Setia Berdarah 2


BAB 2
Sungguh terasa terhina, dalam banyak perkara yaang aku lalui adalah perbezaan darjat yang menjadi masalah. Soal rupa itu mungkin orang boleh pertikaikan. Sesekali aku berasa hambar dengan sikap sebegini. Berkata-kata sinis di atas apa yang aku tidak miliki. Kereta mewah? Rumah besar? Aku tiada semua itu. Aku seorang penghatar surat. Siang malam hidup aku hanya dibebani persoalan. Kenapa dan mengapa? Sudah suratan agaknya. Kadangkala aku terfikir, adakah ini takdir hidupku yang hanya diulit angan-angan yang tiada kesudahan? Terperap di dalam bilik setelah meratapi sebuah kehilangan? Persoalan ini seperti batu besar yang menghempap kepala aku sampai berkecai!
“Sampai bila kau nak nak macam ni, Man?” Nasihat daripada Fauzi tidak berkesan di hati. Dia adalah sahabat baik aku yang dikenai sejak aku mula-mula masuk kerja. Dia banyak bantu aku dari segi kewangan. Ah! Malaslah nak mengungkit kebaikan yang pernah dia berikan. Kalau hendak aku bandingkan dengan setinggi gunung, sungguh tak terdaki.
Pagi ini aku kaku di birai katil setelah menarik nafas sedalam-dalamnya dan dilepaskan perlahan-lahan. Mulanya aku rasa tenang tapi lama kelamaan ia menjadi sarat beban. Otakku membenihkan rasa sangsi pada sebuah perubahan. Apa yang berlaku pada setiap malam? Malam yang mengkhayalkan aku tentang waktu. Waktu yang pergi dan berpatah lagi. Ini satu persoalan yang mampu menjadikan aku separa gila.
“Rahman Bin Zaid!” Nama itu mencucuk halwa pendengaran. Kuat namaku dilaungkan. Ia seakan-akan wujud dalam hayalan. Segera aku menoleh. Langsir di jendela kamarku belum lagi aku buka sedangkan cahaya matahari telah menerobos masuk. Sesak rasa nafasku kerana pengaliran udara tidak nyaman.Kiri dan ke kanan aku menoleh tetapi masih belum menapat jawapan. Setiap hari begitulah keadaan yang aku alami. Ketika waktu malam, seruan namaku begitu perhalan, setiba siang ia menjerit. Aku diburu ketakutan dan rasa takut itu aku sorok dari pengetahuan Fauzi.
Fauzi lelaki tinggi lampai umpama model lelaki berketurunan Bugis campuran Sepanyol. Hidung dia mancung boleh buat sangkut penyakut baju. Aku ni entah siapa-siapa, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, oleh sebab itu hidup aku seringkali ditinggalkan.
Aku Takkan Menangis!
Hidup ditinggalkan memang pedih. Tambah lagi kalau hati sudah sayang. Bercinta bagai nak rak tapi digodam dengan pendustaan. Memang sakit hati ni. Siapa tak sakti hati? Cuba beritahu aku? Aku ingat lagi waktu mula-mula berkenalan dengannya. Hari-hari dia pandang aku. Apa yang dia pandang tentang aku ni hah? Dahlah tak seindah kumbang emas, tapi dia syok pada aku. Alahai, memang Suriani mengancam. Renungan matanya bak cahaya bulan. Lenggang lenggok dia berjalan bak ratu yang menawan.
Ada seorang budak pejabat, dahi dia macam Jimmy Neutron! Rambut pacak-pacak macam kulit durian. Ada hati nak bagi amaran pada aku supaya jangan sesekali goda Suriani. Kalau aku cuba ganggu Suriani, nahas aku dikerjakanya. Hei! Dia tu siapa nak warning aku?!
Memang aku kurang suka dia. Kaau boleh aku tak nak tengok muka mamat tu. Setiap kali aku masuk ke pejabat tu nak ambil surat, si poyo tu akan berkerut dahi dan menjeling pada aku semacam. Cara dia pandang aku memang tak puas hati. Pernah dia tarik baju aku dan nak lepaskan penumbuk pada muka aku. Aku tahulah badan aku ni kecil! Tapi jangan anggap badan sekecil aku ni tak boleh tumbangkan gajah! Sakit pulak hati ini.
Semua ini gara-gara cinta. Kerana cinta orang sanggup lakukan apa sahaja. Lama juga dia berdendam dengan aku. Suriani ajak aku keluar makan, dia nak cemburu. Suriani pelawa aku tengok wayang, dia pun nak cemburu. Dia suka lebih-lebih.
Aku tak pernah kacau hak orang. Suriani ajak aku keluar. Aku keluar sahajalah. Aku tak berday anak halang. Si lahanat tu nak maki aku macam-macam tu apa kes? Siap main mak bapak lagi. Menggelarkan aku macam-macam tapi diri sendiri tak sedar! Ingat kacak sangat ke style rambut kulit durian lepas tu sibuk agungkan gaya barat! Hak tuih!
Walaupun aku kecewa dengan Suriani, aku takkan menangis depan dia. Bila aku tanya, siapa Nordin dalam hatinya, dia cakap kawan biasa. Kawan biasa boleh cemburu? Nordin selalu nak hentam aku jadi aku beritahu dia yang dia hanya dianggap kawan biasa sahaja oleh Suriani. Sejak dari itu Nordin bertambah liar dan mengganas terhadap aku. Setiap kali ada sahaja isu berbangkit dan ada sahaja hal yang bukan-bukan timbul. Termasuklah motor yang aku bawa selalu pancit. Enjin tak hidup. Bahkan aku pernah kena pukul oleh orang. Aku yakin itu orang upahan dia. Aku sanggup bertahan demi Suriani yang setia berkawan dengan aku. Hari-hari dia berikan aku semangat untuk hidup.

“Aku gerak dulu, Man.” Kedengaran suara Fauzi dari luar sambil ketuk-ketuk pintu. Aku pun tak mandi lagi. Awal-awak pagi begini pun aku sibuk kemaskini laman blog aku. Fauzi dah nak pergi kerja. Aku pulak masih dalam bilik. Sudah hampir sebulan aku bermuram durja.
“Okey.”
“Kau tak nak masuk kerja ke?” Soal Fauzi lagi.
“Kau kirim salam aje pada Encik Zaki.” Jawab aku sambil membetulkan urat-urat badan yang terasa lenguh. Aku kalau bab menaip memang tekun. Rasa malas diganggu.
Apabila keadaan kembali reda. Jantung aku pund ah seimbang, nafas aku juga konsisten, aku mahu menyambung kembali penulisan blog aku. Luahan rasa yang terpendam mesti aku taburkan pada laman ini kerana ini sahaja satu-satunya ruang untuk aku berkongsi pada pembaca bahawa cinta itu kejam!Ketika jari jemariku mahu menekan punat pada papan kekunci, sekilas angin datang melanggar diriku. Angin yang datang menerobos masuk dari jendela. Segera aku menoleh.
Krekkkk…. Daun pintu kamar aku pula terbuka sendiri. Ini berlaku di siang hari. Apa ni? Aku bangun dan melangkah perlahan-lahan mendekati pintu itu. Aku yakin Fauzi pun belum jauh lagi kerana enjin motosikal dia pun belum lagi menderu. Setelah tiba ke pintu itu. Dia tertutup laju. Aku terkejut! Wei!!!Aku toleh pula ke jendela. Jendela pula tertutup rapat secara tiba-tiba. Ada satu kuasa entah dari mana telah menutup semua itu. Aku terkurung dan benar-benar terkurung di dalam bilik itu.
“Fauzi!!!” Aku ketuk pintu itu kuat-kuat. Aku laungkan nama sahabatku namun tiada maklum balas yang diterima.
Keadaan di dalam kamarku gelap tiba-tiba. Tiada langsung ruang cahaya yang mampu menembus masuk. Peluh mula menitik laju. Bulu roma awal-awal lagi merinding. Aku sudah tidak keruan. Jantung aku berdetak laju dan leher aku mengeras tidak mampu untuk menoleh ke kanan atau ke kiri. Aku diganggu kejadian yang aneh. Apa semua ini? Aku tidak mengetahui.
Cahaya dari skrin komputer riba aku tu memang tidak kelihatan. Ia terpadam. Leher yang kaku itu aku cuba longgarkan dengan cubaan menoleh. Ia payah. Aku menoleh seperti robot yang tidak mempunyai alat kawalan. Cara berjalan begitu mengarut dan teraba-raba. Kenapa tiba-tiba gelap. Adakah mata aku sebenarnya terpejam?
Aku seolah-olah tiada daya dan upaya. Habis segala-galanya aku langgar. Aku menjadi orang buta. Orang yang hidupnya terlalu sia-sia.
“Fauzi, tolong aku!!!” Jerit aku sekuat hati. Jeritan itu percuma.
~bersambung~
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2013 18:34
No comments have been added yet.


Miqael Arshad's Blog

Miqael Arshad
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Miqael Arshad's blog with rss.