Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom & Dublin ” as Want to Read:
Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom & Dublin
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Kembara Sastera Nisah Haron : United Kingdom & Dublin

by
4.39  ·  Rating details ·  145 ratings  ·  40 reviews
“Jauh Perjalanan luas pandangan”.
Demikianlah kesimpulan yang dapat diberkas melalui pembacaan buku Kembara Sastera Nisah Haron. Nisah Haron, penulis sepenuh masa yang sanggup meninggalkan kerjaya profesionalnya sebagai peguam, kerana kecintaannya dan keyakinannya kepada dunia penulisan, khususnya bidang kesusasteraan, berjaya merakamkan pengalaman pengembaraannya dari Uni
...more
Mass Market Paperback, 209 pages
Published April 27th 2012 by Institut Terjemahan & Buku Malaysia

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Kembara Sastera Nisah Haron , please sign up.

Be the first to ask a question about Kembara Sastera Nisah Haron

Community Reviews

Showing 1-30
Rating details
Sort: Default
|
Filter
Aini Akmalia
Aug 29, 2013 rated it it was amazing
Kali pertama buku ini sampai di tangan, saya seolah-olah tidak percaya dengan saiznya. "Mak aih, besaqnyaa!", terdetik dalam hati. Bukunya yang bersaiz buku teks ini tidak digemari saya pada awalnya kerana ianya seakan tidak mesra pembaca dek kerana sukar dibawa ke mana-mana. Nak masuk dalam beg pun fikir banyak kali. Berat pun satu hal juga. Namun begitu, isinya sungguh menggamit rasa. Terhapus serta-merta perasaan tidak enak terhadap buku ini. :)

Seperkara yang mencuri hati saya tentang buku in
...more
Najibah Bakar
Jun 19, 2012 rated it really liked it
Saya menarik nafas dalam dan puas selepas selesai membaca KS Nisah Haron. Pertama kerana tujuan terpenting pengarangnya, yang sebetulnya akan juga merupakan salah satu tujuan terpenting jika saya diizin sampai ke bumi UK, telah berjaya. Saya dapat merasakan debar dan uja perasaan pengarangnya ketika berdepan dengan 84, Charing Cross Road; begitu sekali mengesankan buku Helene Hanff bagi para pencinta buku.

Meskipun perjalanan ini begitu tergesa-gesa, berbeza dengan Warkah Eropah, namun bagi saya
...more
Khairul Hezry
May 03, 2012 rated it really liked it
Shelves: travel
Reviu di bawah ini mula disiarkan di blog saya, The Malaysian Reader

(Disclosure: The author of this book is an online friend and there is a paragraph within the book that alludes to me, though anonymously. Therefore claims of bias might be raised but are unfounded, I assure you)

If you are not familiar with Nisah Haron, she is an author with several novels and at least one children’s book to her credit. She also maintains a blog and it was in this blog that she first chronicled her travels to the
...more
Fara
Oct 21, 2014 rated it really liked it
Sudah lama mahu memiliki, tetapi saiznya yang seperti buku teks sekolah selalu membuat saya berfikir dua kali. Memandangkan travelog merupakan antara jenis buku yang saya sangat gemar, saya dapatkan juga secara online. Tidaklah terbelek-belek dan menjadikan saiznya lagi sebagai alasan. Saya tidak menyesali keputusan itu.

Seperti dibawa mengikut kembara yang singkat dan padat, hati saya dicuit emosi yang pelbagai. Saya tumpang bangga apabila penulis berjaya tiba ke destinasi yang dicari, adakalany
...more
Cik Aini
May 01, 2016 rated it really liked it
Shelves: asean, read-2016, travel
Sudah lama saya membeli buku ini, namun, saya yang menangguhkan pembacaannya. Saya sendiri tidak pasti kenapa saya lambat membaca buku ini. Barangkali dua tahun kebelakangan ini, semangat membaca makin pudar. Mungkin naskhah yang kelihatan besar menyebabkan saya bertangguh membacanya. Rupanya sekali saya mula membaca, sukar untuk berhenti. Tulisan Puan Nisah yang agak santai, mudah dihadam oleh pembaca buku 'ringan' seperti saya, amat menarik, tambahan sarat dengan foto. Perjalanan yang hanya du ...more
Ramzah Dambul
Dec 09, 2014 rated it it was amazing
Walaupun saya suka mengembara, saya sebenarnya tidaklah suka sangat membaca buku-buku kembara. Sebabnya? Saya tidak mau ujaan untuk mengembara di tempat yang sama dimatikan oleh buku yang dibaca.

Tapi buku ini saya tekuni dengan penuh minat, kerana saya ada ikatan tersendiri dengan subjek dan penulisnya. Pertama, saya pernah menuntut di UK, tapi tidak pernah mengembara dengan fokus kepada menjejak tarikan-tarikan persuratan. Kedua, saya pernah membaca beberapa karya sastera Nisah (termasuk kumpul
...more
Jiwa Rasa
May 01, 2012 rated it it was amazing
Buku ini wajib dibaca dan dimiliki oleh peminat buku. Kembara meneroka segala-gala yang berkaitan dengan buku. Meneroka jejak-jejak penulis Inggeris yang selama ini hanya dikenali melalui hasil penulisan mereka.
Nur Asilah
Jun 13, 2012 rated it really liked it
Banyak inspirasi yang saya dapati melalui kembara kak Nisah. Perancangannya begitu rapi, juga maklumat destinasi yang mahu dituju benar-benar dikenalpasti terlebih dahulu agar mengetahui arah dan tujuan yang sebenar. Ya, tanpa tujuan, pasti kembara tidak menyeronokkan.

Melalui pembacaan buku ini juga, Kak Nisah masih setia dengan adat budaya sebagai seorang Islam. Kiblat dan waktu solat juga perlu dikenalpasti. Begitu juga pemakaian kak Nisah menjaga aurat sebagi seorang muslimah. Di perantauan i
...more
Siti Salha
Oct 23, 2012 rated it it was amazing
Shelves: malay
"A traveler without observation is a bird without wings." Tiba-tiba rasa nak pergi backpacking!
Izzati Rahim
Sep 17, 2013 rated it really liked it
Pada mulanya saya kurang pasti apa yang membuat saya tertarik untuk mengambil naskhah buku ini di rak buku di asrama setelah hampir 3 bulan dibeli. Dan saya tak sangka yang buku ini berjaya dihabiskan bacaannya kurang dari seminggu! Ulasan Pak Samad tentang buku ini benar-benar menjentik suatu perasaan yang aneh.

Sejak itu saya mula larut 'mengembara' bersama Kak Nisah dari awal hingga akhir dengan perasaan teruja yang luar biasa. Bermula dengan persediaannya yang cukup teliti, rasa kagum terhada
...more
anahashim
Jun 19, 2012 rated it it was amazing
Nilai buku yang berharga RM30.00 (harga asal) tak semahal pengembaraan Nisah Haron dalam "Kembara Sastera Nisah Haron United Kingdom dan Dublin".Inilah perkara pertama yang terdetik dalam pemikiran saya sejurus selepas menghabiskan kembara ini.Membaca kembara ini turut membawa saya mengembara ke tempat yang dijejaki Nisah Haron bermula di Birmingham International Airport.Sungguh walaupun saya tidak pernah menjejakkan kaki ke sana namun saya dapat menyelami perasaan dan suasana berada di sana dal ...more
Nor
May 01, 2012 rated it really liked it
Shelves: zamri-norazzah
Sepanjang pembacaan buku ini hati saya seperti ditarik-tarik untuk turut mengembara seperti ini. Terasa seronok betul jika dapat pergi ke mana saja yang kita mahu sekehendak hati, tanpa perlu memikirkan sama ada tempat yang kita pilih akan turut menyenangkan hati orang yang bersama ini.
Tempat-tempat pilihan penulis sangat menarik.
Hanya saya fikir buku ini mengejar waktu penerbitannya, menyebabkan ada ayat-ayat yang saya kira tidak diatur sempurna (layakkah saya mengatakan sebegini?). Dan ada ban
...more
Marfazila
Jun 06, 2012 rated it really liked it
Usaha pengembaraan yang sangat berani dan penuh semangat dari seorang penulis wanita yang hebat sehingga berupaya menghasilkan sebuah buku yang sangat informatif dan merujakan terutamanya kepada sang pencinta buku dan dunia kesusasteraan. Jika selama ini kita hanya didedahkan mengenai Eropah sebagai sebuah syurga membeli belah..kini kita raikan pula Eropah sebagai sebuah tempat yang sangat meraikan ilmu dan ilmuannya...cuma mungkin atas faktor kekangan masa dan kewangan, kembara ini terpaksa dis ...more
Saadah
Sep 07, 2012 rated it it was amazing
Pengembaraan yang sangat menarik kerana ia dimulakan dengan niat yang suci. Ya, niat suci itu yang memudahkan urusan penulis sepanjang pengembaraannya. Bacaan kali ini juga diakhiri dengan sebuah niat. Niat untuk menjejaki lokasi yang telah dikunjunginya suatu hari nanti.

Teruskan membaca catatan peribadi di http://saadahkhair.blogspot.com/2013/...
Sooraya Evans
Jun 03, 2016 rated it it was amazing
Ini contoh sastera. The way it should be.
Terima kasih, Puan Nisah atas sumbangan karya ini buat manfaat generasi hadapan.
Tahniah juga diucapkan kepada pihak ITBM atas hasil pembukuan berkualiti pada harga berpatutan.
This book is a keeper!
If you liked this book, do check out Ulu Yam di Liverpool and Catatan Pengembaraan Seorang Flowerman.
Puteh Jerneh
Dec 06, 2012 rated it really liked it
Recommended to Puteh by: Marfazila
Best. Rasa mcm nak pegi sume tempat yang ada kat dalam buku ni.
Rasydan Fitri
Sep 04, 2012 rated it really liked it
Buku yang sangat bagus dibaca sekiranya anda peminat sastera tegar, dan peminat kembara. Saya suka menyebut kata-kata penulis yang pernah saya dengar ketika majlis pelancaran buku Trem ke Pintu Syurga, katanya: Cabaran penulis yang menggunakan latar luar negara atau latar asing dari Malaysia ialah untuk menggambarkannya kepada orang yang tidak pernah berada di sana. Dalam buku ini, penulis berjaya mengemukakan perincian tempat-tempat yang dilawatinya dengan baik. Ini sesuatu yang perlu memandang ...more
Wardah Puteh
Mar 08, 2013 rated it really liked it
Shelves: travelling
Catatan di kulit buku -yang sering ditinggalkan oleh penulis kepada pembeli (peminat) naskhah ini ditulis jawi oleh Kak Nisah. Salam kembara katanya...dan memang benar, saya yang membaca larut dalam pengembaraan beliau.

Paling saya sukai di dalam buku ini adalah, nota kaki di setiap bab; buku-buku yang dibeli di tempat yang disinggahi. Idea ini saya suka- kalau kebiasaannya orang membeli keychain, baju dan perhiasan sebagai cenderahati, kenapa tidak buku? Tanpa saya sedari, tindakan pencinta buku
...more
Shahkang
Sep 03, 2012 rated it it was amazing
Bukanlah bermaksud saya menjadi watak sampingan dalam catatan ini menyebabkan saya meletakkannya sebagai lima bintang.

Saya suka dengan cara kupasan penulis. Ternyata kembaranya sudah disusuli terlebih dahulu dengan bacaan terperinci tentang tempat yang mahu dilawati. Meskipun saya punya kebolehan untuk mengembara ke tempat-tempat tersebut (kerana belajar di sana), tapi saya pasti tidak dapat mengupas khazanah sastera yang ada di sepanjang perjalanan. Itulah perbezaan kembara Nisah Haron dengan
...more
Sharulnizam Mohamed Yusof
Kembara di bumi Inggeris ini, jelas merupakan satu kepuasan kepada Puan Nisah. Setiap satu tempat lawatannya, dapat dikaitkan dengan pengalaman diri. Membesar dalam "dunia buku" memberikan beliau banyak kelebihan, dan pastinya membuatkan kembara sastera ini tidak sia-sia.

Saya cemburu. Cemburu dengan kembara sebegini. Bukan cemburu kemampuan Puan Nisah mengembara ke bumi Eropah. Eropah, bumi empat musim, memang menjadi idaman kebanyakkan kita. Tetapi saya cemburukan dengan "rasa" yang dinikmati b
...more
Nuur Syahidah
Mar 09, 2017 rated it really liked it
rakaman perjalanan ini untuk pencinta buku!! baru tahu rupanya ada bandar sastera yang diiktiraf of UNESCO. Iowa,Melbourne (damn,i didn't know when i was there...), Reykjavic, Edinburgh, Dublin, Nottinghill dan beberapa lagi

Amiruddin Mohd Rosdi
Jul 17, 2012 rated it it was amazing
Beli di Pesta Buku Kota Kinabalu, Sabah 2012.

Sejujurnya, ini buku ke-2 Nisah Haron yang saya miliki selepas ''Lentera Mustika.'' Perasaan rindu mencengkam diri untuk menekuni kisah 'kembara sastera' selepas buku ''Warkah Eropah'' SN Datuk A. Samad Said.

Saya turut sama terkesan dengan kalam semangat daripada Pak Samad yang ditulis dalam buku ini; ''Nisah, anda sangat berani dan sangat merangsang. Suami dan lima orang anak anda juga sangat berani dan memahami. Bapak kagum!''

BimillahirRahmanirRahim
...more
Zatika
Jun 21, 2014 rated it it was amazing
Di halaman-halaman akhir KS, saya mengalirkan air mata. Banyaknya pengajaran dan pengalaman yang dikongsi oleh Puan Nisah. Saya rasa seperti terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada seorang sahabat karib yang punyai minat yang sama, walaupun dengan latar belakang yang berbeza.

(Saya mengikuti blog beliau on and off sejak zaman blogging circa 2005 tetapi ketika itu, saya lebih banyak berinteraksi dengan bloggers peminat filem berbanding pencinta buku~ terasa ruginya di situ. Kak Nisah, saya Ma
...more
Basma Hashem
Feb 21, 2015 rated it it was amazing
Shelves: malay
catatan perjalanan seseorang yang dibukukan boleh disamakan kualiti ilmunya dengan travel guide yang biasa kita temui dipremis jualan di Balai Ketibaan Lapangan Terbang.
bezanya travel guide lebih general dan nipis. catatan kembara lebih details dan acapkali tebal.
saya menyukai kembara ini kerana didalamnya merupakan suatu perjalanan seorang penggemar buku. bukan kembara suka-suka melihat pemandangan dan merakam foto sahaja.
Fathul Khair
Dec 21, 2012 rated it it was amazing
Kembara Sastera ini telah dikhatam sebanyak dua kali selepas membelinya secara dalam talian daripada Puan Nisah sendiri.

Pembacaan sebanyak dua kali ini menjadikan saya teruja memulakan langkah yang pertama untuk kembara. Selain itu, Kembara Sastra ini juga membantu saya untuk mengenali dan menjadikan sebagai rujukan untuk berkembara ke sana nanti.

Terima kasih kepada Puan Nisah atas buah tangan yang bermakna ini.
Wan Atiee
Dec 15, 2012 rated it it was amazing
sangat menyentuh jiwa muda saya untuk turut kembara ke eropah. Saya selalu membaca buku ini dengan ditemani alunan lagu m.nari salam dunia. terima kasih juga kepada kak nisah kerana menghidangkan buku yang begitu menarik sekali untuk kita membaca dan sama-sama manfaat isi yang terkandung didalamnya. Buat kak nisah, syabas saya ucapkan.
melatinurmaisarah
Oct 31, 2012 rated it it was amazing
Sangat memberikan inspirasi. Sebagai salah seorang pelajar Pn. Nisah Haron, memiliki khazanah intelek dari seorang Guru adalah lantera untuk saya terus maju dalam bidang yang saya ceburi. Buku tersebut layak dipanggil buku motivasi juga.=]
Shah Kakashi
Oct 25, 2014 rated it it was amazing
buku ini memberi inspirasi kepada saya untuk lebih mencintai buku dan ilmu pengetahuan.
Fatimah Wahidah
Pengembaraan mengujakan penulis yang merentasi UK dan Dublin dalam menelusuri kota sastera di sana..
Ikmal Hisham
May 07, 2012 rated it really liked it
Saya terasa seperti mahu kembali ke UK menghargai pengalaman yang ada di sana. Sebuah travelog yang mantap dan penceritaan seolah2 Nisah telah berada lama di bumi UK & Eire
« previous 1 3 4 5 next »
  • Sebongkah Batu Di Kuala Berang
  • Secangkir Teh Pengubat Letih
  • Anak Mat Lela Gila
  • Natrah: Cinta, Rusuhan, Air Mata
  • Nota Hati Seorang Lelaki
  • Diari Musafir: Jangan Berhenti 'Berlari'
  • Imam
  • Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok
  • Saiful Nang: Kisah Orang Menang
  • Cinta Fansuri
  • Syed Mokhtar Albukhary: A Biography
305 followers
Born in Seremban, Negeri Sembilan on 20 April 1973, Nisah Haron has been writing as a hobby since 1988. She has written forty short stories, five novels, essays and a few poems published in local literary magazine and newspaper.

Nisah Haron had her legal education from National University of Malaysia and graduated in 1997. She also obtained her LL.M from the same instition in 2006. She practised as
...more
“Seorang pengarang hebat tidak akan pernah kekurangan khalayak.” 12 likes
More quotes…