Miqael Arshad's Blog, page 9

August 27, 2012

Sepi Dalam Hati

Rutin harianku adalah datang ke tempat kerja dan berkerja. Kerja sangat membosankan tetapi kena juga buat kerja. Pagi tadi sarapan sendirian makan nasi lemak bungkus. Sebenarnya beli dua, yang mampu makan hanyalah satu. Aku beli dua pun kerana nasi di dalam tu macam ciput punyalah sikit, tapi tetap aku tak dapat habiskan satu bungkus lagi. Semua ini adalah gara-gara nasi lemak tidak sedap. Tengoklah macam mana nanti aku dapat habiskan ke tidak pun tak tahulah. Susah hendak cakap.

itulah rupa nasi lemaknya yang aku tak mampu habiskan. Makan nasi lemak ni boleh menyebabkan aku jadi mengantuk. Sekarang ni kepala aku mahukan bantal. Masak!!! aku pun tak ada mod nak menulis. Novel tak siap-siap lagi. Sungguh tak ada perasaan. Kenapalah boleh jadi macam ni? Semangat aku jatuh tiba-tiba kerana rasa tak larat. Sebenarnya aku tengah siapkan cerita Aku Bukan Korea tu dan masih menulis mengenainya.
Dah tengah hari macam ni pun aku masih tak ada rasa nak sambung menulis cerita tu. Kemungkinan besar aku kena relaks dulu pergi ke mana-mana ke... haaa... kan? Hati sepi tak ada bini. Ha ha ha orang masih teruna lagi ni sebab tu makan nasi bungkus aje kut. Opps! Tiba-tiba promosi diri sendiri pulak. Jangan marah haa... sampai sekarang aku tak kahwin lagi malas nak fikir walaupun orang tua sibuk tanya, "Dah ada calon?" Uwaa.... itu orang tua aku belum lagi saudara mara. Jenuh mahu menjawab, "Belum ready lagi... kalau ada jodoh tu ada la kut..." jawapan yang cliche diberikan setiap insan yang bertanya padaku.
Bukannya aku tak mahu kahwin. Sedang kumpul duit ni. Sekarang hantaran orang nak mahal-mahal! isy! mana nak cari yang ideal yang boleh bawa sampai ke mati? Zaman sekarang orang lebih suka jual anak daripada memperjuangkan kebahagiaan anak-anaknya. Geram betul. Hiks! tiba-tiba nak emo pulak. Sorry :-)
Okeylah... nak pergi menggantal cari awek kejap. Kalau awek tu berkenan pada aku muka macam jalan tar tak siap ni maka aku ajak ajelah dia kahwin.... ha ha ha ha~ malas nak memilih tapi yang penting aku nak pandai jaga hati... yang pandai jaga dan tutup auratnya di khalayak ramai. Bila kahwin dengan aku nanti tak adalah banyak dosanya yang aku nak kena tanggung. huhu~
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 27, 2012 21:34

Aku Bukan Korea - Bab 5

ZAFRIL bersiap sedia untuk memulakan perniagaannya. Gerainya tidak berapa jauh dari rumah sewa. Sesungguhnya hati Zafril sangat senang. Tambah lagi hati itu berbunga-bunga malah tersenyum sendiri terkenangkan apa yang telah berlaku. Bertemu dengan seseorang yang menawan membuatkan hatinya tertawan. Selepas solat maghrib dia membuka perniagaannya itu. Jam 8 malam adalah waktu dia mula berniaga sehingga jam 12 tengah malam.Izad datang menyibuk. Bukan Zafril tidak suka tapi kalau suka bercerita tentang keburukan pelajar sahaja rasa bosan pulak. Zafril tidak mahu kecilkan hati Izad tapi harap Izad faham. Tidak semua perkara yang buruk dalam dunia ini tidak memberikan impak yang baik. Contohnya bencana alam. Jika tidak diturunkan bala maka tiada iktibar dan pengajaran yang diambil. Izad masih tidak faham. Keburukan bukan untuk diperdebatkan tetapi diperbaiki.“Sibuk nampaknya.” Sapa Izad sebaik sahaja parkir kereta.“Agak sibuk juga memandangkan malam ini merupakan malam terakhir aku berniaga.” Ujar Zafril sambil meletakkan bungkusan roti di tempatnya. Izad hairan.“Apesal pulak? Kau dah dapat kerja lain ke?” Izad membantu meletakkan botol sos serta mayonis di atas rak gerai.Zafril menggeleng.“Dah tu, kau nak kerja apa kalau kau tak berniaga?”Zafril tersenyum.“Aku tanya pun kau jawab dengan gelengan dan senyuman. Apa kes?”“Bagaimana dengan keadaan kelas?”“Kau bukan dekan untuk aku melaporkan keadaan kelas aku.” Izad agak tidak berpuas hati kerana pertanyaan darinya belum dijawab.“Paling tidak aku cuba meringankan bebanan fikiran kau itu. Kemungkinan hari ini kau menghadapi masalah memandangkan riak wajah kau ketika tiba ke sini tadi sungguh kelihatan muram.” Sengaja Zafril menduga sembil memakai apron yang diperbuat daripada kain pelikat. Jahitan sendiri sungguh cantik. Di bahagian tali apron kain pelikat itu terdapat riben.Zafril menduga Izad tapi Izad seperti tersinggung. Bukan disebabkan pertanyaan Zafril tapi kerana hal pelajar. Kalau sudah diberi peluang, hati Izad sakit. Kalau dibiarkan tanpa ada cara menyekatnya maka hati Izad bertambah sakit. Sakit mengenangkan sikap pelajar yang seorang itu.“Aku tak sengaja terkasar.” Cepat-cepat Izad minta maaf dan duduk di bangku. Zafril faham perasaan Izad sekiranya dalam keadaan marah. Di situ Zafril berdiri lalu memandang Izad yang resah.“Kenapa dengan kau hari ini?”“Pelajar aku semakin melampau.”“Berilah dia peluang. Kau dan dia berbincang.” Zafril menepuk bahu Izad supaya banyak bersabar. Itu sikap Zafril sekiranya ditimpa masalah namun bagi Izad lain pula keadaanya. Izad sudah mengeluh panjang.“Okay, maybe you not understand about feeling.” Izad mengerling.“Tolong berbahasa Melayu.”“Ah, takkan sikit pun tak boleh?”“Aku cintakan bahasa ibundaku. Aku lebih agungkan bahasa ini daripada mencampur-adukkan bahasa perbualanku ini dengan bahasa yang lain. Bukan aku tidak menghormati bahasa orang lain tetapi kita seharus lebih mengangkat martabat bahasa kita sendiri. Bagaimana sekiranya hati dan perasaan juga begitu? Apa kamu mahu perasaan cinta yang ada di dalam hati kamu berganti kebencian?  Bahkan kebencian itu terus merasuk jiwa kamu dan sudahnya kamu hidup dalam suasana yang tidak tenteram.” Zafril sambung kerja selepas membebel.Izad sudah mula rasa bosan. Izad mesti ingat, untuk menjadi seorang sahabat yang baik, dia seharusnya menerima kekurangan dan kelebihan seseorang. Izad bangun dan mengambil sarang telur lalu dikeluarkan telur itu terus dimasukkan ke bekas. Dibawa ke paip untuk dibasuh. Telur mesti dibasuh dan itu yang selalu dilakukan Zafril sebelum Izad mengambil alih tugas itu.Izad ingat pesan Zafril, telur yang tidak dibasuh merupakan najis. Najis yang belum disucikan itu mestilah diambil cakna. Dalam pemakanan, kebersihan adalah tunggak utama. Tanpa kebersihan maka kualiti makanan itu menjadi tidak seimbang. Bayangkanlah najis yang tidak disucikan itu diberi makan kepada orang lain pula lalu menjadi darah daging manusia. Daripada itu ia mempengaruhi hati. Mencari yang halal di sisi syarak merupakan tuntutan. Mungkin ramai yang lupa perkara yang dianggap remeh.“Nasib baik kau melakukannya tanpa disuruh. Ia terakhir kali mungkin.” Zafril tersenyum melihat Izad membersihkan telur ayam itu.Izad yang terbongok itu menegakkan badan. Dia menoleh kepada Zafril yang sedang mengatur bekas berisi salad dan bawang.“Kau nak ke mana, dari tadi tak cakap pun lagi.”“Janganlah kau khuatirkan aku. Aku baik-baik sahaja.” Ujar Zafril kemudian melangkah mengambil tong gabus lalu diletakkan di atas meja kayu. Gerai Kejora Burger Arjuna dihiasi lampu neon indah. Walau bagaimanapun pelita tetap dinyalakan. Sesiapa yang datang pasti berasa damai bersama irama lagu retro diputarkan daripada kaset. Tetapi malam ini radio digantikan.“Eh? Mana kau dapat benda tu?” Izad tertanya-tanya. Di zaman serba moden masih lagi digunakan rekod gramofon atau dikenali sebagai piring hitam.“Selama aku berniaga di sini rasa kurang lengkap tanpa pemain piring hitam ini. Jesteru itu aku bawa ke sini. Lama aku mengambil masa untuk membaiknya setelah ia mengalami kerosakan. Nah, sekarang ia lengkap!” Zafril mengukir senyuman puas. Izad teruja untuk melihatnya. Baru dia perasan benda itu merupakan pemain piring hitam. Patutlah dia nampak ada benda yang dibungkus dengan kain tadi di atas meja. Rupa-rupanya barang antik.Dengan itu berkumandanglah lagu-lagu lama. Izad turut tersenyum kagum. Betul-betul dia tak sangka. Zafril seorang pengumpul barang-barang antik. Patutlah dia nampak banyak barang yang ada di dalam rumah itu. Jam antik, lukisan-lukisan lama. Lencana serta pelbagai lagi yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Ia amat menakjubkan.
***
“ABANG aku cakap ada satu tempat ni, burger dia sedap gila. Kalau kau makan pasti nak lagi.” Farah menceritakan pengalaman abangnya membeli burger di tempat itu. Cuma Farah belum merasainya sendiri. Dia hanya dapat bercerita sahaja kepada Norisya tanpa menunjukkan bukti.“Banyak la kau sedap. Semua burger sama je la rasanya. Tak ada beza. Lagipun aku mana suka makan burger. Kenyang pun sekejap je.” Norisya tidak hairan langsung. Malah tidak pula meleleh air liurnya mendengar keenakan burger yang dimaksudkan Farah itu.Buku nota dilipat. Waktu kelas sudah tamat. Dia mahu keluar.“Chup! Kau nak ke mana ni?”“Nak usyar tempat burger yang kau maksudkan tu.”“Ceh!”Dalam pada itu Mia datang. Mia datang membawa khabar selepas menghantar assignment kepada Puan Husna yang dikumpulkan tadi untuk dibawa ke dalam bilik pengajar.“Kau ada scandal dengan Encik Izad ke?” Selamba Mia bertanya selepas tiba ke tempat duduk Norisya. Soalan langsung tidak bertapis. Barangkali masih marah dengan Norsiya berkenaan kes tidak hadir ke majlis hari lahir. Tapi itu sudah berlalu. Tidak perlu melarat sampai ke hari ini.“Wah, lancang kuning mulut kau ni Mia… please, tak mungkin la…” Norisya menafikan.“Ha`ah kau ni Mia, agak-agak la. Takkan Isya yang comel ni nak berscandal dengan pensyarah sendiri? Lagipun takkanlah Encik Izad tu nak pandang Isya.” Farah pula sarkastik.Norisya cubit lengan Farah.Terseringai Farah jadinya.“Auch! Sakit la Isya…”“Tahu pun.” Norisya angkat kening.“Aku ni jujur dan amanah. Nah!” Mia agak berang sambil menghulurkan sesuatu.Norisya tercengang.“Eh… surat…” leret nada Farah.Cepat-cepat Norisya mengambilnya daripada tangan Mia kurus lidi itu sebelum Farah menyibuk. Mia muncung mulut.“Sebenarnya aku minat dekat Encik Izad tu tapi tak apa. Aku beralah dengan kau Isya…” Suara Mia seolah-olah hampa. Makan hati agaknya.“Tak payah cakap la Mia, aku pun dah lama tahu.” Farah mencelah. Opps!“Sekarang zaman teknologi, ada lagi main pakai surat segala kan?” Mia menyindir lalu beredar meninggalkan kelas tatkala pelajar lain sudah lama pulang.
***
LAMA Norisya memandang Rosnah yang duduk menonton televisyen bersama Mustafa. Sekilas Norisya memandang jam di dinding. Dia berharap sangat supaya dapat keluar makan malam. Lidahnya seolah-olah kelu. Ya, susah hendak meminta kebenaran gara takut permintaan itu akan ditolak nanti. Berdoa Norisya dalam hatinya.Rosnah perasan akan dirinya dipandang. Lalu dipandang wajah Norisya. Ketika itu Norisya bermain dengan jari jemari sendiri. Malam yang terasan dingin kerana petang tadi hujan telah turun. Cuaca benar-benar tidak menentu. Apabila diramalkan cerah tetapi hujan pula. Sememangnya ramalan bukanlah menentukan ketepatan.“Kenapa dengan Isya?” Tegur Rosnah seterusnya mencuit paha suami, Mustafa. Menoleh Mustafa. Tumpuannya terganggu ketika menonton movie.“Errr…” Jawab Norisya.“Isya…” Panggil Mustafa.“Ya.”“Anak ayah mesti lapar, bukan? Kenapa tadi tidak turun makan bersama? Kasihan mak dan ayah makan malam tanpa Isya tadi.” Mustafa mewakili ucapan yang terhiris. Sebenarnya sedikit berkecil hati kerana tadi Norisya tidak turun makan bersama. Sengaja dia membisu ingin melihat sama ada Norisya akan menegurnya atau pun tidak.“Maafkan Isya… errr sebenarnya…” Norisya tergagap-gagap.Rosnah mengukir senyuman seolah-olah memahami sesuatu. “Ada apa-apa yang Isya ingin beritahu mak dan ayah ke?”“Ada.”Sekali lagi Mustafa menoleh. “Apa dia Isya? Bilang sahaja… ayah akan mendengarnya dengan teliti.” Mustafa senyum.Selama ini Norisya seperti hidup di zaman dahulu. Dalam rumah ini semunya barang-barang antik. Sungguh, untuk berbahasa juga sedemikian rupa. Kecuali apabila bersama Rosnah. Rosnah akan melonggarkan peraturan itu ketika ketiadaan Mustafa. Mustafa bertegas perlu berbahasa sopan dan luhur. Tidak boleh menggunakan bahasa lain di dalam rumah. Satu hari berbahasa baku.Huh! Hari Selesa adalah hari yang sangat tidak disukai Norisya. Hari Selasa merupakan hari wajib berbahasa Melayu baku. Mana boleh rojak. Kalau tidak, Norisya tidak akan diberi layanan istimewa oleh Mustafa. Tapi mujurlah tidak mengunakan bahasa purbakala ataupun zaman hulubalang Kesultanan Melayu Melaka. Jikalau tidak, berbelit-belit lidah Norisya menyebutnya. Semenjak dari kecil lagi begitulah keadaan Norisya.Tetapi bukan itu yang dirisaukan Norisya. Sebenarnya bantahan yang mungkin diterima. Tidak diizinkan keluar merupakan jawapan yang digeruni. Yang bakal menghampakan dirinya. Yang mungkin akan membuatkan dia berkecil hati. Janganlah… tolong tolong! Ayah kena bagi peluang dan ruang untuk aku. Norisya berharap.“Assalamualaikum…” Terdengar leret nada orang memberi salam. Rosnah dan Mustafa berpandangan sesama sendiri.Jantung Norisya berdegup kencang. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya, cuba untuk bertenang. Janganlah ada curiga di hati ayah dan mak. Jikalau ombak yang menghempas mampu mengubah pantai, kenapa tidak dirinya? Dia akan cuba berusaha untuk memujuk kedua ibu bapanya agar membenarkan kemahuan hatinya itu terlaksana.Ucapan salam itu diselang dengan bunyi loceng. Rosnah bangun untuk melihat siapakah orang yang datang bertandang? Langsir diselak terlebih dahulu untuk memastikan kelibat seseorang. Semua itu dilakukan demi langkah keselamatan dan tidaklah perlu tergesa-gesa membuka pintu bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.“Abang, ada lelaki dekat luar. Elok abang sendiri yang bertemu dengannya.”“Ayah… biar Isya yang tengok.” Norisya bangun.“Eh?” Mustafa angkat kening sambil memandang Norisya pula. “Duduk sahaja di situ. Biar ayah yang lihat.”Norisya sudah mula bimbang.Mustafa bangun dan mengorak langkah untuk bertemu dengan lelaki itu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 27, 2012 20:05

Masih ada harapan

Alhamdulillah, syukurnya akhirnya blog ni dapat beroperasi semula setelah password tiba-tiba auto rotate. Pelik betul kenapa boleh jadi macam tu? Bertungkus lumus menyelamatkan blog ini daripada terus berkubur sepi. Dan sekarang masih ada harapan untuk berblogging semula. hu hu hu~
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 27, 2012 07:49

August 20, 2012

Cerpen : Buka Mata Hati Edisi Raya!

Buka Mata Hati Raya!
Tum tum tum!!! Pekup telinga! Cepat cepat! Mereka kecoh tepi sungai itu sibuk cucuh meriam. Lawan dengan budak seberang sungai itu. Budak-budak tu memang tak ada kerja. Isy! Bulan puasa sibuk main mercun, detum sana dan detum sini. Tapi itu tak hairan sangat apabila hampir tiba Syawal apabila budak lelaki main mercun tapi ini alahai memang menggeleng orang kampung kalau tengok perempuan tak berapa nak siap sibuk cucuh meriam buluh.“Cucuh Ezan! Cucuh!” Ryan sibuk arah Ezan cucuh meriam tu.“Sumbu ni pendek la Ryan! Kau jangan buat pasal.” Ezan dah was-was nak cucuh. Sumbu meriam tu pendek sangat. Kreatif sungguh mereka berdua buat kerja tak berfaedah. Orang lain main meriam dengan buluh tapi dia punyalah tak reti nak potong buluh pergi bantai tin Ridsect! Ezan pulak bantai tin Shieldtox panjang sikit dari tin yang tu.Sebenarnya mereka berdua tu baru aje tiba tepi sungai tu tatkala budak-budak lain dah sibuk cucuh lawan. Kira dah strategik la kut lokasi mereka tu bawah pokok mangga. Hati mereka terbakar dengar bunyi meriam meletup, detum detum tu.‘Peh! Peh!’ dua das bunyinya. Ryan dah pekup telinga kononnya kuat sangat tapi bunyi macam orang kentut sahaja. Alahai geram Ryan.“Ez! Apasal slow sangat dengar?”“Dah limit kut.” Jawab Ezan yang sibuk mencangkung tu. Ryan tak boleh biarkan. Kalau macam ni memang tak best la main perang. Paling tidak pun biarlah bergegar satu kampung ni. Ades!!! Meriam apa yang kau pakai tu Ryan? Kalau setekat tin penyembur nyamuk tu digunakan memang tak gegarlah kampung tu.“Wargh kah kah kah kah!” Tergolek-golek seorang makhluk yang entah dari mana datangnya. Tiba-tiba ganggu keasyikan Ryan dan Ezan yang sedang gigih bermain. Lingkaran ubat nyamuk yang digunakan untuk cucuh sumbur meriam tadi tu dah patah gara-gara Ryan terkejut lalu tertolak tangan Ezan.“Hoi! Kau apahal?”“Ryan, abang aku tu…” Bisik Ezan setelah melihat Ryan dah bangun sambil cekak pinggang. Tepi Ryan tu ada dua pelita, satu daripadanya tiba-tiba mati akibat aura Ryan semasa bangun tadi.“Amboi sedapnya panggil aku hoi hoi…” Fikri si gendut abang kepada Ezan pun ikut cekak pinggang. Datang tanpa diundang tiba-tiba ketawa terbahak-bahak macam orang sewel tak cukup makan! Geram Ryan sekarang ni memang agak kurang ajar Fikri tu.Ezan pulak tarik-tarik lengan Ryan tak nak kasi Ryan berkelahi dengan Fikri. Dia lebih tahu perangai abangnya itu daripada Ryan. Jadi kalau api bertemu api semakin marak la jadinya. Ezan tak mahu biarkan.“Abang aku tu…” Bisik Ezan lagi.“Abang taka bang, kalau dah kurang asam macam ni baik aku pijak je kaki dia tu.”“Wah! Ada hati nak pijak kaki aku…” Fikri juih bibir. “Izzati! Mari balik!” Tokok Fikri lagi dalam nada tegas.“Saya nak main meriam bang.”“Kau tu perempuan tak payah nak sibuk main benda-benda ni.” Fikri tendang tin itu. Ryan dah angkat kening. Sakitnya hati main tendang meriam aku! Bebel Ryan dalam hati. Grrr…Kalau Ezan tak halang kejap lagi pasti lebam biji mata Fikri tu. Ingat Ryan takut sangat ke pada si gendut tu? Isy! Harap badan je besar tapi dengan perempuan beranilah! Grrr…“Orang tak main meriam pakai tin Ridsect! Orang pakai buluh.” Fikri dengan lagaknya menjeling.“Tapi aku tak pakai buluh. Aku pakai besi signboard jalan raya tu.” Tiba-tiba muncul satu suara berseloroh. Ezan pula terus menoleh ke belakang. Mata Ezan dah layu lalu berkelip laju melihat jejaka tampan di matanya muncul. Oh abang Naf… hati Ezan berlagu cinta.“Hooo!!!” Ryan angkat kening bila nampak kelibat Naflie muncul membela nasib si adik. Tapi harus diingat, Fikri tu kan kawan baik Naflie, tak mungkin la nak bertengkar.“Nak main meriam tak?”“Sorry… tak main meriam ni…” Jawab Naflie acuh tak acuh je. “Kau balik la Fik. Kau ajaklah Ezan ni sekali.” Tokok Naflie bernada lembut je sambil tarik tangan Ryan.Naflie pun dekatkan bibirnya pada cuping telinga Ryan. “Balik nanti siaplah…” Ugut Naflie.“Apa siap-siap? Persiapan raya ke?” Jawab Ryan. “Ez… aku balik dulu…” Ezan lambai-lambai tangan pada Ezan. Rosak program malam ni nak lawan bunyi meriam.
***
Dah pandai mengadu sekarang. Okey tak apa, Ryan tak kisah. Nak mengadu sejuta kali pun tak apa dan Ryan tahu Naflie memang dengki! Muncung Ryan panjang. Sakit hati la ni sebab Naflie dah sampai berita tu pada si ayah.“Kalau Ryan nak main meriam, jom!” Eh, Encik Solehuddin mempelawa Ryan main meriam bersama-sama. Biar betul. Bestnya ada ayah macam ni. Sungguh ayah ni ada satu sahaja dalam dunia ni. Dia adalah ayah Ryan, dan memang Ryan ada seorang ayah sahaja,. Bukan dua orang. Huh!Tiba-tiba tangan melambai di muka Ryan. Mata Ryan terus berkelip. Naflie tahu Ryan sedang berangan sekarang ni. Dah kenal sangat dengan perangai adiknya itu.Grrr! Tak mungkin ayah ajak main meriam. Ryan berfikir. Encik Solehuddin berdiri di tepi tlevisyen tu jadi model. Dari tadi tunggu jawapan Ryan.“Anak ayah boleh janji ke tak?” Encik Solehuddin tanya.Ryan kena berjanji juga. Tak kira walau apa pun yang berlaku Ryan kena minta maaf dan jangan ulangi kesalahan itu.Ryan tunduk dan bermain dnegan jari-jemari. Kena dengar nasihat ayahnya itu. Ayahnya kata bahaya main benda tu nanti tak boleh raya. Kalau apa-apa jadi macam mana? Susah kalau putus jari, putus tangan dan putus kepala atau berkecai badan. Esok lusa dah nak raya mana boleh macam tu. Itulah yang Encik Solehuddin nasihatkan. Minta tolong sangat Ryan dengar nasihat tu.“Ya ayah… Ryan janji.” Jawab Ryan dan Naflie senyum. “Tapi…” Ryan tapi-tapi pula. Naflie pula dah berubah wajah. Ini yang Naflie kurang suka.“Ya…” Encik Solehuddin terus duduk sebelah Ryan lalu diusap lembut ubun kepala itu. Nasib baik Ryan masih patuh mendengar arahan.“Abang Naflie pun main meriam jugak, katanya meriam dia buat dari besi signboard.” Jujur jawab Ryan. Muka Naflie dah berubah.“Mana ada ayah. Saya tak main benda-benda tu.” Naflie pamer muka tak bersalah. Siap kau Ryan!!! Abangmu ini tidak sesekali menjalankan aktiviti yang tidak berfeadah lagi tidak bermoral itu, bebel di hati Naflie.Encik Solehuddin tenung muka Naflie dalam-dalam. Agak kurang asam kalau Naflie pun turut bermain meriam buluh. Ia berbahaya. Kenapa si abang ni tak tunjuk contoh yang baik? Patutlah Ryan terikut-ikut. Mesti Naflie yang ajar? Teka Encik Solehuddin di minda.“Cakap betul-betul…”Naflie pun tunduk kepala. Kesal sungguh setelah melaporkan pada si ayah ke mana Ryan menghilang tadi sekarang dirinya pula terperangkap. Dapat adik pulak terlalu jujur sampai apa yang dia reka pun diceritakan juga. Panas betul hati Naflie sekarang ni mengenangkan tahap bijak pandai Ryan tu untuk dibabitkan sekali.“Saya… sa… saya…” Naflie tergagap-gagap.“Apa saya-saya? Ayah nak dengar sekarang ni, betul ke tak?” Encik Solehuddin dah cerlung mata. Misai tu dah mula melentik secara automatik pula. Bahaya ni!Ryan dah nampak muka Naflie dah pucat. Kalau tak kena lempar dari tingkap sebagai hukuman, mungkin kena tikam dengan keris. Kalau tak dengan keris pasti kena rotan? Ryan fikir apakah denda yang bakal ayahnya kasi.“Saya tak pakai besi tu ayah… saya pun pakai tin Ridsect gak?” Jawab Naflie takut-takut.“Wargh kah kah kah kah…” Tergolek-golek Ryan ketika itu juga. Agak kurang ajar Ryan ni tak menjaga hati. Mana tidak, tadi bunyinya macam hebat sangat rupanya pakai seperti apa yang Ryan guna dengan Ezan tadi.
***
“Assalamualaikum…” Leret sahaja nada suara itu. Lembut bak sutera bagaikan suara perempuan Melayu Terakhir tapi bila tengok empunya diri, nauzubillah… berpaling Naflie daripada terus melihat.“Siapa bang?” Ryan berdiri tepi Naflie yang sedia tercegat tepi tingkap. Laa… Ezan rupanya, apasal kontrol suara ala-ala wanita sopan? Hakikatnya Ezan mahu sopankan diri kut.Sebaik sahaja Ezan nampak Ryan, terus dihulurkan kuih. Dari jauh Ezan bawa kuih tu. Naflie pun melangkah duduk semula di sofa. Tak jemput Ezan naik pun. Penta berpuasa kut. Malam tadi Naflie diketawakan oleh Ryan dan ayahnya. Ingatkan Encik Solehuddin tu akan menangkan Naflie tapi ternyata tetap nak menangkan Ryan! Grrr… Naflie pula gumam geram.“Eh, kuih apa ni?” Tanya Ryan selepas dihulurkan Ezan. Ryan ambil.“Untuk berbuka nanti… eh, ayah kau ada?” Tanya Ezan sambil melabuhkan punggung di atas tangga. Tak apalah dah Naflie tak jemput nak nak buat macam mana.“Janganlah duduk bawah tu, marilah naik…” Pelawa Ryan pada sahabat baiknya.Ezan malu-malu tapi tak apalah, lagipun Ezna tak lama dah nak balik. “Kau tolong berikan kuih ni untuk dia, ya.” Satu lagi bekas diberikan. Ryan pun ambil lalu dibuka tudungnya.Kedua-dua tudung akhirnya dibuka. “Mana aci! Kau bagi aku onde-onde tapi dia kau bagi karipap!” Ryan dah jeles.“Ala Ryan… dia kan suka makan karipap…” beritahu Ezan.“Aku pun.” Ryan saja nak uji. Ryan tak suka karipap tapi ketupat dia suka. Tak apalah, onde-onde pun onde-onde la… Eleh Ez… macamlah aku tak tahu yang kau syok dekat abang aku tu. Isy! Tak apa aku nak tengok kehebatan kau rebut cinta abang aku tu… bicara hati Ryan.Ezan terus tengok jam. “Aku gerak dulu dah, nanti lambat pulak aku nak berbuka.” Ezan bangun.“Ez… Lusa dah nak raya, Ramadan pun bakal nak tinggalkan kita. Kau dah tinggalkan puasa belum?” Tanya Ryan sambil tutup semula bekas tu.Ezan berdiri sambil menarik nafas. “Sedih, kan? Ramadan sangat best dan berat badan aku pun dah turun. Syukur Alhamdulillah…” Jawab Ezan yang sayangkan bulan Ramadan. Dengan adanya Ramadan dapat menguji tahap kesabaran dan keimanan serta… perasan cinta. Perasaan cinta Ezan terhadap seseorang pun kian bertambah. “Aku harap dapat puasa penuh. Esok satu hari lagi puasa yang tinggal…” Ryan dah berwajah sedih tengok Ezan yang snagat suka pada bulan Ramadan. Ryan tahu Ezan suka bulan puasa sebab dari dulu lagi dia akan bawa kuih untuk Naflie. Tiap-tiap tahun macam itulah selalu.“Izzati!!!” Tiba-tiba dengar suara Fikri memanggil. Laaa… datang dengan abang dia rupanya, tak perasan langsung. Ryan baru nampak. Sibuklah Fikri tu, orang tengah layan perasaan bercerita pasal Ramadan ni dia sibuk panggil adiknya.“Ya… kejap!” Jawab Ezan.
***
Yeay!!! Hari Raya tiba juga. Seronok sungguh. Tapi kenapa Abang Norman tak balik lagi ni? Sedihnya hati kerana Abang Norman tak ada. Ryan tak sabar naks alam raya dengan ayah dan abang-abangnya. Tak sabar juga nak dapat duit raya tetapi sebenarnya… bukan duit raya yang penting tapi keakraban dan hubungan mereka dalam kekeluargaan itu yang lagi penting. Mereka dari dulu menjaga hubungan itu. Ya… hari raya menyedihkan bagi Ryan tatkala orang lain beraya bersama dengan orang tua masing-masing tapi Ryan beraya dengan ayah dan abang-abangnya.Mak… Ryan rindu sangat pada mak… Ryan merintih dalam hati saat tunggu ayah dan Naflie bersiap nak ke masjid solat Sunat Aidilfitri.Ibu Ryan dah lama tak ada masa Ryan masih kecil. Tak ada potret untuk ditatap. Tak ada apa-apa yang ditinggalkan untuk Ryan kenang. Ryan tak pernah rasa kasih sayang ibunya tapi dia tetap rindukan ibunya.“Assalamualaikum…” Ryan terus bangun suara tu best didengar.“Abang!!!” Ryan terus peluk Abang Norman. Akhirnya abang kesayangannya balik juga. Sibuk benar dengan kerja sebagai atlit sukan bola sepak tu.“Ni…” Norman berikan kotak yang agak besar. Tak sabar Ryan nak buka. Cepat-cepat buka.“Wah! Bola!” Ryan pun terus masuk bilik untuk simpan bola tu di atas rak. Dah bersusun bola atas rak tu. Selalu dapat hadiah bola je dari Norman. Macam dah tak ada hadiah lain lagi! Ryan pun keluar semula dan mendapati ayah dan abang duduk bersalaman di hari mulia. Di kesempatan itu Ryan memohon maaf.Selesai solat sunat Aidilfitri, mereka kembali semula ke rumah. Tidak lama selepas itu kunjungan keluarga Pak Kassim pun tiba. Mereka bersalam-salaman di hari raya dan selepas hari raya perang bakal bermula lagi. Begitulah selalu. Perang di antara anak-anak duda kampung. (Peace)Ezan tu tetap duk usyar Naflie entah dapat ke tidak kalau tak dapat tunggu tahun depan pula. Ryan pula tetap begitu rindukan hari raya bersama ibu namun itu tak mungkin akan kesampaian kerana yang pergi tetap pergi. Kini Ryan masih ada ayah, Abang Norman dan Abang Naflie. Merekalah yang Ryan ada sekarang.“Assalamualaikum…” Kedengaran pula orang beri salam kunjung tiba ke rumah Ryan. Ryan cepat-cepat keluar dan mendapati Azram tiba ke situ. Tersenyum lebar Azram setelah melihat Ryan yang cantik! Huh!“Wa`alaikumussalam…” Jawab Ryan. “Jemputlah masuk, sorang je ke?” Tokok Ryan dalam pertanyaan.“Ramai… tak nampak ke?” Seloroh Azram si kurus hitam manis itu. “Sorang je la…” Sambung Azram lagi apabila nampak Ryan terintai-intai takut ada lagi di belakang Azram. Mana ada sesiapa dan dah memang Azram datang seorang pun.“He he he…”
(TAMAT)
p/s : maaflah kalau BMH edisi raya ni kurang mantap, hiks. Sebenarnya saya rindu sangat pada watak-watak mereka ni, jadi saya buat sedikti kisah pasal mereka ni :-) Peace... selamat hari raya aidilfitri maaf zahir dan batin.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 20, 2012 17:19

Cerpen : Hantu Raya di Hari Raya

Notis : Cerpen ini mengandungi nilai bahasa yang sangat rendah.
Raya… sebut pasal hari raya aku fikir ia sesuatu yang indah tetapi ternyata ia merupakan hari malang dalam hidup aku. Bukan aku tidak mahu meraikannya selepas sebulan berpuasa tapi apa yang ada di hari raya tu? Kebahagiaan? Kegembiraan? Adakah ke untuk aku tatkala keluarga aku sendiri huru hara? Hati aku pilu, pedih dan terluka, siapa tahu? Aku dapat rasa yang Allah sahaja yang tahu tapi apa boleh aku buat? Aku tak boleh apa-apa. Yang aku boleh buat adalah buat tak tahu. Semakin aku buat tak tahu semakin perit dari dalam jiwaku sendiri.
Pada malamnya itu aku keluar dengan kawan aku. Melepak sebab tak ada apa yang perlu aku buat. Kemas rumah? Aku fikir ia tak perlu sebab dah tak ada makna pun lagi. Tapi… selepas balik pada pukul 2 pagi malam raya akhirnya aku kemaskan juga rumah. Dalam rumah memang tak ada apa-apa. Hari raya ke ni? Kemas rumah aku seorang aje ke? Aku sorang, ya aku sorang je. Aku ada mood kemas rumah sebab tengok wajah ibu. Aku merajinkan diri aku, tapi apa yang aku dapat? Aku tak dapat apa-apa pun di hari raya tu. Kasih sayang? Memang jauh sekali.Aku bangun pagi tu selepas penat mengemas dengan seorang abang aku yang kurang siuman. Hanya dia je yg temankan aku kemas rumah tatkala adik bongsu aku yang agak baik dan berjiwa murni melepak tak layan kemas rumah. Adik aku ke tu? Dia tak layan untuk kemas di hari raya. 
Jadi aku dengan abang aku yang kurang siuman tu la yang kemaskan semua tu. Ayah je yang susah hati cari abang... abang aku tu dhlah tak pakai handphone. Isy!“Bang, kita pasang langsir pulak.” Abang Man mengangguk je. Abang aku pun buat je apa yang patut bila dah disuruh. Aku pasang langsir dan ibu aku tidur lepas penat kut layan beli barang sampai pulang lambat.Aku menyapu dan mengemop lantai sebab lantai kotor, semua kotor dan rumah aku memang bukan macam rumah orang duduk sebab ayah kau seorang pengotor, mak aku pulak seorang yang kuat membebel tapi ayah aku tetap macam tu, buat bodoh je.
Aku dengan abang buat kerja dua orang sambil ditemani lagu hari raya di corong radio. Aku bergelak ketawa dengan abang dan itu je bahagia yang aku dapat pada hari esok nak raya. Tak lama selepas tu adik bongsu aku balik. Dia masuk dan jalan macam tu je masuk bilik dia buat bodoh je langsung tak endah aku dengan Abang Man buat kerja. Adik aku ke tu?Kemudian kami berdua dah ngantuk, abang pun dah letih tapi letih-letih dia pun tetap senyum sendiri. Abang macam tak ada rasa apa-apa ke? Tak rasa sedih macam yang aku rasa ni ke?
“Mat, abang nak tidur.” Abang Man senyum je dan aku angguk kasihan dekat abang dah letih. Sebenarnya abang balik tadi jalan kaki dari pekan selepas dia tak jumpa kereta ayah. Ayah, mak dan abang pergi beli baju raya tapi abang tak jumpa kereta. Abang tersesat. Aku tak ikut mereka sebab aku keluar dengan kawan masa tu. 
Kasihan abang balik jalan kaki. Mak pula boleh balik dengan Lan adik yang bongsu tu. Mak call dia dan dia datang ambil mak. Ayah pula sibuk duk cari anak dia yang entah ke mana, Alhamdulillah mujurlah abang man tahu balik sendiri tu pun jalan kaki. Jauh tu. Abang sampai rumah sekejap aku pun baru balik dgn kawan. Jadi aku nampak abang urut-urut sendiri kakinya. Mak pula duk ketawa je konon lucu abang balik jalan kaki. Mak boleh la gelak-gelak sebab tu bukan anak dia. Tu anak tirinya.Abang Man tetap abang aku sebab dia pun anak ayah aku ber’bin’kan sama, bin Salim. 
Aku dengan mak yang ni ada tiga beradik, Mat (aku), Zuki dan Lan. Ya tiga beradik je. Satu mak dan satu bapak yang ni. Ayah aku ni ada anak-anaknya yang terdahulu. Semua ni terjadi sebab dah tiada kesefahaman. Mak aku pulak ada anak-anak terdahulu. Macam mana nak jadi baik? Aku hairan dengan jodoh mereka ni. Ada adik beradik satu mak, lepas yg ni satu bapak, yang aku pulak yang ni, jodoh ketiga mereka. Hmmm!!! Boleh aku katakan semua ini macam satu sial! Entahlah hari baik bulan baik buat hati aku rasa hiba. Mod raya aku hancur dan memang tak ada apa-apa. 
Awal-awal pagi aku bangun sebab tak boleh tidur. Aku bangun dari perbaringan yang gelisah. Tapi aku bangun juga sebab aku nak pakai baju raya yang orang yang aku sayang kirimkan dari jauh. Dia pos, dia belikan aku baju raya. Raya aku rasa seronok dengan baju dia je. Baju Melayu warna hijau. Sukanya aku pakai baju tu. Aku gosok baju tu dan kemudian pakai pagi raya tu dengan harapan mimpi ngeri yang berlegar di minda lenyap. 
Ternyata sama sekali tidak. Bangun pagi di hari raya, mak aku kata nak masak nasi minyak hari raya ni. Pergi dapur tak ada nasi minyak, hanya bihun goreng. Okey itu rezeki aku terima walaupun hati terasa pahit. Abang aku pulak tak turun sarapan sebab dari tadi tak siap-siap gosok baju. Hee hee… abang gosok baju tak siap-siap sebab abang gosok tanpa buka suis, kelakarlah abang aku tu. Aku tolong gosok. Tu la abang, tadi orang nak gosok tak nak kasi kata boleh buat sendiri. Tapia bang senyum je tak marah. Dia tak reti nak marah sebab abang hanya tahu senyum. Tapi mak aku tetap cakap dia bodoh. Jadi bodoh sebab ibu kandung mak kepada abang aku ni kurung dia. Kurung tak bagi keluar dan bergaul.
“Mek tu memang bodoh takde otak kurung Azman dalam rumah. Sekarang jadi bodoh sama bodoh dengan mak dia jugak.” Mak aku, Ramlas membebel merangkap mak tiri pada Abang Man. Ayah aku pulak terasa hati mak aku cakap macam tu sebab tu anak dia. Anak lelaki dia. Walaupun dah tak berapa betul tapi tu tetap anak dia. Mak aku ringan mulut je kata macam tu dahlah nasi minyak tak buat. hmm… Mak aku ke tu? Hancur hati aku sebab hari raya macam tak ada makna apa-apa pun. Aku dah hilang mod nak beraya tapi aku kawal perasaan aku ni walaupun pedih sebenanrnya. Aku dah tak tahu nak buat apa.
***
Bersalaman raya tepi pintu je sebab mak kan wanita muslimah yang sangat teranggung walaupun menderhakai suaminya. Kata mak, si ayah ni tak reti jaga anak dan tak reti ajar anak sebab tu semua anak-anak jadi bodoh macam ayah. Ya aku terima aku bodoh dan aku memang tak ada otak. Tapi dulu aku benci dengan ayah aku dan sampai sekarang aku benci dengan sikap mereka semua walaupun usia aku dah 27 tahun aku tetap rasa terasing dalam keluarga ni. Mak aku hanya tau minta maaf di hari raya lepas tu derhaka lagi. 
Dengar ceramah macam-macam. Dah pergi buat haji tapi perangai sama je. Aku fikir mak aku tu wanita yang sangat mulia ternyata pelakon paling hebat dalam dunia ni. Lepas solat sunat Aidilfitri boleh pergi hambakan diri jumpa anak perempuan kesayangan dia di sebelah rumah. Namanya Zila, wanita terhebat yang suka huru harakan aku adik beradik sampai adik-beradik lain memihak pada dia. Anak tiri ayah aku tu agak kurang ajar semua harta dia nak bolot daripada kedai makan sampai tanah. Mak aku tu dah nampak dia sorong je dalam hidup. 
Kalau dengan Zila dia akan jadi lembut gigi dari lidah.Hari raya perempuan tu mana jejakkan kaki rumah ayah aku ni, dia buat sombong macam babi hutan sial! Lan dengan Zuki mana raya dengan aku tapi itu aku tak hairan sangatlah sebab keluarga aku memang keluarga yang rosak! Keluarga hancur yang tak tahu apa itu bahagia. Bila semua dha besar semua jadi setan. Mana nak fikir nak wujudkan bahagia. Dalam hidup mereka tak kenal pun apa tu bahagia. Porak peranda mereka tahu.Aku tak salahkan mereka sebab mereka dah jadi babi hutan kerana perangai mereka jadi begitupun sebab mak dan ayah aku juga yang dua-dua memang tak reti didik anak dari kecil. Bila dah besar panjang macam ni baru nak dididik dan diajar bersopan?! Persetankanlah didikan agama yang baru nak diberikan sebab sekarang ni ke baru nak insaf?
“Selagi Lan tak dinasihat selagi tu mak berdosa. Ayah pun berdosa sebab biarkan dia tak solat!” Aku bertegas tapi sama je. Mulut mak aku sayangs angat anak bongsu dia tu. Sayang jugak! Selain Zila, mak aku tu pun sayang Lan. Nak apa? Kereta diberikan. Dua ekor tu memang disayangi gila-gila. Tapi aku? Aku tak ada apa-apa pun. Zuki pulak dah jadi hamba Zila, jadi pak turut ikut je sampai jangan bebaik dengan aku. 
Setan sungguh si Zila lahanat tu.Aku hanya nak satu je dari keluarga aku. Aku nak kasih sayang dan perhatian. Mereka abaikan aku dah lama. Aku dah lama tinggalkan benda-benda tak senonoh. Aku dah lama tak hisap ganja, dan telan pil kuda tak bergaul bebas. Aku dah lama tak ambil tahu pasal kawan-kawan liar aku dulu. Aku jadi macam tu pun sebab aku tertekan dengan jiwa aku sendiri. Mereka berdua, mak dan ayah aku tu la asyik bertengkar. Dari aku kecil sampai besar bergaduh je memanjang. Kadang-kadang aku terfikir kenapa tak dimatikan aje mereka berdua tu oh Tuhan? Atau Kau matikanlah semua adik beradik kami ni supaya tinggal dalam dunia ni mak dan ayah aku tu je.
Bila aku dah nak jadi baik, macam-macam dugaan. Aku rasa tak adil. Kerana aku pernah rosak dulu mak dan ayah aku macam tak beri peluang tapi ayah sikit-sikit dah borak dengan aku sampai sekarang. Tapi mak, tetap sayangkan Zila. Semua diberikan pada Zila sampai anak tu macam setan tak layan dah Salim si ayah tirinya yang jaga dia dari kecil. 
Inilah padahnya bila orang tua suka kahwin cerai lepas tu hanya tahu buat anak tapi tak reti didik anak.Tiap-tiap tahun bila hari raya macam tu la sampai pernah aku tak balik raya selama dua tahun sebab aku bosan. Aku lebih sanggup lepak Kuala Lumpur, tak nak balik tatkala orang lain sibuk nak balik. Serius aku sampai macam tu. Dah tak ada makna apa-apa pun. Susahnya jadi anak lelaki macam aku ni.
Hari ni pun dah masuk hari kedua raya. Aku tebalkan muka hantar SMS dekat adik aku dua ekor tu. Aku kata, kalau tak beraya dengan aku ni aku tak kisah tapi minta ampun dengan ayah tu. Aku hairan satu benda kenapa mereka tak usaha cari agama? Belajarlah sikit-sikit walaupun sedar ayah jahil agama tapi dia tu ayah kandung korang la, sial!!!! Salim tu ayah kandung! Bukan Zila tu dewa kau yang leh bantu kau masuk syurga. Bodohlah korang berdua ni. Mak aku tu pulak, tak sedar diri! Semua nak kasi dekat Zila tu macam Zila tu leh bawa mak ke Syurga kononnya kalaud ah perangai Zila macam sial! Sanggup jadi isteri no 3 sebab sedar lelaki tu kaya gila. Mak aku rekemenkan dorang kahwin. Bodoh kan? Sampai sanggup bercerai semata-mata nak kahwin dengan lelaki kaya. Bodohnya keturunan macam ni. Huh! Macam setan.
Ayah aku tu pulak diberi makan ikut suka je. Aku tahulah ayah aku tu pemalas dan malas bekerja. Yang mak aku sayang sangat tu kenapa? Minta je cerai. Dah masih bau Syurga ke kalau derhakai suami? Belajar agama, sia-sia je. Tapia pa mak aku buat? Tak ada. Asyik mencari salah orang lain je. Masing-masing suka menyalahi masing-masing.
***
Mereka tetap tak beraya, jadi apa makna raya ni? Mak aku beraya dengan anak dia je. Aku ni siapa? Aku anak pungut ke? Adakah kelahiran aku anak sulung perkahwinan Ramlas dan Salim ni bukti cinta mereka? Apa yang aku dapat? Aku tak dapat apa-apa pun kan? Kadang-kadang aku rasa aku macam bukan anak mereka. 
Ya Allah… sampai begitu rasa aku. Ayah aku dulu memang kejam. Suka pukul aku, dan pernah simbah air panas ke muka aku sampai melecur. Pernah rotan aku sampi aku tak boleh nak tidur. Pernah campakkan aku dari beranda rumah sampai ke tanah. Walaupun aku dilayan teruk sebegitu rupa, sekarang ni aku bercakap dengan ayah aku setelah lama aku melarikan diri jauh dari keluarga.
Ayah aku seorang yang panas baran semasa kami kecil dahulu. Ayah aku layan mak aku macam gampang je. Mak aku nak jual nasi lemak pago-pagi hari tapi ayah aku tendang tong nasi nasi. Ya… itulah yang aku saksikan. Mereka suka bertengkar. AKu masih kecil waktu tu. Jadi… aku rasa itulah sebab kenapa adik beradik aku hancur. Ayah aku yang meradang dan ibu aku yang cetek ilmu. Masing-masing tak bijak. Bodoh! Masing-masing tak ada akal sehinggakan anak-anak mereka tak ada akal.
Okey, baiklah mungkin tuhan nak uji kami. Tuhan nak aku belajar sesuatu dari dalam keluarga ni. Tuhan nak suruh aku bersabar kut. Okey aku bersabar selagi mampu walaupun aku kuat memberontak.“Ayah memang macam tu, ayah yang ajar anak-anak. Ayah ikut atuk. Atuk yang ajar ayah macam tu.” Kata Abang Man. “Abang takde mod pun nak raya.” Tokok Abang Man senyum-senyum. Abang mungkin jadi sedar bertutur macam tu. Abang jadi macam tu pun sebab tertekan dengan keluarga ini. Kasihan abang jadi macam tu.Aku dapat rasakan betapa peritnya abang dahulu sebelum aku dilahirkan di dunia ni. 
Patutlah abang sanggup lari jauh-jauh dan duduk dengan mak kandung dia. Tak nak jumpa ayah. Kaklong pun sama tak nak jumpa ayah sampai tak balik raya.Jadi, raya aku tiada seri pun. Tak seindah suria yang aku dambakan sehinggakan aku menitis air mata tatkala pernah aku perhatikan keluarga orang lain yang berkumpul dan bergelak ketawa. Tapi keluarga aku tak pernah berkumpul macam tu sambil gelak-gelak. Tak ada… di hari raya mak aku bileh duduk rumah Zila tinggalkan ayah aku dalam rumah. Ayah ajak pergi rumah sudara tapi mak tak nak ikut. Mak lebih dnegar cakap Zila sial tu daripada suami sendiri. Aku tak tahu mana tempat untuk mak aku. Syurga atau Neraka. Kami? Kami pun tak tahu di mana. Aku tak tahu apa yang perlu aku buat lagi.Aku dah tak tahu… aku dah tak tahu Ya Allah….
Tuhan… inikah jalan untukku? Inikah cara kau tunjukkan kasih sayang-Mu padaku? Jika inilah ia, maka bukalah hatiku ini untuk melihat kedukaan ini merupakan bahagia dari-Mu… andai ini yang cara Kau gantikan duka, maka Kau lebarkan sayap rinduku untuk menerima cinta-Mu. Seandainya ini takdir untuk aku, akan ku pasrah walaupun sebenarnya pedih…
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 20, 2012 04:02

August 17, 2012

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Sempena bulan baik aku nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat kawan-kawan yang selalu lepak blog aku ni, serta pada pelawat-pelawat blog yang tiba-tiba je masuk blog ini dan baru mengenali blog Miqael Arshad maka korang juga aku say Selamat Hari Raya juga serta untuk seluruh umat Islam di muka bumi ini :-)
Di sini aku nak minta maaf di atas setiap keterlanjuran kata-kata yang telah mengguris hati. Selama ni aku cuba hiburkan hati aku sendiri serta hati korang semampu yang boleh dan jika ada sebarang kekurangan haraplah dimaafkan. Aku insan kerdil yang terasa sangat bertuah kerana adanya korang bersama aku di sini.
Semoga raya korang tahun ni penuh makna..... yeay!

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 17, 2012 22:18

August 16, 2012

Cinta saya untuk awak

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 16, 2012 02:08

August 13, 2012

Serius tadi paling bosan!

Cepat betul masa berlalu. Dah tak perasan dah hari ni hari ke apa. Puasa ke berapa? kan? cepat betul ni. Sampai ada kalanya rasa macam benda yang kurang sampai tahap otak pun jadi tepu. Serius beb bulan puasa ni otak aku tak berapa nak nak berfungsi dengan betul. Mungkin ada skru yang tertanggal. hu hu hu. Apa-apa pun aku ada buat satu rakaman album sulung aku. warghh kah kah kah.. album katanya. Maaf, saja gurau. Saja nyanyi dan bagi ucapan hari raya pada korang,
Korang yang selalu lepak blog aku ni tak kira muda atau tua, ini lagu aku nyanyi. Maaf okey sebab ia tak sedap langsung. Jadi, kalau dah tak sedap tu jangan komen apa-apa. Kalau kau kutuk aku siap kau! aku bakar komputer kau! ha ha ha. Acah aje, mana boleh sesuka hati nak marah orang dan ugut macam tu. Kan ?
Aku nak mintak maaf la wei sempena hari raya bakal tiba ni nanti mana tau aku melucah ke? mencarut ke? tetiba aku rasa macam terkencing lepas tu tak basuh ke? Aku mohon maaf ye? Korang nak maafkan aku ke tak ni? hehe kalau tak nak maafkan tak apa la. Aku nangis aje la puas-puas. Wokey??
Dah! tak payah panjang panjang-panjang, terus je layan lagu nyanyian istimewa dari aku untuk korang. Seloka Di Hari Raya. Heeee.... Maaf zahir dan Batin :)))



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 13, 2012 03:22

August 10, 2012

Mak... esok dah raya!

Esok sudah hari raya sukanya saya awak... suka betul dalam hati ini. Awak tahu kenapa? Sebab selepas kita berpuasa sebulan, berjuang menahan lapar dan dahaga maka akan tibalah hari kemenangan untuk kita sebagai umat Islam. Tapi... inilah pertama kali juga saya sambut hari raya aidilfitri tanpa ayah. Ayah dah pergi jauh awak. Ayah saya pergi jumpa Allah.
Saya ingat lagi pesan ayah. Pesan ayah jagalah mak dan adik baik-baik. Jangan nakal-nakal. Baiklah ayah, Adam akan jaga mak dan adik-adik dengan baik. Saya berjanji dengan ayah saya awak... saya berjanji sebab saya tak mahu kecewakan ayah saya. Ayah saya hembus nafas terakhir di hospital. Ayah kena strok akibat menyakit jantung. Itulah awak saya nak pesan juga pada awak supaya nasihat pada rakan-rakan awak atau sesiapa sahaja supaya jangan merokok. Ayah saya tu degil tak nak tinggalkan rokok.. Tabiat merokok memang tak bagus awak. Awak pun janjilah dengan kita jangan hisap rokok atau jangan biarkan kawan-kawan awak atau keluarga awak dekati rokok.
Awak... saya tak tahu raya esok macam mana. Saya tengok songkok ayah atas rak. Songkok raya ayah. Ayah tak sempat sambut hari raya. Hari pergi pada puasa ke 15. Masih terasa dalam hati saya ni awak. Mak pula sayu hati teringatkan suaminya. Saya tahu mak sayang sangat pada ayah. Kalau mak tak sayang ayah, tak mungkin saya akan lahir dalam dunia ni. Saya dilahirkan atas dasar cinta dan kasih sayang mereka. Tak apalah, apa boleh buat sudah takdir Allah untuk keluarga saya. Saya pun pandang dua orang adik saya yang duduk atas kerusi. Adik saya Aman dan Amin menangis. Mereka kembar. Hehee comel adik-adik saya tu macam abangnya juga. Siapa abang dia? Sayalah abang mereka tu.
Saya dah pasang langsir, saya dan siapkan semua. Aman dan Amin bantu sekali. Budak umur 7 tahun dah boleh bantu abangnya. Kami tak nak susahkan mak. Sebentar lagi awak saya nak pergi tolong mak bakar lemang pulak. Seronoknya dapat makan lemang untuk raya esok dengan rendang sekali.
Masa pergi dekat mak, kami seronoklah kan tengok mak sibuk bakar lemang. Adik-adik pulak jerit "Mak... esok dah raya!" Padahal mak pun dah sedia tahu. Tadi pun dah tengok dan dengar pengumuman dekat kaca televisyen.
Adik seronok sangat sampai main kejar-kejar dekat situ. Saya senyum melihat kegembiraan adik-adik saya tu walaupun saya tahu mereka tidak faham erti kehilangan ayah. Mungkin mereka dapat rasa nanti. Itulah yang saya fikir awak.
Tapi Allah itu Perancang yang Terbaik. Saya tak mampu menghalang takdirnya. Saya dengar mak menjerit "Amin!!! Aman!!!" Ya Allah saya terus menoleh. Saya tak nampak mana adik saya. Saya lihat mak saya dah berlari mendapatkan adik. Ketika itu saya hanya dengar bunyi brek dan tayar yang bergesel sahaja.
Saya cepat-cepat kejar mak. "Makkk!!! mak nak pergi mana?" Saya dapatkan mak dan saya juga tercari-cari mana adik-adik saya. Rupa-rupanya dua orang adik kembar saya ada bawah perut lori. Kenapa ada lori? Kenapa? Kenapa ada lori lalu dekat sini? Ini jalan kampung dan lori itu dipandu laju!
Saya nampak kereta peronda pihak berkuasa pun sedia lalu di situ. Lori itu memang dikejar dikejar kerana melalui jalan besar. Sudah dimaklumkan kenderaan berat tidak boleh menggunakan jalan raya di musim perayaan. Pemandu lori itu degil!
"Adik... sampai hati adik pun tinggalkan abang dan mak..." Sedih awak. Dua orang adik saya tu meninggal dalam keadaan yang bukan lagi berbentuk orang. Ngeri awak... ngeri sangat... Mak dah rebah tidak dapat menahan hati yang tersayat. Mungkin adik saya tak perasan ada lori lalu di situ memandangkan lampu lori itu tidak dihidupkan. Ia seperti sengaja mematikan lampu berkenaan. Adakah itu takdir untuk adik saya? Ya awak... itu takdirnya...
Tak apalah awak.. saya tak nak buat awak rasa sedih... awak jaga diri baik-baik tau. Assalamualaikum.
p/s : certot!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 10, 2012 22:51

August 9, 2012

mimpi berganti rindu

Dalam resahku sekian waktu mendabik rinduharap jiwa yang satu akan terus di situwalau tanpa relamu, dia tetap akan pergiharap kasih dan sayang telah diberimenjadi putaran waktu yang aslikerana rebah tidak selamanyakerana bangkit adalah setiabiarkanlah taburan janji terkuburizinkan rindu berubah cintadalam warna hujan yang kelabu...

kalau pun janji tiada, harap kasih mekarsungguhpun tiada mimpi, tetap ada kasihkenangkan memori yang lalu menjadi warisan semangatkerana jiwamu sekeras kerikil bakal hancuryang dahulu tangis sendu, kini senyum tawasetelah hilang berganti, dalam rindumu bermimpi...sahabat yang tak kau kenali, tampil memanggil....itulah ketentuan ILAHI...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 09, 2012 11:22

Miqael Arshad's Blog

Miqael Arshad
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Miqael Arshad's blog with rss.