Miqael Arshad's Blog, page 4
February 1, 2013
E-Novel : Nasi Kicap Telur Goreng
'); for (var i = 0; i < json.feed.entry.length; i++) { for (var j = 0; j < json.feed.entry[i].link.length; j++) { if (json.feed.entry[i].link[j].rel == 'alternate') { break; } } var entryUrl = "'" + json.feed.entry[i].link[j].href + "'";//bs var entryTitle = json.feed.entry[i].title.$t; var item = "" + "' + entryTitle + " "; document.write(item); } document.write('
Published on February 01, 2013 04:40
January 30, 2013
Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 12)
Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 12)
Dia sendiri tidak tahu sekarang dia berada di mana. Kelopak matanya sukar untuk dibuka. Ia terlalu berat dan dia juga merasakan sesuatu yang sangat menyakitkan pada badannya. Semuanya berasa kebas. Lemah sungguh tubuh itu sehinggakan hendak menggerakkan jari pun terasa payah.Kelopak matanya digerak-gerakkan kerana masih mencuba untuk membukanya. Dengan perlahan-lahan dia terpaksa juga demi mengetahui lokasinya dan apa yang pasti, kesakitan masih jelas membaham tubuh yang lemah.Ada sesuatu pada mulutnya. Alat bantuan penafasan masih terpasang. Ditarik perlahan-lahan nafasnya dan dada memang sesak. Dihembus perlahan-lahan dan barulah dirasakan nyaman.“You dah sedar rupanya.” Terlihat kelibat Maya berada di sisi katil Hazwan yang bernasib malang. Dotoleh lagi ke sebelah kanan, Badrul turut menemani dan di sisi Badrul ada mama. Mama menggeleng.“Kenapa boleh jadi macam ni, Awan?” Datin Marlia ingin tahu sebaik sahaja Hazwan buka mata. Sepatutnya perlu biarkan anaknya itu berehat. Namun, tak pernah bersabar malah ingin cepat tahu.Hazwan masih bingung dan dia masih terpinga-pinga sendiri menggerakkan bola matanya ke kanan dan ke kiri meninjau situasi. Hazwan nampak seorang doktor menghampiri.“Maaf Datin, saya perlu buat pemeriksaan.” Doktor meminta pelawat beri kerjasama.Mereka terpaksa keluar seketika untuk memberi laluan pada doktor menjalankan tugas. Maya menarik tangan Badrul. Badrul tidak membantah tetapi terpaksa menurut.“You mesti tahu apa sebenarnya yang berlaku?” Maya meramalkan bahawa Badrul mengetahui segala punca.“Kau pun tahu tu kemalangan jalan raya. Apa kau ingat dia lemas di kolam renang?” Badrul angkat kening sebelah supaya Maya faham. Tapi bukan itu yang dimaksudkan Maya.Maya merenung geram kerana Badrul memberikan jawapan yang agak kurang ajar. Memanglah Hazwan terlantar di hospital ini disebabkan kemalangan jalan raya, tapi apa puncanya kemalangan itu boleh berlaku?“I serius ni.” Maya menjeling.“Mana aku tahu, Maya. Nanti kau tanya la dia atau kau tanya sahaja polis.” Jawab Badrul.Kata-kata Badrul sangat menyakitkan hati. Jawapan yang diberikan seperti menyembunyikan sesuatu. I rasa dia nak mengelak,bisik hati Maya yang tidak percaya.“You kan tinggal serumah dengan dia. You lebih tahu.” Maya tetap mendesak Badrul.Sedang mereka berbual berdua. Datin Marlia dengan bersedih hati dan terlakar garis-garis risau pada dahi datang mendekati mereka.Mereka menoleh serentak memandang wajah seorang ibu bersusah hati setelah mengetahui anaknya terlibat dalam kemalangan jalan raya malam tadi.“Bard… cerita kat aunty.” Datin Marlia mencelah. “Aunty… Bard memang tak tahu apa-apa.” Badrul menafikannya. Dia tidak mahu panjang cerita. Lagipun dia dengan Hazwan itu sebenarnya rapat cuma insiden lalu membuatkan mereka agak renggang sedikit tetapi itu tidak bermakna mereka bermusuh.“Tapi Bard dah janji dengan aunty akan beritahu segala tindak-tanduk Awan kat aunty. Apa Bard dah lupa janji Bard pada aunty?” Datin Marlia memujuk Badrul. Badrul adalah anak saudara yang paling rapat dengan Hazwan. Segala hal memang Badrul patut bertangungjawab. Datin Marlia memang memberikan kepercayaan sepenuhnya pada Badrul untuk memerhatikan Hazwan yang nampak dingin dengannya sekarang.I dapat rasakan bahawa Bard memang menyembunyikan sesuatu. Tak mungkin Awan kemalangan jalan rasa begitu sahaja atau mungkin Bard sengaja rancang untuk bunuh Awan. Eh? Apa yang I merepek ni? Apa motif Bard hendak buat begitu? Hurm… atau mungkin memang jelas ia adalah kemalangan yag tidak terduga. Tetapi Awan hendak pergi mana malam tadi? Detik hati Maya dan dia baru perasaan ada sesuatu pada tangan Badrul.“Sekejap aunty.” Maya menghalang Datin Marlia dari mendesak Badrul. “Apa di tangan kau tu?” Sambung Maya mahu tahu.“Errr… aku tak tahu. Benda ni memang ada di tangan awan tadi.” Badrul hulurkan kepada Maya.Maya segera membukanya.“Perfume?!” Terkejut Maya melihat dalam kotak itu ada sebotol minyak wangi berjenama Issey Miyake. Mustahil Hazwan memaki minyak wangi ini. Ini mungkin untuk diberikan kepada seseorang.“Dan dalam kereta Awan ada teddy bear besar.”“What?” Maya terkejut begitu juga dengan Datin Marlia yang tidak menyangka bahawa Hazwan mahu menemui seseorang.Di antara mereka memang Badrul mengetahuinya. Badrul tiada pilihan sama ada memberitahu cerita sebenar atau berdalih. Badrul sendiri tidak faham dengan sikapo Hazwan sekarang.“Maybe dia nak jumpa kau kut Maya nak surprise.”“Really?” Soal Maya lantas Badrul mengangguk. Ekspresi wajah Maya yang tadi tegang mula kendur. Maya terus memandang Datin Marlia pula. “Aunty… rupa-rupanya Awan mahu jumpa dengan Maya, tapi kenapa boleh jadi macam ni?” Maya terus memeluk lengan Datin Marlia dan meletakkan kepalanya pada bahu bakal ibu mertua.
***
Harus kepada siapa dia patut percaya? Menunggu sehingga dia sambuh baru boleh menemui Hazrina? Dia perlukan bantuan dan dia berharap Badrul akan berkerjasama dengannya. Sudah dua hari dia terlantar sakit dan Hazrina tidak pernah datang menjenguk. Adakah Hazrina tahu bahawa dia sekarang berada di hospital? Kalau sudah tahu kenapa tidak datang? Bingung Hazwan memikirkannya.“Kau dah beritahu Rin yang aku kemalangan?” Tanya Hazwan.Badrul sudah malas ambil kisah pasal Hazrina itu tetapi dalam keadaan begini pun Hazwan masih teringatkan Hazrina. Kerana kasihankan Hazwan, Badrul memang ada hantar khidmat pesana ringkas kepada Hazrina tetapi tidak ada maklum balas. Kalau Hazwan sendiri hubungi pun memang Hazrina tidak menjawab panggilan tersebut.“Dah Awan. Aku dah call dan SMS tapi tak ada respon.”“Hurm…” Hazwan mengeluh hampa dan dia cuba bersandar. Badrul segera mendapatkan Hazwan dan membantu. Selepas dapat bersandar pada kepala katil itu Badrulah rasa lega sedikit. Kalau tidak nafas macam sempuk sahaja.“Cedera macam ni pun kau masih teringatkan perempuan tu. Kenapa Awan?”“Kau takkan faham, Bard.”“Berterus terang sahaja dengan aku.” Badrul meminta Hazwan bercakap benar dan tidak perlu berpura-pura lagi untuk menyembunyikannya.Hazwan harus jujur dan tidak perlu berselindung lagi. Dia juga sebenarnya tidak mahu berpura-pura kerana perasaan yang wujud ini bukan sengaja diciptakan tetapi ia tercipta dengan sendirinya.Untuk jatuh hati bukanlah perkara yang boleh dibuat-buat. Ia adalah satu anugerah yang dialirkan ke dalam nadi jiwa. Sudah tentu perasaan itu sangat bermakna padanya. Jika ia terhalang, hati pasti memberontak.“Aku memang mencintainya.” Jawab Hazwan jujur dan tidak lagi berselindung dan ini adalah pengakuan ikhlasnya. “Aku tak boleh hidup tanpa dia. Bagi aku dialah segala-galanya.” Tutur Hazwan lagi. Bagi Badrul pula, itu kenyataan yang pahit untuk ditelan. Anak jutawan telah jatuh cinta pada gadis kolej. Pengakuan dibutirkan pada cuping telinga. Gadis yang tiada nilai pada mata Badrul kini dikejar oleh Hazwan. Dia beranggapan begitu kerana gadis kolej itu pernah menolak kemahuannya untuk bersama. “Aku bukan apa, Awan. Maya dah salah anggap terhadap kau. Malam tu dia fikir kau memang nak pergi jumpa dia dan berikan dia hadiah tu.” Badrul memeberitahu hal yang berlaku. Maya fikri Hazwan nak menemuinya. Begitulah yang Maya perasan.“Eh? Kat mana hadiah tu semua?” Hazwan tiba-tiba teringatkan hadiah itu.“Dia dah ambil walaupun teddy bear tu dah berlumuran kau punya darah.” Jawab Badrul.“Kenapa kau tak halang?” Hazwan menyalahkan Badrul yang seolah-olah tidak bertindak.“Sebab aku tak tahu hadiah itu untuk siapa sebenarnya?” Badrul bangun dari duduk. Perut masih kenyang selepas bersarapan nasi lemak tadi dan sekarang rasa macam mengantuk sahaja.“Aku tak kisah pasal hadiah tu. Tapi masalahnya itu bukan untuk dia.” Hazwan bangun dan cuba turun dari katil. Dia rasa seolah-olah sihat dan boleh berjalan. Dia bukannya cedera parah Cuma mengalami kekejangan otot dan juga masalah ligament yang dialaminya sebelum ini. Lepas satu, satu musibah yang melanda.“Kau nak ke mana pulak tu? Kau belum boleh keluar lagi.” Badrul mengejar.“Aku nak jumpa Maya dan ambil semua barang tu.”“Kau boleh beli yang lain.” Cadang Badrul menghalang Hazwan bertindak terburu-buru.“Bukan soal kena beli lagi atau tak.” Hazwan membantah dan dia tetap dengan keputusannya. Tiada orang lain yang boleh halang. “Habis tu untuk apa?” Badrul ingin tahu. Bahu Hazwan dipegang.Hazwan tidak menjawab pertanyaan itu tetapi sebaliknya segera melangkah mahu bertemu Maya. Perkara ini mesti diselesaikan juga dan tidak boleh bertangguh. Dia tidak mampu berbohong lagi.Dia menolak tangan Badrul yang memegang bahunya. Dia tidak mahu setiap langkahnya dihalang. Biarlah apa pun yang berlaku, dia mahu jumpa Maya dan ambil kesemuanya.

Published on January 30, 2013 08:46
Mama, bangunlah...
"Mama, bangunlah. Adik nak jalan ngan mama. Mama jangan tinggalkan adik'... Mungkin itulah kata anak gajah ini jika dia boleh berkata-kata. Inilah tangisan anak tok gajah.... Ya Allah, sedihnya bila melihat gambar ini. Jelas kelihatan airmata keluar dimata anak gajah itu apabila cuba membangunkan ibunya yang sudah tidak lagi bernyawa... Haiwan pun Allah bagi perasaan kasih sayang, inikan pula kita manusia yang punyai akal fikiran untuk berfikir. Sedih koi rase...
Keterangan gambar : menyayat hati apabila seekor anak gajah berusia tiga bulan yang masih menyusu dilihat mengusap kepala ibunya yang mati selepas dipercayai terminum racun bersama sembilan gajah lain yang bergelimpangan di hutan simpan gunung raya, kira-kira 130 kilometer dari tawau, sabah, semalam.
Sumber
Published on January 30, 2013 05:12
January 26, 2013
Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 11)
Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 11)
Dia menghadap televisyen sementara menunggu waktu yang sesuai untuk keluar. Di situ hadir Badrul lalu menghempas punggung di sebelah Hazwan. Sekilas dipandang Badrul dan wajah nampak ketat. Bukan tak mahu senyum tetapi rasa susah sikit sekarang ni kerana otak sedang memikirkan sesuatu yang mungkin berkenaan apa yang bakal berlaku nanti.Tambah pula tadi Maya ada telefon ajak keluar. Memang dia tak nak keluar dengan Maya. Lagipun buat apa? Maya itu selalu tanya pasal kahwin sahaja. Pening kepala. Kalau tak sebut mengenai hal perkahwinan tak boleh ke? Hazwan dah naik muak mendengarnya.“Kita jumpa malam, boleh tak?”“I banyak hal lain.” Hazwan mengelak.“You ni kan, selalu macam ni. Kenapa? Apa yang you tak puas hati sangat dekat I ni, Awan?” Maya mendesak.“I tak suka bercakap dengan murai yang tak sihat.” Hazwan menyindir.“You!”“Yes…” Senyum sambil garu kepala.Hazwan bukan sengaja mahu menyakiti hati Maya. Kalau dia tak buat begitu, nanti Maya semakin mengada-ngada. Hazwan sudah bosan dengan sikap menggeletis perempuan itu. Tambah lagi, dia rasa kurang cocok untuk bersama Maya. Terlalu banyak perbezaan yang sangat ketara berbanding dahulu. Ia mengenai perubahan hati.Perbualan telefon habis setakat itu. Gara-gara itu juga, Hazwan termenung seketika di ruang tamu memandang kosong pada kaca televisyen.“Tak keluar ke malam ni?” Tidak semena-mena pertanyaan itu terpacul dari mulut Badrul. Soalan yang tidak perlu diajukan langsung. Malah patut ditukarkan sahaja pertanyaan tersebut kepada yang lain. Sudah makan ke? Atau apa-apa sahaja asalkan bukan berkaitan hal bersosial kerana itu bukan hak Badrul untuk mengambil peduli.“Kenapa kau tanya?”“Yelah dah pakai smart macam tu takkan taknak keluar, kan?” Badrul sengaja menguji. Memang gaya dan penampilan Hazwan seperti orang mahu menghadiri temu janji. Kebiasaan begitulah kalau sudah lengkap dengan bau-bauan.“So kau dah tahu jawapannya kenapa tanya?” Haris mengeluh. Perkara yang sudah dapat diduga pun masih lagi inginkan kepastian. Sudha terang lagi bersuluh. Kalau pakaian nak tidur bukan macam tu. Sekarang dia mahu keluar mestilah kelihatan segak. Mahu keluar bertemu puteri cantik bak bidadari, itu anggapannya.“Salah ke aku tanya.” Badrul berkerut dahi. Cara Hazwan tadi seolah-olah berbaur marah. Takkan masih bengang lagi? Dah lama Badrul minta maaf. Lagipun Hazwan dah maafkan tetapi itu dari bibirnya sahaja. Kalau dalam hati belum pasti.Hazwan mengerling. Kemudian melihat jam di pergelangan tangannya. Sudah menunjukkan pukul 7.45 malam. Dia merasakan kelewatan yang ketara. Semuanya kerana mengelamun memikirkan soal cinta dan kahwin. Nama Maya pun tercatat dalam masalah hidup. Hendak sahaja dibuang jauh nama itu tapi semakin dibuang semakin melekit rasanya.“Aku dah lambat.” Hazwan malas mahu lama-lama.“Wait. Aku nak tanya kau. Kenapa hubungan kita macam retak ni? Tak macam selalu.”“Apa maksud kau?”“Kau tak pernah baran dengan aku tapi selepas apa yang berlaku sebelum ni, sikap kau berubah.” Ujar Badrul.Hazwan berdiri di hadapan Badrul lalu sepupunya itu juga berdiri. Mereka bertentang mata demi menyelesaikan masalah yang timbul.“Kau dah tahu jawapannya, Bard. Rasanya tak perlu aku jelaskan lagi.” Hazwan berpaling untuk menjemput Hazrina makan malam bersama. Jika lambat maka peluang untuk mendapat kemaafan daripada Hazrina akan tertutup.Dia tahu, dia telah banyak buat salah kepada Hazrina dan dia tidak patut meninggalkan Hazrina sendirian semasa makan malam yang lalu. Bukan senang untuk memujuk Hazrina tambah lagi dia belum mengenali gadis itu sepenuhnya.Badrul ikut langkah Hazwan lalu berdiri di hadapan menghalang Hazwan dari meneruskan niat untuk keluar. Kalau betul semua itu bakal berlaku, maka Badrul rasa Hazrina mudah ikut cakap lelaki. Mudah sangat menerima pelawaan Hazwan untuk keluar. Sebenarnya Badrul boleh agak dan ia satu yang tepat dan pasti. Cuma dia mahu dengar dari mulut Hazwan sendiri iaitu sebuah pengakuan.“Aku nak kau jelaskan pada aku malam ni jugak. Apa hubungan kau dengan perempuan tu?” Sengaja Badrul bertanya. Soalanya agak berbau cemburu. Perasaan bengang masih wujud tetapi kadangkala timbul juga rasa bersalah, cuma rasa itu tidak terlalu ketara sekarang.“Kau stalker aku ke?” Hazwan geram.“Mama kau minta aku perhatikan kau.” Jujru Badrul menyatakannya.“Hah?”Hazwan terkejut.Badrul sengih.“Dia tak sesuai untuk kau. Kau dah ada Maya. Maya tunang kau. Lagipun kau tak tahu latar belakangnya. Siapa dia dan keturanannya.” Badrul mahu Hazwan sedar. Di antara mereka banyak beza.“Dia keturunan Syed okey, jadi dia ada nama. Dia ada pelajaran.” Ujar Hazwan mahu menangkan Hazrina di hadapan Badrul. Tidak mahu tewas dalam berhujah. Apa ada pada nama kalau budi mendatang kecewa? Hazwan tidak mahu semua itu dijadikan alasan untuk membeza-bezakan sesama manusia.Badrul sibuk bertanyakan tentang hal perhubungan orang lain. Kenapa tidak sibuk jaga peribadi sendiri agar nampak lebih baik? Kelakuan mereka sama tetapi hati tidak sama. Sekurang-kurangnya Hazwan tergerak hati menerima perubahan yang lebih baik daripad aterus hidup dalam gelap tanpa panduan.“Belajar belum habis lagi dah cuba merampas tunang orang.” Badrul menghina Hazrina secara belakang. Sememangnya itu dituju pada Hazrina yang tidak sedar diri.“Sudah Bard. Dia tak rampas aku dari Maya sebaliknya aku yang mencintainya.” Pengakuan ajaib daripada Hazwan akhirnya didengari oleh Badrul. Hampir ketawa Badrul mendengar kegilaan ucapan itu. Senang persoalkan cinta. Mana ada cinta mengajar untuk tidak setia? Dahulu kata mencintai Maya, sekarang cinta lain pula wujud. Badrul memang kurang senang.“Cinta? Apa yang kau tahu tentang cinta, Awan?” Badrul membidas ayat itu. Ia adalah satu kesalahan besar yang Hazwan lakukan iaitu menghancurkan harapan orang lain. Sudah tentu sekali ia harapan Maya mahu bergelar isteri kepada Hazwan.“Jadi kau nak sekolahkan aku berkenaan cinta? Kau baca buku dekat atas rak tu. Kau baca buku tentang bagaimana nak jadi perfect guy.” Tempelak Hazwan. Kata-kata itu membuatkan Badrul tersentak. “Wowo! Perfect guy? Apa kau lupa yang kau pun sama macam aku jugak? Tak payah la nak berlagak bagus depan aku.” Ego Badrul tercabar.Hazwan senyum menyindir pula kepada Badrul. Tidak perlu bercakap soal semalam atau kisah silam kerana hari ini adalah hari untuk berubah. Salahkah untuk nejadi orang baru? Setiap langkah yang ada adalah untuk menuju ke arah kebaikann tetapi Badrul tidak faham. Selama ini memanglkah hidup penuh dengan sorakan dan kegembiraan tanpa ada batasan. Tetapi jika difikirkan, Hazwan rasa semua itu tiada gunanya. Bukan tidak perlu langsung untuk bergembira tetapi gembira tanpa bahagia memang tiada erti apa-apa melainkan ia adalah sebuah kisah yang kosong.Badrul pula merasai perubahan Hazwan sedikit demi sedikit. Dia sebenarnya tidak peduli langsung mengenai Hazrina tetapi dia rasa pelik dengan sikap Hazwan yang seolah-olah sentiasa mengelak dari berseronok. Kebiasaan malam begini mereka akan ke kelab malam atau ke pusat karaoke untuk relakskan minda tetapi sekarang ia jauh berbeza.Setapak Badrul ke hadapan. Bahu Hazwan dipegang. Direnung dalam-dalam mata Hazwan yang bersinar penuh keyakinan. Mata yang bersemangat.“Apa yang buat kau nampak lain?”“Bard. Aku sebenarnya malas nak buang masa bercakap dengan kau.”“Okey, tapi aku cuma nak tahu saja.”“Kau nak tahu apa?”Badrul terus paut bahu Hazwan dan membawanya mengiring langkah untuk duduk di sofa semula. Hazwan ikut sahaja kemahuan Badrul itu kerana mahu memberi sepupunya peluang untuk berbicara soal hubungan.Sebaik sahaja Hazwan duduk, Badrul terus membuka bicara tentang isu yang sepatutnya diketengahkan, iaitu isu hubungan kekeluargaan.“Sekarang ni aku nak tahu, kau nak kahwin dengan Maya ke tak?”“Dah tentulah tak.”“Jadi kau nak kahwin dengan siapa?”Hazwan terus diam. Malas betul mahu fikir soal kahwin tetapi kalau tidak difikirkan sekarang nanti mamanya juga akan bising. Mahu sangat dia kahwin dengan Maya. Kahwin dengan Maya bagaikan sebuah mimpi ngeri. Apalah yang dipandang sangat pada Maya oleh mamanya pun Hazwan sendiri tidak tahu. Tetapi apa yang nyata kata mama, Maya seorang wanita yang bertanggungjawab dan baik hati.“Dengan perempuan lain selain Maya.”“Kau fikir mama kau akan setuju?”“Erm…” Hazwan tidak tahu apa yang hendak dibicarakan lagi dan sekali lagi dia menjengah jam di tangan. Alahai, sudah lambat. Entah macam mana dia boleh melekat sembang dengan Badrul pula ni? Hazwan bangun.“Kau nak ke mana?”“Aku dah lambat.”“Jumpa Hazrina?”“Erm… ya. Untuk pengetahuan kau… Hazrina tu sangat baik.” Puji Hazwan lalu segera pergi.Baik? Bisik hati Badrul. Boleh ke Hazrina dikatakan baik seperti apa yang dimaksudkan Hazwan? Kalau baik, Hazrina tak mungkin mudah termakan pujuk rayu. Itu anggapan Badrul pula. Sebenarnya ada perkara yang Badrul tidak faham mengenai Hazrina. Jika dia mengenali Hazrina sepenuhnya, barulah dia tahu apa yang dipandang Hazrina terhadap sebuah perkenalan.
***
Hazrina menunggu terlalu lama. Dia seolah-olah rasa telah dipermainkan oleh Hazwan. Sudah satu jam dia menunggu. Kenapa aku rasa tidak sedap hati aje ni? Hazrina mengeluh. Walaupun sudah satu jam menunggu dia masih memberikan peluang untuk 5 minit lagi dan kalau Hazwan tidak datang juga, maka dia akan angkat kaki meninggalkan premis Secret Recipe itu.Dia mengeluh dan mengeluh. Kekecewaan terus bersarang dalam hatinya. Pakai cantik-cantik tetapi kelibat Hazwan pun tidak kelihatah. Dia sengaja tidak menelefon Hazwan kerana hanya berpegang pada janji.Mana dia ni? 5 minit telah berlalu. Mahu atau pun tidak dia terpaksa beredar dan berangkat pergi dari situ dengan perasaan hampa.Setibanya di kolej dia terus merebahkan tubuh di atas katil. Noris terkejut melihat Hazrina balik terlalu awal. Noris baru sahaja memakai bedak sejuk itu mendekati Hazrina.“Nah kunci kereta kau.” Hazrina menghulurkan anak kunci kereta milik Noris yang dipijamnya tadi. Sepatutnya Hazrina dijemput Hazwan tetapi Hazrina memilih untuk pergi sendiri. Pergi sendiri dan balik sendiri. Tunggu lama-lama makan hati kerana Hazwan tidak kunjung ke mari.“Awalnya kau balik? Macam mana dating tadi?”“Hurm…” Hazrina mengeluh.“Lain macam je.” Noris duduk di birai katil Hazrina.Hazrina pula bangun dan bersandar pada kepala katil sambil memeluk bantal. Dia memandang Noris hambar. Perasaannya memang tidak menentu akibat tindakan Hazwan yang mementingkan diri sendiri.“Dia tak datang pun.”“Hah? Aku nak call dia.”“Tak payah, Is.” Hazrina halang.“Dia call kau tak?”Hazrina menggeleng.Noris rasa Hazwan tidak patut buat Hazrina begitu. Kalau ada masalah sepatutnya terus hubungi Hazrina dan jangan buat Hazrina ternanti-nanti.“Kalau aku jumpa si Awan tu, memang aku nak tarik tali leher dia sampai tercekik biar kejung!” Marah betul Noris.“Janganlah…”“Eh… dia dah buat kawan baik aku sampai macam ni pun kau boleh kata, janganlah… janganlah…eee sakit pulak hati ini.”“Mungkin dia ada hal kut.”“Kau tak payah nak baik sangka sangatlah. Sampai macam ni pun kau anggap dia tu bagus sangat? Kau ni dah kena mandrem dengan si Awan tu ke? Hebat gila dia punya Mak Esah. Aku nak jumpalah Mak Esah macam tu. Aku nak mandrem Encik Zul Adha.”“Isy, kau ni… mengucaplah sikit. Tak adanya aku ni kena mandrem dengan si Awan tu.”“Hello… orang gila pun tak mengaku dia gila, tahu? Samalah macam kau sekarang ni. Kau dapat rasa ke yang kau tu dah kena mandrem, Rin?” Soal Noris yang sudah salah sangka.Hazrina tidak merasakan apa yang dibicarakan Noris itu adalah betul dan dia tahu Noris juga tidak memaksudkannya. Benda sebegitu tidak elok dan ia salah di sisi Agama Islam.“Tak baiklah kau cakap macam tu.”“Ye memang nampak macam tak baik tapi ada yang tak baik lagi.”“Tadi Ya..”Pintu bilik mereka terbuka tiba-tiba kerana tidak berkunci. Tercegat Farhana bercekak pinggang dan seterusnya meluru ke arah Hazrina dan Noris.“Aku nak selesaikan masalah kita malam ni jugak!” Tiba-tiba suara Farhana memetir.“Masalah apa lagi ni Yana?” Hazrina bangun dam berdiri di hadapan Farhana yang sudah mengecilkan biji mata merenung tajam ke dalam matanya.Sungguh dia tidak menduga Farhana akan datang menyerangnya lagi walaupun Noris cuba katakan padanya sebentar tadi namun tepat pada masanya Farhana muncul.Noris menghalang dan duduk di tengah-tengah antara mereka. Sebagai seorang kawan, Noris tidak mahu jadi batu api dan sebaliknya mahu membantu. Sampai bila mereka harus bertengkar mengenai hal lelaki? Sudah besar, bukannya budak kecil lagi.“Kau jangan buat-buat tak tahu. Ini mengenai Am.” Farhana menyebut nama Akram. Orang yang begitu disayangi dan dicintai.“Ya Allah Yana… tolonglah. Aku dengan Am tak ada apa-apa. Kau tak payahlah fikir bukan-bukan sampai perlu jadi macam ni.” Dengan lembut Hazrina bersuara menerangkan hal sebenarnya.“Tak ada apa-apa kata kau? Ni apa?” Farhan terus menunjukkan sekeping foto. Di situ terlihat Akram terpegang tangan Hazrina. Noris pula cepat merampasnya.“Aku ada sekali pada masa tu. Am hanya bantu Rin yang tergelincir.” Noris memberitahu perkara sebenar. “Tapi siapa yang agak kurang ajar tangkap gambar ni? Memang sengaja nak buat onar.” Tokok Noris. Sakit pula hati ini. Noris mengumam geram.Farhana pandang Noris.“Aku tanya dia ni bukannya kau.” Bantah Farhana yang tidak suka ada orang lain menyampuk. Noris pula pandang semacam rasa macam nak hantuk sahaja kepala Farhana dekat lututnya. Kalau boleh nak sahaja dikarate leher tu sekali. Baru padan muka.“Aku tolong jawab untuk dia. Kalau kau tak percaya, kau pergilah tanya Am sendiri.” Noris menjeling. Menyampah pula tengok muka Farhana lama-lama. Lagi lama dipandang lagi geram. Kecil besar sahaja jadinya. Eee…!“Kau orang memang sengaja nak menipu aku, kan?” Farhana menuduh yang bukan-bukan setelah merasakan Hazrina dan Noris mengelak.“Fikirlah sikit Yana. Yang kau emosi sangat keran gambar tu kenapa? Wei Yana… Rin dah ada pakwe la. Pakwe dia anak Dato`. Tak payahlah kau nak jealous sangat pasal Am. Mereka hanya kawan kut.” Noris terpaksa buat cerita.Farhana diam.Hazrina pula yang mendengar ucapan Noris terbuntang biji mata. Kelam kabut jadinya sehinggakan Noris tersasul sebut mengenai pakwe.Noris dudukan Hazrina di birai katil.“Kau duk sini eh, biar aku settlekan masalah kau dengan si Yana ni.” Noris pandang Farhana semula. Dibawanya Farhana ke muka pintu. “Semuanya dah selesaikan? Kau pun dengar sendiri pengakuan Rin jadi aku rasa eloklah kau jangan panjang-panjangkan lagi hal ni. Kalau kau sayangkan Akram tu, kau jagalah dia baik-baik. Kalau terlepas ke tangan orang lain, itu maknanya kau memang tak reti jaga boyfriend sendiri. Tata…” Noris melambai tangan selepas Farhana berada diluar bilik. Noris terus menutup pintu dan menoleh kepada Hazrina.Gedegang! Bunyi pintu diketuk kuat. Terkejut Noris dan Hazrina.“Erh!!!” Bentak Farhana di luar.Noris tersenyum sahaja sambil menggeleng. “Kasihan Yana percaya sangat dengan gosip murahan macam tu. Yang aku pelik, manusia mana yang boleh shoot gambar tu? Padahal tak ada apa-apa kut. Mungkin… erm sengaja nak timbulkan kontroversi. Isy!” Noris hempas punggung di birai katil Hazrina.Hazrina dipandang Noris. Lain pula yang berlaku. Hazrina menangis. Noris tidak mampu melihat Hazrina selalu menangis.“Please la Rin. Kalau kau asyik memangis je, naik risau aku dengan kau ni la.” Noris mengeluh. “Kau masih fikirkan Awan ke?” Tokok Noris lagi sambil menyeka air mata itu.Hazrina mengeluh halus.

Published on January 26, 2013 06:55
January 24, 2013
[Ulasan] : Ngeri - Novel Fixi
Salam bahagia. Buat pertama kalinya aku beli sendiri buku Fixi ini. Sebelum ini aku cuma pinjam sahaja tetapi ia tidak sepuas dengan beli sendiri. Ternyata ia sangat berbaloi dan membuatkan aku ketagih mahu membacanya lagi. Terima kasih buat Fixi kerana buku ini yang diterbitkan telah membuatkan jantung aku berdebar-debar ketika membacanya. Ini adalah ulasan pertama aku dalam blog ni mengenai buku Fixi ini.
Joanne, Samuel dan Rehan tiga sekawan mahasiswa filem yang bercita-cita besar untuk maju sehingga ke Hollywood. Kegilaan mereka: menghasilkan skrip-skrip yang menampilkan pembunuhan sadis.
Skrip-skrip mereka selalunya ditolak oleh profesor, yang merasakan ceritanya tak berasaskan logik. Namun, segalanya berubah menjadi menggerunkan apabila berlaku siri pembunuhan sebenar yang mirip skrip-skrip mereka.
Trio itu saling mencurigai. Apabila pembunuhan semakin mendekati persekitaran universiti, keadaan bertukar cemas. Adakah pembunuh NGERI itu sememangnya salah seorang daripada mereka?
***
NGERI adalah hasil karya Gina Yap Lai Yoong yang digarap dengan baik. Kisah dalam buku ini membawa kita ke satu dunia di mana ia sebuah alam pelajar dengan pensyarahnya. Situasi yang digambarkan begitu jelas sehingga terbayang-bayang di dalam minda betapa ngeri di setiap pembunuhan itu. Ia berlaku setelah skrip-skrip mereka ditolak. Ia diterjemahkan dengan bahasa yang menggetarkan jantung.
Kisah Ngeri ini membuatkan aku tertanya-tanya, bagaimana kalau ia adalah benar-benar terjadi? Pembunuhan sekejam itu hanya dilakukan bersahaja dan santai tetapi memerlukan ketelitian. Bagaimana pula sekiranya ia diadaptasikan ke dalam bentuk filem? Sudah tentu ia sangat menarik. Sukar untuk dibayangkan betapa ia sebuah kisah yang penuh debaran.
Penjenayah bersiri di dalam Ngeri merupakan satu episod pembunuhan yang dilakukan dengan cara yang menggerunkan seperti anak penjual burger dibekukan di dalam peti sejuk, mat rempit juga dibunuh ala Pinochio, mayat dikerat-kerat dan diletakkan di merata-rata tempat untuk dijadikan sebagai pencarian harta karun. Pembunuhan terakhir adalah profesor mereka sendiri menjadi mangsa.
Memang ada debaran dan bagi peminat cerita misteri, novel ini sarat dengan tanda tanya sehingga membawa kita untuk mengetahui kesudahannya. Ia satu teka-teki yang mesti dijawab. Pembunuhan terancang ini dilakukan penuh misteri. Silakan membaca buku ini untuk mengetahui siapakah pembunuh sebenar yang begitu bijak mengatur gerak?
P/s : Rasa nak berkenalan dengan Gina ni... nak beritahu dia ada satu struktur ayat yang sangat menggerunkan kala aku membacanya iaitu di muka surat 205, baris ke 12. he he he... (Jangan marah)

Published on January 24, 2013 18:07
January 22, 2013
Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 10)
Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 10)
Panggilan daripada Hazwan tidak dilayan. Dibiarkan sahaja telefon itu menjerit di atas katil sementara dia menebar penglihatan ke luar tingkap. Sakit pula hati ini apabila seorang lelaki sanggup tinggalkan majlis makan malam begitu sahaja. Sudah tiga hari Hazrina tidak bercakap dengan Hazwan.Sekali lagi telefon itu berbunyi. Selepas Subuh tadi sehinggalah sekarang, nombor milik Hazwan sahaja yang naik dalam telefonnya. Bayangkanlah sudah berpuluh-puluh panggilan tidak berjawab.
Tak nak jawab call pun tolong reply SMS – Awan
Kenapa dengan awak ni? - Awan
Dia boleh tanya aku kenapa? Dia sepatutnya dah taku kenapa! Marah betul Hazrina dengan keadaan ini. Dalam hatinya sangat pedih seperti kena hiris sahaja. Nak tak nak kena sabar juga. Kalau tak sabar nanti ada yang tak boleh tidur.
Saya minta maaf, saya ada hal penting – Awan
Apa aku peduli kalau dia ada hal penting sekalipun. Hurm… Hazrina masih mengumam geram setelah membaca pesanan demi pesanan yang dihantar oleh Hazwan tanpa henti itu. Sekejap-sekejap masuk.
Saya tahu awak memang baca SMS ni – Awan
Hazrina terus edit sesuatu.
Tolonglah jangan buat macam ni – Awan Nanar!
Dan lagi sekali telefon bimbit Hazrina menjerit. Tertera nama yang baru, untuk Hazwan. Awan Nanar! Memang nanar hati Hazrina jadinya disebabkan sikap Hazwan.
Tak nak angkat jugak. Erm, sebenarnya saya terpaksa balik – Awan
Hazwan memberitahu sebabnya kenapa Hazrina ditinggalkan. Tapi memang tak patut langsung ditinggalkan tanpa khabar berita. Ingat Hazrina ni apa? Perempuan sarkas yang boleh dibuat lawak? Boleh jadi emosional tahu tak dalam memikirkan hal lelaki tak sedar diri macam Hazwan tu. Hazrina gumam geram yang tak terluah dengan kata-kata. Bunyi telefon terus menerus menganggu. Dia berikira-kira dengan rajuknya sendiri. Mahu jawab atau pun tidak. Kalau dijawab nampak sangat dia mudha mengalah. Kalau Hazwan mahu pujuk, teruskan berusaha. Usaha tangga kejayaan.“Rin… boleh tak kau off-kan telefon kau tu. Aku nak tidur ni… masa nilah aku nak tidur lama sikit sebab dah dua hari aku tak boleh tidur nak siapkan assignmentEncik Zul Adha tu tahu. Dahlah aku tengah geram dengan dia ni.” Noris merungut sambil tarik selimut.Hazrina menoleh lalu dia melangkah ke katilnya lantas mematikan telefon bimbitnya itu. Selepas itu dia duduk dibirai katil sambil memeluk tubuhnya sendiri. Pagi ini nafas rasa sesak pula. Tidak tahu kenapa hal ini terjadi. Gara-gara pedih di hati agaknya.Krohhh krohhh krohhh!Hazrina menggeleng. Begitulah hari-hari Hazrina di kolej sering dihadapkan dengan bunyi dengkuran Noris yang sangat kuat. Kemudian dia mengukir senyuman. Noris… Noris…
***
“Kenapa dengan muka you ni? Macam tak ada moodje?” Maya bertanya sambil bersilang tangan melangkah di dalam sebuah pusat membeli belah.Hazwan seolah-olah terpaksa menemani Maya membeli belah di Pavillion, Kuala Lumpur. Kebetulan pula Hazwan memang ada client di sana jadi Maya pula sibuk-sibuk curi peluang.“Nothing…” Balas Hazwan lalu meleraikan pautan tangan Maya pada lengannya.Maya hentak kaki setelah diperlakukan seperti itu.“You…” Panggil Maya setelah Hazwan melangkah cepat-cepat untuk duduk dibangku. Baju lengan panjangnya dilipat hampir ke siku. Usai sebelah kanan, dia lipat pula di sebelah kiri. Maya berdiri di hadapannya dengan muncung bibir.Plastik bag yang dipegang Maya terus diletakkan di sebelah Hazwan. Maya duduk di sebelah kiri pula sambil menarik lengan baju Hazwan.“Pandang I.” Suruh Maya.Berat pula untuk tatap wajah perempuan yang memang cerewet. Kenapalah aku boleh bertunang dengan dia? Hazwan begitu menyesal dengan tindakan sendiri tetapi semua itu dilakukan demi memenuhi permintaan mama.“Awan!”“Boleh tak you jangan nak tengking-tengking I dekat sini?”“Bila masa I tengking you?” Wajah Maya berkerut bila Hazwan tinggikan suara. Tahu pun takut.“Sakit telinga I ni tahu tak? Yang you sekarang ni selalu sangat ajak I keluar ni kenapa? You tahu tak yang I sekarang sangat sibuk?”“Sibuk dengan perempuan lain?”“Kalau I ada perempuan lain pun kenapa? I bertunang dengan you pun disebabkan mama I. Kalau tidak, jangan harap you jadi tunang I. Mulut bising mengalahkan murai cirit birit!”“You kata mulut I ni mulut murai cirit birit? Habis you tu apa? Mulut buaya lidah bercabang! Janji macam-macam tapi ada you tunaikan?” Maya tidak mahu mengaku kalah.Hazwan bangun dan terus melangkah meninggalkan Maya begitu sahaja sebelum Maya habis cakap lagi Hazwan sudah angkat tangan tanda ‘full stop’ malas mahu layan.“Awan!!! Grrr….” Maya mengumam geram. Ni semua sebab perempuan tu, kan?! Fine! Maya bercakap sendiri menahan bengang. Huh!Disebabkan Maya, aku terpaksa tinggalkan Hazrina malam tadi. Kalau tak, memang aku berpuas hati dapat date. Kacau daun minah ni!Hazwan terpaksa tinggalkan Hazrina dan itu dia cuba jelaskan pada Hazrina tetapi gadis itu enggan menjawab telefon. Mungkin Hazwan mesti bagi masa padanya agar dapat berfikir dan merehatkan minda. Kalau terus menerus dipaksa pun tak guna juga. Lama-lama naik bosan.
***
Pintu bilik Hazrina diketuk. Noris memandang Hazrina dan Hazrina juga memandang Noris. Masing-masing berpandangan sesama sendiri. Baru sahaja mahu menjamu selera makan roti sapu jam nanas, sudah terbantut. Ada pula yang datang mengganggu.Pada petang begini mereka senang menjamah roti. Berjimat cermat makan apa yang patut sahaja tetapi bagi Noris, dia tidak mahu makan nasi kicap telur goreng. Banyak kolestrol nanti makan telur goreng.“Siapa la tu?”“Yana kut?” Noris meneka.“Tak mungkin dia datang nak serang aku lagi?”“Bukan ke masa kelas tadi Am datang jumpa kau? Dah tentu berita tu sampai dekat dia. Sekarang tibalah masanya dia datang serang kau.” Noris menakut-nakutkan Hazrina.“Am datang jumpa aku pun sebab nak minta maaf bagi pihak Yana yang nak tampar aku tu.”“Cemburu sangat.”“Kalau kau pun akan buat benda yang sama untuk mempertahankan orang yang kau sayang dari dirampas orang lain.”“Jadi… maksudnya kau ni seorang perampas la ya?” Noris tersengih. Hazrina terus cubit lengan Noris.“Auch! Sakitlah.”Pintu diketuk lagi.“Pergilah buka pintu tu cepat.” Pinta Hazrina.“Baiklah…” Noris akur.Lamba Noris berdiri di hadapan pintu setelah dibuka. Terkejut agaknya.“Siapa tu, Is?”“Kau pasti takkan percaya apa yang aku nampak ni, Rin.” Ketara suara Noris seperti tersentak dengan sesuatu yang diluar jangkaan. Mungkin sesuatu yang tidak masuk akal.Cepat-cepat Hazrina bangun dari bangku kemudian meluru ke muka pintu. Eh! Biar betul? Hazrina turut tersentak sebagaimana Noris tadi. Mereka berdua tercengang.“Besarnya Rin…”“Ha`ah besar… tak pernah aku nampak benda ni besar macam ni ada depan pintu bilik kita.” Hazrina terkesima.“Dan aku pun tak pernah jumpa lelaki yang gila macam ni.” Ujar Noris.
‘I’am so sorry, what I did last night’
Hazrina terdiam lalu menarik tangan Noris untuk cepat-cepat masuk lalu pintu dikunci. Dia tidak terpujuk langsung. Hazrina cuba jadi seorang yang degil.“Rin…”“Tak naklah.”“Dia pujuk kau tu…”“Pujuk aku dengan buat banner besar macam tu? Tu betul-betul kerja gila.”“Tu tandanya yang dia dah mula sayang pada kau.”“Kau sendiri pun tahu yang dia tu tunang orang.”“Baru tunang aje, Rin… tunang belum tentu confirmjadi isterinya lagi, tahu?” Noris senyum bangga. Bangga dan penuh yakin bahawa Hazrina akan berjuang demi cinta.Pon! Pon! Pon!Tiba-tiba kedengaran bunyi hon yang sangat kuat di tengah padang hadapan kolej. Bunyi itu menarik perhatian pelajar lain termasuk pengawal keselamatan.Hazrina segera melangkah ke tingkap biliknya. Dan dia terkejut melihat seorang lelaki berpakaian t-shirt tidak berkolar dan berseluar jeans biru sedang berdiri di atas sebuah lori satu tan sambil memegang healer.“Sharifah Hazrina binti Syed Hamidi, saya nak ajak awak keluar dinner. Awak tidak ada pilihan lain. Awak mesti keluar dengan saya juga. Jikalau awak enggan maka rahsia awak akan terbongkar!” Jerit lelaki itu melalui heller yang dipegangnya“Hah? Rahsia apa?” Wajah Hazrina berona merah.“Mungkin rahsia masakan?”“Serius sikit, Is.” Pinta Hazrina menahan debaran. Jantungnya berdetak laju sekarang. Rasa mahu pitam sekarang juga tetapi dia mesti bertahan dan berfikir. Rahsia apa yang ada di tangan Hazwan?Noris pula berasa kagum.

Published on January 22, 2013 22:02
January 16, 2013
Huh! - Baju BOOBIES Khas Untuk WEIRDOS
Baju ni sesuai sangat bagi orang yang terkena kejutan budaya berfashion... sekali imbas dah macam alien da... ahaks!
Sumber : DailyMail
Sumber : DailyMail
Published on January 16, 2013 15:30
January 15, 2013
Suamiku Gangster (Bab 35)
“AWAKnampak manis.” Dirinya dipuji. Manis bak gula. Malu jadinya. Sebenarnya memang selalu dipuji tapi pujian ini berbeza dari sebelumnya.“Boleh saya tumpang duduk dekat sini?”“Boleh boleh.” Laju Shafika menjawab.“Fika... dialah junior kita yang kacak tu...” Wanie yang berada di sebelah Shafika berbisik. Wanie dah senyum lain macam sahaja.“Hai... nama saya Wanie... ni kawan saya, nama dia Fika, Shafika.” Wanie memperkenalkan dirinya sekaligus memperkekanlkan Shafika. Shafika malu tetapi masih mampu senyum dan kemudian tunduk.“Haris.” Haris memperkenalkan dirinya juga dan kemudian memulakan sesi menyemak nota. Macam mana nak buat ni? Haris bingung kerana tidak tahu apa yang perlu dilakukan sekarang. Alamak! Dia tersalah ambil buku.Haris bangun sambil senyum dan menukar buku lain. Di dalam perpustakaan sudah semestinya tidak boleh buat bising tapi entah malaun mana yang tiba-tiba menjerit.“Woi! Kau jangan nak kurang ajar boleh tak?” Ada seseorang dimarahi. Orang yang kena marah itu nampak skema dan berkaca mata besar. Haris menghampiri lelaki yang buat bising itu.“Fika fika! Cepat kau tengok, budak kacak tu pi dekat Bakar la...” Wanie tarik tangan Shafika. Shafika malas nak layan bila Wanie sebut nama Bakar tapi bila nama Haris terkeluar, Shafika jadi bersemangat ingin tahu.“Haris?” Cepat-cepat Shafika bangun dan terlebih ingin tahu.“Tu tu... dia pergi halang Bakar sibuk marah Ayob budak skema tu.” Wanie tunjuk dengan muncung. Shafika pun mengintai dari celah rak buku.“Kenapa dia pergi layan Bakar tu?“Kau tak dengar ke suara Bakar duk marah tadi?”“Erm... tak perasan pulak.”Mana nak perasan bila perasaan sudah berkuntum bunga di tanam. Tambah lagi tadi sibuk baca novel cinta. Memang hanyut fikiran tadi. Watak utama dalam novel tersebut terus terbayang wajah Haris. Mana mahu nak dengar Bakar menggertak tadi.“Habislah kali ni... Bakar tu dah la panas baran. Teruklah Haris dikerjakannya nanti.” Wanie gigit jari sudah membayangkan apa yang bakal berlaku. “Kau tak gerun ke?” Wanie menoleh tapi dilihat Shafika sudah tidak ada. Diperhatikan lagi di tempat kejadian. Eh? Dilihat Shafika ada dekat sebelah Haris.“Abang... jom kita pergi minum.” Shafika terpaksa mengajak Bakar pergi ke kafeteria bagi mengelakkan perkara buruk berlaku. Bakar kalau sudah nampak Shafika terus sejuk hati jadinya. Sempat mencerlung mata ke arah Haris yang cuba jadi hero selamatkan Ayob.Shafika meratap sedih sambil mengingatkan episod perkenalan pertama kalinya di dalam perpustakaan. Kerana takut Haris dipukul Bakar, dia ikut masuk campur. Dia fikir Haris tidak seperti Bakar tetapi Haris turut baran. Kenapalah dirinya dipertemukan dengan lelaki baran? Kalau sudah cinta memang tidak mengenal siapa dan bagaimana. Cinta bagaikan terlalu kejam. Menangis Shafika yang tertirap cuma mengengsot. Badannya lemah. Seluruh dirasakan berbisa. Dia tidak larat untuk bangun kerana lubang duburnya juga turut digauli. Sakitnya tidak terhingga.Manusia apakah mereka itu? Seksa dan begitu pedih. Tidak pernah dia merasakan sakit seperti sekarang ini. Terlalu ramai menikmatinya bahkan segala tempat digauli. Ya Allah... ketika ini hanya pada Allah menjadi tempat dirinya mengadu.Kepedihan yang dirasakan itu berputik dendam dan geram. Kalau dia meneruskan niat untuk mati, maka dendamnya sia-sia. Dia keliru, adakah perlu hidup atau mati? Mereka masih bebas. Mereka barangkali akan datang lagi.Ya Tuhanku... aku mohon Kau berikanlah aku kekuatan. Tabahkan aku Allah, tabahkan aku... air mata sudah kering. Semuanya sudah habis mengalir. Perutnya berkeroncong dan kepalanya pening. Di saat itu juga dia masih menyebut nama Haris.“Haris... pulanglah...” Shafika merayu walaupun derita dan azab menahan sakit. Pulanglah... dia berharap lagi. Dia sedar, syurganya ada di bawah tapak kaki suami. Syurganya tetap di situ selagi dia menjadi isteri Haris.Dahulu Shafika rapuh. Jiwanya benar-benar rapuh dan hari ini jiwanya kekal rapuh tetapi kerapuhan itu diubat dengan kasih sayang terhadap Haris. Cinta dan rindunya pada seorang lelaki bergelar suami. Meskipun dia terlepas cakap tapi dia sayang. Dia sayangkan suaminya.Kenapa semua ini harus dia harungi? Kenapa? Dia mengerahkan kekuatan saki baki tenaga yang tertinggal untuk merangkak. Racun itu masih di tangan. Dia dalam dilema. Hidup dalanm separuh jiwa yang terluka. Badan kian merana dengan kesan lebam sana dan sini menjemput pedih.Dia menuju ke pintu rumah dan di situ dia mahu Haris wujud di mata. Haris... Haris... nama itu diseru. Pulanglah... kalau tidak, kau mungkin takkan jumpa aku lagi... bisiknya dalam hati.Iblis merasuk dalam hatinya untuk terus menelan racun itu dan jangan berlengah lagi. Haris tidak akan pulang.
~Sudahlah Fika, kalau kau terus hidup dah tak ada makna lagi.
Iblis terus merasuk di mindanya. Iblis memberi kata dua pada Shafika. Kalau Shafika teruskan hidup pun, sudah tidak ada peluang mencari bahagia. Lebih baik mati kerana mati dalam derita lebih mulia dari mati menjadi bahan kepuasan orang lain. Itulah bisikan yang terus menghurung tempurung kepala Shafika.Bisikan itu mahu Shafika usah berlengah dan jangan buang waktu. Haris tidak akan mengerti. Biarlah habis begini.
~Berapa kali lagi kau harus lalui semua ni?#Baiklah!
Shafika terdesak sekarang ini. Mati atau hidup? Itu sahaja pilihan yang ada. Hatinya mengecil dan pedih. Terlalu kejam dan ia membinasakan seluruh tubuhnya. Binasalah juga hidupnya kini yang sudha lama tercalar. Setelah diperlakukan seperti haiwan, dirasakan dunia ini terlalu gelap. Tiada ruang lagi untuk dia terus bernafas.Rongganya kian sempit. Jantungnya pula semakin lama berdetak semakin perlahan. Darah seluruhnya mengalir sampai ke kepala. Jelas berat dan semain lama semakin terkandas. Di saat jiwa seperti hilang, ketika itulah juga makhluk ciptaan Tuhan selain manusia tidak berputus asa menarik Shafika.“Kalau ada cinta, hidup pasti bahagia...” Terdengar suara Wanie mencuit cuping telinga.“Ya, aku dilamun cinta.” Shafika senyum sambil peluk bantal.“Dengan Haris la tu...” Wanie mengerling sambil baling bantal. Shafika menyambutnya.Wanie boleh menduga kerana cara Shafika memang nampak lain apabila buka baru masuk itu mempertahankan Ayob. Lelaki seperti itu memang didambakan Shafika tetapi tidak mahu seganas Bakar.“Dia nampak baik...”“Kerana dia pendiam?” Wanie terus memberikan alasan kenapa Shafika suka pada Haris.“Pelajar baru, biasalah memang banyak diam, kan?” Shafika senyum.“Kau pernah dengar orang yang kecewa gara-gara putus cinta nak terjun bangunan? Dan kau pernah dengar orang putus cinta terjun dekat landasan kereta api lalu kena gilis?”“Errr... ngeri...” Shafika gigit jari membayangkan keadaan mayat yang mati akibat digilis dengan kereta api. Ia begitu mengerikan sampai boleh buat orang jadi tidak lalu makan sekiranya dilihat dengan mata kepala sendiri.“Kalau kau nak bercinta, jangan bersungguh sangat. Nanti makan diri. Bak kata, kalau kau bersedia untuk bercinta, kau kena juga bersedia untuk kecewa.” Pesan Wanie.“Kenapa kau cakap macam tu?”“Mak aku cakap, cinta ni mainan hati. Kalau cinta parah, hati pun akan parah. Ramai sangat manusia memang suka ikut hati, sebab tu ramai memilih untuk cepat mati. Melainkan kalau seseorang tu betul-betul kuat mengharungi dugaan hidup, pasti bahagia akan datang lagi.” Wanie memegang tangan Shafika memberikan nasihat.Fikiran Shafika melayang entah ke mana? Tempurung kepalanya berlegar bayangan-bayangan silam yang dilalui bersama rakan-rakan seolah-olah memberikan alamat kepadanya.
~Shafika... jangan lengah lagi... tiada sesiapa yang akan pedulikan kau... untuk apa kau tunggu lagi Shafika... jangan biarkan hidup kau terus merana. Bahagia kau bukan di sini, bahagia kau ada di sana selepas kau minum racun itu.
Bisikan itu terus merasuk Shafika. Semakin lama ia semakin mendesak. Peluh membasahi tubuh. Shafika seolah-olah sedang dibakar oleh api keraguan sama ada memilih untuk meneruskan hidup atau pun menamatkan segala-galanya dengan meneguk racun. Lama dia berfikir dan air mata juga sudah kering. Argh!!! Pekik Shafika sekuat hati melepaskan saki baki sisa tenaganya.
# Untuk tidak menghampakan reader SG yang tersayang, saya post entri bab terakhir dalam blog ini buat sementara waktu. Saya harap entri kali ini dapat mengubati kerinduan korang pada Haris dan Shafika sebelum ia diedit dan dikemaskini semula. Saya mengambil waktu yang lama untuk mula mengedit cerita ini semula gara-gara sibuk dengan urusan lain. kalau ada apa-apa pendapat dan pandangan boleh aje berikan ke ruangan komen di bawah. Salam...
Published on January 15, 2013 23:11
Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 9)
Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 9)
Nafas dikawal dengan baik agar tidak nampak panik. Raut wajah yang tenang dihadiahkan kepada seorang gadis di hadapan mata. Sebenarnya hatinya cukup tenang melihat wajah cantik itu. Gaya dan personaliti Hazrina lain daripada yang lain. Terpegun Hazwan menatapnya. Gadis itu nampak elegan dengan pakaian berwarna hitam berkulit cerah dan berbulu mata lentik serta harum wangian yang dipakai Hazrina. Ia sungguh memikat kalbu.“Untuk apa kita jumpa?” Hazrina memecahkan tembok kebisuan antara mereka.Hazwan senyum dan dalam senyuman terlakar kebimbangan. Ia dapat dilihat dari kerutan pada dahi. Itu adalah gelisah yang mesti dipadamkan.“Untuk makan malam bersama-sama dan…” Tersangkut pula bicara Hazwan kerana saat begini dia mesti tegas. Apakan daya, aura Hazrina begitu utuh.“Kaki awak dah okey?” Hazrina memintas dengan pertanyaan.Hazwan mengeluh lalu tersenyum.“Dah…” Katanya.“Errr Rin…” “Ya.” Hazrina mengukir senyuman.“Saya nak minta maaf.”“Kenapa?”“Pernah hina awak dan malam ni saya janji, saya habiskan makanan ni.” Hazwan memerhatikan nasi kicap telur goreng di hadapan mata.“Semuanya sebab kawan saya, kan?” Noris yang dimaksudkan Hazrina.“Eh, tak tak.” Laju Hazwan menidakkannya. Semua ini bukan kerana Noris tetapi dari pemerhatiannya sendiri. Semenjak dia melemparkan penghinaan dan salah anggap, hatinya tidak selesa bahkan merasakan kata-katanya itu terlalu kesat. Menyesal sungguh melukakan hati seorang gadis yang Nampak tulus itu padahal dia tidak sepatutnya bertindak sedemikian.Hakikat rindu yang menyala terhadap Hazrina membuatkan hati Hazwan terpaut. Entah dari mana datangnya perasaan itu yang sukar untuk ditafsirkan. Memanglah semakin hari semakin sayang tambah lagi dia dapat tahu Hazrina datang cari dirinya. Kalau hendak diikutkan Noris yang paksa Hazrina. Tetapi semua itu tidak penting. Hazwan tahu bahawa Hazrina adalah si gadis yang sangat sopan.“Sebenarnya dah lama saya maafkan awak. Cuma…” Hazrina sukar menghabiskan kata-katanya lalu Hazwan beriak wajah dengan mengangkat kening supaya Hazrina meneruskannya.“Cuma apa?” Soal Hazwan.“Terus terang saya katakan. Setelah apa yang berlaku, sukar untuk saya memaafkan Badrul walaupun saya tahu dia sepupu awak. Apa perasaan awak kalau awak diperlakukan macam tu seolah-olah semua perempuan yang ada di atas muka bumi ni terlalu keji?” Perlahan-lahan air mata Hazrina luruh.Pastinya ia sangat menyakitkan. Hazwan buat-buat faham dan cuba memahami dengan mata hatinya. Memanglah Badrul tidak patut layan Hazrina seperti itu tetapi Hazwan tidak tahu bagaimana perempuan sebaik Hazrina boleh masuk ke dalam perangkap Badrul? Tidak ada sedikit syakkah? Soal hati Hazwan. Syak Hazrina terhadap setiap helah Badrul sukar dihidu.“Kenapa awak begitu mudah percayakan dia?”“Kerana saya tak suka menghampakan perasaan orang lain.” Hazrina tunduk lalu menyeka air matanya sendiri lantas bangun untuk beredar sementara. “Saya nak ke tandas sekejap.”“Rin, awak okey ke?”“Saya okey.” Hazrina mengatur langkah.
***
Wajahnya ditatap. Tangisan itu mungkin tidak dapat difahami oleh lelaki yang bernama Hazwan di luar sana. Betapa terseksa dirinya. Kalau boleh dia tidak mahu menzahirkan keperitan di hadapan Hazwan. Dia mahu terus segar dan meyakinkan. Kadang-kadang rasa malu, kadang-kadang rasa rendah diri dan kadang-kadang rasa mahu sorok sahaja wajah sendiri di dalam bekas makanan.Air paip ditutup selepas tangan dibasuh. Tisu yang menyeka air mata dibuang ke dalam tong sampah. Dia menyusun langkah untuk keluar dari tandas. Aku kena kuat. Biar apa pun yang berlaku, aku mesti terus menghormati Hazwan. Dia yang telah menyelamatkan aku. Dia adalah lelaki yang harus melindungi aku dan aku yakin dialah lelaki yang boleh jaga aku. Bisik hati kecilnya.Malam yang dingin itu terus membawanya hanyut dalam buaian perasaan. Ditambah lagi suasana di tempat makan tersebut sungguh indah. Lampu neon menyinar cantik bahkan kolam air terjun turut menambahkan seri. Jadi tidak hairanlah kenapa pasangan kekasih memilih tempat ini sebagai tempat temu janji mereka termasuk Hazrina dan Hazwan.“Cantik awak malam ni…” Dia mendapat pujian semasa dijemput ke sini. Hazwan memujinya cantik. Dan Hazwan bukanlah lelaki pertama yang memujinya sedemikian tetapi ramai lelaki berbuat sedemikian demi memenangi hatinya termasuk Badrul. Badrul pernah puji dia sebegitu tetapi pujian yang Badrul berikan adalah satu perangkap. Sungguh tidak disangka.Aku tidak pernah merasakan diri aku cantik, tetapi apakah yang menyebabkan Hazwan layan aku dengan baik sekarang ni? Aku sudah mula rasa pelik. Setelah apa yang berlaku, aku sudah mula takut. Bisik hati kecilnya lagi yang semakin resah.Dalam langkahnya yang perlahan, dia melayani perasaan sendiri. Fikirannya menerawang jauh teringatkan peristiwa hitam mencengkam jiwa. Tatkala itu dia merasakan itu adalah jodoh pertemuan dengan Hazwan. Adakah ini takdir aku?Beberapa meter untuk kembali semula ke meja, dilihat Hazwan tiada di situ. Mana dia pergi? Dia menebar penglihatan ke sekeliling restoran itu tetapi kelibat Hazwan tidak terdapat lagi. Hazwan tiada di di hadapan Hazrina.Tiada pesan dan tiada khabar, ghaib begitu sahaja. Hazrina hampa dengan sikap sedemikian. Kalau ya pun ada kerja kenapa tidak sedikitpun diberitakan terlebih dahulu?
bersambung~ suka cerita ni? like sahaja di bawah :-)

Published on January 15, 2013 22:28
Ayahku Kekasihku - Kisah Benar Anak Bercinta Dengan Ayah Sendiri

Ikuti pengakuan Lina kepada wartawan Metro Ahad, ZAINUDDIN ZAIN dan FUAD HADINA YAACOB mengenai hubungan yang dilalui bersama bapanya, ahli perniagaan berusia 43 tahun.
KUALA LUMPUR: Kes ‘haruan makan anak’ bukan lagi sesuatu yang mengejutkan dalam masyarakat hari ini, tetapi kejadian ayah bercinta dengan anak sendiri mungkin sukar diterima. Bagaimanapun itulah yang berlaku ke atas Lina, 21, yang dijadikan kekasih oleh ayahnya sejak empat tahun lalu sehingga dia kini hamil enam bulan.
“SAYA anak tunggal. Ayah dan ibu berpisah ketika saya berusia lima tahun dan sejak itu saya tidak pernah berjumpa ibu. Menurut nenek, ibu berlaku curang, menyebabkan hak penjagaan saya diserahkan kepada ayah.
Saya juga diberitahu, ibu berkahwin lain dan ada keluarga sendiri.Bagaimanapun, ayah tidak pernah berkahwin lagi. Berikutan ayah sibuk dengan perniagaannya, saya dipelihara nenek di kampung manakala ayah tinggal di Kuala Lumpur.Seingat saya sejak kecil, ayah sering bertukar pasangan tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Hubungan ayah dengan semua kekasihnya juga tidak lama, antara dua hingga tiga bulan saja.
Ayah pernah membawa pulang beberapa kekasihnya untuk diperkenalkan kepada saya dan nenek, tetapi saya tidak sempat rapat dengan mereka. Ini kerana ketika mula hendak rapat dengan mana-mana ‘auntie’ (kekasih),ayah bertukar pasangan dan memperkenalkan kekasih baru.
Ayah memang banyak kekasih tetapi tidak pernah berkahwin lagi. Mungkin ayah kecewa dengan perkahwinan pertamanya, tetapi saya tidak tahu jawapan sebenar kerana setiap kali bertanya, ayah berdalih kononnya tiada jodoh.
Saya tidak tahu sama ada ayah berdendam dengan ibu hingga menjadikan saya sebagai mangsa atau ayah benar-benar cintakan saya. Ini kerana menurut nenek, rupa saya ‘sebiji’ (sama) dengan ibu. Perubahan layanan ayah terhadap saya berlaku ketika saya di tingkatan lima.Jika ketika kecil ayah hanya melawat saya seminggu sekali, tetapi ketika di tingkatan lima, ayah semakin kerap menjenguk saya.
Kadangkala empat lima hari seminggu berikutan rumah nenek hanya 50 kilometer dari Kuala Lumpur. Ayah juga kerap bertanya mengenai hubungan saya dengan lelaki. Dia Meminta saya berterus-terang dan berjanji bersikap terbuka. Yang menghairankan, semua teman lelaki saya ditolaknya kerana ada saja yang tidak kena baginya.Ini menyebabkan saya marah, tetapi ayah memang ‘pakar psikologi’. Diapandai bermain dengan perasaan orang. Mungkin itu kelebihannya hingga ada ramai kekasih.
Dia memperbetulkan fokus saya daripada remaja yang ghairah ingin bercinta kepada pelajar yang tekun. Ketika itu saya yakin keputusan ayah kerana dia inginkan yang terbaik untuk saya kerana saya satu-satu anaknya. Bagaimanapun, saya mula berasa hairan apabila selepas tingkatan lima walaupun memperoleh keputusan cemerlang, ayah tidak mengizinkan saya melanjutkan pelajaran.
Lebih menghairankan, beberapa rombongan meminang saya juga ditolaknya,sebaliknya dia meminta saya membantunya dalam perniagaan. Bukan sebagai pekerja, sebaliknya saya hanya diminta menemaninya ke majlis tertentu.
Saya seolah-olah menjadi pembantu peribadi tidak rasmi ayah. Apabila dia menghadiri majlis atau meraikan rakan niaganya, dia membawa saya.
Ketika itu saya mula berasa layanan berbeza daripada ayah. Pada mulanya saya bosan kerana perlu menemani ayah ke sana sini, tetapi lama-kelaman saya gembira kerana ayah membelikan barangan mahal.
Hubungan kami juga banyak berubah kerana ayah kerap membelai dan memeluk saya. Percakapan ayah juga lain dan romantis. Dia juga kerap memberikan hadiah.
Malah, saya pernah menemui sajak dan puisi ayah yang ditulis di kertas dan surat khabar. Antaranya bertajuk cinta terlarang yang ditujukan kepada saya dalam bahasa puitis.Seperti saya katakan, ayah pandai bermain psikologi. Mungkin ini jerat ayah. Akhirnya saya menjadi lemah dengan pujukan dan kasih-sayangnya dan ayah yang sepatutnya menjadi pelindung bertukar menjadi kekasih saya.
Daripada hubungan ayah dan anak, kami semakin intim dan bercinta. Ayah melayan saya seperti kekasihnya dan mungkin kerana ketandusan kasih-sayang sejak kecil, saya terjerat dan merelakan hubungan ini.
Akhirnya kami terlanjur. Saya tidak ingat berapa kali kerana ia kerap berlaku. Kami hidup seperti suami isteri dengan saya sering bermalam dirumah ayah di Kuala Lumpur.
Kalau ayah ada urusan kerja di luar daerah, saya ikut dan tinggal bersamanya di hotel. Hasil hubungan kami yang tidak lagi terkawal menyebabkan saya hamil empat kali.
Bagaimanapun, saya sempat menggugurkan tiga kandungan awal kerana ketika itu ayah mengambil berat keadaan saya. Apabila haid saya tidak dating dua bulan, dia bawa saya berjumpa doktor untuk menggugurkan kandungan.
Beberapa rakan mengesyaki hubungan kami kerana melihat cara ayah memegang saya kadang-kala keterlaluan, tetapi saya memberi alasan saya anak tunggal.
Kuasa Tuhan menentukan ketika hamil kali keempat, ayah sibuk dengan perniagaan. Dia tiada banyak masa dengan saya. Alih-alih apabila sedar,kandungan berusia enam bulan.
Saya terpaksa mendapatkan bantuan beberapa rakan baik. Mereka mengesyaki hubungan saya dengan ayah dan saya cuba berdalih dengan lelaki lain,tetapi mereka tahu ia angkara ayah kerana saya tidak pernah ada teman lelaki.
Akhirnya saya mengaku dan berterus-terang, menyebabkan saya kini disembunyikan. Hampir sebulan saya tidak berjumpa ayah dan saya tidak mahu dia tahu di mana saya sekarang.
Saya kini ditempatkan di sebuah rumah perlindungan dan mendalami ilmu agama sebelum melahirkan anak tidak lama lagi. Saya sungguh menyesal dengan perbuatan saya.
Saya memohon keampunan daripada Allah, tetapi pada masa ini saya tidak sanggup bersemuka dengan ayah. Saya belum ada kekuatan kerana perasaan cinta terhadapnya masih kuat.
Saya tahu perasaan ini salah di sisi agama, sebab itu saya menjauhinya bagi menghimpun kekuatan untuk menghadapi masa depan tanpa ada hubungan terkutuk dengan ayah.Jika ayah membaca artikel ini, saya berharap ayah faham dan saya ingin menjadi anak, bukan kekasih ayah.
# Cerita di atas ni telah lama disiarkan oleh Harian Metro, sekadar ingin berkongsi. Cerita yang membuktikan tiada apa yang mustahil jika nafsu Syaitan menguasai diri. Semoga Allah melindungi anak cucu keturunan kita. Marilah kita sentiasa berdoa supaya kita sentiasa diberikan hidayah oleh-NYA dan dijauhi oleh pekara-perkara yang tidak baik.
sumber: harian metro
Published on January 15, 2013 20:00
Miqael Arshad's Blog
- Miqael Arshad's profile
- 2 followers
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.