Error Pop-Up - Close Button Must be signed in and friends with that member to view that page.

Miqael Arshad's Blog, page 6

January 9, 2013

Tatkala sakit datang...

Ada ketikanya kita sihat, ada ketikanya kita sakit,. Maka hari yang sakit itu adalah hari pembalasan dan peringatan serta penghapusan dosa-dosa kecil. Tetapi sejauh manakah kita ingat Dia sewaktu kita sihat? Sihat atau sakit kita mesti ingat pada-Nya. Dia yang memberikan kita sihat, Dia juga memberikan kita sakit.
Dan, hari aku ditimpa kesakitan ini mengingatkan aku bahawa kita ni sebenarnya tidaklah sihat seperti yang kita anggap. Pagi petang, siang dan malam menjaga kesihatan tetapi kalau tersilap, sakit pasti datang juga. Walau bagaimanapun, aku di sini agak sedih jugalah dan betullah kata orang, waktu kita sakit begini, kita teringin mak ada di sisi jaga kita. Waktu beginilah kita ingat mak. Tidak kira lelaki atau pun perempuan kita ingat mak. Kalau mak kita jauh? Sedihkan?
Tidak mengapalah kerana di kejauhan begini hanya doa ibu sahaja mustajab. Aku berharap setiap hati mendapat redha dari ibu. Aku sayang ibu... kau orang pun sayang ibu juga kan? Kalau mak kita cubit kita, itu tandanya dia sayang kita saat kita degil. Mak mana tidak sayangkan anak? Saat besar begini pun mak dan ayah tetap risaukan anak-anaknya. Setiap hari asyik telefon sahaja tanya bila nak balik? Hehe... nak cakap aku anak manja mak, mustahil kut, aku bukan anak bongsu pun. Lagi pula aku anak lelaki.
Sudah macam diari pula blog aku ni. Haaa... ni segmen luahan hati gamaknya kan? Actually aku di gam untuk menulis gara-gara terbatas dek demam. Kena makan ubat yang belambak. Perut aku sakit gila, salah makan. Kepala pula pening mengalahkan orang mengandung yang sudah mahu beranak. Isy isy... aku tidak sabar mahu menghabiskan manuskrip Nasi Kicap Telur Goreng tu. Aku tidak mahu hampakan semangat pembaca aku yang mahukan sambungan. Insya-Allah, lepas baik demam dan sakit perut ini, aku kerahkan idea untuk menulis / menaip lagi story itu.


Keadaan aku (tuan blog) sakit. ha ha ha (Action) sikit.


Inilah ubat yang terpaksa aku telan demi kesembuhan. Terima kasih buat doktor yang rekemenkan ubat ni. Yang paling best... Insan tersayang ada menemani di sisi waktu pi check doktor. hiks
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 09, 2013 07:56

January 7, 2013

Melepak Di Negeri Orang

Salam. Aku harap para pembaca blog aku masih setia menjengah ke sini. Kejung hati beb sebab lama sangat aku menyepi. Ecewah, menyepi macamlah selama ni menyalak bagai anjing. Tidaklah aku bawa diri tetapi aku nak relakskan otak aku yang berserabut macam sampah-sampah di tempat pembuangan. Hanya waktu-waktu beginilah aku elak seketika dari rutin aku yang hari-hari menghadap komputer. Sekali sekala hendak juga aku hadap lori, hadap bas dan hadap orang-orang yang ke hulur ke hilir di pusat membeli dan blah.
Ada yang bertanya, "Cari ilham ke En. Chad?" aku tak kata cari ilham tapi aku cari ketenangan. Hee.... Tapi ada pula yang bagaikan superstar berkata, "Kalau nak cari ketenangan, duk atas sejadah." Aku dah duduk tapi aku nak yang macam Do Re Mi. Sebut sahaja Zam Zam Ala Kazam, terus terbang. Mustahil la macam tu.
Dan hari ini aku terfikir-fikir, perjalanan tanpa jadual memang tidak best ibarat hanya ikut gerak hati bawa mana hendak pergi. Perancangan langsung tiada,. Aku bertolak dari Terengganu 27hb 12 tahun 2012 dan melepak dekat Johor sampai hari ini. Apa aku buat? Cuma pergi jalan-jalan dan tengok wayang cerita CZ12 tu. Dengan siapalah aku keluar menonton yek? Ada la some one yang baik hati...
Dekat sini aku nak beritahu, perjalanan yang tidak dirancang memang menimbulkan masalah. Pertama daripada segi masa. Banyak masa terbuang masa sibuk fikir apa hendak dibuat seterusnya. Dalak pada itu, kita dengan pasangan kita akan berfikir haluan yang mana patut di pilih. Kalau keluar dengan orang cerewet macam aku ni, memang situ tak best, sini tak best walaupun aku tak pernah pergi pun. Lagi satu, kalau hendak lepak lama-lama, aku lebih suka duduk di rumah sahaja. Aku ni seorang yang cepat bosan. Maksud aku, kalau aku lakukan something yang aku kurang suka, maka hasilnya memang mendukacitakan.
Bagaimana hendak mendapatkan keserasian? Ada yang berfiikir cara untuk serasi. Sebenarnya tiada cara untuk serasi melainkan saling memahami. Kalau hendak serasi atau tunggu keserasian itu muncul, sampai bila-bila pun kita dengan pasangan kita tidak serasi. Pendek kata, kena tundukkan sedikit egois masing-masing.
Maka, lama kelamaan perasaan rimas aku hilang bila aku lakukan sesuatu yang aku suka, iaitu menulis. Aku menulis cerita baru iaitu Nasi Kisap Telur Goreng. Entah macam mana boleh dapat tajuk sebegitu sehinggakan ada di antara reader beritahu, "Kelakar gila tajuknya." Boleh pula dikatakan kelakar, mungkin kut tapi aku belum tahu mana yang kelakarnya sebab mungkinlah bagi mereka yang tidak pernah makan nasi macam tu rasa jengkel. huhuhu
Aku cuba untuk serasi dengan cerita berkenaan memandangkan ia adalah dari pengalaman orang lain. Aku menulisnya di Johor dan cerita itu adalah coretan kisah besar dari some body. Aku adaptasikan ia dalam bentuk penulisan. Apa yang mencabar, aku menulis dari rasa orang lain dan bukan dari aku punya rasa. Jadi, kebanrangkalian untuk reader merasainya juga agak tipis memandangkan feel aku berbeza, Walau bagaimanapun aku terus menulis agar aku dapat momentum menjiwai watak-watak tersebut.
Aku tidak berani jamin bila cerita tersebut akan siap. Serius, aku memang lama betul tidak menulis kerana ada manusia angkuh menarik aku ke jalan yang tidak aku suka. Inilah padahnya sekiranya kita salah memilih kawan dan mudah terpengaruh dan akhirnya aku juga yang susah. Aku akan ingat sampai bila-bila manusia yang mementingkan diri sendiri itu. Maksud aku, tiada apa yang perlu aku bicara dengannya.
Okey, berbalik pada keserasian, aku akan menulis cerita itu dari sudut Hazrina watak utama tu. Tapi ada rakan menegur, elok menulis cara lelaki, cara lelaki menulis sangat lantang. Jadi, aku akan cuba sesuaikan keadaan. Selama ni pun aku banyak menulis sudut Ladlit (Lelaki yang bercerita) namun masih terdappat banyak kelemahan. Bagi aku, aku selesa menulis sebegitu kerana ia tiada halangan mahukan sekatan. Aku suka menulis tanpa ada peraturan. Memang ada yang menegur cara aku tapi aku suka menulis kasar. Aku tulis lembut-lembut pun orang tak suka baca juga. Jadi lebih baik aku menulis apa yang aku boleh luahkan.
Meluahkan dan berkongsi itu mesti seiring. Jadi aku meluahkan apa yang aku rasa dan aku berkongsi apa yang aku ada. Kalau kita sharing nanti Allah bagi kita lebih lagi. Kadang-kadang Allah tak bagi apa yang kita minta tetapi Allah bagi apa yang kita perlukan. Semoga aku lebih mengenali diri sendiri.
Harapan aku, masih ada yang setia kerana aku ingin berkongsi rasa dengan kalian yang sudi menjengah ke blog aku. Aku jadikan blog aku ni pelbagai rasa. Macam-macam ada dan tidak khusus pada novel dan cerpen sahaja. Ada juga yang menasihat, jangan campur-campur, elok asingkan supaya orang tidak pening. Alahai, mula-mula sahaja pelawat pertama akan pening. Apabila mereka datang untuk seterusnya maka mereka tidak akan pening lagi. Macam kita masuk kelas yang baru. Kita perlukan masa untuk sesuaikan diri dengan keadaan. Jadi begitulah juga dengan situasi di dalam aku punya blog. hu hu hu... kalau ada yang kurang memuaskan, harap maaf okey, sesungguhnya aku bukanlah seorang blogger yang baik :-)
Wahai reader budiman, sekiranya sudi baca novel terbaru itu, sudilah kiranya sedekahkan padaku sebiji komen agar aku tahu kondisi cerita berkenaan. Kalau tidak mahu drop komen pun tidak apa, just share dengan rakan-rakan yang lain. Kalau masih juga tidak mahu share maka simpanlah dalam hati kemudian tunggulah sehingga musim luruh tiba... [Baca seterusnya...]
Tidak sabar pula rasanya mahu pulang ke Dungun. Rindunya pada komputer sendiri. Aku terpaksa pulang ke kampung demi menyambung tugas yang belum selesai kerana perjuangan baru sahaja bermula. Salam sayang semua... :))) Selamat tahun baru 2013, hidup dengan azam baru.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 07, 2013 19:19

January 6, 2013

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 6)

Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 6)
Sudah dua hari Noris tidak bercakap dengan Hazrina. Mereka saling membisu antara satu sama lain. Tidakpernah  bertegur siapa. Bukan Hazrina tidak mencuba tetapi Noris enggan memaafkan Hazrina agaknya. Oleh yang demikian Hazrina berputus asa. Beginilah keadaannya. Seorang pandang ke barat, seorang pandang ke timur.Noris sibuk menaip sesuatu dengan kemputer riba. Hazrina bersandar di kepala katil sambil meletakkan novel yang dibacanya itu di sisi. Perlahan-lahan dia turunkan kakinya setelah berada di birai katil. Malam yang dingin mencucuk tubuh. Hujan yang tadinya lebat, sekarang sudah berhenti kecuali hujan di dalam hati Noris yang masih terasa dengan tindakan Hazrina yang tegar menampar.“Pesan Rasulullah… tak baik kita tidak bertegur sapa selama tiga hari berturut-turut…”Noris diam. Ucapan Hazrina seolah-olah tidak melekat di cuping telinga. Hazrina bangun dari duduknya dan mendekati Noris sambil mengikat rambutnya. Tiba-tiba Noris bangun.“Kau nak ke mana?”Noris diam.Hazrina sudah berputus asa. Dia menghitung sendiri kiraan. ‘Hurm… baru dua hari… patutlah…’ bisik hatinya kesal.Dia kembali semula duduk di birai katil dan mencapai semula novel paling laris. Novel yang membuatkan  orang menangis kalau membacanya. Kalau dia jadi seorang penulis, dia mahu berkongsi cerita gembira sahaja dan yang kelakar agar orang akan terus ketawa tanpa bersedih seperti dirinya sekarang ini. Tetapi itu mustahil. Pahit, manis, suka dan duka itu adalah warna-warna kehidupan. Sekiranya dihitungkan kini, lebih banyak derita yang terpendam berbanding bahagia yang bertandang.Hazrina menggeleng perlahan dan tanpa Hazrina sedar, Noris berada disebalik pintu mengintai Hazrina yang kesedihan. Di situ Noris kembali semula dan duduk di birai katil Hazrina sambil menghulurkan tisu.“Dah la.. ni la yang aku lemah ni. Kau dengan air mata tak dapat dipisahkan ek?” Noris menguis dagu Hazrina supaya menatap wajah.Hazrina terus memeluk Noris.“Maafkan aku, Is. Aku betul-betul bersalah kat kau. Aku tak sepatutnya tampar kau.”“Aku sentiasa maafkan kau. Kita kan dah janji kita akan berkawan baik sampai bila-bila. Aku tahu kau tak sengaja tampar aku.” Tanpa sedar, Noris juga menitis air mata dalam dakapan itu.“Sekuat mana pun kita… kita tidak akan mampu melangkah sendirian. Sehebat mana pun kita, kita takkan mampu merintih keseorangan. Aku perlukan seorang kawan macam kau, Rin. Kau kuat. Kau dapat lalui semua ni walaupun aku tahu hati kau sangat pedih dengan segala tohmahan dan penghinaan.” Tutur Noris sebak.Hazrina turut terharu mendengarnya. Dia tidaklah sekuat apa yang dikatakan Noris tetapi dia hanyalah manusia biasa. Seorang remaja normal yang lain yang mahukan perhatian dan kasih sayang dari seorang yang bergelar lelaki.“Maafkan aku Is… maafkan aku…” Berulang kali Hazrina merayu agar benar-benar memaafkannya dari lubuk hati yang paling dalam.“Untuk pengetahuan kau… aku dah pancitkan tayar kereta perempuan tu masa tu jugak.”“Ah?!” Hazrina terkejut terus memandang wajah Noris. “Perempuan mana?” Hazrina ingin tahu.“Perempuan berangan cantik dan mengaku tunang Awan.”“Hah?”“Aku tak lari tapi aku patah balik nak tengok apa yang berlaku. Tapi perempuan tu buat aku geram.” Wajah Noris berubah ceria teringatkan wajah perempuan bernama Maya setelah mendapati keempat-empat tayar Toyota Camry telah pancit dikerjakan Noris.“Kau ni tak baik.” Hazrina cubit lengan Noris.“Auh, sakit la.”“Kita jangan aniaya orang lain, Is. Berdosa.”“Wah, kalau hati disakiti tak apa pulak? Aku kan dah janji, aku takkan biarkan orang lelaki ataupun sesiapa sahaja menyakiti hati kau. Ini janji aku yang pernah aku lafazkan sewaktu semester satu dulu.” Beritahu Noris.“Erm…”“Baiklah…” Noris bangun dan mendekati tingkap. Angin malam yang dingin setia menerobos masuk dan terus menjarum tubuh mereka. “Aku nak kau cerita perkara sebenar, itupun kalau kau rasa kau sahabat aku la…” Noris memberi pilihan.“Aku tahu kau jadi macam ni sebab aku dah tampar kau, kan?” Hazrina bangun dan melangkah ke arah Noris. Dipegang tangan itu dan ditarik sampai ke pipi. “Kau boleh lempang aku balik. Kau boleh balas.” Tokok Hazrina lagi meminta Noris terus menampar pipinya supaya Noris tidak menyimpan sembarang dendam.Noris jadi serba salah. Disentap tangan.“Rin! Dah la tu.” Bantah Noris. “Aku dah maafkan kau. Tolonglah jangan macam ni. Kau dah jauh berubah. Mana Rin yang penyabar? Aku suka Hazrina yang dulu seorang yang tabah.”“Aku cuba tabah tapi kalau kau macam ni macam mana aku nak terus kuat?”“Rin…”“Is… kau jangan terlalu protect aku.”“Rin…” Sebut Noris lagi perlahan.“A…aku…”“Kau dah tak sayang aku?”“Aku sayang sangat-sangat.” Hazrina terus memeluk sahabat baiknya. Dia tidak mahu kehilangan Noris dalam hidupnya tetapi jika Noris terlalu emosi dalam melindungi peribadinya maka hidup ini seolah-olah rasa terkongkong.Noris menolak perlahan tubuh Hazrina. Ketara nafas Noris tidak teratur gara-gara sikap Hazrina yang sekarang ni sukar diramal bahkan melalut entah ke mana. Noris tahu emosi Hazrina kurang stabil dan banyak dugaan yang terpaksa ditempuh tetapi janganlah sampai hilang kewarasan.“Ni berapa?” Noris pamerkan jarinya.“Kau ingat aku ni mental ke?”“Jawab!”“Dua…”“Huh! Aku nak pastikan bahawa kau tak meroyan, itu aje.” Noris angkat kening.Hazrina julingkan mata.Wajah kembali kendur. Mata mula layu. Mud selalu berubah-ubah mengikut perasaan.“Is, aku tak faham apa kena dengan aku ni?”“Kau sebenarnya jatuh cinta dan tak tahu nak pilih antara persahabatan dan percintaan, kan?” Noris membuat telahan.“Cinta?” Hazrina ragu-ragu.Noris terus mengangguk pasti.“C-I-N-T-A. Cinta Ilahi Nikmat Tiada Akhirnya. Itulah sepatutnya yang kau cari.”“Kau tak serius, Is.” Hazrina tarik muka dan kembali duduk di birai katil sambil peluk tubuh. Terasa dipermainkan oleh Noris sebentar tadi. Tetapi jika difikirkan balik memang itu yang utama tetapi cinta yang dicari Hazrina berupa kasih sayang. “Siapa cakap aku tak serius? Cuba kau fikir, kalau kita tak tahu apa yang kita cari sebenarnya, macam mana kau nak faham? Kau jatuh cinta pada Awan, kan?” Noris meneka.Hendak cakap salah, tidak cakap pun salah. Noris banyak memberikan bebanan berfikir. Waktu begini bukan masanya sesuai untuk membuat pilihan. Sekarang Hazrina mahu kepastian. Ia tentang cinta.“Hurm…” Mengeluh. Hazrina mengetap bibir.“Mengaku atau tak?”“Ya.”“Kalau kau tak mengaku sekalipun, ini buktinya.” Noris menghulurkan sapu tangan.Hazrina memerhatikannya.“Apa?” Hazrina tersentak. “Kau?”
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2013 23:10

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 5)

Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 5)

Noris asyik menghalang sahaja kemahuan Hazrina sejak dari rumah Datin Marlia tu. Mama Hazwan terlalu sombong. Sakit pulak hati ni! Noris merungut sentiasa. Hazrina mencari bilik khas 701 di mana Hazwan ditempatkan.Pembantu rumah itu sangat prihatin membantu Hazrina. Dia akan ingat sampai bila-bila pembantu bernama Makcik Asimah yang baik hati. Dalam keadaan begini, Allah membantu hamba-hamba-Nya yang dalam kesusahan dengan menghantar manusia yang baik untuk membantu jalan hidup Hazrina.“Jom la balik Rin… kau buat apa nak tengok muka jantan tu lagi? Kau jugak yang cakap dia dah hina kau, dah tu pulak mak dia pun perangai lebih kurang sama macam dia jugak. Adui la… kadang-kadang aku tak faham la dengan perangai kau ni.” Noris mati kutu dalam memujuk Hazrina.Tangan Hazrina ditarik-tarik tetapi Hazrina tetap berdegil mahu melawat Hazwan yang ditahan di wad. Perasaan Hazrina menjadi risau. Entah kenapa ia muncul secara tiba-tiba kemudian gerak hati mengatakan dia mahu melihatnya sendiri.“Rin!” Bentak Noris.Langkah Hazrina terhenti lalu menoleh laju. Nafas Hazrina keluar masuk dengan cepat. Tali tas beg dibetulkan. Dipandang Noris yang berwajah bengang. Riak wajah yang begitu tidak berpuas hati di setiap tindakan Hazrina.“Ni hospital. Tolong hormat sikit.” Pesan tukang sapu.“Okey, sorry…” Noris meminta maaf pada mak cik tersebut lalu mendekati Hazrina. Hazrina masih kaku. Hazrina tidak mahu dihalang namun Noris tegar berbuat sedemikian. Hazrina tahu Noris bimbang tetapi ini soal hati dan perasaan. Memang dia benci sebenar-benarnya benci tetapi benci terhadap Awan sangat berbeza. Ia tidak sama terhadap Badrul.Sukar untuk dijelaskan sekarang pada Noris. Tetapi, kalau dipeluang dan ruang, Noris akan tahu juga. Namun, sekiranya Noris mendesak, maka terlalu mustahil ia akan terpacul keluar dari mulut. Biarlah dia memendam rasa sahaja. Nanti, dibuatnya jadi macam di rumah Datin Marlia bagaimana? Hazrina tidak mahu ia terjadi lagi.“Kau nak benda yang sama berulang?”“Awan bukan macam tu.” Hazrina menafikannya.“Jadi kau masih percayakan lelaki macam Awan?”“Kau tak kenal dia, Noris.” Hazrina tunduk.Noris menghampiri dan memegang kedua-dua belah bahu Hazrina. Kala ini hati Hazrina berada di sebuah persimpangan. Tidak tahu memilih antara sahabat dan cinta. Percayakan Noris bermakna dia bakal korbankan cintanya. Memang selama ini dia percayakan Noris namun adakalanya kepercayaan itu menjadi desakan hidup. Noris banyak mengatur itu dan ini. Dia akui, Noris banyak membantu tetapi bagaimana pula pada masa hadapan? Dia tidak mahu mengheret Noris ke laluan hitam hidupnya.“Tengok mata aku.” Suruh Noris tapi Hazrina masih tunduk. “Sini!” Tegas Noris seterusnya dan menggoyangkan bahu itu. Perlahan-lahan Hazrina memandang ke dalam mata Noris yang bersinar. Noris hampir menangis.“Erm…” Hazrina mengetap bibirnya.“Walaupun aku tak kenal siapa Awan tu dan bagaimana pun ia bermula, aku takkan maafkan dia. Hanya satu je alasan aku. Dia tak berhak menghukum perempuan yang tak bersalah macam kau. Aku memang terasa terhadap kedua-dua lelaki biadab tu. Mendengar sahaja cakap Datin Marlia yang angkuh tu, Badrul dan Awan manusia keji!”Pang!Hazrina melepaskan satu tamparan kemas ke wajah Noris.“Kau tampar aku?”Hazrina tidak tahu kenapa tangannya begitu laju mendarat ke pipi Noris. Apa yang dia perasan, hatinya bertindak balas dengan nama Awan yang disebut oleh Noris sebentar tadi. Noris menyamakan Badrul dengan Awan.“Maafkan aku, Noris.”“Sampai hati kau tampar aku kerana lelaki tu…” Noris merajuk sambil tangannya menapak di pipi menahan sakit. Noris tidak membalas semula dan berundur lalu beredar dari situ meninggalkan Hazrina terpisat-pisat.“Is!” Panggil Hazrina.‘Maafkan aku Noris… Sebenarnya Awan adalah lelaki yang telah menyelamatkan aku pada malam tu…’ bisik hati kecil Hazrina.
***
Sebaik sahaja pintu wad dibuka, tersentak Hazrina melihat seorang gadis lain berdiri di birai katil Hazwan yang terbaring sambil kaki berbalut simen. Hatinya ranap tetapi ditenangkan dengan senyuman. Lagipun dia bukan ada apa-apa pun dengan Hazwan. Sekadar teman biasa. Tambah pula Hazrina begitu berhutang budi setelah diselamatkan oleh Hazwan dari cengkaman Badrul sepupu Hazwan sendiri.Baru sahaja kakinya mahu melangkah masuk, si gadis seksi itu menghampiri. Lantas tangan Hazrina ditarik setelah tiba dekat dan sempat dia melihat Hazwan terbaring. Kelihatan Hazwan sedang tidur. Kehadiran Hazrina memang tidak disenangi oleh gadis seksi itu. Hazrina tidak mengenalinya bahkan tidak pernah melihatnya. Baru sekarang dia terserempak di wad.“Siapa benarkan you datang sini? You ni siapa?”“Saya Rin, kawan Awan…” Hazrina menghulurkan tangan untuk bersalaman tetapi si gadis bernama Maya itu memandang dengan jengkel tanpa menyambutnya. Seolah-olah Hazrina terlalu hina untuk berjabat tangan.“Hei... I kenal dengan siapa Awan berkawan dan dia tak ada kawan dengan perempuan kampung macam you ni, please la… Eh? Tapi macam mana you tahu nama dia?”“Dia kawan saya.”“Kejap-kejap.” Maya yang ramping tinggi lampai itu menyental rambut. Seorang ahli perniagaan yang juga terlalu sibuk tetapi telah mengambil ruang untuk melawat Hazwan setelah mengetahui Hazwan menerima rawatan. “Rin?” Maya menyebut nama itu lagi.“Nama betul saya Hazrina.” Hazrina memberitahu nama sebenarnya dan Maya pula merasakan pernah mendengar nama itu. Pernah rasanya didengari nama tersebut meniti di bibir Hazwan secara tidak sengaja. Mungkin Hazrina di hadapan sekarang ini.“Apa kaitan you dengan Awan?” Maya masih bertanya soalan yang sama. Maya masih ragu-ragu dan keadaan tidak selesa terlakar pada wajah. Hidung mancung diangkat tinggi tanda angkuh dan langsung tidak menghormati orang lain malah merasakan orang lain tidak secantik dirinya.Hazrina tidak menjangkakan akan berhadapan dengan Datin Marlia versi Maya pula. Entah kenapa dunia ini dirasakan sangat kejam. Itulah anggapan Hazrina. Seolah-olah tiada yang nurani. Namun, sudah tersurat, pasti ada permata yang terselit di celah-celah serpihan kaca. Mungkin Hazwan permata itu. Tapi… bukankah Noris juga sahabat yang bersinar bagaikan permata kala sepi? Hazrina terpaksa menepis bayangan Noris ketika ini.“Saya dah beritahu, saya cuma kawan dia sahaja. Awak ni siapa?”“Wait! You tak layak tanya I ni siapa? Tapi sebaliknya you patut sedar, siapa diri you tu di mata Awan? Nothing…” Maya menjeling. “F-Y-I… Awan tu tunang I.” Sambung Maya berpeluk tubuh.Maya rasa tergugat dengan kehadiran Hazrina. Walaupun Hazrina tidak seseksi Maya namun Hazrina memiliki ciri-ciri kecantikan tersendiri. Cara dan tingkah lakunya begitu anggun walaupun tidaklah sehebat wanita tersohor. Dia selesa untuk tidak dikenali bahkan dia bukan mengejar popular diri untuk mengungguli dunia fesyen. Walaupun sebelum ini dia pernah dilamar oleh sebuah syarikat untuk menjadi model sambilan tetapi Hazrina menolaknya. Dia ada sebab sendiri iaitu tidak mahu dikenali. Sudah pasti dia tidak mahu dikenali tetapi perkenalan dengan Hazwan telah membawakan ke dunia glamour itu ramai gadis-gadis cantik mengejar cinta Hazwan. Gadis-gadis itu akan membawa cerita ke sana ke mari. Sudah pasti menjadi gosip hangat.“Oh tunang… tak apalah, lagipun saya hanya kawan dia sahaja.” Jawab Hazrina.“Sikit pun you tak cemburu?”Hazrina mengetap bibirnya dengan lembut lantas mengangguk. Mengiakan pertanyaan itu dan ia adalah sebuah jawapan yang tidak pasti.“Ha`ah.” Beritahu Hazrina.“That`s good. Senang sikit kerja I.”“Boleh saya masuk.”“No!” Marah Maya menghalang Hazrina dari masuk melawat.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 06, 2013 00:51

January 4, 2013

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 4)

Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 4)

“Kau ajak aku makan situ semata-mata nak beritahu yang kau dihina oleh Awan? Awan mana? Awan mendung atau awan hujan? Ke Awan nano?” Noris tersentap. Memandu dengan penuh emosi.“Ada pulak Awan Nano… tu tajuk lagu… ni Awan, H-A-Z-W-A-N.” Hazrina siap mengeja lagi nama betul Hazwan. “Tapi…”“Apa tapi-tapi? Aku tak peduli la siapa nama dia tu. Dia dah hina kau kan? Jadi mana rumah dia? Kau tunjuk dekat aku sekarang!” Bentak Noris menjegilkan biji mata. Tidak padan dengan perempuan, sifat panas barannya begitu ketara.Hazrina tidak berpeluang menerangkan hal selanjutnya kerana Noris enggan memberikan ruang. Sambil memandu kereta Proton Iswara warna jingga, dia mengeluh sahaja. Keluhan dan gelengan menjadi salah anggap. Bukan Hazrina mahu berselindung apa-apa tetapi kalau boleh dia beritahu Noris sedikit demi sedikit. Dia tidak mahu memberitahu semuanya kerana dia tidak mahu Noris menanggung beban. Dia tidak mahu kawan baiknya terlalu pening dengan masalah ini. Kalau diberitahu beginilah jadinya. Ribut taufan melanda.Kereta itu semakin lama semakin laju. Hazrina sudah kecut perut melihat cara Noris memandu. Ke kiri dan ke kanan memotong kenderaan di hadapan.“Kau perlahankan sikit boleh tak?”“Mana boleh! Selagi kau tak tunjukkan mana rumah dia, aku akan pandu laju-laju!”“Aku dah maafkan dia la.”“Tak!” Pedal minyak ditekan lagi.“Okey fine! Kota Damansara.” Hazrina memberitahu lokasi.
***
Termenung mereka di hadapan rumah mewah yang sangat besar. Siap ada pengawal lagi yang menjaga kediaman tersebut. Bagi Hazrina, dirinya sedia maklum tetapi tidak dari Noris. Ternyata masih ada yang dirahsiakan Hazrina kepada Noris. Kalau diceritakan semua maka tiada lagi peribadi. Untuk kali ini, Hazrina harus memberitahu kerana sudah terlalu sarat ditanggung. Sungguh tidak adil sekiranya dia telan sendirian kerana telah berjanji dengan Noris. Walau apapun yang terjadi, mereka tetap bersama. Sahabat sejati tidak akan berjauh hati.“Jadi ni rumah Awan yang kau maksudkan?” Tanya Noris.“Ya.” Jawab Hazrina sepatah.“Dia anak orang kaya?”Hazrina mengangguk.“Kau nekad nak masuk?” Hazrina angkat kening.“Kau ingat aku tak berani?”“Tapi ada pengawal.”“Peduli apa?” Noris keras kepala. Hazrina tersengih pula lantas Noris melihatnya. Masing-masing berpandangan sesame sendiri.“Aku tak fikir kau berani masuk.” Hazrina tarik tangan Noris untuk beredar dari situ. Noris diam seketika kemudian membatu langkah kemudian menyentap tangan.“Is!” Panggil Hazrina agak terkejut. Sangkaannya meleset sama sekali. Noris pergi juga mebndekati pagar rumah besar itu. Sebaik sahaja menghampiri. Seorang pengawal menghalang.Hazrina memerhatikan lagak Noris yang bertegang urat dengan pengawal keselamatan tersebut. Hati Hazrina terjentik mahu mendekati Noris.“Saya tak peduli! Anak dato` tu sudah menyakiti hati kawan saya. Jadi saya nak dia minta maaf!” Bentak Noris.“Pak Maidin, sudah…” Lirih nada seorang perempuan muncul meleraikan sengketa antara pengawal keselamatan itu dengan Noris.“Baik Datin…” Pangawal itu masuk semula ke pondok kawalan.“Buka pintu ni, izinkan mereka masuk.”Maka pengawal itu mengikut arahan. Hazrina menarik tangan Noris lalu merapatkan bibirnya pada cuping telinga Noris. Hazrina terpaksa tunduk sedikit gara-gara Noris kurang ketinggiannya.“Apa kau dah buat ni?”“Yang tu pasti mak dia, kan?”“Tu adalah Datin… Datin Marlia…” Bisik Hazrina.“Ah… lantaklah! Datin ke Datun ke, I don’t care!” Tidak habis-habis Noris melepaskan rasa geram. Api itu menyala-nyala walaupun Noris sendiri tidak mengenali siapa Awan sebenarnya.
***
Renungan tajam dari mata Datin Marlia sungguh berbisa. Tusukan itu bagaikan tombak yang memanah pedih hati Hazrina juga Noris. Tengoklah cara Datin Marlia pandang Hazrina, seperti mahu telan. Memang bermuka-muka. Kalau tadi masa mula-mula dijemput masuk, bukan main senyuman menawan tetapi apabila sudah berada di ruang tamu, dijemput duduk pun tidak. Hazrina dan Noris hanya mampu berdiri.Noris mencuba untuk duduk tetapi dari lagak Datin Marlia, renungan dan deheman sudah cukup menandakan tuan rumah tidak mengizinkan duduk. Tapi malangnya Noris tidak peduli itu semua.“Siapa suruh kau duduk?”“Ada kerusi… duduk aje la.” Jawab Noris lantas Hazrina terus menarik tangan Noris.“Is…” Suara Hazrina merayu agar Noris tidak buah kecoh lagi. Kehadiran mereka untuk masuk kali ini adalah demi sebuah perbincangan. Sekiranya tidak berbincang baik-baik, maka kekecohan pula yang berlaku. Sesiapa sahaja tidak suka hal itu berlaku termasuk pengawal keselamatan. Tidak mahu mendapat susah demi meleraikan persengketaan.“Aku nak tahu, apa tujuan kau datang ke sini?”“Sa…saya…” Hazrina gementar.“Kami datang ni nak jumpa anak puan.” Noris bangun semula.“Datin… nama aku Datin Marlia.” Jawab Datin Marlia dengan angkuh terhadap gelaran tersebut.“Tak kisahlah apa pun. Saya nak anak puan minta maaf dengan kawan saya ni sebab dah menghina dia sebagai pelacur! Apakah puan sendiri sebagai seorang perempuan tidak terasa dengan penghinaan macam tu?” Noris mempertahankan hak Hazrina.“Hazrina… sejak pertama kali aku jumpa kau, aku dah agak kau sebenarnya memang ada hati pada anak aku. Tapi kau jangan ingat Awan akan jadi milik kau.”Noris terus berpandangan. Sekejap memandang Datin Marlia, sekejap memandang Hazrina silih berganti. Hazrina pula bermain dengan jari jemari menahan rasa gemuruh tatkala berhadapan dengan seorang perempuan yang berpangkat dalam hidup ini. Seorang isteri kepada jutawan dan mempunyai dua orang anak laki-laki. Anak kesayangan sudah tentulah Hazwan Syarhan bin Dato` Musa yang bekerja sebagai jurutera berpangkat besar berusia 25 tahun.“Tak! Saya memang tak ada apa-apa perasaan pada Awan.”“Sudah! Kau jangan fikir Awan akan jadi milik kau. Cermin diri kau tu sikit dan kau memang layak dipanggil pelacur! Kalau kau bukan seorang pelacur, macam mana kau boleh ada dalam kondo anak aku bersama Badrul? Aku kenal anak saudara aku tu macam mana. Kalau bukan kau yang pujuk dia, dia takkan bawa balik perempuan dalam kondo tu.” Tangan Hazrina ditarik-tarik lalu diheret sampai ek muka pintu.Noris mengejar mereka lalu menyentap tangan Datin Merlia supaya tidak mengenggam pergelangan tangan Hazrina. Itu amat menyakitkan. Hazrina gadis berperasaan tidak patut diperlakukan begitu. Ternyata Datin Marlia tidak peduli terhadap fitnah tersebut. Hazrina dilemparkan dengan tuduhan yangs angat berat. Ia perkara yang amat memalukan dan mujurlah perkara tersebut tidak sampai kepada dekan. Jika itu berlaku maka dunia ini seolah-olah gelap.“Apa ni datin main kasar dengan kawan saya?”“Habis kau nak buat apa? Kau sekarang berada di dalam rumah aku. Dan aku haramkan kau orang berdua jejakkan kaki lagi dalam rumah ni, faham?!” Bentak Datin Marlia.“Hek eleh… tadi dia yang suruh masuk, sekarang nak ajar halal haram pulak.” Desis Noris mengherot mulutnya lalu menjuih bibir pada Datin Marlia.Sedang mereka melangkah keluar tiba-tiba hadir seorang pembantu rumah secara diam-diam lalu memberitahu sesuatu pada Hazrina. Terbuntang matanya mendengar khabar tersebut.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 04, 2013 00:12

January 2, 2013

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 3)


Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 3)
Hazrina ditemani Noris. Kalau hendak ke mana-mana pun pasti Noris setia menjadi supirwomen untuk Hazrina. Senyum melebar Noris kerana abahnya belikan kereta untuknya agar mudah hendak ke mana-mana. Nasib baik punya abah yang sangat penyayang. Hazrina pula tidak memiliki kereta sendiri. Noris bernasib baik kerana berada dalam keluarga yang agak senang berbanding dirinya tetapi bagi Noris pula itu tidak menjadi masalah. Kerjasama dan sikap saling tolong menolong selalu diambil berat.Sungguhpun begitu, Hazrina tetap bersyukur kerana dia dapat sambung belajar dan berusaha mengubah nasib keluarga suatu masa nanti. Pesan ibu, walaupun hidup susah asalkan kita tidak meminjam wang dengan sesiapa. Hidup di atas kaki dan usaha sendiri. Pesan ayahnya juga begitu. Jadi ayah dan ibu adalah oorang kuat yang berdiri di belakangnya.Dari tadi sunyi sahaja Hazrina tidak bersuara. Noris asyik bersilih pandang. Sekejap menghala di hadapan, kemudian menoleh ke sisi memerhati Hazrina yang termenung.“Kenapa dengan kau ni, Rin?” Pertanyaan Noris memecahkan tembok sepi yang dari tadi tiada bersuara. Siaran radio pun tidak dipasang Noris.Hazrina menoleh.“Teringatkan mak aku dekat kampung.”“Aik… cuti semester baru ni kan dah balik, nak rindu lagi? Kalau rindu nak ke aku terus berpatah balik ke Temerloh sekarang?”“Ehhh… kau jangan buat hal, esok kita kena submit assignment.” Hazrina melepaskan keluhan berat sahaja. Noris sengaja buat jantungnya berdebar-debar. Dia tahu Noris ni kalau hak memandu memang tidak kisah. Sanggup sahaja. Tidak kisahlah kalau ke mana. Dibuat seolah-olah tiada perkara lain untuk dilakukan esok hari.“Kelas Encik Ehsan membosankan…” Beritahu Noris. “Memang pun…” Memang sejak dari awal lagi Hazrina merasakan sedemikian. Oleh sebab itu kadangkala malas sangat mahu melayan pensyarahnya itu. Entahlah… semenjak akhir-akhirnya dirasakan pensyarah itu semakin miang. Isteri sudah hamil menanti hari pun masih sibuk usyar pelajar. Geram betul Hazrina terhadap lelaki mata keranjang seperti itu.“Okey, mana warung tu? Warung yang kau nak makan nasi kicap telur goreng tu?”“Cari parking dulu la, Is.”“Banyak parking dekat sini, sekarang pun aku boleh parking.” Noris membelok ke kiri untuk masuk ke kawasan parkir kereta. Di hadapan sana tidak jauh dari tempat mereka berada terdapat sebuah warung biasa tetapi kelihatan ramai pelanggan. Barangkali di situ tempat masakan yang enak.Mereka berdua keluar. Noris masih kehairanan dan memang Hazrina tidak menjawabnya maka Noris mengambil keputusan untuk tunggu dan lihat sahaja.Perlahan-lahan mereka melangkah dan keadaan lalu lintas pada tengah hari begini agak sibuk. Oleh yang demikian, langkah mesti diatur dengan berhati-hati tambah pula malang tidak berbau dan tidak pernah berkata nanti dulu atau tunggu dulu kerana waktu sentiasa berlalu. Mereka mahu memenuhi waktu dengan apa yang dirancang.Hazrina tidak berniat untuk memaksa Noris mengikuti segala kehendaknya tetapi tanpa Noris, Hazrina seolah-olah kehilangan satu kaki untuk melangkah. Begitu juga sebaliknya.Hazrina meluru ke kaunter dan membuat pesanan. Menu tengah hari, Nasi kicap telur goreng. Hah? Noris mendengarnya dan ternyata Hazrina membuat pesanan itu.“Satu atau dua?”“Errr… dua.” Hazrina memesannya.‘Dua?’ Noris membulatkan biji mata. “Aku mahu makan lauk ayam…” Noris merungut setelah melihat lauk pauk yang enak di dalam hidangan. Kalau makan lauk telur sahaja mana selera. Hazrina tarik tangan Noris untuk duduk. Di situ di sudut tercorok sedikit mereka duduk bersama.“Nasi kicap telur goreng,” beritahu pelayan itu lalu meletakkan dua pinggan nasi tersebut. Noris dan Hazrina menatapnya.“Kau nak makan ke?” Noris seolah-olah telah kehilangan selera makan. Waktu tengah hari menu paksaan. Ini tidak adil. Hazrina juga mahu merasainya.“Cepatlah, makan.”“Err…”“Baca doa makan dulu.” Hazrina mengingatkan Noris.Mereka berdua menadah tangan kemudian mengaminkannya bersama-sama. Noris yang tolong bacakan doa makan itu.Nasi hanya digaul Noris. Hazrina pula telah mula menelahnya. Tetapi setelah dirasainya, air matanya menitis lalu jatuh ke dalam pinggan itu. Noris tersentak melihat reaksi tersebut.“Rin… dekat sini pun kau boleh menangis ke?”“Kau tak rasa pedas ke nasi ni?”“Mengarut betul. Mana ada cili?”Hazrina tunjuk bekas sambal cili yang tersedia dia atas meja. Dia telah masukan sambal cili ke dalam nasi tadi. Ia sesuatu yang berbeza. Terlalu pedas. Menyesal! Noris melihatnya.“Cari pasal sangat.” Ujar Noris.Sebenarnya bukan itu punncanya. Hazrina sengaja mencari alasan. Realistik dan dia memang menangis. Dia tidak mahu mengaku. Tanpa berlengah dia terus menyeka air matanya dengan tisu dari kotak atas meja itu.“Orang lain kau boleh tipu tapi bukan pada aku. Sebenarnya kau memang menangis.” Nasi terus disuap ke dalam mulut lalu dikunyah perlahan. ‘Sedap juga nasi ni…’ Noris sempat memuji dalam hati.Dunia sekeliling bagaikan terhenti dan hanya mereka focus pada nasi itu. Tiada apa istimewa pada Noris tetapi tidak pada Hazrina. Nasi itu lain daripada yang lain dan warung itu juga lain dari yang lain. Memang tidak ramai yang pesan makanan seperti apa yang mereka pesan cuma sekarang timbul tanda tanya pada hati sahabatnya itu. Kenapa?“Aku tak tahu kenapa aku rasa nak makan.” Beritahu Hazrina.“Apa motif kau sedih sangat makan nasi macam ni?”“Macam mana kalau orang yang langsung tak dapat makan makanan macam ni?” Terus persoalan itu menghentak tempurung kepala Noris.“Tapi masih banyak pilihan kan?”“Sebenarnya tiada apa-apa pilihan melainkan berusaha mencari duit untuk beli makanan. Tiada benda percuma dalam dunia ni.” Beritahu Hazrina.“Tapi apa maksud kau sebenarnya.”“Di sinilah aku dihina oleh Awan.”“Awan? Siapa Awan?” Mulut Noris tercengang seperti mengalami kekejangan otot.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2013 21:35

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 2)

Sebagaimana yang mahu dituruti oleh hati, ingin mencari cinta yang betul-betul suci seolah-olah sudah tiada lagi. Memori hitam itu seolah-olah meragut nyawanya sendiri. Kenapa sebegini hebat sabarnya? Maruahnya bagaikan telur dihujung tanduk di ketika itu tetapi masih memberi ruang pada lelaki itu berubah. Nekad membenci sepenuh hati. Tengok muka pun tidak ingin. Kalau boleh tidak mahu langsung terserempak dengan lelaki yang mahu membinasakan dirinya. Kalau sekarang ni muncul di hadapan mata, sudah tentu diganyangnya sehingga lumat. Tetapi jika itu yang berulang. Rasanya sungguh tidak sanggup menghadapi pisang berbuah dua kali.Walau bagaimana pun bayangan hitam itu tegar muncul. Dia menepis dengan kesabaran dan mengalih ingatannya kepada Tuhan namun tetap juga goyahnya sekeping hati terhadap kenangan pahit itu. Cukuplah, jangan lagi dibelenggu bayangan itu. Bayangan yang mengerikan sehingga trauma bertandang. Tangisan Rin tidak diendahkan.“Apa ni?”“Rin … kau cantik… kau cantik Rin …”“Bard! Apa semua ni Bard?! Apa kau dah buat?” Hazrina terkurung di dalam bilik sebaik tersedar dari pening. Badrul hanya tersengih sahaja. Lelaki buas yang tidak pernah kenal erti puas terus cuba menerkam Rin yang sedang mempertahankan dirinya.“Kalau aku nak, memang dah lama aku teruskan sahaja tapi aku tak suka lakukan masa kau sedang tidur… permainan kita lebih meriah bila kita sama-sama sedar…”“Macam mana aku boleh ada dekat sini?” “Bukan ke perempuan macam kau biasa berada di tempat-tempat macam ni, Rin?” Badrul mendepakan tangan menahan daripada Hazrina bergerak bebas. Hazrina berdiri di atas katil tersandar pada dinding. Ekor matanya meliar mencari arah. Bilik itu terkunci tapi ada satu jalan keluar. Ya! Satu jalan keluar ada tingkap yang terbuka bersama tirai besi juga terbuka.“Kau tak dapat lari Rin … kau mesti puaskan aku.”“Syaitan! Kau fikir semua perempuan kau boleh buat sesuka hati?!” Hazrina capai pasu bunga lalu dibalingnya. Dengan mudah Badrul mengelak. Balingan Hazrina tersasar gara-gara menggeletar. Memang ketara Hazrina dalam ketakutan demi mempertahankan mahkotanya.Badrul datang dekat lagi lalu menarik kaki Hazrina maka dia terjatuh semula atas tilam empuk yang bakal meragut kesuciannya. Dia mesti kuat. Dia mesti berani menentang Badrul lelaki yang berbadan tegap juga merupakan bakal CEO di syarikat ternama di ibu kota. Itu tidak penting baginya. Apa ada pada nama kalau sikap Badrul seperti binatang? Rin tidak sangka, perkenalan sesingkat itu telah mengheret dirinya ke dalam satu perangkap.Pakaian si gadis malang itu terkoyak. Jelas terlihat kulit bahu yang putih licin. Hazrina menepis lagi namun apalah daya tenaga seorang perempuan. Dalam keadaan begitu, dia tetap berusaha. Berusaha untuk melepaskan diri dari cengkaman Badrul yang tidak kenal erti putus asa demi mempersetankan hawa nafsu. Hazrina nekad menendang di kawasan sensitif milik Badrul. Dia tiada pilihan lalu segera berlari ke arah tingkap ketika Badrul sedang mengerang kesakitan.Dia menjengul kepala ke luar tingkap itu. Berderau darahnya akibat ketinggian yang terlampau. Biar betul?! Hazrina berada di tingkap itu. Dia menoleh semula ke belakang dan di dapati Badrul telah bangkit dan mendekatinya.“Jangan dekat!!!” Hazrina beri amaran.“Kenapa? Kau nak melompat? Apa kau fikir ini tingkat satu? Kita di tingkat dua puluh, Rin…” Badrul senyum sinis.“Aku lebih rela mati dari jadi mangsa kau!” Hazrina nekad.“Jadi?”“Jangan dekat!” Sekali lagi Hazrina memberi amaran kerana mendapati Badrul maju selangkah. Langkah Badrul mati serta merta dan merenung tajam ke dalam mata Hazrina yang sudah bergenangan air mata. Celak yang dipakai Rin sudah cair melarut bersama tangisan. Segala-galanya telah comot.“Rin sayang… jangan buat kerja gila…”“Kau lagi gila, Bard. Aku tak sangka ini kau memang terkutuk. Aku menyesal kenal dengan kau.” Kekesalan di hujung ayat ketara menyengat hati Hazrina sendiri. Terlalu pedih untuk diungkapan dengan kata-kata betapa salah pilihan Hazrina. Salah mengenali lelaki yang awalnya nampak polos tetapi ternyata semua itu hanyalah topeng.“Tak guna kau menyesal sekarang. Marilah kita berseronok. Hari pun dah jauh malam ni, Rin…” Badrul tetap memujuk dalam bongkak.Hazrina juga ketakutan. Dia sendiri tidak tahu sama ada perlu memilih jalan ini untuk mengakhiri episod hidup remajanya atau menyerahkan dirinya kepada Badrul? Dia hanya ada dua pilihan itu sahaja. Mati atau serah diri. Kalau dia memilih untuk mati, maka satu penghinaan buat dirinya kerana mati sebelum berjuang.“Kenapa kau layan aku macam ni?”“Aku suka kau.” Sebenarnya sejak awal perkenalan Badrul hanya sukakan tubuh gadis itu sahaja dan menanam hasrat untuk meniduri Hazrina suatu masa nanti dan masa itu adalah sekarang. Hazrina akan dinodai. Semua perempuan sama sahaja. Itulah fikir Badrul.“Tidak!!!” Jerit Rin. Seterusnya jeritan itu membangunkan Noris yang sedang nyenyak tidur. Terpisat-pisat jadinya lalu Noris segera mendekati Hazrina setelah menghidupkan suis lampu.“Kau mengingau lagi ke?”Hazrina terus menangis teresak-esak lalu memeluk tubuh Noris yang berdiri di birai katil. Air mata berjuraian gugur sia-sia. Tidak dapat ditahan sebak di dada. Tidak cukup lagi dengan apa yang terjadi ditambah pula dengan kes Farhana yang cemburu buta itu. Noris tahu segala-galanya.“Sudahlah tu… aku minta tolong sangat-sangat. Kau boleh lupakan semua ni.” Sekilas Noris pandang jam di dinding sudah pukul 2:30 pagi. “Tidurlah…” Pujuk Noris lalu melabuhkan punggung di birai katil Hazrina.“Macam mana aku nak tidur, Noris. Bayangan Badrul asyik ganggu tidur aku aje.” Hazrina menyeka air matanya sendiri. Wajahnya kembali sugul.“Badrul tu memang tak guna. Kalau aku jumpa dia nak aje aku terajang!” Marah Noris tetapi dia tidak bermaksudkannya. Kalau dilawan kudrat Badrul pun Noris tetap kalah tetapi perlu dilawan dengan kebijaksanaan.“Tak payahlah, Noris. Nanti benda yang sama berlaku.”“Eee… tolonglah. Ni Norisyahada binti Asmadi okey! Takkan pernah kalah dengan lelaki dayus macam tu!” Noris pula terlebih emosi.“Aku dah tak tahu nak buat apa lagi?” Terbutir tanda mati di situ. Tiada jalan keluar dari kepompong hitam.“Buat tak tahu aje la. Kau tak payah fikir sangatlah.” Itu kata Noris tetapi bagi Hazrina ia memang menyakitkan tetapi dia teringatkan sesuatu. Noris pandang wajah Rin seolah-olah sedang berfikir.“Eh, kenapa dengan kau ni jadi patung tiba-tiba?” Noris tolak perlahan bahu Hazrina. Hazrina membatu seketika ketika mengetap bibir.“Hah!” Sergah Hazrina.“Oih!!! Tak payahlah cucuk pinggang aku!” Marah Noris. Hazrina tidak sengaja. Noris terseringai sakit.“Esok kita pergi warung nasi bujang. Makan nasi kicap telur goreng.”“Eh! Tak pernah-pernah kau ajak aku makan macam tu? Ni apasal tiba-tiba ni?” Noris tergaru-garu kepala bersama rambut yang dah kusut.“Tak apalah… sekali sekali lagipun bukannya selalu.” Wajah Hazrina berbunga-bunga. Ada sesuatu yang Noris belum tahu. Ada perkara yang agak mencurigakan telah berlaku. Noris memandang pelik.‘Kalau aku boleh scan kepala otak dia sekarang ni kan bagus. Apa yang istimewa sangat dengan nasi kicap telur goreng tu pun aku tak tahu?’ Noris berkata-kata dalam hati.Kemudian dia bangun dari duduk setelah Rin menyambung tidur semula. Kehairanan betul melihat kelakuan pelik Hazrina semenjak kebelakangan ini. ‘Dah expired ke kawan aku sorang ni?’ Hati kecil Noris tertanya-tanya lagi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2013 02:35

Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 1)

Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 1)
Hanya air mata setia menemani siang dan malam si gadis berambut panjang bermata bundar dan berbulu mata lentik itu. Kulit yang halus mulus itu seolah-olah pejal dek menahan sebak. Matanya bengkak dan raut wajahnya sugul. Derita apakah yang melanda gadis bernama Sharifah Hazrina binti Syed Hamidi? Tiada siapa yang mengerti selain daripada kawan baiknya sendiri iaitu Norisyahada binti Asmadi yang merupakan rakan sebilik.Tiada yang dapat dibicarakan lagi oleh Sharifah Hazrina yang biasa dipanggil Rin oleh rakan-rakan sejak mula di kolej. Dia tersedu sedan. Terlalu kecewa meruntun hati. Lalu datang dekat si gadis kecil molek tidak mahu membiarkan Rin terus menangis. Ada sesuatu yang ingin Noris katakan.“Boleh tak kau senyap sikit?” Noris tepuk bahu Rin yang sedang menutup muka dengan tuala. Belum sempat Rin menjawab, Noris terlebih dahulu menarik tuala tu. Dari malam sampai subuh begitu sahaja keadaan. Noris mahu tidur pun terasa payah. Rin bukan sengaja menangis tetapi terpaksa kerana mahu meluahkan rasa geram.“Kau kenapa?” Hazrina tunjuk riak wajah tidak berpuas hati. Mata sudah bengkak mengalahkan biji bola ping pong.Noris terus melabuhkan punggung di birai katil Rin lalu dipeluk bahu itu dengan penuh kasih sayang sebagai seorang sahabat. Suka duka mereka dikongsikan bersama. Memang mereka bagaikan belangkas tetapi masih juga ada rahsia di antara mereka. Apa yang pasti Noris mahu mempertahankan sahabatnya itu.“Aku tak nak kau menangis lagi, Rin. Apa yang kau dapat kalau terus macam ni? Tak guna kau kenangkan hal yang lalu. Hidup mesti diteruskan. Kau nak ke pelajaran kau terganggu gara-gara benda-benda ni semua? Secara tak langsung aku pun terbabit tahu?” Noris betul-betul rasa terkilan dengan sikap seorang jejaka yang telah melukakan hati dan perasaan Hazrina sampai ke tahap meroyan seperti sekarang. Kalaulah ada sesuatu yang boleh dihempuk di atas kepala si jejaka itu, sudah lama Noris buat lelaki itu pengsan tidak bangun-bangun lagi. Geram sungguh.Hazrina seorang yang bersungguh-sungguh dalam memastikan kejayaan cinta tetapi apa boleh buat sudah tiada jodoh. Untuk apa dikenang? Lagipun sudah berkali-kali Noris pesan padanya, buang yang keruh ambil yang jernih. Tetapi yang paling seronok kata Noris, sekali petik,, sepuluh mari.Hazrina diam.“Kau bukan tak cantik. Lebih cantik dari aku.”“Kerana kecantikan juga yang buat aku merana.” Pantas jawab Hazrina.Noris bangun sambil tarik tangan Hazrina. Badan Hazrina rasa berat pula mahu bangun. Waktu begini memang seronok berbungkus selimut. Sudah Subuh hari.“Sudahlah… mari kita ke surau. Dah subuh.” Beritahu Noris mengajak Hazrina gadis berusia 22 tahun. Mereka adalah sebaya.Hazrina sangat bertuah kerana setiap kali dirinya dirundum hiba, Noris setia menceriakan suasana meskipun Hazrina tahu Noris sendiri punya masalah sendiri yang sukar diungkap dengan kata-kata. Hanya air mata menjadi jawapan kepada duka dan lara.
***
Datang seorang gadis lagaknya bagaikan herion Korean terus hentak-hentak kaki di hadapan dua orang kawan baik. Bercekak pinggang lalu menolak tubuh Rin yang tidak tahu menahu langsung. Keadaan bertukar gamat kerana adegan tolak menolak berlalu setelah Noris turut masuk campur. Kafeteria yang tadinya tenang kini kecoh.“Perempuan jalang!” Farhana menuduh Hazrina dan mahu menampar pipi gadis cantik di situ juga.Noris tidak mahu Hazrina diapa-apakan. Kalau Farhana berani tampar Hazrina, tahulah nasib. Noris memang tidak suka kalau Hazrina disakiti.“Wei! Korang berdua ni tak malu ke?” Akram berdiri di tengah-tengah mereka. Noris pula cepat-cepat sambar tangan Hazrina menjarakkan diri.“Boleh tak kau bawa perempuan ni blah dari sini, Am! Aku tak nak tengok dia sakiti kawan aku ni. Kalau tak aku lapor pada dekan!” Noris memberikan amaran.Akram yang berbadan tinggi bentuk tubuh seorang supermodel dan pernah terpampang wajah itu di dalam beberapa buah majalah memperagakan pakaian. Akram menjadi kegilaan ramai gadis kolej tetapi dalam hal sekarang, ia melibatkan cemburu buta di Farhana. Ia menjejaskan nama baik Hazrina yang langsung tidak ada kaitan dengan Akram.“Ana, mari sini!”Farhana terus ditarik oleh Akram walaupun cuba melepaskan diri. Hazrina terus sebak menjadi mangsa gosip liar. Dari mana pula datangnya cerita pelik itu? Kenapa Farhana datang menyerang tiba-tiba? Hazrina sendiri tidak mengerti.“Kau jangan layan sangat si Ana tu.” Noris tarik tangan Hazrina.“Aku tak faham kenapa dia tuduh aku perempuan jalang?” Tanpa disuruh air mata Hazrina terus menitis.Susah untuk meredakan gelora di hati. Saban waktu Hazrina dipanah dengan gosip-gosip liar. Apa salah dirinya sehingga begitu? Hanya Tuhan sahaja yang tahu. Berada di tahun akhir di kolej ini, begitu banyak dugaan yang terpaksa di hadapi Hazrina. Sepatutnya di tahun akhir inilah yang paling aman tetapi ternyata sangkaannya meleset sama sekali. Ini adalah tahun yang malang dalam hidup remajanya.“Kau janganlah menangis dekat sini. Malu orang tengok.”“Aku nak menangis dekat mana lagi?”“Mangkuk tandas.”“Arghhh!” Rin teriak serta merta lalu Noris cepat-cepat pekup mulut Hazrina yang memang tidak terkawal. Sudah tahu Hazrina sedang bersedih, sengaja Noris menguji. Memang Noris sengaja mahu Hazrina lepaskan rasa hati. Biar satu dunia ni bergegar bahawa hati Hazrina benar-benar terluka.Suasana kembali sunyi. Pelajar lain sudah beransur langkah dan hilang dari kafe sehinggalah saki baki yang terakhir adalah mereka berdua.“Sekarang ni kelas Encik Ehsan, Rin.”“Ek?”“Ya… kau tak nak masuk ke?”“Biarlah…”“Rin … kita di tahun akhir ni…” Noris mengingatkan Hazrina.“Ek?”“Ya Rin …”Mereka berdua bertongkat dagu sambil mengembungkan pipi.“Kau tahu tak apa yang aku tengah fikir sekarang?”“Macam mana aku nak tahu, kau tak cakap? Mata aku tak dapat scan kau punya otak.” Noris menarik nafas dalam-dalam dan dilepaskan perlahan-lahan. Sekilas memandang jam di lengan. Pukul 11 pagi. Hazrina masih selamba sahaja bertongkat dagu.“Sebenarnya aku tengah fikirkan cara, bagaimana aku nak ajar si Farhana tu.”“Eh… kau biar betul?” Noris terkejut. Setahu Noris, Hazrina  bukan seorang yang suka balas dendam tetapi kenapa sekarang lain jadinya? Noris menggeleng.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 02, 2013 00:38

November 19, 2012

Cerpen : Ada Bahagia Di Sebalik Duka


Suhaimi lelaki berbadan besar, memiliki kulit yang cerah bermata galak dan berhidung mancung. Saiz badan bukan penghalang untuk meraih senyuman. Siapa sangka di sebalik raut wajah yang ceria dan sentiasa menghadiahkan senyuman kepada sesiapa sahaja itu rupa-rupanya tersimpan sejuta kepahitan.Pahit dai dalam tidak dizahirkan kerana untuk menjadi seorang yang sangat positif bukanlah kerja mudah. Kadangkala rebah, kadangkala tersangkut dan itulah lumrah kehidupan bagaikan putaran roda. Seketika di atas, seketika pula berada di bawah.Jejaka berusia 32 tahun itu masih belum berumah tangga. Tiada sesiapa di sisinya menemani siang dan malamnya. Hanya zikir dan munajat kepada Sang Pencipta sering diagungkan. Tidak pernah terlintas di fikirannya untuk menyalahkan takdir Tuhan tentang kenapa dia hidup bersendirian. Hidup tiada peneman setia. Mungkin belum tiba jodohnya.Suatu hari dia ke sebuah tempat, di situ segala-galanya diperhatikan. Setiap sudut dan tempat diintai bagi menelaah bagaimana semua itu bermula. Jadi, dia melangkah ke tempat duduknya si kecil yang menangis. Tangisan si kecil itu seolah-olah menjentik hatinya untuk mendekati dan bertanyakan kisah.“Adik… kenapa menangis?” Suhaimi duduk di sebelah budak lelaki itu.Air mata yang membasahi pipi budak lelaki itu disekanya sampai tiada bersisa. Diperhatikan seraut wajah duka itu supaya tersenyum. Tidak sanggup rasanya dia perhatikan lama-lama wajah yang muram.Pada mulanya budka itu diam. Dia tiada bicara tetapi masih teresak-esak dan tersedu sedan menangis kembali. Suhaimi memujuk supaya tangisan itu terhenti.“Beritahu abang, kenapa adik menangis, sedangkan kawan-kawan adik yang lain sedang berseronok dekat sana tu.” Suhaimi menarik nafas.Budak lelaki itu pun bangun dari duduknya. Bangun dengan bantuan tongkat. Adik itu tiada kaki kanan. Kanak-kanak itu telah kehilangan kaki kanan semenjak dilahirkan. Maka dirasakan tiada nikmat berjalan dan di ketika sudah mahu memulakan persekolah, adik itu jadi sedih.“Adik… kenapa ni?” Puas Suhaimi memujuk.“Abang, adik tak ada kaki. Adik jalan pakai tongkat. Orang lain boleh berlari tapi adik?” Sebak terasa di dada setelah mendengar luahan itu.“Siapa nama adik?”“Lutfi.” Tunduk.Suhaimi bangun dan dipeluk budak itu seerat-eratnya.“Apa adik rasa bila abang peluk adik?”“Takut.”“Adik takut pada siapa?”“Takut…”“Adik sendiri tak tahu takut dekat siapa, kan? Sebenarnya adik takut pada diri adik sendiri. Adik tak yakin terhadap diri adik. Kalau adik tak ada kaki, adik tak boleh berjaya macam orang lain?” Suhaimi tidak mahu Lutfi patah hati dengan ketiadaan kaki.“Mana mak dan ayah saya? Kenapa mereka tinggalkan saya dekat sini?” Rupa-rupanya Lutfi terkilan setelah mengetahui hal sebenarnya. Lutfi anak buangan. Ia satu cerita yang menyayat hati sungguh Lutfi berkecil hati. Sudahlah hidup serba kekurangan selama lapan tahun, sekarang otaknya menghadam erti kekesalan. Kesal kerana orang yang melahirkan dirinya entah ke mana. Si ayah? Mana Ayah? Si ibu… mana ibu? Kini dia berada di rumah yang menempatkan kanak-kanak yang tidak beribu dan tidak berbapa.“Tiada dosa adik untuk dikenang. Hidup mesti diteruskan.”“Saya takkan maafkan mereka!” Bentak Lufti lalu mengatur langkah dengan tongkat itu. Tergesa-gesa Lutfi meninggalkan Suhaimi.Pada malamnya Suhaimi bertemu lagi dengan kanak-kanak tersebut. Dia mendekati Lutfi yang tidak jemu termenung. Untuk apa mengenangkan apa yang berlalu sedangkan hari esok mungkin ada sinar.“Adik beruntung masih nampak bintang di langit.” Suhaimi berdiri di sebelah Lutfi yang senang termenung sambil menatap bintang itu.Lutfi menoleh.“Erm…” Keluh Lutfi.“Ada di antara kita yang langsung tak nampak. Tapi kenapa mereka terus berjuang?”“Abang jangan tanya adik. Abang tanya kenapa saya dibuang!”“Adik… jangan mudah mengalah. Adik patut tahu bahawa Allah sayangkan adik. Tanpa kasih sayang dari Dia, adik takkan bernafas hari ini.”Lutfi terdiam dan Suahimi hulurkan sesuatu untuk Lutfi. Pada mulanya Lutfi enggan sambut tetapi Suhaimi memberikannya juga.“Tak salah kita menghiburkan orang lain. Tak salah kita buat orang tersenyum di saat-saat kita menderita. Kita mintalah apa sahaja dari Allah, dan Insya-Allah, Dia akan makbulkan. Jika tidak hari ini, mungkin esok, jika tidak esok, mungkin di akhirat. Tetapi Allah tak beri apa yang kita harapkan tetapi Allah beri apa yang kita perlukan.” Suhaimi membongkokkan tubuhnya separa Lutfi lalu dipegang kedua-dua belah bahu Lutfi yang bermuram wajah.Lutif tunduk tiada bicara. Apa yang telah diberikan oleh Suahimi dipegang kemas. Kemudian dia pulangkan semula kepada Suhaimi.“Adik simpan tanda kenang-kenangan.” Suhaimi mengukir senyuman.“Abang dah nak pergi dari sini? Abang datang tiba-tiba dan abang nak pergi tiba-tiba?” Lutfi seolah-olah tidak merelakan keberangkatan Suhaimi.“Selagi kita berpeluang baiki diri, baikilah adik kerana tiada apa yang lebih bererti daripada hidup dalam pelukan kasih sayang Allah. Jangan sesekali kita salah apa yang tiada kerana apa yang tiada itu sebenarnya kekuatan.”Lutfi tidak mengerti. Mana ada yang tiada itu adalah kekuatan. Lutfi berkertu dahi.“Tanpa kaki pun kita kuat?”“Ya. Kuat.”“Mustahil!” Marah Lutfi terasa Suhaimi memperbodohkan dirinya.“Kuat… kuat semangat dan kuat keimanan dan ketaqwaan. Jika kita susah, biasanya kita ingat Tuhan. Seandainya kita senang dan kita tenggelam dalam kesenangan lalu kita tak bersyukur maka tak ada apa-apa erti pun dik.” Beritahu Suhaimi kemudian berdiri tegak semula.Lama Lutfi perhartikan wajah Suhaimi. Wajah yang tadi siang ditancap dengan alat solek dan berhidung merah, malam ini seperti biasa. Namun terdapat garis-garis risau di dahi. Lutfi nampak.“Abang nampak sakit.”“Tak.”“Tipu!” Lutfi lihat wajah Suhaimi pucat.“Alat solek.” Suhaimi terus menguntumkan senyuman agar Lutfi terbatas meneka.Keesokkan harinya pula Suhaimi pergi dari situ meninggalkan gelak dan tawa mereka. Menemani pula tiap tangisan mereka yang menghuni Teratak Kasih yang menjadi medan perjuangan anak-anak kecil untuk meneruskan kehidupan walaupun tanpa ibu dan bapa.Suhaimi tidak kembali lagi ke situ untuk menceriakan hari-hari duka kanak-kanak itu. Selama pemergian Suhimi, Lutfi sentiasa ingat pesan dan menatap hidung badut yang ditinggalkan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 19, 2012 04:32

Perancangan Masa Hadapan

Erp~ aku bagaikan tercekik biji durian. Huh! Aku rasa macam tu kerana 2013 bakal menjelma. 2012 bakal ditinggalkan dan impian aku pada tahun 2012 telah tercapai. Alhamdulillah dan sekarang aku tidak mahu tanam impian nanti tidak kelihatan. Aku nak pacak impian aku di Menara KL biar semua orang nampak. Ha ha ha... Hups~ saja main-main. Jangan marah.
Untuk jadi baik kena betul-betul tekad. Semua orang boleh jadi baik cuma hendak mempertahankan kebaikan sebenarnya yang payah. Haaa... sungguh aku tak tipu. Cuba tanya diri sendiri. "Aku ni baik atau jahat?" Muhasabah diri namanya. Tanya dan renung dalam-dalam. Berapa banyak kebaikan yang aku buat sepanjang tahun 2012 ni? Itu yang aku sedang hitung. Fuh!!! nampaknya banyak yang jahat kut, uwaa... aku tak nak rasa diri aku ni baik kerana nanti kita tidak sedar kala melakukan kejahatan.
2013!!! aku harap ia lebih baik!!!
wassalam~~
# mana perancangannya? ~catat dalam diari sendiri :p
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 19, 2012 04:27

Miqael Arshad's Blog

Miqael Arshad
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Miqael Arshad's blog with rss.