Umat Ber'strategi'

Salam satu agama.


sebelum entri ni ditaip lebih panjang, sengaja saya taip tajuknya begitu, supaya tiada pembaca yang belum baca dah rasa entri ni berunsur 'isma'. although, sedikit sebanyak entri ini ada menyentuh isma.
juga, entri ni agak panjang, untuk blog saya. so, bertahan! huhu.
juga, entri ni tak berniat nak kondem sapa-sapa, cuma pendapat dan cadangan.

ketika keluar iklan Forum Umat Beragenda dulu, anjuran Isma Mesir, saya pasang niat untuk pergi. mengenal isma sendiri, juga nak dengar - setelah sekian lama - butir idea dan penyampaian oleh senior yang saya respek sampai sekarang, Ust Syed Isra'. sayangnya, ketika itu juga berlangsung program STEP anjuran ikram dan saya memilih STEP memandangkan program tersebut boleh membuka minda saya tentang kerjaya yang akan saya hadapi kelak, insyaAllah.

ceewah, nape skema ni? ah ye. saya cuba untuk se skema yang mungkin kerana entri ini dirancang secara serius. seriously serious. waktu berangan dalam kelas lagi saya dah terfikir untuk tulis entri sebegini.

walaupun saya tak tahu apa isi forum anjuran isma tersebut, tetapi secara generalnya saya setuju dengan tajuk itu, Umat Beragenda.



Umat Berstrategi

sengaja saya tukar, dengan sinonim kepada agenda, kerana takut-takutlah apa yang ingin isma sampaikan pada hari tersebut berbeza dengan apa yang cuba saya sampaikan dalam entri ni. jadi saya tukar, walaupun sebenarnya mempunyai maksud yang sama.

ok straight to the point!

kenapa perlu mempunyai strategi?
mudah, kerana kita melawan musuh yang sudah mempunyai perancangan selama beratus tahun.
saya percaya rata-rata daripada kita pernah membaca buku tentang Freemason, Illuminati, ataupun sekurang-kurangnya pernahlah menonton The Arrival. saya bukanlah seorang yang paranoid, dan bukan hendak mengajak anda menjadi 'melayu muslim paranoid'.

saya suka untuk memetik kata-kata ulama yang tersohor dengan kata-kata beliau, satu-satunya ini, (saya tak tahu kalau-kalau beliau terkenal sebab lain), Thaqib Arsalan, yang mengatakan,
"kita tidak mahu mengumpulkan angka-angka kosong. tidak boleh tidak, kita perlu bermula dari bawah" apabila umat islam ketika itu cuba menaikkan semula sistem khilafah yang telah pun tumbang berkecai.
maka apa yang dirumuskan kepada saya, dengan kata-kata itu, dan usaha Imam As-Syahid Hassan Al-Banna, maka lahirlah usrah.

dan ini yang saya cuba jadikan sebagai satu contoh, bagaimana kita menjadi umat yang berstrategi. tetapi sayang, usrah hanyalah satu langkah pertama, dan kesilapan kita adalah apabila kita berhenti melangkah setelah menjejaki langkah 'usrah'. dont get me wrong. saya suka usrah. saya rindu sangat-sangat usrah zaman sekolah hira' dahulu, tetapi sayang, saya tidak lagi jumpa usrah yang betul-betul membawa rasa seronok seperti dahulu. yang ada hanya segolongan naqib yang cuba merapatkan ukhuwah dengan suap-menyuap makanan sesama ahli usrah!
apabila saya tonton filem pendek 'Tomato', kemesraan yang lahir sehingga mereka saling suap-menyuap makanan bukan datang di awal usrah. itu silap sesetengah naqib jaman sekarang. saya ingat lagi saya pernah mendengar kata-kata seperti ini,
"jom kita suap-suap. ana suap enta, enta suap si fulan. okeh?"
sedangkan kami baru berkenalan selama dua minggu. dan dua minggu, bermakna baru dua sesi usrah!
akhirnya sesi suap-menyuap hanya menjadi medan lakonan kononnya ukhuwah kita sudah bertambah rapat.

ops, saya taknak membebel tentang usrah, malah saya sendiri setelah menjadi naqib tahu betapa susahnya menjadi naqib, maka saya tutup cerita usrah di sini. lain entri kita sambung noh. huhu.

usrah adalah permulaan. sayangnya, ramai yang merasakan usrah sudah cukup. ya ke?
Muslim yang Narrow Minded

saya teringat tiga jenis manusia bodoh yang disebut oleh Fathi Aris Omar dalam buku Pengalaman Bertuhan.
mungkin, ulang, mungkin, manusia yang paling bodoh itu adalah yang tidak rancak berfikir. ang kedua terbodoh adalah yang kurang membaca, dan yang ketiga terbodoh adalah yang kurang pergaulan dengan masyarakat.

ironinya, seperti yang disebut oleh Fathi Aris adalah, ketiga-tiga jenis manusia ini ada dalam sistem usrah yang kiat berkembang sekarang. usrah makin pesat, sana sini ada usrah, tetapi dilambaki dengan tiga jenis manusia ini.
saya tidak mahu menyalahkan sistem usrah atau orang yang menjalankannya, kerana bagi saya usrah sangat penting, dan saya juga berjanji untuk tidak lagi komplen pasal usrah, maka saya berhenti di sini.

sayangnya, umat Islam zaman sekarang sungguh narrow minded.
adakah usaha kita sebagai muslim hanya terhenti dalam usrah? dalam jemaah? dalam parti? terlalu obses dengan organisasi sendiri sehingga sepertinya seronok menuding jari membuka kesalahan orang lain?
saya juga tak mahu ulas lebih lanjut tentang taadud jemaah. not now.
tetapi apa yang cuba saya sampaikan adalah, sepatutnya usaha kita lebih dari itu.
bukan sekadar berjemaah, berusrah, tanpa peranan yang konsisten dan jelas. (not that berjemaah dan berusrah tidak membawa manfaat. jangan salah faham pulak.)
contoh yang paling ingin saya tekankan (atau dalam dialek terengganu, 'tekangkang') adalah seperti isu Palestin macam sekarang.

Palestin dan Ghazzah



apa usaha kita untuk membantu situasi di sana?
ya, saya tahu. jom kita listkan sama-sama benda sama yang kita ulang dan kita nampak di facebook.

1.Beri sumbangan ikhlas.
2.Boikot.
3.Kempen anti-zionis dan anti kekejaman.
4.Doa
5.Update berita terkini tentang Palestin dan pemimpin yang jelas memberikan bantuan atau sekurang-kurangnya menempelak perbuatan keji Zionis, dan 'paku' mana-mana pemimpin Islam yang tidak menunjukkan apa-apa usaha dalam hal ini.

kelima-lima perkara ini, kalau anda buat, maka anda prihatin. tapi, memadaikah? cukupke sumbangan kita selama dua minggu paling lama dikutip, untuk membantu mereka? cukupke sekatan dan boikot terhadap ekonomi mereka yang datang berbondong-bondong dari Levi's (astaghfirullah, cukup suka jenama ni. sayangnyaaa), Starbuck ataupun McDonald, juga lain-lain syarikat?

saya tak kata usaha tersebut sia-sia. tetapi usaha tersebut tidak berkekalan. sudah terdesak baru menggelabah nak buat sumbangan, sedangkan sebelum tu, badan-badan yang bertanggungjawab rasa sepi, kurang sungguh bantuan yang dihulurkan.
usaha-usaha seperti menjual kasut emas, juga trofi, bagus, tetapi tidak berkekalan. amal yang paling baik adalah amal yang istiqamah, betul? eh, tapi, apa yang diorang buat tu baguslah. contohilah ya. kalau ada trofi, juallah. hehe.

ehem,
Boikot, boikotlah betul-betul. samalah saya yang cakap ni. so, mulai saat anda membaca ni, boikot betul-betul!

Lalu datang pula satu solusi yang terkenal satu ketika dahulu. 'belilah produk muslim'.
ada beberapa masalah yang saya kira boleh diperbaiki.
pertama, kualiti yang jauh berbeza dengan produk yang kita perlu boikot. so, macamana nak boikot? berat nanang sungguh.
kedua, sangat sedikit produk-produk sebegini yang layak untuk digunakan. promosi ala kadar, kualiti ala kadar, kurang meyakinkan!
ketiga, tiada dana yang disumbang kepada palestin secara berkala, kalau ada pun, mungkin sangat sedikit pihak-pihak yang mempunyai kesedaran yang sama.

"Cukuplah dengan sekadar doa"
bukan ke doa itu sesudah ikhtiar, bukan ikhtiar itu sendiri? belum berikhtiar, dah berdoa?

saya teringat kata-kata Ra's Al Ghul dalam cerita Batman Begins,
"Over the ages, our weapons have grown more sophisticated. With Gotham, we tried a new one: Economics"

betul tak, betul tak?
ekonomi. dan zionis punya kekuatan ekonomi yang gila kentang.


Anjakkan Paradigma!

anjakkan paradigma kita. satu lagi langkah.
cadangan saya mudah, tanamkan cita-cita kita (andai kata masih belajar, kalau sudah berkerjaya, laksanakan!) untuk memberikan dana yang berterusan kepada Palestin. sebagai contoh, anda seorang peguam. simpan gaji anda beberapa peratus untuk disumbangkan setiap bulan kepada Palestin atau mana-mana kawasan lain dimana saudara kita ditindas.
anda ada kedai sendiri? kalau Mcd boleh, kenapa kedai anda tidak boleh? pasang niat untuk menyumbang secara berterusan, kepada mereka.
seperti sudah menjadi tradisi, apabila mendengar tragedi,barulah diri ini ada rasa untuk menyumbang. pecah tradisi itu. ayuh kita kumpulkan sumbangan berkala kepada saudara kita yang memerlukan di serata dunia.

begitu juga dengan doa dan solat hajat. istikamah. ya, solat di malam hari sungguh berat, tapi kita usaha, pasang niat. kalau tidak pasang niat, haramla nak bangun kan.
juga tidak cukup kalau hanya sekadar berdoa kala mereka ditimpa musibah (yang kita dengar), sedangkan musibah itu menimpa mereka saban hari. bayangkan, generasi muda kita main kahwin-kahwin, generasi muda mereka main syahid-syahid! Allahu rabbi, sayu sungguh rasa!

yang terakhir, pasanglah niat untuk membantu mereka di sana. saya berniat untuk ke sana, apabila sudah bekerja. sekurang-kurangnya saya cuba rawati luka fizikal mereka, dan berada di sana nanti moga-moga Allah sembuhkan penyakit dunia saya.

menjadi buih di lautan, yang melambak, tapi tiada guna, ataupun menjadi berlian, yang bernilai harganya.
itu pilihan kita. tepuk dada tanya iman kita, setakat mana usaha kita membantu Islam.
ya, saya menjangkakan tidak ramai yang akan membaca sehingga ke ayat ini. kepada anda yang membaca habis, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca. ayuh mengejar title Ansarullah!

*segala silap, datang dari saya yang hanya bercakap, amalnya kurang.
**saya tiada masalah dengan isma, andai kata ada yang tertanya-tanya saat membaca awal entri ini.
***saya berniat untuk menyumbang beberapa peratus dari royalti buku Kopi-Ah saya kepada Palestin. walaupun tidaklah banyak, but it's a start. anda bagaimana? btw, respek beliau. hoho.
****saya membaca beberapa jam tadi, status afdlin Shauki berkenaan konsep yang lebih kurang seperti yang saya taip dalam blog ni. uuu, bangga sama idea dengan pengarah gempak camtu. huhu

DoaUntukGaza.
wallahua'lam.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 20, 2012 13:25
No comments have been added yet.