Jump to ratings and reviews
Rate this book

Yes, Boss!

Rate this book
Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.
Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?

457 pages, Paperback

First published August 1, 2011

54 people are currently reading
1122 people want to read

About the author

Areila Sahimi

9 books71 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
292 (38%)
4 stars
193 (25%)
3 stars
216 (28%)
2 stars
37 (4%)
1 star
16 (2%)
Displaying 1 - 30 of 37 reviews
Profile Image for Kiki.
59 reviews7 followers
December 19, 2013
Fair warning: I tend to be personal about my review sebab I also post this to my blog HERE . I can’t write my own story but I’m a huge complainer. Also... spoiler alert!

Yes, Boss! -- novel pertama from penulis Areila Sahimi yang I baca (and I think novelnya yang ketiga). Semasa I baca novel ne, I'm actually in the middle of reading 2 other novels. Terasa kuat hati nak baca sebab drama adaptasi novel ne akan start bersiaran in January and pelakonnya Fahrin Ahmad dan Emma Maembong (yang sekarang jadi one of my favorite actress!)

Berkenaan dengan title novel -- walaupun I tak beberapa suka dengan title in English, I think this title is the best one the author can come up with and sangat-sangat relevant sebab dalam novel ne, you will see a lot of "Yes, Boss!"

Pengalaman pertama membaca tulisan Areila Sahimi -- I think penulis bijak menghidupkan suasana dengan penulisannya yang santai, tetapi tetap nampak professional. Penulisan yang terlalu santai selalunya akan buat I meluat, tapi in this novel, I can hadam. Gaya bahasa memang ditahap almost cemerlang, in my opinion. However, I tak suka the fact that one person's dialogue diasingkan kepada dua perenggan, unless panjang sangat hujah dia tu. It made me confuse... I don't know if ini kerja editor or penulis tu sendiri...

I sangat suka pada watak-watak dalam novel ne, particularly Aryana, Mak Ngah & Datin Rokiah. I like their mischievousness nak memadan-madankan Ilham dengan perempuan yang sesuai. I also like the fact that keluarga Ilham menganggap Aryana seperti ahli keluarga mereka, walaupun mereka terlepas pandang untuk memadankan Aryana sendiri untuk dipadankan dengan Ilham.

Really like the interaction between Aryana, Ilham dan Harun. So funny and I really think they have the chemistry as trio.

Jalan cerita yang sangat menarik, cuma... I think, towards the end, penulis seemed to be rushing sebab setiap scene yang ditulis tu nampak somewhat abrupt.

I lebih suka cerita pasangan berkahwin di awal atau pertengahan cerita, tapi I can really absorb this novel. So I think people might like this. One of my recommend novels... :)


Sinopsis novel:

Tak sesuai bekerja di Pizza Hut, Aryana masuk McDonald’s. Tak sesuai di McDonald’s dia pergi pulak ke Jaya Jusco. Sudahnya setiap tempat tu pun paling-paling lama pengalaman yang berjaya dikutip adalah selama dua bulan sahaja. Bukannya dia koman sangat. Lulusan universiti tu… tetapi nasib tidak menyebelahinya terutama sekali ketika sesi temu duga pegawai kerajaan.

Berkat ‘kabel’ mak ngahnya di Wisma Alam, Aryana akhirnya berjaya menjawat jawatan setiausaha di situ. Sangkanya dia bekerja dengan Datuk Maarof, rupa-rupanya dia adalah setiausaha kepada Ilham Irfan, anak Datuk Maarof. Pulak tu, Ilham merupakan kasanova yang punya ‘stok’ edisi model keliling pinggang.

Selain menjalankan tugas rasmi seorang setiausaha, Aryana juga dikehendaki menjalankan tugas ‘tak rasmi’ seorang setiausaha. Kena cover line untuk bosnya setiap kali bosnya mengular, juga ketika teman-teman wanita bosnya merajuk, perlu dipujuk dan sebagainya. Setiap arahan bosnya wajib dijawab dengan:- Yes, boss! Pening kepala Aryana meladeni setiap kerenah bosnya itu. Tetapi, boleh pula Aryana bertahan dengan sikap bosnya itu, hinggakan mereka semakin rapat.

Hati dan perasaan… siapalah yang dapat mengawalnya…. Dalam diam, Aryana telah jatuh hati dengan bosnya tetapi dipendamkan sahaja. Dia sendirian makan hati dengan sikap hidung belang bosnya itu.

Dan bila Aryana tiada di sisi, Ilham mula terasa kehilangan. Tatkala dia sedar bahawa dia memerlukan Aryana lebih daripada seorang bos memerlukan setiausaha, dia terpaksa pula berdepan dengan mantan mat rempit di kampung Aryana yang kini sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli.

Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka dengan sikapnya yang hidung belang itu? Bagaimana pula dengan Aryana? Siapakah yang menjadi pilihan hatinya? Bosnya ataupun mat rempit otai yang telah berubah menjadi ikon belia berjaya di kampungnya itu?
Profile Image for kuzzeen.
386 reviews105 followers
March 5, 2014
Tergerak nak membaca bila terpandang muka Fahrin Ahmad untuk versi drama. Rasanya dah lama si FA tu x memegang apa2 watak utama selepas kebanjiran pelakon baru.

Ini cetakan ke-23. Hebat kan! Dan setelah menghadamnya, aku mengangguk setuju kenapa cetakannya dah sebanyak itu. Ini kisah santai, romantik komedi tanpa apa-apa konflik yang memberatkan kepala. Apapun, masih bersetuju dengan review sesetengah sahabat; plot penculikan Yana dan Am juga kes kematian Mellina agak keterlaluan untuk karya seringan ini. Dan ia agak mengganggu ke-smooth-an naskah sebenarnya.

Rasanya penulis ini memang kaki program TV (aku x sedar pun si Jamie Shanley terlibat ngan AF!). Namun pendekatan berbentuk sebegini semestinya dapat 'menangkap' pembaca daripada kalangan remaja.

(for me)... kelemahan utama yang perlu diperbaiki adalah ayat melalut/melebih/x relevan di penghujung perenggan. Isu yang sinonim dengan naskah komedi. Mungkin penambahan ayat-ayat begini adalah untuk menegaskan lagi elemen komedi yang dipilih. Tapi, bak kata cikgu sasteraku "penulis punya lesen untuk menunjukkan kreativiti dalam penulisannya, tapi penulis perlu bijak untuk menggariskan sempadannya."
Profile Image for lucie parenkyuma.
120 reviews6 followers
July 26, 2012
....
I don't know why did I read this book.. oh yeah, because a friend recommended it to me and said, 'You won't regret it!!!!It's the best book ehverrrr' *Insert rage face here*

Oh well, I did spend hours reading it, so why don't I spent another 30 minutes raving on why the 2 stars rating.

Profile Image for Azizah.
386 reviews6 followers
September 14, 2013
Kak Chik menukil:

Hubungan antara pembantu peribadi dan bos antara mereka awalnya penuh dengan bicara kasar dan jelingan tajam kerana Ilham tidak pernah tersangka abahnya akan memilih budak kampung yang memang bukan tastenya. Bukannya abah tidak tahu yang dia mahukan pembantu peribadi yang vogue dan up to date tetapi kenapa budak yang bertudung itu yang dipilih abah?

Aryana yang naïf selalu dijadikan mangsa oleh Ilham sama ada untuk mengendalikan temujanji dengan teman wanita bosnya yang berderet atau pun berdepan dengan segala tindakan dan desakan Datin Rokiah Kamsan yang mahu Ilham menamatkan zaman bujang. Aryana yang terlalu lurus bendul itu mengikut sahaja segala suruhan Ilham walaupun tidak termaktub dalam skop kerjanya.

Tatkala Ilham sudah terikat dengan Mellina, tahap kesabaran Aryana terletus jua. Aryana terlalu kecewa dan sedih apabila Ilham secara terang tidak mempercayainya sedangkan Mellina, tunangan Ilham itu mempunyai agenda yang tersembunyi.

Apakah ada jodoh antara mereka apabila Aryana mengambil keputusan untuk melepaskan jawatan dan kembali ke kampung? Mampukah Udin, lelaki yang berjaya kerana cabaran Aryana itu menakluk hati Aryana? Tidak terkesankan kehidupan Ilham selepas ketiadaan Aryana di depan mata?


Sudut pandang KakChik:

Kak Chik suka dengan karya penulis ini kerana walaupun tema komedi romantic tetapi jenaka atau lawak yang ditonjolkan masih lagi boleh diterima dan tidak keterlaluan. Selain itu satu isu yang dijelmakan iaitu isu berkahwin semasa belajar (Sakinah – adik Aryana) boleh dijadikan iktibar untuk mengelakkan masalah remaja yang berlaku pada masa kini, namun secara terperinci Sakinah beruntung kerana berkahwin dengan lelaki dari keluarga berada dan sudah stabil dari segi kerjaya.

Sikap tolak ansur dalam keluarga Aryana juga merupakan satu eleman yang menjadikan karya ini nampak suci. Namun begitu watak Ilham terlalu ditonjolkan sebagai kasanova sehingga tidak terserlah langsung bakat kepimpinan sebagai ketua.

Kak Chik suka gaya bahasa yang digunakan penulis kerana ia segar dan mudah dihadam.

Bagi peminat novel yang sukakan komedi romantik sebegini memang tidak rugi untuk membeli naskhah ini.

LiFe iS a LoNG JouRNeY
-Kak Chik-
Profile Image for Mai.
312 reviews62 followers
August 14, 2014
2.5*
Kisah yang menarik sebenarnya,tapi tak tahu lah apa yg menyekat diri dari nak bagi 3*.
Mungkin kisah begini gagal menarik hati sendiri yg selalu gagal melayan drama komedi romatik sampai kehujung cerita,kisah yang santai lucu dan sangat klakar boleh buat kita ketawa terbahak-bahak sikit lagi nak gelak guling2.

Tak sabar Juga nak tunggu versi drama novel ini lagi-lagi Fahrin Ahmad tp okey ke Fahrin berlakon jadi cam gitu ermmm tunggu dan lihat je lah :D
Profile Image for Emiko Salim.
100 reviews7 followers
September 6, 2011
ayat2 diakui kelakar tak hengat, tapi pembinaan watak kureng dan jalan cerita macam melompat2. saya faham memang agak sukar nak menulis dari point of view 1st person...kire ade improvement lah daripada baju pengantin mak andam dulu. tapi bagi saya tak berbaloi pun nak baca lebih dari sekali ^^.

in a nutshell: boleh baca kalau nak something light untuk buat gelak-gelak / sengih-sengih.
Profile Image for Cik Pah.
290 reviews102 followers
May 17, 2013
Cerita yang santai disulam kelakar. Bila sampai part Aryana diperkenalkan pada Ilham, terus Cik Pah teringat yang sebenarnya Cik Pah dah baca cerita ni tahun lepas. So terpaksa tutup buku. Tamat.
Profile Image for Iqa.
144 reviews4 followers
December 16, 2022
It’s a great book. Although 90% of it’s filled with the guy’s interaction with other women. You’ll only get what you signed up for towards the end. Wish they’d elaborate less on that and more on Yana and Ilham. Wish Ilham would realize it sooner and grovel more after not believing in Yana.
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
July 22, 2012
Hamba akhirnya faham kenapa novel ini boleh diulang cetak sampai berbelas kali (salinan yang hamba miliki ialah cetakan ke-13). "Yes, Boss!" hamba kira sebuah pengalaman membaca yang menyeronokkan kerana Areila Sahimi sudah sememangnya arif tentang novel bergenre komedi romantik begini.

Sesuatu tentang Areila Sahimi yang hamba suka ialah cerita yang ditintakannya adalah santai dan sempoi untuk bacaan ringan tetapi kita tetap berpuas hati setelah mendarat di muka surat akhir. Kita tidak akan dibawa untuk berfikir tentang apa-apa isu berat dengan sangat jauh tetapi kita masih boleh menyimpan bukunya di rak dengan senyuman di bibir. :-D

Dan sejujurnya, hamba menyukai Yes, Boss! lebih sedikit dari Baju Pengantin Mak Andam (yang hamba fikir agak mendatar) dan 2 X 5 (yang hamba kira agak klise). Novel ini pun sebenarnya sedikit klise di sini sana (hero yang kacak bergaya + buaya + kaya = klise) tetapi penulis berjaya membuat hamba gembira sekadar membaca ceritanya yang tidak mendatar dan tidak membosankan.

Cuma satu tentang Yes, Boss! yang hamba rasakan seperti tidak perlu dimuatkan pun dalam novel ini iaitu babak penculikan Aryana dan Ilham. Hamba tidak merasakan babak itu relevan untuk dijadikan titik peralihan hubungan Aryana dan Ilham tapi tentunya ini pendapat hamba sahaja. Penulis kan punya lesen besar untuk memandu cerita mereka ke mana saja yang mereka mahu (^_^).


p.s Hamba tersedak air liur ketika membaca nama satu watak dalam Yes, Boss! - Jejai. Dan, hamba kemudian tergelak sendiri-sendiri di tengah malam kerananya. Huhuhu.
Profile Image for Pips.
220 reviews30 followers
May 13, 2016
Aryana jatuh cinta dengan bos beliau, Ilham. Malang sekali apabila Aryana terpaksa melayan karenah makwe- makwe Ilham, si buaya darat.

Apa yang Ilham suruh Aryana tak akan bantah. Ayat 'Yes, boss!' seringkali keluar.

Bila Aryana tiada di sisi akibat merajuk dengan perbuatan Ilham, barulah terasa kehilangannya. Ilham sanggup ke kampung Aryana untuk memujuk beliau untuk bekerja kembali sebagai setiausaha. Bila Ilham tersedar yang dia perlukan Aryana bukan sahaja sebagai setiausaha, tetapi lebih daripada itu, muncul pula halangan dari tauke ikan keli dari kampung Aryana.
Profile Image for Intan  Musa.
593 reviews73 followers
April 8, 2012
Menghiburkan! Aryana dan Ilham. Aryana tidak berkenan dengan sifat Ilham yang casanova. Tapi lama-kelamaan dia mula mengenali sifat Ilham yang bertanggungjawab. Dia mula menaruh harapan, tapi Ilham mula jatuh cinta pada wanita lain. Setelah mengetahui bahawa itu semua adalah rancangan untuk menjatuhkan syarikatnya, Ilham mula menyedari Aryana adalah cinta sejatinya. Tapi mereka mesti melalui dugaan sebelum mereka bersatu.
Profile Image for Mslvoe.
2,060 reviews200 followers
October 17, 2012
Jalan cerita yang santai, pendek kata light read. Sweet and funny, boleh mengundang gelak sorang² dan tersengih.

Cuma bab kidnap, tak perlu pun ada sebab takde kepentingan pun. Thumb up to Areila sebab berjaya buat sha tersenyum.
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
February 6, 2012
Aryana & Ilham

Sesuai dijadikan bacaan santai.
Profile Image for azian2575.
326 reviews12 followers
October 23, 2011
Yana & Ilham 'Boss' Irfan

Sib baik la boss aku tak suh buat bende ngarut camtu!! ;)
Profile Image for Aliza Ali.
8 reviews
August 27, 2018
cerita yg santai...lawak menghiburkan..suka watak harun. yes tipikal kalau setiausaha dan boss pasti akan ada "sesuatu". apepun suka nama watak2 dalam cerita ni. tak teebelit lidah nak baca dan bukan nama yg dewa kayangan... rekomen untuk dibaca novel ini...
Profile Image for Gobokairina.
576 reviews20 followers
May 28, 2012
Novel yang ada di tangan aku ini merupakan cetakan yang kedua belas. Wah! Dahsyat sungguh penangan cik penulis comel-molek dari Perak ni. Tahniah ;)

Masih mengekalkan genre romantik komedi yang aku kira satu kelebihan buat penulis. Mana taknya garapan novel bergenre sebegini mampu membuai pembaca yang gemarkan gaya penulisan yang santai terutamanya kisah cinta tanpa dialog yang terlalu berbunga-bunga. Dengan gayanya yang tersendiri iaitu ringkas dan segar, Areila Sahimi berjaya menghiburkan kelompok pembaca muda belasan tahun dan 20an [termasuk aku la tu kih5].

Aryana menjadi setiausaha atas desakan ibu saudaranya yang tidak mahu dia terus menganggur. Dia ‘bertemu’ Ilham, majikan yang pada mulanya tak begitu berkenan dengan pilihan ayahnya. Ilham mahukan secretary yang stok edisi model terhad, tetapi dapat pula si gadis ayu berbaju kurung. Pada mulanya Ilham layan tak layan je dengan Aryana tetapi lama-kelamaan dia suka pula dengan Aryana kerana setiausahanya tu ‘rajin’ cover line setiap kali dia mengular. Tak terkecuali Aryana pandai melayan dan memujuk teman-teman wanitanya yang di keliling pinggang tu.

Namun dalam diam, hati Aryana terpaut dengan bosnya sendiri. Perasaannya kacau-bilau bila Ilham mahu bertunang dengan Mellina. Aryana makin tak senang duduk bila mengetahui yang Mellina sebenarnya berkomplot dengan Jefri untuk menghancurkan syarikat Ilham. Bila saja Aryana menyatakan hal sebenar, Ilham berang. Dia menyalahkan Aryana yang mencemburui hubungannya dengan Mellina.

Sakit hati, Aryana memecat dirinya sendiri. Merajuk dan menghilangkan diri di kampung. Ilham mula rasa kehilangan. Dia kini sedar yang dia lebih memerlukan Aryana daripada Mellina. Namun Ilham perlu bersaing dengan Udin, bekas mat rempit di kampung Aryana yang sudah bertukar menjadi tauke bengkel dan kolam ikan keli. Berjayakah Ilham menambat hati Aryana yang sedia terluka itu? Hanya novel ini ada jawapannya.

Novel ini disampaikan dengan mudah. Cuma kehadiran Udin yang muncul secara tiba-tiba untuk menagih cinta Aryana tak begitu mengesankan. Wataknya seperti sengaja dicipta untuk memenuhi storyline. Sekali gus mencetuskan unsur antiklimaks kerana kita sudah boleh mengagak penamatnya. Betul tak?

Tahniah sekali lagi kerana tersenarai dalam kelompok 20 calon akhir bagi Anugerah Pilihan Pembaca Popular-Berita Harian [karya Bahasa Melayu laris sepanjang 2011]. Ha, para peminat bolehlah membuat undian bermula 1 Jun – 1 Julai 2012 :)
Profile Image for Farhana.
18 reviews4 followers
February 28, 2013
baru je selesai baca buku ni...IMO, chemistry antara Aryana & Ilham kureng sket (kurang feeling nya)...

Gurauan Ilham pada Yana gak agak kasar & melampau..Yana plak cam lembik sangat, ikut je rentak bos dia...

tapi tak dinafikan bahasa yang digunakan sempoi & boleh mengundang ketawa..tak boleh blah ada dialog Mak Cik Mary & dari cerita Dottie...hahaha
Profile Image for Ummu.
194 reviews25 followers
March 20, 2019
Penulisan yang santai. Jalan cerita yang tidak terlalu berat. Best!
Ini yang telah berjaya membuatkan saya menyelak helaian demi helaian mukasurat buku ini. Tak kering gusi baca! Apatah lagi saya dah tonton drama yang diadaptasikan dari novel ni.

Ilham Irfan dan Aryana memang kelakarlah! Abang Harun, lagilah kelakar~
Lepas ni, boleh layan Yes Ma'am! pula.
Profile Image for Suhailah Iskandar.
347 reviews16 followers
October 15, 2014
"Yes Boss!" Jawapan universal si Aryana pada Ilham.
Menyampah dengan watak Melina tapi happy gak bila in the end boss nak Aryana tapi paling bagi aku Mak Su is the funny bones to this book.. Tak lup abg driver tu.. aper eh nama dia??
Profile Image for Midori.
12 reviews
Read
February 6, 2012
Slow gila jln cerita. Nyesal beli.T_T. Tak seperti yang diharapkan.
Profile Image for Azu Harun.
6 reviews17 followers
April 9, 2015
Cinta itu pelik dan buta... Tidak kira siapa mahupun pangkat dan darjat... Kalau dah suka, boss sendiri pon boleh jatuh cinta ❤️
Displaying 1 - 30 of 37 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.