Jump to ratings and reviews
Rate this book

Nasib Melayu Di Bumi Melayu

Rate this book
Buku ini adalah sebahagian daripada himpunan tulisan Dr Mohd Ridhuan Tee Abdullah dalam akhbar Mingguan Malaysia dan majalah Al-Islam. Persoalan utamanya banyak berkisar tentang politik silang budaya, terutama antara Melayu di bumi mereka sendiri.

Pendedahan secara berani ini diharapkan tidak menggores hati mana-mana pihak kerana ia tidak dilakukan dengan sengaja, melainkan untuk berkata benar, walaupun kadangkala amat pahit untuk ditelan.

Buku ini sesuai untuk semua peringkat khalayak, termasuk ahli akademik, penuntut IPTA dan IPTS, pelajar sekolah, masyarakat umum dan mereka yang berfikiran terbuka.

191 pages, Paperback

First published August 15, 2010

5 people are currently reading
87 people want to read

About the author

Mohd. Ridhuan Tee Abdullah

9 books27 followers
Dr. Mohd Ridhuan Tee bin Abdullah
Chinese Name: Tee Chuan Seng
Race: Chinese
Religion: Islam

Education:

SMK Sri Muara, Bagan Datoh ('79 - '81)
SMK Tun Abdul Razak, Selekoh ('81 - '82)
SMK Sri Perak, Teluk Intan ('83 - '84)

Dip. Islamic Studies (UIA),
B.A. (Hons) Political Science (UKM),
M.A. Strategic Studies (UKM),
Ph.D. Politics and Government (UPM),

Marital status: Married
No. of Children: 5

Social Activity:

Committee Member of Islamic Consultative Council, Prime Minister Department (Jabatan Perdana Menteri),
Secretary General, Malaysian Islamic Chamber of Commerce,
Vice President, Malaysian Chinese Muslim Association,
National Council Member of The Muslim Welfare Organization Of Malaysia (PERKIM),
Executive Facilitator, Pengukuhan Integriti Perkhidmatan Awam, JAKIM,JPM,
President, Resident Assoc, Chairman, Perbadanan Pengurusan De Casa,
Chairman, Parent-Teacher Association,
Chairman of the At-Taqwa Surau,
Editor for 4 books,
Maal Hijrah Award Recipient (Convert)1424 H Selangor, 1427 H Wilayah Persekutuan, 1428 H Perak Tengah.
Student's leader in UKM,

Previous:

President, Royal Military College's Parent-Teacher Assoc,
Council Member, Malaysian Islamic Chamber of Commerce etc

Employer: Universiti Pertahanan Nasional Malaysia
Occupation: Associate Professor

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
15 (37%)
4 stars
11 (27%)
3 stars
10 (25%)
2 stars
3 (7%)
1 star
1 (2%)
Displaying 1 - 8 of 8 reviews
Profile Image for Zaghol .
1,115 reviews
November 11, 2019
Nama lain yang sesuai untuk buku ini ialah "ULTRAKIASU = D.A.P" haha. Berapa ratus kali perkataan "ultra kiasu" diulang sebut pada setiap bab. Bila kau "google", maksud ultra ialah ekstremis, radikal dan fanatik. Kiasu pula adalah perkataan cina yang bermaksud tamak, pentingkan diri sendiri dan tidak mahu kalah. Kiranya ultra kiasu bermaksud seseorang yang berusaha bermati-matian dan bersungguh-sungguh untuk terus mendapatkan apa yang mereka nak dengan apa jua cara.

Penulis menyebut, kita Melayu juga sepatutnya menjadi ultra kiasu, cuma kearah positiflah. Yang menariknya penulis adalah seorang cina muslim, yang rasanya kita semua kenal, seperti Ustaz Felix Siauw di Indonesia. Kedua-duanya keras dan tegas dengan pendirian. Kenapa orang cina seperti Ustaz Ridhuan Tee bermati-matian mempertahankan bangsa Melayu, kerana menurutnya orang Melayu adalah orang islam, jadi siapa lagi saudaranya yang perlu dipertahankan selain saudara seagama. Beliau sanggup dibenci bangsa sendiri asalkan kebenaran dapat disampaikan. Tak boleh bayangkan macam mana kalau kita dibenci bangsa sendiri. Pengorbanan yang sangat besar oleh beliau.

Dalam buku ni, ada dua cadangan penulis tentang bagaimana untuk memperkasakan melayu di Malaysia. Pertama, pergabungan antara UMNO dan PAS. Nampaknya cadangan penulis menjadi kenyataan 9 tahun kemudian (ditulis pada 2009). Walaupun aku sendiri kurang bersetuju PAS bergabung dengan UMNO, selepas aku bertanya kepada rakan sekerja aku yang merupakan pejuang PAS sejati. Jawapan beliau ialah konsep "ta'awun siyasi". Petah betul kawan aku ni berhujah, boleh jadi ahli politik dia ni. Hujah sama juga digunakan penulis, kerana UMNO dan PAS dianggotai majoriti Melayu dan Islam. Kata beliau walaupun UMNO lebih kepada sekular, takkan tiada langsung ruang untuk PAS berdakwah kepada UMNO? Kedua, penulis berharap perdana menteri ketika itu, Datuk Najib Razak dapat memperbaiki kerosakan dalaman UMNO yang menimbulkan persepsi negatif rakyat. Nampaknya cadangan yang kedua ini anda boleh fikir sendiri.

Satu perkara yang diulang banyak kali dalam setiap bab ialah menghapuskan sekolah vernakular dan mewujudkan sekolah satu aliran. Satu cadangan untuk integrasi nasional demi menghapuskan jurang dan prejudis antara kaum. Penulis begitu bersungguh2 akan perkara ini tetapi menurut logik akal saya dan keadaan semasa. Amatlah mustahil untuk drealisasikan. Boleh ikut pendapat Ayman Rasydan Wong, popularkan Bahasa Melayu untuk tarik orang cina dan india belajar Melayu tanpa perlu dipaksa-paksa. Contohi Korea dan Jepun dalam mempromosikan bahasa mereka kepada dunia. Memang kedengaran susah tapi tidak mustahil. Masalah ini juga berlaku kepada golongan elit Melayu, pengarah2 syarikat aku pun semua melayu, tetapi semua nak sembang bahasa inggeris je. Waktu hari keluarga syarikat pun, anak2 pengarah yang masih kecil pun sudah fasih bertutur inggeris. Macam mana bangsa lain nak belajar bahasa melayu bila melayu sendiri pun "kelas keduakan" bahasa melayu.

p/s: Aku percaya masih ada ruang dakwah untuk D.A.P, jangan terlalu benci D.A.P sampai lupa misi kita sebagai umat Nabi.
Profile Image for ©athiraheliya.
84 reviews18 followers
November 14, 2012
Dah bagi kaki nak peha; Kacang lupakan kulit; Tak sedar diri diuntung; Bagai kaduk naik junjung; dan macam-macam. Golongan Kiasu yang sentiasa tidak puas hati sehingga bangsa itu tunduk dan runtuh serta sembah kaki mereka. Golongan ini memerlukan transformasi minda agar sedar, bersyukur serta menghargai apa yang dimiliki kini bukan kerana kita lemah, tetapi kerana semangat toleransi untuk berkongsi dengan kaum yang lain.
Profile Image for Musyrif.
7 reviews1 follower
April 10, 2012
Buku yang menampilkan m=penulis yang dikatakan "lebih Melayu dari Melayu" menampilkan isu-isu yang dialami oleh bangsa melayu dari perspektif seorang Cina. Walaupun buku ini sarat dengan emosi, tetapi fakta-fakta yang diberikan sudah cukup untuk membuatkan pembaca terutamanya Melayu berfikir kembali.
63 reviews
February 8, 2019
Pembacaan yang membawa kesedaran kepada yang kian tenggelam dalam arus pemodenan. Satu buku yang mampu membuat kita berfikir secara kritis. Kalau korang malas nak baca buku bergenre sebegini tapi kena buat assignment macam aku, pergi je kat link ni sebab ia akan memudahkan korang :)
https://www.e-sentral.com/book/info/1...
Profile Image for Saadah.
54 reviews20 followers
October 13, 2011
Pernah bersua muka bertukar pendapat bersama penulis tentang integriti masyarakat berbilang kaum yang berkait rapat dengan penulisan tesis, dan buku ini mengumpulkan pendapat peribadi beliau berdasarkan fakta dan isu-isu semasa di Malaysia. Tulisannya berbaur emosi, tapi bijak ditutupi dengan hujah-hujah bernas mengikut panduan Islam dan logik akal.
3 reviews1 follower
October 12, 2012
Penulisan yang tulus, menyingkap perkara sebenar yang sebenarnya kita semua perasan, tapi beliau berani menyurakanya.

Syabas
1 review
June 8, 2019
Orang melayu haruslah bace buku ini. Kalau tak ambil sikap saat ini make melayu akan hilang di bumi. Melayu Campa aje sudah hilang...
Displaying 1 - 8 of 8 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.