Jump to ratings and reviews
Rate this book

Turunnya Sebuah Bendera

Rate this book
Angin tanahair yang baik budi memberikan nafas kepada segala mereka yang berada di buminya selama ini meniup-niup bendera itu. Maka getaran bendera itu semakin meluapkan semangat pemuda-pemuda yang ada di situ. Teriakan berulang lagi: "Turunkan bendera penjajah! Turunkan bendera penjajah! Turunkan! Turunkan!! Turunkan!!!"

148 pages, Hardcover

First published January 1, 2007

Loading...
Loading...

About the author

Usman Awang

50 books104 followers
Dato' Usman Awang (12 Julai 1929 - 29 November 2001) adalah seorang Sasterawan Negara Malaysia yang dikurniakan gelaran tersebut pada tahun 1983. Terkenal dengan nama penanya Tongkat Warrant, beliau adalah seorang penyair dan ahli drama yang prolifik ketika hayatnya. Usman Awang juga dikenali dengan nama Adi Jaya, Amir, Atma Jiwa, Manis, Pengarang Muda, Rose Murni, Setiabudi, U.A., Zaini dan mungkin lain-lain. Dalam tahun 1991, beliau telah di anugerahi Darjah Kebesaran Dato’ Paduka oleh Sultan Perak Darul Ridzuan yang membawa gelaran Dato’.

Pada tanggal 29 November 2001, pada bulan Ramadhan, beliau meninggal dunia setelah lama menghidap penyakit jantung. Beliau ketika itu berusia 72 tahun.


Usman lahir di Kampung Tanjung Lembu, Kuala Sedili, Kota Tinggi, Johor, pada 12 Julai 1929. Beliau diberi nama Wan Osman Wan Awang tetapi menukar namanya ke Usman Awang. Ibunya bernama Halimah, telah meninggal dunia sewaktu beliau kecil lagi. Ayahnya seorang nelayan yang mencari& menjual rotan pada waktu musim tengkujuh.Usman melalui alam kemiskinan semasa alam kanak-kanaknya yang menyebabkan beliau hanya mampu belajar setakat darjah enam sahaja.

Pendidikan yang diterima oleh Usman Awang hanyalah setakat Darjah 6 Sekolah Melayu sahaja. Kemiskinan tidak membenarkannya mengecap kejayaan dengan lebih jauh dalam bidang pendidikan walaupun dia sangat gemar membaca dari kecil lagi. Bersekolah di Kuala Sedili (1936), Mersing (1937) dan Bandar Maharani (1940) hingga lulus Darjah 6.

Ketika Jepun menjajah Malaya bermula pada tahun 1942, Usman Awang adalah seorang anak tani di Segamat. Tidak lama kemudian beliau menjadi buruh paksa Jepun selama 6 bulan di Singapura. Beliau berjaya melepaskan diri dan pulang ke Segamat. Usman Awang pernah menjadi ‘budak pejabat’ di Pejabat Taliair Segamat. Kemudian beliau memasuki Botai iaitu pasukan polis Jepun, tetapi selepas beberapa minggu menjalani latihan, pihak Jepun menyerah kalah.

Usman Awang menjadi anggota polis bila Inggeris kembali memerintah semula pada tahun 1946. Beliau menjalani latihan di Johor Bahru sebelum menjalankan tugasnya di Melaka. Pada tahun 1951, beliau berhenti dan berhijrah ke Singapura dan bekerja sebagai pembaca pruf dengan Melayu Raya selama enam bulan, kemudian menjadi pemberita. Sesudah itu bekerja di Mingguan Melayu sebagai sidang pengarang.

Pada tahun 1952, Usman Awang mendapat tawaran bekerja di Utusan Melayu sebagai sidang pengarang akhbar Utusan Kanak-Kanak. Beliau diangkat menjadi pengarang Utusan Zaman dan majalah Mastika selepas itu. Pada tahun Malaya mencapai kemerdekaan, Utusan Melayu berpindah ke Kuala Lumpur. Usman Awang turut serta berhijrah dengan memegang jawatan yang sama. Dalam tahun 1961, beliau terlibat dalam peristiwa pemogokan Utusan Melayu. Akibatnya beliau berhenti dan menganggur seketika.

Pada tahun 1962,Usman Awang bekerja di Penerbitan Federal selama lapan bulan. Kemudian beliau berkhidmat sebagai sidang pengarang di Dewan Bahasa dan Pustaka. Jawatan pertamanya adalah sebagai sidang pengarang untuk majalah Dewan Bahasa. Kemudian beliau menjadi pengarang untuk majalah Dewan Masyarakat, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Jawatan yang disandang beliau ketika itu ialah Pegawai Penyelidik Kanan. Usman kemudian di tukarkan ke Bahagian Pembinaan dan Pengembangan Sastera. Mulai Mei 1982 beliau menjadi ketua bahagian ini sehingga bersara pada bulan Julai 1985.

Selepas bersara dari Dewan Bahasa Dan Pustaka, Usman Awang bergiat cergas dalam beberapa pertubuhan masyarakat. Antaranya ialah Persatuan Persahabatan Malaysia-Cina. Sementara itu dalam tahun 1991, beliau di lantik sebagai Ahli Jemaah Kolej Selatan. Perlantikan ini di sifatkan oleh beliau sebagai pemangkin ke arah meningkatkan hubungan antara kaum dalam proses pembentukan satu bangsa Malaysia. Jawatan ini di pegang hingga tahun 2001. Selain itu beliau dilantik sebagai Penasihat Sastera Maybank mulai 1991 hingga 2001.

(sumber: wikipedia)

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
34 (51%)
4 stars
22 (33%)
3 stars
8 (12%)
2 stars
0 (0%)
1 star
2 (3%)
Displaying 1 - 11 of 11 reviews
Profile Image for Anis Rejab.
56 reviews4 followers
January 9, 2017
usman awang tidak pernah gagal dalam membawa cerita rakyat yang tertindas.turunnya sebuah bendera sebuah koleksi karya cerpen bersifat patriotik serta penentangan terhadap penindasan dalam apa bentuk apa sekali pun sama ada oleh penjajah atau golongan atas dalam masyarakat.
bagi aku buku ini perlu dibaca oleh semua golongan yang ingin merasa pedihnya tahun tahun merdeka.aku juga rasa perlunya ahli politik membaca buku ini supaya mereka faham apa itu kesusahan rakyat tertindas.
-AM-
Profile Image for Eisya.
66 reviews5 followers
June 19, 2022
Ini pertama kali saya membaca cerita karangan Usman Awang- ternyata, sungguh mengasyikkan! Beliau yang masyhur di kalangan pelajar sekolah dengan sajaknya, 'Guru Oh Guru', rupanya rancak juga di pentas novel dan cerpen.

Buku ini merupakan antologi cerpen Usman Awang yang bergenre sejarah. Tepatnya, memaparkan sisi kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sewaktu zaman darurat. Kekejaman, ketidakadilan, revolusi, cinta, rindu. Undang-Undang Darurat yang hendaknya membasmi komunis, namun menambahkan lagi sengsara rakyat marhaen.

Kesemua cerpen mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Yang paling mengesankan saya ialah cerpen 'Kami Yang Terlibat' yang menyorot perasaan askar-askar yang berjaga. Mereka yang terdiri dari pelbagai lapisan umur mempunyai hasrat yang tersendiri- yang akhirnya terkubur, tiada daya untuk memenuhi.

Antara petikan yang menyayat hati:
"Dalam waktu yang genting itu tidak ada yang kami ingat; tidak tergambar wajah ibu, abang, adik, dan kakak. Tidak juga terbayang batu nisan atau jenazah kami sedang diusung dengan kebesaran, dialu-alukan dengan tembakan beberapa das. Kami hanya menembak, mengisi peluru, menembak, mengisi peluru, dan menembak terus-menerus. Peluru-peluru terbang silang-siur dengan senangnya menembusi daun-daun kayu, membelah dahan-dahan atau membenamkan dirinya ke tanah. Tidak ada rasa takut pada hati kami."

Buku ini sangat relevan bagi melihat sisi kehidupan pejuang kemerdekaan dengan lebih dekat. Tambah-tambah lagi isinya merupakan saduran pengalaman Usman Awang sendiri bersama pasukan 'Jungle Squad' dalam misi menghapus komunis Malaya.

Agak sukar untuk mendapatkan buku ini kerana kebanyakan di kedai sudah kehabisan stok. Mungkin ada jika digali dalam-dalam. Mahu yang mudah, seperti saya, pinjam di perpustakaan.
Profile Image for Aradweb Aradweb Adil.
76 reviews1 follower
January 30, 2011
Tak kurang banyaknya kisah-kisah pra merdeka yang telah dibaca, didengari malah di tonton. Namun membaca antologi cerpen yang dikarang oleh Usman Awang di dalam Turunnya Sebuah Bendera ini amat mengesankan. Bukan sebab kisah menuntut kemerdekaan itu tetapi kisah di balik tabir kehidupan dan perasaan mereka yang terlibat di dalam era tersebut. Dari mereka yang berada di barisan hadapan membawa kepada petani-petani yang diperas keringat mereka oleh penjajah.

Petikan yang menarik dari cerpen bertajuk 'Menentang':-

"Hari ini banyak yang mengaku pemimpin bangsa hanya pandai memerintah orang kampung bercucuk tanam, meluaskan sawah bendang,menghantar anak-anak ke sekolah, menangkap ikan, berniaga dan lain-lain, sedangkan mereka belum pernah datang ke kampung melihat bagaimana penderitaan penduduk yang diperintahkan itu dalam sengsara -sengsara yang puncanya dari pemerasan secara halus dan samar-samar dari kaum-kaum pemodal."

Yang pastinya ianya tidak akan dijadikan bahan utama dalam kisah-kisah pra-merdeka oleh aparat-aparat berkuasa. Malah semua kisah dalam cerpen ini masih lagi relevan dan dialami pada anak-anak pasca merdeka.
Profile Image for Nuruddin Azri.
419 reviews180 followers
July 28, 2019
Buku Usman Awang agak sukar untuk didapati walaupun kita berulang kali membaca bait-bait puisi Usman Awang bertajuk Melayu yang sarat dengan mesej berkualiti dan satira menjejak bumi.

Buku ini merupakan usaha penerbit untuk menghimpunkan artikel yang ditulis oleh Usman Awang dan fokusnya dihalakan kepada detik-detik tanah air ingin mencapai kemerdekaan.

Di sinilah pembaca dapat melihat bagaimana rakyat ditindas hidupnya ditambah pula dengan Undang-undang Darurat yang menangkap sang suami tanpa sebab munasabah dan bagaimana tugas sebagai seorang pekerja bawahan hendak menegur dan melaksanakan hukuman kepada golongan atasan yang melakukan kesalahan dilaksanakan (dalam keadaan rakyat tersebut dijerut kemiskinan).

Buku ini mungkin boleh menjadi sumber primer dan penting dalam memahami latar kemerdekaan tanah air oleh insan yang bernafas dan bergulat dalam era penuh genting itu.
Profile Image for Syadzuwan.
60 reviews1 follower
December 12, 2024
Kumpulan cerpen yg dihasilkan circa 1940an hingga 1960an dgn latar masa Tanah Melayu di zaman darurat hingga ambang merdeka. SN Usman Awang garap derita orang Melayu yang ratanya hidup meleset dan melarat pada waktu tersebut hingga ada yang terdesak dan terpaksa melacur. Jika kita silang rujuk, elemen ini dapat juga ditemui dalam karya SN A. Samad Said, menjadikan karya-karya ini secara tak langsung satu dokumentasi tak rasmi sejarah dan sosioekonomi yang saling menyokong.

SN Usman Awang juga menulis tentang perang dari sudut pandangnya sebagai bekas anggota pasukan keselamatan. Tak keterlaluan untuk katakan SN Usman Awang tidak senang dengan peranannya selaku anggota keselamatan di bawah telunjuk pentadbiran penjajah yang berperang hunus senjata dengan orang yang tidak dikenalinya; hanya untuk membunuh atau terbunuh. Apatah lagi kebajikan anggota pada waktu itu dikesampingkan walaupun yang digadai tiap anggota ialah nyawa mereka sendiri.
1 review
March 27, 2020
Buku ini adalah koleksi cerpen tulisan Usman Awang. Pada pendapat saya, cerpen-cerpen di dalam buku ini mengutarakan satu tema utama, Kecintaan terhadap Negara.

Apa yang membezakan cerpen-cerpen ini ialah cara watak-watak di dalam cerpen tersebut menzahirkan cinta mereka terhadap negara. Ada yang menzahirkan cinta terhadap negara dengan melakukan kerja mereka dengan amanah, ada yang mementingkan perjuangan mereka terhadap negara lebih dari perasaan cinta terhadap manusia, dan ada yang nyaring mengajak pemuda-pemuda kampung untuk bergerak dan berusaha untuk kemerdekaan.

Watak-watak pemuda di dalam cerpen-cerpen tulisan Sasterawan Negara ini penuh dengan sifat-sifat unggul yang perlu ada di dalam diri setiap anak muda di negara ini. Nilai-nilai seperti amanah, kejujuran, rajin, cakna terhadap perkembangan semasa, dan semangat juang yang tinggi patut kita contohi dan terap di dalam diri sendiri.

Cerpen-Cerpen di dalam buku ini juga ditulis dengan gaya yang sangat ringan dan senang dibaca. Namun, efeknya terhadap pembaca adalah sangat menakjubkan. Usman Awang berjaya membawa saya mendalami watak-watak dan zaman-zaman berlainan di setiap cerpen. Contoh zaman yang diketengahkan di dalam buku ini adalah seperti zaman darurat, zaman pendudukan Jepun, zaman penjajahan British, dan yang paling penting, beberapa detik sebelum turunnya bendera Union Jack.

Sebagai seorang yang lahir di zaman yang serba moden, buku ini banyak menolong saya memahami cara kehidupan di bawah penjajahan kuasa asing di Tanah Melayu. Ia memberikan saya kesedaran yang tinggi terhadap perjuangan dan pengorbanan nenek moyang kita mengusahakan kemerdekaan dari segala kuasa asing.

Sebagai pengakhiran, saya hendak memetik satu perenggan dari salah satu cerpen di dalam buku ini yang bertajuk Kenalan Baru:

"Saya telah membuat kesimpulan, bahawa andainya perasaan yang tumbuh dengan nak bersemi ini diakui sebagai cinta, maka saya akan mengerti sebuah cinta baru pada Halimah - cinta yang tidak akan membawa kami ke alam permenungan dengan bertongkat dagu dan melelehkan air mata, tidak pula mandi tak basah, tidur tak lena, dan makan tak kenyang. Gaya cinta ini bagi kami Angkatan 50 telah basi, berlapuk dan tak laku. Pada Halimah saya akan mengertikan cinta yang bertanggungjawab pada kebahagiaan dan keberuntungan masing-masing, di samping berarus di dalam arena pergerakan nasional untuk keadilan kemerdekaan dan kedaulatan bangsa dan tanahair."
Profile Image for Abdul Raziq.
13 reviews1 follower
June 14, 2025
buku yang sangat jelas dalam menegakkan masalah sosial, perilaku para pemimpin juga disentuh untuk kita berfikir dan tidak mengikut buta-buta
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,619 reviews38 followers
May 20, 2025
Baca sekali lagi 12 September 2024
Saya buat catatan resensi setiap satu dari 18 buah cerita. Akan cuba hasil kan sebuah blog.

Bacaan pertama
👇
Sedih yang dalam hadir, terutama pabila mengenangkan derita rakyat miskin dan orang-orang tua sewaktu zaman darurat. Nak bawa pulut segenggam dan ubi rebus pun ditangkap dan didenda atau dipenjarakan? Dah mengapa? Tidak adakah case - basis? Main hentam saja konon menjalankan tugas berdasarkan undang-undang? Juga, mengenangkan nasib anggota keselamatan negara, sejak dulu hingga sekarang, tidak pernah mendapat bayaran setimpal. Mengapa jadi begitu? Mungkin juga, kita dalam era serba berteknologi canggih ini, juga bakal menempuh dugaan yang sama.
Profile Image for Hadierock.
17 reviews
May 16, 2013
sejak empat tahun kebelakangan ini aku mula minat membaca buku antologi sebegini.Karya SN Usman Awang sangat cool.Aku beli masa pesta buku baru ni.himpunan cerpen yang wajib dimilik oleh peminat tongkat waran!
Displaying 1 - 11 of 11 reviews