak kahwin-lari pada hari perkahwinan-Luqman sebagai galang ganti. Tak sampai nak ambil 'feel' lagi, tiba- tiba dah kahwin.
Lepas kahwin tu time Luqman dan Zara gaduh-gaduh, tup-tup dah sampai setahun. Macam cepat sangat. Takde sentuh pasal kehilangan Nuqman sampailah diorang ke Melaka.
Bagi saya lah kan, jalan ceritanya tak kemas sangat.
Apepn, kira okey lah kan untuk percubaan pertama. Tahniah kepada penulis. Maaf di atas kritikan ini.
yg ni karya si kembar. hehehe. mula2 tu tngok watak adik jahat je. tapi bila start diaorg kahwin, agak nak sepak jugakla mya -heroin , sbb heroin ni menurut aje hero tu walhal sngt2 menggeramkan perwatakan hero boleh kita lempang beramai-ramai.. *maknanya dismping kurang ajo, dia juga selalu mencabar kesabaran gue. <---x da kaitan dngn saya kut?
Bila hero dh insaf, yg ni bermain gelombang perasaan la jugak sbb abang hero yg digambarkan kemain baik tu tiba2 kacau daun sbb sebelum ni abg hero ni adalah kekasih heroin. tang ni mcm sedih sikit. meleleh gak air mata.
plot tersusun walaupun nampak agak nak cepat... takpe lgi cepat lgi baik dripada pnjang meleret-2.. good job untuk penulis.. buku yg mampu membuat kitorg satu rumah n housemate2 terchenta meleleh air mata. hehehee...