Miqael Arshad's Blog, page 2

August 14, 2013

Novel : Hati Jadi Rindu - Bab 3

BAB 3
ZARINAbangun awal pagi dan dia terus mengorak langkah ke bilik Rashid. Mahu diperhatikan sama ada suaminya sudah balik atau belum? Ini hanya untuk kepastian sahaja. Sebaik sahaja tangannya mahu mencapai tombol itu, tiba-tiba pintu bilik Rashid terus terbuka. Terkejut jadinya.“Apa yang kau tercegat depan bilik aku ni?” Rashid masih berbaju tidur.“Saya... saya....”“Apa saya saya? Dah tak boleh nak cakap?”Wajah Zarina pucat. Rashid ni garang sangat. Tak boleh ke perlahan sikit suara tu? Ni macam singa mengaum pagi-pagi hari. Kebetulan pula Zarina nak pulas tombol Rashid pula buka pintu.“Saya nak ambil baju kotor. Nak cuci.” Jawab Zarina cemas. Nasib baik akalnya cepat mencerna alasan. Kalau tidak, entah apalah yang berlaku.“Oh... okey. Tolong kemaskan sekali katil aku tu ya.” Rashid menguap lagi dan mencapai tuala yang tersangkut. Dia nak mandi.Jadi apa lagi, cepat-cepat dia ambil baju kotor untuk dicuci. Dia sebenarnya lega sebab suaminya balik. Ingatkan tak balik. Mujurlah masih ingat rumah ni. Nanti alasan tertidur di pejabat pula kan lain pula ceritanya.Tapi ada sesuatu yang menganggu fikirannya sekaligus membuatkan jiwanya tak tenang. Hatinya ni rasa lain macam sikit. Terasa mahu sahaja dilihat telefon Rashid yang berada di atas rak tu. Asyik terpandang sahaja. Namun, dia berat hati.“Aku nak ingatkan kau, selepas kita kahwin nanti aku tak nak kau usik apa-apa barang milik peribadi aku, faham?” Rashid telah memberikan peringatan pada Zarina untuk tidak mengambil tahu aktiviti hidupnya.Sekarang dah lepas kahwin, memang tak boleh sentuh barang peribadinya tapi pakaian dalam pun peribadi jugak kan? Kira boleh la! Tangannya cepat mencapai telefon bimbit.Zrapppp...pintu bilik mandi terbuka. Isy!!! Kenapa cepat sangat dia keluar? Zarina letak semula telefon itu.“Awak mandi kerbau ke, cepatnya?” Zarina mengambil bakul berisi pakaian Rashid untuk dibawa keluar.“Aku mandikan diri aku, aku tak pernah mandikan kerbau dekat sini dan jaga baju tu, jangan sampai rosak baju aku tu.” Pesan Rashid.Dia buat aku ni macam tak reti cuci baju pulak. Selama ni aku juga yang cuci baju dia, baik kat rumah mama mahu kat rumah ni. Bebel Zarina di hati.“Memang la awak tu tak mandikan kerbau tapi bau badan awak tu macam kerbau.” Desis Zarina perlahan. Sakit pula hatinya dengan kata-kata Rashid tadi. Boleh pula buat lawak pagi-pagi buta ni.“Apa kau cakap tadi?” Rashid kurang dengar.“Tak ada apa-apalah.” Zarina terus berlalu.“Sekejap!” Panggil Rashid mematikan langkah Zarina. Rashid mendekati Zarina lalu cuba dihidu tengkuk. Segera Zarina berganjak. Bukan apa, selama ni Rashid jarang mesra sebegini.“Kenapa ni?”“Bau kau pun lebih kurang sama juga dengan kerbau.” Usik Rashid pula.“Isy! Apa-apa ajelah.” Zarina menyambung langkahnya. Suka benar Rashid buat Zarina bengang. Baru tahu rasa, buat orang lain bengang tak apa pula? Rashid suka tembak semula.“Awak. Saya nak tanya awak.” Zarina letak bakul tu. “Mana awak pergi malam tadi? Awak janji nak balik awal, kan?”“Eh? Saya ada janji ke?” Rashid angkat kening.“Errr...” Zarina berfikir, tak ada kut. Ah! Apa-apa ajelah. Zarina mengambil semula bakul itu dan menuju ke bilik cucian.


***


DATO` SRI RIZALmenghubungi Rashid ada hal untuk dibincangkan. Mereka bertemu Cafe House. Rashid datang tepat pada waktunya pada petang itu.“Ada apa papa nak jumpa dengan Rash?” Rashid berdiri.“Duduk dulu.” Suruh papanya. Kerusi ditarik kemudian Rashid melabuhkan punggungnya. Dia membetulkan kedudukan tali lehernya yang agak senget. Kemudian dia memandang semula ke dalam mata papa.Semenjak akhir-akhir ini Dato` Sri Rizal dengar banyak cerita yang tak baik mengenai Rashid. Pulang selalu lewat malam jadi dia mahu menasihati Rashid supaya tidak berkelakuan seperti itu. Rashid perlu menghormati isteri sendiri. Sebagai seorang ayah, dia tahu perangai anaknya itu bagaimana tetapi sampai bila Rashid mesti hidup di dalam dunia sendiri? Sekarang anaknya itu bukan orang bujang, kini sudah bergelar suami. Nanti kalau sudah ada anak bagaimana?“Papa nak tanya sikit, kenapa kau biarkan isteri kau sendirian di rumah?”“Ni apa dengar cerita daripada mana pulak ni?”“Dari mana papa tahu itu tak penting, papa hanya nak tahu, kenapa kau abaikan menantu papa tu?”“Hah? Menantu?”“Rash, walau bagaimanapun Ina tu tetap menantu papa. Papa nak kau jaga dia elok-elok. Dari dulu lagi dia dah macam keluarga kita.” Ujar Dato` Sri Rizal.“Papa... papa lupa ke siapa dia? Dia tak ada kena mengena pun dengan keluarga kita. Dia datang tiba-tiba dan papa terima dia tinggal di rumah kita jadi orang gaji rumah kita. Sekarang kehendak papa dan mama pun Rash penuhi, ikut sukati Rash la nak buat apa pun.” Jawab Rashid tidak berpuas hati kerana dipersalahkan dalam soal ini. Dalam hatinya bertambah geram. Ada sahaja yang mengadu domba.“Oh, ikut suka hati? Sampai buat Ina sedih, kenapa? Bukan macam ni cara kau melayani isteri kau, Rash.”“Papa, papa... apa pun yang terjadi di antara saya dengan Ina, papa tak boleh masuk campur.” Rashid bangun. Bukan dia mahu bersikap biadap tetapi dia telah hilang sabar. Kehendak papa dan mama dia dah penuhi. Apa lagi mereka nak?“Why not? Papa masih ada hak, sebab dia adalah menantu papa dan untuk pengetahuan kamu Rash, papa tidak akan memaafkan kau kalau apa-apa berlaku terhadap Zarina, faham?”“Papa? Kenapa sampai macam ni? Apa pentingnya Zarina tu berbanding Rash ni?”“Dia memang penting. Papa tak pernah jumpa perempuan seperti Zarina yang penyabar.”“Kalau papa suka sangat dekat dia, kenapa tak papa aje yang kahwin dengan dia dulu?”“Kurang ajar!” Dato` Sri Ryzal berdiri lalu melepaskan satu hayunan. Wajah kemerahan terpampang dek menahan geram dengan sikap Rashid yang melampau itu. Tanpa sedar tangan laju berlabuh ke pipi Rashid sekuat tenaga. Silap hari bulang boleh tercabut rahang anaknya.Pang!Ah!!!Rashid pegang pipinya. Tidak!!!Papanya menampar dirinya. Hanya kerana Zarina? Sampai hati papa!“Awak, awak, mimpi disiang hari ke?” Terpisat-pisat Rashid di dalam pejabatnya.Laju dia menggosok kelopak matanya dengan siku jari. Entah macam mana dia boleh terlelap di meja pejabatnya itu.“Kau buat apa dalam pejabat aku ni?”“Saya nak hantar ni?” Zarina tunjukkan mangkuk tingkat berisi makanan untuk santapan tengah hari Rashid. Zarina tahu Rashid tidak ada kesempatan menjamah makanan. Itu belum lagi turun ke lokasi pembinaan. Kalau sudah sibuk mana ada masa mengisi perut.Selama ini selalu sibuk sehingga pulang lewat malam. Apa salahnya Zarina bawa bekal tu sendiri. Lagi pun ,dia tidak mahu Rashid terlepas makan tengah hari lagi dan makan malam.“Isy kau ni, buat malu ajelah. Aku boleh makan dekat luar tak perlulah bawa bekal sampai sini.”“Saya letak atas meja ni ya.”“Ya.”“Awak,” panggil Zarina.“Ada apa?”“Saya balik dulu.” Zarina meminta izin.“Ya, baliklah.”“Saya balik ni.”“Aku kata balik, baliklah!” Bentak Rashid.“Erh!” Terkejut Zarina mendengar suara Rashid tiba-tiba tinggi. Tidak pernah Rashid buat perangai macam ni sebegini teruk? Apa ni?Zarina terus keluar kerana bimbang Rashid naik angin lagi. Manalah tahu nanti tiba-tiba buat gila pulak.Telefon bimbit Rashid berbunyi. Dia melihat nama yang tertera di skrin. Dia tidak tahu apakah yang bakal berlaku selepas ini? Rashid menjawab panggilan itu.“Ya papa, ada apa?”“Papa nak jumpa kamu lepas lunch nanti.”


***


LANGKAHNYAhampa sambil masuk ke dalam rumah. Ingatkan Rashid suka tetapi rupa-rupanya tidak. Kena tengking adalah. Namun, tak apa asalkan Rashid makan masakannya. Dia berharap sangat suaminya itu menjamah sedikit. Paling tidak pun dapat juga buat Zarina gembira untuk sesaat.“Macam mana Ina?” Tegur Mak Mah melihat Zarina berwajah muram.Zarina senyum tawar memandang Mak Mah tepinya.“Okey je Mak Mah.” Jawab Zarina perlahan menala langkah ke sofa.“Okey saja?” Mak Mah tidak berpuas hati dengan jawapan itu. Mesti ada yang tidak kena. Kalau tidak takkanlah wajah Zarina begitu?Anggukkan perlahan diberikan sebagai tanda Zarina tiada apa-apa masalah. Semuanya stabil. Hakikatnya disorokkan dari pengetahuan Mak Mah.Dari gaya Zarina itu, dapat Mak Mah tafsirkan yang sebenarnya tidak beres. Segalanya tidak stabil. Namun, Mak Mah tidak perlu masuk campur terlalu banyak dalam soal rumahtangga mereka. Biarlah mereka cuba selesaikan sendiri. Pembantu rumah itu meminta diri untuk ke dapur.Zarina duduk di sofa. Keindahan seolah-olah terhapus sedikit demi sedikit. Mak Mah sudah bagi idea tetapi Rashid susah ditundukkan. Zarina mesti berusaha keras untuk menawan hati Rashid. Tapi kadangkala rasa terhegeh-hegeh pula jadinya kalau terus menerus begini?
Dia teringatkan Salwa, lama tidak dengar khabar kawannya itu. Dia mengambil telefon bimbitnya di dalam tas tangan. Kemudian dia membetulkan sedikit tudungnya. Matanya memandang semula telefon bimbit.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 14, 2013 09:11

August 3, 2013

Novel : Hati Jadi Rindu - Bab 2

Bab 2 
HIDUPdi alam rumahtangga bukan perkara mudah. Perjalanan hidup dalam perkongsian itu memerlukan ketabahan dan kecekalan untuk menanggani masalah yang akan datang. Bukannya boleh duga masalah yang diterpa itu jenis yang macam mana? Halangan batu ke, kayu ke, atau kaca? Walaupun hujan, ribut mahu pun gerhana perlu juga ditempuhi.  Kebahagiaan dalam berumahtangga memang menjadi impian sesiapapun. Tiada satu insan yang normal sifatnya mahu hidup melarat dan tertekan.Dalam hati ada pelangi, hendak dilihat dari luar, bagaimana? Dengan zahir sahaja cuba digambarkan keindahan itu tapi malangnya orang tidak pernah nampak walaupun diambil kapak untuk dibelah dada. Yang ada hanyalah organ yang berkarat duka.Sejak bergelar suami isteri ni, bertambah rumit pulak kehidupan. Sakit hati makin mengancam. Aduhai, bukan senang hendak melayari bahtera hidup berdua. Tambah lagi hidup di dalam rumah besar ini yang penghuninya ada tiga orang sahaja, Zarina, Rashid dan Mak Mah, pembantu rumah. Sebenarnya rasa berdua sahaja kerana Rashid, buat perangai selalu tak balik rumah.Hanya pada Mak Mah tempat Zarina bercerita, hendak diharapkan Rashid, huh! Lain tahunlah jawapannya.  “Encik Rashid tu masih rasa dirinya bujang,” Mak Mah beri pendapat dan pendapat itulah yang dipegang Zarina. Nak rasa orang bujang sangat la tu. Aku dah jadi isteri dia pun buat tidak peduli sahaja. Zarina menggeleng.Keluar siang pergi kerja, balik lewat malam macam gila-gila remaja. Sudah tak sedar agaknya isteri di rumah tertanya-tanya ke mana pergi sampai malam buta?  Sekarang sudah dua bulan perkahwinan mereka. Keadaan masih tidak berubah. Mana bahagianya? Sakit pulak hati tapi apa boleh buat, Zarina harus sedar diri. Dia ni siapa untuk dibandingkan dengan keluarga berada ini.Tunggu punya tunggu sampai terlelap Zarina di sofa. Si suami tak balik lagi. Zarina hanyut dalam lena. Pintu rumah dibuka dari luar. Melangkah Rashid masuk ke dalam. Dilihat Zarina tidur di situ.Dia terus melangkah naik, Zarina tersedar lalu mendapatkan Rashid yang nampak keletihan serta selekeh pula pakaian.“Awak, awak pergi mana sekarang baru balik? Calltak angkat, sms tak reply.”“Aku, banyak kerja dekat pejabat tadi.” Alasan diberikan.“Kerja apa sampai balik lewat-lewat malam?”“Kau jangan sibuk boleh tak?” Mata Rashid dah layu.“Saya kan isteri awak, of course saya kena ambil tahu. Awak cakap dengan saya, sebenarnya awak pergi mana?”  Soal Zarina.Rashid buat tidak layan lalu terus naik ke tingkat atas meninggalkan Zarina. Isy dia ni, ingat aku ni apa, patung ke buat tak layan? Zarina membebel.Menjadi seorang isteri diusia 24 tahun ini sebenarnya banyak yang perlu dipelajarinya. Tentang bagaimana menambat hati suami, harus diketahui caranya. Dengan siapa harus dia menuntut? Dengan pakar cinta ke?Rashid pula yang dua tahun lebih tua dari Zarina masih tidak dapat menerima perubahan ini iaitu bergelar suami kepada Zarina. Dia tetap rindukan Baby si jantung hati.Zarina berdiri di hadapan pintu bilik. Boleh ke aku ganggu dia masa ni? Kan tak pasal-pasal Encik Rimau ni mengaum, habis aku nanti. “Orang perempuan tak boleh masuk bilik orang lelaki, faham?” Tergiang-ngiang suara Rashid berpesan sedemikian rupa. Dari kecil sampai besar itulah yang dia ingat. Sampai dah kahwin pun dia tak dibenarkan masuk.Ah! Peduli! Dia ketuk juga pintu itu sambil memulas tombol. Aik! Tak berkunci? Dia terus melangkah masuk. “Awak, boleh saya masuk tak?”“Dah masuk baru nak mintak izin ke? Siapa yang ajar kau?” Rashid yang duduk dibirai katil memadang garang. Bola matanya yang layu tadinya dibulat besar.“Tak, saya cuma nak tahu keadaan awak sahaja.”“Ouh...” Tiba-tiba Rashid memegang perutnya, “Aduh! aduh!”“Kenapa awak?” Zarina terkejut. Rashid sakit perut tiba-tiba dan segera dia melangkah mendekati suaminya itu.“Eh eh! Jangan dekat!” Larang Rashid.“Tapi awak macam sakit.”“Kau keluar boleh tak?”“Tapi...”“Kau dengar ke tidak.”“Dengar-dengar.” Zarina terus keluar walaupun berat hatinya untuk meninggalkan Rashid di situ yang sedang mengerang kesakitan. Sakit apa tu? Zarina sendiri tidak tahu. Tapi oleh kerana bimang, dia masuk lagi tapi Rashid tak ada. Dipandang pula pintu bilik air, tertutup rapat tapi terdengar pula suara orang menyanyi perlahan. Diterkap cuping telinganya dekat situ, nah! Sibuk dengan lagu Menceceh dia tu la!“Eee!!! Geramnya!” Zarina mengumam geram. Buat-buat sakit ya? Sungguh tidak berpuas hati.


***


“ENCIK Rashid memang begitu, umur sahaja dah semakin meningkat tapi perangai macam budak-budak fikir tak panjang. Buat benda-benda tak tanya orang tua dulu, main redah sahaja.” Komen Mak Mah.Zarina angkat kening. Hairan, Mak Mah terleih tahu pula. Mesti ada yang tak beres ni? Agaknyalah.“Macam mana Mak Mah tahu semua fasal Rashid ni?” Soal Zarina.“Mak Mah kenal dia pun dari apa yang mak datin cakap la.” Oh! Patutlah. Zarina sengih.“Oh... untuk pengetahuan Mak Mah, saya kenal dia semasa saya sekolah menengah lagi. Saya tahu dia memang macam tu, tapi takkan tak boleh berubah, kan?” Ujar Zarina. Itu belum masuk kena buli bawah satu bumbung lagi. Mak Mah ni baru lagi dekat rumah ni. Itupun dihantar oleh Dato` Sri Rizal untuk jadi pembantu di sini.Sejak mendirikan rumahtangga dengan Rashid sebulan lalu, mereka berpindah di banglo ini. Rumah ini boleh tahan besarnya dan segala isi dalam adalah serba mahal. Itu tidak diambil kira oleh Zarina. Apa yang penting adalah dia mesti belajar menjadi seorang isteri yang baik. Baginya, kemewahan tidak menjaminkan kebahagiaan. Kadangkala dengan kemewahan jugalah dapat menghancurkan perhubungan.“Ikan tu dah garing, Ina.” Mak Mah menegur.“Ya!” Sempat lagi Zarina menggelamun. Nasib baik ikan kembung yang digoreng itu tidak hangus.“Mak Mah, saya nak tanya sesuatu boleh tak?”“Apa dia?” Mak Mah hulurkan pinggan supaya ikan tadi diangkat masuk ke situ.“Rashid tu sayang saya tak?”“Eh? Selama ni kamu tak rasa dia sayang kamu ke?” Mak Mah pandang Zarina pelik. Bercakap tentang sayang.“Entahlah Mak Mah, kami kahwin pun bukan atas dasar cinta.”“Kamu tak mencintai dia ke?”“Bukan, bukan. Sa... saya...” Zarina menggelabah. Malu hendak mengaku yang dia sebenarnya sayang. Cuma perasaan itu tersembunyi sedalam-dalamnya. Kalau dikatakan sayang pun, Rashid belum tentu faham.“Dengan Mak Mah pun nak malu. Mak Mah ni pun perempuan jugak Ina...” Lirih nada Mak Mah sambil tersengih.Zarina memang tidak kekok dengan kerja-kerja di dapur. Dia tahu bagaimana semua itu bermula dan dia pasti setiap yang bermula pasti ada akhirnya. Dia inginkan kebahagiaan.“Saya nak call dia sekejap.” Zarina beredar menghubungi Rashid dengan telefon bimbitnya.“Assalamualaikum awak, boleh balik awal tak?”“Hello... hello...”“Hello awak, boleh balik awal tak?”“Sorry, tak dengarlah, call back.”Tut... tut... tut...Telefon dimatikan. Grrr.... boleh pulak dia buat tak dengar.

SMS :Boleh tak awak balik awal harini?  





Pesanan dihantar tetapi tidak langsung dibalas. Rashid sibuk agaknya. Kecewanya!!! Orang lepas kahwin ada pergi ‘honeymoon’ ke apa. Ini lepas kahwin lepak dalam rumah ni! Macam ni ke kahwin? Zarina mula merungut.


***


SEORANGbudak perempuan tingkatan satu cuba melintas jalan tetapi dalam keadaan itu dia ditarik oleh budak lelaki tingkatan tiga. Sekolah sahaja yang elit tetapi budak perempuan tu agak kurang elit sebab cuba menyeberangi jalan tanpa meninjau keadaan.“Kalau kau nak melintas boleh tak tengok kiri kanan dahulu?” Rashid bengang dengan Zarina yang cuba membahayakan diri. “Apa guna orang buat jejantas tu kalau kau tak guna?”“Sorry bang!” Zarina sebenarnya berdebar. Kalau lengannya tidak ditarik oleh Rashid, sudah tentu dirinya berada di bawah perut bas.“Apa dia? Apa kau cakap tadi? Aku tak dengar. Abang?”Dengar pulak? Ingatkan pekak badak tadi.“Ha`ah la, abang lebih tua dari saya.” Jawab Zarina menjeling.“Tak tak! Jangan panggil aku macam tu. Aku tak suka.” Bidas Rashid memang tak suka langsung dipanggil abang. Tua dua tahun aje pun bukannya lebih seratus tahun! Gatal sangat nak panggil macam tu kenapa? Rashid bengang.“Tak suka sudah. Terima kasih kerana selamatkan saya.” Ucap Zarina lalu mengatur gerak ke jejantas. Iktibar dari tragedi itu, gunalah jejantas. Kalau tiada hero datang membantu, teruk Zarina nanti. ICU atau pun ‘No More See You’ tempatnya.“Amboi berlagak. Tak sedar diri betul.” Desis Rashid melihat Zarina melangkah. Orang sudah tolong boleh tunjuk angin ya, tak apa. Ada ubi ada batas!Rashid tiba-tiba sahaja terfikirkan Zarina. Jauh dia teringatkan hal Zarina itu yang juga degil sebenarnya tetapi sekarang Zarina terlalu penyibuk! Tadi Zarina telefon minta pulang awal. Boleh kut diberi peluang pada Zarina. Apa salahnya buat baik sekali sekala.

 SMS :Ok. Aku cuba siapkan kerja secepat mungkin.  





Pesanan dihantar kepada Zarina. Rashid sedang sibuk dipejabat kerana banyak kerja yang dia kena selesaikan. Cuti kahwin pun hanya dapat dua minggu sahaja selepas itu kena sambung kerja. Lagipun dia kena selesaikan banyak perkara. Itu tak jadi masalah. Buat apa nak bercuti lama-lama? Kerja lagi penting.Setelah dia selesaikan kerja, tiba-tiba Baby menghubunginya. Dia menjawab panggilan itu. “Temankan I shopping malam ni, please...” Baby merayu.


***


PUASZarina tunggu suaminya di meja makan. Lauk pauk dah dingin. Sekejap-sekejap dia memandang Mak Mah. Mak Mah pula seolah-olah kasihan pada Zarina yang berusaha menambat hati suami. Kalau dikutkan penat, memang Zarina penat menyediakan semua itu bersama Mak Mah. Tetapi demi suami dia relakan.“Cuba call dia.” Saran Mak Mah.
“Kalau dia ingat nak balik, dia akan callsaya, Mak Mah.” Zarina terus naik ke atas meninggalkan Mak Mah. Dia membawa rajuk di hati. Mak Mah menggeleng perlahan mengenangkan keadaan mereka berdua.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 03, 2013 02:26

July 27, 2013

Novel : Hati Jadi Rindu - Bab 1

BAB 1

CEPAT-CEPAT dia menutup mata dengan kedua-dua belah telapak tangan. Ada sesuatu yang tidak kena. Terkejut Zarina kerana matanya telah terpandang sesusuk tubuh yang baharu sahaja keluar dari bilik dengan keadaan bertuala sahaja. Kepala penuh dengan buih sabun kemudian sibuk menggosok laju kelopak mata seraya berkata dengan kelam kabut mencari air, “Pedihnya! Pedihnya!” Bising Rashid.“Erh!” Terkejut. Zarina melihat baldi berisi air tertumpah. Dipandang air yang melimpah di atas lantai. Zarina mengumam geram. Grrr....!!!Secara tidak sengaja Rashid telah tersepak baldi tersebut kerana ia menghalang laluannya untuk ke bilik lagi satu.“Tak ada tempat lain ke kau nak cuci lantai?” Rashid cepat-cepat masuk ke bilik itu.Zarina hairan melihat Rashid yang tergesa-gesa itu. Tak ada air ke dalam biliknya? Sebulat tekad Zarina ingin tahu, segera dia melangkah masuk ke dalam bilik Rashid tanpa kebenaran. Dia terus ke bilik air itu lalu dipulas paip, memang tidak keluar air. Oh patutlah.Pintu bilik ditutup, Zarina masih di situ terperanjat Rashid masuk secepat itu. Habislah aku! Zarina menyorok. Entah macam mana dia boleh terfikir nak masuk tengok paip dalam bilik Rashid ni? Argh!!!Habislah aku, nanti apa pula yang dia cakap nanti? Zarina panik. Dia tidak tahu apa yang perlu dilakukannya. Dia menyorok di belakang pintu bilik mandi dengan harapan Rashid tidak perasan.Dia ada lagi ke tidak ni? Zarina cuba mengintai dan terdengar Rashid menyanyi lagi Menceceh. Suara bukan sedap sangat pun ada hati nak menyanyi. Suara katak lagi sedaplah! Merungut Zarina dalam hati.“Ai... ai... ai...” Pek!!! Laju Zarina tutup hidungnya. Minyak wangi apa yang dia pakai ni? Nasib baik tidak bersin. Kalau kantoi habislah.Kemudian Zarina terdengar pintu bilik terkatup. Dia menarik nafas lega. Rashid telah keluar. Perlahan-lahan dia mengatur gerak. Terjengul kepalanya dari bilik air itu untuk memastikan keadaan selamat.Apabila keadaan dirasakan baik dan tidak terancam, maka dia mengorak langkah. Tidak semena-mena lengan bajunya ditarik dari belakang. Hendak tidak hendak sahaja dia menoleh kerana telah menyedari dirinya sudah kantoi. Membulat besar biji mata Zarina bersama darahnya turun naik dengan laju.“Kau buat apa dalam bilik aku ni?” Soal Rashid yang memang sengaja mahu kantoikan Zarina. Patutlah bunyi pelik sahaja dalam bilik air tadi. Ada orang rupanya.“Tak ada apa-apa.” Jawab Zarina.“Baik kau cakap! Kau nak mencuri ya?” Rashid serkap jarang.“Apa ni tuduh-tuduh orang?” Zarina mempertahankan dirinya. Suka hati sahaja buat andai sendiri. Kalau ada bukti tu tak apa la jugak, ini tidak main hentam sahaja. Siapa tak sakit hati?“Kalau kau tak cakap, aku kasi tahu mama.” Ugut Rashid yang mahu melaporkan hal tersebut kepada orang tua. Biar dapat hukuman yang setimpal! Baru padan muka.“Beritahulah, lagipun saya tak buat apa-apa salah pun.” Zarina berani menyahut cabaran. Mahu dilihat sama ada Rashid berani atau pun tidak. Jangan tahu cakap sahaja tapi tidak tahu buat.“Kau masuk dalam bilik aku ni kira tak bersalah, lah ya? Ni bilik orang lelaki tahu, kau tu perempuan!” Marah Rashid membeza-bezakan mereka. Sudah jelas lagi mahu cakap apa. Mana boleh nak tegakkan benang yang basah.“Tapi awak pun pernah masuk juga dalam bilik orang perempuan, kan?” Zarina mencari salah Rashid pula. Biar sama-sama adil.“Bilik siapa?”“Saya!” Balas Zarina yang tadi terpaksa melihat sahaja Rashid masuk ke biliknya menuju ke bilik mandi. Kalau macam tu tak apa pula? Kalau diikutkan hati memang dicalar-calarkan sahaja muka tampan Rashid tu dengan kuku ini. Geram aku!“Bila masa aku masuk bilik kau?”“Baru kejap tadi.”“Ya ke?” Erm... patutlah dalam bilik tu ada katil bujang sahaja. Macam mana aku boleh tak perasan pulak? Isy! Rashid tidak mengakui kesilapan.“Ya!” Zarina mengerling.“Ah! Apa-apa ajelah. Aku dah lambat nak ke kelas! Kalau aku nampak kau masuk lagi dalam bilik aku ni, siap kau!” Rashid memberi amaran. Rashid sendiri tidak tahu tujuan Zarina menghendap masuk dalam biliknya. Geram pula melihat budak perempuan ni yang main redah sahaja. Zarina terpinga-pinga ditarik lengan baju sampai ke luar bilik. Dia diheret sebegiu oleh Rashid.“Sakitlah!”“Tahu pun sakit, jadi lain kali jangan nak memandai-mandai masuk bilik aku, faham?” Rashid memberi amaran. Rasanya telah banyak kali kut diberi amaran pada Zarina. Namun, gadis itu tetap berdegil.“Tadi saya...”“Aku dah tak nak dengar apa-apa alasan lagi.” Cepat-cepat Rashid memotong ayat Zarina kemudian terus menuruni tangga. Zarina menggeleng bersama nafas geram berkalung dalam hati.“Ina!!!” Namanya dipanggil.“Isy dia ni!”“Ina, saya datang ni.” Zarina segera turun.“Ada apa?” Dia terus bertanya selepas tiba di hadapan Rashid.“Kau fikir aku ni badut sarkis ke apa nak kena pakai stoking lain sebelah?” Rashid menunjukkan stoking yang tadinya terseumbat dalam kasut.“Eh sorry, sorry.” Zarina mengambilnya semula lalu digantikan dengan stoking yang lain. Macam mana boleh tak sama pula? Aku rasa dah betul kut, Zarina tertanya-tanya dalam hatinya.Selepas diberikan stoking yang lain, Rashid segera memakainya tetapi selepas memulakan langkah, dia undur semula.“Wei, siput!”Zarina yang baru berpaling mahu menyambung cuci lantai itu terhenti melangkah. Geramnya... dia panggil aku siput!!!“Ya Tuan Rimau!” Zarina memanggil Rashid dengan panggilan yang lain juga.“Tuan Rimau ya? Aku tertinggal kunci kereta, boleh kau tolong ambil?”Hek elehhh... macam ni pun ada? Kata tak boleh masuk dalam bilik lelaki? sekarang ni suruh aku ambil kunci keretanya pulak? Gila ke apa dia ni? Zarina merenung tajam.“Dengan arahan, tak apa.” Rashid tidak mahu mengalah.


***

RASHID seperti terkena renjatan elektrik. Ini satu paksaan atau apa? Mana boleh jadi, Rashid tidak mahu hidupnya diaturkan sedemikian rupa. Patutlah mama dan papanya sejak akhir-akhir ni terlalu banyak beri perhatian pada Zarina. Rupa-rupanya ada rancangan lain.“Mama dan papa dengan sebulat suara nak jodohkan kamu berdua.” Kata-kata itu membedil telinganya sewaktu makan malam. Datin Sri Delaila tidak mahu permintaan berupa arahan itu ditolak.“Bulat ma? Tak tiga segi atau empat segi?” Rashid terkejut. “Ma... kenapa saya mesti kahwin dengan dia ma?” Itulah pertanyaan yang Rashid utarakan namun sebagai orang tua, mereka berhak ke atas diri Rashid.Kahwin begini mana syok, lagipun dia tidak mencintai Zarina. Mana mungkin orang yang membesar dirumah itu bersama-sama dan tidak pernah menganggap Zarina tu istimewa, kini disuruh kahwin pula. Zarina tu hanya orang gaji! Orang gaji tetap orang gaji. Tak pelulah nak dibuat menantu pula. Ini semua kes terhutang budi la ni sampai sanggup jodohkan anak dengan sesiapa sahaja.“Kahwin sahajalah, apa masalahnya,” itu kata kawan baiknya Fazri setelah diajukan masalah. Mudah sungguh kahwin sahaja. Bersahaja ke apa? Ini kahwin tanpa rela. Kalau dah kahwin nanti susahlah nak keluar lepak. Lagipun Zarina tu kekampungan sangatlah, tak moden. Memang jauh citarasa Rashid. Pendek kata memang tak ada langsung ciri-ciri wanita idaman.Lainlah Baby, gadis pujaan. Tapi kenapa mama dan papa tu tak suka sangat pada Baby? Baby baik dan penyayang pada Rashid, seharusnya Baby yang lebih layak berbanding Zarina. Ini tidak, gadis kolot itu juga yang disukai mamanya.Walau bagaimanapun, Rashid harus taat pada cadangan yang berupa arahan. Kalau perkahwinan tanpa restu orang tua, nanti tak berkat. Baiklah, aku bagi peluang tapi jangan harap Zarina akan bahagia dengan aku, bisik hatinya.Kenapalah dia dihadapkan dengan masalah sebegini? Selepas tamat pengajian kejuturaan mekanikal, dia disuruh kahwin pula. Kerja pun belum selesa lagi. Papa tawarkan bekerja di syarikatnya sahaja. Boleh ke dia nak jaga? Rasanya mahu mencari pengalaman ditempat lain lebih bagus.


***


ZARINA mahu bertemu seseorang. Dia berhajat untuk meluahkan pada kawan baiknya. Selepas berjanji, dia bertemu di taman permainan. Pada petang itu dia mahu meluahkan isi hatinya.“Apa yang penting sangat sampai kau nak jumpa aku dekat sini?” Soal Salwa yang sebenarnya ada tujuan lain tetapi demi kawan, dia korbankan masa.“Aku akan berkahwin, Sal.” Beritahu Zarina“Ya ke? Dengan siapa?” Salwa ingin tahu.“Encik Rimau.”Salwa terdiam sejenak. “Siapa Encik Rimau tu?”“Rashid la.” Beritahu Zarina.“Ooo...! Baguslah.”“Apa yang bagusnya?”“Yalah, dah lama kau tinggal dalam rumah tu, tak manis kalau tak ada apa-apa ikatan. At least kau bakal jadi isterinya dan bakal menantu kepada Dato` Sri Rizal, kan? Hebat title tu.” Ucap Salwa tersenyum.Ini satu kelemahan dan bukannya kekuatan iaitu termakan budi. Apabila berhadapan dengan situasi ini Zarina jadi lemah. Serta merta jiwanya jadi tidak tenteram. Apa akan terjadi padanya nanti?“Kahwin sahajalah. Kau rasa rugi ke kalau berkahwin?” Salwa tepuk bahu Zarina.Berkahwin dengan Rashid bukan satu kerugian tetapi satu malapetaka sebenarnya. Rashid tu suka membuli. Salwa mungkin tidak tahu bahawa setiap hari dia terpaksa berhadapan dengan sikap cerewet Rashid. Bahkan bukan itu sahaja, lelaki perasan bagus itu selalu cari peluang untuk kenakan dirinya di saat sedang leka buat kerja.“Sal, apa yang kau cakap ni?”“Ya la, tak lama lagi kawan aku ni dah jadi isteri orang la ya? Tinggal aku je yang belum kahwin.”“Kau kan dah kahwin...”“Hello... bila masa aku kahwin? kalau aku kahwin, kaulah orang yang akan jadi pengapit aku, tahu?”“Kau dah kahwin dengan kerja kau. Mana ada masa nak jenguk aku, kan?”“Eleh...”Mereka berdua ketawa. Hilang sekejap rasa gementar tapi nanti datang lagi. Entah macam mana nak buat ini. Serba salah rasanya. Kalau tak kahwin kan, nanti menghampakan permintaan majikan pula. Teruklah macam ni. Kalau kahwin nanti, bertambah garanglah si Rashid tu. Maklumlah, orang tu masih belum puas nak berfoya-foya.“Aku takut satu perkara.”“Apa dia?”Zarina masih ragu-ragu.“Boleh ke aku kawal dia?”“Yes, cuma kau sahaja yang boleh tundukan dia daripada jadi lelaki spesis buaya darat.” Tutur Salwa yang memang kenal dengan perangai Rashid. Zarina pun tahu, kalau sudah selalu pulang lewat tu apa cerita? Nasihat Datin Sri Delaila dan Dato` Sri Rizal pun tidak diendahkan, inikan pula dirinya. Parah macam ni. Mahu ke Rashid dengar nasihat aku? Zarina bingung.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 27, 2013 22:57

July 24, 2013

Novel : Setia Berdarah - Bab 2

Bab 2
Sungguh rasa terhina kerana di dalam banyak perkara yang dilaluinya adalah perbezaan darjat yang menjadi masalah. Soal rupa itu mungkin orang boleh pertikaikan. Sesekali Rahman berasa hambar dengan sikap sebegini. Berkata-kata sinis di atas apa yang tidak dia miliki. Kereta mewah? Rumah besar? Dia tiada semua itu. Rahman hanyalah seorang penghatar surat. Siang malam hidupnya hanya dibebani persoalan. Kenapa dan mengapa? Sudah suratan agaknya. Kadangkala dia terfikir, adakah ini takdir hidupnya yang hanya diulit angan-angan yang tiada kesudahan? Terperap di dalam bilik setelah meratapi sebuah kehilangan? Persoalan ini seperti batu besar yang menghempap kepala sampai berkecai!“Sampai bila kau nak macam ni, Aman?” Nasihat daripada Fauzi tidak berkesan di hati.Telah lama Fauzi bersabar dengannya. Kesabaran lelaki itu ada juga batasnya. Rahman harus pandai menjaga hati sahabat yang dibesarkan bersama-sama di Teratak Embun Pagi itu. Sepatutnya Rahman sudah boleh faham apa yang Fauzi mahu. Fauzi hanya mahu melihat Rahman tersenyum. Sebagai seorang sahabat sejati, hidup mestilah selalu harmoni. Cubit paha kiri, paha kanan pun terasa juga.“Bila aku besar nanti aku nak jadi seorang penyiasat yang hebat.” Rahman menyuarakan hasrat terpendam.“Kau nak siasat apa?”“Aku nak siasat dekat mana keluarga aku sebenarnya dah hilang.” Beritahu Rahman sambil terangguk-angguk di atas jambatan sambil memerhatikan aliran sungai yang mengalir.“Kau tak pernah beritahu aku pun yang keluarga kau sudah hilang. Mereka pergi mana ek?” Fauzi pegang bahu Rahman.“Tu sebab aku ada dekat sini sekarang. Kalaulah aku tahu mereka ada dekat mana, memang sudah lama aku pergi cari.” Beritahu Rahman.“Ha`ah kan. Kau tiba-tiba je muncul. Pejam celik pejam celik dah tiga bulan kau menumpang dekat Teratak Embun Pagi ni. Aku tengok Mak Peah sayang sangat kat engkau. Apa rahsianya?” Soal Fauzi.“Senyum tak perlu kata apa-apa.”“Senyum? Dengan senyum je dah boleh pikat orang?”“Ya. Senyum.”“Nanti aku pun nak buat Mak Peah sayang pada aku jugalah. Senyum banyak-banyak.”“Tak boleh.” Jawab Rahman pula.“Kenapa tak boleh pulak?” Fauzi angkat kening.“Habis tu, kalau dia sayang kau dan sayang aku je, mereka yang lain macam mana?” Rahman tersengih.“Ya tak ya juga ek? Kita suruhlah mereka senyum jugak, biar sayang semua.” Mereka berdua gelak sama-sama.Mak Cik Peah yang terdengar perbualan mereka berdua terus tergelak. Memang mereka berdua selalu menghiburkan. Kasihan Rahman dan Fauzi, kecil-kecil sudah kehilangan orang tua. Keluarga Fauzi meninggal dalam kebakaran, hanya Fauzi sahaja yang dapat diselamatkan. Rahman pula entah ke mana orang tuanya menghilang. Dia ditemui oleh Mak Cik Peah dalam keadaan koma. Mujurlah Mak Cik Peah yang ketika itu ditakdirkan melalui kawasan berkenaan. Jika tidak, Rahman mungkin tiada di Teratak Embun Pagi. Bertuah sungguh Rahman dijaga dengan baik. Anak-anak yatim piatu begitu dikasihi oleh Mak Cik Peah.Rahman menanggalkan kaca matanya lalu dilap pada baju. Apabila mahu dipakaikan semula, tiba-tiba ia terlepas dari tangan. Tindakan reflex berlaku, dia cuba menggapai semula kaca matanya itu dan tanpa disangka dia terjatuh pula ke dalam sungai sambil memanggil nama sahabatnya.“Aji!”“Aman!” Pekik Fauzi pula.Mak Cik Peah yang terlihat terus menjerit meminta tolong. Kalau air sungai itu cetek tidak mengapa tetapi air sungai itu dalam malah alirannya juga deras.“Tolong!!! Tolong!!!” Jerit Mak Cik Peah lalu dia terhenti menjerit selepas terlihat Fauzi telah terjun dan berjaya menyelamatkan Rahman daripada lemas.Ah! Malaslah nak mengungkit kebaikan yang pernah dia buat. Kalau hendak aku bandingkan dengan setinggi gunung, sungguh tak terdaki. Bisik hati Rahman. Sungguh berhutang nyawa.Pagi ini dia kaku di birai katil setelah menarik nafas sedalam-dalamnya dan dilepaskan perlahan-lahan. Mulanya dia rasa tenang tapi lama kelamaan ia menjadi sarat beban. Otak membenihkan rasa sangsi pada sebuah perubahan. Apa yang berlaku pada setiap malam? Malam yang mengkhayalkan dia tentang waktu. Waktu yang pergi dan berpatah lagi. Ini satu persoalan yang mampu menjadikan dirinya separa gila.“Rahman Bin Zaidi!” Nama itu mencucuk halwa pendengaran. Kuat nama itu dilaungkan. Ia seakan-akan wujud dalam hayalan. Segera dia menoleh. Langsir di jendela kamar belum lagi dibuka sedangkan cahaya matahari telah menerobos masuk. Sesak rasa nafas kerana pengaliran udara tidak nyaman.Kiri dan ke kanan ditoleh tetapi masih belum mendapat jawapan. Setiap hari begitulah keadaan yang dialaminya. Ketika waktu malam, seruan nama begitu perlahan, setiba siang ia menjerit. Rahman diburu ketakutan dan rasa takut itu disorok dari pengetahuan Fauzi.

Tajuk : Aku Takkan Menangis! Penulis : Rahman
Hidup ditinggalkan memang pedih. Tambah lagi kalau hati sudah sayang. Bercinta bagai nak rak tapi digodam dengan pendustaan. Memang sakit hati ni. Siapa tak sakit hati? Cuba beritahu aku? Aku ingat lagi waktu mula-mula berkenalan dengannya. Hari-hari dia pandang aku. Apa yang dia pandang tentang aku ni hah? Dahlah tak seindah kumbang emas, tapi dia syok pada aku. Alahai, memang Suriani mengancam. Renungan matanya bak cahaya bulan. Lenggang lenggok dia berjalan bak ratu yang menawan.
Ada seorang budak pejabat, dahi dia macam Jimmy Neutron! Rambut pacak-pacak macam kulit durian. Ada hati nak bagi amaran pada aku supaya jangan sesekali goda Suriani. Kalau aku cuba ganggu Suriani, nahas aku dikerjakanya. Hei! Dia tu siapa nak warning aku?!
Memang aku kurang suka dia. Kau boleh aku tak nak tengok muka mamat tu. Setiap kali aku masuk ke pejabat tu nak ambil surat, si poyo tu akan berkerut dahi dan menjeling pada aku semacam. Cara dia pandang aku memang tak puas hati. Pernah dia tarik baju aku dan nak lepaskan penumbuk pada muka aku. Aku tahulah badan aku ni kecil! Tapi jangan anggap badan sekecil aku ni tak boleh tumbangkan gajah! Sakit pulak hati ini.
Semua ini gara-gara cinta. Kerana cinta orang sanggup lakukan apa sahaja. Lama juga dia berdendam dengan aku. Suriani ajak aku keluar makan, dia nak cemburu. Suriani pelawa aku tengok wayang, dia pun nak cemburu. Dia suka lebih-lebih.
Aku tak pernah kacau hak orang. Suriani ajak aku keluar. Aku keluar sahajalah. Aku tak berday anak halang. Si lahanat tu nak maki aku macam-macam tu apa kes? Siap main mak bapak lagi. Menggelarkan aku macam-macam tapi diri sendiri tak sedar! Ingat kacak sangat ke style rambut kulit durian lepas tu sibuk agungkan gaya barat! Hak tuih!
Walaupun aku kecewa dengan Suriani, aku takkan menangis depan dia. Bila aku tanya, siapa Nordin dalam hatinya, dia cakap kawan biasa. Kawan biasa boleh cemburu? Nordin selalu nak hentam aku jadi aku beritahu dia yang dia hanya dianggap kawan biasa sahaja oleh Suriani. Sejak dari itu Nordin bertambah liar dan mengganas terhadap aku. Setiap kali ada sahaja isu berbangkit dan ada sahaja hal yang bukan-bukan timbul. Termasuklah motor yang aku bawa selalu pancit. Enjin tak hidup. Bahkan aku pernah kena pukul oleh orang. Aku yakin itu orang upahan dia. Aku sanggup bertahan demi Suriani yang setia berkawan dengan aku. Hari-hari dia berikan aku semangat untuk hidup.

“Aku gerak dulu, Aman.” Kedengaran suara Fauzi dari luar sambil ketuk-ketuk pintu. Rahman juga belum mandi lagi. Awal-awal pagi begini pun dia sibuk kemaskini laman blog. Fauzi dah nak pergi kerja. Rahman pulak masih dalam bilik. Sudah hampir sebulan dia bermuram durja.“Okey.”“Kau tak nak masuk kerja ke?” Soal Fauzi lagi.“Kau kirim salam aje pada Encik Zaki tu.” Jawab Rahman sambil membetulkan urat-urat badan yang terasa lenguh. Kalau bab menaip memang tekun. Rasa malas diganggu.Apabila keadaan kembali reda. Jantung pun dah seimbang, nafas juga konsisten maka dia mahu menyambung kembali penulisan blog. Luahan rasa yang terpendam mesti ditaburkan pada laman ini kerana ini sahaja satu-satunya ruang untuk dia berkongsi pada pembaca bahawa cinta itu kejam!Ketika jari jemari mahu menekan punat pada papan kekunci, sekilas angin datang melanggar dirinya. Angin yang datang menerobos masuk dari jendela. Segera Rahman menoleh.Krekkkk…. Daun pintu kamar pula terbuka sendiri. Ini berlaku di siang hari. Apa ni? Rahman bangun dan melangkah perlahan-lahan mendekati pintu itu. Dia juga yakin bahawa Fauzi belum jauh kerana enjin motosikal belum lagi menderu. Setelah tiba ke pintu itu. Ia tertutup laju. Hentakan yang sangat kuat. Rahman terkejut! Wei!!!Dia menoleh pula ke arah jendela. Jendela pula tertutup rapat secara tiba-tiba. Ada satu kuasa entah dari mana telah menutup semua itu. Dia terkurung dan benar-benar terkurung di dalam bilik itu.“Aji!!!” Rahman ketuk pintu itu kuat-kuat. Dia melaungkan nama sahabatnya itu namun tiada maklum balas yang diterima.Keadaan di dalam kamar menjadi gelap tiba-tiba. Tiada langsung ruang cahaya yang mampu menembus masuk. Peluh mula menitis laju. Bulu roma awal-awal lagi merinding. Dia sudah tidak keruan. Jantungnya berdetak laju dan leher mula mengeras tidak mampu untuk menoleh ke kanan atau ke kiri. Rahman diganggu kejadian yang aneh. Apa semua ini? Dia tidak mengetahui.Cahaya dari skrin komputer riba tu memang tidak kelihatan. Ia terpadam. Leher yang kaku itu dia cuba longgarkan dengan cubaan menoleh. Ia payah. Dia hanya mampu menoleh seperti robot yang tidak mempunyai alat kawalan. Cara berjalan begitu mengarut dan teraba-raba. Kenapa tiba-tiba gelap. Adakah mata aku sebenarnya terpejam?Dia seolah-olah tiada daya dan upaya. Habis segala-galanya dilanggar. Dia menjadi bagaikan orang buta. Orang yang hidupnya terlalu sia-sia.“Aji, tolong aku!!!” Jeritnya sekuat hati. Jeritan itu percuma.
***
“Awak tak apa-apa ke?” Cepat-cepat Rahman meminta maaf. Dia tidak sengaja terlanggar seorang perempuan cantik semasa menaiki tangga. Dokumen yang terlepas dari tangan gadis itu dikutip semula.“Saya tak apa-apa. Maaf, saya yang salah sebab jalan tak tengok kiri dan kanan.”“Sepatutnya awak kena tengok depan aje, bukan kiri atau kanan.”“Oh, sorry. Nama saya Suriani.” Beritahu Suriani memperkenalkan dirinya sambil hulurkan tangan.“Tahu.” Rahman tidak menyambutnya. Maka fahamlah Suriani kenapa Rahman tidak menyambut tangannya. Suriani jadi malu sendiri.“Macam mana awak tahu?” Suriani angkat kening.“Tu…” Rahman menunjukkan tanda nama yang dipakai oleh Suriani di baju. Tersengih Surani.Rahman kelihatan tergesa-gesa. Hari pertama mula bekerja. Tadi kaku seketika terpandang kecantikan Suriani bak kata pepatah dari mata turun ke hati. Suraini juga tergamam setelah melihat wajah Rahman seorang lelaki Melayu tulen tetapi kurang inci. Tapi itu tidak penting kerana yang penting bagi seseorang itu adalah keindahan hati.Tuhan telah jadikan manusia itu dengan pelbagai rupa dan bentuk untuk saling kenal mengenali. Jadi, seandainya wajah seiras sahaja maka tiada bezanya hidup tanpa kepelbagaian. Tidak dapat dikenal pasti kelebihan yang tersendiri.Rahman segera menaiki tangga tapi terlupa sesuatu. Dia menoleh semula pada Suriani untuk bertanyakan soalan yang mengelirukan.“Awak!”“Ya saya?” Suriani tersenyum.“Bilik pengarah Indah Bumiputera ni kat mana?”“Awak masuk kanan lepas tu belok kiri. Pergi terus dan di situ ada kaunter pertanyaan. Tanyalah dekat situ.”“Awak main-mainkan saya ke?” Rahman mengerling mata.“Tak adalah, bergurau sahaja. Situlah biliknya.” Suriani senyum manis.Boleh bergurau pulak dia ni. Orang tengah serius ni sempat lagi nak main-main. Bisik Rahman dalam hatinya.“Okey terima kasih.”“Eh, awak!” Giliran Suriani pula memanggil.“Nama awak apa?”“Rahman.” Beritahu Rahman segera berlalu dari situ. Setibanya di atas dia hubungi Fauzi sekali lagi. Dari tadi tak angkat telefon. Apa masalahnya?Isy dia ni! Baik tak payah pakai telefon! Marah Rahman dalam hatinya. Orang tengah kelam kabut ni. Hari pertama pun dah lambat. Harap-harap bos tak marah.“Eh Aman. Kau apasal lambat? Buat malu aku je la.” Fauzi muncul dari arah belakang. Terkejut Rahman dek kemunculan yang tiba-tiba itu.“Aku call kau tak dapat. Kau tak kejutkan aku kenapa?” Soal Rahman seolah-olah menyalahkan Fauzi yang tidak kejutkan dirinya. Kalau sudah tidur, tidur mati jadinya. Maklumlah penat belum reda.“Handphone aku lupa caj malam tadi. Bos dah tunggu kau tu. Pergilah.” Suruh Fauzi.“Bilik dia yang mana satu?”“Tu.” Fauzi tunjukkan arah. Rahman dengan penuh rasa gementar terus meluru ke bilik yang ditunjukkan tadi.Selepas bertemu dengan bos bernama Encik Zaki itu, Rahman berasa lega. Dia fikir bakal bosnya itu garang rupanya tidak. Baik hati pula. Untunglah dapat bos begitu tidak perlu marah-marah dan melenting tidak tentu fasal. Syukurlah seorang bos mampu mendengar masalah dan cuba mencari penyelesaian. Dia diterima bekerja walaupun tersasar dari cita-cita asal. Itu tidak mematahkan semangatnya untuk mencari rezeki. Dia berjumpa dengan Fauzi di sebuah restoran.“Macam mana tadi?” Soal Fauzi sebaik sahaja Rahman melabuhkan punggung pada sebuah kerusi di dalam restoran yang agak ramai orang.“Okey je. Bos kau baiklah.” Rahman memuji.“Bos kita. Sekarang dia dah jadi bos kita berdua.” Balas Fauzi membetulkan ayat Rahman.“Siapa awek tu Aji? Cun.”“Yang mana satu?”“Perempuan cantik mata bundar tu yang jaga dekat pintu masuk tu.”“Oh… itu kerani syarikat tu. Alah kau tak payahlah ganggu dia.”“Kenapa? Salah ke kalau aku nak kenal dengan dia?”“Perempuan cantik mesti orang lain dah punya.” Jawab Fauzi kemudian sedut minuman berkarbonat.“Kalau tak ada macam mana?”“Kita baru dua puluh satu tahun kot.” Beritahu Fauzi menyatakan usia mereka. “Dia dah macam kakak kita tahu tak.” Fauzi seolah-olah kurang suka kalau Rahman bercinta dengan orang yang lebih tua.“Berapa umur dia?”“Dua puluh lima tahun. Mana sesuai. Kau ni taste dekat kakak-kakak ke? Pelik.” Fauzi menggeleng lalu bersandar.“Hmmm…”“Bukan beza setahun tapi empat tahun.” Beritahu Fauzi bersungguh-sungguh.“Ala… empat tahun je pun bukannya seratus tahun.” Jawab Rahman pula. Fauzi pula nampak macam tidak berpuas hati dengan citarasa Rahman. Dahulu tidak pula berbicara soal perempuan sekarang ni tiba-tiba sahaja jadi macam ni.“Kau dah jatuh cinta?”“Agaknyalah.” Rahman terangguk-angguk sambil mengusap dagu sendiri.Tidak jauh dari mereka, terdapat dua orang gadis sibuk memerhati. Gadis itu datang dekat dan cuba bercakap dengan Fauzi tetapi kaku di situ. Dia berikan sepucuk surat. “Dia bagi.” Perempuan tu tunjuk pada arah rakannya kemudian berlalu.“Ehh… kau dah ada awek rupanya. Tak beritahu aku pun.”“Eee… tak nak la aku. Dia tu student. Lagipun aku tak berminat dengan student-student ni. Memang dari awal lagi dia dia stalker aku.”“Siapa nama perempuan bertocang tu?”“Tina. Ah… tak payah cakaplah pasal dia. Budak tu study depan tu je. Tak jauh dari ofis ni kan ada kolej. Tu haaa…” Fauzi tunjuk bangunan tempat perempuan itu study. Rahman menoleh. “Ohh… sana…” Ucap Rahman. “Aji. Kau tak nak sambung belajar ke?” Tambah Rahman lagi.“Nak tu nak… tapi…”“Kita orang susah kan? Apa kata lepas ni kita sambung belajar, nak? Tak rasa rugi ke kerja macam ni. Kerja jadi mat dispatch ni? Sampai bila?” Rahman seperti memperkecilkan pekerjaan ini.“Man… kau kena betulkan persepsi kau tu. Kerja yang kita buat ni halal tahu tak. SPM kita pun teruk tahu tak. Dah tiga tahun aku jadi dispatchdekat sini dan aku suka kerja ni.”“Jadi… kau dah kenal dengan dia dah lama la ya?”“Siapa?”“Suriani.” Fauzi terdiam sambil menelan liur. Glurp! Surat tadi dimasukan ke dapal poket. Aku ingatkan dia tanya pasal Tina tadi… Fauzi agak menggelabah. Mungkin Rahman tidak tahu, syarikat Indah Bumiputera ni pun ada jaringan dengan kolej tu serta banyak lagi pusat pengajian yang lain. Jadi banyak dokumen penting  untuk dihantar ke sana. Sentiasa ada urusan dengan pihak kolej. Syarikat Indah Bumiputera ini merupakan sebuah syakirat penting dalam institusi pendidikan yang membekalkan bahan cetakan dan juga pembelajaran serta penghantaran risalah dan iklan.“Aku gerak dulu. Nanti apa-apa hal kau pergi tanya Suriani okey. Aku ada kerja nak buat.” Fauzi bangun dan segera beredar.“Eh Aji. Tunggu la.”“Aku dah lambat.” Fauzi tergesa-gesa.“Kejar Tina la tu.” Desis Rahman yang tidak jadi mengejar langkah Fauzi. Biarlah dia. Ada hal pentung sangat la tu.“Apa awak cakap tadi?” Suriani muncul tanpa diduga. Terkejut Rahman.“Errr…”“Boleh saya duduk?”“Duduklah.”“Terima kasih.” Suriani duduk berhadapan dengan Rahman. Waktu pagi menjelang tengah hari agak terasa hangat. “Saya nak belanja awak makan tengah hari, boleh?” Pelawa Suraini.Eh dia ni? Baru je kenal dah nak belanja aku makan bagai. Ada peluang ni… bisik hati Rahman.
Tanpa sedar, mereka sedang diperhatikan. Gambar juga ditangkap sebagai bukti selingkuh telah terjadi. Keluar minum sama-sama.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 24, 2013 23:38

July 12, 2013

Novel : Setia Berdarah - Bab 1

Bab 1
Kisah Cinta Duka
Aku seolah-olah terbang dibawa angin tatkala hembusan bayu menyentuh lembut kulitku. Di saat itu juga aku terpejam mata. Pejamnya mata aku menjemput bayangan lalu. Bayangan di antara kau dan aku. Bercerita tentang hati, ia sangat pedih untuk diingati namun ia menjadi satu tanda sejarah bagaikan buaian derita yang berayun.
Bahagia yang dikecap selama ini seperti bola yang boleh ditendang ke mana-mana arah. Itulah bahagia yang tercipta dari sebuah angan-angan. Sekali lagi, ia satu keperitan yang dahsyat dan sangat menyakitkan apabila bola itu bergolek bukan menuju ke sasaran. Begitu juga hati kala berkata, “Sayangilah daku selamanya," ia seperti rayuan yang bohong. “Jangan tinggalkan aku,” ini juga rayuan sundal. Bahkan begitu juga dengan, “Jangan lepaskan saya,” seolah-olah mempamerkan diri si pengucap itu sendiri. Ucapan yang tiada erti sebenarnya.
Jangan berkata cinta kalau tak pernah belajar untuk setia. Jangan pernah impikan bahagia kalau tak mampu merealisasikannya. Sesiapa sahaja tidak mahu merana kerana cinta. Aku juga begitu. Tidak mahu merana kerananya. Tapi apa boleh aku katakan, cintamu dusta. Cintamu penuh palsu. Sewenang-wenangnya dikau mempermainkan perasaan hatiku yang sanggup berkorban demimu. Bila dikenangi semula, kesilapan adalah dari diriku yang tidak berpegang pada kata-kata, “Sekiranya kamu bersedia untuk bercinta maka bersedia jugalah untuk kecewa,” maka di sini menegaskan bahawa kekecewaan boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja.
Paling best dalam hubungan cinta, adanya doktor yang tidak bertauliah dalam bab cinta. Kononnya sebagai penyelamat tetapi sebenarnya ia bukan pakar rujuk yang hebat sehinggakan setiap tutur bicara dipercayai oleh sang kekasih lalu membuat kesimpulan bahawa si dia perlu ditinggalkan. Itulah celaka namanya yang membawa sejuta emosi melenyapkan keindahan. Selain itu, ego... ya! Keegoan adalah nombor satu yang diperjuangkan. Itulah tahap kobodohan maksima seringkali berlaku.“Setialah padaku, jangan ada yang lain.” Manisnya bercinta bagaikan tiada apa-apa lagi yang penting melainkan dia. Tapi apa yang berlaku hari ini, kecurangan di belakang hari. Tidak syak lagi, orang yang lebih dulu berkata "Tidak akan ada yang lain," sebenarnya sudah curang. Percayakah kita pada si dia? Kalau percaya, kenapa diseksa diri kita dengan kerinduan tanpa balasan? Tak kenal maka tak cinta, dah kenal macam celaka. Itulah yang selalu dimainkan oleh perasaan, Bila ditegur maka dituduh memaki hamun. Kerana sebuah rasa sayang, maka nasihat dihulurkan.

“Aman!!!” Ah!!! aku sedang asyik berblogging ni ada sahaja yang menganggu! Detik hatinya. Rahman berasa kurang selesa dengan keadaan ini.“Siapa tu?” Soal Rahman sambil tercari-cari arah suara berkenaan.“Aman!!!” Panggilan itu sungguh kuat. Suara siapa ni? Tak pernah pun dia dengar. Namanya dipanggil dengan begitu kuat. Itulah keanehan yang berlaku malah ia sentiasa berlarutan. Kadang kala merimaskan.Perlahan-lahan dia bangun dan meninggalkan komputer riba. Perhatian dircuri dek panggilan misteri itu. Malam yang dingin ini meremang bulu roma. Rasa apakah ini? Tadi fikirannya terbang saat menulis dan meluahkan rasa. Tapi sekarang ni...“Siapa tu?” Soal Rahman perlahan-lahan mendekati jendela yang tidak terkatup itu. Langsir bilik diterbangkan angin yang telah menerobos masuk. Dari luar jendela itu terlihat gerombolan asap. Aih? Kabus ke? Fikirnya.Pertanyaan tadi tidak dijawab.  Malah suata itu lenyap seketika seolah-olah member peluang untuk Rahman lakukan sesuatu. Dia melangkah perlahan-lahan mendekati tingkap itu. Saat tangan mahu menyentuh tirai besi itu...“Aman.” Namanya dipanggil lagi.Pantas dia menoleh. Laju nafas terhembus. Baru rasa lega. Ceh! Dia ke yang panggil-panggil aku. Bisik hatinya.“Terkejut aku!” Ucap Rahman yang agak menggelabah.“Kau ni kenapa pucat semacam je, Aman?” Tanya Fauzi berkerut dahi memandang pelik pada Rahman.“Tak ada apa-apa la. Awalnya kau balik dari kedai?” Rahman terus menggosok kepala. Gatal pulak kulit kepala ni. “Awal apa, dah pukul sembilan pagi ni.” Beritahu Fauzi. Selepas itu Rahman segera melihat jam di dinding.  Tersentak dia. Biar betul sudah pukul Sembilan. Patutlah mata macam bengkak-bengkak semacam.“Laa… cepatnya masa berlalu sampai aku pun tak sedar.” Balas Rahman yang memang tidak langsung mengambil berat tentang masa.“Tu la kau. Bila dah menghadap laptop memang tak pernah nak tengok jam dah pukul berapa. Leka sangat kau dengan benda alah tu. Blog blog blog. Berblogging sampai kenyang.” Ujar Fauzi.“Blog masa lapang lah!”“Kau sekarang macam tak ada life tahu tak.  Hari-hari kau lapang dengan berkurung dalam bilik 24 jam. Tu dekat dunia luar tu, kau tak pernah nak ambil tahu langsung.” Ujar Fauzi sambil melabuhkan punggung dibirai katil. Rahman menulis blog dari malam sampai sekarang sudah pukul sembilan pagi.“Siapa kata aku tak ambil tahu pasal dunia luar? Ni dalam internet ni macam-macam ada. Isu Palestin, Isu Syria, Mesir… semua aku tahu okey. Apa lagi, isu rasuah, haaa banyak benda.” Balas Rahman tetap tidak mahu mengalah.“Bukan tu maksud aku la.”“Dah tu?” Rahman gosok biji matanya dengan siku lengan.“Kau memang tak sedar ke sekarang ni memang dah pukul sembilan pagi.”“Ya la, sedarlah ni kau dah beritahu aku pun.”“Memang orang berblogging macam ni ya? Menulis dari malam sampai pagi sampai tak terasa langsung perut lapar ke, mata mengantuk ke? Tapi mata kau tu aku tengok memang tak cukup sihat. Lebam dah tu.” Beritahu Fauzi sambil melihat kelopak mata Rahman sudah lebam-lebam tapi mampu bertahan. “Kau ambil pil tahan mengantuk ke Aman?”“Ada pulak kau fikir macam tu. Aku tak ambillah pil tu semua.” Rahman sudah pucat. Tanpa berfikir banyak, Rahman menyambung kembali kerjanya yang terbengkalai tanpa pedulikan Fauzi.“Laa… tulis blog lagi,” Fauzi merungut. “Kau ni sejak putus cinta, selalu sangat menghadap laptop. Buatlah aktiviti lain. Pelik la kau ni. Selalu berkurung dalam bilik aje. Kau tak nak keluar jalan-jalan ke?” Soal Fauzi yang kehairanan dengan tindakan Rahman dengan dunia blog.“Malas la.” Jawab Rahman.Fauzi menggeleng.“Kalau kau rasa dengan berblogging tu boleh buat kau sampai kenyang, kau berblog la. Tak payah pergi kerja.” Fauzi agak marah pada Rahman.“Aku malas dah nak pergi kerja.”“Tapi Encik Zaki dah selalu sebut pasal kau.”“Biarlah dia. Aku malas nak ambil port.”“Habis tu kau nak makan apa kalau tak pergi kerja?”“Kau kata tadi suruh aku berblogging sampai kenyang. So nak makan apa lagi? Makan blog la kan?” Selamba Rahman menjawab sambil matanya masih tertancap pada skrin laptop. Jari jemarinya pula sibuk menaip entri.“Merajuk ah tu.”“Dahlah, jangan kacau aku.” Usir Rahman yang tidak mahu diganggu banyak hal.“Kau beruntung la Aman sebab masih ada orang yang sayangkan kau. Cuma kau je yang tak nampak.”“Siapa?”“Aku.”“Eh?” Jari jemari Rahman terhenti serta merta lalu menoleh pada Fauzi.“BFF. Jangan salah faham. Bukan aku sahaja sayangkan kau tapi bos kita tu, Encik Zaki pun sayangkan kau. Katanya kau ni pekerja yang berdedikasi tapi kau gagal kawal perasaan marah kau tu. Mana lagi nak dapatkan bos sebaik dia yang sanggup bagi kau cuti rehat panjang, Aman.”“Siapa lagi yang sayangkan aku selain kau orang berdua.”“Mak Cik Peah.” Sebut Fauzi mengingatkan Rahman tentang Mak Cik Peah. Sedih Rahman mengenangkan wajah orang tua itu sudah menjadi seperti ibunya sendiri.“Hurm…” Rahman tunduk.“Dia dah macam mak kita, Aman. Kau tak rindu dia ke?” Soal Fauzi.Rahman terus mendiamkan diri.
***
Rahman bertanyakan pada hati, dalam banyak-banyak perkara, apakah yang menyulitkannya? Hati pun menjawab, sebenarnya adalah soal cinta. Lihatlah hati pun selalu menyebut tentang cinta. Cinta mampu merosakan hati! Itupun kalau terlalu memikirkan tentangnya. Lelaki ini menyatakan bahawa ia adalah kejam kerana si pemilik hati itu tidak bertimbang rasa. Pemilik hati yang memberikan cinta adalah zalim. Suriani adalah kekasih yang tidak mengenang budi. Tergamak mempermainkan hati dan perasaan Rahman. Selama ini lelaki ini telah memperjudikan kepercayaan yang diberikan kepada Suriani. Namun, susu yang diberi, tuba yang dibalas.Diperolokkan oleh cinta memang membinasa jiwa nuraninya sehingga ke hari ini pun Rahman masih tidak dapat melupakan bayangan Suriani. Dia tidak dapat melepaskan diri dari dibeleggu kebuntuan. Dia juga tidak mampu keluar dari lilitan kasih dan sayang Suriani yang pernah membaluti ruang-ruang rasanya. Sebelum Suriani dirampas Nordin, Rahman memang terpaut hati pada gadis itu. Sebelum wujudnya Nordin, apabila raut wajah Suriani yang dilihat maka ia begitu menenteramkan jiwanya. Dari situ Rahman merasakan  bahawa gadis itulah merupakan cinta pertamanya. Sememangnya cinta pertama memang sukar untuk dilupakan. Cinta pandang pertama!Nah! Nordin kacau daun. Wujud di mata merebut cinta. Katanya Suriani merupakan tunangannya. Memang tidak masuk akal langsung. Mendengar hal sedemikian maka Rahman bertanyakan pada Fauzi, “Betul ke?” Fauzi sendiri pun tidak tahu. Jawab Fauzi, “Mungkin teman biasa saja.” Kata-kata Fauzi menguatkan semangat Rahman untuk menerima hati mesra. Beramah mesra dengan Suriani yang bekerja sebagai seorang kerani. Hanya kerani sahaja. Walaupun kerani biasa, Suriani sangat cantik dengan rambut ikal mayang dan bermata bundar. Susuk tubuh Suriani memang menawan. Dia layak jadi supermodel antarabangsa diusianya kini 25 tahun dan empat tahun lebih berusia daripada Rahman. Suriani sekadar itu walaupun dirinya memiliki pelajaran yang tinggi. Suriani pernah berkata, “Zaman sekarang susah nak dapat kerja bang, semua main kroni.” Itu katanya.Dia dipanggil sebagai abang oleh Suriani. Cair jadinya. Panggilan itu memang menggetarkan sanubarinya. Pada hari pertama dulu waktu mula-mula kali masuk kerja, cara Suriani pandang pun sudah lain semacam. Apalah yang dipandang oleh Suriani pada budak penghantar surat sepertinya. Kerja hantar surat, bukannya kerja hantar cinta. Kalau hantar cinta pun mestilah pandai memilih petinya. Peti surat mana yang perlu diisi dengan surat cinta agar tepat pilihan hati kepada si pemenerimanya nanti. Walaupun bekerja sebagai penghatar surat, dia merasakan pekerjaan itu lebih mulia dari rembat barang orang dan pergi jual kat kedai barang. Itu kerja mat pet yang tidak ada masa hadapan. Pekerjaan yang halal masih banyak tetapi pekerjaan tidak bermoral itu juga yang dicari. Menjadi orang jalanan tidak salah, tetapi merampas hak orang itulah satu masalah besar pada institusi kehidupan manusia.Suatu hari Rahman kena bedal. Bedal dengan Nordin. Si Nordin tu budak pejabat. Suka buli Rahman. Dia tahu bahawa dirinya tidak sesuai dan dia bukan lawan si lelaki hebat itu. Sekali dia dihentak lempeng nyiur jadinya si Rahman  ni nanti dan hangus atas kuali. Maklum sahajalah, Nordin berbadan sasa dikatakan lelaki yang mengambil berat tetang fizikal. Selalu ke pusat bina badan. Eleh! Apalah sangat dengan badan ketul-ketul macam tu, bukan boleh lawan dengan malaikat Izrail. Sekuat mana pun manusia, pasti tewas dengan sukaratul maut. Itu Tuhan dah tetapkan. Dia sedar diri. Badan kecil macam ni mana mampu nak bercakaran dengan Nordin si perampas cinta. Dendam tetap dendam. Memusuhi orang yang dikatakan hebat itu seringkali menimbulkan kemusyilan. Ada sesuatu yang pernah dicurigai tentang lelaki bernama Nordin.Tapi tak apa. Apa yang penting sekarang ni adalah mencari jalan penyelesaian. Dari membenci sampai mati, baik menulis. Hobi masa lapang Rahman adalah menulis blog. Menjadi seorang bloggers bukanlah satu cita-cita tetapi adalah satu landasan untuk dia meluahkan apa yang terpendam.Setiaberdarah.blogspot.com adalah laman sesawang blog milinya. Percuma sahaja, mana perlu bayar, kecuali bayar bil internet. Sesiapa sahaja boleh membukanya. Penulisan bersahaja dan banyak menceritakan tentang soal cinta dan peribadi. Di situ dia meluahkan rasa dan berbeza dengan dunia relaitinya. Maksudnya, zahirnya nampak berbeza daripada dalaman.Fauzi, rakan serumah memang kurang berminat dengan penulisan blog. Rakan sekerja Rahman. Kawan akrab dan tidak pernah cuba untuk cari kerja lain. Selagi ada Rahman, di situ dia tidak kisah. Seorang yang tinggi lampai. Ramai perempuan tergoda kerana wajahnya. Tapi kurang tergoda dengan pekerjaannya. Wajah dan pekerjaan subjektif betul. Rupa kacukan Bugis dan Sepanyol. Hidung mancung bak galah katanya. Berjalan dengan Fauzi begitu merendahkan diri Rahman. Semua gadis pandang kawannya itu. Sudahlah tinggi, murah dengan senyuman pulak tu.Banyak juga diceritakan tentang Fauzi dalam blog itu walaupun kawannya kadang-kadang mual nak baca. Banyak kisah cinta. Termuntah hijau jadinya kalau baca. Semuanya sekerat-sekerat sahaja. Mahu tunggu penamat pun rasa dah mengantuk. Kisah tentang angan-angan mat jenin. Boleh agak.Fauzi ni suka gelakkan Rahman setiap kali Rahman sikat belah tepi rambutnya. “Kau kenapa?” Marah Rahman.“Tak ada style lain ke?”“Eh… suka hati akulah…”Memang itu cara Rahman sisih rambutnya. Belah tepi. Memang nampak skema sangat. Bukan itu sahaja malahan ada lagi yang pelik.“Kau dengan cermin mata gergasi kau tu memang tak pernah lengang ek?” Usik Fauzi sambil kerling mata.“Mula hari ini aku dah tak nak pakai cermin mata ni lagi.”Prap! Rahman patahkan. Fauzi ternganga.Rahman tidak lagi suka pakai cermin mata gergasi tu. Biarkan ia rabun bersama cinta. Maklum sahajalah, sekarang ni dia sudah tiada sesiapa melainkan Fauzi seorang sahaja kawan karibnya.“Kau pakai lawa-lawa ni nak pergi mana?”“Aku tak nak ke mana-mana. Lepak dalam bilik sahaja.” Jawab Rahman sambil belek-belek kening selepas meletakkan bingai cermin mata yang dipatahkannya tadi.“La… pakai macam ni, dengan bau minyak wangi lagi, duduk lepak dalam bilik aje ke?” Fauzi merapati Rahman yang sedang memeperagakan pakaian di hadapan cermin besar.“Kalau aku ceria salah, tak ceria pun salah.” Rahman mengeluh di hujung ayatnya kemudian duduk dibirai katil.“Tak ada la, bukan ada salah apa-apa pun. Aku nak keluar pergi kedai. Kau nak kirim apa-apa tak?” Soal Fauzi rakan serumah juga rakan sebayanya.“Ada.”“Apa dia?”“Kirim salam kat tuan kedai tu.”“Hek eleh, buat lawak pula dia ni. Tak kelakar la.” Balas Fauzi sambil berkerut kening. Rahman terus bangun dan pergi menghadap laptopnya. Itulah rutin hariannya selepas lama tidak pergi kerja.Fauzi mahu melangkah keluar tiba-tiba Rahman tarik tangannya lalu bawa duduk dibirai katil. Wajah Rahman berkerut dan cuba dia tanyakan sesuatu. Melihat keadaan itu segera Fauzi berucap.“Kau ni kenapa? Aku nak pergi kedai ni.” Fauzi tertanya-tanya.“Duduklah kejap. Aku ada soalan nak Tanya.”“Kaunter pertanyaan dibuka pukul sepuluh pagi esok.” Fauzi melawak.Rahman debik lengan Fauzi. “Aku tengah risau ni kau boleh main-main pulak. Sekali aku bagi baru kau tahu.”“Kau dah debik aku kot. Nak bagi apa lagi. Nak bagi ni?” Fauzi tunjukkan penumbuknya pula. Sekali bagi kat muka Rahman, lebam biji mata tu barulah padan muka.“Oh tak tak tak!” Laju Rahman menolah pelawaan itu. “Aku cuma nak tahu pasal Nordin tu je.”“Kenapa dengan dia?”“Dia tu sebenarnya kerja apa ya? Bagi barang mewah-mewah kat Suraini? Bukan satu sahaja malah banyak benda dia dah bagi. Cincin, gelang, jam tangan, belanja makan kat tempat best-best.”“La… dia kan ofis boy. Bukannya kau tak tahu… tapi apasal eh kau tahu banyak benda pasal tu? Kau stalker dia orang ke?” Nada Fauzi meleret.“Yelah… sejak cinta aku tak berbalas… aku cemburu juga la melihat mereka bahagia. Aku ni Suri tak pandang. Dulu ya la pandang tapi sekarang. Aku rasa Nordin tu main minyak dagu la.” Rahman menduga.“Dah kau tak dapat dia, sekarang ni kau cuba nak fitnah dia pulak?” Fauzi tidak bersetuju dengan cara Rahman berfikir.Rahman bangun dan melangkah ke jendela. Di situ dia termenung sekejap menikmati panorama malam seawal jam sembilan malam. Dia menarik nafas sedalam-dalamnya dan dilepaskan serentak. Dia pandang Fauzi semula.“Aku tak fitnah dia, Aji. Tapi kenapa Suriani pilih dia? Kenapa tak aku? Orang miskin macam aku ni tak layak ke untuk dia?” Rahman sudah mula berbicara tentang kekecewaan. Fauzi pula tidak sanggup nak dengar. Sebentar lagi pasti menangis. Asyik-asyik menangis.“Kau jangan nak menangis. Malu ar lelaki menangis. Buruk kau tahu tak?” Fauzi cuba tenangkan Rahman.“Kau tak faham aku, Aji...”“Sudahlah… aku ni sebenarnya sudah terlebih faham kau la ni sampai aku pun confuse kenapa kau banyak berubah sekarang?” Fauzi dakap Rahman lalu digosok-gosok belakang Rahman supaya bertenang. Tiada gunanya bersedih lagi. Nasi sudah jadi bubur. Walau bagaimanapun kehidupan mesti diteruskan.“Ya la, aku tak sangka yang Suri pandang besi dari pandang setia di hati. Dia lebih memilih Nordin tu. Nordin tu sanggup buat kerja tak senonoh untuk pancing Suri. Tak adil langsung. Kalau anak jantan kenapa dia tak main cara elok dengan aku? Kita boleh fight untuk dapatkan hati Suri tu.”“Sudah la tu, tak guna kau ingat lagi.”“Ya la, mahu aku tak sedih. Orang berduit boleh ar belanja macam-macam. Aku ingat perempuan tu tak akan tinggalkan aku. Dulu kenapa dia tawan hati aku sekarang dia tinggalkan aku pulak?” Rahman mencebik. Air mata mula meleleh. Inilah yang Fauzi tak mahu tengok. Geram pula hatinya.“Berapa kali aku dah pesan. Kau jangan menangis sebab cinta. Adoyai kau ni. Macamlah dah tak ada perempuan lain kat dalam dunia ni. Ramai lagi yang cantik la…” Ucap Fauzi meyakinkan Rahman tentang perempuan lain.Apabila ditegur begitu, Rahman mengesat air matanya. “Terima kasih Aji. Kaulah sahabat aku dunia dan akhirat. Err… kau pergilah kedai, kalau lambat-lambat nanti tutup pulak kedai tu.”“Kau dah okey ni?”“Ya aku okey. Kau pergilah.” Jawab Rahman lalu Fauzi pun berlalu meninggalkan Rahman sendirian menyelami kesedihan bersama malam yang kecundang.Dia tiada sesiapa untuk dia mengadu kecuali kepada Fauzi. Mak dengan ayah dan kakaknya sudah lama menghilang. Dia pun dah lama tak jumpa dengan keluarganya. Sudah macam anak buangan jadinya. Bukan tak tahu rupa mereka kerana dia ada foto lama. Walaupun dibesarkan di rumah anak-anak yatim, dia tetap simpan gambar tu. Dari kecil lagi dia di besarkan di Teratak Embun Pagi. Memang indah suasana di tempat itu. Pada waktu pagi, kabus akan muncul. Suasana dingin menjarum tubuh. Bila sudah remaja, dia tekad untuk berhijrah. Ketika itu Mak Cik Peah bersedih di atas pemergiaanya untuk bekerja di Syarikat Indah Bumiputera Sdn. Bhd sebagai penghantar surat. Fauzi yang aturkan kerja tu. Maklumlah Rahman hendak sangat ikut kerja tu bersama Fauzi. Hantar surat pun tak apa. Encik Zaki baik dengan Fauzi, jadi Fauzi tolong rekemankan pada pengurus syarikat berkenaan. Setelah meneliti dokumen pengenalan, Rahman diambil bekerja. Walaupun gaji tak besar tetapi itulah permulaan. Dari situlah bermula cinta pandang pertama dengan Suriani. Berlanggar-langgar tu adatlah masa nak kenal. Cerita biasa didengar. Semuanya telah diaturkan oleh Tuhan.“Kalau dah kerja dekat Kuala Lumpur tu, jangan lupa kirim surat kat mak.” Ucap Mak Cik Peah yang serasi dengan panggilan mak oleh anak-anak di Teratak Embun Pagi itu.“Mak janganlah bersedih. Sekarang ni kan zaman IT, tak perlulah bersurat bagai mak. Mak boleh guna internet. Aman send je email kat mak, ya?” Jawab Rahman sambil tersenyum menyembunyikan rasa sedih.“Mak mana tahu guna.”“Adik-adik kan ada,”“Biar Faiz yang tolong bacakan email Abang Aman.” Faiz penghuni teratak itu mencelah. Rahman terus menggosok ubun-ubun Faiz budak berumur sembilan tahun. Di atas tangga itu Mak Cik Peah menahan dari gugurnya air mata pilu. Dia bakal kehilangan anak kesayangan. Sebelum ini Fauzi, sekarang Rahman pula. Tapi tidak mengapalah, asalkan mereka bahagia dan memulakan perjalanan hidup seperti orang lain. Doa Mak Cik Peah, semoga mereka sentiasa dilindungi. Dia masak benar dengan perangai mereka berdua.“Faiz jaga mak baik-baik, jangan nakal-nakal tahu?”“Faiz takkan nakal, Abang Aman.” Jawab Faiz sambil angkat tangan tanda ikrar.Rahman memandang Mak Cik Peah dengan pandangan yang sayu. Suasana pagi hambar rasanya. Bakal bertambah hambar setelah ketiadaan Rahman di situ. Maka hilanglah satu suara yang suka menyanyi di buaian bawah pohon ketapang dengan adik-adik yang lain.“Aman pergi dulu mak.” Rahman terus menggalas beg sandang dan juga beg laptop “Assalamualaikum.” Sambung Rahman lagi sambil melangkah. Teksi sudah menunggu di halaman.“Abang Aman! Abang Aman!”Langkah Rahman terhenti dan menoleh semula.“Ain… Ada apa Ain panggil abang?”“Nak salam.” Ain hulurkan tangan.Rahman terus menghulurkan tangan pada budak kecil itu. Setiap malam budak perempuan itu susah hendak tidur kalau bukan Rahman yang dodoikan. Sekarang semua itu ditinggalkan. Tanpa Rahman sedari, Mak Cik Peah sudah mengalirkan air mata. Kemudian dia pandang Mak Cik Peah semula. Dia nampak Mak Cik Peah benar-benar bersedih.“Mak janganlah menangis. Man tak rela ke Aman pergi?”“Kalau itu yang terbaik, mak redha.”“Mak ni… janganlah fikir Aman tak balik sini lagi. Ada masa nanti Aman balik sini ya.”“Pergilah, kirim salam pada Aji ya Aman. Sudah lama di tak balik. Kau jangan jadi macam dia pulak sampai lupa mak dekat sini.”“Dia sibuk tu mak. Baiklah mak, Aman gerak dulu. Kan tak jadi pergi susahlah janji dengan orang.”“Lagi bagus kalau tak jadi.” Mak Cik Peah bersuara perlahan.“Apa dia mak?” Rahman kurang dengar.“Tak ada apa-apa. Haa pergilah. Elok-elok jalan tu.” Mak Cik Peah menafikan.“Baik mak.” Ucap Rahman sambil diperhatikan budak-budak lain.
 “Eee!!! Malasnya aku nak ingat masa lalu!” Bentak Rahman lalu dia lenyapkan ingatannya pada masa lalu. Dia terus menghadap laptop setelah bersedih sebentar tadi. Tapi, kalau cuba bercerita, mindanya akan terjerumus ke lubang hitam. Dia akan menulis mengikut rasa dan apa yang dilalui sangat memedihkan sanubari. Dia meluahkan isi hati pada blog.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2013 23:53

Puasa Itu Indah

Assalamualaikum...
Indahnya berpuasa. Aku mahu mengucapkan selamat berpuasa kepada kau orang. Bila tiba waktu berpuasa, inilah hari yang aku nanti-nantikan kerana Ramadhan adalah bulan yang sungguh luar biasa. Kalau dibandingkan dengan bulan yang lain, perut selalu meragam tetapi pada bulan Ramadhan, Subhanallah... kagumnya hamba-Mu ini Ya Allah... Aku begitu kerdil. Aku tidak perlu sombong. Aku tidak perlu bongkak kerana KAU adil dalam memberi kasih sayang. Aku tidak perlu ego kerana KAU Maha Kaya lebih segala-galanya. Apa yang berada di langit, apa yang berada di bumi ini adalah kepunyaan Engkau.
Aku adalah penumpang yang dijadikan oleh KAU untuk diajar bersyukur tentang nikmat kurniaan dari-Mu Tuhan. Sesungguhnya RAMADHAN ini penuh barakah. Hulurkan redha-Mu pada aku yang ketandusan IMAN. Tebalkanlah taqwaku. Inilah harapanku bahkan harapan semua umat Islam.
SELAMAT BERPUASA. Berpuasa kerana ALLAH bukan kerana orang lain atau pun untuk sesuatu daripada orang lain tahu.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 12, 2013 23:41

June 11, 2013

BERITA : Bot Terbalik di Dungun, Dua Nelayan Dikhuatiri Lemas


DUNGUN: Seorang nelayan terselamat manakala dua lagi rakannya dikhuatiri lemas apabila bot gentian kaca yang dinaiki mereka terbalik di perairan Pantai Sura Hujung, dekat sini Selasa. (11/06/2013)Kejadian pukul 4.45 petang itu menyebabkan dua nelayan berkenaan, Mohd Saifuddin Shafie, 18, dan Halim Urus, 22, hilang manakala Mohd Mazli Mohamad, 30 berjaya diselamatkan.Ketika kejadian, ketiga-tiga mereka dalam perjalanan pulang dari menangkap ikan dan ketika meluncur 300 meter menghampiri darat, bot yang dikemudi Halim dikatakan membuat pusingan mengelak selepas terlihat ombak kecil di hadapan.Berikutan itu, bot yang dinaiki mereka dikatakan berpusing sebelum terbalik menyebabkan ketiga-tiga mereka tercampak ke dalam laut.Ketua Polis Daerah Dungun Supt Dahlan Mohd Noor berkata seorang daripada nelayan itu iaitu Mohd Mazli diselamatkan oleh penduduk tempatan yang berada di tepi pantai dan melihat kejadian itu.Beliau berkata Mohd Mazli yang lemas dan tidak bermaya kemudiannya dihantar ke Hospital Dungun."Sehingga pukul 8 malam tadi, gerakan mencari dua lagi nelayan itu masih diteruskan melibatkan anggota Bomba dan Penyelamat, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia dan penduduk kampung," katanya kepada pemberita di sini.Dahlan berkata ketiga-tiga nelayan itu yang berasal dari Kampung Sura Hujung keluar menangkap ikan sejak pagi.Sementara itu, Hamidi Urus, 19, ketika ditemui di hospital berkata ketika kejadian beliau berada di tepi pantai menunggu kepulangan abangnya, Halim."Masa itu saya melihat bot yang dinaiki abang berpusing saya nampak dengan jelas mereka semua tercampak ke laut," katanya.Hamidi berkata dia hanya berjaya menyelamatkan Mohd Hazli manakala abangnya dan seorang rakan lain hilang. -BERNAMAInfo Terkini :Mangsa Halim Urus telah ditemui oleh anggato pencari seawal pukul 1 pagi tadi dan dikejarkan ke hospital kerana mangsa didapati masih hidup. Tetapi tidak lama selepas itu, Halim Urus menghembuskan nafas terakhirnya. Hal ini dimaklum oleh ibunya dikenali sebagai Zubaidah yang masih sayu mengenangkan insiden terbabit. Seorang lagi mangsa belum ditemui.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 11, 2013 18:06

June 6, 2013

Dia datang...

Salam. Seronok dapat luangkan masa lapangkan dada setelah dikatakan macam katak dalam gelas. Mana tidaknya, nama sahaja aku orang Terengganu, tempat-tempat yang menarik yang terdapat di tempat sendiri pun boleh tak tahu. Jangan marah naa... aku bukan kaki bersosial sangat. Jadi, oleh yang demikian aku seolah-olah tidak ambil tahu. hiks!
Walau bagaimanapun, setelah diberikan carutan berupa semangat, aku beranikan diri membina lembaran baru bersama rakan sedia ada dan rakan-rakan baru. Wah! rupanay negeriku cantik. Aku cuba buat seseorang itu selesa setelah bertandang ke sini. Orang Dari Penang. ODP yang begitu berani datang ke sini drive sendiri semata-mata nak kenal Terengganu. Bertuahnya aku rasa orang sudi datang kat tempat aku makan keropok lekor, ais kacang dan lepak muah muah muah di pantai Kampung Sura Hujung. Pengorbanan yang dilakukan beliau begitu berharga.
Hai ODP. Terima kasih kerana sudi datang dan bawa aku melawat di tempat sendiri. he he he, serius aku sendiri tak tahu jalan di tempat sendiri. Best gak dapat gi jalan-jalan di Muzium Losong yang terletak di Terengganu tu. Lepas tu pergi Masjid Kristal. Trip yang tak bagus kerana aku bukanlah pemandu pelancong yang bertauliah. huhu...

06-04-2013 : Muzium Losong, Terengganu. Sepatutnya kamera tidak dibenarkan masuk ke dalam muzium ini tetapi oleh kerana kawan aku tu memiliki telefon bimbit yang canggih, ambil jugalah. ha ha ha. Terima kasih buat Faez kerana tegar melanggar peraturan :-)



Di Teluk Bidara - Dungun


Masjid Kristal
Sekian sahajalah paparan untuk kali ini. Bila dah rajin berjalan-jalan nanti, bolehlah aku post lagi. Ini pun orang yang tolong bawa aku ke sana dan ke mari. nak harapkan diri sendiri sampai tua la duduk terperap sahaja macam kain buruk. Peace !~

p/s : Buat ODP, jangan lupa kembali lagi ke Terengganu, ya. TQ
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 06, 2013 20:28

May 30, 2013

GEMPAR : Gambar Misteri Budak Perempuan Yang Tidak Pernah Terungkai!

Cuba anda perhatikan gambar budak perempuan yang duduk ditengah - tengah , dan cuba anda renung matanya dan pasti anda akan melihat sesuatu yang misteri tidak dapat dijawab oleh mana - mana manusia didunia ini.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2013 03:18

May 28, 2013

Pecah : Filem Adaptasi Novel Fixi Ke Pawagam Jun 2013


Fenomena adaptasi novel sama ada dalam betuk telefilem, drama rantaian atau filem masih lagi belum surut bahangnya. Tidak lama lagi akan masuk ke layar perak adalah sebuah filem adaptasi novel terbitan Fixi. Filem yang mengekalkan judul yang sama dengan novelnya, iaitu Pecah dijangka bakal mencipta fenomena apatah lagi khalayak yang mengikuti novel-novel terbitan di bawah label Fixi ini sedia maklum dengan kelainan jalan ceritanya. Pecah dibintangi oleh pelakon berbakat dan popular seperti Izreen Azminda, Fizz Fairuz, Tony Eusoff, Soffi Jikan, da Ako Mustapha. Novel tulisan Khairul Nizam Bakeri ini dijangka akan ditayangkan mulai 13 Jun 2013. Poster filem ini juga tampak agak menarik!

P/s : Minat dengan cerita genre macam ni, tidak mahu lepaskan peluang rasanya untuk menonton filem ini nanti. Semestinya ia memberikan kelainan. Apa-apa pun, novelnya memang the best!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 28, 2013 23:20

Miqael Arshad's Blog

Miqael Arshad
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Miqael Arshad's blog with rss.