Miqael Arshad's Blog, page 5
January 15, 2013
Tanda-tanda Orang Lelaki Merajuk
Memang tidak dapat dinafikan bahawa ada juga ciri-ciri di bawah ini terdapat pada diriku. Orang lelaki kalau merajuk dia boleh jadi complicated kerana dia tak akan tunjuk secara terang-terang. Kalau kaum wanita tak alert, tulah sebabnya boleh jadi pergaduhan. dan, tak perlu pujuk pun, lama-lama dia akan cool down sendiri :

Diam Seribu BahasaDia diam je sepanjang ada dengan kita. Walaupun kita bercakap dengannya, dia hanya mengiayakan atau dia anggukkan kepalanya saja. Dia sikit pun tak akan layan kita seperti sebelum ini. Jika benda ini berlaku, sah lah tu dia merajuk dengan kita.
Buat Tak Tahu
Dia akan buat tak tahu dengan kita. Jika kita minta tolong dengan dia seperti kemaskan meja ke, dia buat acuh tak acuh je. Paling teruk, dia buat-buat tak dengar. Ini cara protes yang paling teruk sebab dia bukan je buat kita geram tapi buat seolah-olah kita ni tak wujud.
Menolak Untuk Makan Bersama
Bila lelaki merajuk biasanya dia tak nak jumpa kita atau face to face dengan kita. Dia akan bagi alasan seperti “Awak makan la dulu, saya kenyang lagi la... lagipun, saya dah makan dengan kawan saya tadi.” (walhal perut lapar… nak uji dorang, kita dok je sila depan dorang, sambil makan… )
Masam Muka
Tindakan yang ni ialah tindakan yang paling kita geram. Dah lah tak nak cakap ngan kita dah tu nak tarik-tarik muka pulak. Tak puas hati la konon. Tapi adat la kalau orang dah merajuk. Perempuan pun lebih kurang je! (amik hanger, gantung kat muncung dia)

Baca Surat KhabarBab ni memang tabiat orang lelaki. Tapi kalau surat khabar tu dibaca banyak kali tanpa sebab maknanya jiwa dia tak tenteram; ada sesuatu yang mengganggu diri dia. Lagi-lagi pulak kalau tengah-tengah malam buta.
Menonton Televisyen Hingga Lewat Malam
Dia akan tengok TV tu sampai larut malam walaupun rancangan tu bukan rancangan kegemaran dia. Mata dia di TV tapi hatinya ke lain.
Keluar Rumah Tanpa Beritahu
Ada lelaki yang tak akan memberitahu mana dia nak pergi. Nak protes la tu kononnya. Kita jangan paksa dia untuk menjawab pertanyaan kita kerana confirm dia akan buat dek je!
Matikan Telefon Bimbit
Satu lagi tabiat lelaki, dia tak suka diganggu bila perasaannya tengah marah. Untuk mengelakkan kita mengganggu dia, dia akan matikan telefon bimbit dia & bagi alasan bateri kong. Alasan dia satu je, dia tak mahu dengar suara kita takut perasan marahnya lagi kuat…
Hisap rokok
Macam tak pernah dapat rokok setahun…
sumber: informasi.my

Published on January 15, 2013 15:51
January 14, 2013
10 Cara Memantapkan Air Mani Lelaki
AIR mani ialah campuran cecair dari pundi prostat, pundi seminal, pundi cowpers, pepundi dalam salur kencing, cecair dari pundi epididimis dan sperma dari kilang sperma. Ada 10 cara yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani, antaranya:

1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isi padu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang tiga hari, air mani lebih mantap.
2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras. Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.
3. Lakukan senaman secara berkala. Lakukan senaman kegel atau kemut, iaitu mencengkam otot lantai pelvis atau otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak, tinggi khasiat protein, sayur-sayuran dan kekacang. Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani. Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan. Kepanasan menjejaskan kilang sperma. Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek ‘boxer’ dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas.
6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat. Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormon testosterone.
7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertakafur kerana tekanan memberi kesan negatif kepada kesihatan badan.
8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isi padu air mani yang lebih.
9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isi padu air mani dan bilangan sperma. Kekacang membantu meningkatkan sperma, zink dapat memantapkan kilang sperma. Herba Horny Goat Weed atau Epimedium, Tribulus dan extrak standard Tongkat Ali (NU-PREP75) semuanya dapat membantu meningkatkan tahap hormon testosterone dan DHEA yang secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma. Semua ini boleh didapati dari farmasi.
10. Lakukan hubungan seksual sebelah pagi atau petang kerana ketika itu mudah mengalami pemanasan yang dapat membina kecergasan pundi yang menghasilkan air mani. Jika lakukan seks sebelah malam, tahap keaktifan badan menurun dan rangsangan kurang, jadi pengeluaran air mani juga kurang.
Sumber : HM

Published on January 14, 2013 16:57
Sindrom Lelaki Andropaus (Menopause bagi lelaki)
Masalah andropaus ini dikenali sebagai sindrom kekurangan hormon testosterone atau testosterone deficiency syndrome (TDS). Ia agak berbeza daripada masalah menopaus yang dihadapi wanita.

Bagi lelaki, hormone testosterone masih wujud dalam badan tetapi parasnya menurun. Apabila ia berkurangan, akan timbul pelbagai simptom dan seseorang lelaki boleh mengalami masalah ini seawal lingkungan umur 40-an.
Masalah TDS ini berkaitan pelbagai masalah lain seperti obesiti, kencing manis dan peningkatan paras kolesterol dalam badan. Ia boleh menimbulkan masalah seperti osteoporosis, mati pucuk, sakit jantung dan kemurungan.
Ada pelbagai simptom masalah TDS. Ini termasuk keletihan berpanjangan, rasa tidak sihat dan tidak bermaya, sakit otot dan sendi, kerap berpeluh dan mengalami hot flushes. Seseorang itu juga mengalami masalah tidur seperti tidak lena, bangun awal, terasa letih walaupun mendapat tidur secukupnya.

Seseorang juga boleh mengalami perasaan cepat marah, sensitif, rasa kemurungan, tidak lagi berminat dengan sebarang aktiviti. Dari aspek seksual pula, seseorang itu akan mengalami masalah mati pucuk, tidak ada nafsu (libido) untuk melakukan hubungan seksual dan kurang/tidak ada ereksi zakar pada waktu pagi. Ada juga pesakit mengalami masalah janggut atau misai kurang lebat serta tidak lagi perlu bercukur sekerap dulu.
Jika anda mengalami simptom ini, adalah dinasihatkan untuk berjumpa doktor pakar. Ini adalah kerana beberapa ujian perlu dilakukan untuk mengesahkan masalah yang dihadapi. Ini termasuk ujian simptom dengan mengunakan borang soal jawab seperti AMS Questionnaire dan ujian paras hormone testosterone.

Sekiranya paras hormone testosterone rendah, anda dinasihatkan mengambil hormon testosterone gantian (testosterone replacement therapy). Ada pelbagai bentuk di pasaran seperti gel, patch tablet dan suntikan.
Sumber :

Published on January 14, 2013 16:18
January 13, 2013
Bahaya Kepak Ayam Pada Wanita
Pertumbuhan sis(cyst) dalaman. Elakkan daripada memakan kepak ayam (chicken wing) dengan kerap terutamanya kaum wanita.KISAH BENAR...
Seorang rakan baru-baru ini mempunyai ketumbuhan dalam rahim dan dia menjalani pembedahan untuk membuang cyst tersebut. Cyst yang dikeluarkan adalah dipenuhi dengan darah yang berwarna gelap.
Dia menyangka bahawa dia akan pulih selepas pembedahan tetapi jangkaannya salah. Ketumbuhan berlaku hanya beberapa bulan kemudian. Beliau bergegas turun ke pakar sakit puan itu untuk bertanyakan masalahnya. Semasa rundingan, doktor bertanya soalan yang memeranjatkan beliau.
Doktor bertanyakan adakah dia adalah seorang pengguna yang kerap memakan kepak ayam dan dia menjawab ya. Tertanya-tanya bagaimana, dia tahu tabiat makannya. Sebenarnya pada hari ini ayam disuntik dengan steroid untuk mempercepatkan pertumbuhan mereka supaya keperluan masyarakat ini dapat dipenuhi. Keperluan ini adalah tidak lain daripada keperluan untuk makanan.
Ayam-ayam yang disuntik dengan steroid biasanya disuntik di leher atau kepak kerana didapati di tempat-tempat ini kepekatan tertinggi steroid wujud. Steroid ini telah menyebabkan kesan ke atas badan kerana ia mempercepatkan pertumbuhan.
Ia mempunyai kesan yang lebih berbahaya dalam kehadiran hormon wanita. Ini membawa kepada wanita yang lebih cenderung untuk pertumbuhan cyst yang di dalam rahim. Oleh itu, saya menasihati orang di luar sana untuk melihat diet mereka dan juga mengurangkan kekerapan mereka memakan kepak ayam..
Wallahhu'alam.. Sumber dari internet..PENDAPAT SAYA BUKAN TAK BOLEH MAKAN KEPAK AYAM.. BOLEH... TAPI CARI YANG ORGANIK ATAU AYAM KAMPUNG YANG MEMBESAR SECARA NORMAL DAN TIADA UNSUR STEROID.. SAYANGI DAN HARGAILAH TUBUH BADAN YANG ALLAH ANUGERAH INI..
Sumber
Published on January 13, 2013 21:41
Bukan Nak Jadi Selebriti
Salam.
Apa khabar kawan-kawanku? Aku harap korang sihat. Syukur Alhamdulillah aku masih diberikan kekuatan oleh Maha Esa untuk terus bernafas di bumi-Nya. Dengan izin-Nya juga aku terus berkarya untuk korang semua.
Baiklah, walaupun aku cuba bentuk jati diri sendiri, masih ada lagi yang belum faham dan mengerti apa yang aku buat. Sebenarnya aku buat apa yang aku rasa nak buat tanpa meminta atau melibatkan hal sesiapa. Maksudnya aku buat sesuatu yang aku suka. Jadi kepada rakan-rakan aku yang baik hati itu tolonglah jangan mengaibkan sesiapa. (Ecewah!)
Sebenarnya aku baru je kena sindir, ha ha ha kena sindir sebab dikatakan berangan nak jadi penyanyi. Kalau kita dah menyanyi itu kira kita memang penyanyi. Cuma yang bezakan kita dengan penyanyi lain, kita tidak dikenali dan tidak popular. ha ha ha... nyanyi sahaja tak salah pun kan? Jadi aku sekadar rakam dan meluahkan sahaja. Tiada pun cita-cita mahu jadi bintang popular sebagai seorang penyanyi. Jauh lagi. Aku tak layak pun.
Salahkah aku berkarya? haa... itulah pertanyaan aku. Salah ke aku rakam video dan upload kat fb atau youtube? Kalau salah, cuba berikan aku satu alasan sahaja, kenapa? Apa yang penting aku suka dan aku nak hiburkan hati aku sendiri. Kepada yang tidak suka itu bawa-bawalah bertenang. Aku tak ganggu hidup awak pun. Good luck untuk hidup anda.
Dan, aku bukan nak kejar glemour. Tak padan dengan aku pun untuk jadi glemour/popular. Aku memang suka Popular Book Store je untuk cari novel. hehe...
Oleh itu, Terimalah Cintaku... lagu untuk anda. hehe...
Aku kehilangan dan aku kesepian setelah cinta ini.... pergi.... maafkanlah diriku di atas kesilapan yang pernah aku lakukan....
benarlah kata mereka aku yang berdosa membiarkan engkau terus menderita
tapi sayang.... aku tak berdayamemujuk hatimu cari kelemahanitulah silapku maafkanlah aku terimalah kembali cintaku ini

Published on January 13, 2013 06:22
Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 8)
Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 8)
“Dekat mana kau jumpa?” Laju pertanyaan itu meniti di bibir Hazrina yang melihat apa yang diberikan padanya. Ia sangat berharga.“Aku nak lap bibir aku dan aku nampak sapu tangan ni ada atas meja tulis tu. Tapi… aku nampak nombor telefon Awan. Sekarang baru aku tahu, Awan yang telah menyelamatkan kau.” Ucap Noris yang selama ini salah faham. Tetapi bulan salah Noris. Hazrina yang masih takut menceritakan hal sebenar.Noris sudah boleh menerima kehendak sebenar Hazrina. Sebenarnya Hazrina sudah mula sayang pada Hazwan tetapi susah mahu mengucapkannya. Ia sukar untuk diterbitkan dengan kata-kata kerana terus terpendam sedalam-dalamnya. Kalau ia mampu terpacul dengan mudah maka pasti Hazwan dapat melihat perasaan berbunga cinta.“Memang aku rindukan dia.” Selafaz rindu diungkapkan tetapi bukan dapat didengari oleh jejaka itu. Hanya Noris sahaja yang mendengarnya. Dan sebagai seorang perempuan, Noris juga mengerti akan perasaan tersebut.Noris faham dan setiap ungkapan rindu ada nilainya. Lagipun manusia normal akan memiliki rasa itu kecuali manusia robot. Manusia seperti itu memang diciptakan untuk tidak berperasaan dan hanya menurut apa sahaja yang sudah disetkan dalam memori.“Sabarlah, Rin. Lupakan apa yang berlaku. Aku ingatkan kau betul-betul kena dengan Badrul tu.” Noris salah anggap. Selama ini dia berfikir bahawa kesucian itu telah diragut oleh lelaki buas bernama Badrul. Kalau itu yang berlaku maknanya ia satu malapetaka.“Tak, Is.” Hazrina menyeka air matanya yang luruh bak titisan hujan yang mencurah-curah di ladang gandum. Mengalirnya pula bagaikan empangan yang pecah. Raut wajahnya pula sugul dan bermuram durja mengakibatkan wajahnya umpama tokang pecah.Noris bersimpati di atas nasib yang menimpa Hazrina. Bersimpati sahaja tidak cukup seandainya tidak turut sama merasainya. Namun, apa yang berlaku ini ada cerita. Ada hikmah. Ada bermacam-macam andaian yang mungkin akan membawa pada satu keajaiban. Inikan soal cinta, jadi Noris akan tenangkan hati si kawan bernama Hazrina.Hazrina terlalu sebak di dada. Gara-gara itu dia tidak senang duduk. Mahu sahaja dia teriak sekuat hati tetapi kalau dia bertindak begitu, Noris akan pekup mulutnya dan pasti mengatakan dirinya gila. Ini kolej bukannya zoo.“Kalau aku cakap sesuatu kau jangan marah ek?” Noris takut-takut dan dahinya terlakar garis-garis risau. Kerisauan yang mungkin akan bertindak balas dengan emosi Hazrina.Hazrina mengetap bibir.Noris pula tergaru-garu cuping telinga. Tabiat kalau sedang serba salah. Keadaan begitu sentiasa berlaku kalau masing-masing berahsia. “Apa dia?” Jantung Hazrina mula berdetak laju. Ada sesuatu yang tak kena. Pelik sahaja cara Noris memandang dirinya. Kadang-kadang nampak jelas mulat terkumat-kumit seperti membaca mentera. Adakah itu sihir? Mungkin tidak. Tapi, yang betul Noris terseringai.“Boleh tak kau jangan pijak kaki aku? Kau selalu macam ni.” Noris mengheret ekor matanya ke bawah supaya Hazrina juga perasan.“Masya-Allah!” Hazrina tersentak. “Kau yang patut marahkan aku, bukannya aku. Maafkan aku Is… aku ingatkan kotak kasut tadi.” Alasan diberikan bagi menafikan kesalahan. Memang Hazrina tidak sengaja dan memang patut dialihkan kerana tidak sedar. Isy! Masa bila pula aku boleh terpijak kaki Noris ni? Hatinya bertanya.Setelah kaki diangkat barulah Noris berasa lega sedikit tetapi kesan kesakitan itu tetap terasa. Hazrina tidak agak-agak langsung. Kaki Noris jadi mangsa. Sudah tertekan jadinya kelam kabut. Kaki orang disangkanya kotak. Apa hal. Noris tarik nafas. Hazrina pula masih minta maaf.“Baiklah, masalah biasa aje. Kalau teruk sangat aku masuk ICU.” Seloroh Noris. Sebenarnya ada perkara lain yang mahu dibicarakan Noris.Hazrina memerhati Noris yang bangun cepat-cepat dan duduk di bangku dekat dengan meja tulis. Di situ Noris mengeluh sambil melakukan tabiatnya.“Aku rasa ada benda lain yang kau nak cakap.” Hazrina meneka.“Tepat! Tapi macam mana kau tahu?”“Kalau kau masih tergaru-garu cuping telinga tu memang ada benda la yang kau nak cakap. Aku dah kenal kau dari awal semester lagi, Is. Tak payahlah kau nak berdalih. Lebih baik kau beritahu aku.”“Eleh… kau pun sekarang ni dah banyak berahsia dengan aku. Macam mana mula-mula perkenalan kau dengan Awan tu pun aku boleh tak tahu…” Noris mengungkit kerena berasa sedikit kecewa. Hazrina bangun dan menghampiri Noris.“Tapi aku beritahu juga, kan.”“Tapi selepas aku desak kau, Rin.”“Erm…” Hazrina mula dihambat rasa serba salah. Kekecewaan Noris juga merupakan kekecewaan dirinya. Dia sudah fikir semasak-masaknya bahawa tidak mahu mengheret Noris ke kancah masalah hidupnya. Masalah ini terlalu rumit. Ia melibatkan soal hati dan perasaan. Kalaulah Noris faham bagaimana terlukanya hati dituduh dengan gelaran yang tidak sepatutnya, mungkin Noris tidak mahu terperangkap.Lagi, Noris terlalu baik dengan Hazrina. Keakraban mereka berdua sukar dipisahkan. Noris pernah berkata bahawa kalau paha kanan dicubit, paha kiri aka terasa sakitnya juga. Hazrina sentiasa ingat. Ketahuilah Noris bahawa aku tidak mahu seorang sahabat seperti kau berduka di setiap duka-duka aku. Hazrina terus merintih. Aku mahu kau selalu tersenyum. Hazrina benar-benar berharap setiap orang di sekelilingnya menguntum senyuman agar perit di hati hilang.“Baiklah! Aku akan bantu kau dapatkan Awan.” Noris mahu menolong.“Jangan! Aku tak nak kau masuk campur.”“What?”“Ya, Is. Jangan sesekali kau masuk campur dalam masalah ni. Aku tak mahu kau dihina sama seperti aku.” Hakikatnya Hazrina mahu berkongsi tetapi tidak mahu Noris sangsi. Sangsi terhadap setiap hal yang terjadi. Ini soal maruah. Noris patut faham.“Berani mereka nak hina aku? FYI, aku dah pun masuk campur. Aku dah call Awan.” Noris berucap dengan lagak superwomen. Memang tiada lelaki yang berani kacau Noris. Sekali menjerit, gunung boleh pecah.“Hah?” Hazrina tersentak.Noris kerdip-kerdip mata.“Is… kenapa aku rasa macam nak cekik leher kau aje ni.”“Sebab kau rasa cemburu bila tahu aku call Awan.” Jawab Noris selamba sambil bersiul-siul.“Eee…”“Tapi, tapi…”“Tapi apa?”“Tapi aku call dia cuma nak aturkan dinner kau orang berdua saja.”“Hah?” Lagi sekali Hazrina terkejut. “Apa kau merepek ni?” Hazrina merenung Noris dalam-dalam. Noris memandai-mandai sahaja mengatur pertemuan. Bukannya Noris tidak tahu bahawa Awan sakit. Ada patut paksa lelaki tu berjumpa. Mahu ke? Eh? Bukan ke Is kata dah aturkan dinner?“Is…” Aduhai…“Dia dah pun setuju.”Hampir pitam Hazrina dengan rancangan Noris tiba-tiba berubah angin. Pada mula-mula beria-ia sangat benar mahu maki hamun Awan tetapi sekarang lain pula jadinya. Entah apa yang Noris beritahu Awan pun tidak pasti.
***
Jam tangan dipakai, baju pula dikemaskan dan ia dimasukkan ke dalam seluar. Penampilannya memang cukup dijaga. Rambut pula disisir rapi terpacak. Seorang yang berjawatan dan seharusnya cara komunikasi juga mesti dijaga. Semuanya demi prestasi kerja. Di hadapan cermin kaca itu, dia memerhatikan wajah sendiri. Berasa selesa selepas dicukur. Sebelum ini agak tertinggal untuk bercukur sekarang bertambah bersih.Baju kameja lengan panjang berwarna biru dan berkolar putih itu dipadankan dengan seluar denim hitam begitu sesuai dengan gaya dan rupa Muhammad Hazwan bin Dato` Musa. Begitulah gaya hidup seorang yang berjaya. Usai itu dia keluar dari bilik dengan memakai wangian.Dia terus tergesa-gesa untuk keluar walaupun langkahnya sedikit tempang. Ketika dia baru sahaja membuka pintu utama, ada pula suara yang menyapa mencucuk lubang telinganya. Bunyinya macam nada sindiran tapi bagi Hazwan, itu adalah suara sumbang orang yang tidak kenal untung.“Happy nampaknya malam ni. Sejak kaki dah sembuh tu dah selalu keluar malam.” Ujar Badrul mengungkit hal ligament lutut Hazwan yang putus semasa bermain ragbi.“Hei hei… kau kenapa Bard? Kau jealous ke dengan aku?” Hazwan mendekati Badrul yang tadi menonton televisyen sudah berubah posisi bangun menghadap Hazwan.“Aku dengar perempuan tu cari kau.” Badrul bersilang kaki.“Perempuan mana pulak ni?” Hazwan buat-buat tanya.“Kau janganlah buat-buat tak tahu pulak, Awan.” Badrul tersengih mempamerkan barisan gigi yang putih.Hazwan juga tersengih sambil memasukkan tangan kiri ke dalam poket seluar. Kemudian dia menggosok sekejap hidungnya dengan tangan kanan lalu menala semula mata kepada Badrul.“Aku tak faham.” Hazwan menafikannya lagi.“Kau tak faham ke atau sengaja buat-buat tak faham?” Badrul mendesak.Hazwan angkat dagu sedikit memandang semacam pada Badrul yang sangat sibuk bertanya peribadi orang lain. Kalau diikutkan Badrul masih mempunyai hak untuk ambil peduli tetapi tidak perlu terlalu banyak. Cukup sekadar sepupu sendiri.“Apa masalah kau sebenarnya?”“Yalah, kau larikan perempuan tu daripada aku semata-mata kau nak sedap seorang.”“Jaga sikit mulut kau tu, Bard. Rin bukan seperti perempuan yang kau maksudkan. Dia perempuan baik!” Tengking Hazwan memihak pada Hazrina.“Baik? Macam mana kau tahu dia baik?”“Dahlah Bard. Kau memang cuba nak rosakkan dia pada malam tu. Aku dah kenal sangat dengan perangai kau tu.”“Dia yang datang pada aku. Bukan aku yang cari dia.” Badrul menafikan.“Sudahlah!”“Bagaimana dengan Maya?” Terpacul nama itu.“Kau jangan nak libatkan Maya dalam hal aku.” Tangan dituding ke wajah Badrul sebagai amaran untuk sepupunya itu agar tidak masuk campur. Jikalau tidak perkara buruk pasti berlaku.“Tapi dia tunang kau.”“Kau aje la ambik dia.” Hazwan berpaling dan menyambung niat untuk menunaikan janji temu. Badrul pula terus mengheret pandangan mata pada kelibat Hazwan sehinggalah bayangan Hazwan lenyap.

Published on January 13, 2013 00:04
January 11, 2013
[Video] Subhanallah Susuk badan bercahaya terakam di dalam Masjid Nabawi
MADINAH - Satu video yang merakam khutbah Jumaat tahun lalu di Masjid Nabawi di Madinah, Arab Saudi, ramai diperkatakan di rangkaian sosial, menonjolkan tentang sosok misteri bercahaya dirakamkan kamera.
Video ini merakam solat Jumaat pada 23 Muharram 1433 H, bersamaan pada 7 Disember 2012, dengan khatib Syaikh dr. Abdul Muhsin al-Qasim dan diterbitkan di Youtube pada 8 Disember.
Pada saat khutbah berlangsung, kamera yang dipasang di Masjid, menangkap sosok yang seluruh wajah dan tubuhnya putih bercahaya, susuk ini terakam pada minit ke-14 dari video khutbah yang Fragment Filem 23:32. Namun kelihatan tidak ada orang di sekitarnya yang menyedari dan mengambil berat tentang dirinya, dan nampaknya tidak ada orang yang sedar bahawa sosok itu mengeluarkan cahaya.
Sumber-sumber laporan Saudi berkaitan siapa sosok di video ini berbeza-beza, berbagai dugaan yang berkaitan susuk ini tersebar. Ada dugaan, kemungkinan cahaya itu disebabkan oleh pantulan sinar matahari. Namun Menurut maklumat, atap masjid dibuat dari marmar sehingga tidak boleh memantulkan cahaya matahari.
Di sisi lain, seorang wakil dari Masjid Nabawi, Syaikh Abdul Wahid al-Khattab, mengatakan kepada para wartawan bahawa tidak ada dari pentadbiran masjid yang melihat susuk bercahaya itu. Dia menduga bahawa mungkin video ini hanya diedit yang disebarkan di rangkaian sosial.
Sementara pengarah stesen TV Madinah, Saad Aufi, tidak mengeluarkan sangkaan bahawa ini hanya pantulan cahaya dari lensa kamera. Stesen tersebut melaporkan bahawa kamera yang merakam susuk bercahaya itu sedang diperiksa, dan sebelum memastikan apa-apa, seorang pakar perlu menganalisis video ini.
Sedangkan banyak orang juga percaya bahawa susuk bercahaya yang dirakamkan itu adalah malaikat. Wallahu A'lam.
Published on January 11, 2013 21:28
Kereta JPJ Kena Bakar
Published on January 11, 2013 18:09
January 10, 2013
Novelis : Umie Nadzimah Bercita-cita Tinggi
Seorang suri rumah juga seorang pengurus di syarikat pemakanan ini begitu minat menulis. Beliau menjadikan penulisan ini sebagai mendium untuk berkongsi rasa dengan pembaca. Selain itu juga beliau berkongsi pengalaman suka dan duka.
Umie Nadzimah, nama yang tidak asing lagi dalam dunia penulisan ini kerana setekat ini beliau telah menghasilkan 3 buah novel yang kini berada di pasaran. Novel terkini beliau adalah Kerana Terpaksa Aku Relakan yang semakin hari semakin mendapat tempat di hati pembaca. Beliau merupakan penulis kelahiran Taiping, Perak begitu minat menulis semenjak remaja lagi dan kini usahanya semakin ketara.
Novel pertama beliau adalah, Pilihan Mama (Kaki Novel) kedua Aku Terima Nikahnya (Karyaseni) dan yang ketiga Kerana Terpaksa Aku Relakan (Karyaseni). Dapatkan di pasaran hari ini bagi mengetahui ketiga-tiga kisah yang menarik di dalamnnya.
Siapa sangka, seorang ibu kepada seorang anak dan juga seorang isteri yang begitu minat menulis telah membawanya ke satu hamparan cita-cita yang tinggi. Menurut beliau, menulis adalah jiwanya.. "Suatu hari nanti saya nak buat novel yang betul-betul memberi signifikan pada masyarakat, satu atau dua buah mungkin." dan katanya lagi, "Maksud saya, novel yang penuh ilmu pengetahuan dan beri impak hebat untuk sesuatu aspek. Yang perlu buat kajian terperinci dulu."
Selain itu beliau juga sedang mengumpul bahan-bahan untuk menghasilkan buku ilmiah bagi bidang yang diceburinya iaitu industri pemakanan. Umie Nadzimah juga membuat perancangan untuk menghasilkan buku resipi kerana bidang masakan turut diminatinya. Cuma buat masa sekarang beliau lebih tumpukan kepada novel fiksyen bagi mengukuhkan namanya di pesada dunia penulisan ini.
Apabila ditanya mengenai pengalaman, beliau berkata, "Pengalaman hidup? Terlalu banyak. Ada suka, ada duka, tapi yang pahit-pahit tu saya sudah padamkan dari ingatan, saya tidak suka hidup sedih-sedih. Saya lebih suka hidup gembira," katanya sambil gelak kecil.
Ada kalanya ketika menulis, ada di antara penulis mengalami writer block iaitu halangan ketika menulis. Bagi Umie Nadzimah, ketika situasi ini berlaku, beliau akan membaca novel-novel penulis lain dan untuk mendapatkan idea atau ilham, beliau suka menonton movie, mendengar lagu atau memerhatikan keadaan sekeliling dan selain itu suka mendengar kisah atau pengalaman hidup orang lain. Begitulah cara beliau mendapatkan idea untuk terus menulis.
Published on January 10, 2013 16:40
January 9, 2013
Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 7)
Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 7)
Dalam hatinya sangat berdebar-debar dan rasa itu sangat tajam. Gelisah sunggguh setelah menyedari akan sebuah kehilangan. Diselongkar habis satu bilik tetapi tidak juga dijumpainya. Dia bangun lagi dan terus membongkok setibanya bawah katil. Kemudian dia tunduk rapat-rapat mengintainya. Manalah tahu apa yang dicarinya itu ada di bawah katil.Hazrina bermuncung mulut. Jelas kecewa dengan kerutan di dahi. Sesuatu yang hilang itu sangat berharga pada dirinya. Sudah tentu ia adalah sesuatu yang sangat istimewa sehinggakan keadaan bertukar cemas. Cemas tatkala mahu mendapatkannya semula.Puas dia meneliti di semua tempat dalam biliknya itu tetapi hampa. Perasaan itu membawanya terjelopok di atas jubin lantai sambil melayani perasaan sendiri. Pagi yang sepatutnya tenang tidak seperti itu. Pagi yang sudah dicemari dengan harapan yang tidak kesampaian.Langit mendung di hati menjemput hujan di kelopak mata. Bergenang sudah. Hazrina terus menangis. Tangisan itu dirintih sendirian. Mana Noris? Saat begini dia memang perlukan sahabat baiknya itu. Ah! Kenapa aku selalu menangis? Tanya pada diri dan sudah tentu dia mahu kuat tetapi jiwanya tetap lembut dan mudah terguris. Cuma, tidak terlihat dek pandangan mata orang lain. Walaupun ceria di hadapan orang lain tetapi hanya Noris seorang yang tahu. Dan, sememangnya ada yang lebih mengetahui iaitu Dia yang Maha Agung.Segalanya bermula pada detik itu. Detik atau titik hitam selepas Majlis Amal Anak Yayasan Ehsan yang dianjurkan oleh pihak kolej dan menjemput orang kenamaan untuk datang memeriahkan majlis tersebut.Di situ ada Badrul yang ikut ibunya iaitu Datin Maimun adik kepada Dato` Musa. Dato` Musa tidak dapat hadir kerana terdapat hal yang tidak dapat dielakkan. Maka seorang adik telah menggantikan tempat abangnya sebagai wakil dari Mordia Holding.Tugas Hazrina adalah sebagai penari. Penari menghiburkan para hadirin terhormat. Penari tarian tradisional yang begitu gah di mata Badrul sehingga membuatkan Badrul terpikat lalu datang ke belakang pentas.“Hai.” Badrul menghalang langkah Hazrina.“Hai…” Balas Hazrina sambil mengukir senyuman.“Aku Bard.” Tangan dihulurkan tetapi tidak disambut oleh Hazrina. Dia sememangnya tahu batasan sebagai seorang beragama Islam.Aku? Kasarnya… tapi tak apa ini mungkin permulaan pada sebuah perkenalan. Bisik hati Hazrina.“Macam mana awak boleh masuk ke sini?”“Di mana ada jalan, di situ boleh jalan.”“Walaupun ada roadblock?” Hazrina kaku seketika manakala rakan-rakan yang lain sudah masuk ke dalam bilik persiapan untuk menggantikan pakaian yang lain pula.“Ha`ah… erm, apa nama kau?”“Rin…” Hazrina senyum lalu mahu beredar dari situ.“Nak ke mana tu?” Soal Badrul.“Bersiap.”“Boleh kita keluar makan malam esok?” Badrul mengharap.Hazrina senyuman sahaja sebagai jawapan pada pertanyaan tersebut. Dia tidak tahu sama ada mahu ikut atau pun tidak. Tambah pula dia tidak mengenali siapa Badrul dan apa yang pasti semasa menari, Badrul begitu asyik memandang dirinya seperti mahu terkeluar biji mata.Ingatkan tidak sudi keluar tetapi Badrul sibuk berusaha ajak dirinya keluar. Setiap malam sibuk jejak kaki ke kolej mencari Hazrina. Sampai Noris pun perasan bahawa Badrul sukakan Hazrina. Mereka dikatakan akrab kerana setiap hari Badrul datang berikan hadiah memujuk untuk makan malam. Hazrina bukan suka menghampakan permintaan orang.“Alahai… makan malam sahaja. Rasanya boleh kut.”“Kau yakin dia hanya ajak makan malam je?” Noris was-was.“Inysa-Allah…” Jawab Hazrina.“Dengan orang yang kau baru kenal, Rin. Kau mudah percayakan orang. Kita ni perempuan. Lelaki ni kalau belum dapat apa yang dia nak memang akan berusaha sampai ke lubang cacing. Kalau dah dapat, kau tengoklah apa yang terjadi. Masuk angin keluar asap.” Noris memeluk bantal sambil memandang ke lain arah.“Macam ada pengalaman aje…” Hazrina mengusik sambil duduk sebelah Noris.“Dalam novel ada tulis macam tu. Dalam filem pun ada.” Noris mengeluh.“Terpengaruh betul.” Hazrina pegang tangan Noris. “Is… aku rasa Badrul tu ikhlas nak kawan dengan aku.” Tokok Hazrina.Noris menjuih bibir. Mana tahu ikhlas atau tidak? Itulah yang bercambah di dalam hati Noris. Orang lelaki tidak dapat diramalkan dari pandangan luar. Segalanya mungkin berbeza di hujung perkenalan. Maknanya mula-mula tidak terlihat, nanti kalau sudah lama-lama, maka semuanya jelas. Mahu sahaja Noris cuba fahamkan Hazrina mengenai selok belok hal lelaki.“Is…” Lirih nada Noris.“Aku tak setuju dengan Bard tu. Masa menari hari tu, aku perhatikan cara dia pandang kau tu lain macam sikit. Macam…” Susahnya Noris mahu habiskan kata-kata.“Tak baik buruk sangka.” Laju Hazrina memintas dengan optimis menafikan hakikat itu. Baginya itu pandangan biasa. Mana ada maksud apa-apa. Lagipun lirikan mata Badrul jelas bermakna kawan. Kalau Badrul mahu ambil kesempatan, memang Badrul akan mendesak untuk pegang tangan atau pegang mana-mana bahagian. Sekarang mana ada? Mahu bersalaman pun tidak ada kerana Hazrina tidak menyambutnya.Noris menggeleng. Ternyata Hazrina lebih degil. Kedegilan yang tiada penghujung. Sudah puas diberi pendapat tetapi dibantah mentah-mentah. Bagi Hazrina, Badrul adalah lelaki terhebat! Alahai sakit pulak hati ini… Noris kesal.“Aku cuma nak ingatkan kau aje. Aku tak mahu kau menyesal.”“Isy… kau ni, tak ada apa-apa pun yang berlaku. Kau jangan risau okey. Terima kasih kerana ambil berat pasal aku.” Hazrina memeluk Noris.Noris menggosok ubun-ubun Hazrina. “Kau syampoo rambut ke tidak ni?”“Tolong sikit…”“Gurau je…”Dan begitulah perasaan Hazrina yang mula cair dengan cara Badrul. Mudah menyerahkan kepercayaan buat Badrul. Sehingga tibalah saat ke suatu pesta di mana Hazrina dilayan bagaikan seorang puteri di atas kayangan. Dikelilingi lelaki-lelaki tampan, ada juga perempuan-perempuan cantik lain asyik berseronok. Bahkan pesta itu bukan pesta biasa. Ia sebuah pesta bebas. Tempat apa ni? Sudah terang lagi bersuluh.“Bard… kau bawa aku kat tempat apa ni?”“Kita nak enjoy.”“Tolong, hantar aku balik. Kau kata nak pergi dinnerje, tapi ni apa?”“Relaks Rin. Tak ada apa-apa. Ni birthday partykawan aku. Kau kan dah janji nak temankan?”“Tapi sepatutnya minggu depan, right?”“Dia tak nak lambat, dia buat terus sempena kelahirannya. Jadi, malam ni la.”Ya Allah… sudah seperti tempat kucing beranak. Ucap hati Hazrina melihat keadaan yang janggal baginya. Untuk berhibur di sinilah tempatnya. Itu kata Badrul pula.Hazrina melepaskan keluhan berat.“Don’t worry, Rin. Kau selamat bersama aku.” Badrul cuba membuatkan Hazrina berasa selesa. Tidak mahu Hazrina menggelabah di tempat macam ini. “Mari…” Badrul tarik lengan Hazrina.“Bard…”“Berlapik…” Badrul senyum.Lampu berkilauan sakit pula mata Hazrina. Berkelip-kelip bagaikan lampu kelab malam. Memang sudah dipasang begitu. Cahaya bergemerlapan. Sungguh kurang selesa. Suara orang menjerit dan berseronok malah ada yang menari seolah-olah tidak sedar diri. Hazrina lebih suka muzik yang perlahan dan tenang. Bukan muzik seperti sekarang. Ia membingitkan telinga.“Hei Bard… kenapa lambat?” Badrul disapa kawan. Hazrina dipandang mereka. Bertambah kurang selesa jadinya.“Kenalkan, my girlfriend… Rin.” Dan Badrul pandang Hazrina. “Rin… ni kawan aku, namanya Johari.” Badrul kenalkan Hazrina pada Johari yang menyambut hari kelahiran. Johari hulur tangan dan Hazrina tidak menyambutnya. Hah! Girlfriend? Hazrina tersentak. Sejak bila aku ni jadi teman wanita dia? Hazrina gigit bibir.“Sorry Joe.” Badrul memohon maaf bagi pihak Hazrina.“Nevermind… jom.” Joe mengajak mereka berdua duduk tetapi tiba-tiba sahaja Hazrina ditinggalkan sendirian. Eh? Mana Bard pergi?Sudah nasibnya malang, hadir seorang berhati hitam, diberikan padanya minuman khayalan, sehingga rebah tiada tujuan, membawa dirinya ke sebuah kawasan. Maka saat itulah ia merasakan kehilangan jiwa. Sesuatu yang sukar diramalkan tetapi dihadapkan padanya seorang lelaki yang mahu mencabul kehormatannya.Berdosakah aku dilahirkan sebagai seorang perempuan? Aku kaum Hawa dari tulang rusuk kaum Adam. Kenapa tiada perlindungan? Hazrina sebak. Badrul cuba menerkam. Dia mahu terjun dari tingkap. Itu sahaja terakhir jalannya. Biarlah mati. Mati!!! Itu sahaja yang berlegar dalam fikiran.Pada saat yang genting itu juga, barulah terngiang-ngiang di halwa pendengarannya akan kata-kata Noris. Barulah dia faham betapa sahabatnya itu cuba melindungi dirinya tetapi kerana kedegilan maka inilah akibatnya tidak mendengar nasihat.Namun, takdir Tuhan penentu segala. Dalam riak berahi Badrul dalam menerjah Hazrina yang sudah separuh bogel itu jelas bertukar cemas.“Buka pintu ni Bard!!!” pintu bilik itu diketuk dengan kuat dari luar. Belum sempat Badrul bertindak apa-apa, pintu tersebut dipecahkan.“Kurang ajar!!!” Seorang lelaki bertubuh sasa dan berambut pacak terus meluru ke arah Badrul lantas menumbuk muka itu. Badrul kaku dan tidak membalas. “Kau jangan nak jadikan rumah aku ni sarang pelacuran!!!” Bentak lelaki itu lagi lantas terus menyambar tangan Hazrina.Ya Allah… Kau telah kirimkan lelaki ini untuk menyelamatkan aku. Aku bersyukur Ya Allah… aku bersyukur… Hazrina masih terpisat-pisat. Baru sahaja beberapa langkah, Hazrina pengsan setelah kejutan melanda diri. Tetapi itu tidak menghalang lelaki tersebut untuk membawanya pergi.Kelopak mata Hazrina sangat berat untuk dibuka tetapi digagahkan juga. Perlahan-lahan dia membukanya seolah-olah ada batu yang tersangkut. Hazrina tersedar juga lalu ekor matanya meliar dan mendapati dia sudah berada di dalam perut kereta yang sedang dipandu oleh seorang lelaki kacak.“A..awak nak bawa sa…saya ke mana?” Hazrina dengan perasaan yang masih gugup dan gementar itu melancarkan roket pertanyaan agar tidak diulit penasaran.“Baguslah kalau kau dah sedar. Aku nak hantar kau balik.”“Ba..balik mana?” Masih tergagap-gagap.“Hantar kau balik ke kolej.”“Macam mana awak tahu?”“Kad pelajar.”“Awak ni siapa sebenarnya?” Hazrina bertanya. Banyak pula soalan yang menghuni dalam tempurung kepalanya.“Awan.” Hazwan memperkenalkan namanya. Hazrina terus tunduk dan dia masih lagi terkejut. Walaupun begitu dia masih lagi optimis terhadap lelaki yang sedang memandu itu. Dia percaya bahawa lelaki bernama Hazwan itu akan menghantarnya pulang.“Terima kasih kerana menolong saya.”“Kalau nak jual tubuh pun tolong jangan buat dekat rumah aku, faham?” Pesan Hazwan. Dan kata-kata itu telah menyebabkan seluruh jiwa raga Hazrina bergegar.Hazrina membulatkan biji matanya dan sungguh dia tidak berpuas hati. Dia terlalu kecewa dengan tuduhan berat seperti itu.“Kenapa kau pandang aku macam tu?” Hazwan berkerut dahi.“Sampai hati awak tuduh saya macam tu.” Hazrina menahan sebak dan tanpa disedarinya, luruh juga air mata.“Kau tak payah berlakon depan aku. Aku tahu sangat perangai pelajar kolej macam kau ni. Sibuk sangat nak cari duit, kan? Nah!” Hazwan mengambil sejumlah wang dari kocek baju kemejanya lantas dibaling ke muka Hazrina. Ini satu tuduhan yang sangat serius.Hazrina menangis teresak-esak. Sungguh menjarum hati kata-kata Hazwan sebentar tadi. Kata-kata itu bagaikan pisau yang telah menghiris hati. Luka dan berdarah tiada sembuhnya lagi. Tetapi… kalau tidak kerana Hazwan, dia mungkin menjadi mangsa rogol. Sekarang itu tiada makna apa-apa. Hazwan tidak mempercayai Hazrina.Selepas itu mereka berdua saling membisu sehinggalah sampai ke kolej. Hazrina turun dari kereta tetapi Hazwan segera mendapatkan Hazrina semula dan dia berikan sehelai sapu tangan.“Lap air mata kau dan aku tak nak kau menangis lagi sampai ke bilik.” Pesan Hazwan. Hazrina seolah-olah terpaksa mengambilnya. Hanya sapu tangan sahaja tetapi bukan wang yang dibaling ke wajahnya semasa di dalam kereta. Hazrina tidak perlukan wang. Hazrina hanya perlukan perhatian dan kasih sayang.

Published on January 09, 2013 17:44
Miqael Arshad's Blog
- Miqael Arshad's profile
- 2 followers
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.