Miqael Arshad's Blog, page 7

November 18, 2012

OTAK KITA BAGAIKAN HARD DISK SIMPANAN DATA

Otak seseorang itu berbeza kapasitinya. Ada yang mampu mengisi data 40Gb sahaja. Ada pula sampai 500GB malah kini sudah muncul 1 terabyte bahkan akan sentiasa ada peningkatan. Bergantung bagaimana cara ia digunakan. Kalau isinya sarat sekalipun tetapi dijangkiti virus maka segala data yang tersimpan mungkin mengalami masalah. 
Ada sesetengah mereka menggunakan otak untuk memikirkan bagaimana perjalanan kehidupan mengenai perniagaan. Ada pula menumpukan perhatiannya pada kaedah-kaedah memantapkan kendiri. Apa yang penting di sini adalah bagaimana dia berfikir untuk memajukan dirinya sendiri. Berfikir untuk tampak berbeza. Berbeza dari segi pemikiran yang tidak terus berada di landasan yang sama.

RAM (RANDOM ACCESS MEMORY)

Itu singkatan namanya, otak kita juga ada sistem sedemikin iaitu mengingatkan sesuatu yang berlaku digelar pengalaman. Tidak semestinya apa yang kita tidak merasai bukan pengalaman. Sekadar dengar juga merupakan pengalaman. Cuma, kita tidak merasainya sahaja. Sebagai contoh, seseorang menceritakan tetang kesakitan yang dilalui dan raut wajahnya terseringai perit, adakah anda merasainya juga? Tetapi jika anda sendiri mengalami luka yang berdarah itu, maka anda akan tahu betapa pedihnya kesan yang menimpa.
Jadi, pangkalan data sementara itu digelar kemaafan. Kita memaafkan orang di sekeliling kita dan berharap kita akan terus positif di kalangan negatif. Data yang tidak baik harus dinyahaktifkan bagaikan facebook yang tidak mahu diaktifkan lagi. Tetapi awas, jika anda aktifkan kembali, anda mestilah tampak berbeza dari sebelumnya. Gunakan cara yang berbeza di landasan yang serupa.
Oleh itu, berfikiran terbuka itu perlu tetapi tidak boleh terlalu terbuka kerana nanti ditindas dan diambil kesempatan oleh orang lain. Ini biasa terjadi ke atas mereka yang kononnya positif tetapi bertukar negatif gara-gara terlalu terbuka menerima matlumat tanpa usul periksa.
Sumber
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2012 22:11

Kejamnya Israel

Mangsa yang tidak berdosa adalah kanak-kanak. Nyawa mereka melayang begitu sahaja. Manakah khabar gembira? Mungkin di akhirat sana syurga buat mereka yang syahid. Kehancuran israel terlentak di tangan umat Islam sendiri.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 18, 2012 01:06

November 14, 2012

Salam Maal Hijrah

Assalamualaikum...

Satu Muharram Detik PermulaanPerkiraan Tahun Islam HijrahPerpindahan Nabi dan Umat IslamDari Kota Makkah ke Kota Madinah
Atas Keyakinan dan Iman Yang TeguhKaum Muhajirin dan Ansar BersatuRela Berkorban Harta dan NyawaDemi Menegakkan Islam Tercinta
Hijrah Itu PengorbananHijrah Itu PerjuanganHijrah Itu PersaudaraanHijrah Membentuk Perpaduan
Oleh Itu Mari SemuaKita Sambut Maal HijrahTingkatkan Semangat Tegakkan Syiar IslamUntuk Sepanjang Zaman
###Salam Maal Hijrah ^__^
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2012 21:45

Cerpen : Bila Sahabat Berjaya

BILA SAHABAT BERJAYA
“Dulu kau macam ni jugak. After five year sekarang ni pun kau tetap sama. Tak ada wawasan. Bila aku tanya bila kau nak berubah, kau kata kau akan berubah cuma belum bersedia. Nak tunggu bersedia? Sampai bila pun kau takkan sedia. Lima tahun dulu kau sudah cakap benda yang sama. Bahasa kasar untuk orang macam kau ni sebenarnya S-T-U-P-I-D. Stupid!”Manan dimaki sebegitu oleh Ariff. Sudah berkali-kali diberi nasihat tetapi tetap dengan egois dan lagak bijaksana tetapi sampai sekarang pun tiada kemajuan. Orang lain sudah kedepan dia masih lagi kaku dan sibuk fikir 'nanti dulu' dan 'tunggu dulu' tanpa bertindak apa-apa. Sekarang jadilah dia seorang yang rugi merebut peluang.Lima tahun dahulu, Ariff ajak jadi rakan kongsi perniagaan tapi sejuta alasan tetapi bagi Ariff cukuplah satu alasan yang diberi oleh Manan, iaitu 'Kurang percaya,' ataupun boleh dikatakan 'Tidak percaya' Kononnya mahu fikir dan kaji dulu peluang yang datang secara tiba-tiba itu dan akhirnya dia sendiri terlepas peluang.Tibalah saatnya Manan mengemis simpati untuk bekerja dengan Ariff. Ia perkara yang memalukan diri sendiri. Siapa sangka, Ariff yang dahulunya seorang yang begitu selekeh dan seolah-olah tidak memiliki masa hadapan yang boleh menjamin kehidupan kini sudah ada segala-galanya. Tidak lama lagi Ariff akan menamatkan zaman bujangnya pula. Manan pula tetap dan sentiasa serupa. Katakan untuk lima tahun yang akan datang selepas ini, tidak mustahil Manan akan berada di takuk kecewa selama-lamanya.“Ariff... aku perlukan duit.”“Kau dah berajakan KEBODOHAN dan KESOMBONGAN. Sampai bila pun kau tetap macam tu. Kalau aku beri kau modal untuk berniaga sekalipun kau tetap akan begitu kerana kau tak berusaha untuk majukan diri kau dari dulu lagi. Bila kau tengok orang lain berjaya barulah kau terhegeh-hegeh.” Ariff menggeleng laju dengan kerutan di dahi.“Tolong...” Manan merayu.“Maafkan aku... sebelum ini kau dah banyak burukkan aku. Kau tuduh aku macam-macam sekarang kau nak aku tolong kau? Kau pernah ke tolong perniagaan aku? Kau nak lingkupkan lagi adalah. Beginilah... kau pergi dari sini sebelum aku suruh orang-orang aku halau kau.” Ariff bertegas.Diusia 30 tahun ini, Ariff tidak akan tunduk lagi pada hamba kecewa. Kalaua da pun kekecewaan itu dia akan gantikan dengan kebahagiaan. Bahagia itu akan datang kepadanya setelah dia positifkan fikiran.Manan lelaki yang kekusutan akal fikiran dikelilingi dengan hutang. Di sana hutang dan di sini hutang. Sebagai seorang kawan kepada Manan, Ariff yang kini segak berpakaian formal selepas selesai mesyuarat tadi ditadangi Manan yang mahu meminta pekerjaan. Bukan sahaja pekerjaan, malah mahu meminjam wang. Sampai bila Manan perlu meminjam sedangkan mampu menjana pendapat sendiri sekiranya berusaha untuk berubah? Persoalan yang Ariff ketengahkan lima tahun dahulu itu hanya berlalu bagaikan angin senja.“Apa yang kau tunggu lagi?” Ariff di muka pintu pejabatnya terpaksa mengusir Manan. Bukan berlagak sombong tetapi terpaksa bertindak sedemikian sebagai pengajaran untuk lelaki yang egois seperti Manan.Manan masih tidak tahu malu. Tidka mahu ke mana-mana. Mahu sahaja berdiuri di situ sampai esok pagi. Ariff terpaksa menarik tangan Manan.“Keluar Manan. Aku tak nak tengok muka kau dekat sini.” Ariff bertegas lagi.“Tolong aku sekali ni. Kalau tak aku akan mati.”“Kau mati atau tak pun itu bukan masalah aku. Itu pilihan kau. Kau ingat aku tak tahu apa yang kau buat selama ni?”Manan terdiam.“Aku berharap sangat ni.”“Sudah la. Aku tak nak dengar apa-apa. Pengawal!” Panggil Ariff lalu datang dua orang pengawal keselamatan membantu Ariff untuk mengusir Manan dari situ.
***
Bukan tiada jalan penyelesaian tetapi apakah kesudahan hidup Manan? Sebagai seorang kawan semenjak kecil lagi, Manan tidak pernah dilupakan bahkan sentiasa dia berdoa agar kawannya itu dibukakan pintu hati oleh Allah untuk melihat kebenaran dan melihat peluang yang datang itu sebagai satu peluang yang besar yang tidak boleh dilepaskan. Tidak perlu berfikir dan terus berfikir tanpa bertindak apa-apa.Bukan Manan tidak pernah meminta pada Tuhan. Bahkan Ariff sendiri tahu cita-cita Manan sejak kecil tetapi tewas dek masalah yang melanda dianggap penyudah kehidupan menjadikan Manan memilih kekecewaan.
“Kadang kita meminta pada Allah setangkai bunga yang indah, tetapi Allah SWT berikan kita kaktus berduri. Seterusnya kita meminta kupu-kupu, tetapi diberikan ulat. Jadi, kita pun berasa sedih dan sangat kecewa bahkan merasa tersangat marah!!!“Namun kemudian… kaktus itu berbunga, ya kaktus itu berbunga dan ia nampak begitu indah sekali dan ulat itupun menjadi kupu-kupu yang cantik saujana mata memandang.“Itulah jalan Allah SWT, indah pada waktu-Nya! Allah tidak memberi apa yang kita harapkan, tetapi Allah SWT memberikan apa yang kita perlukan.“Kadang kita sedih, kadang kita kecewa dan terkadang segalanya rasa terluka serta sering berburuk sangka. Tapi jauh di atas segalanya, Allah sedang merangkai yang terbaik dalam kehidupan kita agar kita belajar untuk selalu ikhlas dan redha.“Renungkanlah dengan berlapang dada dengan minda yang positif, senyuman terukir di bibir dan ceriakan wajah. Insya-Allah… ada hikmah di sebalik musibah. Wallahu Alam.”
Ariff teringat kata-kata itu daripada seseorang yang datang secara tiba-tiba kepadanya dan memperlihatkan kepadanya satu peluang yang besar. Pada mulanya dia seperti Manan, berfikiran negatif dan terus negatif apabila sesuatu perniagana melibatkan modal. Lelaki itu bertanya lagi,“Perniagaan apa yang tidak memerlukan modal?” Tanya lelaki yang selekeh kepada Ariff yang duduk minum di kedai Mamak.Ariff tidak tahu akan jawapannya maka dia terbungkam.“Perniagaan yang tidak memerlukan modal adalah pekerjaan dengan menipu orang lain. Mengambil hak orang lain untuk kepentingan diri sendiri semata-mata dengan melakukan pelbagai bentuk penindasan dan menyerupai amalan iblis laknatullah. Sesungguhnya itulah pekerjaan yang dimurkai Allah.”Ariff memberikan ruang pada dirinya untuk mendengar kata-kata lelaki yang berdarah kacukan Cina itu. Jika dia tidak sabar maka dia akan berlalu. Maka dia sabarkan dirinya. Dia memberi peluang pada lelaki tersebut memberitahunya sesuatu.
 “Peluang yang besar itu datang secara tiba-tiba. Datang tidak menentu masa. Datang di saat kita kesempitan atau kesusahan. Nilailah peluang itu dengan secara bijaksana. Rebutlah peluang yang besar itu, kerana peluang yang besar itu boleh berlalu dengan tiba-tiba. Jangan jadikan seribu alasan untuk tidak merebut peluang yang besar itu!” Lelaki itu juga memetik kata-kata hikmat daripada Professor Dr. Hamka.
Ariff telah menceritakan apa yang dia lalui itu kepada Manan. Dia menyampaikan perkara yang sama dan seterusnya terpulang pada Manan untuk berfikir. Ya di sinilah tempat Ariff bertemu dengan lelaki itu yang datang dan memberitahunya peluang. Namun, lelaki itu entah ke mana perginya. Ternyata ia benar-benar datang dengan tiba-tiba dan berlalu juga dengan tiba-tiba.Manan tunduk membisu. Terdiam gara-gara kesal. Kalaulah lima tahun dahulu dia bertindak dan mendengar jelas tanpa mencelah, sudah tentu dia memahami segala-galanya.“Aku minta maaf, Ariff.”“Kau tak perlu minta maaf dekat aku. Kau perlu minta maaf pada diri kau sendiri. Tuhan tidak akan ubah nasib seseorang itu melainkan hamba-Nya sendiri berusaha untuk mengubah nasibnya.” Bahu Manan ditepuk perlahan oleh Ariff sebagai suntikan semangat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 14, 2012 20:48

Bila Sahabat Berjaya

November 13, 2012

Novelis : Zura Asyfar Tidak Lupa Kawan

Lama betul sahabat aku ni menyepikan diri dengan aku gara-gara sibuk dengan menghasilkan novel seterusnya selepas Sebenarnya, Saya Isteri Dia! meletup-letup di pasaran. Sungguhpun begitu, kehadiran wanita yang aktif menulis ke kedai aku begitu menggembirakan hatiku sendiri. Terima kasih buat Zura Asyfar (Penulis KaryaSeni) yang sudi menjenguk khabar dan dalam masa yang sama meminta aku untuk melihat kondisi laptopnya yang buat hal. Malangnya aku tidak berjaya kerana diriku tiba-tiba busy. Huk alos~ apa boleh buat, kan? Harap Zura Asyfar tidak berkecil hati dengan layanan yang tidak memuaskan. hu hu hu...
Apabila ditanya apa perkembangan tergini, sudah tentu jawapannya, "Sibuk menyiapkan manuskrip seterusnya." Ya, sekarang beliau sedang berusaha untuk menyiapkan manuskrip penuh novel keduanya yang bakal menemui anda tidak lama lagi. Jadi, kepada peminatnya harap sabar menunggu.
Duta Produk! ha ha ha, Zura Asyfar sudi menerima buah tangan dariku. (Bila laa penulis ni nak bagi gift kat aku pulak ya? Dah lama tunggu ni... ahaks~~~) Walaupun dia kini sibuk namun tidak pernah dia lupa bagaimana semua ini bermula. ^___^
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2012 19:17

Mereka adalah pemuda istimewa

Mereka adalah pemuda istimewa....
Teringat saya kisah lama semasa belajar di Ireland kira-kira 20 tahun dahulu, beberapa orang sahabat lama di kalangan pelajar-pelajar Melayu (Malaysia) yang istiqamah bersolat subuh berjamaah di masjid miski pun terpaksa meredah kesejukan 'winter' yang bersalji dengan kesejukan mencecah -4 atau -5'C. 
Saya sendiri lebih gemar dan merasa gembira untuk bersahabat dengan anak-anak muda yang hebat seumpama mereka di samping bergaul bersama sahabat-sahabat dari negara-negara yang lain.
Apabila saya ikuti perkembangan terkini, ternyata mereka adalah tokoh-tokoh yang hebat dan berjaya, bukan sahaja di dalam kerjaya mereka bahkan mereka kini istiqamah mendokong perjuangan Islam di medan di mana mereka berada.
Pengajaran entri kali ini :Subuh berjamaah adalah salah satu indikator kekuatan seorang lelaki Muslim.Foto kenangan daripada sahabat di UK
SUMBER
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2012 18:51

November 10, 2012

Rosyam Nor adalah contoh artis yang rosak akhlak

Nampaknya selain daripada kehambaran ASK2012, satu lagi topik hangat yang dibincangkan oleh pengguna Internet Malaysia ialah berkenaan lawak yang telah dibuat oleh Rosyam Noor ketika menjadi salah seorang penyampai anugerah. Rosyam Noor telah berganding bahu dengan Erra Fazira dan membawakan watak Captain Hook.
Lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor seolah-olah menyindir TV Al Hijrah. Namun segelintir pihak menyatakan yang Rosyam Noor tidak sensitif dan telah menghina Islam. Di bawah ialah petikan lawak yang dibuat oleh Rosyam Noor.
Nasib baik kita kat TV3 bley cuit-cuit, kalau kat TV Al-Hijrah cuit pun tak boleh
Biasanya penyampai anugerah akan diberikan skrip untuk dibaca ketika berada di atas pentas. Adakah kata-kata Rosyam Noor ini juga berdasarkan skrip ataupun terkeluar secara spontan?
(Sumber)

p/s : Serius! Bosan gila dengar cerita artis macam ni, kalau boleh... hapuslah kejahilan, sila dalami Islam, sayangi Islam... bukan nak kutuk atau mengata tetapi inilah hakikatnya. Akidah Islam boleh dirosakkan oleh orang Islam sendiri. Sepatutnya makin tua dekatkanlah diri tu dengan Islam tetapi makin bikin jurang. Ini satu kebiadaban yang sukar dimaafkan namun, dia sepatutnya sedar, sebagai seorang artis yang beragama Islam dia perlu menunjukkan contoh tauladan yang baik. Tapi... apa berlaku amat mendukacitakan.
' Rosyam Nor adalah contoh artis yang rosak akhlak .'
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 10, 2012 01:33

November 7, 2012

Semenjak tawa hati...

Bukan main title aku kali ni, semenjak tawa hati, katanya. Padahal tak ada kena mengena langsung pun (PEACE) Saja gatal pula nak kemas kini :-)
Salam!
See... aku betul-betul PEMALAS! Nak update satu entri pun macam tumbuh bisul di jari. Grrr... 
Actually (Omputeh sikit) aku sudah kehilangan idea. Oleh yang demikian aku tidak update. Aku tiada story yang hendak disampaikan. Apa yang aku boleh ceritakan di sini adalah, aku mengalami proses tumbesaran.
Semua orang akan dewasa, yes? So, kedewasaan kita mebuktikan tahap kematangan kita, tapi! ada tapinya, ada yang berusia hampir 40an, belum dewasa. Kenapa? Haaa.... sebenarnya definisi 'D-E-W-A-S-A' ni bukan untuk ornag yang berusia. Erti sebenar adalah pengalaman. Seseorang belajar tentang sesuatu dari pengalaman itulah bergelar kedewasaan akal. Yes! A-K-A-L (Siap mengeja lagi)
Motifnya cuma satu, masih ada di antara kita ini bersikap kebudak-budakan. It`s okey, itu tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya adalah tidak kena tempat dan ketika. Tidak kisah kalau hendak bercanda, bergurau ke berseloroh ke, atau seerti dengannya asalkan tidak mencemarkan maruah seseorang. Kadangkala kita bergurau tidak ingat dunia. Difikirkan semua orang boleh bergurau. Kita kena ingat bahawa tidak semua orang boleh terima cara kita, jadi pandai-pandailah mengawal situasi.
Kwang kwang kwang... sudah cukup cukup sudah, cukup sampai di sini sahaja aku membebel. Aku mahu sambung kerja, pada mereka yang suka bergurau lebih-lebih tu insaflah, jangan ketawa banyak sangat nanti cepat pula perginya. Oppss~~ (Dipetik dari kata-kata seorang artis)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 07, 2012 05:07

October 30, 2012

Bangkit Dari Lena Yang Panjang

Salam.
Hah? Apa dia? Blog lama tak update? Ya fine! he he he, memang pun blog ini sudah bersawang katanya. Aku dah lama tidak update. Serius, aku tak sempat tetapi hari ini aku berkesempatan dan tergerak hati untuk melaporkan edisi siasar, wah! bukan bukan! sengaja mahu bertanya khabar. Sebenarnya aku di sini sihat, (Macam tulis surat)
Aku mengalami masalah dalam penulisan, secara terangnya Writer Block, hah itu kata dalam BI. Memang aku tiada idea untuk menulis kerana kekangan waktu dalam perniagaan yang baru aku ceburi ini mendesak aku agar memberikan tumpuan yang lebih. Oleh yang demikian aku belum berpeluang untuk menulis cerita baru.
Rasa terpanggil pula pagi ini setelah terbaca satu artikel seorang blogger yang meluahkan pendapat peribadinya. Aku baca sampai habis walaupun pada mulanya aku begitu kaget untuk membacanya tetapi setelah menemui titik noktah dalam artikel itu membuat aku terfikir dan tertanya-tanya, "Sampai bila?" Ya... sebelum aku membebel lebih jauh, eloklah anda baca terlebih dahulu. Aku yakin pasti yang sudah membacanya. Aku aje yang ketinggalan. he he he... bawah ini pendapat peribadi si blogger tersebut...

image Tuhan tolong ~ ah never mind.
1- Nama watak yang tak logik
Ada satu trend dalam novel cinta Melayu yang sangat tak logik. Perasan tak macam mana nama-nama watak dalam novel cinta Melayu? Kalau perempuan rule-of-thumbnya kena nama banyak huruf A dan/atau S. Contohnya Shahfiza Hanisa, Qistina Amalia, Nora Elena, Izora Malisa. Tak logik kot orang Melayu nama fancy macam tu sekali! Kalau yang lelaki nama dah macam cyborg; Adam Mukhriz, Iqbal Hanif, Danial Rasydan, Azlan Hafizi.
Tak boleh ke bubuh nama yang common macam Izati ke, Laili ke, Salmah ke, Fatimah ke, Sarimah ke, Kuntum ke. Nak nampak moden sangat ke letak nama macam nama planet?Yang laki tak boleh ke letak nama Daud ke, Shuib ke, Idris ke? Apa, kalau kau letak nama-nama common macam tu akan jadi tak hensem ke?
2- Jalan cerita yang berulang-ulang
“Anisa anak seorang gadis kampung yang patuh pada suruhan agama. Dia dijodohkan dengan Shariz Azfar, anak Tan Sri Habib tokay besar Syarikat Berlian Habib. Namun Anisa mempunyai pilihan hati sendiri iaitu teman sekampungnya, Ustaz Aliff Aziz. Sewaktu mula berkahwin, Shariz Azfar seorang yang pemabuk dan kaki perempuan dan suka memukul Anisa, tetapi Anisa berjaya mengubah hati suaminya. Ustaz Aliff Aziz pula tidak pernah berhenti percaya kekuatan cinta mereka bla bla bla...Datang pula bekas kekasih Shariz Azfar, Maria Sarahpoba wanita Kuala Lumpur yang free hair dan jahat cuba memenangi semula hati Shariz Azfar. Apakah yang akan terjadi? Jeng3...”
Jalan cerita novel Melayu dah dekat dua puluh tahun, tak pernah berubah. Kamon la, kenapa persekitarannya mesti ada Tan Sri, Datuk, businessmen? Kenapa mesti watak perempuan utama tu perfect serba-serbi, takde langsung kekurangan (kecuali kuat menangis). Kenapa mesti ada kahwin paksa? Dah takde idea sangat ke penulis-penulis novel ni?
Tengok cerita Ombak Rindu. Template yang exactly sama digunakan.Aaron Aziz, lelaki kaya, terpaksa kahwin dengan perempuan-Melayu-terakhir Maya Karin yang perfect. Tapi Maya Karin diminati Bront Palarae, teman sekampungnya. Datang pulak Lisa Surihani, kekasih free hair yang jahat dan urban cuba memenangi hati Aaron Aziz.*OK, I know I can’t remember the characters, didn’t even have time to Google. But you can see my point*
Dah abad 21 kot. Tahun 2012. Kenapa jalan cerita sama je?
3- Perwatakan yang samaSampai bila nak guna idea yang sama untuk watak-watak novel cinta? Kenapa takde penulis yang berani nak keluar dari kelainan?
Cuba buat watak seorang perempuan kampung tapi suka bersosial? Buat watak perempuan bandar free hair tapi rajin baca Quran? Atau buat watak lelaki penghisap dadah tapi berjiwa mulia.
Kenapa asyik nak buat watak yang sama je? Kalau dia miskin, dia baik hati. kalau dia kaya dia keji. Atau paling berani pun penulis novel cinta ni cuma buat watak lelaki yang kononnya kuat agama (imam, bilal, ustaz), tapi suka main perempuan.
Kenapa takde watak yang lebih manusia? Takde watak yang berjiwa dalam, berfikiran hebat. Adakah sebab penulis tu sendiri tak berjiwa dalam, semata-mata hidup berpandukan cinta kepada lelaki (sebab penulis novel wanita.) Dan kenapa watak lelaki kacak, perempuan cantik. Kenapa tak buat je watak lelaki gemuk, perempuan hodoh? Ataupun tak boleh ke tak mention yang watak-watak tu good looking? Cuba tulis biasa-biasa, tak payah nak tulis “Adam Mukhriz lelaki paling ganteng seantero nusantara, Haris berwajah putih dan kacak, Anisa wanita paling jelita di Tanah Melayu”
Tulis je “Hariz berkulit gelap, sawo matang. Mata juling.” Kerana apa penulis novel tak tulis macam ni? Haa, sebabnya buku cinta tu semuanya fantasi novelis yang tak kesampaian.Konpemnya semua novelis tu imagine deorang lah watak utama banyak huruf A dalam novel yang deorang karang. Lepas tu deorang imagine yang deorang dapat kahwin dengan lelaki hensem (walaupun terpaksa tak kisah. Walaupun kuat minum arak tak kisah, aku boleh insafkan dia jadi lelaki baik. Yang penting laki aku hensem. Jahat ke tak belakang kira)
Oh lagi satu. Kalau watak perempuan kahwin dengan mat salleh, mesti macam ni “Thomas Alva Edison, lelaki Belanda fasih berbahasa Melayu yang mencari-cari Tuhan. Telah lama meninggalkan agama nenek moyangnya, sehingga dia bertemu Ilyana yang mengajarnya erti patuh kepada Tuhan yang Esa” not saying yang benda ni tak bagus, tapi why keep repeating the same character? Kenapa mat salleh tu dah pandai cakap bahasa Melayu? Kenapa tak boleh cakap yang watak mat salleh tu tidak mencari-cari Tuhan? Kenapa nak mudahkan cerita yang mat salleh tu pandai cakap Melayu kononnya tengah mencari Tuhan kemudian watak utama @ perempuan perfect serba serbi tu conveniently guide dia dengan mudahnya?
Kenapa taknak buat conflict intrapersonal yang lebih dalam dekat situ? Sebab apa, sebab novelis cinta Melayu pemalas. Semuanya convenient, come in handy, tak payah berusaha. Watak ni jahat, lama-lama dia insaflah tengok bini perfect dia solat 5 waktu sehari.
Watak Datin ni keji, nanti dia insaflah bila tahu anak yang dia banggakan bukan anak kandung dia. Semuanya convenient, penulis novel tak payah explain. Benda jadi sekelip mata macam tu je.
4- Happy ending
Kalau dah katanya novel cinta, mesti happy ending. Last-last sekali yang penting watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S akan menemui cinta sejati bersama jejaka kacak anak Tan Sri yang sudah bertaubat taknak minum arak dan main perempuan. *clap hands* . Watak yang paling kecewa ialah watak perempuan free hair yang jahat dan seksi *sesuai dilakonkan Faradhiya* yang terpaksa meninggalkan jejaka kacak anak Tan Sri, kekasih pertamanya. Oh dan juga, rakan sekampung perempuan huruf banyak A dan/atau S yang makan hati setelah kekasihnya menemui cinta sejati.
Tidak dilupakan, Tan Sri *Jalaluddin Hassan/Mustapha Kamal* sudahpun mati dan mewariskan perniagaan kepada jejaka kacak. Datin Seri *Azizah Mahzan/dan yang sewaktu dengannya* insaf dan melayan menantunya iaitu watak perempuan utama yang namanya banyak huruf A dan/atau S seperti anaknya sendiri. (Kalau Datin Seri belum insaf, akan ada sequel)
5- Tidak mencabar minda
Dalam novel cinta Melayu, langsung takde plot yang boleh membuatkan kita berfikir sejenak, atau membuatkan kita rasa pemikiran kita tercabar. Asek-asek sogok benda yang sama.
“Dalam hati Arisa, terasa bunga-bunga cinta untuk Daniel Hakim berkuntum. Lelaki kacak itu begitu pandai menawan hatinya.” Simple. Easy. Jatuh cinta macam tu je. Tak pernah deorang nak explore aspek yang lebih dalam dalam percintaan.
Cuba macam ni:Untuk bulan-bulan pertama, kami memegang erat satu sama lain dengan perasaan putus asa yang dungu. Kerana walau apapun yang mereka katakan, tiada apa yang dapat menghalang kami berdua daripada bertemu. Dengan bayangan tragedi yang menghantui kami, kami menjadi kukuh; tidak mampu dipisahkan, dua bahagian yang membentuk kesempurnaan. Aku mangsa kepada heronya. Aku selalu dalam bahaya dan dia selalu menyelamatkan aku. Aku akan jatuh dan dia akan mengangkatku. Dan itu; sebanyak mana kami menjalinkan cinta ialah bagaimana kami mencintai satu sama lain; bersatu di mana kelemahanku memerlukan perlindungan.
Tengok? Jauh beza tak? Satu directly cakap “Mereka jatuh cinta” yang kedua cakap, “Mereka jatuh cinta, dan ini bagaimana mereka jatuh cinta...” Lebih mendalam. Lebih menerokai emosi manusia. Bukan menunjukkan manusia semata-mata jatuh cinta.
Fine, mungkin anda kata “Novel cinta kot! Kau nak baca novel thriller pergi baca novel Ramli Awang Murshid sana!”
Fine. Saya terima. Tapi kalau nak compare genre cinta sekarang dengan novel cinta zaman dulu, jauh berbeza. Dua-dua novel Melayu. Keterlaluan ke nak compare novel Melayu dulu dengan sekarang? Kalaupun wataknya hampir sama (perempuan miskin, lelaki kaya) tapi the way penulis dulu bawak cerita dia sangat menyakinkan dan menyayat hati. Setakat kau tunjuk watak tu kononnya menangis sebab suami dia curang, memang langsung bukan tandingan dengan novel cinta Melayu dulu. Kualiti OK, bukan kuantiti dia menangis tu jadi ukuran.
Cuba baca novel Tenggelamnya Kapal Van der Wijck, tengok kau menangis tak. Cuba baca novel Azizah, tengok kau termenung tak. Novel cinta? Yes, dua-dua novel cinta. Tapi dua-dua kualiti lagi superb dari seribu novel cinta picisan Alaf 21.
6- Tema yang membosankan
Tema semata-mata cinta dan pengorbanan (Redha itu ikhlas, pasghah itu menyeghah. Or whatsoever) Kenapa taknak buat tema lebih daripada cinta? Kenapa taknak include tema yang lebih mendalam?
Mungkinkah sebab penulis novel cinta ni dah tahu memang khalayak pembaca dia suka macam tu je, dia pun ulang-ulang benda yang sama.
Banyak lagi tema yang novelis cinta gagal nak explore. Dekat America, cinta bukan setakat antara manusia. Ada vampire, werewolves, cinta antara manusia dengan hantu. Dan kalau dah ada cinta, ada pulak novel romance (18SX).Fine, kalau kata deorang takde agama. Semua benda jadi mainan.
Tapi takkan kau takde effort at least untuk explore benda luar dari kelainan? Cuba buat kisah cinta seorang jejaka kaya dengan anak Orang Asli macam cerita Pocahontas. Kisah cinta dua robot macam Wall-E. Mampu kau?
Yang kau tahu, itu jelah. Laki hensem, perempuan miskin. Boring.
SUMBER
p/s : Aku tak nak hurai apa-apa, just berfikir kemudian cari penyelesaian :-)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 30, 2012 18:18

Miqael Arshad's Blog

Miqael Arshad
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Miqael Arshad's blog with rss.