Miqael Arshad's Blog, page 3
May 21, 2013
Cerpen : Hai Abang Laptop
Cerpen : Hai Abang Laptop
“Hai Abang Laptop… tengah buat apa tu?” Diam sahaja dia tak menjawab. Fazura termenung sejenak. Abang Laptop ni buang tabiat ke? Fazura datang pun buat tak layan.“Laptop saya dah siap ke belum?” Soal Fazura wanita bermata bundar yang suka sangat mengganggu Abang Laptop yang sedang bekerja. Dia yang berdiri di luar pejabat Abang Laptop tu tersengih-sengih macam kerang busuk sambil menyental rambut yang ikal mayang.Sibuk bertanyakan laptopnya yang dikatakan sering rosak. Oleh kerana mahu ia dibaikpulih maka dia seringkali menghantarnya kepada Abang Laptop. Abang Laptop pada pagi ini macam ada masalah. Wajahnya berkerut sahaja ketika sedang pateri litar pada motherboard laptop. Begitu serius ketika bekerja, patutlah tidak melayani kehadiran Fazura.“Sampai hati tak layan kita.” Nada Fazura merajuk.Memang lelaki yang berambut lurus berbadna tegap itu tidak mahu melayani Fazura ketika kusyuk bekerja. Lagipun hari-hari dia nampak wajah Fazura. Sudah naik bosan. Tambah lagi, kes laptop milik gadis itu. Bukan ada banyak masalah apa pun tapi entah macam mana si wanita comel itu menggunakannya pun dia tak tahu. Asyik hanging sahaja. Bila minta digantikan hard disk, (cekera keras) Fazura tak mahu. Katanya terlalu mahal.Abang Laptop itu pun bangun dan melangkah ke arah Fazura tapi sedikit pun tak pandang Fazura. Apa masalah Abang Laptop ni?“Abang!” Bentak Fazura tapi tiada respon.“Hurm…” Akhirnya terdengar Abang Laptop mengeluh. Tersenyum Fazura sambil pandang wajah yang kacak dengan lesung pipit itu. Oh Abang Laptop…“Kenapa dengan abang ni?”“Berhenti daripada panggil aku dengan nama tu.”“Nak panggil jugak!” Fazura berdegil.“Sekali lagi kau panggil aku dengan nama tu, aku tak akan layan, faham?”“Tapi saya kan pelanggan Abang Laptop, abang kena layan saya sebab saya tahu abang sayang saya.”“Gila.”“Memang saya gila. Saya gilakan abang.”Perempuan ni meroyan ke apa? Tergila-gilakan aku ni apasal? Abang Laptop membelek-belek fail di rak. Ia adalah untuk catatan.“Abang cari apa?”“Cari pasal.”“Saya pun cari pasal. Abang cari ni, kan?” Fazura tunjukkan fail rekod pelanggan. Laju betul tangan gadis itu mencuri fail orang. Sakitnya hati Abang Laptop.“Bawa sini! Kenapa usik barang orang?” Marah Abang Laptop.“Sebab abang dah usik hati saya.” Selamba tutur Fazura.Sesaknya nafas di pagi ini. Kehadiran gadis bernama Fazura itu membuatkan Abang Laptop kehilangan tumpuan bekerja. Awal-awal pagi sudah datang ke premis perniagaannya semata-mana nak tahu kerosakan laptop. Baru sahaja hantar petang semalam, pagi ini sudah nak tengok siap. Gila ke apa? Kena ikut giliran la!“Bila masa aku usik hati kau, hah?” Abang Laptop dah naik muak dengan gelagat Fazura yang tidak tahu malu itu.“Dengan kekasaran abang. Saya suka lelaki yang garang macam abang.” Ucap Fazura. Dalam masa yang sama, Abang Laptop cuba merampas kembali fail itu tetapi gagal. Laju pula Fazura mengelak.“Kau ni dah lah masuk pejabat aku sesuka hati. Lepas tu rampas barang aku. Apa kau ingat kau ni pihak berkuasa ke?” Bebel Abang Laptop dengan kening lebat terangkat.Kadangkala perempuan ni nampak pelik. Bila sudah suka dekat seseorang maka kesengalan akan terserlah. Bila tak suka lagilah nampak sengalnya. Sekarang kenapa aku? Kenapa aku yang dia asyik kacau? Bisik hati Abang Laptop.“Pintu tak berkunci, jadi saya masuklah.” Begitu mudah jawapan Fazura.“Kalau tak berkunci main terjah aje lah ye? Apa kau fikir pejabat aku ni rumah tumpangan ke?”“Saya tak cakap, tapi dah macam rumah tumpangan pun. Abang tak pernah balik rumah, kan? Abang tidur sini.” Ujar Fazura. Segalanya diselidik. Huh!“Wei, suka hati akulah nak tidur mana pun. Yang kau banyak cakap ni kenapa?”“Okey, laptop saya dah siap ke?” Fazura ubah topik terus bertanya mengenai laptop.“Ini kali terakhir aku repair laptop kau. Selepas ni jangan rosak lagi. Tunggu sini!”Abang Laptop terus masuk semula ke pejabat dan mengambil laptop kepunyaan Fazura. Kemudian diberikan kepada Fazura. Fazura letak fail di atas rak semula kemudian mengambil bungkusan yang dihulurkan oleh Abang Laptop.“Abang!!!”“Apa?”“Kenapa macam ni?” Fazura geram.“Apa?”“Kenapa laptop saya jadi macam ni?” Marah Fazura kerana laptop itu barai. Ia tidak dipasang semula setelah dibuka satu persatu. Ambik kau! Dah nak sangat. Laptop belum siap tapi sibuk nak ambil. Sekarang rasakan.Fazura terus menangis . Abang Laptop terus memeluk Fazura. Di saat Fazura menangis, Abang Laptop turut menitiskan air mata. Dia terpaksa melalui hari-hari sedemikian demi membahagiakan Fazura. Kerana terlalu sayang dan cinta, dia rela. Rela menjaga Fazura.Tidak jauh dari sudut itu, seorang ibu tunggal turut bergenang air mata. Air mata yang penuh dengan kekecewaan. Seorang ibu yang tidak mampu berjalan. Hanya duduk di atas kerusi roda sahaja.
Lima tahun lalu…
“ABANG… Zura sayang sangat-sangat pada abang.”“Abang juga sayang. Walaupun abang diberikan segunung emas, abang takkan tukar awak, Zura.” Ucap Abang Laptop.Cinta mereka berputik ketika Fazura perlukan bantuan. Laptop Fazura ada masalah saat dia perlu menghantar tugasan terakhir kepada pensyarah. Dokumen penting ada dalam laptop itu. Kehadiran Fazura ke premis perniagaan Abang Laptop mengundang cinta pandang pertama. Abang Laptop terpesona dengan kecantikan gadis itu. Tapi sengaja menyembunyi perasaan itu.Bukan senang hendak memenangi hati Fazura. Tapi lama kelamaan kerak nasi akhirnya lembut direndam air. Percintaan terhalang oleh orang tua. Itu biasa terjadi dan Abang Laptop mengharunginya dengan penuh tenang dan sabar.“Kau mana layak kahwin dengan anak aku!”“Tapi saya mencintai Fazura, pak cik.”“Cinta dan dengan motor cabuk kau tu, mana boleh beri anak aku kebahagiaan.”Dari jauh Abang Laptop datang dengan motosikal semata-mata merisik sendiri si anak gadis yang dicintai. Dari Terengganu ke Segamat hanya dengan motosikal. Sanggup meredah hujan ketika dalam perjalanan. Sesampai di sana pun Abang Laptop demam.Halangan itu terpaksa ditempuhi. Fazura yang mendengar kata-kata ayahnya terus mendakap ibu di tempat yang terlindung. Fazura sengaja mahu mendengar ucapan mereka dan ternyata ia mengecewakan.“Abang… bawa Zura pergi bang. Culik Zura bang.” Fazura merayu.“Abang dah tak dapat buat apa-apa sayang.” Abang Laptop hampa. Wajahnya berkerut seribu.Fazura juga terkilan. Selama ini dia terfikir ayahnya sporting tetapi ternyata ayahnya tidak merestui perhubungan dia dengan Abang Laptop.
***
ABANG Laptop sibuk dengan kerjanya di kedai itu. Dia mesti menyiapkan kerja yang tertangguh itu sehingga lewat malam. Dia tidak mahu pelanggan tertunggu-tunggu bahkan dia mahu siap dalam waktu yang dijanjikan. Sedang dia sendirian di situ, elektrik tiba-tiba terputus.“Huh!” dia tiba-tiba geram sendiri. Baru nak siap tapi elektrik pula terpusuts. Oleh itu dia mengumam geram.Dia ambil lampu picit di dalam laci lalu dihidupkan. Dia kembali ke DB untuk menghidupkan kembali elektrik. Sesudah itu lampu kembali menerangi ruang kedai kecilnya.Apa yang dia lakukan sebenarnya serba tidak kena. Semenjak lamarannya ditolak, hati dan perasaannya tidak tenteram walaupun dia cuba menelannya namun tetap terasa pahit. Dia mengalihkan perhatina dengan fokus pada kerja.Dia melangkah semula ke meja kerja dan lampu picit dimatikan. Dia melihat jam di dinding, pukul 1 pagi. Matanya masih terang kerana tadi dia telah bancuh secawan kopi dan meminumnya agar dia tidak cepat mengantuk.Tidak semena-mena pintu kedai diketuk. Dia menoleh. Entah siapa yang datang pada waktu pagi begini. Dia selak langsir tingkap, tiada orang di hadapan pintu itu. Dia berpaling lagi dan selangkah dia maju, pintu itu diketuk lagi.“Siapa tu?” Tanya Abang Laptop.Diam.Cuaca tiba-tiba dingin menjarum tubuh. Dia mengeluh setelah merasa seram sejuk. Tiba-tiba sahaja bulu romanya merinding. Peluh menitis laju setelah terbit dari liang-liang roma.Sekali lagi pintu diketuk dan dia melangkah semula mendekati pintu itu. Pintu tidak henti-henti diketuk dan dengan perlahan-lahan dia menghulurkan tangan untuk memulas tombol pintu masuk utama itu. Ketukan itu terhenti dan tangan dia kaku. Dia berkira-kira sama ada mahu membukanya atau pun tidak.Perasaan ingin tahu membuak-buak lantas dia membuat pilihan untuk membukanya. Pantas dia membuka pintu itu lalu dia menjengulkan kepala menolah kiri dan kanan. Tiada sesiapa. Huh! Siapa yang main-main ni? Dia manu menutup semula pintu. Tidak diduga…“Tolong baiki laptop saya…”“Hah?” Tersentak Abang Laptop awal pagi begini ada orang minta baiki laptop. Dia menoleh lagi tapi tiada siapa. Bila dia berpaling untuk beredar lampu terpadam lagi. Dia segera mendapatkan lampu picitnya dalam kesamaran malam. Cepat-cepat dia hidupkan lampu picit itu tapi saat dihalakan lampu tersebut benda itu betul-betul sudah berdiri di hadapannya. Rambutnya panjang, wajahnya buruk, matanya keluar darah dan baunya sangat busuk seperti bangkai yang terbiar. Sungguh menusuk rongga.“Pergi!!!” Abang Laptop terperanjat lalu menghalau benda itu. Dia dikejutkan lagi dengan bunyi telefon. Ketika dia tersentak, lampu kedai terus kembali sedia kala. Dia memandang telefon bimbit di atas meja bersama resah dan gelisah.Huh! Dia melepaskan nafas lega. Ibunya telefon.“Sulaiman… kenapa kau tak balik lagi ni, mak risaulah…” Sudah besar panjang pun Abang Laptop masih dirisau ibu. Dia banyak kerja jadi terpaksa pulang lewat.Lambat Abang Laptop mahu beri maklumbalas kerana jantungnya masih berdebar. Jawapan belum diberikan.“Sulaiman…” Panggil ibunya.“Nanti Sulaiman balik mak, nak habiskan kerja sikit lagi ni.” Alasan diberikan kepada ibunya.“Jangan lewat sangat, mak tak sedap hati ni.” Ramlas menyuarakan kebimbangan.“Tak ada apa-apa mak…” Balas Abang Laptop.
***
“SAMPAI hati ayah buat Zura macam ni.”“Jadi kau nak lawan cakap ayah kau ni ke? Zura, ayah bagi kau pendidikan untuk kau tahu menilai tapi bukan memilih untuk hidup dengan lelaki tu. Entah betul ke tidak dia berniaga.” Zahir tidak berkenan dengan Abang Laptop.“Saya yakin ayah, dia boleh jaga Zura.”“Ayah tak setuju kau kahwin dengan dia. Kau boleh cari lelaki yang jauh lebih baik dari dia. Kau belum tamat mengaji lagi dekat Uitm Dungun tu! Kenapa gatal nak kahwin, hah?!” Bentak Zahir yang geram, anaknya jatuh hati pada orang sana dan bukannya sibuk mencari ilmu.“Mak…” Fazura menoleh pula pada ibunya, Rasidah. Rasidah mengeluh seolah-olah tidak mampu membantah keputusan si suami. Kalau diukur dari luaran, memang Abang Laptop nampak baik, tapi kebaikan sahaja tidak cukup menjaminkan kebahagiaan jikalau tiada harta. Gelengan ibunya juga amat mengecewakan Fazura.Zahir terus keluar dari rumah dan pergi entah ke mana membawa kemarahan di dalam hati mengenangkan sikap Fazura yang sangat degil itu.“Kenapa ayah tak suka pilihan Zura, mak?” Air mata Fazura tegar menitis.“Zura… kenapa kau buat macam ni? Kenapa kau sanggup buat ayah kau terkilan dengan kamu? Mak faham perasaan kau tapi kenapa kau tak boleh tunggu selepas kau tampat pengajian dekat sana dulu?” Rasidah menggosok bahu anaknya.“Zura sayang dia.” Tulus ucapan Fazura yang tidak tertahan menanggung seksa rindu. “Sekarang ni dia tak angkat call Zura, tak balas SMS Zura. Semua sebab ayah mak. Ayah dah buat dia kecewa.” Fazura sebak.Kedua-dua belah bahu Fazura dipegang Rasidah. Rasidah mahu Fazura melihat kedalam matanya.“Dengar sini, mana yang menjadi keutamaan kau, keluarga atau lelaki tu?” Rasidah mempersoalkan tentang pilihan itu. Dia mahu Fazura buat keputusan.Fazura diam. Jiwanya kacau. Pilihan jawapan yang sukar untuk ditentukan. Menjadi anak tunggal dalam keluarga ini memang menyukarkan keadaan.
***
ABANG Laptop bermenung sendirian di kerusi malas. Sekejap dia mengeluh melepaskan rasa kecewa. Risikan dia pernah ditolak mentah-mentah. Fikirannya masih terganggu malah emosinya juga tidak menentu. Cerita malam tadi juga tidak dikongsi bersama ibunya. Barangkali itu hanyalah permainan perasaannya sahaja.“Sulaiman…” Terdengar suara ibunya menyebut namanya.“Ya mak.” Abang Laptop menoleh dan terus bangun dari tempat dia bermalas-malasan di senja hari.“Tak baik kau bermenung macam ni, Sulaiman.” Ujar Ramlas yang malam tadi begitu risaukan anaknya yang sejak kebelakangan ini lebih banyak diam daripada banyak bercakap. Abang Laptop mengukir senyuman palsu.“Tak ada apa-apa mak. Bukan menung apa, Sulaiman hanya fikirkan macam mana nak majukan perniagaan Sulaiman tu aje mak.” Abang Laptop berbohong.“Kenapa Sulaiman nak tipu mak?”“Eh, tak mak. Sulaiman tak tipu. Sulaiman cakap benda betul ni mak.” Abang Laptop tetap mahu mempertahankan kepalsuan.“Mak tahu, kau terfikirkan Fazura.” Telahan Ramlas memang tepat.“Hurm…”“Sulaiman… jodoh kita dah ditentukan Allah, kalau Fazura itu adalah jodoh kamu, dia akan kembali kepada kamu. Tapi kamu kena redha kalau Fazura itu bukan jodoh kamu.” Ucap Ramlas sambil tepuk bahu Abang Laptop.“Tapi Sulaiman rasa terhina, mak. Sulaiman akan buktikan bahawa Sulaiman juga boleh berjaya.” Ujar Abang Laptop penuh yakin.“Mak yakin, kamu boleh. Tapi kamu mesti ada seseorang yang boleh berikan kamu semangat.”“Mak adalah semangat Sulaiman.” Ucap Abang Laptop yang mengharukan hati si ibu yang mengandung, melahirkan dan menyusunya sehingga besar panjang. Kini masa untuk Abang Laptop membalas jasa ibu kesayangan. Ayah dah lama tak ada, kini tinggal dia dan ibu sahaja. Adiknya juga sudah lama meninggal dunia akibat demam denggi berdarah.“Abang…” Tersentak Abang Laptop dan Ramlas melihat seorang gadis berdiri di hadapan rumahnya.“Zura?”
***
RAMLAS memandang wajah hambar Fazura yang kesedihan di atas keputusan bodoh yang dibuat. Kenapa Fazura bertindak begini? Abang Laptop juga kehairanan.“Kenapa Fazura buat macam ni?” Ramlas menyoal Fazura yang duduk di kerusi. Abang Laptop menoleh ke arah ibunya sementara Fazura pula tunduk bermain dengan jari jemari.Memang tidak manis dipandang orang anak gadis tinggal di rumah ini yang ada anak teruna. Tapi Fazura berkorban rasa datang ke situ.Kelihatan Fazura enggan menjawab pertanyaan Ramlas lalu Ramlas memandang Abang Laptop. Abang Laptop seolah-olah mengerti maksud pandangan mata itu. Segera dia bangun dan masuk ke dalam bilik. Fazura malu agaknya bila Abang Laptop ada di situ.“Zura…” Sebut Ramlas.“Sebenarnya, Zura sayangkan Abang Laptop, Zura betul-betul mencintai anak mak cik tu. Zura pun tak tahu kenapa.” Fazura tidak langsung ralat menyebut nama itu. Terkadang Abang Laptop mahu tergelak. Fazura suka panggil begitu.“Tapi Zura tak boleh buat macam ni. Nanti mak dan ayah kamu bimbang.” Ramlas risau dengan keadaan sekarang.“Zura tak tahu.”“Zura jangan ikutkan hati dan perasaan sangat. Mak cik tak nak masalah timbul dikemudian hari nanti.” Ramlas tidak mampu hendak menangkan sesiapa.“Kalau Zura tak dapat kahwin dengan Abang Laptop, tahulah apa Zura nak buat.” Kata Fazura memeranjatkan Ramlas.
***
“ABANG! Anak kita terlantar di hospital besar Kuala Terengganu bang!”“Biar! Biar dia mati. Dia dah mengaibkan keluarga kita.” Zahir marah. Dia tidak tahu apa yang diucapkannya itu merupakan satu doa.“Tapi dia cuba bunuh diri!” Marah Rasidah pada suaminya yang suka cakap lepas sahaja tanpa berfikir. “Fazura telan racun tikus! Tahu tak?!” Sambung Rasidah lagi.“Hah?” Zahir baru tersedar dari berkata-kata marah. Tersentak anak perempuannya itu buat hal yang sangat keji. Kenapa nak bunuh diri? Tak ada agama ke? Bermacam-macam yang berlegar di benaknya.“Sulaiman call, beritahu saya.”“Tapi abang rasa, ini macam rancangan mereka aje untuk dikahwinkan. Budak-budak zaman sekarang penuh dengan muslihat!” Zahir tetap nak menang. Dia berfikir lagi. Mungkin mereka sengaja mencipta alasan yang tidak munasabah.“Sekarang ni bukan soal jodoh yang saya bimbang, tapi nyawa anak kita. Kita yang malu nanti bang kalau anak kita betul-betul mati bunuh diri. Dia satu-satunya anak perempuan kita bang. Sampai bila abang nak ego macam ni?” Rasidah mengenang air mata bimbang.Zahir mati kutu. Sungguh tidak terduga anak gadisnya semakin melampau. Mahu atau pun tidak dia mesti ke Terengganu!Diberikan ilmu tapi cetek pula pemikiran. Bertindak terburu-buru tanpa memikirkan perasaan orang tua. Memang mengharukan hidup kedua-dua orang tuanya. Tepi kerana cinta, mereka sanggup buat apa sahaja termasuklah mengorbankan diri sendiri tanpa fikir panjang, tanpa fikir baik dan buruk, dosa atau pahala.“Anak kita tu macam dah tak ada iman!” Bebel Zahir.“Tu la abang, sepatutnya abang tak perlu halang kehendak hatinya. Sekarang tengok apa dah jadi.”“Masalahnya sekarang, kenapa dia tak pilih orang lain je?”“Eh! Kalau saya juga pilih orang lain, abang bahagia tak?”“Apa awak merepek ni?” Zahir mengerling sambil bergegas mendapatkan kunci kereta. Sempat lagi mereka berdua bertengkar.“Saya tak merepek.” Jawab Rasidah.“Anak kita tu memang dah pelik.” Balas Zahir.Di dalam kereta, ada wanita berambut panjang mengurai duduk menumpang ikut bersama ke destinasi tujuan Zahir dan Rasidah.
***
“ZURA, bangun…” Abang Laptop merayu-rayu supaya Fazura sedarkan diri. Dia menemani Fazura yang sedang kritikal. Kenapa tergamak Fazura bertindak bodoh sedemikian rupa?Fazura masih koma. Ramlas menarik tangan Abang Laptop lalu dibawa keluar untuk berbincang sesuatu. Sebagai seorang ibu, Ramlas dapat merasa sesuatu.“Cakap jujur dengan mak. Apa yang kau dah buat?”“Sulaiman tak buat apa-apa pun mak.”“Jangan bohong mak.”“Betul mak. Sulaiman tak buat apa-apa pun.” Abang Laptop tidak tahu apa yang dimaksudkan ibunya.
***
“SETUJU apa pun tidak, Fazura tetap akan jadi milik saya, pak cik.” Abang Laptop nekad.“Aku tak akan walikan dia untuk kahwin dengan kau. Kau memang tak layak.” Zahir bertengkar dengan Abang Laptop di sebuah kedai.“Tapi saya mencintai dia.”“Kau nak kenyangkan dia dengan cinta kau tu ke? Kau tinggal di rumah pun nak roboh, ada hati nak kahwin dengan anak aku? Kau cerminkan diri kau tu dulu. Kau ambil duit ni, kau tinggalkan dia. Jangan ganggu hidup dia.” Ucap Zahir menukarkan wang dengan cinta.“Saya tak nak wang pak cik.” Balas Abang Laptop.“Sekarang anak aku dah tak nak ikut aku balik. Semuanya sebab kau. Dia dah jadi anak durhaka.”“Cuma satu aje caranya untuk pakcik lepaskan dosanya. Izinkanlah saya yang menanggungnya pula.” Balas Abang Laptop.“Kau jangan cakap pakai kepala lutut. Apa yang aku nak, kau jauhi anak aku, faham?” Zahir bangun dcengan wajah kemerahan dan meninggalkan Abang Laptop terpisat-pisat di situ.Zahir meninggalkan Zahir cek RM20 ribu untuk menukar cinta. Wang bukan segala-galanya. Dia tidak mahu menerima wang itu. Dia mengejar langkah Zahir. Dia mahu pulangkan wang itu tetapi tiba-tiba dia terlihat orang berkumpul. Cepat-cepat Abang Laptop melihatnya.Alangkah terkejutnya, Zahir dilanggar. Kepalanya terputus tangan juga putus. Kes langgar lari oleh sebuah kereta yang dikatakan dipandu secara berbahaya. Fazura masih koma tetapi Zahir pula telah kehilangan nyawa di tempat kejadian. Bagaimana untuk dia beritahu pada isteri dan anak Zahir nanti? Argh!Terdapat bayang-bayang tanpa jasad di sisi mayat itu. Mereka yang berada di situ langsung tidak perasan bayang-bayang itu milik siapa?
***
“ABANG!!!” Rasidah masih tidak dapat menerima kenyataan, suami tercinta telah mati. Mati dalam keadaan mengerikan. Rasidah ditenangkan oleh Ramlas. Dugaan hidup sangat perit.“Kau bunuh suami aku! Kau pembunuh!” Rasidah menyalahkan Abang Laptop. Tidak semena-mena orang yang membantu dipersalahkan. Sungguh perit untuk Abang Laptop menelannya.Malam yang cukup tegang itu mengundang resah di hati Abang Laptop. Entah kenapa jiwanya bertambah kacau. Dia melihat jasad Zahir bangkit terduduk. Terperanjat Abang Laptop tambah lagi dimarahi oleh Rasidah tidak tentu hala mengatakan dirinya telah membunuh Zahir. Penat-penat dia datang dari jauh semata-mata melawat jenazah Zahir sebelum disemadikan.Beberapa kali lampu rumah Rasidah terpadam sendiri menyebabkan mereka berasa sedikit panik tetapi masih meneruskan bacaan surah Yasin.Setelah selesai pengebumian Zahir, pada malam itu juga Abang Laptop membuat keputusan untuk pulang ke Dungun. Dalam perjalanan itu, dia ditemani seseorang yang dia sendiri tidak tahu. Kadangkala motosikalnya berasa berat namun dia ketepikan perasaan takut itu.
***
“CUKUPLAH Sulaiman. Cukuplah dengan apa yang kau dah buat. Mak sudah tidak sanggup lagi melihat penderitaan Fazura. Janganlah kau berdendam lagi dengan keluarga Fazura.” Ramlas menasihati.“Mak… Sulaiman tak buat apa-apa pun.” Balas Abang Laptop di ruang tamu.“Kenapa kau sanggup buat semua ni, Sulaiman? Kita ada Tuhan, kita mesti mengadu pada Allah. Bukan pada benda-benda karut. Mak tahu kau mengamalkan sesuatu yang salah. Setiap malam mak bau kemenyan, Sulaiman.”“Apa yang mak merepek ni?”“Mak tak merepek. Kenapa kau seksa dia sampai macam tu?” Ramlas seolah-olah menyalahkan Abang Laptop di atas apa yang berlaku.Abang Laptop bangun dan dia berdiri di hadapan ibunya. Riak wajahnya tiba-tiba berubah. “Mak macam nak bela orang yang menghina saya dan keluarga kita? Mak nak sayang dia?”“Tapi kenapa sampai macam ni Sulaiman. Masya-Allah.”“Mak tanya saya orang yang dah lama mati kerana bersabar?” Jawab Abang Laptop.“Masya-Allah, Sulaiman. Mengucap nak.”“Sulaiman dah lama bersabar mak!” Bentak Abang Laptop sambil menghayunkan tangan ke kiri dan ke kanan seperti seorang yang sedang bercakap dengan langit.“Tolong lepaskan Fazura.”“Saya mencintai dia mak. Kalau saya tak dapat dia, orang lain pun tak boleh dapat.”“Allahu Akbar.” Ramlas bergenang air mata.“Saya tak akan benarkan orang lain rampas Fazura.” Abang Laptop terus melangkah untuk keluar.“Kau nak ke mana?” Ramlas cuba halang. Dia bimbang kalau Abang Laptop buat perkara yang bukan-bukan nak merumitkan lagi keadaan. Ramlas sudah bingung. Dia mengejar Abang Laptop tetapi Ramlas tergelincir tangga. Abang Laptop langsung tidak menyedari ibunya terjatuh.Dia terus ke sebuah tempat berjumpa seseorang. Di situ dia rasa tidak sedap hati. Kenapa semua ini berlaku pantas.“Apa yang dah berlaku?”“Kau langgar pantang.”“Pantang?”“Kau tengok melawat orang mati!”“Bila saya buat macam tu?!”“Kau jangan pura-pura lupa.”Barulah Abang Laptop ingat dia melawat Zahir.“Apa saya nak buat sekarang?”“Kau tiada pilihan. Hanya menunggu derita mendampingimu.” Beritahu bomoh berkepala botak.“Takkan tak ada cara lain?!” Peluh Abang Laptop menitis laju. Dia menahan debaran. Dia tidak mahu mati.“Ada… kau tidak akan mati melainkan dia yang mati!” Kata tok bomoh itu. “Kau tunggu sahajalah kematian dia kalau minyak itu tidak kau kembali pada aku.” Sambung bomoh itu.Laju Abang Laptop tinggalkan kawasan itu dan segera dia mencari tempat ditanamkan benda itu. Tetapi malangnya tidak ada. “Mana?! Mana?!” Abang Laptop cemas.
***
“HANYA selepas kematian Fazura dia jadi begitu.” Ucap Ramlas kepada Rasidah. Fazura telah menghembus nafas terakhir di hospital gara-gara cubaan membunuh diri.Rasidah turut menangis teresak-esak. Dia kehilangan suami dan anak. Ramlas juga telah lumpuh akibat peristiwa lima tahun lalu. Setiap hari dia seringkali melihat Abang Laptop bercakap sendiri. Katanya bercakap dengan Fazura. Fazura setia dengannya.“Saya tak sangka.” Rasidah menangis lagi.“Tolong maafkan anak akak tu, Sidah. Dia dah terpesong. Kerana dia terlalu ikutkan kehendak hatinya. Dia terlalu mencintai Fazura.” Ucap Ramlas sekilas dia melihat gelagat Abang Laptop ke hulur ke hilir di pondok buruk sebelah rumah. Rumah itu dalam halusinasi Abang Laptop adalah tempat perniagaan.Ramlas terkilan dengan sikap anaknya itu, Abang Laptop anak yang baik tetapi terpengaruh dengan bisikan hati sendiri. Betapa iman anaknya itu goyah dan tidak redha dengan apa yang dilalui sebelum ini.“Saya tak faham kenapa dia boleh jadi macam tu, kak?” Rasidah masih bergenang air mata.“Selepas arwah suami kamu menolak risikan dia, maka dia hilang punca. Sudah lama akak perhatikan dia dan bimbang kalau-kalau dia buat benda tak elok. Sangkaan akak tepat.” Ucap Ramlas menundukkan kepala. “Dia banyak mendiamkan diri dan tak banyak cakap.” Sambung Ramlas lagi.Rasidah mendengar dengan penuh kusyhuk.Ramlas mengeluh.“Selepas tu apa jadi?” Tanya Rasidah.“Benda tu ganggu Fazura selepas bawa Fazura sampai ke sini dan selepas tu, lain jadinya. Fazura tertekan lalu menelan racun.” Cerita Ramlas lagi. “Benda?”“Ya Sidah. Ada benda.”“Apa maksud akak?”“Minyak dagu.” Beritahu Ramlas. Terkejut Rasidah mendengarnya. Jadi kegilaan Fazura terhadap Abang Laptop adalah disebabkan minyak dagu! “Pada satu malam, perangai Sulaiman pelik dan dia tergesa-gesa keluar rumah. Akak tak sempat halang. Malangnya beginilah keadaan akak sekarang, Sidah.” Ramlas redha di atas apa yang terjadi ke atas dirinya. Dia kini lumpuh tidak berdaya lagi untuk berjalan.“Sabar Kak Ramlas. Saya tak saya bahawa dugaan hidup akak juga sangat besar. Saya dah tak tahu apa lagi nak buat kak. Sungguh hati saya sedih.”“Sidah maafkan keluarga akak ya.” Ramlas merayu. Merayu supaya mendapat kemaafan. Diharapkan tiada dendam dan benci bersarang di lubuk hati Rasidah.“Jadi, apa yang buat Sulaiman kurang siuman kak? Maaf kak saya sahaja nak tahu.”“Sebenarnya akak yang jumpa dekat mana dia tanam benda tu. Dia tanam dekat pokok pisang belakang rumah ni. Jadi akak ambil dan simpan dalam rumah. Jadi dia balik rumah cari benda tu. Bila dah dapat dia telan minyak tu sampai habis. Sekarang dia rasakan akibatnya.” Beritahu Ramlas.Rasidah terdiam. Dia menggeleng perlahan. Lidahnya kelu seketika dan menoleh sekilas pada Abang Laptop yang sibuk mundar mandir.“Akak… saya juga redah kak. Akak jangan bimbang ya kak. Semua ini kehendak takdir.” Air mata Rasidah juga tidak henti-henti menitis lalu dia memeluk Ramlas.Ramlas rasa lega selepas maafnya diterima. Tenang rasanya setelah Rasidah melafazkan tiada dendam dan benci. Sebagai manusia biasa, sememangnya tidak pernah terlepas daripada kesilapan. Jadi, perjuangan hidup mesti diteruskan walaupun dilanda badai.Sekarang Ramlas pula tidak tahu apa yang berlaku di masa hadapan anaknya itu. Dia berserah pada takdir dan dia juga tidak henti-henti berdoa agar Abang Laptop kembali normal dan tidak terus jadi begitu Kini Abang Laptop sering didatangi bayangan Fazura tidak kira masa dan ketika.
***
“Tolong saya…”“Tolong saya…”Abang Laptop mendengar rayuan itu. Segera dia membuka pintu. Dilihat sesusuk tubuh yang mengerikan ada di hadapan. Matanya merah, rambutnya panjang. Ditangannya ada sesuatu.“Hai Abang Laptop… tolong baiki laptop saya ya…” disusuli hilai tawa.“Mari sayang… mari…” Abang Laptop gembira Fazura datang menemaninya. Yang dipegang Fazura bukannya laptop tapi . . .
~TAMAT~
Published on May 21, 2013 07:50
May 19, 2013
Bukan Sengkek Kasih Sayang
... Salam.
Ini satu masalah bagi aku. Ia berkenaan kasih sayang. Intro entri aku kali ni. Aku memang suka berkasih sayang tapi janganlah terlalu menggantung harap bulan akan jatuh ke riba. Bila sudah bercinta bagai tunggu kucing bertanduk. Haish sampai aku pun sudah naik pening. Gara-gara cinta, blog aku bersawang. Bercintalah kononnya. Sebenarnya bercinta tu tak salah yang salah perbuatan dalam cinta itu, adakah ia halal atau pun sebaliknya yang berlaku? hu hu hu.
Aku akui bahawa aku sudah lama berhenti menulis. Berhenti bukan kerana tidak minat tapi kerana kekangan waktu. Tapi aku cubalah siapkan mana yang sempat. Sebelum ini karya aku terbabas banyak dah masuk longkang. Ada yang terjun dalam bakul kecewa. Ada pula yang dipijak dengan kekesalan. Jadi aku biarkan ia hanyut di bawa arus kebencian.
Aku tak minta pun karya aku dipuji atau dicaci. Aku hanya nak berkongsi aje. Maaflah kepada rakan-rakan yang tanya bila nak terbitkan karya baru? Buat masa ni aku sendiri tak dapat jawapannya jadi sukar untuk aku beritahu nasib manuskrip aku tu. Maklumlah aku penulis picisan entah siapa-siapa dilakangan mereka yang tersohor. Kali ini aku ubati kerinduan korang dengan cerita thriller, nasiblah aku tak reti nak menulis cerita sedemikian tapi aku cuba juga menulis genre tersebut. Setia Berdarah judulnya.
Kenapa Setia tu boleh berdarah? Menurut pendapat akulah kan, kalau seseorang tu terlampau setia tapi kesetiaannya dibalas dengan kecurangan mahupun ketidaktulusan atau juga ketidakjujuran maka hati macam dijangkiti wabak benci. Walaupun aku tahu ada orang ala-ala pasrah tapi hati tetap juga sakit. Bohonglah kalau mata tu dapat tengok insan yang disayangi itu sedang berbahagia dengan insan lain, kan? Mesti darah menyirap semacam sahaja atau memang tak sanggup menonton wayang percuma itu.
Kalau boleh mahu lari ke hujung dunia tetapi lari daripada masalah memang tiada kesudahan. Jadi, mahu atau pun tidak mesti diharungi. Untuk apa bersedih terlalu lama? Mesti ada penggantinya. Jadi, Setia Berdarah ini berkisarkan kehidupan benci dan dendam. huhuhu. Nak baca, klik je la gambar sebelah tepi tu. Terima kasih. Doakan aku berjaya siapkan cerita ni dan jangan ada halangan cinta lagi buat hatiku. Hatiku dah berdarah ni dipermainkan oleh cinta, ha ha ha ha. Tapi sekarang dah reda. Aku kaya dengan kasih sayang, marilah bercinta denganku, hiks :-)
Ini satu masalah bagi aku. Ia berkenaan kasih sayang. Intro entri aku kali ni. Aku memang suka berkasih sayang tapi janganlah terlalu menggantung harap bulan akan jatuh ke riba. Bila sudah bercinta bagai tunggu kucing bertanduk. Haish sampai aku pun sudah naik pening. Gara-gara cinta, blog aku bersawang. Bercintalah kononnya. Sebenarnya bercinta tu tak salah yang salah perbuatan dalam cinta itu, adakah ia halal atau pun sebaliknya yang berlaku? hu hu hu.
Aku akui bahawa aku sudah lama berhenti menulis. Berhenti bukan kerana tidak minat tapi kerana kekangan waktu. Tapi aku cubalah siapkan mana yang sempat. Sebelum ini karya aku terbabas banyak dah masuk longkang. Ada yang terjun dalam bakul kecewa. Ada pula yang dipijak dengan kekesalan. Jadi aku biarkan ia hanyut di bawa arus kebencian.
Aku tak minta pun karya aku dipuji atau dicaci. Aku hanya nak berkongsi aje. Maaflah kepada rakan-rakan yang tanya bila nak terbitkan karya baru? Buat masa ni aku sendiri tak dapat jawapannya jadi sukar untuk aku beritahu nasib manuskrip aku tu. Maklumlah aku penulis picisan entah siapa-siapa dilakangan mereka yang tersohor. Kali ini aku ubati kerinduan korang dengan cerita thriller, nasiblah aku tak reti nak menulis cerita sedemikian tapi aku cuba juga menulis genre tersebut. Setia Berdarah judulnya.
Kenapa Setia tu boleh berdarah? Menurut pendapat akulah kan, kalau seseorang tu terlampau setia tapi kesetiaannya dibalas dengan kecurangan mahupun ketidaktulusan atau juga ketidakjujuran maka hati macam dijangkiti wabak benci. Walaupun aku tahu ada orang ala-ala pasrah tapi hati tetap juga sakit. Bohonglah kalau mata tu dapat tengok insan yang disayangi itu sedang berbahagia dengan insan lain, kan? Mesti darah menyirap semacam sahaja atau memang tak sanggup menonton wayang percuma itu.Kalau boleh mahu lari ke hujung dunia tetapi lari daripada masalah memang tiada kesudahan. Jadi, mahu atau pun tidak mesti diharungi. Untuk apa bersedih terlalu lama? Mesti ada penggantinya. Jadi, Setia Berdarah ini berkisarkan kehidupan benci dan dendam. huhuhu. Nak baca, klik je la gambar sebelah tepi tu. Terima kasih. Doakan aku berjaya siapkan cerita ni dan jangan ada halangan cinta lagi buat hatiku. Hatiku dah berdarah ni dipermainkan oleh cinta, ha ha ha ha. Tapi sekarang dah reda. Aku kaya dengan kasih sayang, marilah bercinta denganku, hiks :-)
Published on May 19, 2013 01:50
May 17, 2013
Setia Berdarah 5
Bab 5
“Man, kau ada masalah lain ke?” Pertanyaan itu menghentak tempurung kepalaku. Dia tanya aku tentang masalah peribadi. Masalah aku sebenar sudah sedia maklum. Tidak perlu lagi ditanya berulang kali. Aku hadapi masalah cinta. Cinta aku kecundangan. Dia ni tak faham bahasa ke? Tiba-tiba sahaja hati aku memberontak resah.“Ya!” Darah aku mengalir laju. Pertanyaan Fauzi tadi seperti peluru yang terbenam ke jantung. Tersentak Fauzi dengan raut wajahnya juga turut pucat.“Kenapa kau macam ni?”“Macam mana apa? Kau asyik Tanya aku soalan yang sama.” Jawabku lalu bangun dari kerusi. Aku melangkah keluar dari kamarku. Aku dapat merasakan bahawa Fauzi mengekori langkahku.“Relaks la Man. Aku cuma nak tahu. Salah ke kau berkongsi dengan aku?” Fauzi pegang bahu aku dan langkah aku serta merta terhenti. Aku menoleh dengan nafas yang laju. Aku mencerlung kepadanya.“Berapa lama kau nak suruh aku relaks? Suri lari bersama Nordin. Tahu tak? Kau pun tahu kan, dan kau sengaja pura-pura tak tahu. Hati aku sakit. Sakit tahu tak!” Jiwaku keruh mengenangkan angkara itu.“Habis tu? Kau sendiri yang fikir tentang tu.” Ujar Fauzi sambil memegang kedua-dua bahuku lantas segera aku menolaknya.“Ah! Lebih baik kau biarkan aku sendiri!” Bentak aku lagi terus melangkah keluar. Entah kenapa aku terasa mahu bawa diri seketika keluar dari rumah. Aku mahu ambil angin luar. Fauzi kaku tak ikut aku. Dia perhatikan aku dari jarak aku sedang melangkah keluar.“Kau jangan ikutkan sangat hati kau tu. Ingat Man, ikut hati mati. Ikut rasa binasa!” Pekik Fauzi berpesan pada aku yang tak mungkin akan memikirkan tentang hal itu.“Aku ikut je apa yang aku nak ikut!” Balas aku penuh emosi.Tiba-tiba angin melanggar tubuhku. Ia sepintas lalu. Angin yang mungkin menyebabkan aku jadi tidak keruan. Jantung aku terus berdebar-debar. Aku selalu mengalami situasi seperti itu. Sehingga ke saat ini aku masih tidak mengerti.Perlahan-lahan aku melangkah keluar dari rumah. Seluruh kawasan gelap. Tiada lampu jalan, tiada terang bulan. Yang wujud di hadapan mata aku adalah kabus tebal. Aku segera menoleh ke belakang setelah tiba di laman. Mana rumah? Aku tercari-cari rumah sewa aku.“Gie!!!” Aku menjerit sepuas hati memanggil nama Fauzi tetapi tiada sahutan. Hampa!Mana dia pergi? Rumah tak nampak. Aku teraba-raba dalam kegelapan. Aku dah macam orang buta. Kaki aku pula terasa sangat berat untuk melangkah bagaikan ada sesuatu yang sedang berpaut menumpang lalu. Aku tidak dapat melihatnya tetapi aku dapat merasakan kehadirannya! Ya, aku tidak nampak! Aku tidak nampak apakah benda itu?!“Rahman…” Namaku diseru.“Pergi! Jangan ganggu aku. Siapa aku yang selalu ganggu aku, sial?” Aku beranikan diri untuk bertanya walaupun aku gemuruh. Aku kaku di situ. Sekelilingku gelap gelita. Tolonglah aku merayu. Jangan seksa jiwaku sedemikian rupa. Apa kesalahan aku? Aku ingin tahu.“Rahman…” Sekali lagi namaku disebut. Apa dia mahu?Aku ingin tahu siapa dan angkara siapa? Kenapa harus aku? “Kenapa ganggu aku?!” Bentak aku lagi. Aku memandang sekeliling kawasan itu. Tidak semena-mena aku dengar desiran dedaun berguguran ditiup angin. Aku di mana?
***
Aku bertanyakan pada hati, dalam banyak-banyak perkara, apakah yang menyulitkan? Hati pun menjawab, sebenarnya adalah soal cinta. Lihatlah hati pun selalu menyebut tentang cinta. Cinta mampu merosakan hati! Itupun kalau terlalu memikirkan tentangnya. Aku menyatakan ia adalah kejam kerana si pemilik hati itu tidak bertimbang rasa. Pemilik hati yang memberikan cinta adalah zalim. Dia adalah kekasih yang tidak mengenang budi. Sampai hatinya mempermainkan hati dan perasaanku. Dia memperjudikan kepercayaan yang aku berikan kepadanya selama ini.Diperolokkan oleh cinta memang membinasa jiwa nuraniku sehingga ke hari ini pun aku masih tidak dapat melupakan bayangannya. Aku tidak dapat melepaskan jiwanya. Aku juga tidak mampu keluar dari lilitan kasih dan sayangnya terhadapku. Sebelum diburu Nordin, aku memang terpaut hati padanya. Sebelum wujud Nordin, Suriani yang kulihat begitu menenteramkan jiwaku. Dari situ aku merasakan dialah cinta pertamaku. Cinta pertama memang sukar dilupakan. Cinta pandang pertama!Nah! Nordin kacau daun. Wujud di mata merebut cinta. Katanya Suriani tunangnya. Memang tak masuk akal. Aku bertanyakan pada Fauzi, “Betul ke?” Fauzi pun tak tahu. Jawab Fauzi, “Mungkin teman biasa.” Kata-kata Fauzi menguatkan semangat aku untuk menerima hati mesra. Beramah mesra dengan Suriani kerani di situ. Hanya kerani sahaja. Walaupun kerani biasa, Suriani sangat cantik dengan rambut ikal mayang dan bermata bundar. Susuk tubuh Suriani memang menawan. Dia layak jadi supermodel antarabangsa. Dia sekadar itu, dia juga memiliki pelajaran yang tinggi tetapi kerjanya begitu. Suriani pernah berkata, “Zaman sekarang susah nak dapat kerja bang, semua main kroni.” Itu katanya.Dia panggil aku abang. Panggilan itu memang menggetarkan sukmaku. Pertama kali masuk kerja, dia pun dah pandang semacam. Itu waktu aku mula-mula kenal dia. Aku kerja penghantar surat dan tak aku hairan pun daripada duduk goyang kaki. Pekerjaan ini lebih mulia dari rembat barang orang dan pergi jual. Itu kerja Mat Pet!Suatu hari aku kena bedal. Bedal dengan Nordin. Dia tu budak pejabat. Suka buli aku. Aku tahu aku ni tak sesuai lawan dia. Sekali dia hentak aku, lempeng aku jadinya. Tapi aku masih menyimpan dendam. Dendam keramat setelah gigi aku patah dek ditumbuk olehnya. Dia ingat gigi aku ni apa? Argh!Kalau aku kenangkan sikap dia, bernanah jiwa aku. Cis! Aku memang tak suka dia. Dia berlagak bagus. Semua benda nak tunjuk hebat. Di hadapan Suriani dia akan berlagak baik. Baik nak mampus. Macam pijak semut tak mati. Lelaki macam si Nordin rambut pacak tu bersepah boleh didapati tepi jalan.“Aku nak selidik tentang latar belakang Nordin la, Gie.”“Kau nak buat apa?”“Mewah gila la.”“Itu kan rezeki dia.” Fauzi bersandar pada kerusi sambil berpeluk tubuh. Sekilas dia pandang tempat lain.“Kerja biasa je tapi pakai kereta mewah.” Aku meragui Nordin. Dia mungkin memancing cinta Suriani dengan kemewahan yang dia ada.“Kau ni tak serik-serik lagi ke? Dia dah ugut kau macam-macam. Jangan sampai kita berdua kena buang kerja. Tau tak? Dia tu terlalu baik dengan Encik Zaki. Kau kena ingat tu!” Komen Fauzi yang agak takut dengan Nordin. Kes sebelum itu pun dah jadi hangat. Nordin si panas baran berlagak Iron Man Malaysia! Bermacam-macam gelaran yang aku berikan untuknya tetapi belum cukup memuaskan hatiku yang terlalu sakit.“Aku tak takut dengan ugutan dia. Tapi kau tengoklah, aku hairan kenapa Suri dah macam dingin kat aku.” Aku merasakan Suriani macam sengaja nak uji kesetiaan aku. Tapi kenapa dia ikut Nordin?“Hurm…” Fauzi mengeluh pula.“Jadi betul la Suri tu tunangnya?” Aku sedut teh o ais limau sampai habis sehingga tidak bersisa.“Kalau betul pun Man, apa kau nak peduli? Ramai lagi awek lain yang kau leh cari. Kau lupakan je la Si Suri tu. Buat menyemak je la. Aku rasa Suri tu player.” Ucap Fauzi tanpa berlapik. Cakap main lepas je. Sedikit pun dia tak jaga hati aku.Aku tak boleh marah Fauzi. Mungkin tu pendapat peribadinya. Aku kena belajar terima. Fauzi bangun dari duduknya. Terasa tengok bangunan yang tinggi. Fauzi tu dahlah tinggi, berdiri dekat-dekat dengana ku pula tu, terpaksa aku mendongak lebih untuk tengok wajahnya.“Kau nak gi mana ni?” Soalku.“Kau kena belajar terima hakikat, Man. Aku tak nak Nordin terus pukul kau.” Fauzi angkat kaki. Aku pun kejar langkahnya. Setiba di situ aku tarik tangannya. Langkah Fauzi mati bersama langkahku. Dia tenung aku. “Apa?” Soalnya.“Aku pernah nampak kereta Nordin kat sebuah tempat, kelab malam.” “Kau buat apa dekat situ? Jadi kau dah mula jadi penyiasat persendirian nak sibuk hal peribadi orang lain?” Fauzi marah dan merentap tangannya lalu menyambung langkah.Kawan aku ni tak faham. Dia memang tak faham langsung apa yang aku maksudnya. Aku bukan ke kelab malam tu. Aku cuma lalu aje dekat kawasan tu. Aku tak berniat nak masuk tempat tu. Lagipun secara tak sengaja aku terlihat kereta Nordin. Kereta mewah BMW 4 Series memang menjadi kegilaan golongan berada. Bukan itu sahaja, kalau dah banyak duit, perempuan keliling pinggang la jawabnya. Dah sah! Itulah selama ini aku fikirkan. Takkan Suriani bodoh sangat memilih lelaki kaki perempuan begitu. Jadi apa yang Nordin mahukan daripada Suriani? Kalau diikutkan, gaji Nordin tu bukannya banyak sangat untuk menampung kehidupan mewah. Siapa dia sebenarnya? Dan apa kaitan dia dengan Suriani? Sekarang itulah persoalan untuk aku beritahu pada Fauzi. Ini tak, marah aku semacam.
Published on May 17, 2013 21:42
May 14, 2013
Setia Berdarah 4
Bab 4
Badan aku terasa begitu lemah tidak bermaya. Kudrat aku hilang. Lengan dan paha aku kebas menyebabkan aku hilang upaya untuk bangkit. Mataku terasa berat untuk dibuka seperti digam sahaja. Aku cuba kerahkan sisa-sisa tenaga yang berbaki. Kelopak mata ini cuba aku buka namun sia-sia. Kenapa susah sangat nak buka ni? Soalku dalam hati. Badan aku terasa berat seperti ada sesuatu yang sedang duduk di belakang badanku yang tertiarap. Argh!!! Payahnya! Aku cuba lagi tapi tak bergerak apa-apa pun. Aku kaku.Dada aku sesak! Aliran nafas aku tersekat-sekat. Aku tak pasti apa sebenarnya yang berlaku. Berapa lama aku berkeadaan seperti ini? Aku tidak mengetahuinya. Aku gerakkan kepala untuk menoleh ke sebelah kanan tetapi tidak terangkat. Tiba-tiba sahaja kepala aku terhentak semula ke lantai setelah terasa sedikit terangkat. Bagaikan ada kuasa yang menyedut aku ke lantai tidak mampu untuk bangkit.Aku cuba lagi, dengan perlahan-lahan aku cuba buka mata ini namun tetap juga gagal dan mengecewakan. Kenapa ni? Kenapa ni? Hati aku meronta-ronta mahukan jawapan. Aku baca surah Kursi tetapi ia semakin berat. Ayat yang aku bacakan tadi seolah-olah tidak berkesan atau mungkin aku tersalah bacaan. Dalam keadaan panik seperti ini aku tidak dapat berfikir dengan waras. Debaran kian mengeruhkan keadaan. Badan aku mula mengalirkan keringat. Dahi aku juga begitu, liang-liang roma menerbitkan cecair.Aku mula rasa ada urat-urat rambut menyentuh pipi aku. Ia mengurai. Aku cuma dapat merasakannya tetapi tidak dapat menyentuhnya. Ia mengalur ke pipi menyebabkan roma aku bertambah merinding. Ia mengerikan. Aku ditusuk rasa takut. Takut pada sesuatu yang buruk dan mengerikan. Rongga aku terhidu bau yang sungguh busuk. Busuk sekali sehingga aku hampir termuntah. Bau tersebut meloyakan umpama bangkai yang terbiar dan berulat. Kemudian bau hanyir darah kian mengulit ruang hidungku.“Rahman...” suara itu menyeru namaku. Itu namaku. Itu adalah namaku! Kenapa suara misteri itu memanggil namaku? Tolong jangan seru namaku!“Diam!!!” Akhirnya lidahku yang terkelu bersuara tiba-tiba.“Man! Kenapa ni?” Suara Fauzi tiba-tiba muncul. Entah dari mana datangnya Fauzi menyebabkan badan aku yang tadi berat sudah boleh bergerak. Sebentar tadi selepas mata aku dapat dibuka, aku terlihat satu lembaga putih lenyap keluar dari jendela kemudian suara Fauzi mula kedengaran.“Kenapa dengan kau ni, Man?” Fauzi duduk di sebelah aku lalu diribanya kepala aku sebaik sahaja aku kembali terlentang dan nafas tercungap-cungap seperti berhadapan dengan sukaratul maut.“Gie…” Aku bersuara perlahan. Kepala aku tiba-tiba pening. “Mana Suriani?” Soalku bertanyakan tentang Suriani yang aku cintai. Melihat riak wajah Fauzi, aku tahu Fauzi tidak tahu mana Suriani pergi.Fauzi menggeleng sambil mengetap bibir. Aku merayu sepuas hati agar Fauzi dapat menyampaikan khabarku kepada Suriani yang hilang. Hilang begitu sahaja tanpa khabar berita lagi.“Gie… tolonglah dapatkan Suri untuk aku.” Permintaan aku seperti mustahil sahaja untuk Fauzi tunaikan.“Man… sampai bila kau nak macam ni? Tolonglah belajar terima kenyataan.” Fauzi cuba pujuk aku yang degil.“Kenyataan tentang apa, Gie?” Aku cepat-cepat tanya. Fauzi mengeluh. Keluhan yang sangat kasar kedengaran. Perlahan-lahan aku melangkah dan Fauzi juga terus membantu untuk memapah aku menuju ke birai katil. Wajah Fauzi masih terkejut melihat keadaan aku dan aku juga yakin dalam terkejut itu, Fauzi terbiasa melayani ragam aku iaitu seringkali merindui Suriani. Mulut kata benci tapi hati aku masih sayang dan mencintainya.“Sampai bila kau nak layan perasaan kau? Kalau kau terus macam ni, sampai bila-bila pun tak selesai. Kau mesti mulakan hidup baru. Suri takkan kembali.” Ujar Fauzi meranapkan segala impian aku untuk hidup bersama Suriani.Fauzi terus labuhkan diriku di birai katil. Sekarang sudah Maghrib. Fauzi pulang untuk berehat dan esok dia akan sambung kerja lagi manakala aku, asyik berkurung sahaja. Aku malas. Aku tiada semangat untuk teruskan pekerjaan aku itu. Aku cukup penat.
***
Biarkan Indah Berlalu
Sesuatu yang indah sering dikenang namun perkara yang menderitakan adalah selepas sebuah keindahan. Ia adalah menyakitkan. Sukar untuk mengalihkan perhatian bagi melupakan seksa penderitaan. Derita yang dimaksudkan adalah kerinduan. Tiada siapa pun yang dapat menyukat isipadu sebenar rindu. Rindu tidak pernah tetap. Kalau lama ia terbiar maka ia akan usang dan mula beralih arah seterusnya akan menyebabkan seseorang yang menanti hadirnya sebuah rindu itu bagi menukarkanya dengan cinta menjadi tidak keruan. Menjadi gila atau menjadi kurang siuman. Seperti aku yang telah hilang hati. Hati aku tidak dipulangkan.
Separuh jiwa aku lenyap bersama cinta. Kejam kan cinta? Seorang lelaki yang begitu menghargai cinta si gadis akhirnya dibayar dengan pendustaan. Tidak tahukah dia bahawa lelaki ini benar-benar mencintainya. Kenapa perlu diperbodohkan ketulusan? Kenapa dianggap remeh sebuah perngorbanan. Mana ada lelaki lain yang sanggup tunggu berjam-jam ketika dia sedang hadirkan diri untuk sebuah temuduga tempat baru? Hanya aku sahaja. Aku sahaja yang sanggup tunggu.
Dan lagi, mana ada lelaki lain yang sanggup berdiri tengah panas konon-kononnya diuji kesetian. “Kalau sayang, lakukan untuk Suri.” Aku lakukan demi sayang. Di situlah kebodohan aku yang nyata. Setia yang bodoh. Setia yang punah dan setia yang dungu untuk aku katakan.
Suriani seperti alat kawalan yang mampu menyuruh aku melakukan apa-apa sahaja. Suriani seperti ada satu kuasa yang dapat mengarahkan aku melakukan satu tindakan yang kurang elok, yakni menidurinya. Aku tidak pernah mahu melakukan perbuatan itu dan aku tidak melakukannya. Kenapa Suriani begitu? Adakah itu Suriani yang aku kenal. Aku kena kuat menghadapi godaan Suriani yang semakin hari semakin pelik.
Siapa Nordin? Itu adalah kekasihnya, kan? Suriani tidak pernah mahu mengaku bahkan Suriani kata itu sebagai abang sahaja tetapi bagi Nordin, Suriani adalah segala-galanya. Aku ini apa?Hari ini aku alami lagi perkara misteri selepas kehilangan Suriani yang entah ke mana. Ini perkara ganjil dan sangat ganjil berlaku dalam hidup aku. Aku seringkali diganggu…
“Rahman…”Argh!!! Apa semua ini?! “Jangan ganggu aku!!!”
Published on May 14, 2013 21:06
Setia Berdarah 3
Bab 3
SMS Suriani Suri sayang abang, percayalah cakap Suri, bang. Selama ni pun Suri tak pernah tipu abang. Suri dengan Nordin tak ada apa-apa hubungan. Aku Yang Suri merayu sangat ni kenapa? Suriani Kerana Suri takut abang marah. Aku Kita pun tak ada apa-apa hubungan, kan? Sekadar kawan biasa je kan? Suriani Jadi selama ni abang hanya anggap Suri ni kawan biasa je ke? Aku Kenapa sampai sekarang Suri asyik panggil saya ni ‘Abang’? Saya lagi muda dari awak, Suri. Suriani Usia hanya angka. Suri lebih menghormati abang.
Grrr…. Geram pulak aku duk baca mesej lalu dalam peti pesanan ni. Tapi kenapa aku suka sangat undurkan masa silam? Semua dah berlalu, kenapa aku mesti biarkan rasa sedih membelah dadaku? Kenapa oh kenapa? Aku kan seorang lelaki, aku mesti kuat dan tak perlu aku hidup dalam kekecewaan seperti ini. Tapi bagi aku Suriani adalah segala-galanya. Perbezaan umur bukan halangan untuk kami bercinta. Tapi Nordin… badut tu selalu ganggu aku. Selalu ganggu hubungan aku bersama Suriani.“Kau dengan Suri ada apa-apa ke? Aku tengok sejak dua menjak ni kau dengan dia rapat semacam.” Tegur Fauzi ketika aku sedang jilat ais krim. Sedap pulak ais krim cokelat ni. Nyum nyum.Belum pun sempat jilatan kali kedua dan aku pun belum lagi menjawab pertanyaan tersebut, ais krim yang dipegang aku tu pun jatuh gara-gara ditolak. Aku tenung mamat yang berdiri d hadapan aku. Fauzi pun ikut sama melihat lelaki itu.“Berapa kali aku nak pesan, hah? Jangan ganggu Suri. Dia tu tunang aku! Faham tak?” Bentak Nordin sambil pegang kolar baju aku. Dia terus hanyun penumbuk. Debishhhh!!! Biadap!Sakitnya bukan kepalang. Aku rasa ada cecair yang mengalir pada bibirku. Cis! Berdarah. Berani dia tumbuk aku. Sewenang-wenang dia lukakan bibir aku. Aku tepis tangannya. Dia balas balik. Dia nak tumbuk muka aku lagi. Dia ingat muka aku ni alat latihan tinju ke? Celaka betul si Nordin ni. Sekiaranya aku terus menerus bersikap pengecut, takut pula nanti dia berterusan membuli diriku.Oleh kerana aku berbadan kecil, maka dengan mudah dia memperlekehkan diriku ini seolah-olah aku insan yang benar-benar lemah. Nordin berkerut dahi dan merenung aku sedalam-dalamnya. Renungan dia penuh dengan dendam dan benci. Dia mendengus geram. Tangannya digenggam kemas dan mahu menerkam ke arahku yang langsung tidak bersedia menghadapi situasi tegang ini.“Kenapa kau pukul aku?!” Sempat lagi aku bertanyakan soalan yang sudah aku ketahui jawapannya. Aku dituduh menganggu hubungan orang lain. Aku ganggu hubungan Nordin dengan Suriani! Itu tidak benar! Aku tolak dia tapi dia sedikit pun tidak berganjak. Pada kesempatan itu, dia melabuhkan tangannya lagi ke pipiku. Aduh! Sakitnya. Terasa sangat bisa pukulan daripada Nordin mengakibatkan rahang aku seperti mahu tercabut sahaja. Wajah Nordin ketat semacam. Ini betul-betul serius.Kemudian dia pandang pula ke arah Fauzi yang sudah tercegat macam tiang bendera. Wajah Fauzi cemas bercampur pucat. Sewaktu dia sedang leka memerhatikan Fauzi, aku pun tumbuk muka dia. Aku balas! Fauzi bergegas dan tolak badan Nordin. Aku pun ikut tolak sama. Nordin berhadapan dengan kami berdua. Aku lap lagi darah yang mengalir. Aku rasa macam gigi aku goyang nak patah. Argh!!! Aku gosok sikit je rupa-rupanya gigi aku dah patah.“Gie, gigi aku patah.”“Kau patahkan balik gigi dia.” Saran Fauzi menambahkan lagi rasa amarah aku terhadap lelagi bedebah di hadapan aku sekarang ini.“Ingat aku takut ke?” Nordin longgarkan tali lehernya. Dia terus hulurkan tangan gaya orang nak bertinju lagi. Aku ni malas nak cederakan orang. Alang-alang aku pun dah tercedera. Aku pun tengok belakang dia. Aku tak nampak apa-apa pun tapi aku sengaja tunjuk dengan jari telunjuk aku ni.“Suri datang!” Kataku sambil tunjuk ke arah belakang Nordin. Ketika Nordin cuba menoleh, aku terus tendang! Aku tendang sekuat hati kat tempat tu! Padan muka kau sial! Maki aku dalam hatiku sekeras-kerasnya.“Sial!” Marah Nordin yang terus terjelepok ke lantai tempat aku dengan Fauzi selalu lepak ketika waktu rehat tengah hari.“Lari Man!” Arah Fauzi. Aku pun ikut langkah Fauzi.“Hoi budak hingusan!” Pekik Nordin dan aku buat tak layan.Pada kejadian itu Nordin semakin memusuhi aku. Kalau dia mandul sekalipun apa aku peduli? Gigi aku dah patah! Nasib baik dah patah! Aku pakai gigi palsu tau tak? Aku pakai gigi ni bertambah haru. Nak makan pun susah, nak kunyah benda keras pun payah. Sengsara tahu tak? Bukan sebatang tapi dua batang yang patah. Fauzi hanya bersimpati sahaja dan tak mampu buat gigi aku tumbuhkan kembali.Aku tarik nafas dalam-dalam. Semuanya datang semula menjarum di otak aku ni. Apa yang berlaku mencucuk tajam. Sakitnya kepala aku ketiak bayangangan hitam putih itu menjelma. Kisah di antara aku dan Suri belum berakhir. Nordin masih menganggu. Itulah yang berlegar di benakku.Akan aku kesali kalau memaksa diri tapi aku mesti singkirkan Nordin lalu aku mencari akal untuk bebaskan diri aku dari belenggu kekecauan jiwa. Nordin telah menjadi aku musuh ketatnya. Seorang lelaki berusia 30an memusuhi remaja berusia 23 tahun seperti aku. Suriani pula, gadis cantik berusia 25 tahun. Dia layak menjadi kakakku tetapi dia lebih memilih aku untuk jadi kekasihnya.
Kalau kita tersenyum, kita tersenyum kerana kita bahagiaKalau kita senyum kerana menyembunyikan duka,Sebenarnya senyuman kita itu mengundang derita…
“Benar ke abang?”“Ya benar la Suri.” Jawabku.“Tapi Suri mahu hidup dengan abang…” Suriani merayu lantas melentokkan kepalanya di bahuku. Aku dan dia bersama menikmati panorama matahari terbenam.Hidup bersama aku yang tiada apa-apa? Aku sebatang kara. Aku tiada keluarga. Aku hanya hidup menumpang bersama Fauzi. Sejak dahulu lagi aku dibesarkan oleh keluarga angkat. Aku tak tahu siapa orang tua aku. Keluarga angkat aku pula maut dalam kemalangan jalan raya. Jadi aku tiada tempat untuk berkongsi segala suka duka. Aku rasa Suriani tak mampu.“Kenapa Suri tidak kembali pada Nordin?” Saran aku. Hakikatnya kalau Suriani kembali pada Nordin, baragkali kulit yang halus mulus itu sering dilukai. Nordin panas baran. Nordin bertindak tanpa kewarasan. Itu akan membuatkan hidup Suriani dan aku tertekan.“Dia terlalu mendesak.” Beritahu Suriani.“Bagaimana dengan awak, Suri? Awak pun selalu mendesak saya. Kenapa harus saya?” Soalku bersedia untuk berdiri. Suriani pula angkat semula kepalanya. Pertanyaan aku telah membuatkan dia rasa serba salah.“Kenapa sampai sekarang abang masih mempertikaikan cinta Suri untuk abang? Kenapa abang?” Suriani bangun dan berdiri di sebelah aku. Aku menarik nafas dan dia juga begitu turut sama menarik nafas. Aku lepaskan perlahan-lahan tetapi Suriani mengeluh lepaskan laju-laju. Pertanyaan Suriani itu sukar untuk aku jawab. Tiba-tiba sahaja badan terasa panas semacam. Tambah lagi bila terbayangkan wajah Nordin yang telah buat aku sengsara. Gigi patah, luka sana sini. Sampai bila aku mesti bersabar. Motosikal aku pula selalu jadi mangsa keadaan. Memang tidak adil. Nordin tu bersikap mengalahkan budak-budak. Nama sahaja Nordin orang berpendidik tinggi tapi otak kecil lebih teruk dari otak udang!Aku pandang Suriani yang tertunduk. Aku kuis dagunya. Aku tatap wajahnya sedalam-dalamnya. Aku mahu dia ceritakan siapa dirinya yang sebenar. Suriani, siapa kau? Dari mana kau datang, dan bagaimana kisah cinta kau bersama Nordin bermula? Aku teringin tahu dan pertanyaan itu terbuku di hati.
Published on May 14, 2013 01:07
May 11, 2013
Setia Berdarah 2
BAB 2
Sungguh terasa terhina, dalam banyak perkara yaang aku lalui adalah perbezaan darjat yang menjadi masalah. Soal rupa itu mungkin orang boleh pertikaikan. Sesekali aku berasa hambar dengan sikap sebegini. Berkata-kata sinis di atas apa yang aku tidak miliki. Kereta mewah? Rumah besar? Aku tiada semua itu. Aku seorang penghatar surat. Siang malam hidup aku hanya dibebani persoalan. Kenapa dan mengapa? Sudah suratan agaknya. Kadangkala aku terfikir, adakah ini takdir hidupku yang hanya diulit angan-angan yang tiada kesudahan? Terperap di dalam bilik setelah meratapi sebuah kehilangan? Persoalan ini seperti batu besar yang menghempap kepala aku sampai berkecai!
“Sampai bila kau nak nak macam ni, Man?” Nasihat daripada Fauzi tidak berkesan di hati. Dia adalah sahabat baik aku yang dikenai sejak aku mula-mula masuk kerja. Dia banyak bantu aku dari segi kewangan. Ah! Malaslah nak mengungkit kebaikan yang pernah dia berikan. Kalau hendak aku bandingkan dengan setinggi gunung, sungguh tak terdaki.
Pagi ini aku kaku di birai katil setelah menarik nafas sedalam-dalamnya dan dilepaskan perlahan-lahan. Mulanya aku rasa tenang tapi lama kelamaan ia menjadi sarat beban. Otakku membenihkan rasa sangsi pada sebuah perubahan. Apa yang berlaku pada setiap malam? Malam yang mengkhayalkan aku tentang waktu. Waktu yang pergi dan berpatah lagi. Ini satu persoalan yang mampu menjadikan aku separa gila.
“Rahman Bin Zaid!” Nama itu mencucuk halwa pendengaran. Kuat namaku dilaungkan. Ia seakan-akan wujud dalam hayalan. Segera aku menoleh. Langsir di jendela kamarku belum lagi aku buka sedangkan cahaya matahari telah menerobos masuk. Sesak rasa nafasku kerana pengaliran udara tidak nyaman.Kiri dan ke kanan aku menoleh tetapi masih belum menapat jawapan. Setiap hari begitulah keadaan yang aku alami. Ketika waktu malam, seruan namaku begitu perhalan, setiba siang ia menjerit. Aku diburu ketakutan dan rasa takut itu aku sorok dari pengetahuan Fauzi.
Fauzi lelaki tinggi lampai umpama model lelaki berketurunan Bugis campuran Sepanyol. Hidung dia mancung boleh buat sangkut penyakut baju. Aku ni entah siapa-siapa, hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong, oleh sebab itu hidup aku seringkali ditinggalkan.
Aku Takkan Menangis!
Hidup ditinggalkan memang pedih. Tambah lagi kalau hati sudah sayang. Bercinta bagai nak rak tapi digodam dengan pendustaan. Memang sakit hati ni. Siapa tak sakti hati? Cuba beritahu aku? Aku ingat lagi waktu mula-mula berkenalan dengannya. Hari-hari dia pandang aku. Apa yang dia pandang tentang aku ni hah? Dahlah tak seindah kumbang emas, tapi dia syok pada aku. Alahai, memang Suriani mengancam. Renungan matanya bak cahaya bulan. Lenggang lenggok dia berjalan bak ratu yang menawan.
Ada seorang budak pejabat, dahi dia macam Jimmy Neutron! Rambut pacak-pacak macam kulit durian. Ada hati nak bagi amaran pada aku supaya jangan sesekali goda Suriani. Kalau aku cuba ganggu Suriani, nahas aku dikerjakanya. Hei! Dia tu siapa nak warning aku?!
Memang aku kurang suka dia. Kaau boleh aku tak nak tengok muka mamat tu. Setiap kali aku masuk ke pejabat tu nak ambil surat, si poyo tu akan berkerut dahi dan menjeling pada aku semacam. Cara dia pandang aku memang tak puas hati. Pernah dia tarik baju aku dan nak lepaskan penumbuk pada muka aku. Aku tahulah badan aku ni kecil! Tapi jangan anggap badan sekecil aku ni tak boleh tumbangkan gajah! Sakit pulak hati ini.
Semua ini gara-gara cinta. Kerana cinta orang sanggup lakukan apa sahaja. Lama juga dia berdendam dengan aku. Suriani ajak aku keluar makan, dia nak cemburu. Suriani pelawa aku tengok wayang, dia pun nak cemburu. Dia suka lebih-lebih.
Aku tak pernah kacau hak orang. Suriani ajak aku keluar. Aku keluar sahajalah. Aku tak berday anak halang. Si lahanat tu nak maki aku macam-macam tu apa kes? Siap main mak bapak lagi. Menggelarkan aku macam-macam tapi diri sendiri tak sedar! Ingat kacak sangat ke style rambut kulit durian lepas tu sibuk agungkan gaya barat! Hak tuih!
Walaupun aku kecewa dengan Suriani, aku takkan menangis depan dia. Bila aku tanya, siapa Nordin dalam hatinya, dia cakap kawan biasa. Kawan biasa boleh cemburu? Nordin selalu nak hentam aku jadi aku beritahu dia yang dia hanya dianggap kawan biasa sahaja oleh Suriani. Sejak dari itu Nordin bertambah liar dan mengganas terhadap aku. Setiap kali ada sahaja isu berbangkit dan ada sahaja hal yang bukan-bukan timbul. Termasuklah motor yang aku bawa selalu pancit. Enjin tak hidup. Bahkan aku pernah kena pukul oleh orang. Aku yakin itu orang upahan dia. Aku sanggup bertahan demi Suriani yang setia berkawan dengan aku. Hari-hari dia berikan aku semangat untuk hidup.
“Aku gerak dulu, Man.” Kedengaran suara Fauzi dari luar sambil ketuk-ketuk pintu. Aku pun tak mandi lagi. Awal-awak pagi begini pun aku sibuk kemaskini laman blog aku. Fauzi dah nak pergi kerja. Aku pulak masih dalam bilik. Sudah hampir sebulan aku bermuram durja.
“Okey.”
“Kau tak nak masuk kerja ke?” Soal Fauzi lagi.
“Kau kirim salam aje pada Encik Zaki.” Jawab aku sambil membetulkan urat-urat badan yang terasa lenguh. Aku kalau bab menaip memang tekun. Rasa malas diganggu.
Apabila keadaan kembali reda. Jantung aku pund ah seimbang, nafas aku juga konsisten, aku mahu menyambung kembali penulisan blog aku. Luahan rasa yang terpendam mesti aku taburkan pada laman ini kerana ini sahaja satu-satunya ruang untuk aku berkongsi pada pembaca bahawa cinta itu kejam!Ketika jari jemariku mahu menekan punat pada papan kekunci, sekilas angin datang melanggar diriku. Angin yang datang menerobos masuk dari jendela. Segera aku menoleh.
Krekkkk…. Daun pintu kamar aku pula terbuka sendiri. Ini berlaku di siang hari. Apa ni? Aku bangun dan melangkah perlahan-lahan mendekati pintu itu. Aku yakin Fauzi pun belum jauh lagi kerana enjin motosikal dia pun belum lagi menderu. Setelah tiba ke pintu itu. Dia tertutup laju. Aku terkejut! Wei!!!Aku toleh pula ke jendela. Jendela pula tertutup rapat secara tiba-tiba. Ada satu kuasa entah dari mana telah menutup semua itu. Aku terkurung dan benar-benar terkurung di dalam bilik itu.
“Fauzi!!!” Aku ketuk pintu itu kuat-kuat. Aku laungkan nama sahabatku namun tiada maklum balas yang diterima.
Keadaan di dalam kamarku gelap tiba-tiba. Tiada langsung ruang cahaya yang mampu menembus masuk. Peluh mula menitik laju. Bulu roma awal-awal lagi merinding. Aku sudah tidak keruan. Jantung aku berdetak laju dan leher aku mengeras tidak mampu untuk menoleh ke kanan atau ke kiri. Aku diganggu kejadian yang aneh. Apa semua ini? Aku tidak mengetahui.
Cahaya dari skrin komputer riba aku tu memang tidak kelihatan. Ia terpadam. Leher yang kaku itu aku cuba longgarkan dengan cubaan menoleh. Ia payah. Aku menoleh seperti robot yang tidak mempunyai alat kawalan. Cara berjalan begitu mengarut dan teraba-raba. Kenapa tiba-tiba gelap. Adakah mata aku sebenarnya terpejam?
Aku seolah-olah tiada daya dan upaya. Habis segala-galanya aku langgar. Aku menjadi orang buta. Orang yang hidupnya terlalu sia-sia.
“Fauzi, tolong aku!!!” Jerit aku sekuat hati. Jeritan itu percuma.
~bersambung~
Published on May 11, 2013 18:34
May 6, 2013
Setia Berdarah 1
Aku seolah-olah terbang dibawa angin tatkala hembusan bayu menyetuh lembut kulitku. Di saat itu juga aku terpejam mata. Pejamnya mata aku menjemput bayangan lalu. Bayangan di antara kau dan aku. Bercerita tentang hati, ia sangat pedih untuk diingati namun ia menjadi satu tanda sejarah bagaikan buaian derita yang berayun.
Bahagia yang dikecap selama ini seperti bola yang boleh ditendang ke mana-mana arah. Itulah bahagia yang tercipta dari sebuah angan-angan. Sekali lagi, ia satu keperitan yang dahsyat dan sangat menyakitkan apabila boleh itu bergolek bukan menuju ke sasaran. Begitu juga hata kala berkata, "Sayangilah daku selamanya," ia seperti rayuan yang bohong. "Jangan tinggalkan aku," ini juga rayuan sundal. Bahkan begitu juga dengan, "Jangan lepaskan saya," seolah-olah mempamerkan diri si pengucap itu sendiri. Ucapan yang tiada erti sebenarnya.
Jangan berkata cinta kalau tak pernah belajar untuk setia. Jangan pernah impikan bahagia kalau tak mampu merealisasikannya. Sesiapa sahaja tidak mahu merana kerana cinta. Aku juga begitu. Tidak mahu merana kerananya. Tapi apa boleh aku katakan, cintamu dusta. Cintamu penuh palsu. Sewenang-wenangnya dikau mempermainkan perasaan hatiku yang sanggup berkorban demimi. Bila dikenangi semula, kesilapan adalah dari diriku yang tidak berpegang pada kata-kata, "Sekiranya kamu bersedia untuk bercinta maka bersedia jugalah untuk kecewa," maka di sini menegaskan bahawa kekecewaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Paling best dalam hubungan cinta, adanya doktor yang tidak bertauliah dalam bab cinta. Kononnya sebagai penyelamat tetapi sebenarnya ia bukan pakar rujuk yang hebat sehinggakan setiap tutur bicara dipercayai oleh sang kekasih lalu membuat kesimpulan bahawa si dia perlu ditinggalkan. Itulah celaka namanya yang membawa sejuta emosi melenyapkan keindahan. Selain itu, ego... ya! Keegoan adalah nombor satu yang diperjuangkan. Itulah tahap kobodohan maksima seringkali berlaku.
"Setialah padaku, jangan ada yang lain." Manisnya bercinta bagaikan tiada apa-apa lagi yang penting melainkan dia. Tapi apa yang berlaku hari ini, kecurangan di belakang hari. Tidak syak lagi, orang yang lebih dulu berkata "Tidak akan ada yang lain," sebenarnya sudah curang. Percayakah kita pada si dia? Kalau percaya, kenapa diseksa diri kita dengan kerinduan tanpa balasan? Tak kenal maka tak cinta, dah kenal macam celaka. Itulah yang selalu dimainkan oleh perasaan, Bila ditegur maka dituduh memaki hamun. Kerana sebuah rasa sayang, maka nasihat dihulurkan.
"Man!!!" Ah!!! aku sedang asyik berbloging ni ada sahaja yang menganggu."Siapa tu?""Man!!!" Panggilan itu sungguh kuat. Suara siapa ni? Tak pernah pun aku dengar. Nama aku dipanggil kuat pulak tu. Anehnya.Perlahan-lahan aku bangun meninggalkan komputer ribaku. Perhatian tercuri dek panggilan itu. Malam yang dingin ini meremang bulu romaku. Rasa apakah ini? Tadi fikiran kau terbang saat menulis dan meluahkan rasa. Tapi sekarang ni..."Siapa?" Soalku perlahan-lahan mendekati jendela yang tidak terkatup itu. Langsir bilikku diterbangkan angin yang menerobos masuk. Dari luar jendela itu terlihat gerombolan asap. Aih? Kabus ke?Pertanyaan tadi tidak dijawab. Aku melangkah perlahan-lahan mendekati tingkap itu. Saat tangan aku mahu menyentuh tirai besi itu..."Man."Pantas aku menoleh. Laju nafasku terhembus. Lega pulak rasanya. Ceh! Dia ke yang panggil-panggil aku."Terkejut aku.""Kau ni kenapa pucat semacam je Man?" Tanya Fauzi berkerut dahi memandang pelik pada aku."Tak ada apa-apa la." Aku terus menggosok kepala aku. Gatal plak kulit kepala ni. Sempat aku melihat jam di dinding. Huh! Baru pukul 1 pagi. Entri blog aku belum siap lagi. Cepat-cepat aku kembali ke meja komputer ribaku berada sambil diperhatikan Fauzi yang menggeleng beberapa kali. Aku tak faham kenapa Fauzi sibuk sangat tanya tentang hal aku.Aku menyambung kembali tanpa pedulikan Fauzi."Kau ni sejak putus cinta, selalu sangat menghadap laptop. Buatlah aktiviti lain. Pelik la kau ni. Selalu berkurung dalam bilik je. Kau tak nak keluar jalan-jalan ke?""Keluar apa dah pukul 1 pagi.""Banyaklah kau satu pagi. Sekarang ni baru pukul 9 malam." Beritahu Fauzi. Eh! pukul sembilan? Aku pandang jam di dinding lagi. Betul la pukul 9. Tadi aku tengok macam pukul 1. Tak terasa pulak."Ek?" Aku kehairanan tapi tak pula aku persoalkan. Fauzi yang berdiri di sebelah aku menggeleng lagi dan berundur dari situ. Seringkali dia pujuk aku keluar tapi aku tak nak keluar."Aku rasa kau tak perlu lama-lama bersedih. Untuk apa kau meluahkan pada blog kau tapi hati kau masih tak happy. Encik Zaki dah tanya, bila kau boleh masuk kerja? Susah dah nak dapat bos macam tu siap bagi kau cuti lagi istirehat." Ucap Fauzi sebelum keluar dari bilik aku.Aku terdiam sejenak. Jari jemariku terhenti menaip. Aku memandang Fauzi dengan rasa sebak. Emosi aku memang tak menentu kerana terkenangkan Suriani yang telah mempermainkan cintaku.Belum apa-apa aku sempat menjawab, Fauzi menggeleng terus menerus lantas keluar dari bilik. Setiap kali dia tanya aku bila nak masuk kerja. Aku rasa aku dah tak boleh kerja. Aku dah malas. Aku dah bosan. Malas dah nak kerja hantar surat ke sana ke mari. Rasa nak cari kerja lain je la.... Kalau aku kerja kat tempat tu nanti aku teringatkan Suriani lagi. hurm....
### bersambung.. komen skit entri ni. dah lama dah stop menaip, maafkan saya kerana cerita sebelum ini terpaksa dihentikan penulisan kerana terdapat beberapa masalah timbul yang sukar untuk dielakkan. maafkan daku wahai reader kesayanganku.
Bahagia yang dikecap selama ini seperti bola yang boleh ditendang ke mana-mana arah. Itulah bahagia yang tercipta dari sebuah angan-angan. Sekali lagi, ia satu keperitan yang dahsyat dan sangat menyakitkan apabila boleh itu bergolek bukan menuju ke sasaran. Begitu juga hata kala berkata, "Sayangilah daku selamanya," ia seperti rayuan yang bohong. "Jangan tinggalkan aku," ini juga rayuan sundal. Bahkan begitu juga dengan, "Jangan lepaskan saya," seolah-olah mempamerkan diri si pengucap itu sendiri. Ucapan yang tiada erti sebenarnya.
Jangan berkata cinta kalau tak pernah belajar untuk setia. Jangan pernah impikan bahagia kalau tak mampu merealisasikannya. Sesiapa sahaja tidak mahu merana kerana cinta. Aku juga begitu. Tidak mahu merana kerananya. Tapi apa boleh aku katakan, cintamu dusta. Cintamu penuh palsu. Sewenang-wenangnya dikau mempermainkan perasaan hatiku yang sanggup berkorban demimi. Bila dikenangi semula, kesilapan adalah dari diriku yang tidak berpegang pada kata-kata, "Sekiranya kamu bersedia untuk bercinta maka bersedia jugalah untuk kecewa," maka di sini menegaskan bahawa kekecewaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Paling best dalam hubungan cinta, adanya doktor yang tidak bertauliah dalam bab cinta. Kononnya sebagai penyelamat tetapi sebenarnya ia bukan pakar rujuk yang hebat sehinggakan setiap tutur bicara dipercayai oleh sang kekasih lalu membuat kesimpulan bahawa si dia perlu ditinggalkan. Itulah celaka namanya yang membawa sejuta emosi melenyapkan keindahan. Selain itu, ego... ya! Keegoan adalah nombor satu yang diperjuangkan. Itulah tahap kobodohan maksima seringkali berlaku.
"Setialah padaku, jangan ada yang lain." Manisnya bercinta bagaikan tiada apa-apa lagi yang penting melainkan dia. Tapi apa yang berlaku hari ini, kecurangan di belakang hari. Tidak syak lagi, orang yang lebih dulu berkata "Tidak akan ada yang lain," sebenarnya sudah curang. Percayakah kita pada si dia? Kalau percaya, kenapa diseksa diri kita dengan kerinduan tanpa balasan? Tak kenal maka tak cinta, dah kenal macam celaka. Itulah yang selalu dimainkan oleh perasaan, Bila ditegur maka dituduh memaki hamun. Kerana sebuah rasa sayang, maka nasihat dihulurkan.
"Man!!!" Ah!!! aku sedang asyik berbloging ni ada sahaja yang menganggu."Siapa tu?""Man!!!" Panggilan itu sungguh kuat. Suara siapa ni? Tak pernah pun aku dengar. Nama aku dipanggil kuat pulak tu. Anehnya.Perlahan-lahan aku bangun meninggalkan komputer ribaku. Perhatian tercuri dek panggilan itu. Malam yang dingin ini meremang bulu romaku. Rasa apakah ini? Tadi fikiran kau terbang saat menulis dan meluahkan rasa. Tapi sekarang ni..."Siapa?" Soalku perlahan-lahan mendekati jendela yang tidak terkatup itu. Langsir bilikku diterbangkan angin yang menerobos masuk. Dari luar jendela itu terlihat gerombolan asap. Aih? Kabus ke?Pertanyaan tadi tidak dijawab. Aku melangkah perlahan-lahan mendekati tingkap itu. Saat tangan aku mahu menyentuh tirai besi itu..."Man."Pantas aku menoleh. Laju nafasku terhembus. Lega pulak rasanya. Ceh! Dia ke yang panggil-panggil aku."Terkejut aku.""Kau ni kenapa pucat semacam je Man?" Tanya Fauzi berkerut dahi memandang pelik pada aku."Tak ada apa-apa la." Aku terus menggosok kepala aku. Gatal plak kulit kepala ni. Sempat aku melihat jam di dinding. Huh! Baru pukul 1 pagi. Entri blog aku belum siap lagi. Cepat-cepat aku kembali ke meja komputer ribaku berada sambil diperhatikan Fauzi yang menggeleng beberapa kali. Aku tak faham kenapa Fauzi sibuk sangat tanya tentang hal aku.Aku menyambung kembali tanpa pedulikan Fauzi."Kau ni sejak putus cinta, selalu sangat menghadap laptop. Buatlah aktiviti lain. Pelik la kau ni. Selalu berkurung dalam bilik je. Kau tak nak keluar jalan-jalan ke?""Keluar apa dah pukul 1 pagi.""Banyaklah kau satu pagi. Sekarang ni baru pukul 9 malam." Beritahu Fauzi. Eh! pukul sembilan? Aku pandang jam di dinding lagi. Betul la pukul 9. Tadi aku tengok macam pukul 1. Tak terasa pulak."Ek?" Aku kehairanan tapi tak pula aku persoalkan. Fauzi yang berdiri di sebelah aku menggeleng lagi dan berundur dari situ. Seringkali dia pujuk aku keluar tapi aku tak nak keluar."Aku rasa kau tak perlu lama-lama bersedih. Untuk apa kau meluahkan pada blog kau tapi hati kau masih tak happy. Encik Zaki dah tanya, bila kau boleh masuk kerja? Susah dah nak dapat bos macam tu siap bagi kau cuti lagi istirehat." Ucap Fauzi sebelum keluar dari bilik aku.Aku terdiam sejenak. Jari jemariku terhenti menaip. Aku memandang Fauzi dengan rasa sebak. Emosi aku memang tak menentu kerana terkenangkan Suriani yang telah mempermainkan cintaku.Belum apa-apa aku sempat menjawab, Fauzi menggeleng terus menerus lantas keluar dari bilik. Setiap kali dia tanya aku bila nak masuk kerja. Aku rasa aku dah tak boleh kerja. Aku dah malas. Aku dah bosan. Malas dah nak kerja hantar surat ke sana ke mari. Rasa nak cari kerja lain je la.... Kalau aku kerja kat tempat tu nanti aku teringatkan Suriani lagi. hurm....
### bersambung.. komen skit entri ni. dah lama dah stop menaip, maafkan saya kerana cerita sebelum ini terpaksa dihentikan penulisan kerana terdapat beberapa masalah timbul yang sukar untuk dielakkan. maafkan daku wahai reader kesayanganku.
Published on May 06, 2013 08:16
April 30, 2013
Marimo punya hal
Salam, serius lama gila aku rindu dekat kau orang. Lama juga aku tak update blog yang sudah bersawang. Al-kisah aku sekarang sedang uruskan perniagaan. Jadi aku baru bermula. Bila benda nak mula ni banyak ambil masa, kan? Oleh itu aku kena beri tumpuan.
Tadi aku menerima satu perkataan, Marimo. Aku terfikir apa benda Marimo ni? AKu rasa ia sangat pelik dan dalam otak aku terjentik perkataan Por to Amor, ha ha ha ala-ala Maxico begitu. Okey la tu asalkan aku dapat mengenali sesuatu yang sangat berharga. Seorang hamba Allah ni bertanya padaku mana nak cari Marimo tu? Dan aku juga tertanya-tanya sendiri lalu aku pun searching di internet. Rupa-rupanya Marimo tu spesis lumut. Terus otak ni nakal. Ditanya "Mana nak cari Marimo?" soalnya. Pantas aku pun menjawab, "Marimo tu lumut kan? Cari di Lumut, Perak." Ahdoi.... apa kes la aku pi jawab macam tu, si dia terus marah aku ala-ala merajuk. Macam mana pun, aku suka cara dia la.... he he he
Dan ini la dia info mengenai Marimor tu yang aku sedut dari artikel kepunyaan orang lain. hehehe.....
Marimo - Lumut berbentuk bola
Marimo? Pernah tak korang dengar spesis ni? Aku pun baru tahu tentang spesis ni semalam, bila member aku kat ofis ni telah membeli satu spesis tumbuhan alga hijau bernama Marimo. Jom view sikit rupa marimo ni yer...
Inilah rupa marimo nih... berbentuk bulat macam bola
Semalam masa aku dapat tahu pasal marimo ni, aku pun macam blur, apakah spesis ni? And hari ni pagi-pagi lagi aku dah buat searching pasal ni. Dan hasil daripada searching tu aku rumuskan kat sini, untuk info. Jom kenali apa itu marimo?
Marimo atau dikenali juga sebagai Cladophora ball, Lake ball, atau Moss Balls. Marimo ini adalah spesis alga bewarna hijau (Chlorophyta) yang ditemui dalam beberapa tasik di hemisfera utara.
Marimo adalah satu bentuk tumbuhan yang berkembang menjadi bentuk bola hijau dan rupanya seakan baldu. Marimo ini boleh ditemui di Iceland, Scotland, Jepun dan Estonia. Morimo ini akan membesar sebanyak 5mm dalam masa setahun.
Bila berlakunya proses fotosintesis, lumut mariomo ini akan mengeluarkan banyak buih-buih halus(oksigen) dan kadangkala ianya akan membuatkan lumut marimo ini terapung. Tapi dalam keadaan biasa lumut marimo ini akan berada di dasar balang atau botol.
ia akan mengeluarkan buih-buih kesil semasa proses fotosintesis
Ianya membiak secara replication. Penjagaan morimo ini tidak lah terlalu cerewet, airnya hanya perlu ditukar 2 minggu sekali dan membersihkan sedikit marimo ini setiap kali menukar air. Marimo hanya memerlukan air dan cahaya yang cukup untuk hidup. Kalau suhu air tu sejuk sikit, proses tumbesaran marimo ini akan cepat berlaku dan akan kelihatan seolah-olah bola besar bewarna hijau. Marimo ini akan mati sekiranya terkena direct sunlight dan suhu bilik lebih daripada 35 darjah celcius.
ianya boleh diletak didalam bekas/balang atau botol macam image dibawah.
All this image from google:
Dan pic dibawah ni adalah marimo yang telah dibeli oleh member aku semalam.
marimo yang bulat-bulat warna hijau, dekat batu tu
pandangan dari sisi
Kat mana boleh beli marimo ni? Member aku beli marimo ni dekat web Groupon. Harga dia lebih kurang Rm40. Atau korang jugak boleh beli kat sini lelong. Just search marimo, nanti akan keluar banyak list macam ni...
SUMBER
Tadi aku menerima satu perkataan, Marimo. Aku terfikir apa benda Marimo ni? AKu rasa ia sangat pelik dan dalam otak aku terjentik perkataan Por to Amor, ha ha ha ala-ala Maxico begitu. Okey la tu asalkan aku dapat mengenali sesuatu yang sangat berharga. Seorang hamba Allah ni bertanya padaku mana nak cari Marimo tu? Dan aku juga tertanya-tanya sendiri lalu aku pun searching di internet. Rupa-rupanya Marimo tu spesis lumut. Terus otak ni nakal. Ditanya "Mana nak cari Marimo?" soalnya. Pantas aku pun menjawab, "Marimo tu lumut kan? Cari di Lumut, Perak." Ahdoi.... apa kes la aku pi jawab macam tu, si dia terus marah aku ala-ala merajuk. Macam mana pun, aku suka cara dia la.... he he he
Dan ini la dia info mengenai Marimor tu yang aku sedut dari artikel kepunyaan orang lain. hehehe.....
Marimo - Lumut berbentuk bola
Marimo? Pernah tak korang dengar spesis ni? Aku pun baru tahu tentang spesis ni semalam, bila member aku kat ofis ni telah membeli satu spesis tumbuhan alga hijau bernama Marimo. Jom view sikit rupa marimo ni yer...
Inilah rupa marimo nih... berbentuk bulat macam bolaSemalam masa aku dapat tahu pasal marimo ni, aku pun macam blur, apakah spesis ni? And hari ni pagi-pagi lagi aku dah buat searching pasal ni. Dan hasil daripada searching tu aku rumuskan kat sini, untuk info. Jom kenali apa itu marimo?
Marimo atau dikenali juga sebagai Cladophora ball, Lake ball, atau Moss Balls. Marimo ini adalah spesis alga bewarna hijau (Chlorophyta) yang ditemui dalam beberapa tasik di hemisfera utara.
Marimo adalah satu bentuk tumbuhan yang berkembang menjadi bentuk bola hijau dan rupanya seakan baldu. Marimo ini boleh ditemui di Iceland, Scotland, Jepun dan Estonia. Morimo ini akan membesar sebanyak 5mm dalam masa setahun.
Bila berlakunya proses fotosintesis, lumut mariomo ini akan mengeluarkan banyak buih-buih halus(oksigen) dan kadangkala ianya akan membuatkan lumut marimo ini terapung. Tapi dalam keadaan biasa lumut marimo ini akan berada di dasar balang atau botol.
ia akan mengeluarkan buih-buih kesil semasa proses fotosintesis
Ianya membiak secara replication. Penjagaan morimo ini tidak lah terlalu cerewet, airnya hanya perlu ditukar 2 minggu sekali dan membersihkan sedikit marimo ini setiap kali menukar air. Marimo hanya memerlukan air dan cahaya yang cukup untuk hidup. Kalau suhu air tu sejuk sikit, proses tumbesaran marimo ini akan cepat berlaku dan akan kelihatan seolah-olah bola besar bewarna hijau. Marimo ini akan mati sekiranya terkena direct sunlight dan suhu bilik lebih daripada 35 darjah celcius.
ianya boleh diletak didalam bekas/balang atau botol macam image dibawah.
All this image from google:
Dan pic dibawah ni adalah marimo yang telah dibeli oleh member aku semalam.
marimo yang bulat-bulat warna hijau, dekat batu tu
pandangan dari sisiKat mana boleh beli marimo ni? Member aku beli marimo ni dekat web Groupon. Harga dia lebih kurang Rm40. Atau korang jugak boleh beli kat sini lelong. Just search marimo, nanti akan keluar banyak list macam ni...
SUMBER
Published on April 30, 2013 23:48
February 28, 2013
Arwah Ibu Lawat Jenazah Anak (Kisah Benar)
Kisah ini diceritakan oleh seorang ustaz yang bertugas memandikan mayat orang Islam di hospital. Lebih kurang jam 3.30 pagi, saya menerima panggilan dari Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang, Selangor untuk menguruskan jenazah lelaki yang sudah seminggu tidak dituntut. Di luar bilik mayat itu cukup dingin dan gelap serta sunyi dan hening.
Hanya saya dan seorang penjaga bilik tersebut yang berada dalam bilik berkenaan. Saya membuka dengan hati-hati penutup muka jenazah. Kulitnya putih, badannya kecil dan berusia awal 20-an. Allah Maha Berkuasa. Tiba-tiba saya lihat muka jenazah itu sedikit demi sedikit bertukar menjadi hitam. Mulanya saya tidak menganggap ia sebagai aneh, namun apabila semakin lama semakin hitam, hati saya mula bertanya-tanya. Saya terus menatap perubahan itu dengan teliti, sambil di hati tidak berhenti-henti membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Detik demi detik berlalu, wajah jenazah semakin hitam. Selepas lima minit berlalu, barulah ia berhenti bertukar warna. Ketika itu wajah mayat berkenaan tidak lagi putih seperti warna asalnya, tetapi hitam seperti terbakar. Saya keluar dari bilik berkenaan dan duduk termenung memikirkan kejadian aneh yang berlaku itu. Pelbagai pertanyaan timbul di kepala saya apakah yang sebenarnya telah terjadi? Siapakah pemuda itu? Mengapa wajahnya bertukar hitam? Persoalan demi persoalan muncul di fikiran saya.
Sedang saya termenung tiba-tiba saya dapati ada seorang wanita berjalan menuju ke arah saya. Satu lagi pertanyaan timbul, siapa pula wanita ini yang berjalan seorang diri di bilik mayat pada pukul 4.00 pagi. Semakin lama dia semakin hampir, dan tidak lama kemudian berdiri di hadapan saya. Dia berusia 60-an dan memakai baju kurung.
Ustaz," kata wanita itu."Saya dengar anak saya meninggal dunia dan sudah seminggu mayatnya tidak dituntut. Jadi saya nak tengok jenazahnya." kata wanita berkenaan dengan lembut.
Walaupun hati saya ada sedikit tanda tanya, namun saya membawa juga wanita itu ke tempat jenazah tersebut. Saya tarik laci 313 dan buka kain penutup wajahnya
"Betulkah ini mayat anak mak cik?"tanya saya."Mak cik rasa betul... tapi kulitnya putih."Makcik lihatlah betul-betul." kata saya. Selepas ditelitinya jenazah berkenaan,wanita itu begitu yakin yang mayat itu adalah anaknya. Saya tutup kembali kain penutup mayat dan menolak kembali lacinya ke dalam dan membawa wanita itu keluar dari bilik mayat. Tiba di luar saya bertanya kepadanya.
"Mak cik, ceritakanlah kepada saya apa sebenarnya yang berlaku sampai wajah anak mak cik bertukar jadi hitam?" tanya saya.Wanita itu tidak mahu menjawab sebaliknya menangis teresak-esak.Saya ulangi pertanyaan tetapi ia masih enggan menjawab.Dia seperti menyembunyikan sesuatu."Baiklah, kalau mak cik tidak mahu beritahu,saya tak mahu uruskan jenazah anak mak cik ini. "kata saya untuk menggertaknya.
Bila saya berkata demikian, barulah wanita itu membuka mulutnya.Sambil mengesat airmata, dia berkata,"Ustaz, anak saya ni memang baik,patuh dan taat kepada saya.Jika dikejutkan di waktu malam atau pagi supaya buat sesuatu kerja,dia akan bangun dan buat kerja itu tanpa membantah sepatahpun.Dia memang anak yang baik.Tapi..." tambah wanita itu lagi "apabila makcik kejutkan dia untuk bangun sembahyang,Subuh misalnya, dia mengamuk marahkan mak cik.Kejutlah dia, suruhlah dia pergi ke kedai,dalam hujan lebat pun dia akan pergi, tapi kalau dikejutkan supaya bangun sembahyang,anak makcik ini akan terus naik angin.Itulah yang mak cik kesalkan." kata wanita tersebut.
Jawapannya itu memeranjatkan saya.Teringat saya kepada hadis nabi bahawa barang siapa yang tidak sembahyang,maka akan ditarik cahaya iman dari wajahnya.Mungkin itulah yang berlaku.Wajah pemuda itu bukan sahaja ditarik cahaya keimanannya,malah diaibkan dengan warna yang hitam.
Selepas menceritakan perangai anaknya,wanita tersebut meminta diri untuk pulang.Dia berjalan dengan pantas dan hilang dalam persekitaran yang gelap.Kemudian saya pun memandikan, mengapankan dan menyembahyangkannya.
Selesai urusan itu, saya kembali ke rumah semula.Saya perlu balik secepat mungkin kerana perlu bertugas keesokan harinya sebagai imam di Masjid Sultan Sallehuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.Selang dua tiga hari kemudian, entah kenapa hati saya begitu tergerak untuk menghubungi waris mayat pemuda tersebut. Melalui nombor telefon yang diberikan oleh Hospital Tengku Ampuan Rahimah,saya hubungi saudara Allahyarham yang agak jauh pertalian persaudaraannya.
Selepas memperkenalkan diri, saya berkata,"Encik, kenapa encik biarkan orang tua itu datang ke hospital seorang diri di pagi-pagi hari.Rasanya lebih elok kalau encik dan keluarga encik yang datang sebab encik tinggal di Kuala Lumpur lebih dekat dengan Klang."Pertanyaan saya itu menyebabkan dia terkejut,"Orang tua mana pula?" katanya.
Saya ceritakan tentang wanita berkenaan, tentang bentuk badannya,wajahnya, tuturannya serta pakaiannya."Kalau wanita itu yang ustaz katakan,perempuan itu adalah emaknya, tapi.... emaknya dah meninggal lima tahun lalu!"Saya terpaku, tidak tahu apa yang hendak dikatakan lagi.Jadi 'apakah' yang datang menemui saya pagi itu?
Walau siapa pun wanita itu dalam erti kata sebenarnya,saya yakin ia adalah 'sesuatu' yang Allah turunkan untuk memberitahu kita apa yang sebenarnya telah berlaku hingga menyebabkan wajah pemuda berkenaan bertukar hitam.Peristiwa tersebut telah terjadi lebih setahun lalu, tapi masih segar dalam ingatan saya.Ia mengingatkan saya kepada sebuah hadis nabi,yang bermaksud bahawa jika seseorang itu meninggalkan sembahyang satu waktu dengan sengaja,dia akan ditempatkan di neraka selama 80,000 tahun.Bayangkanlah seksaan yang akan dilalui kerana satu hari di akhirat bersamaan dengan seribu tahun di dunia.Kalau 80,000 tahun?
Ingatlah..azab meninggalkan solat fardhu ini amat dahsyat dan tidak putus-putus seksaannya dari kehidupan dunia hinggalah kehidupan akhirat..Semoga kita semua mengambil iktibar dari cerita ini dan menjadi orang yang sentiasa menjaga solat,InsyaAllah.. -via Islam Iman Ihsan
P/s: Ambillah pengajaran dari cerita diatas ini. Semoga kita semua tidak menjadi seperti cerita ini. Amin. InsyaAllah. :) Hit LIKE & SHARE.
Sumber
Published on February 28, 2013 05:07
February 12, 2013
Novel : Nasi Kicap Telur Goreng (Bab 13)
PERBELANJAANbagi pembelajaran mestilah terancang. Bukan apa, semuanya mahu jaga duit poket dan tidak mahu pembaziran berlaku. Kalau makan, makan sahaja ala kadar. Menjadi pelajar bukan bererti mesti hidup seperti orang kaya raya. Belajar pun guna duit pinjaman. Jadi mesti berjimat cermat dalam berbelanja. Balik sahaja dari kelas, perut mula berkeroncong maka berasaplah periuk elektrik dalam bilik. Masak nasi putih sahaja kemudian nasi itu digaul kicap. Telur goreng memang dibeli di kafe dan dibawa balik ke bilik. Memang begitulah makanan Hazrina. Bukan dia kedekut untuk berbelanja tetapi hujung-hujung bulan memang begitu jadinya.Bukan mahu hipokrit. Kalau dia makan nasi begitu dalam bilik pun tiada siapa yang tahu kecuali Noris yang sudah berani ikut makan bersama tanpa was-was. Nasi kicap sungguh sedap dinikmati bersama telur goreng yang digaul bersama-sama. Buat alas perut. Kalau mahu makan sedap maka mereka pergilah makan ke mana-mana kedai.Dalam enak menjamu selera sambil duduk bersila di atas jubin lantai, Noris pandang Hazrina. Wajah itu sayu dan kali ini Noris rasa sebak melihat cara hidup mereka di kolej.“Kenapa kau ajar aku makan nasi macam ni, Rin?”“Makan macam ni seronok…” Jawab Hazrina.“Yalah seronok tapi setiap kali kau makan, kau suka menangis.”“Mana ada.”“Kau jangan sorok daripada aku, Rin.” Noris sering dihidangkan dengan air mata.Asyik-asyik air mata yang jadi peneman Hazrina. Mana boleh begini. Sekiranya selalu menangis sahaja nanti bilik ini ditenggelami air. Cukuplah menangis kerana tangisan sebegitu tidak bermakna namun bagi Hazrina, dia mengenangkan keperitan. Perti apabila hidup dalam kesusahan. Walau ada di antara manusia yang hidup senang, ada kalanya mereka jarang melihat orang yang berada di bawah. Malah ada yang suka menindas.Makanan yang ada perlu disyukuri. Hazrina duduk bersila mengenangkan kenangan yang menjadi duri di mana hidup mereka sekeluarga susah. Menjadi anak sulung dalam keluarga memang besar tanggungjawabnya. Segalanya dikongsi bersama Noris dan sahabatnya itu tahu segala-galanya tentang derita hidup. Kecuali hal ini. Hal hati dan perasaan.“Aku rindukan Awan.”“Tapi dia dah hancurkan hati kau. Dia diamkan diri.”“Bard beritahu aku yang Awan kemalangan.”“Jadi kau masih percayakan si Badrul tu? Sudah-sudahlah tu Rin. Tak guna kau layan mereka berdua. Aku rasa Bard dengan Awan tu sama je. Dua-dua buruk perangai. Harapkan muka je handsome tapi hati busuk!” Marah Noris sambil letak pinggan nasi atas lantai semula. Hilang pulak selera aku! Bentak hatinya.Dalam minda hanya ada nama Hazwan. Tentang Badrul pula adalah memori hitam. Sekarang apa yang pahit adalah mengenangkan sikap Hazwan yang begitu sambil lewa dalam menilai hati Hazrina yang sarat menanti tetapi dikecewakan dengan mungkirnya janji seorang lelaki terhadap wanita.Tidak adil bagi seorang wanita menagih janji dan mengharapkan seorang lelaki menepati apa yang diucapkan. Dia pun tidak sangka akan berhadapan dengan lelaki hipokrit. Berpura-pura baik walaupun pada awak perkenalan begitu egois. Tidak mudah bagi Hazrina melupakan kedua-duanya.Hazrinna sebak di dalam dada dan air mata menzahirkan kekecewaan. Noris pula sudah bosann melihat keadaan sedemikian dan nekad tidak mahu membiarkan Hazrina terlalu lurus atau terlalu optimis terhadap lelaki yang banyak memberikan kekecewaan.Bahu Noris ditepuk. “Cukuplah. Aku tak selera nak makan. Kau habiskan dulu.”“Kau nak ke mana?”“Aku nak selesaikan apa yang patut aku selesaikan. Aku nak bayar hutang.”“Is…” Hazrina bangun menghalang. “Aku tak nak kau libatkan diri lagi. Terima kasih di atas bantuan kau.”“Aku tak suka lelaki tak guna tu kecewakan kau sampai macam ni. Kau dah berharap sangat.”“Tidak, kalau memang bukan takdir aku bukan bersama dia, aku tak boleh buat apa-apa, Is.” Hazrina sungguh kecewa dan lukanya sangat dalam hanya kerana sebuah janji.“Lupakan saja dia Rin. Lagipun…” Noris tunduk.“Lagipun apa Is?”“Erm…” Noris susah mahu cakap apa yang berlegar dalam kepalanya. Hazrina nampak Noris menggaru telinga. Sudah tentu ada perkara yang serius.Wajah penat Hazrina disembunyikan pula dengan keinginan mahu tahu apa yang disimpan oleh Noris. Sahabatnya itu mengeluh halus.“Jawab Is… apa yang cuba kau nak cakap ni?” Soal Hazrina sampai tangan pun belum sempat dibasuh. Dia mahu dengar sampai habis.Noris menggeleng perlahan.“Sebenarnya darjat yang membezaka orang macam kita dengan dia.”“Kerana dia anak Dato`?” Pantas Hazrina meneka.“Ya Rin. Pasti mereka akan tuduh kau gilakan harta. Dan Datin Marlia pun pernah haramkan kita jejakkan kaki lagi dekat rumah tu. Tak mustahil mereka akan buat kita macam-macam.” Ketara Noris mula memikirkan perkara yang bukan-bukan. Fikirannya telah dipengaruhi hal yang negatif.“Is… kau pun tak percayakan aku ke?” Wajah kecewa Hazrina kembali terbit.“Kau jangan salah faham. Aku pun tak mahu kita dihina macam di rumah Datin Marlia tu. Walaupun aku sebenarnya tak kisah sangat dengan perangai dan ragam orang kaya tu tapi aku tidak mahu hati kau terguris lagi dan lagi. Mana nak cari ubat sembuhkan luka di hati kau tu, Rin?” Noris bimbang.Telefon bimbit Hazrina berbunyi. Mereka berdua memandang telefon itu di atas katil Hazrina. Panggilan telefon daripada Hazwan.“Better jangan jawab.” Saran Noris.Hazrina mengambil telefonnya sekilas memandang Noris yang sedang berkerut dahi. Panggilan itu mati dan tiada lagi panggilan yang kedua kecuali pesanan ringkas yang masuk.
SMS Hazwan :Saya minta maaf, berikan saya peluang untuk jelaskanhal sebenarnya.
“Awan hantar SMS.”“Apa katanya?”“Dia minta maaf.” Jawab Hazrina.“Kau nak maafkan dia ke tak?”“Tak tahu.” Hazrina sendiri kurang yakin.
***
DIAmengeluh berat. Sekilas menoleh pada Badrul yang berdiri di sebelahnya. Perasaan itu terbawa sampai senja. Begitu sekali dia cuba memujuk tetapi Hazrina berdegil. Di tepi tasik itu dia berdiri merenung jauh ke dasar seolah-olah dia sedang menyelam.“Aku tak faham la dengan kau ni Awan? Apa ubat yang doktor bagi dekat kau pun aku tak tahu sampai hilang kewarasan kau ni.”“Aku tak gila okey.” Hazwan membantah. Dia kurang senang. Hazrina pun tidak membalas pesanan darinya. Ini satu perkara yang begitu menguji dirinya supaya bersabar.“Kalau kau tak gila, kenapa kau lari dari hospital dan pergi rumah Maya lalu minta barang tu semua? Kau fikir Maya nak dengar cakap kau ke?”“Dia akan dengar tapi dia sudah salah faham.”“Apa lagi yang kau nak buat lepas ni? Sudahlah tu… aku tak nak tengok sepupu aku sendiri jadi gila tak tentu hala. Kau patut fikir perasaan keluarga kau sebelum buat apa-apa keputusan.”“Aku nak putus dengan Maya.”“Kau gila ke?”“Memang. Memang aku dah gila Bard.”“Kau ni dah parah sangat. Nanti apa kata papa dan mama kau?” Badrul merasakan kerumitan dalam masalah Hazwan kali ini. Ia semakin parah setelah Hazwan mahu memutuskan pertunangannya dengan Maya.Hazwan terpaksa membuat keputusan drastik.. Dia tahu keputusannya itu tidak salah dan kalau dia teruskan juga maka dia menempah tiket sengsara. Dia tidak mahu hidup bersama perempuan seperti Maya yang terlalu menggeletis.“Mama dan papa aku tak perlu kata apa-apa kerana semua ini soal masa hadapan aku. Aku dah besar panjang okey. Biar aku yang cari calon isteri aku sendiri. Dengan siapa aku mahu bercinta itu adalah hak aku.”“Tapi kau tak sepatutnya membelakangkan mereka, Awan.”“Selama ni apa yang kau buat pernah kau depankan umi dan abah kau ke? Tak pernah kan?” Hazwan sedarkan Badrul supaya melihat diri sendiri sebelum menasihati orang lain.“Jom balik berehat. Kau tu belum sihat sepenuhnya lagi.” Ajak Badrul sambil memaut bahu Hazwan. Walau macam mana pun pertengkaran mereka, itu adalah cara mereka menyelesaikan masalah. Masih ada kasih sayang antara saudara.Mereka berjalan sambil berpaut. Bantuan diberikan kepada Hazwan supaya menapak lebih tenang. Walaupun hati parah dilontarkan pada udara yang dihirup. Udara senja menjadi sedikit berat kerana awan kelabu berarak menandakan hari bakal hujan dan menjemput angin dingin mencuit kulit. Maka nanti akan merindinglah bulu roma mereka. Seterusnyta Kedua-dua mereka menatap langit itu yang semakin gelap ditutupi awan sebelum masuk ke dalam kereta.
Published on February 12, 2013 00:47
Miqael Arshad's Blog
- Miqael Arshad's profile
- 2 followers
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

