Miqael Arshad's Blog, page 8

October 2, 2012

Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian


AktivitiSayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
16 Jan 2012 -
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita HarianSAYEMBARA PENULISAN NOVEL, CERPEN DAN PUISI ITBM-PENA-BERITA HARIANHADIAH KESELURUHAN RM130,000!KATEGORI NOVELHadiah Pertama : 1 x RM15,000Hadiah Kedua   : 1 x RM12,000Hadiah Ketiga   : 1 x RM9,000Hadiah Sagu hati :7 x RM3,000
KATEGORI CERPENHadiah Pertama : 1 x RM10,000Hadiah Kedua   : 1 x RM7,000Hadiah Ketiga   : 1 x RM5,000Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
KATEGORI PUISIHadiah Pertama : 1 x RM10,000Hadiah Kedua : 1 x RM7,000Hadiah Ketiga : 1 x RM5,000Hadiah Sagu hati : 7 x RM2,000
SYARAT-SYARAT PENYERTAANSayembara ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia yang berumur bawah 45 tahun (yang lahir pada tahun 1966 dan seterusnya).Karya perlu asli, hasil karya sendiri dan ditulis dalam bahasa Melayu.Peserta dibenarkan untuk menghantar penyertaan lebih daripada satu karya. Namun peserta hanya layak memenangi satu hadiah bagi setiap kategori yang disertai.Karya mestilah belum pernah disiarkan dalam mana-mana bentuk penerbitan.Peserta perlu memberikan maklumat dan butiran diri dengan mengisi borang penyertaan yang boleh dimuat turun di laman sesawang ITBM, iaitu  di sini .Karya perlu ditaip kemas, langkau dua baris dengan jenis tulisan Times New Roman bersaiz 12 poin di kertas A4.Kepanjangan karya sayembara: Novel: tiada had halaman. Cerpen: minimum 10 karya (atau 10 buah cerpen). Puisi: minimum 30 karya (atau 30 buah puisi).Manuskrip yang telah diterima untuk sayembara tidak akan dipulangkan kepada penulis.Karya tersebut juga tidak dibenarkan untuk diterbitkan di mana-mana penerbitan atau menyertai pertandingan lain sehingga pengumuman pemenang diadakan.        Penganjur mempunyai hak untuk menerbitkan dan menterjemahkan karya yang menyertai sayembara ini. Namun jika penulis tidak dihubungi penganjur dalam tempoh masa tiga (3) bulan selepas pengumuman pemenang, penulis dibenarkan untuk menerbitkan karya terbabit dengan mana-mana penerbit.Tarikh tutup penyertaan Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi pada 31 Januari 2013. Semua penyertaan akan diberikan surat tanda terima.Penyertaan yang tidak memenuhi atau melanggar syarat sayembara akan ditolak.Keputusan panel hakim adalah muktamad.Sila e-melkan manuskrip dan borang penyertaan yang lengkap ke  buku@itbm.com.my  atau buku@pena.com.my . Manuskrip tersebut boleh juga diposkan ke alamat berikut:URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Wisma ITBM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.(u/p: Mohd Khairulanuar Manshor) 

atau
URUS SETIA
Sayembara Penulisan Novel, Cerpen dan Puisi ITBM-PENA-Berita Harian
Rumah PENA961-7, Jalan Dewan Bahasa dan Pustaka, 50460, Kuala Lumpur.(u/p: Azalan Hussain)
Sumber
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 02, 2012 21:29

September 26, 2012

Aku Bukan Korea - Bab 7


IZADdimarahi dengan teruk sekali. Rasa tidak percaya. Apakah benar semua ini dia mesti hadapi? Berhadapan dengan gadis yang cantik jelita namun gayanya sungguh klasik. Nampak jelas mendukung tradisi. Tetapi kenapa sikapnya begitu? Izad kecewa.Izad berkerut dahi sambil sebelah tangannya memicit-micit kepala sambil sebelah tangan lagi memegang setereng kereta.
Setengah jam sebelumnya…
“Encik!” Norisya memanggil Izad yang dalam perjalanan ke tempat parkir kereta. Ketika itu dia mahu pulang namun terhalang. Bergegas Norisya mendapatkan Izad.Pintu kereta dipegang Norisya yang tegar menghalang.“Kenapa ni?” Tanya Encik Izad dengan nada perlahan.“Cepatnya nak balik? Tunggu la dulu. Saya ada benda nak cakap.” Norisya termengah-mengah seperti berlari dalam acara marathon.“Ya, kenapa?” Izad melilau mata melihat sekeliling. Ada pelajar lain yang melihat. Malu pula berhadapan dengan keadaan itu. Dia tahu Norisya sedang menahan marah namun apa yang ditahan sangat itu Izad sendiri tidak tahu.“Se…semalam kalau kami ma…mati macam mana?” Norisya tarik nafas meredakan lelah. Dia cuba bertenang. Penatnya kejar langkah Izad tadi. Fuh!“Mati?”Norisya menghela nafas panjang dan dilepaskan perlahan-lahan. Keadaannya mula relaks tapi hati macam susah sangat nak relaks. Ditenung rapat ke dalam mata Izad. Huh! Izad dah pelik tengok riak wajah Norisya berubah.“Ya! Saya tak sangka Encik Izad ni tak sayangkan kami.” Luah Norisya.“Apa maksud awak?” Kening Izad terangkat kehairanan.“Memandu macam orang mabuk!” Agak keras suara Norisya. Menggeleng Izad.“Bila masa?” Izad mengerling pula.“Tak payah buat muka comel la encik, saya fikir encik ni akan sentiasa menjaga keselamatan kami tapi ternyata sanggup nak bunuh kami. Bawa kereta tak berhati-hati langsung! Ada lesen ke tidak?”Eh!“Awak ni kenapa naik angin tak tentu pasal?” Izad memerhati Norisya sudah bercekak pinggang. “Sepatutnya saya yang angin dengan awak sebab awak tak beritahu awal-awal pada mak dan ayah awak sebelum saya datang ke rumah.” Sambung Izad lagi mengingatkan Norisya hal itu.“Saya tanya ada lesen ke tak?” Kata-kata IZad tadi dibiarkan sahaja dan sebaliknya perkara itu ditekankan Norisya. Perkara semalam.“Awak fikir saya ni pemandu tak berlesen ke?” Izad pelik dengan sikap Norisya seperti sengaja cari salah dirinya. Seorang pelajar yangs eolah-olah telah hilang rasa hormat.“Silap besar la pihak berkuasa beri encik lesen memandu.” Bidas Norisya.“Please stop it.”“No way!”“Saya nak balik.” Izad malas nak layan.“Tak payah balik! Saya nak encik bayar ganti rugi kepada Farah sekarang jugak!” Bentak Norisya. Terkejut Izad melihat Norisya menjegilkan biji mata. Selama ini Norisya tidak pernah bersikap sedemikian. Kalau ada pun sekadar sindiran sahaja namun dia sedia memaafkan setelah dinasihati Zafril.“Saya tak langgar dia pun.”“Memang, tapi disebabkan encik memandu macam orang mabuk tu apa kes? Kami terkejut tahu! Lepas tu ada kereta langgar daripada belakang.”“Hah! Minta aje ganti rugi pada orang yang langgar tu.”“Tak tak tak!” Laju Norisya meningkah. “Encik Izad jugak yang mesti bertanggungjawab.” Tokok Norisya mengecilkan biji matanya itu dalam merenung tajam ke dalam mata Izad.“Kalau saya kata tak nak, apa yang awak nak buat? Nak saman saya ke? Adakah awak ni salah seorang anggota Power Rangger berwarna pink?” Sinis Izad tetapi sebenarnya dia berkecil hati terhadap layanan Norisya kepadanya.Norisya sungguh berani bersikap sedemikan terhadap seorang pensyarah. Seolah-olah hilang sikap hormat. Lenyap sifat takut atau gerun. Semua itu bagaikan tidak memberi kesan untuk menyekat amarah Norisya. Mudah dia menyembunyi rasa malu dengan berganti rasa marah.Izad menarik nafas. Dalam pada itu Farah menghampiri.“Isya… tak baik la.”“Shut up!” Eh?“Kau marah aku jugak ke Isya?” Farah cuba menarik Norisya supaya tidak menghalang Izad untuk pulang dari kolej.“Elok sangat la tu. Awak dengan dia sama je.” Izad terus masuk ke dalam perut kereta. Norisya mengumam geram.Eh? Kenapa aku pulak dipersalahkan? Sedih hati Farah yang sedikit kecewa.“Encik!” Pekik Norisya saat Izad terus beredar. Izad memang dengar suara Norisya menjerit macam orang tidak waras.
Ping...!
Kedengaran hon meleret panjang dari belakang. Izad tersedar dari lamunan. Dia tidak perasan lampu merah sudah bertukar hijau. Maka dengan itu dia menekan minyak meneruskan perjalanan. Terseksa jiwanya mengenangan sikap pelajarnya itu. Baru sahaja cuba untuk jatuh cinta tapi sudah jadi seperti itu. Nampaknya aku tidak boleh teruskan niat yang kurang baik. Bertambah buruk jadinya nanti. Izad menggeleng sendiri dalam kereta kemudian melepaskan keluhan resah.
***
BATUdilontar ke laut untuk membuang rasa yang terbuku. Tidak pernah perasaan sedemikian hadir tetapi kali ini kehadiran perasaan yang luar biasa telah membuatkan jantungnya berdegup kencang. Di pantai rindu dia menapak perlahan menelusuri lembah yang sepi. Mungkin tiada tempat dihatinya untuk mencintai seseorang dan kalaulah ada sedetik waktu ingin dia kecap kebahagiaan dan mencari di mana letakknya pintu keajaiban.Dalam masa yang sama terdapat seorang insan lain yang terduduk sambil termenung menebar pandangan di tengah lautan. Lelaki itu berada tidak jauh darinya dan mungkin lelaki itu masih tidak menyedari akan kewujudannya di situ.“Jauh kau termenung,” dia menyapa Izad yang berteleku di tepi pantai. Terkejut dengan sapaan itu maka Izad terus menoleh.“Eh Zaf.” Izad senyum kelat.“Seandainya masalah datang memukul jiwa, maka tepat sekali jika di sini kau hadir melapangkan dada. Kedamaian akan meluhurkan kekusutan hati.” Ujar Zafril duduk di sebelah Izad. Izad membujurkan kakinya manakala Zafril bersandar angin dengan menongkat lengannya di pasir pandar.Izad menarik nafas sedalam-dalamnya. Zafril menoleh lalu tersenyum lagi. Izad melepaskan nafas itu perlahan-lahan danterasa lapang. Ya benar… lapang dadanya setelah menghirup nyamannya udara senja dibelai bayu.“Pelajar itu telah menyakti hati aku Zaf… aku dah tak tahu nak buat apa lagi?” Izad memulakan bicara.“Mungkin kali ini kau benar-benar telah jatuh cinta.”“Mustahil.” Izad menafikan.Zafril bangun dan berdiri sambil mendepakan tangannya lalu dipejamkan mata menikmati udara senja di situ. Angin yang mengembus dibiarkan terus membelai tubuh.“Apabila kita buat begini, cuba kita kosongkan minda. Kosongkan daripada mengingati apa sahaja.” Zafril terus melayani perasaan. Izad tercengang. Apa yang cuba dilakukannya? Izad tertanya-tanya.“Aku tak perlukan semua tu.”“Pasti tetapi sedikit waktu lagi kau akan berhadapan dengan masalah yang lebih rumit.” Jawab Zafril dalam keadaan yang masih sama.“Kau tak faham.” Izad bangun dan berundur. Sengaja mahu beralih tempat.“Kau nak ke mana?”Eh?Langkah Izad terhenti.“Macam mana kau tahu?” Izad kehairanan.“Seorang sahabat dapat merasakan kesulitan seorang sahabatnya yang lain. Cubit paha kanan, paha kiri juga terasa.” Bicara Zafril.“Maksud aku, macam mana kau tahu pergerakan aku?” Izad pelik.“Kau akan merasainya sendiri bagaimana ditinggalkan sahabat apabila kita telah menyayanginya. Jika dalam kesulitan pun kau masih bersembunyi dan takut terhadap bayang-bayang sendiri maka sampai bila pun kau akan dihambat keperitan.” Zafril berkata-kata tanpa berselindung namun Izad tetap tidak mengerti. Walhal tadi Izad terpijak buluh reput. Halwa pendengaran Zafril menangkap bunyi itu.“Kau sayang aku?” Izad berdebar-debar.“Ya, aku sayangkan kau. Sayang aku terhadap sahabat merupakan perkara yang paling bahagia asalkan sahabat kita tidak pernah cuba menipu kita.” Ujar Zafril lalu menoleh kepada Izad yang menggaru leher yang sebenarnya tidak gatal.Izad melepaskan nafas lega.“Aku nak berhenti mengejar cinta. Aku tak nak kecewa lagi, Zaf. Aku dah serik.” Izad meluahkan pengalaman lalu dalam cinta.“Jangan pernah mengalah Izad. Jika kau benar-benar cinta maka kau mesti berusaha. Berkenaan dapat atau pun tidak itu bukan persoalannya. Apa yang penting kau telah melakukan sedaya mungkin. Siapa nama pelajar itu?” Diselang pertanyaan.“Norisya…” Beritahu Izad.“Indah nama itu. Seorang yang selalu buat engkau marah.”“Macam mana kau tahu?” Izad angkat kening.Zafril senyum.“Kau sentiasa marah-marah apabila bercerita hal pelajar itu kepada aku. Adakah selama ini dia menggembirakan hati kau? Kalau ada pun cuma sedikit sahaja, bukan?” Zafril senyum lagi. Senyuman mengejek.Erk?“Oh…” Izad tersengih.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2012 09:09

September 16, 2012

Aku Bukan Korea - Bab 6

TIADA tempat lain lagi untuk dia mengadu. Pasti Zafril juga merupakan orang yang dicari. Pintu rumah Zafril diketuk laju berulang kali dengan harapan Zafril yang ada di dalam cepat-cepat buka pintu. Dia tahu Zafril ada di dalam rumah kerana kenderaan milik lelaki itu berada di luar. Vespa nampak berkilat. Eh? Vespa? Terkejut Izad. Baru dia perasan bahawa motor berkenaan terpakir di situ. Mana pergi motosikal dia yang sebelum ni? Banyak pula motor dia… Izad berkerut dahi. Abaikan je la… lagipun aku nak jumpa dia bukan vespanya.“Zafril… kau ada ke tak?” Tanya Izad seraya mengetuk pintu rumah Zafril.Lama Izad menunggu mana Zafril pergi? Penantian memang menyakitkan. Mengeluh Izad sambil menggaru tengkuknya. Kebiasaan yang dilakukan Izad sekiranya berada dalam keadaan yang tidak selesa pasti tengkuk itu kerap kali digaru walaupun tidak gatal.Dah la telefon pun kau tak pakai, susah betul aku nak cari. Gumam Izad dengan penuh geram. Kecewa benar Izad ketika ini.“Kenapa dengan kau ini?” Zafril tiba-tiba muncul.“Haiyoo!!!” Terkejut Izad. “Wei kau nak tikam aku ke?” Gelabah!Zafril muncul bersama sebilah parang di tangan. Terbuntang mata Izad ketika melihat Zafril muncul di belakangnya. Siapa tidak terperanjat setelah bahu disentuh di saat hati tidak tenang. Nasib baik siang hari, kalau malam sudah tentu Izad bertambah gerun.“Tidaklah. Aku di belakang tadi tebang tebu. Kamu mahu tebu?” Zafril tersengih-sengih.“Sejak bila kau tanam tebu?”“Untuk diri sendiri sahaja. Bukan untuk dijual.” Zafril terus melabuhkan punggungnya di atas kerusi sambil menarik nafas dan dilepaskan perlahan-lahan. Keringat membasahi baju pagoda Zafril menampakkan susuk tubuh yang tegap. Pinggang Zafril dililit pula dengan selendang berwarna merah.“Dah macam orang tua cara kau berpakaian.” Komen Izad kemudian melilau mata memandang keadaan laman rumah Zafril. Ia sangat bersih. Sebelum ini dia selalu datang pada waktu malam sahaja. Kali ini di siang hari maka jelas terlihat rumah itu yang dijaga dengan baik.“Aku selesa begini.” Beritahu Zafli. Sememangnya dia tidak perlu mengikut rentak orang lain. Apa yang ada seharusnya dihargai dan jaga. Mungkin ini tradisi yang diwarisi sejak dahulu kala lagi.Izad sepatutnya mengerti. Sudah dipesan usah ditanya lagi namun Izad sering lupa akan janjinya supaya tidak lagi bertanya yang bukan-bukan atau cuba membantah. Jika mahu menjadi seorang sahabat yang baik, maka dia mesti melahirkan satu pendapat yang releven.“Memang tak releven. Orang muda macam kau berpakaian macam orang tua, Zaf. Serius aku nak tergelak tapi apa boleh buat aku dah berjanji dengan kau takkan gelakkan kau tapi kali ini aku tak tahan.” Izad melepaskan tawanya juga.“Kenapa kau ketawa?”“Kerana kain pelikat kau dah koyak.”“Apa?” Zafril baru perasan. Malu sungguh!Patutlah dia berasa ada angin menyerap masuk membelai bahagian pahanya. Dia sendiri tidak sedar bila waktu kain itu terkoyak. Alahai… dirinya ditertawakan pula.Cepat-cepat Zafril masuk ke dalam rumahnya lalu mengantikannya dengan kain yang lain. Dia kembali semula lalu menghadap Izad.“Usah kau ketawakan aku lagi. Jika kau masih ketawa aku akan tetak kepala kau lapan belas kali.” Zafril memberi amaran.“Nampak macam serius.”“Tidaklah… aku berjenaka sahaja.”“Diri kau sendiri sudah jadi bahan jenaka, Zaf. Betul ni… aku tak tipu.” Izad duduk di kerusi yang diduduki oleh tadi.“Sudahlah… aku tidak mahu dengar lagi. Kenapa kau ke sini pagi ini? Kau tiada kelaskah?”“Cuti.”“Hari besar?”Izad mengangguk. “Aku perlukan bantuan kau Zaf. Tolong aku.” Diletakkan tangan pada bahu Zafril. Izad merayu.“Bantuan apa?”“Pandangan.”“Mengenai apa itu?”“Mengenai cadangan yang pernah kau beritahu aku, sebelum kau berhenti berniaga tu.” Izad mengingatkan Zafril yang seolah-olah lupa.Zafril senyum lalu bangun. Dia melangkah dua tapak ke hadapan sambil tangan bersilang di belakang. Dia menoleh semula ke arah Izad setelah tadi berfikir sejenak. Sinar matahari pagi kian terik membakar kulit. Izad pula berganjak dan mencari tempat yang sedikit teduh. Bawah pohon mangga. Di dalam pagar rumah Zafril terdapat sepohon pokok mangga dan di bawahnya juga terdapat meja dan kerusi batu. Di situ Izad menala langkah.Zafril mengheret ekor mata memandang Izad yang sedang duduk itu. Perlahan-lahan Zafril mendekati Izad lalu ditepuk bahu Izad.“Jadi… kau hadapi masalah yang kau sendiri tidak jangka ya?”“Memang la aku tak jangka. Aku ingatkan keputusan untuk ajak dia keluar adalah yang terbaik. Rupa-rupanya ampeh.” Izad kecewa.“Apa pula reaksi orang tua gadis itu?”“Lingkup.” Izad tunduk.“Kenapa?”“Ya Zaf… dia tak benarkan pelajar aku tu keluar walaupun aku dah jemput dia dengan cara baik.”“Sebenarnya itu tidak baik. Kau mungkin tidak faham mengenai adat dan adab. Orang Melayu yang memegang tradisi mana mungkin membiarkan anak gadisnya keluar bersama lelaki pada waktu malam? Jika kau bertandang ke rumahnya lantas berkenalan dahulu, maka itu baru betul. Tetapi harus diingat, ia tidak boleh melanggar batas sebagai seorang Islam.“Tapi aku ni lecturer dia.”“Tidak kira sesiapa pun kau Izad. Selagi kau belum ada ikatan yang sah, maka tiada peluang untuk kau bebas melakukan apa sahaja. Kau harus belajar memujuk hati kau sendiri. Kau tidak boleh mempermainkan perasaan dia.” Zafril menasihati Izad.“Kau pun cakap, untuk memenangi hatinya, aku mesti gunakan kaedah yang lain. Jadi, aku tulis surat ajak dia keluar.” Izad tarik nafas lalu dilepaskan laju. Melepaskan rasa yang kurang enak.“Kau silap tafsir. Maksud aku, kau mesti ikhlas. Jika kau gagal maka niat kau itu salah. Barangkali kau berniat lain, Izad. Ada kemungkinan kau sengaja mengumpan dia untuk benar-benar jatuh cinta pada kau. Ya bukan?” Zafril menduga. Kenyataan hampir tepat.“Tidaklah.” Izad cuba menafikan.“Baiklah, apa buktinya secepat itu kau suka padanya?”“Kau juga beritahu aku, hati tak boleh bohong.” Laju Izad menjawab.“Memang. Tapi apa kata hati kau sekarang?”“Ya, niat aku lain.” Jujur jawab Izad.Zafril tersengih. Ternyata telahannya juga benar. Zafril tetap percaya bahawa setiap sesuatu pekerjaan itu adalah bermula dengan niat. Jika baik niatnya maka baiklah yang akan dia dapat, jika buruk niatnya maka buruklah yang akan dia dapat sebagaimana sabda Nabi Muhammad s.a.w. ;
‘Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya.’ H.R. Bukhari dan Muslim.
***
“MANA gerai burger tu, Farah?” Tanya Norisya di sebelah tempat duduk pemandu itu. Farah memperlahankan kenderaan ketika melalui kawasan yang dikatakan oleh abangnya, Rafiq. Farah bawa Norisya mendapatkan lokasi sebenar gerai burger yang menjadi kegilaan ramai tapi Farah sendiri tidak pasti mana letaknya.“Tengah cari ni tapi tak nampak pun.” Farah hampa.“Tanya orang la…” Cadang Norisya. Kalau terus mencari tanpa hala tuju memang sampai esok pun takkan jumpa. Lebih baik bertanya. Kata orang, malu bertanya sesak jalan. Banyak tanya benda sama orang pun jadi  bosan.“Tanya siapa?”“Kan aku dah cakap, tanya orang takkan tanya sama pokok pulak kut?” Norisya tersengih.Farah mengerling.“Beria-ia nampaknya. Relaks la, aku tahu kau nak rasa burger dia t, kan? Aku pun nak rasa jugak, mesti yang buat burger tu handsome orangnya.” Farah membayangkan wajah pembuat burger itu adalah orang paling tampan dan seksi dalam dunia ini.“Aku bukan nak rasa burger tapi aku nak rasa cinta.”Erk!“Isya, kau ni kenapa? Ada ke rasa cinta dalam burger tu?”“Of course ada. Kalau tak ada rasa cinta dalam burger dia tu tak mungkin burger dia jadi popular. Tu pun kau tak boleh fikir ke?” Amboi! Norisya bersungguh nampaknya.Mereka rancak berborak. Masing-masing ketawa. Ada patut perisa cinta ditambahkan ke dalam burger? Farah tersengih memikirkan kata-kata Norisya itu.“Farah!!!” Pekik Norisya.Menggelebah Farah gara-gara terkejut lalu menekan brek kereta secara mengejut setelah tiba ke sebuah simpang. Sebuah kereta membelok rapat hampir melanggar bahagian hadapan kereta Farah. Farah melepaskan nafas lega. Nasib baik tidak berlaku kemalangan.Gedebung!Tiba-tiba bahagian belakang kereta Farah dilanggar kenderaan lain. Argh! Farah panik. Habislah kereta bapak aku! Hati Farah gelisah.Norisya yang berada di dalam kereta itu turut terkejut dengan insiden yang tidak diduga. Jikalau bukan gara-gara kereta yang membelok masuk itu tidak mengambil ruang yang banyak sudah pasti kemalangan ini tidak akan berlaku. Norisya pula yang jadi bengang.“Kurang ajar betul kereta tu!” Maki Norisya. “Tapi…” Norisya seperti kenal sahaja kereta yang baru sahaja berlalu itu.Farah sudah keluar dari perut keretanya untuk melihat keadaan belakang kereta itu. Maka keluarlah seorang lelaki comel dari sebuah kereta Nissan.Farah bertengkar dengan lelaki comel yang sama saiz. Norisya masih terfikirkan kereta tadi yang menyebabkan Farah terpaksa brek mengejut. Eh? Itu bukan ke kereta Encik Izad?Oleh kerana keadaan kelam kabut itu, Norisya turut keluar dari perut kereta lalu mendapatkan Farah yang sedang berang. Berkelahi nampaknya. Keadaan itu mesti diselesaikan segera dan kalau tidak buruk jadinya. Memang betul kesabaran amat diperlukan semasa berada di jalan raya. Kalau manusia memandu membabi buta seperti pemandu tadi itu alamatnya haru biru jalan raya ni.Norisya melangkah mendekati Farah. Lelaki comel itu terpegun melihat Norisya lalu berhenti bertengkar. Kerutan di dahi tiba-tiba hilang. Farah pula tidak berpuas hati. Cepat benar lelaki itu berubah riak setelah melihat wajah ayu Norisya itu. Wajah yang nampak menggoda walhal wajah itu sebenarnya manis bak madu. Tahi lalat bawah bibir itu yang nampak Norisya semakin manis.“Wei encik, tengok sini la,” Farah memanggil.“Apa?”“Sekarang ni macam mana? Siapa nak bayar ganti rugi ni?”Norisya merapatkan bibirnya dekat telinga Farah. “Farah… kau pun bersalah jugak, sama-sama fair lah… kalau masuk mahkamah sekarang ni dua-dua kena bayar tau. Lebih baik settle dekat sini je.” Bisik Norisya.“Mana boleh Isya, aku mana ada duit.” Farah gelebah.“Okay, tak apa. I settle. Ala, lagipun sikit je pun. I tak rasa kerugian yang sangat teruk.” Lelaki comel itu terus menghulurkan kad perniagaan sambil tersenyum. Aik? “I dah lambat ada appointment ni.” Jam tangan dilihat.“No way! kalau kau tipu macam mana?” Farah seperti takut sahaja. Manusia memang mudah berjanji tetapi untuk menunaikannya sangat payah. Sama dengan Norisya jugak, Farah dah masak dengan perangai Norisya. Hal sekarang ni bukan kes Norisya tapi kes mamat gendut yang langgar ni.“Don’t worry. I bukannya lelaki yang macam tu. Nama I Ersyad. You datang office I nanti, okay. Alamat ada dekat kad tu, bye.” Ujar Ersyad lelaki gendut itu lalu masuk ke dalam perut kereta terpaksa meninggalkan Norisya dan Farah. Ersyad sempat mengukir senyuman untuk Norisya.“Bencinya aku!!!” Pekik Farah sambil melihat bumper kereta sudah kemek.“Sudah la tu, kan dia dah cakap nanti dia tolong settlekan.”“Tapi aku dengki. Kenapa ramai lelaki suka tengok kau je berbanding aku, lelaki gendut tu pun sama. Syok kat kau la tu?” Farah terkilan setelah perasan sebentar tadi Ersyad asyik tengok Norisya sahaja. Semua lelaki mudah jatuh hati dekat Norisya. Ada amal ilmu apa Norisya ni?Malas betul, fikir Norisya. Malah nak layan Farah yang sibuk tanya hal tu. Semua tu perasaan. Mana la dia nak tahu kenapa orang suka padanya. Mana boleh halang. Lagi satu, Farah ni pun tak faham-faham ke? Dia kan cantik. Ramai yang suka pad abenda yang cantik ni, jadi tidak hairanlah kenapa dia dijadikan pilihan. Termasuk Izad yang malam tadi cuba ajak dirinya keluar.
***
MALU hendak bertegur sapa dengan pensyarah sendiri. Terserempak pun masing-masing alihkan pandangan. Tidak mahu bertentang mata. Semasa di dalam kelas pula Norisya adalah orang yang sangat malu. Malu kepada dirinya sendiri kerana cuba mempermainkan perasaan pensyarahnya itu. Begitu juga dengan Izad yang terpaksa mengawal emosinya ketika mengajar.Alahai… Norisya jauh lebih sedih kerana tidak menjangkakan bahawa sekeping surat itu telah melemahkan keegoannya. Telah meranapkan saki baki bumbung tegas. Farah di sebelah Norisya melihat keganjilan. Aneh sungguh kenapa Norisya tidak banyak bercakap? Farah mencuit lengan Norisya.Lambat-lambat Norisya menoleh. Hambar wajahnya. Mia yang selang dua baris di belakang melihat Norisya. Mia juga ada hati pada Izad, tapi mengalah dan sedar diri kerana Norisya jauh lebih cantik daripadanya tetapi penampilan Norisya pula jauh lebih kolot daripada Mia. Apa yang dipandang oleh Izad terhadap Norisya itu pun Mia sendiri tidak tahu.Ketika Izad keluar daripada kelas, Mia bangun dari duduknya lantas menghampiri Norisya. Farah menoleh sekilas lalu mencuit lagi lengan Norisya.“Mia datang tu…” Bisik Farah.Farah terus menyeluk tangannya ke dalam poket. Sebiji gula-gula diambil lalu dibuka kulitnya kemudian disuap ke dalam mulut dengan penuh nikmat. Norisya tengok sahaja.“Kau nak ke?” Pelawa Farah.“Nanti rongak gigi.” Jawab Norisya.“Eh Isya, aku nak cakap sikit dengan kau.” Mia mencelah dengan berwajah serius. Farah pula buat tidak tahu. Pelajar lain sudah keluar untuk rehat. Tinggal Norisya, Farah dan Mia sahaja di dalam kelas.Norisya tutup buku dan dimasukkan ke dalam beg. Lalu dia bangun dan menarik tangan Farah.Eh! Farah sedang layan perasaan nikmatnya makan gula-gula rasa tertanggu dengan kehadiran Mia ke tempatnya.“Jom Farah…” Norisya ajak Farah.“Isya!” Tengking Mia.“Wow! Marah nampak…” Norisya menoleh. Farah terpisat-pisat sendiri melihat ketegangan bakal berlaku. “Aku tak ada mood kalau kau nak discus pasal Encik Izad.” Norisya yakin memang itu yang ingin Mia bicarakan.“Dah heboh satu kolej ni tau yang kau suka dekat Encik Izad.”“Cuma suka je kan? So apa masalahnya?” Norisya angkat kening.“Masalahnya kau cuma nak mempermainkan perasaan dia je, kan?” Mia menduga setelah semalam tidak lena tidur asyik terfikir hal itu sahaja.Norisya menghampiri Mia lalu wajahnya dirapatkan dengan wajah Mia. Hampir tersentuh hidung mereka berdua. Norisya mencerlung biji mata seperti mahu terkeluar sahaja dari sangkar mata itu. Jelas terasa rengus nafas Norisya menampal ke muka Mia. Farah pula yang gelabah. Takutnya!“Selama ni aku tak pernah ada masalah dengan kau. Tapi gara-gara seorang lelaki kau dan aku nak bertengkar, apa kes? Kalau kau nak Encik Izad, kau ambik!” Norisya bengang lalu berundur meninggalkan Mia yang syok sendiri itu terkulat-kulat.“Kau nak ke mana tu? Aku belum habis cakap lagi.” Mia masih tidak berpuas hati.“Jumpa Encik Izad.” Selama beritahu Norisya.Grrr…“Hah?” Farah terus bangun mengejar langkah Norisya. Sempat menoleh ke arah Mia lalu tersengih. “Pat pat siku lipat, siapa cepat dia dapat.” Farah menjelir lidah. Opocot! Gula-gula terpacul keluar. Argh! Membazir aje. Rungut Farah lalu menyambung langkah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2012 08:10

September 5, 2012

Ada di atas

Salam dan selamat petang :-)
Melintas sekejap masuk blogging. Saja menjengah ke blog sendiri untuk memaklumkan bahawa ada rakan kita tidak jumpa mana nak cari link enovel Setia Untuknya. Katanya susah nak tengok sebab dah delete chapter di bahagian utama. Jangan risau, aku dah asingkan enovel tu kat bahagian lain tapi masih di dalam blog ini.

Menu atas itu tempat link enovel berada. Cuba tengok dulu bagaimana. Aku terpaksa asing kerana aku tak nak bagi pembaca blog aku pening kepala kerana dah ada yang mengadu susah nak cari. Bagi memudahkan korang semua jadi aku letaklah ia dekat situ :-)
Untuk artikel lalu di sini, KLIK
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 05, 2012 00:12

September 4, 2012

Bukan Kerana Musuh

Salam, senyum sokmo! (n_n)
Hari ini ada mood mahu blogging. Tiada apa pun yang ingin aku ceritakan cuma ingin perkatakan bahawa kewujudan blog aku ini adalah untuk kepentingan bersama dan bukannya kepentingan peribadi aku sendiri. Oleh yang demikian segala apa yang aku tulis tidaklah mahu mencari musuh tetapi mahu difikirkan bersama-sama. Sekiranya ada pihak yang tersinggung maka aku mohon maaf di atas segala-galanya. Malas rasanya untuk aku bangkitkan hal yang lepas tetapi sekiranya ada pihak yang sengaja mengungkit maka aku pun cuba beralah.
Apa yang aku tahu, bukan senang untuk memuaskan hati banyak pihak dan memang tidak pernah berjaya kerana manusia diciptakan dengan akal dan fikiran maka masing-masing ada cara berfikir masing-masing. Mungkin ada yang tidak mahu timbangkan pendapat orang lain juga. Ada pula yang langsung tidak boleh ditegur akan kesalahan atau kesilapan yang tidak terlihat. Tidak mengapalah jika itu pilihan hati. Aku tidak mempunyai sebarang hak untuk mempertikaikan hak induvidu tetapi sekadar nasihat yang bunyinya agar kasar. Ya, cara masing-masing :-)
Beberapa hari blog aku tidak update, sibuk dengan urusan kerja yang tidak pernah selesai. He he he... hari ini gatal tangan update. Rindu pada pelawat kesayangan. Siapa lagi, anda yang sedang baca blog aku inilah. Aku jarang update pun gara-gara memang sibuk menulis dan bukannya menulis novel tetapi sibuk menulis laporan. hu hu hu... 
Terima kasihlah kerana rakan-rakan yang sudi singgah masuk ke blog ini. Aku dapat lihat traffic yang masuk melalui perkongsian backlink daripada anda dan dengan cara itu memudahkan aku ber'blogwalking.' Aku tidak update blog tidak bermakna aku tidak tinjau blog rakan-rakan. Aku tetap singgah walaupun ada yang tidak perasan jejak aku. he he he... konon halimunan. Tak payah magik sangatlah! hiks.
Tidak aku lupa pada anda yang baru singgah ini atau tersesat masuk ini, jangan lupa datang lagi. Banyak benda aku mahu kongsi dengan anda tetapi bukan sekarang. Di masa-masa akan datang, jadi terus setia ya :-)Sayang anda :-)
p/s : Kita tidak boleh paksa orang untuk suka kita tetapi kita boleh buat orang suka kita. Dan kita tidak boleh paksa orang untuk mencintai kita tetapi kita boleh buat orang jatuh cinta dengan kita. Allah bagi kita akal untuk mencari jalannya :-) ::: Nak sambung tidur. hihihi :::
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2012 01:30

August 31, 2012

Oh Popo!

Pagi-pagi lagi si Popo doh buat hal buang najis atas karpet. Nasib baiklah mung kecik lagi Popo... kalau mung besor doh memang aku piak (rotan) tapi bimbang juga nanti mung buat laporan polis! sia-sia aku disabitkan kesalahan mendera anak-anak rebina. hu hu hu.

Serius aku memang tak reti nak jaga anak kucing. Ini second time aku jumpa anak kucing terbuang. Yang dulu hilang entah ke mana tak balik-balik. Mungkin kena makan ke dek haiwan lain aku pun tatau la jugak just teka je, sebab area rumah aku tu banyak anjing liar! Atau aku memang dibenci olehnya... ha ha ha
Popo nama yang diberikan oleh someone yang tersayang. ha ha ha, aku pun suka juga la nama tu. Mula-mula aku ingat si popo ni jantan memandangkan agresif semacam aje, last-last bila aku mandikan dia waktu tengah hari semalam, aku ternampak alat penyusuan di dadanya. Betina beb!
Dan tadi, aku marah dia kaw-kaw sebab berak tak kasi tau. Grrr.... aku tercari-cari mana dia melepaskan aura yang menyengat hidung aku ni... rupa-rupanya bawah meja yang beralaskan karpet dilepaskan sisa buangan. Huh!
Apa aku perlu lakukan nak ajar dia jangan buang najis merata-rata? Popo ni mungkin berusia dua bulan kot bak kata penulis novel Kalau Jodoh Tak Ke Mana, Naurah Iman. Terima kasih Naurah Iman atas khidmat nasihat yang diberikan.
Pada malam Popo dijumpai, Popo mengiaw dalam gelap, tercari-cari di manakah lokasi si meow itu berada. Maklum sahajalah, Popo ni bulunya hitam plus gelap malam mana nak nampak. Akhirnya dengan deria pendengaran yang dianugerahkan Allah ini aku terget mana bunyi tu akhirnya aku jumpa dia duk menyorok dekat belakang tiang letrik yang tak ada lampu pun yang menyala di atasnya. Hampes!!! Pihak berkuasa tak check kut... ha ha ha.
Aku pun bawa Popo balik kat tempat kerja aku. Dan dan aku siapkan rumah untuk dia, cincai aje rumahnya, takkan nak kena bina banglo pulak kut... hiks. Janji ada tempat Popo berteduh, kan Popo kan? hu hu hu.


 Jeng jeng jeng! 
Dah siap rumah dia... tak comel la rumah dia, hu hu hu sebab aku tak kreatif nak wat cantik-cantik. Itu pun aku bantai kotak dalam kedai aku sendiri. Hiks
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 31, 2012 20:42

August 30, 2012

Menulis Rindu

Hari ini aku rasa sedikit hambar mungkin penat agaknya. Biasalah sudah hujung bulan ni banyak benda yang mesti aku uruskan. Cuaca dekat luar pula mendung. Cuaca yang begini buat aku rasa hilang mood. Hanya nak tidur aje.


Bestnya kalau dapat tidur sekejap ni lupakan seketika kemelut yang melanda. Maklum sahajalah sejak akhir-akhir ini asyik mahu pitam sahaja menerima kejutan demi kejutan. Kejutannya adalah terdapat sesuatu yang menghukum hati. Sesungguhnya aku dipukul dan dibedil perasaan itu. Perasaan Rinduuuuuu~~~
Okey, lupakan seketika masalah yang ada. Yang penting sekarang ni aku cuba happykan life aku. Aku dekat sini pun biasa-biasa aje tapi... yang tak boleh tahan biasanya adalah kerinduan. Aku rindukan seseorang yang jauh di mata. Kau orang pun mesti rindu pada seseorang kan? Itulah yang aku rasa... rindu sangat-sangat...


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 30, 2012 01:51

August 28, 2012

Nak Kecoh Sangat Kenapa?

Salam dan selamat hari raya lagi beb! raya kan sebulan tapi bagi orang yang tak berpuasa kerana sengaja meninggalkannya, aku rasa korang memang tak dapat feel kan? Tu la siapa suruh tak puasa? Kalau yang tak cukup puasa sebulan tu hangpa ganti la na... hangpa jangan ingat puasa pada bulan Ramadan tu adalah sunat. Ia adalah WAJIB! Rukun Islam yang KETIGA! Faham tu?! Tak payah nak ngada nak lompat rukun. Yang lain tak sempurna tetiba berangan nak ke Mekah bagai tapi okey la hang tanam niat yang baik tapi hang kena ingat (aku pun ingatkan diri aku jugak) kalau nak sentuh pucuk kelapa, kena panjat dari bawah. Kalau nak cara yang rugi, tebang aje pokok kelapa tu lepas tu hangpa tak boleh lagi menikmat kelazatan air kelapanya. Mengerti? heee...

Entri kali ni aku bukan nak marah hangpa macam orang lain marah hangpa. Aku cuma... (Eh! awat aku taip loghat utara ni?) huh! Abaikan... aku nak kasi tau pada kau orang yang entri semalam tu aku terima feedback merata-rata tempat. (bajet hot). Terhegeh-hegeh nak baca entri . Aku ceritas secara umum beb yang hang nak terasa tu apa kes? Hang buat macam tu ka? Dan pada reader kesayangannya, hang kan sayang penulis hang tu jadi hang try la tanya dia... dia ada penyakit mental ke? Atau memang ada sindrom tulang rusuk kiri? eh! jangan tanya aku pasai apa aku tulis entri macam tu sebabnya aku juga reader macam korang jugak. Aku menulis ikut suka-suka jugak kadang-kadang teringin ler nak ada orang komen tapi dah tak ada orang yang sudi komen takkan aku nak melalak macam anjing bukit lapar dara ayam? "HOI!!! TOLONG LA KOMEN!!! KALAU KORANG TAK KOMEN AKU TAK NAK UPDATE STORY!!!" haiyooo sorry la aku bukan seperti binatang itu. Aku hanya mahu hang pikiaq aje... kalau tak boleh pikiaq jugak terpulang hangpa la nak ceom depa pun. Aku tak kisah sebab aku bukan cari balah beb.
Jadi, bila aku jadi diri sendiri macam ni depa bising dekat aku. "Apa la Chad ni mulut macam ()*&(*)^(*^&" Ha Ha Ha... aku menaip apa yang aku rasa nak tulis. Yang nak kecoh sangat mengenai diri aku yang malas nak kejar popular ni pasai apa? Aku tahu yang aku memang tak kejar popular macam kau. Aku kejar masuk ke kedai POPULAR BOOK STORE aje untuk cari novel but not cari you... sorry okey... I tak cari sesiapa. Ha ha ha.
Orang kata, MUKA BURUK TAK APA, JANGAN PERANGAI BURUK. Aku pun buruk rupa gak tapi aku tak nak la orang kata aku pun buruk perangai. Mana kecantikan aku sebagai lelaki budiman? Ecewah! Sudah-sudahlah anggap diri tu diva segala penulis. Rendahkan diri tu sikit tak payah nak kekwat sangatlah. Sombong-sombong dengan orang pun tak ke mana. Nak kutuk aku pun kutuklah dan aku malas nak angkat nama hang. Lebih baik aku angkat nama Kekasih ALLLAH... itu lagi bermakna.
Opppsss!! aku membebel dah jauh sangat ni. Sampai lupa nak isi perut sendiri. Lapiaq dah ni... jom Lunch! ohh omputeh aku ajak LUNCH katanya. (Makan Tengah Hari) Dan dan lepas ni malas lah nak kecoh pasal hang yang lemau tak faham bahasa ni. Lagipun your rules for your blog, not my blog. Omputeh lagi! tunggang terbalik. Ha ha ha. Okey salam sayang. Ampunkan aku kalau ada salah silap bersembang dalam blog sendiri. Makin lama makin jahat na tangan aku? Isy! Menaip demi cinta pada hangpa. Pasal aku sayang hangpa aku tulis lagu ni... TQ! ~~PEACE NO WAR~~
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2012 23:19

Terhegeh-hegeh nak baca entri

Kasihan betul la bila aku tengok reader terkial-kial macam orang tak betul. Seperti kena sawan kambing yang disembelih krohhh krohhh setelah berasa gian membaca. Sampai begitu jadinya gara-gara terlalu ghairah nak tahu apa yang berlaku seterusnya pada jalan cerita yang dikarang oleh penulis. Hebatnya kuasa seseorang penulis itu telah menyebabkan reader-readar diperlakukan bagaikan tenuk yang tidak punya hati dan perasaan.
Opps!!! Selamat Hari Raya... sebelum ada yang terasa lebih baik aku minta maaf awal-awal. Sebenarnya ada sesetengah pihak telah buat pembaca-pembacanya tertekan dengan karenah penulis itu sendiri. Okey, terpulang pada hak induvidu. Itu aku memang tahu. Dan pokok entri aku ni mengenai entri ada password dan aku search di internet kemudian terjumpa la satu forum ni...(itu yang tahun 2008 punya komen)

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas
Jadi, aku pun terfikir kenapa nak kena letak password bagai? Dalam komen tu pula kata seseorang tu gila perhatian. Yang bab gila perhatian tu agak logik la sebab manusia memang sukakan perhatian. Jika ada orang sayang maka melampau-lampau gediknya. Sebenarnya aku malas sangat nak ketengahkan hal ni pun sebab kalau ada orang nak beri komen, mereka akan beri komen pada entri korang tu. Tapi kalau dah macam tu caranya siap paksa reader beri komen bagai, dah hilang ketulusan dalam menulis kerana minta perhatian dan dihargai. Minta orang hargai dirinya sahaja tapi adakah sesetengah penulis tu fikir perasaan readernya tu? Oh no!! aku pun tak fikir juga! lepas ni nak Protected entri pakai password pula la... baru reader meroyan. ha ha ha...
What ever, itu cara dia jadi pada mana-mana yang nak cuba tu cuba sahajalah tiada siapa nak halang rules blog hangpa tu. Aku malas nak tagih perhatian. Naif betul reader yang terlalu berharap sedangkan penulis tu dah penuh lagak. So sesiapa yang rasa silent reader tu maknanya leher korang macam dah kena pancung la... mata pun dah kena tutup sebab tak pernah beri komen. Padan muka! siapa suruh tak beri komen sehinggakan penulis tu mengamuk sakan. Ha ha ha ha... ko jangan macam-macam reader... ko kena kasi komen jugak. Dah dapat password tu terus je komen jangan tunggu lama, CITER NI BEST!!! NAK LAGI! SAMBUNG LAGI!! CEPAT!!! ko repeat la seratus kali pasti penulis tu tersenyum puas sampai masuk jamban pun dia akan senyum lagi. Yahuuu~~~
Sekian. Maaf Zahir & Batin~ Peace!!!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2012 02:37

Anak Kampung Versi Miqael Arshad

Gatal ~ itu aje yang mampu aku katakan untuk diri aku sendiri. Habislah lagu ni aku rosakkan dahlah suara macam katak panggil hujan tapi tetap jugak nak nyanyi. Pada korang jom layan andai sudi~ pekup telinga!!! haha :-)

Anak Islam
Kita semua ini hamba kepada-Nyatiada apa-apa yang dapat dibezakankita semua cantik janganlah mengatasama-sama kita
Kita orang Islam, hidup ada peganganAl-Quran dan Sunnah jadikan panduancantik berbahasa banyak syafaatnyaAllah sayang kita
(chorus)Tiada bezanya kita di sisi tuhanmiskin atau kaya semua sama serupaapa yang beza kita adalahamalan hidup di dunia
Bukannya tak boleh hidup suka-sukatapi mesti ingat Allah lihat kitakerna Allah AdilDia bina Syurga dan juga Neraka
Kita masih ada ruang bertaubatjangan tunggu lama nanti dah terlambatmiskin atau kaya semua mati juga kembali kepada-Nya
p/s: Sebenarnya ada gak kantoi lirik, ha ha ha tak pe la percubaan pertama ubah lirik lagu orang (T___T)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 28, 2012 01:24

Miqael Arshad's Blog

Miqael Arshad
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Miqael Arshad's blog with rss.