Disulami naratif magis tentang protagonis yang mengaku sebagai "pembela dan pejuang" tanah air, penyeberang sempadan geografi dan ideologi yang akhirnya tiba semula pada asal usul Kebenaran.
Dr. Anwar Ridhwan was born in an agricultural based family who was then reside in Sungai Besar, Selangor, previously the family lived in the neighboring state of Perak. He graduated from University Malaya with a Bachelor of Arts in 1973, then Masters of Arts in 1983 and finally finished his doctorate (Ph.D) in 1998. Soon he pursue his career in Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) until resignation in 2005 as Production Director of DBP.[1] On 11 August 2009, he was officially announced as the nation's 10th Sasterawan Negara by the Deputy Prime Minister, Tan Sri Muhyiddin Yassin in his office in Putrajaya.
In writing, he is a well known novelist and a short story writer. His first novel, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman won the Yayasan Sabah-GAPENA Novel Prize of 1979. Arus (1985) won the Malaysian Literary Prize of 1984/1985. Among his famous short stories are Perjalanan Terakhir (1971), Dunia adalah Sebuah Apartmen (1973), Sesudah Perang (1976) and Dari Kiev ke Moskova (1992). Naratif Ogonshoto won the Sastera Perdana Award of Malaysia 2000/2001 which was inspired and finally finished by Dr. Anwar Ridhwan in Japan. The novel with another title, "Bili i Nebili Ostrovov Ogonsoto" was published in Russian (translated by Victor Pogadaev) in 2006, Sanct-Petersburg (Paideia).
Sewaktu PKP ni aku sempat habiskan 3 buah novel pensyarah aku; bermula dengan Naratif Ogonshoto, Hari-hari Terakhir Seorang Seniman, dan diakhiri dengan Penyeberang Sempadan.
Dari segi bahasa, PS masih tidak dapat menandingi NO. Dan dari segi cerita pun, aku rasa storyline PS ini agak longgar. Banyak benda yang tidak diterangkan dengan jelas.
Walaupun memenangi tempat pertama Hadiah Sako — yang kita semua tahu betapa prestijnya anugerah ini — tetapi ada novel ini aku tidak dapat beri 5 bintang. 448 muka surat yang agak meleret. Magisnya tidak diketengahkan dengan ghairah. Storynya ada yang tidak lengkap.
Bahasa yang digunakan memukau, tetapi kalah dek kemeleretan penceritaannyan. Novel ini boleh jadi nipis saja kalau tak meleret dan jika setebal ini pun, patutnya Anwar Ridhwan menekankan cerita watak utama dengan jelas. Scene di mana Kuay bertukar ideologi semasa bertemu Shafi’aa sepatutnya diberikan penekanan yang mendalam. Sepatutnya ada perdebatan yang panjang. Mungkin dalam 1 bab perlu dialog sahaja. Sebab Kuay ini dari kecil dia sudah berideologi komunis, rasa macam mustahil bila jumpa Shafi’aa, terus boleh berubah macam tu saja dengan hujah-hujah Shafi’aa tersebut.
Awal novel sangat cantik. Sampai di tengah, hampir lost. Tiada keghirahan untuk pembaca membaca story — ghairah hanya untuk meneliti perkataan-perkataan yang digunakan oleh Anwar Ridhwan sahaja. Seperti yang kita maklum, kita kena akui bahawa Anwar Ridhwan sangat menjaga penulisan dan diksi beliau.
Epilog novel ini bagi aku — tidak kuat. Peleraian yang terlalu biasa — meleret.
Hanya 4 bintang untuk novel ini. Mungkin nanti berjumpa penulis apabila kelas bermula nanti, aku akan berbual dengan beliau dan bertanya beberapa perkara mengenai ketiga-tiga novel beliau.
Apa-apa pun, novel ini wajib dibaca oleh peminat sastera tanah air. Kita punyai banyak novel dan SN yang bagus untuk kita banggakan.
Walaupun tidak sehebat Naratif Ogonshoto, novel ini masih juga menarik dibaca. Seperti membaca sebuah travelog. Jika pernah membaca memoir tokoh Indonesia,Tan Malaka, Dari Penjara Ke Penjara ada banyak persamaan. Tan Malaka melalui perjalanan yang hampir sama dan melewati zaman yang sama. Yang membezakannya, Tan Malaka tetap dengan prinsip perjuangan menentang kapitalisme dan kolonialisme barat hingga ke akhir hayat. Watak utama novel ini pula bagai seorang yang kebingungan mengikut arus.
Novel ini mungkin sesuai untuk mereka yang lahir di zaman pasca komunis. Buat yang mereka yang sudah akrab dengan tulisan golongan kiri, terutama tulisan pejunag API dan Rejimen 10 PKM, data-data yang dikutip dan diceritakan di dalam novel ini mungkin perkara biasa. Penulis kelihatan cuba untuk tidak memihak atau menghukum ideologi yang bertentangan di zaman itu.
Novel ini akan jadi lebih menarik jika lukisan gejolak jiwa seorang pejuang diberi warna yang lebih. Kenapa pejuang kiri dahulu memilih jalan gerila dan berganding dengan PKM sebenarnya sangat menarik untuk diceritakan, dicerekakan bahkan boleh dijadikan skrip filem yang menarik. Memoir golongan kiri seperti Duri dan Api Ahmad Boetamam, Memoir Shamsiah Fakeh Awas ke Rejimen ke-10, Memoir Ibrahim Chik dan sebagainya boleh dirujuk.
Wacana tentang ideologi yang bertentangan juga tidak dihuraikan secara mendalam di dalam novel ini. Alangkah bagusnya jika penulis dapat mengembangkan wacana antara ideologi seperti yang telah digarap dengan baik oleh Faisal Tehrani dalam Tuhan Manusia.
Konflik diri dan sindrom yang menghantui watak utama mengingatkan saya pada watak utama novel Hujan Pagi karya SN A Samad Said. Cubaan yang baik tetapi tidak boleh menandingi Hujan Pagi.
Perjalanan watak utama di hujung novel bagai membaca memoir Kassim Ahmad dalam Mencari Jalan Pulang. Watak utama novel ini mungkin lebih berjaya berbanding Kassim Ahmad yang masih mencari, tapi masih belum berjumpa.
Jika tidak kerana penghabisan novel ini yang melengkapkan pencarian watak utama, saya mungkin memberi tiga bintang sahaja untuk novel ini. Di tengah-tengah novel saya berprasangka mungkinkah novel ini akan mengikut jalur-jalur seperti yang sering dipaparkan dalam akhbar Utusan, yang kebetulan adalah penganjur sayembara ini? Kisah cereka di muka hadapan, yang kita tahu ke mana arah penamatnya, kerana skripnya sudah lama ditentukan di belakang tabir.
Mujur, penulis menamatkan novel ini dengan cara selamat dan saya beri 4 suku bintang untuk novel ini.
Memang benar, buku ini tidak dapat mengalahkan Naratif Ogonshoto yang ditulis penulis yang sama tapi buku ini membawa aku mengimbau apa makna perjuangan ketika zaman kemerdekaan sehingga zaman pasca-merdeka.
Dr. Anwar Ridhwan membuka aku pelbagai ideologi menegakkan negara, daripada komunisme dan sosialisme kepada demokratik dan akhirnya kembali kepada fitrah manusia, iaitu mengikut ajaran Allah Taala melalui al-Quran dan Sunnah Rasulullah s.a.w
Penuh debaran walaupun penghujungnya tidak dapat dijangka.
Walaupun permulaannya agak perlahan dan membuat saya merasa bosan, namun saya teruskan membaca. Kerana sebagai sebuah buku yang menjadi juara Hadiah Sako, tentu ada sesuatu di dalamnya. Ternyata ia padat dengan isi tentang sistem komunisme, sosialisme, demokrasi dan Islam.
Suka cerita ni sebab ianya berkisarkan perjuangan orang kiri, yang mana kesukaan aku. Garapan AR membuatkan buku ini agak unputdownable. Cuma, magis realisme yang ditawar pada blurb tidaklah terlalu menonjol dan, jika sajalah elemen itu diberi penekanan pasti ianya lebih umphhh.
Tajuk buku ini sahaja sudah cukup unik, membawa konotasi kembara, penerokaan, perubahan, pergerakan, garis masa dan tempat, keberanian.
Apabila masuk ke dalam cerita, watak yang paling mula-mula membuat gugahan bukanlah Kuay si penganut komunisme yang masuk hutan untuk lari dan lari lagi, tetapi bau yang bersaing dengannya. Sayang bau ini tidak diberi 'ruang' yang lebih luas dan dikembangkan untuk lebih menambah daya realisme magis.
Mengalirnya kisah dari Malaya ke Thailand ke Cina ke Rusia ke Mesir ke Amerika ke Jordan, membuat kisah ini menguji imaginasi, tetapi kalau semua latar tempat, suasana dan tiap-tiap idealisme dilukis lebih dalam lagi, buku ini tentu akan jauh lebih memahat ke akar perasaan pembaca - seperti ada garam yang perlu ditambah supaya hidangan pengalaman menjadi lebih lazat.
Namun kisah penganut ideologi yang sering menukar warna diri seperti kameleon ini, berakhir dengan bertemunya watak Kuay dengan jawapan abadi, suatu perjanjian hamba dengan Allah sejak azali. Ini memberi nilai kebenaran kepada buku ini.
Empat bintang tetap sangat wajar, malah mungkin lima juga, kerana buku ini menambah rentetan kisah seputar perjuangan kemerdekaan dari sisi yang selalu ingin ditenggelamkan, walhal ia juga sejarah bangsa, meskipun hitamnya jarang ingin kita teroka.
Menolak sejarah bukankah bermakna menafikan kewujudan diri? Lalu dari mana titik tolak untuk berpencak kalau wujud diri sudah dinafi? Itu bererti mengisytihar perang yang tak akan termenangkan.
Novel tulisan SN Anwar Ridhwan yang pertama saya baca. Penulis menggarap cerita dengan baik. Metafora yang mendalam.
Kisah tentang pelarian perang/politik ketika zaman pra kemerdekaan. cerita tentang perjuangan kiri dan kanan. perang idealogi antara komunisme China, sosialisme Rusia, demokrasi ala Amerika dan Islam.
Buku ini bukanlah sebuah naratif biasa-biasa kerana ia diilhamkan oleh seorang Sasterawan Negara..apatah lagi ia tergolong dalam kategori Pemenang Hadiah Sako yang merupakan karya bermutu tinggi. Sebuah karya yang memaparkan sebuah perjuangan namun adakalnya rasa setiakawan disalahertikan...
Banyak tanda tanya timbul ketika membaca Penyeberang Sempadan. Ada rasa tidak puas hati, tertanya-tanya malah kerap kali pula mempersoalkan pandangan penulisnya. Dari satu sempadan geografi ke sempadan ideologi, akhirnya mendarat pada ideologi yang murni dan jernih, berlabuh dimuara kebenaran. Rupanya keyakinan yang dicari dan arah yang sejati memandu Kuay untuk keluar dari keraguan terhadap ideologi yang dianuti sejak muda. Penulis berjaya membawa penamat yang menutup segala keraguan sejak awal. Satu pengakhiran yang cukup menenangkan dan memberi kepuasan yang tidak terhingga
Sudah termaktub bahawasanya buku ini telah menerima anugerah 'hadiah sako'. Bagaimana bisa saya menulis tentangnya? Adakah kesalahan kecil pada tatabahasa itu disengajakan? he he.
Tidak sesuai bagi mereka yang berfikiran sempit... Sekiranya anda seorang pengembara seperti saya, anda memang menghargai karya ini, terutama bagi mereka yang pernah ke negara bintang.
Tidak keterlaluan jika saya merumuskan bahawa novel ini adalah sebuah novel sejarah berdasarkan kisah benar tentang kehidupan seorang pejuang dengan perjuangannya melalui watak pemuda Melayu yang terjebak dalam fahaman komunisme, sosialisme, demokrasi, dan akhirnya menemui titik paling benar.
Susunan plot penceritaan yang bijak ini ditulis oleh seorang pemikir Melayu sehingga novel ini diangkat menjadi pemenang Hadiah Sako Tahun 2011.
Dari segi plot, aku suka perjalanan cerita ini yang kemas serta mengandungi beberapa 'twist' yang tidak dipaksa-paksa. Cumanya, adalah satu 'plot hole' kecil yang sepatutnya dikesan para editor dan penulis (macam mana Meor tahu Kuay ada di Mekah semasa sesi mesyuarat antara pihak-pihak berkuasa?)
Wacana tentang fahaman komunisme, demokrasi serta Islam juga tidak begitu mendalam. Yang disentuh hanyalah permukaan sahaja. Kalau pembaca ada sedikit pengetahuan am tentang politik dan sejarah antarabangsa, pasti hujah-hujah yang dikemukan dalam buku ini kedengaran biasa sahaja.
Penampilan watak-watak juga boleh dipertajamkan lagi. Kurang kedalaman dan kehalusan psikologi. Malah, watak Kuay yang menghidap penyakit dwi-peribadi itu pun aku rasa tidak lengkap dikupas. Yang disentuh hanyalah permukaan. Beza dengan karya-karya Dostoevsky mahupun Hujan Pagi tulisan A. Samad Said.
Aku pernah baca 'Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman' dan aku rasa Penyeberang Sempadan bukanlah usaha terbaik SN Anwar Ridhwan.
Sekarang aku mahu menghabiskan Naratif Ogoshonto pula.
Penyeberang Sempadan adalah kisah orang yang keliru dengan perjuangannya sendiri, mensia-siakan masa dengan membuang diri ke negara asing semata-mata mencari kebenaran dalam diri. Dalam ketaksuban dia lupa, tidak ada satu pun hukum yang dicipta oleh manusia itu sempurna.
It is the 'writer's note' which encourages me to read this book: the author's brief acquaintance with several PKI (Indonesian Communist Party) exiles in Moscow which somewhat shape the story and the plot of the novel. It must be a tough life for them, just like Kuay's.