Kumpulan 16 Cerpen Lutfi Ishak mengangkat persoalan popular dalam sejarah kehidupan manusia; kasih sayang yang sejati, kesetiaan tanpa syarat, keporakperandaan politik dan hidup yang terpaksa dipertaruhkan demi kebahagian sebenar. Watak-wataknya adalah manusia biasa tetapi dipaksa untuk berhadapan dengan dunia yang serba luar biasa.
Apakah pilihan yang kita ada saat berhadapan dengan cabaran hidup? Sama ada berdiri sebagai perwira lalu mati kerananya, atau tunduk dan menyembah, lalu hidup tanpa jiwa.
Jangan tertipu dengan judul bukunya; pandangan pertama biasanya memerangkap kita ke lubang prasangka. Ini bukan buku tentang hubungan kelamin. Buku ini adalah sebuah kumpulan cerpen.
Jika anda menjadi satira-satira yang sinis dan menangkap, saya cadangkan kalian membaca karya Lutfi Ishak ini.
Dengan lenggok kesusasteraannya, dia bercerita tentang seseorang yang bercerita kepada seseorang. Seperti sahibul hikayat yang memenuhi 1001 malam versi moden.
Bagi aku tidaklah luarbiasa, cuma sedikit gelap. Itu sahaja.
#CeritaMalamPertama Buku ini saya baca in one sitting. Cerita yang menarik, bahasa yang puitis, malah banyak diksi baru yang saya catat dan belajar daripada pembacaan saya di dalam Cerita Malam Pertama ini.
Penulis bijak membawa metafora cerpen-cerpen beliau menggunakan latar yang berlainan zaman. Terdapat juga penjelasan terperinci penulis yang agak visual seperti adegan memotong tangan dan lidah dalam Kedai, dan kepala yang dipenggal dalam Cerita Malam Pertama.
Saya menyukai gaya bahasa penulis dan kisah-kisah di dalam buku ini. Antara yang menjadi pilihan hati saya ialah Kedai, Cerita Sebuah Lembah, Janggut dan Segugus Anggur Kenangan dan Emel Seorang Lelaki Kepada Seorang Lelaki.
Lutfi Ishak juga menulis puisi, buku puisinya berjudul Kafe juga telah saya baca. Menunggu karya-karyanya yang akan datang. 4/5 bintang untuk #CeritaMalamPertama oleh Lutfi Ishak.
Walaupun tajuk buku ni beri sedikit masalah , contohnya akak cashier kedai buku dan manusia lalu lalang di sekeliling tengok aku dengan pandangan curiga sambil mereka mungkin bermonolog dalam hati 'sah otak budak ni tercemar baca buku tajuk lain macam...' tapi aku peduli apa sebab walaupun 16 cerpen dalam ni ceritanya biasa2 je dan beberapa cerita kurang clear, tp simbolic and issues behind the stories buat cerpen LI ada sedikit value. Poverty, satira politik, survival, confusion, environment, attitute, bla bla bla...
Paling suka janggut & segugus anggur kenangan dan mewawancara lembu~
Karya Lutfi Ishak ini menghimpunkan 16 cerpen yang sarat dengan pemikiran dan pandangan hidup pengarangnya yang dihantar secara kreatif dan menggugat minda pembaca melalui permainan bahasa yang menyembunyikan falsafahnya. Kumpulan cerpen melangkaui persoalan kehidupan yang bersifat rutin untuk mencabar fikiran dengan menggugat status-quo dalam bidang sejarah dan politik serta manusia dan kemanusiaan.
terbaik dari Lutfi Ishak. Cerita yang luarbiasa. Cerita-cerita aneh, mengejutkan,berbekas lama hingga terbawa-bawa ke dalam mimpi. Rasa macam baca cerita-cerita dalam Naratif Ogonshoto karya SN Anwar Ridhwan. Yang berbeza dalam buku ini 16 cerpen dan 12 dalam Naratif Ogonshoto.