Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kontrol Histeria

Rate this book
Sebuah buku fiksyen daripada 23 penulis melawan arus kemasyarakatan dengan imaginasi yang melangkau normaliti. contohnya seperti saikopat, seks, keganasan, taksub dan sebagainya.

Awas! kontrol histeria anda! disyorkan kepada pembaca yang normal dan berumur 18 tahun ke atas.

257 pages, Paperback

First published December 10, 2011

12 people are currently reading
144 people want to read

About the author

Khrlhsym

7 books37 followers
Here, shake my left hand. It’s closer to my heart.

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
58 (29%)
4 stars
61 (31%)
3 stars
54 (27%)
2 stars
13 (6%)
1 star
8 (4%)
Displaying 1 - 30 of 38 reviews
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
December 2, 2013
Hampir semua tanggapan, fikiran dan perasaan hamba tentang buku ini lebih menjurus kepada prejudis yang tentunya cenderung kepada keselesaan peribadi hamba sendiri. Oleh itu, hamba tidak merasa ingin menulis resensinya kerana ia semestinya tidak adil untuk orang lain yang punya pandangan berbeza dan mungkin tidak melihat buku ini dengan cara hamba. So, peace :-) .

Namun, jujur, ini naskhah yang berani dan satu-satunya sampai saat ini yang boleh buat hamba ngilu seluruh hati. Dan, ada beberapa cerpen yang pada hamba sangat 'bagus' perinciannya sehingga hamba yang membaca ikut mampu membayangkan babak potong-memotong, hiris-menghiris dan seumpamanya. Tetapi, oleh kerana hamba sedang menderita sakit gigi sepanjang membaca buku ini makanya kesakitan gigi itu pastinya lebih ngeri dari apa pun babak gila dari buku ini. Hehe.

Oh ya, satu-satunya cerpen yang hamba gemar adalah Komplot tulisan Sahidzan. Superb meski tidaklah se-histeria seperti tajuk bukunya. :-D
Profile Image for heril azwan.
524 reviews62 followers
September 20, 2016
entah bila aku beli buku ni, aku pun tak ingat..
last week tetibe mood rajin mengemas rak buku, aku jumpa buku ni.. misteri btol..

fuhh, ngeri gak bace!
aku suke dengan kekejaman yang ditonjolkan dalam naskhah ni, memang menjadi, sadis, psyco, kejam... nak termuntah pun ade! ngeri kot membayangkan adengan2 die - aku rase tngk cite psyco pn x ar sekejam ni...

cuma, ade sesetengah cerpen x seimbang.. macam ni, untuk beberapa cerpen awal, memang teruja sungguh aku baca! tapi bile tengah2 masuk part sex bnyk tu da trn skit mood die... seb baek da nak ujung tu naek balik mood sadis die!

n, ada gak yg cm berulang2 , kadang aku pn konpius sbb cm teringat lak cerkon creepyposta.. cm berkaitan lak.. silap aku gak, pas bce creepyposta trs ambk buku ni.

overall, not bad ar.. sbb mmg sadis gile n bnyk gak tak terduga dek akal!
Profile Image for Fairuz.
202 reviews
February 23, 2013
Bagai punya kuasa mengawal minda bawah sedar hingga menerobos mimpi-mimpi aku tanpa kenal siang atau malam. Kontrol Histeria ternyata berkeupayaan memanipulasi layar halimunan sepanjang bacaan. Hanyir, loya dan adakalanya seperti katalis bagi suatu kepuasan yang hanya akan mencapai kemuncak apabila kewarasan sudah di takah bosan lalu letih dengan tugas hakikinya. Maka kalau lemah, jangan cuba-cuba menonton imaginasi bukan-bukan yang menjelma di tabir itu. Cuba kontrol histeria dengan jaya.
Profile Image for Asmar Shah.
Author 20 books136 followers
May 31, 2016
2.5* untuk Kontrol Histeria.

Aku dapat buku ini secara percuma sewaktu berada di reruai LejenFixi. Dan aku dapat buku cetakan pertama! Cetakan pertama kot! Zaman-zaman Lejen baru nak up! Tambahan lagi, buku ini ditulis oleh kumpulan penulis yang aku suka (Penulis yang tulis di dalam Batu ketiga Dari Matahari)! Dan aku memang penggemar cerita-cerita thrill dan kejam serta babak-babak gore. *Angkat tangan tinggi ke atas dan goyang badan ke kanan dan kiri*

Tapi...

Bila disajikan dengan kisah-kisah yang terlalu banyak sebegitu rupa, aku jadi bosan dan muak. Kekadang terfikir, apa sebab dia membunuh dan kenapa tidak seperti punyai alasan kukuh dan berasas? Dan sehinggakan aku boleh jadi suka kepada kisah yang kurang kejam di dalam buku ini yang mana aku rasa lebih realistik.

Mungkin cukup sekali saja aku baca buku ini. Kalau nak buat rujukan untuk babak gore untuk hasilkan buku, mungkin bolehlah selak kejap-kejap.

Apa-apa pun, kalau kalian tak biasa baca buku yang kejam, buku ni, tak sesuai kot untuk korang. Hihi.

Tapi kalau nak cuba, sangat-sangat dialu-alukan.

Peace!

Profile Image for Ashraf Rahman.
14 reviews7 followers
February 2, 2012
Himpunan kispen kispen daripada penulis penulis yang power. Konsep sisi hitam manusia yang super rare yang ingin diketengahkan sangat terkesan. Scene cucuk cucuk, darah darah, potong potong, cungkil cungkil, erotik erotik, dan berbagai lagi oleh watak-watak saikopat sangat mengujakan. Sedapnya, sedap.
Profile Image for Sarah Yasmin.
86 reviews31 followers
February 24, 2014
Bestnyaa baca buku ni!

Maybe aku suka sebab ni genre feveret aku. Dari cerita first, sampai la cerita last, aku rasa puas macam seorang saikopat yang baru bunuh2 cincang2 cucuk2 orang. And rasa macam nak lagi je? Haha no offense la.

Setiap kisah yang diceritakan dalam buku ni ada keunikannya tersendiri. Seriously rasa real. So tahniah lah buat semua penulis2 dalam buku ni. Korang ingat senang ke nak tulis moment2 ngeri mcm diorang tulis tu? Idea tu penting.

Akan tetapi, unsur2 keganasan gitu tak perlu dicontohi tanpa sebab musabab. Nama pun cerita je kan? Just jadikan pengajaran saja untuk diri kita dan juga untuk masyarakat.
Profile Image for Azura Abu.
8 reviews
August 19, 2012
dari start baca sampai dah khatam, aku dah mula jadi saikopat. aku dah mula rasa nak membunuh. dan aku juga dah mula muntah hijau. aku syak bila aku teringat kisah-kisah dalam buku nih, aku akan mengalami mimpi ngeri. selain itu, aku nasihatkan, kalau tak kuat iman, jangan baca lebih-lebih lagi time raya. nanti ada yang tak lalu nak makan lemang dan ketupat. oh ya, kepada sesiapa yang nak jadi pembunuh, aku suggestkan sila study buku nih rajin-rajin. ini serius.
Profile Image for hans.
1,161 reviews152 followers
February 14, 2014
Seperti membuat lawatan ke hospital yang dihuni manusia-manusia dengan attitude maha transgresif. Tidak ada yang menakutkan, cuma jijik dan meloyakan.

Sebab ini buku kumpulan cerita jadi saya belek saja mana-mana cerita untuk dibaca dulu. Saya mula dengan Hik Hik Hik, dan saya 'menyesal'.

Huhuhu.
Profile Image for Amal Hamsan.
24 reviews5 followers
February 20, 2012
Ini buku 18PL. Aku suka, tapi kali pertama baca, malam mimpi benda bukanbukan. Dan aku memang halang anak sedara aku yang underage baca. Risau dia pi buat demo pulak. Kikiki

*semua penulis best ya amatttt
Profile Image for AlexiaAqram.
6 reviews30 followers
May 8, 2012
tak beragak jugak aku bagi 5 bintang. tapi apa aku peduli. satu2nya buku aku tak berani nak letak bawah bantal. gila ke apa?
Profile Image for Fadillah.
830 reviews51 followers
October 11, 2022
Dia menangis meraung. Tak sepatah kata keluar daripada mulut. Tak apa mama, sakit sekejap saja. Anis dah mati. Lepas ini mama takkan rasa sakit lagi. Anis tak tendang-tendang lagi perut mama. Oleh kerana jeritan histeria mama, Abah pun terjaga. Dia terkejut apa yang Hamzah buat lalu dia cepat-cepat menangkap tangan Hamzah. Dia tarik pisau itu dan menggenggamnya penuh erat. matanya tak lepas memandang Hamzah. Suara abah terketar-ketar.
"HAMZAH, KAU BUAT APA SETAN?"
Darah akhirnya habis mengalir dan muka mama pucat. Dia pengsan. Abah pula kelihatan kusut dan susut. Abah cepat-cepat telefon ambulans. Dalam 10 minit ambulans akan sampai. Tapi abah tahu, memang takkan sempat. Semuanya dah terlambat. Dan bila polis-polis datang dengan baju biru mereka, mereka bawa Hamzah jumpa doktor sakit jiwa. Mereka kata Hamzah sakit jiwa.
- Hamzah Tak Nak Mama Sakit by Johan Radzi (Kontrol Histeria)
.
.
A twisted tales of murder, revenge, massacre, torture and mutilation. I was not fan of rape which i found quite few in this collection unfortunately. I think i made it clear from my other book reviews. You can write good story without putting rape in it at least from my perspective. Majority of it is very predictable but once in a while there’s some stories that stood out because it was distinctive. The length consistency is quite an issue for me as there are some stories that only have 1 page in total. When you are about to enjoy the writing, suddenly it ended abruptly. Overall, i finished this in one sitting. Will i recommend this? sure if you wanted to try different genre. However, if you love gore and blood, you may not enjoy this much as chances are you may have read these kind of stories elsewhere.
.
.
My Rating : 3/5
Profile Image for Eerashera.
41 reviews20 followers
October 25, 2013
Ngeri gila buku ni. Ada cerpen yang aku tak baca betul-betul sangat. Ngeri. Main hiris-hiris, tetak-tetak bagai. Aku pulak yang rasa ngilu macam badan sendiri yang kena cucuk.

Ada cerpen yang best sangat, sederhana dan agak boring.

Aku ada senarai penulis kegemaran dalam buku ni. Tapi tak perlu nak disebutkan rasanya.

Oh,ya! Paling menggelikan bagi aku bila ada bab kunyah jantung tu. Serius rasa nak muntah!
Profile Image for Kakashi.
3 reviews
December 16, 2011
Aku takkan bagi awek aku baca! Hahahahah!!! Disgusting siut...rosak minda awek aku...
Profile Image for Linda Zizan.
6 reviews8 followers
March 31, 2012
Kadang kadang aku tak sanggup baca, itu yang lambat nak khatam tu. Harharhar
Profile Image for Jaba Idris.
5 reviews
March 1, 2012
setiap cerita baru mcm dah boleh agak...
kbnykn mangsa kne ikat...
but jalan cerita semua not bad...
nice.
Profile Image for Fariza.
15 reviews22 followers
January 3, 2015
buat aku rasa nak kerat kerat orang. serius.
Profile Image for Mohd Erwan Hafizi.
4 reviews
Currently reading
July 21, 2012
HAhaha.

Aku rekemen dekat orang yang pernah baca blog ni, mereka katakan TIDAK MAHU! haha.

Itu je review.
Profile Image for Mus.
6 reviews2 followers
August 11, 2012
ini buku bila gua baca gua rasa macam ada satu aura yang mengelilingi diri gua. aura yang mengajar gua untuk lebih menghargai orang orang disekeliling gua. ok dah ciao
Profile Image for Nazrul Mohd.
191 reviews6 followers
September 14, 2012
buku yang gila. orang gila macam aku saja yang baca buku gila ni. haha.
Profile Image for Faaizz Dzul.
68 reviews15 followers
October 15, 2012
dibaca untuk inspirasi sebelum bermain DOTA, lalu mendapatkan kill paling banyak.
Profile Image for Syazana Tem.
13 reviews4 followers
May 28, 2013
histeria tak histeria jugak lah baca. kalau takat baca pasal darah-potong-potong so whatever tak lah scary mana. tapi kalau depan mata pengsan jugak aku rasa. seriously! Khrlhsym luar alam!
Profile Image for Dan Qirin.
34 reviews
December 10, 2013
Hamzah Tak Nak Mama Sakit.




overall stories. semua menakutkan. sampaikan cerita yang belakang belakang tu buat gua tak de rasa.
Displaying 1 - 30 of 38 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.