Jump to ratings and reviews
Rate this book

Kasihku Arina

Rate this book
Kehilangan adiknya Chayi di Filipina membuatkan Arina separuh gila mencari adiknya. Demi keselamatan Chayi, dia terpaksa mengaku Alwiz sebagai tunangannya. Tapi semakin lama dia mengenali Alwiz, dia semakin dekat dengan rahsia yang menyelubungi dirinya sendiri. Sesuatu tentang Magdalena Anna aka Madina, ibunya sendiri harus dibongkar sebelum dia menemukan jawapan. Apatah lagi setelah dia tahu dirinya rupa2nya hilang ingatan dan terlupa siapa dirinya. Mampukah dia membongkar seluruh galur dirinya dari sebuah pengembaraan yang di luar jangkauan manusia biasa?

Arina membirai kelopak matanya. Hatinya masih curiga dengan niat Alwiz, tetapi pada masa yang sama dia tidak tahu kenapa wajah lelaki itu kadangkala membuatkan hatinya berdebar-debar. Seolah-olah ada satu tarikan pada wajah Alwiz yg membuatkan dia seperti tenggelam dalam dunia lain.

Alwiz merenung gadis di sisinya. Wajah mencuka Arina ditatap tidak puas. Sebahagian hatinya meronta-ronta mahu mengatakan sesuatu, tetapi sebahagian dari hatinya melarang. Apalagi dia terikat dengan sumpah Magdalena Anna untuk tidak mencari gadis itu lagi dan menyimpan wajah itu di hatinya.


"Suatu hari nanti kau akan ingat semua perkara Arina. Kau akan mengingati Alwiz, kau akan mengingati aku. Jerry, Kim dan dan yang lain2. Aku tidak ingin memaksa tetapi kadangkala kau harus membuka pintu hati kau utk menerima kami." - Nakhael

.........................................

Menulis naskhah ini adalah cabaran besar buat saya. Hampir saya lelah mengumpul semangat, namun ia tidak pernah luntur walau seaat dalam diri. Saya amat senang menulis karya pelbagai genre, kerana saya suka mencuba sesuatu yang baru. KASIHKU ARINA adalah novel yg sgt berbeza dari novel2 yg pernah saya tulis sebelum ini. Sentuhan fantasi diberikan agar ianya mampu memberikan kelainan dalam karya-karya saya yang pernah anda baca.
-Mazni Aznita-

710 pages, Paperback

First published January 1, 2010

3 people are currently reading
74 people want to read

About the author

Mazni Aznita

8 books59 followers

Ratings & Reviews

What do you think?
Rate this book

Friends & Following

Create a free account to discover what your friends think of this book!

Community Reviews

5 stars
38 (59%)
4 stars
21 (32%)
3 stars
3 (4%)
2 stars
2 (3%)
1 star
0 (0%)
Displaying 1 - 19 of 19 reviews
Profile Image for Glow.
81 reviews
September 13, 2023
Omg! Terlopong. Menggila. Stress. Best teruk. Argh!

Aku tak nak komen banyak. Just nak cakap novel ni memang terpanah dan kena tepat ke hati aku. Sampai sekarang aku rasa macam menyesal sebab dah habis baca 😭 700+ pages is not enough for me! I want more (joke-joke tapi aku memang rasa tak puas. Walhal ni dah cukup tebal 😔)

Anyway vibes anime + hollywood tersangatlah jelas ada kat novel ni. Campur pula eleman sains fiksyen. Haihh memang menarik sungguh cerita ni even watak banyak nak mam 🤣 Aku suka cara author Mazni garap dunia Drutasia. Cuma cara pemakaian diorang ajelah yang aku rasa maybe perlu diperincikan lagi. Tapi kat kepala aku dah sedia imagine sendiri cara pakaian diorang macam mana. Nama watak pula apa aku boleh cakap, jenis bercampur. Ada melayu, ada nama ala-ala english.

Untuk chemistry watak, aku restu Arina dan Alwiz. But sometimes, I kesiankan Nakhael. Dia sangatlah baik. Pengorbanan dia hmm. Hope dia akan jumpa partner yang betul-betul tulus mencintai dia suatu hari nanti 🤧

Cuma 1 benda aku rasa macam kurang sikit pasal Nakhael is sebab telinga dia bertindik. Aku tak sure tapi aku rasa lelaki islam tak boleh bertindik. Lagipun Nakhael ni agama Islam kan kalau tak silap aku lah. Kalau dia bukan islam, maaf ya. Cakap pasal agama ni, aku tertanya juga agama masyarakat dekat dunia Drutasia tu terdiri daripada apa eh? Macam Islam ke majoriti kat sana, or masyarakat sana ada campur Islam dengan bukan islam? Author tak detailkan tentang ni.

Dan watak Arina tu sendiri sumpah sedih. Apa yang jadi kat diorang semua sangat meruntun jiwa. Semua gara-gara hasad dengki generasi terdahulu. Habis keturunan lain menderita hmm 😌

Pace novel ni beza dengan venom suria yang memang pace always laju. Maybe sebab ni genre sains fiksyen dan fantasi jadi banyak benda nak fokus. Mula-mula pace plot Kasihku Arina ni slow kemudian laju then slow sikit sebelum terus laju menderu-deru, dicampur selingan mainan emosi dan unexpected things huhu.

Actually aku setuju dengan 1 review ni. Katanya dalam buku ni memang banyak betul benda yang jadi. Ye agak banyak. Tapi memang gempak habislah otak author Mazni ni weh. Pandai dia olah situasi dan sebagainya. Sampai sekarang aku amaze dengan olahan dia.

Ceh tadi kata tak nak cakap banyak tapi terbanyak juga hahaha 🤣 Apa aku boleh cakap novel ni sumpah best. Aku suka sangat! Cuma tulah, ada beberapa persoalan yang belum terjawab 😭 Aku syak novel ni akan ada sambungan. Cumanya novel ni dah 13 tahun... Where is that sambungan tu huwaa? 😔 Aku memerlukan sambungannya by ASAP sbb ada benda yang aku rasa perlu diselesaikan lagi.

Overall very very very best ini novel. Aku still sedih ye sebab dah habis baca. Seksa woi nak tunggu sambungan 🤯 (Hopefully memang betul-betul ada sambungan lah) Ada sikit benda buat aku off cuma aku pejam mata lah untuk tu.

Aku nak rekomen novel ni pada peminat fantasi jenis hollywood yang diselitkan sains fiksyen. Yang minat vibes anime pun boleh try juga dan yang penting, kena bertabah dengan watak yang banyak hahaha.

Sebelum terlupa so far sikit sangat kesalahan typo yang aku jumpa. Minimal sangat-sangat. Tbh I wish publisher sekarang boleh contohi kualiti novel ni daripada aspek typo.

To author Mazni, thanks sebab dah susah-payah lahirkan novel ni. Saya enjoy setiap moment dan masa yang saya dah habiskan untuk baca Kasihku Arina. And please buat comeback semula. Sebab saya sungguh ternanti-nantikan sambungan Kasihku Arina 😣 K tu saja untuk review kali ni. Byeee!
Profile Image for Hida.
119 reviews11 followers
July 13, 2023
Rate: 4.5⭐️

Buku ketiga daripada author ni yang aku baca. And all i can say, i like semua buku author ni setakat ni. Buku ni buat aku rasa macam tengah tengok cerita Hollywood hahahha. 😂

Author ni aku perasan setakat ni, kalau buku-buku dia memang watak2 yang ada serious ramai. Hahahha. That is the thing yg buatkan aku lambat sikit nak hadam sbb karakter terlalu ramai. Tapi sebabkan storyline dia best, aku takleh stop baca. 🙊 Ada elemen fantasy, plot yang menarik, action scene yang nice 🫡 . Serious buat aku terfikir, wahh camana author ni boleh buat cerita camni. Lain daripada lain. Buku ni actually buku yang dah lama tau, so aku rasa mmg susah dah nak dapat buku ni. Ni pun aku beli preloved 😌 Tapi, kalau korang yang dah ada buku ni tapi belum baca lagi, go baca guys. 👀

Overall, memang best for me. Cumanya, i want more closure on the ending. Why it ends like that 🤧 Rasa macam patut ada buku keduaaaa. Sebab ada certain things yang masih belum terjawab. Huhu. Ada harapan lagi ke eh nak ada buku kedua. 😂 If i’m not mistaken, buku ni like 8 years ago kot 🤔 Takpelah, kot author terbuka hati nak sambung, kalau tak kita sambung jelah sendiri dgn imaginasi kita hahhaha 🤪 #emptycanvashida
Profile Image for Juliza.
208 reviews29 followers
March 16, 2012
Setengah bulan merupakan jangka masa yang cukup lama untuk menamatkan bacaan sesebuah buku dan itulah yang berlaku antara hamba dengan 'Kasihku Arina'. Kesibukan telah menghadkan masa lantas menurunkan sedikit demi sedikit semangat hamba untuk membaca novel ini meskipun hamba amat menanti-nantikan tulisan Mazni Aznita setelah Street Vendetta. Namun, cerita berunsur fantasi seperti 'Kasihku Arina' ini selayaknya diambil masa yang lama untuk dibaca. Nama juga cerita fantasi makanya permainan imaginasi serta daya fokus itu perlu kerana tentu saja 'fakta-fakta', tempat, kejadian dan watak-watak aneh akan kita temui di dalamnya.

***
'Kasihku Arina' mengisahkan tentang sebuah kerajaan bernama Drutasia yang terletak di sebuah dimensi berbeza dari dunia nyata. Pergolakan yang boleh dikatakan perang saudara berlaku dalam kerajaan itu demi merebut takhta pemerintahan. Kegagalan satu pihak yang merasakan dirinya lebih layak memerintah telah memarakkan api dendam selama bertahun-tahun lamanya malah dibawa dari generasi ke generasi. Dari rentetan peristiwa itulah bermulanya kewujudan Lembah Hitam yang berazam menakluki Drutasia.

Arina, gadis Drutasia yang mejadi mangsa culik dan dibesarkan di Lembah Hitam menjadi titik penting yang mungkin menjadi titik tolak antara keselamatan dan kemusnahan Drustasia. Di Lembah Hitam gadis itu dilatih menjadi pembunuh atas arahan pemerintahnya, Raja Kreuk. Namun, Arina masih ingat siapa dirinya di masa kecil dan dia masih ingat siapa Magdalena Anna dan Night di Dratusia itu tetapi bolehkah dia kembali ke pangkuan mereka dengan keadaan dirinya yang dicemari darah pembunuhan tangannya sendiri?

Oleh kerana bimbang hukuman yang bakal diterima Arina akibat menjadi pembunuh, Magdalena Anna menghilangkan ingatan Arina pada dunia asal mereka lalu menyembunyikan gadis itu di dunia nyata bersama sahabat lama, Fahrin yang dipercayainya. Namun, Arina tidak selamanya selamat di dunia yang bukan dunianya dan akhirnya dia dibawa kembali semula ke Dratusia oleh sekumpulan gerero bernama Alwiz, Nakhael, Jerry dan Kimmi.

Dilema Arina semakin meruncing apabila dia mula mengingati masa lalunya setibanya mereka di Dratusia untuk mempertahankan kerajaan itu dari Raja Kreuk. Dia mula ingat kisah hidupnya, kisah gelapnya dan dosa-dosa pembunuhannya termasuk juga Kedd. Dan, dia masih ingat kenapa Alwiz pernah mendendaminya dan pada masa yang sama kenapa dia merasa tidak layak untuk dicintai lelaki itu atau sesiapa saja termasuk juga Nakhael dan tentunya bukan lelaki seperti Keiga, cucu Raja Kruek yang mengaku memilikinya.

Sekembalinya Arina dan para gerero, perancangan menentang Raja Kreuk yang sudah mula menakluk Drutasia mula dijalankan. Adakah mereka akan berjaya merampas semula Dratusia? Bagaimana? Dan siapa yang akan menewaskan lelaki itu? Adakah benar apa yang pernah diramalkan Bloomer, seorang saintis Drutasia tentang Arina? Atau benarkah dua dunia dari dunia dimensi berbeza akan musnah kerana kunci Orkid ciptaan saintis itu?
***

Sejujurnya hamba tidak gemar membaca sebuah buku berunsur fantasi kerana hamba membaca bukan semata-mata untuk bebas berimaginasi. Hamba hanyalah seorang pembaca biasa (serta tipikal :-P) yang lebih suka membaca sesuatu yang boleh diterima akal fikiran atau paling tidak boleh hamba percayai wujud di luar buku. Atau, mungkin juga hamba hanya seorang lagi manusia yang tidak suka berimaginasi berlebihan atau lebih tepat tidak rajin memaksimakan penggunaan otak. Hehehe.

Namun, karya tulisan Mazni Aznita ini sangat menarik dengan caranya sendiri dan adalah sangat mengakumkan untuk seorang penulis tempatan menulis sebuah kisah fantasi sebaik ini. Jelasnya tugas itu tidak mudah. Penulis bercerita tentang sebuah kisah kehidupan yang berlandaskan imaginasinya dan jauh melewati batas-batas realiti kita. Dan YA, hamba menyukai kelainan ini yang jauh bezanya dengan bahan bacaaan hamba sebelum ini.

Pada pandangan hamba penulis telah bercerita dengan baik untuk novelnya ini. Perjalanan ceritanya tidak mendatar. Dari kisah imbauan kisah silam sehingga ke masa kini dan kembali semula ke kisah lalu. Dari kisah Arina ke kisah The Eye mahupun kisah Fahrin dan Bloomer. Dari Kuala Lumpur ke Filipina dan Dratusia. Penulis menyusun semua kisah, watak dan tempat dalam ceritanya dengan kemas serta tidak mengelirukan walaupun sering melompat-lompat.

Cuma beberapa perkara sahaja yang hamba kira, hamba kurang berkenan tentang novel yang serba berbeza ini. Contohnya, kisah cinta di dalamnya. Kehadiran empat (4) lelaki yang mencintai seorang perempuan bukanlah sesuatu yang hamba anggap perlu wujud untuk mana-mana novel sekalipun. Dan, mungkin ini jatuh pada pandangan peribadi tetapi pada hamba kisah gadis yang menjadi rebutan banyak lelaki adalah sama klisenya seperti kisah percintaan seorang gadis biasa dengan seorang lelaki tampan kaya raya yang memiliki kereta BMW atau yang sewaktu denganya.

Seterusnya, hamba ingin menyarankan kepada semua penulis di luar sana bahawa watak hero kedua yang sangat budiman, sanggup berkorban apa saja demi si heroin dan si hero sahabatnya, selalu beralah dan boleh dikatakan serba baik di semua sudut perlu di’ban’ sama sekali. Kewujudan watak sebegini benar-benar mengganggu emosi hamba kerana tentunya hamba kurang (atau hilang sama sekali) fokus dan perhatian pada watak hero pertama (mungkinkah ini terjadi pada hamba saja? :-P). Misalnya, watak Nakhael dalam ‘Kasihku Arina’ ini. Serius hamba tidak terkesan langsung dengan watak Alwiz kerana adanya watak Nakhael ini. Hamba jadi menanti-nanti namanya di setiap baris ayat sehingga hamba membaca setiap perkataan di dalam novel ini yang bersuku kata pertama ‘na’ sebagai Nakhael. Parah! Hehehe.

Kesimpulannya, novel ini berbaloi untuk dibeli dan dibaca. Menarik, berbeza dan kemas. Novel ini memberi perasa-perasa itu untuk pembaca. Hanya penghujung cerita saja yang hamba berharap ianya ditulis berbeza. Hamba mengharap kisah Arina serta pilihan hatinya dibiarkan tergantung seperti kisah Ketsu, Emma, Keiga serta Audra yang baru muncul di akhir cerita. Adalah sedikit janggal untuk kisah Arina bagai diakhiri dengan ‘happily ever after’ sedangkan beberapa kisah lain yang dijadikan fokus penting dihujung cerita dibiarkan ‘berkelana ’. Alang-alang hamba rasa.
Profile Image for Yazlina Saduri.
1,548 reviews41 followers
October 31, 2021
Setelah agak lama tidak membaca novel bahasa Melayu yang panjang (710 mukasurat), Kasihku Arina amat tidak mengecewakan. Sememangnya Mazni Aznita bagi saya merupakan penulis yang hebat. Buku-buku di bawah nama Mazni Aznita yang sebelum ini saya baca dan suka yang amat ialah Venom Suria dan Street Vendetta. Saya seperti Kasihku Arina, gambar pada kulit buku dan tajuk sepertinya tidak dapat menandingi kepanasan thrill dan suspense yang saya peroleh apabila dengan rakus mahu menelaah setiap helai kandungan buku. Dah mula baca, memang susah nak letak tepi.

Kasihku Arina, ada elemen sains fiksyen bersulamkan emosi kekeluargaan dan kekebalan cinta yang tebal. Bagi saya penulis mengolah ceritanya begitu cemerlang hingga khayalan boleh hampir dibayangkan, jadi macam realiti.
Watak-watak Arina, ibunya Magdalena Anna, biarpun Kim, Emma dan Ratu Tiamar, semua menaikkan martabat wanita dengan kekuatan luaran dan dalaman. Mereka menyayangi, mencintai, membenci, membuat keputusan, semua dengan akal walaupun perasaan dan nalui kewanitaan tetap memainkan peranan.

Sebenarnya ada banyak cara wanita diraikan sebagai insan hebat disamping atau menyokong kehebatan lelaki, tidak perlu mereka hanya di'puppet'kan sebagai simbol pemuas nafsu saja. Sebut pasal tarikan si wanita dan pemakaian yang seksi walaupun kepala bertudung, jelingan yang menipiskan iman, jadi isteri bodoh yang sanggup didustai lelaki, renungannya seolah menelanjangi otak dan hati si polan, noda sana noda sini, perempuan atas katil, suami ceraikan perempuan yang terlalu setia sampai tak boleh nak fikir dah....." Tulisan yang macam ini bagi saya amat mengecewakan jadi tolonglah haiii. Mengapalah masih banyak dan semakin bersepah novel murahan dihasilkan oleh penulis yang bagi saya telah digelapkan mata hatinya kerana duit. I cannot brain.

Apapun, silalah baca novel Kasihku Arina Mazni Aznita. Ia boleh jadi sumber motivasi atau lastik kekuatan emosi.
Profile Image for Ogy Yusof.
Author 12 books107 followers
January 10, 2020
novel terbitan 2010 ini punya banyak perincian yang sangat teliti. kalau rasa nak baca fantasi yang best, susunan cerita, plot, watak hebat walaupun banyak dan aksi yang menarik, novel ni korang boleh letak sebagai penanda aras.

arina. watak ni kuat. dari mula bila dia mencari adiknya, chayi yang hilang di filipina hinggalah dia korbankan perasaan cinta pada alwiz dan mahu menyelamatkan sahabat, nakhael. fantasinya ialah bila mereka ini sebenar dari dunia lain, dunia yang lebih kurang sama dengan bumi tapi teknologi mereka lebih maju dan makhluk yang menghuninya walaupun sama saja seperti manusia bumi tapi punya kelebihan yang tersendiri.

akak suka bila penulis kaitkan bencana alam yang berlaku di bumi dengan bila mereka gunakan kunci untuk masuk ke bumi. pergolakan yang berlaku di drutasia adalah asalnya dari hal cemburu adik-beradik yang membawa kepada keturunan yang terkemudian.

kisah memang panjang. 710 mukasurat memang boleh lost kalau tak hayati betul-betul. tapi overall, kisah pengembaraan antara alam, perebutan kuasa, kasih sayang ibu dan anak-anak hinggalah perasaan cinta yang mahu melihat yang dicintai bahagia walaupun tidak hidup bersama.
Profile Image for Julia Basri.
Author 7 books8 followers
July 2, 2015
Awesome! Memang mencabar minda betul. Ia bagaikan menarik-narik daya imaginasi ke segenap ruang; suspens, gembira, sedih, keliru berbaur rasa. Twist plot, flashback di sana sini bikin jiwa goyah. Tapi, saya suka! Saya memang dah jatuh cinta dengan cara penulis melakar cerita dengan begitu menarik sekali. Good job dear Mazni Aznita. Keep it up! :)
Profile Image for Nadhiah Aida.
513 reviews27 followers
January 9, 2024
Hanya yang betul-betul minat novel out of the box
Yang ada adegan lawan, bunuh, gergasi, dragon, ala ala dystopian dan saifai ...
Boleh layan ....
Gigih pegang 700+ muka surat nya buku

Cuma rasa sakit mata sebab penulis ke proof reader tak buat space pada setiap ayat. Minor issue jer tu
Profile Image for Almiza.
5 reviews2 followers
September 24, 2012
~ "Aku tahu. Tapi aku mahu melindungi kau. Untuk selama-lamanya.." ~


Pergh!!... Cair Mak!!.. hahaha.

PUAS!! Aku suka everything about this novel. Everything.. aku turut mengembara bersama Arina. Keliru bersama Arina. Sedih bersama Arina. Berperang bersama Arina. Dan yang paling best.. terbuai-buai oleh perasaan bersama Arina. Cukup manis dan romantis. And the catch mestilah si 'prince charming' Putera Alwiz.

Mula meneroka kesah ini di blog penulis Anita Aruszi/Mazni Aznita entah bila tahun ntah. Aku sudah lupa. Diantara banyak-banyak cerita di blog penulis, kesah ini yang paling aku nantikan. Aku memang suka cerita-cerita fiction Syfy cengini. Memang akan aku khatam berkali-kali. Ambil masa jugak aku nak menghabiskan pembacaan novel ini. Mula dari lewat malam 7 Januari, 2012 sehinggalah ke 11 Januari, 2012. Bukan apa.. cuma perlu lebih konsentrasi untuk menghayati. Maklumlah.. banyak sangat watak yang ada. Kang tak teringat plak aku si dia tu sapa dan si polan tu sapa. Haha.. mokcik dah tuo!!

Arina adalah seorang gadis yang telah diramalkan akan membunuh seorang raja yang sangat kejam. Dia diculik dan dilatih untuk menjadi seorang pembunuh oleh raja tersebut untuk mengetahui sejauh mana kebenaran ramalan itu.

And so, for all those people out there yang suka membaca cerita lawan-lawan pedang, naga dan makhluk aneh dan juga tentang jejaka-jejaka hebat dan tampan.. hehehe.. this is the story for you. Trust me!! Dan untuk naskah yang ini, aku berikan 5 twinkle.. Syabas!!

p/s : Kasihku Arina 2 kini sudah dikeluarkan di blog penulis.. have fun!!

~ enough for now ~
Profile Image for Fadzli Jamaludin.
127 reviews32 followers
March 12, 2013
Novel setebal hampir 800m/s ini mengisahkan perihal Arina yg di bawa lari ke Bumi, tatkala Drutasia di serang oleh Kreuk...Arina yg telah di didik oleh Kreuk sebagai pembunuh di selamatkan oleh gerero2 seperti Alwiz, Night (Abg Arina) & Nakhael...

Secara jujurnya, berbelah bagi antara 3 bintang & 4 bintang, di sebabkan plot cerita novel ini hampir menyerupai "The Untold Story" tp "Kasihku Arina" lebih baik dr novel tersebut...bila aku terperasan kesamaan tersebut, mood membaca agak jatuh sedikit, apatah lagi flashback pada Bab 41 hingga Bab 56, agak terlalu panjang tatkala penulis ingin menceritakan kenapa si Arina tu boleh di hantar ke Bumi...banyak betul plot dalam tu, cinta, dendam, persahabatan...menariknya bila terdapat catfight antara Emma vs Arina pd penghujung Bab 56...5 Bab terakhir, aku terbayang2 "alangkah menariknya jika novel ini dlm bentuk layar"...

& aku akui setelah 2 buah novel drpd penulis ini aku baca...terdapat pelbagai watak yg di tonjolkan oleh penulis sehingga buat pembaca seperti aku sedikit keliru...malahan di sebalik flashback yg di ceritakan terdapat lagi flashback yg kita sendiri tak jangka...fuhhh pening siottt!!! sehingga aku pun tak pasti perihal Kedd yg di bunuh oleh Arina telah di ceritakan oleh penulis @ tidak...hahah...& aku rasa sedikit pelik tatkala gerero memanggil gelaran mak cik kpd Ratu Tiamar...

& yang pasti, novel ini ada sambungan tatkala jemari aku tertekan blog penulis ni dengan kisah Arina 2...lagipun Ketsu, anak kepada Profesor Darma berhajat untuk membalas dendam atas kematian ayahnya, & watak Audra guru kepada Emma mungkin akan memainkan peranan penting pada novel akan datang...mungkin!!!
Profile Image for Ubi.
314 reviews
November 4, 2021
Best! Lain dr cerita yg biasa. Cuma masa awal pembacaan keliru sikit. Sampai tengah baru dapat momentum.
39 reviews4 followers
November 3, 2020
Tengok tajuk aku pikir kisah cinta....so aku baca sinopsis....opps mcm menarik....so as expected...buku fantasi yang mengkagumkan...aku rasa seronok sebab penulis berjaya membuat penulisan novel melayu ade kelainan....well...aku respect....memang terbaik
Profile Image for Ctriko.
281 reviews6 followers
January 21, 2015
Pendapat peribadi aku, penulis ini bukan hanya berjaya mereka dan mengadun satu cerita fantasi yang amat menarik dan penuh misteri serta menjadi tanda tanya kepada pembaca malah berani menghasilkan suatu karya berbeza dari genre yang pernah ditulisnya sebelum ini. Unsur suspen dan penggunaan teknik flashback atau imbas kembali dari awal sehingga akhir perjalanan cerita dalam karya ini berjaya membuatkan pembaca sentiasa dalam debaran tahap maksima dan buat pembaca tak sabar-sabar dan jadi begitu teruja nak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku kepada watak Arina, Alwiz dan juga kisah misteri dalam karya ini. Kepada pembaca yang suka genre sebegini, memang berbaloi baca buku ni. Highly Recommended Book.



http://myhookedbooks.blogspot.com/201...
Profile Image for MamaErra.
387 reviews1 follower
December 20, 2012

rasa macam baca novel Inggeris pulak...
it is something different...syabas anita!
Profile Image for ScotchCheez.
35 reviews9 followers
March 14, 2013
kasihku arina..syok aaa cerita dia..cuma mcm banyak persoalan yg tergantung dlm kepala sy..ehehehe..
tak de mood nak review panjang-panjang
7 reviews
May 30, 2018
dah lama baca novel ni. beli pun sbb ade nama aku. hehehe. tapi citer ni mmg best laen drpd laen. tapi nak letgo rm10.. sape nak dm ye
Displaying 1 - 19 of 19 reviews

Can't find what you're looking for?

Get help and learn more about the design.