Miqael Arshad's Blog, page 11
July 31, 2012
Novel : Aku Bukan Korea (Bab 1)
“CEPATLAH! Terhegeh-hegeh betul la kau ni.” Tangan Norisya ditarik laju. Keadaan penuh sesak. Farah, si gadis gendut terlalu teruja untuk berada di barisan paling hadapan. Norisya rasa pelik kenapa Farah begitu terdesak?“Fa!”“Diamlah!” Marah Farah. Dalam keadaan sekarang minta tolong sangat supaya Norisya jangan halang niat Farah. Sekarang bukan waktunya untuk Norisya membebel kepada Farah. Farah tidak mahu dengar. Farah cuma mahu dengar apa yang dia mahu dengar saja. Norisya tunjuk tiket dan dihadap ke muka Farah supaya sedar diri tu sikit tapi Farah langsung tidak hairan dengan tindakan Norisya yang memang ganjil sekarang ni. Mana ada orang pergi tengok konsert pakai macam tu. Memang ketinggalan zaman betul!“Fa!” Norisya memanggil lagi tapi Farah macam tak endah sahaja. Kemudian Norisya menyentap tangannya dari terus ditarik Farah. Norisya mematikan langkah. Farah menoleh lalu berhenti.“Kita dah tak sempat duduk depan tu la.” Kata Norisya. Maksud Norisya tunjukkan tiket tu sebenarnya mahu menunjukkan tiket masih di tangan dan memang sukar untuk masuk ke dalam dengan kadar segera. Ini bermakna segalanya terlambat.Ruang masuk ke pintu stadium sesak dengan orang ramai. Betul kata Norisya mana sempat lagi. Kalau pun ada ruang hanya bahagian belakang. Tak nampak la muka artis tu. Huh! Farah sedikit kecewa.“Redah je la Isya. Apa kau nak kisah sangat?” Cadang Farah.Norisya tak sedap hati. Dia enggan masuk namun Farah tarik tangan Norisya semula. Jangan jadikan alasan lambat itu sebagai penghalang. Sekarang ni adalah peluang untuk mereka bertemu dengan artis pujaan.Nafas Norisya rasa sesak. Memang sempit rongganya sekarang ni. Isy! Ada sorang mamat ni main hembus-hembus asap rokok pulak. Grrr geramnya. Rokok, rokok, rokok! Bencinya. Norisya mengibas rongga hidung dengan tangan. Busuk!Farah sudah tak sabar lagi. Kali ini dia tetap nak tengok juga! Kalau Norisya tak nak tak apa. Dia boleh pergi sendiri. Tapi…“Isya! Apa yang kau tercegat lagi tu?”Ah! dia ni. Norisya ikut je. Orang yang ada dekat situ memang tak ambil kisah lagi dengan gaya dan cara Norisya tu. Tapi, ada ke orang pergi tengok K-Pop pakai baju kebaya macam aku ni? Adoyai! Norisya nak pakai baju biasa aje, ayah pulak menghalang. Arghhh!!!“Ye la ye la…” Norisya mengalah dan nekad ikut Farah mengasak masuk. Mereka berikan tiket itu kepada penjaga. Fuh! Memang ramai gila orang layan k-pop.Farahh dah menjerit.“Woooo!!!”“Wei!”“Diamlah, Isya!”Dari jauh dah nampak artis ada atas pentas. Ada pula di antara peminat fanatik yang melompat macam kera dan ada yang joget-joget macam orang mabuk todi. Ada yang berpeleseran. Wei… apa ni? Norisya rimas la suasana macam ni.Mereka semua bercampur gaul tidak kira lelaki dan perempuan. Tubuh Norisya asyik bersentuhan aje dengan orang yang bukan muhrim. Rasa macam orang kampung terlepas masuk bandar.“Isya!!! Tu!!! Super Junior!!!” Farah teruja gila-gila dah macam orang mabuk kepayan tertelan biji durian sampai sesak nafas layan artis luar masuk Malaysia.Wahhh handsomenya Eunhyuk!!! Tiba-tiba Norisya jatuh hati. Eleh… hatinya memang sudah lama berkenan. Jangan tak nak mengaku, Farah dah masak dengan sikap Norisya yang suka berpura-pura tu.“Mana-mana?” Buat-buat tanya.“Yesung!!!” Farah suka si Yesung tu muka dia comel. Bibir lembut berkulit licin. Hidung sudah pasti mancung. Sememangnya menjadi kegilaan Farah.Norisya pulak, suka semua. Tiada kompromi lagi.Dringggg!!!Tiba-tiba jam loceng menganggu mimpi! Arghhh kacau betul. Rasa malas nak bangun. Bayangan tadi lenyap macam tu sahaja. Bukan senang mengharapkan mimpi begitu bertandang. Sejuta tahun sekali mungkin. Tidakkk!!!Jam loceng dicapai sesudah dia bangun secara malas. Matanya terjegil seperti mahu keluar sahaja bebola mata dari sangkar. Segera dia mengengsot punggung turun dari katil. Gadis yang comel bertahi lalat kecil di hidung belah kanan itu menambahkan lagi keserian. Tapi kalau dah pagi macam ni tambah lagi baru bangkit tidur memang dirinya langsung tidak terurus. Rambut seperti puntianak sedang stress.Dia masuk dalam bilik air dan termenung lagi walaupun sudah lambat. Tersenyum pula dia teringatkan mimpi tadi. Farah oh Farah… dia teringatkan Farah suka bercerita tentang artis Korea. Kadang-kadang tergelak juga mendengar celoteh kawan baiknya itu. Apa yang tidak disangka, kenapalah mimpi itu masuk dalam tidurnya? Usai mandi dia selesaikan kewajipan, Solat Subuh dikerjakan. Alhamdulillah… tiada alasan untuk tidak mendirikan solat.
***
LANGKAHNYA laju mengejar waktu. Dia mendaki tangga naik ke tingkat dua untuk ke bilik kuliah. Harap pensyarah tidak meradang. Jam di lengan dilihat lagi, aduhai, lambat setengah jam ni kut, hatinya mendesis risau.Pintu dikuak. Sempat lagi Norisya menarik nafas sedalam-dalamya dan dihembus perlahan. Leganya… nasib baik boleh cool lagi. Norisya melihat pensyarah tidak ada di dalam bilik itu. Dia mendapatkan tempat duduknya di sebelah Farah.“Kenapa kau lambat?” Farah menampakkan wajah risau. Rakan yang rapat dengan Norisya. Bertubuh comel-comel berisi. Pipi tembam suka makan cokelat.“Letih kut malam tadi aku bersengkang mata siapkan tesis ni.” Norisya mengeluarkan nota tugasannya yang telah disiapkan walaupun agak tidak teratur. Dia pun tidak bercerita berkenaan mimpi lucu tu kepada Farah. Nanti dululah. “Lagipun pensyarah belum masuk lagi kan?” Norisya menduga kerana menilai ketiadaan kelibat Izad di meja melegakan hatinya yang tadi tersangat risau.“Banyaklah kau belum masuk. Dia pergi ambil rotan kut, tengok kau tak masuk lagi.” Beritahu Farah.Sanggup ke Encik Izad tu rotan aku? Norisya sudah menggelebah. Jikalau betul bagaimana? Ini bukan sekolah rendah lagi hendak dirotan segala. Ni dah kolej, ada sedikit kebebasan namun dalam kebebasan itu ada batasan. Norisya tidak boleh melanggarnya.“Kau ni biar betul?”“Tak betul lagi ke?” Bisik Farah kawan Norisya sambil matanya melihat kelibat yang sangat digeruni.Terpacak kelibat Izad di hadapan mata mereka. Norisya adalah orang menelan laju air liurnya.Glurp!“Mana Norisya binti Mustafa?!” Sengaja Izad menyebut nama itu dengan lantang walaupun dia sudah terlihat kelibat Norisya yang duduk di sebelah Farah. Mentang-mentang aku duduk sebelah Farah dia buat-buat tak namapak kut?Norisya mengetap bibirnya lalu bangun. “Saya…” Sambil angkat tangan.“Oh awak ke Norisya binti Mustafa? Saya fikir saya tak ada pelajar nama tu. Rupa-rupanya ada la pulak.” Sungguh Izad berkata-kata sinis terhadap Norisya.“Ye itu nama saya.” Norisya berdiri kaku.“Sini.” Izad yang memegang rotan di tangan kanan memanggil dia supaya tampil ke hadapan. Mahu diajar sedikit tentang waktu. Mahu diperkenalkan tentang tatatertib. Bukan datang ke kuliah ikut suka hati sahaja. Sesiapa pun marah. Mana-mana pensyarah pun akan rasa geram.Langkah Norisya tiba di hadapan Izad sambil diperhatikan pelajar-pelajar lain. Mereka pelajar semester dua belum lagi mengenali sepenuhnya sikap dan perangai Izad memandangkan pada semester yang lepas Izad tidak mengajar mereka kini pensyarah itu mengajar subjek keusahawanan. Cara mengajar memang macam cara sekolah rendah aje. Geramnya… gumam Norisya. Tapi… kacak pensyarah ni…
***
TAH TAH TAH! Farah memetik jari di hadapan wajah Norisya. Melihat Norisya tersenyum sendiri timbul pula rasa risau. “Kau kenapa senyum dari tadi? Macam orang tak betul aje.”“Isy! Kau ni kacau betul la!” Marah Norisya yang masih teringat kes kena denda tadi. Orang lain kena denda mesti tarik muka ketat tapi lain pula yang terjadi kepada Norisya. Senyum memanjang sambil menopang dagu di dalam perpustakaan.Farah memerhati Norisya. Norisya, gadis remaja yang begitu menitikberatkan soal aurat. Meskipun sikapnya tersangat riang dan ada kalanya menjengkelkan namun kewajipan itu tetap dijaga. Farah mencontohi gaya Norisya yang sederhana dan Farah juga amat mengagumi cara Norisya meskipun kelihatan agak pelik. Ada lagi ke orang zaman sekarang memakai pakaian seperti Norisya? Baju kurung dan berkain batik. Baju kurung tu pula pattern zaman kuno aje.“Kena ketuk ketampi pun kau boleh senyum ke? Kalau aku memang dah mengamuk. Malu tu…” Ujar Farah membuka plastik gula-gula lalu disumbat ke dalam mulut.“Aku bukan macam kau, aku suka la Encik Izad tu denda aku. Hari-hari nak aje aku kena denda dengan dengan dia. Maklumlah orangnya handsome… tapi kau rasa Encik Izad tu dah kahwin ke belum?” Norisya berminta ingin tahu.“Jangan kau cakap yang kau dah syok dekat dia Isya… katakan tidak.” Mulut Farah sudah ternganga.“Tak la, aku cuma nak tau je. Itupun salah ke?” Norisya belek buku nota.Bohong benar Norsiya ni, barangkali hati dah terpaut kut, Farah angkat kening. Boleh jadi Norisya suka, tapi belum sampai ke tahap meraban tidak tentu fasal. Ini bukan Norisya yang gedik! “Please Isya, katakan bahawa kau tidak dilamun cinta.” Farah kehairanan gula-gula yang sepatutnya manis tiba-tiba masam. Berubah riak wajah Farah.“Kau kenapa?”“Masam!” Farah menahannya. Menyesal beli gula-gula manis-manis masam. Lebih baik beli masam masam manis ada juga manis di akhirnya. Ini tidak, manis dahulu kemudian masam!Norisya cuba rasa gula-gula itu dan ia menjadi serupa. Wajah Norisya lagi teruk, berkemut-kemut menahan rasa masam. Aku benci masam! Norisya mengehek semula.“Huh! Siapa yang kasi kau gula-gula ni?”“Aku beli.”“Jangan beli lagi. Tak sedap!”“Syhhh….” Tiba-tiba terdengar suara orang menyuruh mereka berdua diam. Ditoleh ke belakang lalu terlihatlah kelibat Encik Izad yang sedang meletakkan jari telunjuk dekat bibir sebagai isyarat. Mata Izad melilau mencari siapa yang berbuat bising itu.Norisya sembunyikan wajah lalu memerhatikan Farah yang ada di hadapannya. “Farah… tu dia… inilah masanya…” bisik Norisya.“Kenapa?”Farah dapat rasakan Norisya cuba merancang sesuatu.Tiba-tiba Norisya menulis sesuatu lalu dilipat kemas. Farah cuba melihat tapi Norisya sengaja menghalang.“Bagi la aku tengok…” Bisik Farah.“Kau tolong bagi…” Tiba-tiba.“Eh?”“Please.” Norisya merayu sambil buat muka kasihan mengharapkan simpati Farah.“Tak nak la aku. Kau bagi la sendiri! Katakan itu bukan surat cinta!” Bentak Farah mengakibatkan konsentrasi pelajar lain terganggu dan sekaligus mencuri perhatian Izad.Norisya tergamam. Kenapa dengan kawan aku ni? Meroyan ke? Norisya cemas pula gara-gara sikap menggelabah Farah tu bakal menggagalkan segalanya.
***
NORISYA BINTI MUSTAFA, berumur 19 tahun bercita-cita mahu menjadi ahli perniagaan yang berjaya. Tidak mahu gagal dalam hidup tetapi mahu menggagalkan hidup orang lain yang cuba menggagalkan hidupnya tetapi sampai sekarang belum tercapai hasratnya itu.Norisya, gadis riang. Gadis yang suka tengok Encik Izad, tapi Encik Izad ni dah berpunya ke belum? Serius Encik Izad, hati saya terpegun melihat wajah tampan itu. Kalau dah ada isteri pun tak apa saya sanggup jadi nombor dua.
Belum sempat surat itu habis dibaca, Encik Izad sudah mengecilkan biji mata merengus geram. Pelajar aku ni memang buat aku confuse. Nak belajar ke atau nak main-main? Kalau sibuk nak bercinta tak payah belajar. Kalau nak belajar bercinta bukan dekat situ. Geram Encik Izad.“Kau kenapa Izad? Dari tadi aku tengok muka kau kebas semacam je, tahan sembelit ke?” Zafril sibuk menggoreng sesuatu di atas kuali lebar yang besar berbentuk segi empat. Di bawahnya sudah tentu ada dapur, sudah ada dapur tentunya ada tong gas. Membakar sesuatu yang memikat aroma menusuk rongga, sekali makan sekali ternganga, kalau tak makan nanti perut merana. Satu taman ni sukakan burger ciptaan Zafril.Sekarang Zafril sibuk menyiapkan tempahan seorang diri. Ya betul sebelum ini seorang diri tapi semenjak Izad ni datang dan berborak-berak dengannya terus jadi kawan baik. Hampir setiap malam Izad akan datang membantu sekiranya tidak sibuk. Untung dapat kawan dari jenis yang tak berat tulang. Namun setiap kali datang mesti ada sahaja hal si Izad ni merungut, maka Zafril akan menadah telinga mendengarnya.Tentang latar belakangnya tidak pula diceritakan kepada Izad, tentang Izad sudah tentu Zafril tahu. Dari a sampai f, tak sampai z kerana bukan kenal dari kecil pun. Kenal pun dah berusia 25 tahun. Sebaya pulak tu.Surat itu dilipat semula. Sengaja bawa bersama lepak dekat gerai burger Zafril yang bertapak bawah pokok mempelam berdekatan dengan sebuah taman. Sudah tiga bulan Zafril berniaga di situ. Bertapak secara sah.“Student aku sorang tu pelik. Kalau tengok daripada gaya dia nampak macam sopan tapi sebenarnya, nauzubillah…” Surat itu sudah berada dalam poket seluarnya. Izad menyambung tugas membungkus yang tergendala gara-gara terfikir nak baca lagi surat itu. Sudah tahu menyakitkan hati kenapa perlu dibaca lagi, barangkali Izad pun berkenan kut?Zafril yang berkulit cerah dan gaya berambut belah tepi ala-ala zaman Melayu 70-an itu terus terhenti sejenak. Tertarik agaknya mendengar kisah itu dan mahu mengikuti sambungan. Apa yang penting lagu retro terbaik kedengaran dari corong radio. Meminati lagu-lagu klasik yang sentiasa menemani malamnya di situ. Oleh itu dia memilih gaya pemakaian sebegitu. Itulah penarik dan konsep yang diguna pakai oleh Zafril sebagai tema, Gerai Kejora Burger Arjuna. Tepat!“Kenapa dengan gayanya itu, apa ada salahnya?”“Sama macam kau. Klasik!” Jeling Izad.“Kalau iya mahu marah usah pada aku, kawan. Aku hanya bertanya jadi tidak usah kau beriak wajah seperti itu.” Ucap Zafril.“Aku tak marah la… tapi budak tu berkelakuan macam orang tak betul je. Menggeletis tak tentu fasal. Gerun aku dibuatnya.” Izad herot bibir.“Barangkali dia suka sama kau,” duga Zafril lantas menyambung kerjanya.“Eh, ya ke? Isy, tak mungkin aku akan jatuh cinta pada student aku sendiri. Tak agak langsung.” Izad memasukkan burger yang siap dibungkus terus ke dalam plastik kemudian dihulurkan kepada pelanggan yang berdiri dari tadi asyik memerhatikan gaya Zafril menggoreng daging burger. Siap terbang lagi. Fuh! Dahsyat.“Cuba sahajalah Izad. Mana tahu itu jodoh kau. Jodoh tidak kira siapa asalkan kau dengan dia sama-sama jatuh cinta.” Zafril kalau dah bercakap soal cinta mahu sampai empat karun guni. Izad serta merta buat-buat sibuk. Sibuknya mengalahkan YB. Dia terus potong sayu, mayang bawang dan belah timun.“Wei Zafril, aku nak tanya kau ni. Sebenarnya memang dah lama aku nak tanya tapi tak terkeluar pulak,”“Apa?” Zafril menoleh sambil mengesat peluh di dahi dengan tuala.“Selama aku kenal kau, gaya kau cakap ni macam orang zaman dulu-dulu dan ala-ala orang seberang. Bingung aku. Kau datang dari abad ke berapa sebenarnya ni?” Izad angkat kening. Memang keliru dengan cara itu. Fuh! Sesak nafas dibuatnya.“Ini tema gerai, jadi kalau mahu berbahasa dengan aku, kau perlu berbicara sebagaimana aku. Ini merupakan identiti Kejora Burger Arjuna.” Beritahu Zafril dalam nada tegas.Izad seolah-olah tidak berpuas hati dengan penerangan itu. Mustahil sungguh. Dari awal kenal sampai sekarang tiada langsung bahasa moden. Rasa macam berkawan dengan orang zaman retro. Tengok dari gaya rambut dan pakaian Zafril pun mampu mengundang curiga.
Published on July 31, 2012 21:58
Novel : Aku Bukan Korea (Prolog)
Cerita sembilan belas tahun lalu…
DARI jauh terlihat Mustafa terkejar-kejar mendapatkan Mariah. Oh Mariah kenapa kau begini? Mustafa lelaki muda berkaca mata besar melihat Mariah rebah terkulai. Mustafa jadi panik tidak tahu apa yang perlu dilakukannya.“Jangan kau pergi.” Mustafa ketara menggeletar melihat Mariah tercungap-cungap seperti kekurangan oksigen. Merayu-rayu Mustafa ketika itu. Sungguh sebak menikam jiwa. Sungguh pilu tidak terkata. Hanya bibir digerak-gerakkan memacu hati yang terluka.Mariah rebah semasa mengayuh basikal tua. Sebentar tadi mahu ke kedai beli beras. Beras sudah habis. Hidup mereka melarat makan nasi ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang dan kadangkala apa yang dicari pada waktu pagi, malam baru dapat makan.“Oh! Mariah… Akhirnya kau tinggalkan aku juga.” Teringat lagi mulut Mariah berbuih seperti terkena sawan babi. Mariah pergi meninggalkan seorang cahaya mata yang mesti dijaga oleh Mustafa dengan penuh kasih sayang. Norisya berada di dalam buaian tidak menangis walhal sudah ketiadaan ibu. Bayi kecil berusia lima bulan itu tidak akan mengerti apa-apa. Tapi mungkin parah setelah bayi itu perlukan kasih seorang ibu. Tangisan yang terjadi mungkin lebih dahsyat.Dari jarak kurang seratus meter, berdirinya seorang wanita di anjung sedang mencempung bayi yang berusia dua bulan. Perbezaan bayi itu dengan bayi bernama Norisya hanyalah dua bulan sahaja.“Kasihan kau Mustafa. Terpaksa menjaga Norisya seorang diri.” Bisik Rosnah sendirian sambil menggeleng. Wanita yang berambut kerinting bermata sepet kacukan Jepun dan Melayu itu terus masuk ke dalam rumah.Sudah sebulan Mustafa kehilangan Mariah. Selama sebulan dia menjaga Norisya bayi comel sebagai bukti cintanya terhadap Mariah. Seteguh karang dilautan yang tidak bisa lagi dilambung ombak.Malik, suami Rosnah sedang termenung. Usai termenung dia keluar dari bilik terasing itu yang terletaknya jauh sedikit dari rumah. Orang zaman dahulu tiada tandas di dalam rumah. Rata-rata terletaknya jauh daripada rumah. Jauh jarak sahaja. Tidak jauh dari mata. Itu kalau waktu malam budak-budak memang takut. Kalau ingin termenung pasti berteman satu atau lebih. Kalau sudah ganjil pasti dibilang lagi mana tahu ada lebihan.“Malik!” Malik dipanggil Mustafa tidak jauh daripada rumahnya. Mustafa amat memerlukan bantuan diharapkan Malik jirannya itu sedia membantu. Apalah gunanya hidup berjiran seandainya tidak dapat menghulurkan bantuan disaat ia diperlukan. Dalam pada itu Mustafa melangkah turun lalu mendapatkan Malik yang masih kurang selesa. Wajah Malik beriak sakit. Terseringai menahan senak. Oh! Barangkali ia masih belum kesudahan. Ternyata ada yang tidak beres.“Sebentar!” Malik kembali masuk ke dalam bilik termenung itu. Sudah lama ditunggu maka lambat jadinya namun masih bersabar kerana mahu meminta bantuan amat memerlukan kesabaran kerana manusia memilik sifat pelbagai karenah. Berhadapan dengan keadaan itu Mustafa tega bertahan selagi mana ia mampu untuk melangkah.Mustafa dihambat resah kerana selama ini tidak pernah dia berhadapan dengan perkara genting ini. Membesarkan anak sangat payah. Semua itu memerlukan kecekalan dan ketabahan. Oleh kerana sayangnya pada Mariah, maka dia sanggup memikul tanggungjawab itu. Pedihnya dirasakan hidup tanpa isteri namun nilai kesetiaan mengatasi segalanya.Cerita mereka bercinta manis dan romantis. Tidak pernah Mustafa memarahi Mariah bahkan mencintai Mariah sepenuh hati. Cerita itu terukir indah dalam hati meskipun Mustafa tahu ada insan lain yang mencintainya sebelum Mariah namun hati tidak boleh dipaksa. Akan tiba suatau hari nanti seandainya hati dibuka tuhan untuk menerima pengganti. Tetapi itupun jika ada jodoh dari-Nya.Biarlah semua itu berlalu perit. Tidak mahu diungkit lagi dan sekarang Mustafa harus fikir bagaimana untuk membesarkan Norisya supaya kasih sayang cukup untuk anaknya itu. Makan dan pakai serta segala-galanya pula harus dijaga dengan baik meskipun hidup ini terlalu sukar. Itu bukan halangan kerana kasih sayang dan cinta tidak ada sempadannya.Langkah Mustafa pula terhenti. Norisya sekarang tidak henti-henti menangis. Kalau Mustafa tidak keluar bekerja juga, dia dan anaknya mahu makan apa? Apa perlu dia menukang rumah mesti dibawa Norisya sekali? Tidak dapat dibayangkan bagaimana keadaan Mustafa bekerja sambil mencempung anak? Atau dibiarkan sendiri di buaian sementara dia berkerja? Oh! Terlalu ngeri.“Sayang… jangan menangis anakku…” Mustafa memujuk namun Norisya tetap menangis. Teriakan itu kuat kerana terikaan kerinduan pada ibu mahu susu. Bayi itu kehausan.Malik masih lambat lagi. Belum puas agaknya. Namun Rosnah yang mendengar tangisan bayi itu terus meluru keluar. “Kenapa dengan anak kau?”“Tidak tahu kenapa, inilah yang aku khuatirkan. Dari tadi asyik menangis saja.” Beritahu Mustafa yang berdiri di bawah anjung. “Pagi ini aku mahu ke tempat kerja. Tidak tahu aku mahu berikan pada siapa anak ini minta tolong jagakan anakku ini.” Sambung Mustafa lagi yang masih kebingungan.“Biar aku tolong jaga anak kau sementara kau pergi kerja dahulu, ya. Bila kau sudah pulang nanti kau ambil kembali anak kau ini.” Rosnah sanggup menjaga bayi itu agar Mustafa dapat mencari nafkah. Bukan mudah menguruskan keluarga seorang diri seperti itu. Menjaga bayi yang masih kecil begitu sukar dan Mustafa perlu banyak belajar bagaimana untuk menguruskan bayi.Mustafa terlalu gembira mendengar jawapan Rosnah itu. Walaupun ada rahsia di antara mereka namun Mustafa masih mengharapkan bantuan Rosnah. Biarlah Rosnah membantu kerana Norisya memerlukan Rosnah sekarang.Norisya dibaringkan sebelah bayi kecil Rosnah. Kedua-dua bayi itu sangat comel. Rosnah tersenyum memandang mereka berdua. Anugerah yang sangat istimewa. Kasihan Rosnah melihat Norisya yang tadinya teresak-esak dan setelah berada dalam cempungan Rosnah, Norisya terus diam. Sekarang Norisya dicempung semula kemudian dia memberikan Norisya susu dadanya. Kasihan, rupa-rupanya Norisya rindukan kasih sayang dan belaian manja daripada seorang ibu.‘Tidak mengapalah Mustafa, aku pelihara anak kau ini seperti anak aku sendiri tetapi kau harus ingat Mustafa, selagi kau tidak tunaikan janji kau maka aku akan tuntut sampai mati sehingga kau menunaikannya. Aku tunggu.’ Detik hati Rosnah melayani fikirannya sambil membelai lembut kulit bayi itu.Masa yang berlalu sangat pantas. Si kecil yang sebelum ini tidak boleh merangkak kini sudah merangkak. Dari tidak boleh berjalan kepada boleh berjalan. Ini melambangkan bahawa bayi itu bergelar kanak-kanak. Tumbesaran yang sangat menyihatkan. [Klik untuk ke bab seterusnya...]
Published on July 31, 2012 21:47
Biarkan di sini sahaja
Assalamualaikum dan salam sejehtera. Selamat berpuasa buat rakan-rakanku di facebook mahuhun di dunia blog. Teruskan berjuang menahan lapar dan dahaga demi menikmati ganjaran di akhirat kelak. Sesungguhnya puasa itu bukan sekadar menahan lapar dan dahaga sahaja tetapi memperkuatkan keimanan kita serta ketaqwaan kepada ALLAH SWT. Sesungguh puasa menguji orang-orang yang sabar. Bersabarlah menempuh setiap ujian ALLAH ke atas diri kita. Insya-ALLAH hidup kita akan sentiasa dalam lingkungan Rahmat ILAHI. Amin.
Di sini aku nak beritahu bahawa ABK (Aku Bukan Korea) akan di post dalam ni sahaja memandangkan kawan-kawan cakap pening lepak banyak-banyik blog. Jadi aku akan posting dalam blog ini juga cerita itu. Dan pada kawan-kawan yang lain jangan lupa berikan pendapat dan sokongan pada cerita itu. Jika ada salah dan silap harap ditegur semoga ia dapat diperbaiki. Semoga Allah jua membalas budi dan jasa baik anda. Walaupun tidak di dunia, mungkin di akhirat sana nanti kita semua mendapat ganjaran pahala. Insya-Allah.
Di sini aku nak beritahu bahawa ABK (Aku Bukan Korea) akan di post dalam ni sahaja memandangkan kawan-kawan cakap pening lepak banyak-banyik blog. Jadi aku akan posting dalam blog ini juga cerita itu. Dan pada kawan-kawan yang lain jangan lupa berikan pendapat dan sokongan pada cerita itu. Jika ada salah dan silap harap ditegur semoga ia dapat diperbaiki. Semoga Allah jua membalas budi dan jasa baik anda. Walaupun tidak di dunia, mungkin di akhirat sana nanti kita semua mendapat ganjaran pahala. Insya-Allah.
Published on July 31, 2012 21:41
July 30, 2012
Ya ALLAH, Selamatkanlah Umat ISLAM Di BURMA
Baca dan Sebarkan jika anda sayang saudara Islam anda di Myanmar.
Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (SHURA) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) mengesa kerajaan dan pemimpin Islam di Malaysia dan seluruh dunia segera mengambil berat perkembangan yang sedang berlaku ke atas umat Islam Rohingya di Myanmar sekarang ini.
Sejak 3 hb Jun 2012 baru-baru ini 10 orang Muslim di Taunggote , daerah Tongu di bunuh dalam sebuah bas yang sedang pulang dari majlis Tabligh untuk kembali ke Rangoon, oleh sekumpulan pengganas dan kumpulan rasis etnik Rakhine.
Mereka diserang setelah seorang wanita Rakhine dikatakan telah dirogol dan dibunuh oleh orang Rohingya.
Lanjutan itu kami dimaklumkan puak pengganas Rakhine Buddha telah menyerang semua penduduk Islam di Akyap , ibu negeri Arakan.
Manakala kampung Sara Prang dan Tarang Shong di daerah Rathidong telah di bakar semuanya sehingga tidak ada seorang pun lagi yang tinggal.
Akibatnya ketegangan telah tercetus bila orang Islam Rohingya terus dijadi sasaran oleh Buddhis Rakhine termasuk dikawasan kampung lain diseluruh wilayah Arakan.
Setakat ini pertempuran antara pendudukan etnik Rohingya Muslim dan pihak keselamatan telah merebak ke beberapa perkampungan lain. Laporan yang diterima , polis menembak ke arah penduduk dan sehingga kelmarin beberapa orang telah terbunuh sementara ramai yang cedera.
Dari maklumat langsung dari Maungdaw kami diberi informasi bahawa sebenarnya ramai umat Islam Rohingya yang telah dibunuh dalam tempuh beberapa hari yang lalu. Dari berita Kaladan Press Network , dilaporkan 100 orang Rohingya telah ditembak mati dan lebih 500 orang lagi cedera di Maungdaw.
Namun mayat mereka yang dibunuh telah diangkut oleh tentera dan polis dan sehingga ini tidak diserah kepada keluarga yang berkenaan . Oleh sebab itu tidak ada maklumat tepat bilangan yang terbunuh sehingga ini.
Namun pelarian Rohingya di Malaysia melaporkan kepada kami mereka berhubung langsung dengan keluarga di Arakan dan mendapati ramai yang tercedera tapi tidak dibenarkan mendapat rawatan di hospital. Akibatnya ramai yang mati dalam keadaan tidak mendapat ubat dan rawatan yang diperlukan.
Lebih memeranjatkan kami , pihak keselamatan , polis dan tentera , kini dilaporkan telah bekerjasama dengan etnik Rakhine untuk melancarkan serangan ke atas etnik Rohingya Muslim.
Walaupun dharurat di istiharkan di Maungdaw dan kini diseluruh Arakan , pihak polis dan pengganas Rakhine dilaporkan terus menyerang penduduk Rohingya tanpa belas kasihan.
Pihak berkuasa telah menguatkuasakan Akta 144 yang menghadkan pergerakkan penduduk , namun etnik Rakhine telah dibiar bebas berkeliaran dibawah pengawasan polis untuk membakar rumah dan merampas barangan penduduk Rohingya.
Setakat ini , berita yang diterima , empat perkampungan telah diserang dan dibakar. Rumah penduduk di sebuah kampung Samamia Para @ Myothu Gi telah dibakar termasuk sebuah masjid turut dirosakkan.
Rumah orang Rohingya dikawal rapi oleh pihak keselamatan , namun bukan untuk melindungi mereka , akan tetapi untuk menembak mereka jika mereka keluar rumah . Lantaran itu penderitaan umat Islam Rohinga dalam beberapa hari ini bertambah parah bila mereka tidak dapat keluar dari rumah untuk membeli keperluan makanan seharian.
Kelmarin , 9 hb Jun 2012 , sebuah kampung iaitu Hazmia Para telah juga diserang dan dibakar.
Terbaru , 10hb Jun 2012 , dua kampung paling besar , iaitu Warlispara dan Saki Para ( dua kampung paling ramai umat Islam Rohingya ) yang mempunyai Madrasah dan ribuan pelajar telah diserang oleh pihak Rakhine. Dilaporkan ramai yang terbunuh , masjid dan Madrasah di kampung tersebut juga dibakar.
Dari maklumat terkini , semua perhubungan terputus dari Arakan termasuk tidak membenarkan sebarang rakaman mengenai apa yang berlaku di Arakan. hanya melalui rangkaian telekomunikasi dari bandar sempadan dengan Bangaladesh iaitu Maungdaw sahaja telefon boleh berfunsgsi untuk mendapat maklumat.
Kami mengutuk dengan keras terhadap pihak berkuasa Myanmar yang sejak 1982 telah melancarkan penghapusan etnik terhadap kaum Rohingya . Umat Islam Rohingya pernah diperlaku secara kejam oleh regim tentera Myanmar pada tahun 1942 yang mengakibat 100,000 orang Rahingya terbunuh.
Kini lebih 400,000 pelarian Rohingya berada di kem pelarian di Bangladesh , 60,000 di Thailand , 150,000 di Pakistan ,40,000 di Malaysia . Puluhan pelarian di kem pelarian di Kutupalong dan Coax Bazar di Bangladesh berada dalam keadaan sangat dhaif kerana pihak berkuasa Bangladesh tidak memberi sebarang bantuan.
Nasib umat Islam Rohingya yang berada di Myanmar berada dalam keadaan yang sangat buruk dan sangat tenat. Undang-undang dan operasi keselamatan Nasaka sejak 1982 telah mengakibat kesengsaraan yang berat keatas Umat Islam Rohingya yang maseh berada di wilayah Arakan , Myanmar .
Antara penderitaan yang dialami ialah perampasan rumah , tanah , ternakan , pemusnahan masjid , arahan tidak dibenarkan membaikki mana-mana Masjid , ratusan Masjid dimusnah dan diganti dengan Pagoda Buddha , perkahwinan dan pergerakkan yang dihadkan hanya dengan keizinan tentera , penangkapan , penyiksaan tanpa bicara , perkosaan wanita dan pemaksaan keluar dari Islam dan dipaksa menganut Buddha.
Penduduk Rohingya didera sehingga tidak dibenarkan memilikki walaupun pisau atau parang untuk kegunaan di rumah kecuali dengan izin tentera. Malah mereka juga tidak boleh memilikki telefon bimbit. Ada yang ditangkap dan dipenjara sehingga 7 tahun hanya kerana memilikki telefon bimbit.
Kami dengan ini mendesak kerajaan Malaysia segera mengambil tindakan untuk mengerakkan inisiatif dari pihak ASEAN agar pembunuhan ini dapat dihentikan dan etnik Rohingya dibela dan dilindungi . Sekretariat ASEAN perlu melaksanakan polisi melindungi hak Asasi Manusia dikalangan anggotanya terutama selepas Persidangan Kemuncak ASEAN pada 2009.
Kami juga menyeru supaya kerajaan Malaysia menyatakan pendiriannya mengenai pembunuhan Umat Islam oleh regim tentera Myanmar yang memberi kerjasama kepada golongan rasis nasionalis Rakhine Buddha.
Kami menegaskan jika penyembelihan umat Islam di Myanmar berterusan , kami akan bertindak dengan lebih tegas dan berkesan supaya regim tentera Myanmar tidak sewenangnya menzalimi Umat Islam Rohingya di Myanmar.
Sumber : IKRAM
Published on July 30, 2012 21:01
July 29, 2012
Encik, Tolong Selamatkan Dia!
Published on July 29, 2012 22:34
Ajal Mereka Sudah Tiba, Kita Bakal Menyusul Juga
Lemah lutut jadinya apbila aku dengar kes kematian akibat nahas jalan raya mengakibatkan budak kampung aku dan mereka merupakan orang yang aku kenali dari mulut ibuku. Mereka selalu juga lepak kedai aku ni terutama arwah Taufik. Tak sangka pula empat hari lalu sebelum kematian dia senyap sahaja sambil main internet. Biasanya mulut dia selalu juga berborak-borak dengan aku. Dan aku tegur dia, "Bakpe senyap je hari ni?" dia jawab, "Doh mu pung senyak gok. Orang lain pokser gok," katanya. Maaflah dialek Terengganu sebab aku orang Dungun, Terengganu.
Kalau Nazrin pulak orang kampung panggil Ayin. Senyum sokmo tengok aku. Aku senyum-senyum aje la kan budak-budak kampung aku jugak bukannya orang lain. Jumpa tegur aje la. Yang lain-lain tu tegur-tegiur biasalah kan. Dan aku pun tak tahu motif mereka ke daerah tu. Apa tujuan pun aku tak tahu. Macam-macam cerita aku dengar tapi apa boleh buat ajal mereka dah sampai.
Arwah Taufik tu baru sahaj kehilangan nenek dan ayahnya. Tambah lagi sekarang ni bulan Ramadhan. Bayangkanlah betapa sedihnya mereka. Apa-apa pun mati itu pasti. Sekarang kedai aku nampak suram dah, kerana aku yang rasa macam tu sebab selalu ada Taufik tu kecoh sikit. Dahulu pun dah kehilangan seorang budak juga tahun lepas pun selalu meriahkan aku punya kedai ni, tapi dah pergi jugak.
huhuhu.... pantas betul masa berlalu. Al-fatihah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi. Amin.
Maklumat lanjut dan video nahas klik -=> [Di sini]
**********
Berita dari Sinar Harian Online
Empat sahabat maut nahas tiga kenderaan
29 Julai 2012
Kereta Proton Wira yang dinaiki empat sahabat hancur berkecai selepas terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km18, Jalan Kuantan-By Pass dekat sini, malam semal
KUANTAN - Empat sahabat maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km18, Jalan Kuantan-By Pass, malam semalam.
Dalam kejadian 11.15 malam itu, pemandu dan tiga penumpang Proton Wira maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah treler yang keluar dari simpang sebelah kiri sebelum sebuah kereta jenis Honda merempuh bahagian belakang Proton wira berkenaan.
Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah, ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Pelabuhan Kuantan.
"Tiga mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang lagi maut (kira-kira 6 pagi ini) ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya di sini, hari ini.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta berkenaan Mohd Shahidan Shaari, 26, Mohd Shahafiz Othman, 22, Muhd Taufik Abd Rahman, 20, dan Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19. Keempat-empat mereka berasal dari Terengganu.
Mohd Rizal berkata pemandu sebuah lagi kereta dan pemandu treler yang membawa muatan bijih besi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Kalau Nazrin pulak orang kampung panggil Ayin. Senyum sokmo tengok aku. Aku senyum-senyum aje la kan budak-budak kampung aku jugak bukannya orang lain. Jumpa tegur aje la. Yang lain-lain tu tegur-tegiur biasalah kan. Dan aku pun tak tahu motif mereka ke daerah tu. Apa tujuan pun aku tak tahu. Macam-macam cerita aku dengar tapi apa boleh buat ajal mereka dah sampai.
Arwah Taufik tu baru sahaj kehilangan nenek dan ayahnya. Tambah lagi sekarang ni bulan Ramadhan. Bayangkanlah betapa sedihnya mereka. Apa-apa pun mati itu pasti. Sekarang kedai aku nampak suram dah, kerana aku yang rasa macam tu sebab selalu ada Taufik tu kecoh sikit. Dahulu pun dah kehilangan seorang budak juga tahun lepas pun selalu meriahkan aku punya kedai ni, tapi dah pergi jugak.
huhuhu.... pantas betul masa berlalu. Al-fatihah. Semoga roh mereka dicucuri rahmat Ilahi. Amin.
Maklumat lanjut dan video nahas klik -=> [Di sini]
**********
Berita dari Sinar Harian Online
Empat sahabat maut nahas tiga kenderaan
29 Julai 2012

Kereta Proton Wira yang dinaiki empat sahabat hancur berkecai selepas terlibat dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km18, Jalan Kuantan-By Pass dekat sini, malam semal
KUANTAN - Empat sahabat maut dalam nahas membabitkan tiga buah kenderaan di Km18, Jalan Kuantan-By Pass, malam semalam.
Dalam kejadian 11.15 malam itu, pemandu dan tiga penumpang Proton Wira maut selepas kenderaan itu melanggar sebuah treler yang keluar dari simpang sebelah kiri sebelum sebuah kereta jenis Honda merempuh bahagian belakang Proton wira berkenaan.
Pegawai Turus Trafik Pahang DSP Mohd Rizal Abdullah, ketika kejadian semua mangsa dalam perjalanan dari arah Kuantan menuju ke Pelabuhan Kuantan.
"Tiga mangsa mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan manakala seorang lagi maut (kira-kira 6 pagi ini) ketika menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)," katanya di sini, hari ini.
Mereka yang terbunuh ialah pemandu kereta berkenaan Mohd Shahidan Shaari, 26, Mohd Shahafiz Othman, 22, Muhd Taufik Abd Rahman, 20, dan Ahmad Nazrin Hafizi Abdul Latif, 19. Keempat-empat mereka berasal dari Terengganu.
Mohd Rizal berkata pemandu sebuah lagi kereta dan pemandu treler yang membawa muatan bijih besi itu tidak mengalami sebarang kecederaan.
Published on July 29, 2012 04:05
July 28, 2012
Kisah Iktibar Di Penjara Sungai Buloh
Seorang ustaz telah menceritakan sebuah kisah yang berlaku di penjara Sg. Buloh. Sebuah kisah benar. Mengikut cerita beliau, semasa beliau habis memberi ceramah agama pada sekalian banduan di sana kemudian Pengarah Penjara telah berjumpa dengan beliau dan menceritakan pada beliau mengenai seorang banduan yang bernama AMIN iaitu ketua kumpulan Al-Mau'una yg didapati bersalah kerana melancarkan perang kepada Yg Dipertua Agong. Amin dijatuhi hukuman gantung sampai mati. Apa yg menarik ialah peribadi si Amin ini.
Beliau seorang yg berdisplin, kuat beramal, mengaji quran, solat malam dan baik dikalangan sesama banduan lain. Pendek kata banduan yang tiada bermasalah. Seminggu sebelum dia digantung, pengarah penjara telah menziarahi sel beliau dan terkejut kerana terdapat bau yg harum. Bau itu tak hilang walaupun beliau telah pulang ke rumah, bau harum itu masih melekat pd pakaiannya.
Mengikut ceritanya lagi, pada malam sebelum dia digantung, dia telah berpesan supaya dikejutkan pada jam 4.00 pagi. Dia digantung pada subuh pagi Jumaat. Pada malam sebelum dia digantung, didapati Si Amin ini tidur begitu lena sekali seolah-olah tiada apa-apa akan berlaku sedangkan pada esok pagi dia akan dihukum gantung. Bayangkan kalau orangg hendak dihukum gantung pagi esok, pasti gelisah dan mesti tidak mampu tidur nyeyak.
Tepat jam 4.00 pagi, Amin dikejutkan. Kemudian dia terus beramal, solat taubat, tahajud, mengaji dan sujud syukur. Dia berpesan lagi supaya dibawa ke tali gantung ketika dia sedang sujud syukur. Ketika Amin sedang sujud, pada masa itulah dia dibawa ke tali gantung untuk menjalani hukuman dan apabila tiba waktu dirinya hendak digantung, tiba-tiba Amin pengsan tidak sedarkan diri.
Masa semakin suntuk dan Amin harus digantung ketika itu juga, maka kepala dia ditutup dengan kain hitam dan hukuman pun dijalankan. Agak pelik ketika itu kerana hukuman gantung tersebut seperti menggantung anak patung yang tidak bernyawa kerana tiada pergerakan dan tiada jeritan. Didapati juga selipar jepun yang dipakai oleh Amin masih melekat pada kakinya, begitu juga tasbih masih tidak terlepas dari tangan. Apabila janazah Amin dibuka penutup muka didapati lidah tidak terjelir keluar seperti kebiasaan mereka yang digantung.
Tangannya pula seperti orang dalam solat. Jari telunjuk sepertt membaca tahiyat akhir. Subhanallah. ......... mungkin Allah sudah mengambil nyawanya terlebih dulu sebelum digantung. Begitulah kebesaran Allah yang memberi Rahmat kepada hamba-hamba-Nya yang soleh dan sentiasa bertaubat. Mungkin ini satu petunjuk dari ALLAH kepada kita semua. Inilah kisah yang diceritakan semula oleh Ustaz tersebut.
***
P/S: Jika seorang mukmin akan meninggal, malaikat-malaikat turun dari langit kepadanya dengan membawa kain kafan dari surga serta membawa wewangian dari surga. Lantas para malaikat itu duduk di sekeliling orang mukmin yang akan meninggal tadi.
Para malaikat duduk mengelilingi sang mukmin sepanjang mata memandang (sangat banyaknya malaikat itu). Menyusul kemudian, datanglah Malaikat Maut duduk di dekat kepala sang mukmin. Malaikat Maut berkata, “Wahai jiwa yang tenang, keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaan-Nya.”
Dengan demikian, keluarlah jiwa sang mukmin dari jasadnya bagaikan keluarnya tetesan air dari bibir tempat air.
WALLAHU A'LAM, BETAPA ALLAH SANGAT MENYAYANGI HAMBANYA YANG SOLEH!
(Sumber)
Published on July 28, 2012 21:39
July 27, 2012
Kebahagiaan Di Tangan Tuhan
Lama tidakku dengar lagu-lagu nyanyian Allahyarham P.Ramlee ni. Apabila kembali dengar dan menghayati lirik-lirik lagunya memang banyak maksud yang tersirat. He he he...
Sebenarnya aku memang suka lagu-lagunya. Merdu dan menusuk ke dalam jiwa. Kalau lagu yang kelakar-kelakar tu pun best juga. Dalam lagu di atas pula kisah tentang jodoh dan kebahagiaan. Dalam cerita Ahmad Albab tu pun banyak pedomannya yang tetap berlaku sehingga ke hari ini, Cuma apa yang diceritakan itu telah disampaikan secara komedi dengan lawak-lawak yang tidak kering gusi. Inilah yang dinamakan lagenda evergreen.
Published on July 27, 2012 22:27
July 25, 2012
Bedak Atau Gandum
Masa saya kecil dahulu saya tidak pernah tahu apa itu cinta. Saya tengok kawan saya beri surat pada seorang rakan perempuan di dalam kelas.
Saya tanya "Surat apa tu?" dan dia jawab, "Surat cinta, aku tiru macam dalam tv." Katanya. Jadi saya tertanya-tanya apa yang dia tiru sampai kena bagi surat dekat budak perempuan dalam kelas?
Saya tidak tahu jawapannya oleh itu saya tidak puas hati. Pada waktu pulang dari sekolah saya tanya lagi kawan saya tu, "Dalam surat tu ada apa?" Tanya saya dan dia pun jawab, "Ada ayat cinta, tapi..." Dia buat saya suspen.
"Tapi apa?" Saya ingin tahu, kemudian dia hulurkan surat tu pada saya lalu saya buka, dalam tu ada benda warna putih, saya tak dapat hidup bau sebab masa itu hidung saya tersumbat. Nak hidu tapi tak dapat, sedihnya.
Saya tengok dia kecewa sebab surat dia dikembalikan. Pinangan cinta tak dapat la tu. Saya pun cuba jugak bagi benda yang sama keesokkannya tapi dalam tu saya tak tulis banyak, saya cuma tulis 'Kalau cinta balas la surat saya,' macam tu aje tapi lepas tu saya sedih, budak perempuan tu nakal sangat, mentang-mentang dia cantik sampai hati dia siram saya dengan serbuk putih tu.
"Orang letak bedak tapi awak letak gandum tak wangi." Katanya. Maklumlah masa tu saya memang pasif jarang cakap dengan perempuan itulah first time saya suka perempuan yang kawan saya suka. Saya sendiri keliru, ingatkan yang putih tu gandum sebab saya selalu tolong ibu uli tepung gandum buat karipap dekat dapur. Masa kecil dulu rajin tolong ibu, sekarang ibu dah tak buat karipap lagi... huhuhu
Saya tanya "Surat apa tu?" dan dia jawab, "Surat cinta, aku tiru macam dalam tv." Katanya. Jadi saya tertanya-tanya apa yang dia tiru sampai kena bagi surat dekat budak perempuan dalam kelas?
Saya tidak tahu jawapannya oleh itu saya tidak puas hati. Pada waktu pulang dari sekolah saya tanya lagi kawan saya tu, "Dalam surat tu ada apa?" Tanya saya dan dia pun jawab, "Ada ayat cinta, tapi..." Dia buat saya suspen.
"Tapi apa?" Saya ingin tahu, kemudian dia hulurkan surat tu pada saya lalu saya buka, dalam tu ada benda warna putih, saya tak dapat hidup bau sebab masa itu hidung saya tersumbat. Nak hidu tapi tak dapat, sedihnya.
Saya tengok dia kecewa sebab surat dia dikembalikan. Pinangan cinta tak dapat la tu. Saya pun cuba jugak bagi benda yang sama keesokkannya tapi dalam tu saya tak tulis banyak, saya cuma tulis 'Kalau cinta balas la surat saya,' macam tu aje tapi lepas tu saya sedih, budak perempuan tu nakal sangat, mentang-mentang dia cantik sampai hati dia siram saya dengan serbuk putih tu.
"Orang letak bedak tapi awak letak gandum tak wangi." Katanya. Maklumlah masa tu saya memang pasif jarang cakap dengan perempuan itulah first time saya suka perempuan yang kawan saya suka. Saya sendiri keliru, ingatkan yang putih tu gandum sebab saya selalu tolong ibu uli tepung gandum buat karipap dekat dapur. Masa kecil dulu rajin tolong ibu, sekarang ibu dah tak buat karipap lagi... huhuhu
Published on July 25, 2012 03:46
July 24, 2012
ABK Enovel terkini Miqael Arshad
Salam. Hai korang semua. Sekejap saja sudah masuk hari kelima kita berpuasa di bulan Ramadhan kan? Alhamdulillah kepada mereka yang masih bertahan. Salam Ramadhan diucapkan kepada korang.
Ada kawan minta enovel terbaru jadi disiarkanlah enovel terbaru tu yang bertajuk Aku Bukan Korea. Bunyinya macam sinis tapi ia tak dimasudkan begitu. Jangan salah faham. Tajuknya bukan untuk merendah-rendahkan mereka yang meminati K-Pop. Ia sekadar memenuhi coretan lambakan tajuk. He he he...
Cerita tu tidak disiarkan dalam blog ini kerana terlalu banyak cerita tergantung di dalam ni nanti buat korang pening pula nak memilihnya. Lagipun blog ini belum dikemaskini lagi. Cerita sebelum ni tergantung sebab ketandusan idea. Boleh ke macam tu? Nanti kalau diriku banyak idea dan diizinkan tuhan maka akan disambung cerita sebelumnya. Jangan marah tau... Cerita tentang Suamiku Gangster pulak dalam proses edit :-)
Rakan-rakan yang sudi baca cerita terbaru jom ikut ke blog ini.... Klik Aku Bukan Korea untuk masuk ke blog baru (^_^)
Peace~~~
Ada kawan minta enovel terbaru jadi disiarkanlah enovel terbaru tu yang bertajuk Aku Bukan Korea. Bunyinya macam sinis tapi ia tak dimasudkan begitu. Jangan salah faham. Tajuknya bukan untuk merendah-rendahkan mereka yang meminati K-Pop. Ia sekadar memenuhi coretan lambakan tajuk. He he he...
Cerita tu tidak disiarkan dalam blog ini kerana terlalu banyak cerita tergantung di dalam ni nanti buat korang pening pula nak memilihnya. Lagipun blog ini belum dikemaskini lagi. Cerita sebelum ni tergantung sebab ketandusan idea. Boleh ke macam tu? Nanti kalau diriku banyak idea dan diizinkan tuhan maka akan disambung cerita sebelumnya. Jangan marah tau... Cerita tentang Suamiku Gangster pulak dalam proses edit :-)
Rakan-rakan yang sudi baca cerita terbaru jom ikut ke blog ini.... Klik Aku Bukan Korea untuk masuk ke blog baru (^_^)
Peace~~~
Published on July 24, 2012 23:23
Miqael Arshad's Blog
- Miqael Arshad's profile
- 2 followers
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

