Goodreads helps you keep track of books you want to read.
Start by marking “Tentang” as Want to Read:
Tentang
Enlarge cover
Rate this book
Clear rating
Open Preview

Tentang

by
4.14  ·  Rating details ·  86 Ratings  ·  19 Reviews
Koleksi 50 esei dan tulisan terbaik dan terpilih yang pernah terbit di dalam blognya selama lebih satu dekad.

Diselenggarakan oleh Sinaganaga
Paperback, 200 pages
Published 2011 by Sindiket Sol-jah
More Details... edit details

Friend Reviews

To see what your friends thought of this book, please sign up.

Reader Q&A

To ask other readers questions about Tentang, please sign up.

Be the first to ask a question about Tentang

This book is not yet featured on Listopia. Add this book to your favorite list »

Community Reviews

(showing 1-30)
Rating details
Sort: Default
|
Filter
Nabilah Firdaus
Aug 29, 2017 rated it really liked it
Tentang merupakan kompilasi entri tentang bermacam-macam hal. Dari tentang perasaan, tentang cinta, hal-hal bersunat, hal-hal miskin kaya, tentang tragedi ketupat, hal-hal mencopet, oh ada juga tentang Oedipus! (teringat Kafka on The Shore tulisan Murakami).

Yang engkau tidak sedar: yang membentuk dunia adalah sengsara, bukan kekayaan. Maka, tidak usahlah terlalu membangga diri dan membanding hidup dengan orang orang miskin. Kononnya engkau lebih berjaya. Tidak ada maknanya. Tangan tangan mereka
...more
Mobyskine
Jun 26, 2011 rated it it was amazing
Shelves: favorites
Tulisan Saharil memang ada magis. Aku suka hampir kesemua cerpen-cerpen mininya ini kerana hampir kesemua buat otak aku berfikir dan termenung. Baca 'Tentang Perogol Ayam' buat aku gelak. Baca 'Tentang Ketupat Ajaib London' buat aku tersentuh dengan orang yang tak dapat balik beraya di Malaysia. Baca 'Tentang Analogi Nangka' buat aku baru tahu ada rupanya perkataan 'jerembab'.

Mungkin betul agaknya kata Fadli Al-Akiti - menelan setiap bait ayat tulisan Saharil seperti memakan buah yang paling ma
...more
Ramzah Dambul
Dec 03, 2014 rated it it was amazing
Semua perasaan yang boleh ditemui di mukabumi boleh dikecap semasa membaca buku ini: benci, suka, girang, sedih, berang, teruja, terkesima, tersentuh, sentap dan marah. Saya suka gaya penulisan Saharil yang "dry" dan bersahaja. Ini membuatkan perasaan ketika membaca buku ini begitu natural dan organik.
Luc Abdullah
Nov 17, 2011 added it
Shelves: fiction, malay
Sesuatu yang berkaitan Tentang dan Kentang yang aku baru 'scroll' tadi.

1. http://saharil.com/?e=1202_simbolismekt
2. http://saharil.com/default.asp?e=1203...

Apa yang buat aku berminat dengan karya Saharil adalah penggunaan simbolisme yang digunakan dalam kedua-dua buku kembarnya.
Muna Zaen
May 10, 2017 rated it really liked it
Buku ini ada 3 beradik, tapi aku cuma beli satu ini sahaja dahulu, cuba-cuba. Ternyata, ia menarik sekali, ada yang membuatkan aku sedih, ketawa terbahak-bahak, tersengih-sengih, terasa nak menyumpah penulis (sumpahan yang baik sahaja) dan pelbagai rasa lagi. Yang sedih tu, siap rasa sebak dan bergenang air mata lagi. Aku sukakan penyampaiannya yang bersahaja. Kalau macam ni, bolehlah aku baca yang 2 beradik lagi tu.
lara_nur
Jul 22, 2011 rated it really liked it
Shelves: malay, malay-author, blook
Pertama kali Lara baca tentang Saharil Hasrin Sanin adalah menerusi buku Tentang nya. Tidak pasti mengapa Lara boleh jadi sedemikian "arrogant", mungkin kerana kurang pendedahan, belum sampai jodoh atau entah apa lagi takdir tuhan, kerana Lara tidak pernah walau sekali pun terbaca atau terdengar tentang beliau sehinggalah pihak Sol-jahmenerbitkan buku ini. Berkebetulan pula Lara hadir di Maskara 28 di Rumah Pena, yang ada menjualnya.

Ada satu perasaan yang hadir tatkala selesai membacanya adalah
...more
Nisah Haron
Jun 30, 2011 rated it really liked it
Shelves: blook
Ini sebuah buku yang menghimpunkan entri-entri Saharil dari blognya. Saharil memang penulis sastera kreatif, jadi dari aspek bahasa, jauh berbeza dengan blogger yang tidak menjaga bahasa. Saya memang menyenangi cerpen-cerpen Saharil sejak pertama kali bertemu dengannya sewaktu kami sama-sama menang Hadiah Sastera Siswa-Bank Rakyat 1991.

Buku ini santai dan senang dibaca seperti mana kita selalunya dapat membaca entri dengan pantas. Entri yang pendek, menggugah minda (thought-provoking) dan ada b
...more
Ira Nadhirah
Jul 31, 2016 rated it really liked it
Permulaan buku ini yang dimulakan dengan Tentang Radhi dan tentang kematian seorang sahabat mengingatkan aku pada buku Holokos oleh Ridhwan Saidi. Dalam buku tu introduction nya dimulakan dengan sajak seorang sahabat kepada sahabat yang lain yang telah meninggal dunia. Again, aku terasa u got me at hello kinda thing.

Mungkin sebab aku tengah malas dan bergegas (dan curi masa) membaca so aku rasa entri-entri travelog agak lengthy dan tidak menarik minat.

Aku paling suka Tentang Jatuh sebab aku su
...more
Lina Kama
Jun 16, 2011 rated it really liked it
Saya hampir memberi 5 bintang sebenarnya. Tapi, terlalu banyak entri yang berlapis, menyukarkan saya membuat penilaian. Saharil, mampu meletakkan bom ke dalam hati kamu, berdetik detik bunyinya ketika ketika membaca setiap entri, kemudian bila habis setiap entri, bom itu akan meletup. Kamu terpinga2! Jantung kamu meletup, bertaburan.
Jerry Ghazali
Sep 24, 2012 rated it it was ok
Sisi positifnya buku ini adalah ia bersifat informatif. Negatifnya pula, blog yang dibukukan bagi aku intipatinya biasanya akan cenderung untuk kelihatan melewa walau ilustrasi buku ini nyatanya melawa. Ini membikin aku tak akan memilih untuk membaca blook lagi pada waktu akan datang. Nyata ianya bukan benda aku, dan ini pengalaman pertama aku membaca sebuah blook.
Fazrol Bin Che Isa
Jul 24, 2011 rated it really liked it
Shelves: fiksyen
Membaca tentang adalah lebih santai berbanding menjamah kentang. awalau apa pun korang fikir, sekali baca buku ini, aku rasa tiada kepuasan. so aku kena baca ulang kali.

Ini buku terbaik bagi mereka yang minat seni.

Gaya bahasa yang sangat ringkas tetapi memerlukan penafsiran yang sungguh panjang.

Jadi, jangan terlalu cepat untuk menilai satu2 cerita itu.

mesti baca!
Rebecca
May 17, 2011 rated it really liked it
Tak dapat 5 bintang sebab kesalahan ejaan dan duduk letak kata sendi "di" yang bersepah-sepah ;)
Badrulhadza
Jan 27, 2015 rated it it was amazing
50 cerpen mini dihidangkan penuh warna-warni untuk anda hadamkan. Ramuan dan rencahnya yang pelbagai memberikan keterujaan untuk membacanya. Segalanya tentang tentang...
Ainun Nazrin
4.5 bintang-bintang berkelipan di angkasa. Ewah!
Aly
May 25, 2011 rated it it was amazing
Shelves: read-2011
Sarat dengan cerita. Best!
Shahkang
Sep 15, 2013 rated it it was amazing
Saharil tak mengecewakan dengan cerita-cerita sengal yang membuka minda.
Mohd Hazwan
Sep 07, 2012 rated it really liked it
Power!!! lukisan penuh mesej tersirat yang kadang-kadang aku pun tak paham
Kematz
Jul 02, 2011 rated it it was ok
ok lahh ... 2.5 from me ..
Wanny Syazzo
rated it really liked it
May 21, 2017
Fadhlina 'Afifah
rated it it was amazing
May 11, 2014
Fairuz
rated it really liked it
Dec 23, 2012
Izzat Ismat
rated it liked it
Mar 23, 2013
Hazz
rated it really liked it
Jan 12, 2012
Mohd Yazid Husain
rated it it was amazing
Jun 29, 2011
Nurul Syahida
rated it really liked it
Dec 31, 2013
Nurameir Dzakareea
rated it liked it
Aug 09, 2012
Mohamed Yosri
rated it liked it
Dec 11, 2014
Ahmad Faiz
rated it liked it
May 11, 2012
Ketam Batu
rated it liked it
Jul 04, 2011
« previous 1 3 next »
There are no discussion topics on this book yet. Be the first to start one »
1004849
SAHARIL HASRIN SANIN ialah seorang penulis, ilustrator, dan visual artist berasal dari Pontian, Johor, dan kini bergiat di Kuala Lumpur, Malaysia. Sepanjang kariernya, beliau telah dianugerahkan Selangor Young Talents Awards, Hadiah Sastera Darul Ta’zim Johor, Hadiah Sastera Berunsur Islam, serta lain-lain pengiktirafan. Biodata: http://bit.ly/biodata-saharil
More about Saharil Hasrin Sanin...

No trivia or quizzes yet. Add some now »