Miqael Arshad's Blog, page 12
July 22, 2012
Suamiku Gangster : Sinopsis Ringkas
Berkisarkan kehidupan seorang lelaki yang telah lupa siapa dirinya yang sebenar. Haris, lelaki yang ego dan kuat cemburu serta panas baran telah ditakdirkan jatuh cinta terhadap Shafika. Lalu diperisterikan Shafika tanpa rela di hati Shafika sendiri. Namun, gara-gara tertekan, Shafika pula terpaksa menerima Haris dalam hidupnya atas dasar sejarah silam yang seringkali meragut ketenteraman hatinya lantas memaksa dirinya untuk bersama Haris.
Fikirnya, mungkin bersama dengan lelaki itu dia akan lebih selamat namun ternyata ia tidak seindah suria. Hidupnya berada di dalam kegelapan apabila Haris menjadi buruan polis malah beberapa kumpulan penjahat yang lain yang mahukan Haris mati. Ada juga yang mahu Haris sertai kumpulan baru. Shafika sedaya upaya mempertahankan suaminya. Ternyata Haris tidak perlukan Shafika sebagai perisai tetapi sebaliknya sebagai peluru untuk membunuh musuh.
Shafika gadis ayu berubah watak gara-gara mengikut rentak Haris. Dia sendiri tidak pasti sampai bila dia perlu hidup sebagai pelarian. Hari demi hari cintanya pada Haris semakin kuat namun ada perkara yang menghalang. Ada jiwa yang memberontak, bahkan tersembunyi satu rahsia di sebalik setiap kejadian yang begitu kejam yang masih dalam kesamaran!
Adakah bahagia milik mereka? Adakah cinta yang terkubur sepi akan bangkit semula mencari harapan baharu? Ikuti kisah ini...
Published on July 22, 2012 21:55
July 20, 2012
Salam Ramadhan Buat Kalian
Alhamdulillah. Ramadhan datang lagi. Esok dah puasa yeay! sukanya hati Ramadhan yang penuh berkat akan tiba. Maghrib nanti akan tamatlah bulan sya`ban untuk tahun ini. Lepas Maghrib maka bemulalah bulan yang baru.
Puasa penuh tau... kalau Ramadhan yang lalu tidak berjaya kita cuba lagi untuk bulan ini. Tekad!!! Kita lakukan yang terbaik. Bersama-sama mencari berkat dan redha Allah. Insya-Allah ganjaran pahala berlipat kali ganda dengan perbanyakkan amalan sedekah dan segala kebaikan. Semoga kita dilimpahi Rahmat Ilahi... Amin.

Published on July 20, 2012 02:16
Penerbitan Jadi Bahan Umpatan
Tidaklah aku terkejut mana ketika membaca status di fb. Tapi aku pun rasa pelik membaca lontaran pendapat yang mereka luahkan. Ia bukan lagi seperti sebuah pendapat yang bernas tentang bagaimana penerbitan sebuah novel yang dikatakan mempunyai banyak carutan di dalamnya serta slanga yang pelbagai itu perlu diperbaiki tetapi sebaliknya ia berbaur sinis.
Mungkin anak muda remaja kini sengaja disajikan dengan bahan bacaan seperti itu atau ia sekadar memenuhi permintaan pembaca. Bagi aku, ia tidak perlu diumpat kerana dikira anda sama juga. Ia termaktub dalam carta kehidupan. Kalau dah kita sendiri buat, kenapa perlu komen lebih-lebih? haaa.... itu yang tak kena tu. Cakap aje direct... boikot habis-habisan kalau tak suka dengan penerbitan yang dikatakan itu.
Mula-mula kita dapat agaklah juga tentang siapa, bagaimana dan di mana, tapi kalau dah terang-terang letak nama induvidu tersebut, ia jelas untuk menjatuhkan seseorang. Persetankan hasutan yang nak jatuhkan orang. Hakikatnya, itu meludah ke langit yang akan jatuh pada muka sendiri. Bukan ke ia pilihan? Dunia ni ada pilihan. Anda dengan cara anda, mereka dengan cara mereka. Itulah namanya perjuangan. Kalau asyik tuding-tuding jari dan tak nak usaha lakukan perubahan tidak usah cakap banyak kerana ia tidak akan ke mana-mana.
Kita boleh jadi payung dan kita juga boleh jadi hujan. Kita boleh jadi burung dan kita boleh jadi senapang. Siapa kata pergerakan manusia terbatas dalam dunia bacaan? Siapa kata otak tak mampu fikir mana yang baik dan mana yang buruk? Jangan kata tak boleh, kalau ada sekatan yang baik maka halang dengan cara yang baik, tak perlu suarakan pada angin yang hanya lalu di tepi telinga. Nah! anda juga sama dengan mereka sekarang kerana anda tidak dapat lihat dunia hari ni. Anda sendiri yang sebenarnya telah pejamkan mata. Anak-anak anda, siapa mereka pada anda? Di depan anda dia bagaimana? Di belakang anda dia bagaimana?
Adakah anda akan pantau anak-anak anda selama 24 jam dalam setiap hari? Atau anda akan pasang CCTV di dalam bilik anak-anak anda? Jadi banyak perkara lain lagi yang lebih mempengaruhi anak-anak anda misalnya anda sendiri. Anda adalah idol bagi mereka. Jangan salahkan perkara yang ada di sekeliling anda sedangkan diri sendiri di rumah tidak seperti apa yang mereka mahu. Zaman sentiasa beredar, jadi pendekatan yang boleh diambil adalah renung diri kita sendiri sebelum menuding jari pada orang lain. Adakah kita sudah cukup bagus? Cukup baik? Cukup segala-galanya seperti apa yang ditulis di dalam buku sendiri? Jadi, jika kita tidak kenal apa itu kesempurnaan maka jangan harap kita semua akan sempurna kerana tiada apa yang sempurna di mata manusia. Sekian ^^^PEacE No WaR^^^

Published on July 20, 2012 01:17
July 18, 2012
Ngeri! Cincin NUT Di Jari
Di bawah ini merupakan NUT yang berjaya ditanggalkan dari jari mangsa. Perhatikan bagaimana pihak Bomba dan Penyelamat bertungkus lumus menyelamatkan jari mangsa.
Hati - Hati semasa menggunakan Pemutar Skru dan Nut bagi tujuan kerja dan sebagainya...Khidmat Kemanusiaan ( Khas ) Potong NUT
Fuh! Ngeri ambo tengok.... bahaya sungguh....(sumber)

Published on July 18, 2012 21:36
July 17, 2012
Suamiku Gangster (Bab 34)
“Cakap Fika! Beritahu aku siapa yang buat kau macam tu?”“Cukup Haris! Jangan paksa aku.”“Aku nak kau terus terang. Aku nak dengar daripada mulut kau sendiri.”Haris terus mendesak namun Shafika tidak mahu buka mulut. Tuhan sahaja yang tahu derita hidupnya selama ini. Haris mana tahu derita itu. Kalau dapat dirasakan sekalipun mungkin ia sebuah rasa yang terlalu jauh dari landasan sebenar. Tidak tahu dari mana hendak mula.Tubuh itu digoyang-goyangkan. Tangan Shafika lurus sahaja sambil mata ditebar pada jubin lantai. Hati masih sayang. Hati tetap cinta namun Haris tegar membiarkan diri menjadi buruan polis. Shafika tahu apa lagi yang Haris mampu lakukan selain daripada menjadi pelarian.“Kau kata kau cintakan aku. Tapi ini ke balasan kau pada aku, Fika?”“Kau cakap pasal cinta ke Haris? Pernah ke kau pedulikan aku. Aku nak jadi isteri macam orang lain jugak. Tapi hidup dengan kau ni tak beri makna apa-apa selain terus diburu polis. Menyerah la Haris.”“Untuk apa aku menyerah hah? Apa kesalahan aku? Aku dah pernah kena jail. Berapa juta tahun lagi mereka nak sumbat aku dekat dalam?” Haris melepaskan tangannya daripada terus memegang bahu Shafika. Nafas Haris laju.“Aku dah penat Haris.”“Hidup kau dengan aku. Bukan dengan orang lain. Faham?!” Bentak Haris lalu melangkah keluar dari rumah. Shafika mengejar Haris.“Kau nak pergi mana tu?”“Pergi jahanam!” Marah Haris.“Haris!” Pekik Shafika dan dalam masa yang sama Haris masuk ke dalam perut kereta. “Jangan tinggalkan aku, tolong la...” Desisnya pula yang tidak dapat didengar Haris. Pada lidahnya tegar mahu Haris pergi tapi dari dalam hati dia tidak merelakan.Malam yang pekat diselimuti kabus tebal. Haris menghilang dalam kepekatan malam. Tinggallah Shafika seorang diri di rumah. Di mana sahaja mereka menyewa asalkan tidak dapat ditemui polis. Hidup bagaikan pelarian memang tidak pernah tenang. Jiwa bergelora dan sering dihambat rasa takut.Haris ingin tahu siapa yang menodai dirinya sehingga dia tidak mampu menuruti kehendak Haris biarpun itu adalah tanggungjawabnya sebagai isteri. Dia sering menolak dan akhirnya bibir itu mengaku dirinya tidak suci lagi namun Haris ingin tahu siapa sebenarnya yang merosakan hidup Shafika. Gara-gara Shafika enggan menceritakan maka Haris naik angin. Rahsia hidup aku tapi kenapa Haris perlu tahu? Shafika terduduk di muka pintu. Tolong la Haris, jangan buat aku macam ni. Aku mencintai kau. Terlalu dalam cinta aku terhadap kau sehingga luka dalam diri aku seperti terubat apabila aku pandang wajahmu. Shafika melayani perasaannya sendiri. Merayu dan merintih sendirian di muka pintu itu.Setelah tersebar berita bahawa Haris sebenarnya ketua Geng Tiger maka ramai yang datang buru. Musuh-musuh lama mencari Haris. Ada sahaja yang jejak langkahnya. Itulah yang menjadikan hidup Shafika tidak seindah suria.Walau ke mana sahaja mereka sembunyi ada sahaja mata yang melihat. Shafika tidak damai. Dia tidak tenteram. Jiwanya benar-benar kacau. Dia mahu jadi isteri yang baik. Dia mahu jadi isteri yang dapat melayani suami tetapi bukan seperti ini. Argh!“Bos, tu bini dia.” Shafika terkejut mendengar suara yang merejam telinganya. Cepat matanya ditebar pada halaman rumah.Shafika tidak mengenali mereka seramai lima orang itu. “Korang ni siapa hah?”“Jemput la kami naik cik adik.” Lelaki berjaket biru menghisap cerut terus melangkah naik tanpa membuka kasut. Shafika terus bangun dan segera masuk mahu mengunci pintu. Mereka mula kasar menghalang.Shafika cemas. Nafasnya laju. “Haris!!!” Dia memanggil suaminya. Sampai hati Haris tinggalkan dia sendiri. Haris!!! Hatinya teriak.
***
Cakap isteri pun tidak pernah nak dengar. Asyik nak ikut kepala sendiri aje. Macam mana rumah tangga hendak harmoni kalau sering bertengkar namun itulah yang dilalui mereka detik ini. Tapi bagi Haris bukan itu masalahnya. Yang menjadi korban hati adalah lara isterinya. Yang menjadikan tumbuhnya kudis pula adalah dari sejarah silamnya.Menjadi kesalahan dalam cinta apabila membuka aib. Menjadi derita membuka cerita yang tak mampu diucapkan. Ia menjadi rahsia Shafika yang Haris tak boleh sentuh. Tapi dia isteri aku! Haris mahu dengar dari mulut Shafika sendiri bukan dari orang lain. Cerita-cerita yang lalu menggesel di dalam minda. Tidak cukup dengan marah di mulut diterjemahkan pula dengan tindakan. Setereng kereta dihempuk-hempuknya pula.Kenapa kau tinggalkan dia dekat rumah? Kata-kata dalam kepala bertanya. Haris terfikir. Kenapa? Kenapa aku tinggalkan dia?
~ Kau tak fikir panjang# Setan!
Haris tekan brek mengejut. Ada kereta melanggarnya dari belakang dengan sengaja. Dia senyum sahaja. Masih mampu tersenyum sinis meskipun ia satu kemalangan yang disengajakan. Pemandu itu keluar dan terus mendapatkan Haris. Badan mereka besar. Kudrat mereka mesti kuat. Bukan seorang tapi tiga orang. Tiba pula sebuah kereta memancung kereta Haris di tengah jalan itu. Kiri dan kanan sunyi bersemak samun. Jalan itu merupakan sebatang jalan yang gelap.“Kau keluar!”Haris keluar. Nampaknya identitinya terbongkar. Sia-sia menyamar jadi budak skema berambut belah tepai berkaca mata besar.“Korang siapa ni?” Haris buat-buat takut.“Bayar!”“Bayar apa?”“Lebam jugak biji mata kau nanti wei. Kau brek mengejut suka hati mak bapak kau.” Itu hanyalah alasan.“Mak bapak jangan main bang.” Haris berlembut lagi. Dalam pada itu pemandu kereta yang memancung kereta Haris tadi keluar dan mendapatkan Haris yang sedang digertak oleh mereka.“Man Tiger... lu tak payah nak menyamar dekat sini.” Hujung pisau sengaja diloretkan pada pipi dan kalau ditekan sikit lagi pasti luka pipi Haris tu.“Siapa Man Tiger. Aku tak kenal.” Jawab Haris kemudian pisau itu dialihkan. Lelaki bertubuh besar berbangsa Cina itu terus mencekik leher Haris. Yang lain sibuk mengunci tubuh Haris supaya tidak mampu bergerak atau melawan.Cermin mata Haris ditanggalkan. Rambut Haris pula sengaja digosok laju. Kemudian cermin mata itu dilepaskan ke bawah lalu dipijak sampai hancur.“Wah! Ini baru Man Tiger. Senang-senang lu bunuh mereka, sekarang lu mahu cuci tangan ka? Aiyooo, nanti gua potong lu punya dulu la baru lu boleh cuci tangan ma...”“Lu cakap apa ni bro?”“lu buat-buat tatau ma? Jangan ini macam.”Dush!Perut Haris ditumbuk.“Lu kena ikut kita orang kalau mau selamat.” Katanya lagi.Haris merengus geram setelah ditumbuk tadi. Lantas sedaya upaya dia melepaskan diri. Pegangan tangan akhirnya terlepas menyebabkan Haris membaham mereka bagaikan seekor harimau yang lapar. Diterajang kepala mereka lalu jatuh tergolek. Lelaki berbangsa Cina itu tadi berganjak ke belakang dan membiarkan kunco-kunco berlawan.Harapkan tubuh aje besar tapi langsung tak kuat! Haris sedikitpun tak gentar. Dia memang pandai berlawan.“Tony!”Maka keluar seseorang dari perut kereta yang memancung kereta Haris tadi. Terbeliak biji mata Haris sambil pisau masih terhunus menanti tusukan ke perut lelaki yang bernama Tony itu.
***
Titisan demi titisan air matanya luruh ke lantai. Tubuhnya diratah oleh ramai lelaki secara bergilir-gilir. Korban kasihnya dilaknat oleh mereka yang tidak berhati perut. Shafika tidak mengerti kenapa semua ini patut terjadi ke atas dirinya. Dilayan bagaikan pemuas nafsu semata-mata tanpa relanya. Persetan lelaki dayus! Shafika dipukul semasa mereka menikmatinya. Teriakan dan jeritan tidak terluah kerana ia adalah sia-sia. Kalaulah Haris tidak pergi semua ini tidak akan berlaku. Namun sudah tersurat Shafika menerima nasib seperti itu. Bukan sekali dia kena malah sebelum ini sudah terjadi. Dan sekarang, walaupun mereka tak dapat Haris maka Shafika yang jadi mangsa.Suaranya hilang. Nafasnya tersekat-sekat menahan sendu. Tangisan itu lahir dari rasa kesal. Kesal kerana tidak berani berhadapan dengan kenyataan. Mujurlah dirinya tidak dibunuh tapi Shafika merasakan lebih baik mati daripada terus terseksa begini. Mereka yang memperkosa Shafika telah lenyap entah ke mana. Merangkak Shafika ke penjuru rumah mendapatkan sebuah rak. Tidak bermaya tubuh itu. Segala kudratnya lesu setelah berlawan mempertahankan haknya namun kalah.Apalah daya seorang perempuan berlawan dengan kudrat empat lelaki bersifat binatang itu. Sungguh keji! Pakaian Shafika carik rabak. Semuanya menampakkan susuk tubuhnya. Dia berusaha bangun dengan berpaut pada dinding sebagai ponyokong sisa-sisa tenaga yang berbaki. Belum pun sempat dia bertahan, dia rebah lagi.Dari sudut itu dia menyelak laci. Dia meraba sesuatu dari dalam laci itu. Di situ tempatnya dia simpan Potassium Cyanide (Racun tikus). Dia nekad. Ini sahaja jalan yang dia ada. Haris sudah tidak pedulikan dirinya lagi. Dia kini tiada sesiapa. Kenapa perlu hidup lagi? Dunia ini bukan syurga cintanya. Dia seperti tidak mendapat sebarang manafaat dari setiap helaan nafasnya selama dia hidup. Shafika benar-benar tertekan. Otaknya buntu.
Published on July 17, 2012 00:49
July 16, 2012
Coretan Pagi
Pada waktu pagi ni mengantuk gila rasanya. Menghadap komputer pun mata layu semacam. Kalau aku berdengkurkan nanti bikin kacau. Dah namanya kerja, aku kena buat jugak tapi tetap banyak termenung daripada buat kerja. Huh!
Ini bukan novel, dan ini juga bukan coretan cerpen tapi ini coretan kisah aku pagi-pagi berblog. Bukan nak gigih berblog tapi sekadar meluahkan apa yang terpendam dalam hati. Sebenarnya otak aku dah mula tepu susah nak fikir benda-benda logik. Asyik berangan sahaja. Kadang-kadang boleh terbayangkan yang aku ni adalah Goku. Fuh! kadang-kadang pulak bayangkan akulah Power Ranggers. Gila ke apa aku ni?
Memang minda kita boleh bayang macam-macam termasuklah benda-benda pelik. Haa... takutnya... tapi siang-siang ni apa yang hendak ditakutkan? Takut pada bayang-bayang sendiri kut, tapi aku tak perlu rasa takut. Apa yang aku rasa sekarang adalah mengantuk. Tidur tak cukup je.
Buat pembaca blog aku yang rajin tu, aku rindu kamu. Tiba-tiba aje aku rasa macam jarang update blog. Memang, seminggu lebih kut bercuti rehat otak. Pergi jalan-jalan dekat Johor. Kira dah fresh balik otak ini daripada ketat semacam sebelumnya. Uiks!
Wah! Sekarang ni pulak tiba-tiba rasa kurang, fikir punya fikir patutlah rasa sunyi, rupa-rupanya mp3 player tak pasang. heee.... Pagi ku kembali ceria layan lagu Bondan Prakoso And Fade To Black - Narkoba (tiba-tiba aje kan layan lagu) done. PEACE!

Published on July 16, 2012 18:30
July 9, 2012
Cerpen : Embun Cinta
Tidak pernah aku merasakan sebegini hebatnya kasih sayang si dia buatku. Entahlah kadang-kadang tu aku rasa takut berhadapan dengan sebuah kehilangan. Ia berkait rapat dengan cinta hati. Oh, tanpa rela hati ini terbiar sepi kini tidak lagi. Tanganku diusap manja oleh si dia dan aku menatap matanya. Aku miliknya dan dia milikku. Barangkali hanya tubuh tidak hati. Aku harap hatinya benar-benar mencintaiku...
"Abang... terima kasih sudi menerima saya dalam hidup abang." Tuturku setelah menghabiskan sepinggan nasi berlauk ikan kerapu tiga rasa. Sedap sungguh makan bersama orang yang kita cinta. Orang yang memang membuatkan hidup kita diisi dengan kegembiraan dan kebahagiaan. Aizat memandang aku dengan matanya yang layu. Barangkali mengantuk kerana terlalu kenyang.
"Erkkk!!!" Sendawanya tak ingat. "Alhamdulillah." Ucapnya. Dan tanganku dilepaskan.
"Abang dengar tak apa yang saya cakap tu?" Aku tengok Aizat buat derk aje. Macam tak ada perasaan. Siap gosok-gosok perut lagi.
Jarang-jarang sekali makan dekat luar seronok jugak. Kalau selalu nanti nampak pulak aku ni dikatakan tak pandai masak. Kalau boleh aku nak masak masakan sesedap ini. Sesedap apa yang dimakan Aizat lalu sendawa kekenyangan itu.
"Dengar... Abang nak ke tandas kejap." Katanya. "Ein tunggu sini tau, jangan ke mana-mana." Pesannya lalu bangun dari kerusi.
Itulah Aizat lelaki gendut yang mencintai aku. Ya, aku taburkan kasih sayangkan pada lelaki itu kerana hatiku telah sedia parah terhadap lelaki-lelaki tampan yang tegar mempermainkan hati dan perasaanku. Yang rakus meleburkan kesetiaanku.
Bertemankan malam yang indah, bermandikan embun di bawah hamparan langit gelap namun terhias taburan bintang-bintang bergemerlapan di langit itu, kau jadi bahagia. Hanya Tuhan sahaja yang mengerti tentang perasaanku ketika ini.
Telefon bimbit Aizat berbunyi. Dia tertinggal telefon. Aku terlihat nama yang tertera. Nak jawab ke tak nak ni eh? Kalau aku jawab kan... huh! tak apa la biarkan aje. Yang pasti dekat situ tertera nama 'Kaseh' siapa Kaseh?
Perasaan ingin tahu menular. Aku lekas tekan butang hijau. "Hello."
"Hello... Ejat, eh?"
"Siapa ni?"
"Kaseh, siapa ni? Awak siapa?"
Aku terdengar suara perempuan dihujung talian itu. Kaseh! itu suara perempuan dan empunya nama itu adalah perempuan. Adakah Kaseh itu nama? Atau Kaseh itu hanya panggilan sahaja? Tak mungkin Aizat curang? Aku dengan Aizat sudah dua bulan bercinta. Dan... Embun Cintaku mekar di sini juga.
"Ein." Namaku dipanggil. Sepantas mungkin aku letakkan telefon itu di meja. "Buat apa dengan telefon abang tu?"
"Abang.... siapa Kaseh?" Lidahku laju melucur pertanyaan. Aizat diam. Dia ambil telefonnya dan masukkan ke dalam kocek. "Jawab la bang." Dia diam lagi.
Dia melangkah. Aku bangun dari duduk. Jiwa aku mula kacau seperti ribut sedang melarat tangguh lalu di restoran itu. Aku kejar langkahnya.
Aizat sembunyikan sesuatu. Aku mesti tahu. Aku tak mahu terluka lagi setelah segala harapan aku lebarkan. Segala cita-cita telah aku terbangkan dalam angan-angan ingin kecap bahagia dengan Aizat lelaki berkulit cerah itu bermata coklat sama sepertiku warna matanya itu.
"Cakap bang."
Aizat masih membisu.
Di dalam kereta juga sama. Dia tidak menjawab. Memandu dalam kebisuan. Lidahnya kelu begitu juga aku menyekat bicara dibaham gelora. Dalam perjalanan pulang, hatiku resah.
Keretanya berhenti dan melangkah turun mendapatkan bangku. Di sebuah taman dia menghela nafas. Aku sedia mengekori langkahnya. Malam semakin pekat, sepekat hatiku yang diburu gelisah. Abang.... tolonglah bang... merayu-rayu hatiku. Tetap aku sabar tidak mahu terburu-buru. Tidak manu memberi Aizat tekanan. Tapi cara Aizat buat aku terseksa!
Aku wanita punya rasa. Rasa cemburu kerana aku cinta. Cinta pada Aizat yang menawan hatiku dengan celotehnya tetapi sekarang semua itu bakal lenyap. Aku tak mahu terpisah dengannya. Aku bahagia berada disampingnya.
"Ein jangan marah abang boleh tak?"
"Bila masa saya marah?"
"Cara Ein tu..."
"Tak bang, saya cuma nak tahu je bang, takkan tu pun salah. Saya berhak tahu."
Aku duduk sebelah Aizat. Aku tebarkan pandangan mataku pada taman yang diterangi lampu neon. Masih ada umat manusia berjalan-jalan di situ. Aku dan Aizat turut berada di situ tetapi lokasiku ditempat yang terang. Bukan duduk di kawasan yang gelap kerana aku juga tahu tentang nilai harga diri walaupun antara aku dan dia tidak haram. Ya aku sedar, sebenarnya aku tidak harus berada di situ tetapi jiwaku semakin lama semakin keruh selagi Aizat tidak menerangkan segalanya.
"Kaseh janda abang."
"Janda?"
"Ya."
Jantung aku berdetak laju. Jadi dia bohongi aku? Eh? Bohong ke ni?
"Abang!"
"Tapi Ein tak pernah tanya pun waktu kita mula-mula kenal dulu." Katanya sambil mendongak memandang langit hitam.
Jari jemariku menari bersentuhan dengan jari sebelah lagi. Kenapa aku harus tanya? Jika aku benar ikhlas mencintainya tak mungkin aku perlu serius.
Aku bangun dari situ. Duduknya tak selesa.
"Kenapa abang tak terus terang dari dulu lagi bang yang abang ni duda."
"Kenapa kalau abang duda? Awak takkan sayang abang ke dan takkan hidupp dengan abang?" Aizat tenung aku dalam-dalam. Renungannya itu membuatkan hatiku cair.
"Bukan macam tu bang, cuma..." Nafasku terasa sesak. Oksigen macam dah habis.
"Cuma apa? dalam facebook tu boleh tanya macam-macam la Ein. Kalau abang cakap benda betul pun orang takkan percaya."
"Tapi Ein bukan macam tu."
"Rata-rata. Abang dah terlalu kecewa sangat. Kalau Ein nak tahu, penceraian abang dengan Kaseh tu pun disebabkan facebook. Makan minum dan pakai abang dia tak ambil peduli. Sibuk dengan haram jadah tu je." Marah betul bunyinya.
Terkejut jugak aku dengar. Gara-gara facebook mereka berpisah. Takkan alasan tu je kut? Aku terfikir.
"Abang..." Panggil ku lembut.
"Abang pun tak suka Ein berfacebook lagi kalau betul Ein cintakan abang. Abang ada maruah jugak Ein, takkan abang nak jadi dayus biarkan Kaseh tu duk papar gambar dedah sana dedah sini... abang ni suami dia. Segalanya abang tanggung. Awak pun kena jadi isteri abang yang baik Ein. Kita baru je bernikah. Cinta kita bukan cinta terpaksa Ein. Percayalah cakap abang. Walaupun perkahwinan kita ni sekadar biasa tapi cukuplah dengan apa yang kita hadapi sekarang ni."
Kata-kata Aizat buat aku berfikir panjang. Ada benarnya jugak apa yang suamiku katakan. Dia sanggup tinggalkan segala-galanya untuk hidup bersamaku. Dia sanggup bersama aku menjual pisang goreng. Aku dengan dia tinggalkan segala-gala kemewahan. Ya aku sanggup demi cintaku walaupun ayahku memarahiku setelah menolak pinangan anak kawan baiknya sendiri. Aku mahu mencari cintaku sendiri walaupun sering dikecewakan.
"Abang tak pernah cerita pun."
"Abang cerita la ni."
Aku terdiam. Aizat duduk semula dibangku. Aku mendengarnya...
Dulu... Aizat mula bercerita.
***
Cerita Aizat melakar pelangi cinta bersama Kaseh.
Dulu sewaktu cinta Aizat mula mekar bersama wanita bernama Kaseh, hatinya menyimpan sejuta impian mahu mengejar bahagia. Kaseh adalah perempuan yang cantik, menawan dan tertutup. Mencintai Kaseh adalah satu permulaan ke arah keharmonian. Tidak pernah Aizat berhadapa dengan mana-mana gadis selembut Kaseh. Kaseh cukup sempurna di mata Aizat. Namun segalanya berubah setelah gadis menjadi istrinya. Kaseh mula lupa diri. Kaseh hidup dalam kemewahan hasil pencarian Aizat selama ini,
Daripada seorang yang sopan menjadi liar padahal Kaseh isterinya. Dikurniakan seorang cahaya mata difikirkan mampu menambat kedua-dua belah pihak namun ternyata kelahiran anaknya itu membuatkan Kaseh menjadi teruk! Kemodenan memusnahkan Kaseh. Seorang gadis desa berubah perwatakan. Puncany ahanya satu, kejutan budaya. Berkenalan tanpa batas. Apa yang membuatkan Aizat berkecil hati, Kaseh sanggup berjumpa dengan lelaki lain. Apabila Aizat dapat tahu, Aizat marah. Tapi sedikitpun Kaseh tidak hiraukan.
"Makan fb, tidur fb la awak ni!"
"Apa saya kisah. Abang tu mana ada masa layan saya. Sibuk dengan kerja 24 jam. Saya dekat rumah ni, awak tak ambil tahu pun."
"Saya kan kerja. Semua ni saya lakukan untuk keluarga kita jugak."
"Saya nak kerja abang tak kasi." Kaseh membantah.
"Duit saya cukup untuk tanggung awak la."
"Saya nak duit saya sendiri. Saya nak rasa hasil titik peluh saya jugak."
"Kerja apa kau nak buat hah?" Aizat dah mula naik angin. "Kau SPM pun tak lepas. Mujur aku ni kutip kau tau tak. Kalau tak dah lama kau dan keluarga kau merempat!" Bentak Aizat mengungkit kisah di mana asal usul Kaseh, Aizat buat begitu supaya Kaseh sedar. Namun, ternyata kata-kata Aizat itu tidak diambil positif.
"Jadi kau nak ungkit la ye? Siapa yang tergila-gila kan aku kalau bukan kau?"
"Sebab aku tak sangka kau jadi macam ni."
Keadaan rumah mewah itu bertukar corak. Pertelingkahan semakin runcing. Kaseh dengan caranya, Aizat dengan caranya. Barulah Aizat sedar bahawa kekayaan tidak menjaminkan kebahagiaan. Niatnya ingin membantu tetapi lain jadinya.
Itulah cerita tetang Aizat bersama Kaseh...
***
Aku tak pernah tengok lelaki menangis. Ia nampak sangat buruk. Aizat menitiskan air mata di bahuku. Terseksa cerita itu. Aku jadi sebak mengikut rentak cerita suamiku sendiri. Patutlah gambar Aizat tak sama dengan realiti. Dahulu dia memang kurus tampan sekarang gendut kuat makan gara-gara nak hilangkan stress.
"Dah la bang... Saya janji takkan lukakan hati abang." Beritahuku padanya.
Kaseh ingin kembali kepangkuan Aizat tetapi tidak akan aku izinkan kerana aku takut Kaseh akan lukakan hati suamiku itu. Walaupun aku dan Kaseh tak pernah bertemu tetapi cerita daripada suami sendiri begitu pedih. Aku takkan maafkan Kaseh mencemarkan nama baik kaum wanita.
Tubuhku didakap erat oleh Aizat. Embun pagi jadi saksi cintaku padanya. Tanpa sedar air mataku turut bergenang melayani walang hati Aizat.
"Kami pencengahan maksiat!" Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara orang dari belakang. Aizat turut tersentak. Mana boleh cegah maksiat pada status mereka.
"Eh!"
"Kamu berdua ditahan." Kata mereka.
"Tak boleh." Kata Aizat.
"Kenapa tak boleh?"
"Sebenarnya, saya suami dia!" Beritahu Aizat. Aku pula terpisat-pisat di situ.
"Ya encik, saya isteri dia."
"Mana buktinya?"
Aizat terus tunjukkan kad kahwin. Mujurlah dibawa bersama. Lawak pulak bila berdakapan di tempat begitu dituduh khalwat. Ala... aku bukannya sengaja lagipun aku sendiri tak sedar bila waktu kami berdakapan. Dakap suami sendiri la... huhuhu. Abang... Ein berjanji... Ein takkan kecewakan abang, percayalah....

Published on July 09, 2012 09:10
July 7, 2012
Contest : Review Novel Buka Mata Hati
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Hari ini MAOB lancarkan contest terbuka untuk peminat-peminat novel. Syaratnya mudah sahaja iaitu ;
Baca novel bertajuk Buka Mata Hati Ada FacebookLIKE fanpages Miqael Arshad [ KLIK DI SINI ]Review (Ulasan) novel tersebut dan hantarkan ke alamat email miqaelarshad@gmail.com berserta nama, alamat surat menyurat dan nombor telefon bimbit anda.Saya akan copy and paste review (ulasan) anda ke fanpage saya. Pemenang akan ditentukan melalui statistik jumlah LIKE yang banyak. Jika posting Ulasan anda mendapat jumlah like tertinggi maka anda merupakan pemenangnya.Ia sangat mudah :-) Jangan ketinggalan. Penyertaan ini bermula 07/07/2012 sehingga 10/08/2012 pukul 12:01 AM. Hadiah misteri menanti anda :-)

Published on July 07, 2012 04:50
Miqael Arshad's Blog
- Miqael Arshad's profile
- 2 followers
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.