Miqael Arshad's Blog, page 10

August 9, 2012

Trailer Novel Buka Mata Hati

Assalamualaikum :-) Hai kawan-kawan... Jom saksikan trailer novel Buka Mata Hati ini ya dan seandainya  sudah berkenan di hati, maka dapatkan novel sulung saya ini khas buat semua peminat novel.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 09, 2012 06:57

August 8, 2012

Aku Bukan Korea - Bab 4

LANGKAH Norisya dikejar Farah yang agak kelam kabut itu. Dipanggil Norisya tapi hanya sekadar memandang namun tidak mematikan langkah. Farah kejar lagi, tapi Norisya semakin pantas ke hadapan.“Tunggu la.”“Jangan kacau aku!” Marah Norisya.“Aku bukan nak kacau kau pun, Isya,” Farah serba salah.“Kalau ya pun biarlah lepas aku lepaskan hajat dulu!” Norisya cepat-cepat masuk ke dalam tandas selepas membaca doa ketika masuk tandas yang bermaksud,
‘Dengan nama Allah, Ya Allah aku berlindung denganMu daripada syaitan jantan dan syaitan betina.’
Huh! Farah melepaskan keluhan. Ketara peluh meleleh keluar dari liang-liang roma. Dahinya juga sudah dibasahi keringat. Farah menunggu Norisya di luar.Lama pula minah ni, gumam Farah. Setelah puas menunggu barulah Norisya keluar. Wajah Norisya jelas mempamerkan kelegaan. Berseri-seri jadinya apabila senyumaan mekar terukir di bibir mulus itu.“Sorry sangat, lambat.”“Tak apa kau boleh sambung setengah jam lagi biar biru kaki aku berdiri tunggu kau dekat sini.” Farah merajuk.“Hek eleh… merajuk la konon?”“Kau dah okay ke tak ni?”“Okey… bahana minum ais pagi-pagi.”“Buang tabiat apa minum ais waktu macam ni?” Farah mengatur langkah. Norisya menarik nafas lalu beriringan bersama.“Saja nak try tapi nampaknya perut aku memang tak boleh terima ice lemon tea. Serius meragam. Haa… alamak! Datang lagi.” Norisya meramas perut sendiri. Berlari-lari dia masuk ke tandas semula. Farah tepuk dahi sendiri. Parah kalau begini. Selepas ini mahu minta pertolongan Farah. Pasti! Farah mesti tolong Norisya.

***
ZAFRIL buat rawatan susulan. Berjumpa doktor untuk mengetahui keadaan diri sendiri. Setelah ditanya pun doktor itu memandang pelik. Memang tidak pernah jumpa lelaki sopan seperti Zafril ini. Doktor yang sama merawat Zafril sewaktu tangan itu patah. Setiap tutur bicara terlalu halus tiada sedikitpun kasar. Suara yang garau dan bahasa tubuh yang begitu mendamaikan menampakan Zafril bagaikan lelaki Melayu Terakhir biarpun wajah seperti kacukan Cina dan Melayu. Bahagian mata itu jelas mempamerkan Zafril seakan-akan bukan Melayu. Bebola mata berwarna biru.“Bagaimana dengan tangan sahaya doktor?” Sekali lagi Zafril bertanya.“Eh.” Tersentak doktor berkaca mata itu. Ada ke patut tangan Zafril diletakkan dekat dada sendiri sambil pejam mata? Cepat-cepat dilepaskan tangan itu. “Okay, dah boleh buat kerja, cuma jangan lakukan perkerjaan yang berat.” Menggelabah doktor itu.“Terima kasih…” Zafril bangun sambil mengukir senyuman.Doktor tersebut merekodkan sesuatu di dalam fail. Fail pesakit merupakan rekod sulit yang tidak boleh didedahkan kepada sesiapa.Zafril melangkah perlahan dan dalam hatinya mengucapkan syukur kerana tuhan masih memberinya peluang untuk menikmati pancaindera yang tersangat penting itu. Bayangkanlah jika hidup di usia dua puluh lima tahun itu sudah tidak bertangan jadi bagaimana agaknya untuk dirinya meneruskan hidup? Pastinya dalam hidup ini terlalu banyak cubaan. Insan yang tabah dan kuat akan terus melangkah ke garisan penamat dan yang lemah pasti tersungkur biarpun cuba merangkak namun tewas dek putaran alam.Pintu bilik doktor itu terkuak sebelum sempat Zafril memulas tombol maka pelanggaran terjadi apbila seorang gadis meluru masuk kerana tidak sabar-sabar lagi untuk mendapatkan rawatan. Hampir terjatuh gadis itu.“Maafkan sahaya,” Ujar Zafril menggelabah.“Tidak perlu minta maaf. Saya sebenarnya yang salah. Tolong tepi sikit.”Zafril terus memberi laluan. Gadis itu tergesa-gesa menemui doktor. Zafril menguntum senyuman lalu keluar daripada bilik rawatan. Sempat berfikir sejenak akan kewujudan gadis itu. Cantiknya boleh tahan, gayanya pula yang sedikit menggelebah. Biasalah orang sakit bertemu doktor memang mempunyai banyak ragam dan karenah.
***
TAKDIR aku ke? Dia aku lihat lagi. Cinta aku ke tu? Norisya sudah terbang ke awan. Perutnya yang meragam itu sudah menerima rawatan. Pesan doktor, dia mesti makan ubat dan jangan skip! Wajah lelaki kacak itu bermain di matanya lagi. Kali pertama bertemu akibat kemalangan yang berlaku di hadapan rumah. Mujurlah ayah tidak melenting tapi memang ayah tak pernah melenting pun. Nampak tenang aje… Aduhai… kali ini aku jumpa dia lagi dekat klinik, Norisya tersenyum sendiri lalu menghempaskan tubuhnya ke katil.Tangan terus diletakkan di atas dahi. Mata dia tu… comel… puji Norisya lagi dalam hatinya. Alahai gadis sunti itu sudah mula tergila-gilakan lelaki itu. Kehadiran lelaki itu bagaikan sebuah mimpi indah. Mimpi yang mungkin membuatkan hidupnya bermakna. Rasa macam dah lama kenal dia… itulah yang Norisya rasakan. Tapi itu biasalah. Kadang-kadang apabila dah suka ada sahaja perasaan yang pelik. Pernah jumpa la, pernah keluar sama la, pernah berbual-bual, tapi itu semua hanyalah permainan perasaan. Tidak perlu diikutkan sangat nanti jadi bahan ketawa pulak.“Sekarang ni gred awak jatuh! Soalan kuiz yang begitu senang pun awak tak boleh jawab. Apa yang awak fikirkan hah?” Tiba-tiba sahaja muncul wajah Izad dalam kepalanya. Tersentak dia jadinya. Secara automatik dia bangun terduduk.“Mati aku!” Wajah Izad yang garang itu sedang menghayun rotan. “Alamak!!!” Dia lupa sesuatu. Denda! Denda! Aku kena siapkan perkataan ‘Saya kuat berangan’ yang sama sebanyak seribu kali dengan pensil! Norisya kelam kabut.
***
“DAH siap?“Ya…” Lenguh tangan Norisya.“Bagus… macam ni la yang saya mahu. Jangan degil lagi. Awak tu bukan budak sekolah rendah tau.” Izad mengambil buku skrap yang dihulurkan oleh Norisya.Norisya berkerut dahi. Buku itu dibelek Izad. Terjegil biji mata Izad seolah-olah bebola mata itu mahu keluar daripada sangkarnya.“What?” Izad terkejut.Norisya senyum. Perkataan ‘I love you’ sebanyak seribu kali telah ditulis dalam buku tersebut menggunakan marker pen.“Kenapa?” Selamba tanya Norisya.“Bukan ini yang saya suruh awak tulis.”“Tapi saya rasa nak tulis macam tu abang…” Terus dipanggil Izad sebagai ‘abang’. Hampir pengsan Izad melihat Norisya tersenyum di hadapannya. Barisan gigi Norisya tersusun cantik.“Saya pun tak tahu kenapa saya tulis macam tu? Yang saya tahu, jika cinta ditulis dengan pensil ia masih boleh dipadamkan jadi saya guna marker pen biar susah untuk dihapuskan. Apabila sampai waktunya ia akan melekat di hati.” Jawab Norisya. Semakin tertekan Izad mengenangkan sikap Norisya. Semakin diberi denda semakin mengarut jadinya.“Saya fikir awak patut kahwin. Tak perlu belajar sini lagi.” Izad bingung sendiri mengenangkan perangai Norisya. Sebenarnya ada dua dua manusia pelik dalam dunia ni yang dikenali Izad. Zafril dan Norisya. Ya Allah, siapa mereka ni? Kenapalah aku diketemukan dengan mereka ni? Makin haru hidup aku. Menyesal Izad tak kahwin dengan jodoh orang tua dahulu. Kalau tidak ada juga tempat dia bercerita benda pelik ni.“Saya akan kahwin. Berkahwin dengan encik, boleh?” Norisya langsung tidak rasa serba salah dengan jawapanb itu.Terdiam Izad. Seumur hidupnya memang dia tidak pernah bertemu dengan pelajar dan gadis seperti Norisya. Boleh retak tempurung kepalanya. Boleh jadi barah otaknya jika terus memikirkan cara untuk membuatkan Norisya ni faham akan tanggungjawab sebagai pelajar dalam menimba ilmu.Dan sekarang iniu Farah pula sibuk memerhatikan daripada jauh dua makhluk itu berdiri. Seorang berdiri kaku macam robot dan seorang lagi sudah naik pening. Sudah pasti yang pening itu adalah Izad.“Awak suka saya ke?”“Suka.”“Kenapa awak suka saya?”“Sebab abang suka denda saya. Semakin abang denda saya semakin saya jatuh sayang. Lambat laun akan jatuh cinta.” Tutur Norisya.Tidak!!! Tempik Izad dalam hati yang tidak akan didengari oleh sesiapa.
***
NORISYA tersenyum memandang Farah. Mereka melangkah bersama-sama ke restoran setelah keluar dari perut kereta. Farah masih tertanya-tanya motif sebenar Norisya mendera jiwa Izad.Kerusi ditarik lalu punggung berlabuh. Norisya menopang dagu masih tersengih-sengih. Kemudian pelayan datang mengambil pesanan. Cuaca petang itu dingin gara-gara hujan seketika tadi. Sekarang hujan sudah reda.“Milo tarik.” Norisya membuat pesanan dan pelayan itu memandang Farah pula.“Teh tarik.” Beritahu Farah.Mereka hanya membuat pesanan minuman sahaja. Perut belum terasa lapar kerana tadi roti yang dimakan masih belum hadam. Itu pun tahun bila punya roti di dalam kereta Farah pun Norisya tidak tahu. Tapi masih elok lagi kut. Bimbang pula kalau perutnya meragam lagi.“Tak baik la kau buat Encik Izad macam tu.” Farah ada seikit rasa kasihan pada pensyarahnya tetapi tidak pada Norisya. Entah apa la yang membuatkan Norisya tu marah sangat. Memang tak patut Norisya cakap sebegitu. Gadis yang nampak comel dan cantik itu berkelakuan seperti orang kurang waras.“Dia malukan aku tak apa pulak? Kalau diikutkan hati memang nak aje aku tarik telinga dia tu tau.” Amboi Norisya ni, tak baik betul. Itu pensyarah. Jika dibuat begitu maka tiada berkat ilmu itu.“Sebab kau buat salah.” Farah seolah-olah membela Izad. “Memang patut kau selalu kena denda.”“Salah aku boleh diperbetulkan tapi memalukan aku sangat melampau. Sebenarnya aku bengang sangat.” Norisya bersandar pada kerusi.“Okey, aku pun salah jugak sebab sampaikan tugasan denda kau tu. Aku tau ia menjengkelkan.” Farah akur.“Ya la… dia suruh aku tulis perkataan ‘Saya kuat berangan’ seribu kali. Dia ingat aku ni tergila-gilakan dia sangat ke?” Norisya mula menampakkan sikap baran. Terkejut Farah. Mana hilangnya Norisya yang dahulu yang sabar yang menurut perintah? Sekarang ni berubah secara mendadak.“Tergila-gilakan dia sangat ke?” Farah ulang ayat itu. “Sangat? Sangat itu macam ada makna…” Farah angkat kening curiga.“Isy!” Norisya menafikan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 08, 2012 22:18

Serapuh kasih hilang di awan

Madahku rindu pada suara temanhilang punca mencari kawandijadikan tauladan zaman berzamanagar langkah ini tiada halangan
Sungguh pun perjuangan ini belum selesaitembok itu telah musnah tanah pula tergadainamun jiwa tetap kukuh semangat disemaiagar bisa merampas kembali kasih serunaiyang bertiup memanggil damaiyang berdendang dalam ramaiyang setia cinta melambaibiarpun hasrat belum tertunai...
Awan itu kelabu, berarak di angin laludi situ aku terpaku, dibakar api rindu...
12:55AM
09/08/2012
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 08, 2012 09:55

August 7, 2012

Nasihat Kubur


Nasihat Kubur:
1). Aku adalah tempat yg paling gelap di antara yang gelap, maka terangilah aku dgn TAHAJUD.
2). Aku adalah tempat yang paling sempit, maka LUASKAN aku dengan ber SILATURAHIM.
3). Aku adalah tempat yang paling sepi maka RAMAIkanlah aku dengan perbanyak baca AL-QUR'AN.
4). Aku adalah tempatnya binatang-binatang yang menjijikan maka racunilah ia dengan Amal SEDEKAH
5). Aku yang menyepitkanmu hingga hancur bilamana tidak Solat, bebaskan sempitan itu dengan SOLAT
6). Aku adalah tempat untuk merendammu dengan cairan yang sangat amat sakit, bebaskan rendaman itu dengan PUASA..
7). Aku adalah tempat Munkar dan Nakir bertanya, maka Persiapkanlah jawapanmu dengan Perbanyak mengucapkan Kalimah "LAILAHAILALLAH"...

(Share)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 07, 2012 23:59

August 6, 2012

TINGG !!!


TINGG!
Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yg sedang asyik membancuh simen. Melihat logam kecil itu,tangan lelaki itu terhenti melakukan kerja. Tidak menunggu lama,tangannya segera mengutip syiling itu dan dimasukkan ke dalam poketnya. Dia menyambung semula kerjanya.
TINGG!
Sekali lagi lelaki itu terpandang duit syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri,kanan dan disekelilingnya.Tiada siapa yg berdekatan dengannya.Sekali lagi dia terus mengambil syiling itu dan menyimpan dalam koceknya.
Tidak lama kemudian,lelaki itu ternampak lagi duit syiling berdekatan dengannya.Pun sama,dia mengambil dan menyimpannya.
"Rezeki aku!" kata lelaki itu dalam hati.
Lelaki itu tidak sedar,logam syiling itu sebenarnya dicampakkan oleh ketuanya daripada aras lapan bangunan separuh siap yg mereka bina itu.
Sebenarnya ,ketuanya mahu memanggilnya.Ada pesanan yg mahu disampaikan ketuanya itu.Puas ketuanya menjerit daripada aras lapan,cuba memanggil lelaki itu yg berada pada aras paling bawah.
Namun,jeritan itu tidak mampu mengalahkan pelbagai bunyian mesin pembinaan di kawasan tersebut.Dek kerana itulah,ketuanya itu mencampakkan syilingnya dengan harapan lelaki itu akan mendongak melihatnya di atas.Mudah-mudahan,dapatlah dia menyampaikan pesananya kepada pekerjanya itu.
Sayangnya,sehingga habis wang syilingnya dibaling ke bawah,lelaki itu masih belum juga mendongak ke atas.
Lantas,ketuanya itu mengumpulkan serpihan batu kecil yg terdapat di lantai.Satu persatu batu kecil itu dibaling ke bawah.
Beberapa kali batu itu mengenai badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu,lelaki itu mendongak ke atas,melihat dari mana datangnya batu-batu kecil yg menyerangnya tadi.
Barulah dia ternampak kelibat ketuanya yg sejak tadi cuba mencuri perhatiannya bagi menyampaikan pesanan.
P/s : Sahabat sekalian,kisah ini sekadar tamsilan antara kita dengan Yang Maha Pencipta.Tanpa sedar,Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki,rahmat atau kesenangan yg tidak terkira banyak kepada kita.
Tuhan menjatuhkan 'syiling' itu sebagai satu panggilan agar kita sentiasa mendongak ke atas untuk mengingati dan bersyukur dengan kurniaan-Nya.Tetapi,kita acap kali lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati pemberian-Nya tanpa mengucapkan terima kasih.
Seperti kisah ketua dan pekerja tadi, apabila jatuhan syiling tidak berjaya menarik perhatian, lalu Dia jatuhkan pula 'batu' yang berupa musibah, kegagalan, keperitan dan pengalaman yang menyakitkan.
Dan hanya setelah kita merasa kesakitan itu,barulah kita teringat untuk mendongak,menadah tangan bersyukur mengingati Yang Maha Pencipta kita.
Sumber
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 06, 2012 03:37

August 2, 2012

Aku Bukan Korea - Bab 3

IZAD perhati gerai Kejora Burger Arjuna tidak dibuka. Masuk hari ini sudah hari ketiga Zafril tidak berniaga. Apa sudah jadi? Pertanyaan itu membuatkan Izad ingin tahu maka dicari mana letaknya rumah Zafril dan akhirnya dia bertemu juga rumah sewa Zafril itu yang tidak jauh dari gerai tersebut. Itu pun sudah puas dia bertanya pada orang di taman itu. Jika tidak sudah pasti dia tidak jumpa memandangkan nombor telefon Zafril pun Izad tidak menyimpannya malah hendak berborak dengan Zafril pun rasa malas.Mana tidaknya, kalau bercakap, bahasa Zafril tu sangat pelik. Bahasa baku teramat sangat. Kalau ya pun, gunalah bahasa yang mudah difahami. Bahasa kurun ke berapa pun Izad tidak tahu. Ingin sahaja disiasat siapa sebenarnya Zafril itu. Kereta dipakir lalu Izad keluar daripada perut Myvi warna hitam.“Assalamulaikum…” Izad memberi salam seraya tiba di hadapan pagar rumah. Tapi salamnya itu tidak disambut. Sunyi aje rumah ni, ada ke tidak? Tanya Izad dalam hatinya. Jika dilihat sepi semacam, mungkin ada dan mungkin tiada.Sekali lagi Izad menghulurkan salam namun keadaan masih sama. Mana pula dia pergi? Balik kampung ke? Eh? Ada kampung ke dia tu? Izad menduga. Tidak pernah pun Zafril memberitahu Izad di mana tempat asalnya. Memang patut sejuta persoalan berlegar dalam benar Izad hari demi hari. Seperti ada batu yang mahu ditolak keluar daripada benak.“Wa`alaikumussalam…” Terdengar suara daripada belakang.Terkejut Izad. “Kus semangat…”“Kenapa kau ke sini?”“Aku ke sini kerana aku mahu bertemu kamu. Sudah tiga hari aku tidak melihat kau berniaga.” Eh! Apesal aku terikut-ikut cara dia bercakap pulak? Izad keliru sendiri. “Apa kena dengan tangan kau tu?” Izad perhatikan tangan Zafril berbalut dan tergantung kain di leher.Zafril tadi keluar buang sampah menggunakan tangan yang satu lagi. Sebab itu pula dia muncul di belakang Izad. Sewaktu Izad beri salam, dia dalam perjalanan balik. Tong sampah ada dekat hujung sana sikit dan pergi hanya berjalan kaki sahaja. Memang di situ tempat segala sampah diletakkan dan pada keesokkan paginya pihak berkenaan akan datang mengambilnya.“Gara-gara aku mahu mengelak budak motor lain daripada merempuh aku, maka ini hadiah yang aku dapat.” Beritahu Zafril lalu membuka pintu pagarnya menggunakan sebelah tangan. Tangan kirinya yang patah maka tangan kanan masih boleh digunapakai. Jika kedua-duanya patah maka tiada harapan untuk dia pergi buang sampah. Berehat sahaja di dalam rumah. Izad menurut langkah Zafril untuk masuk sekali ke halaman.“Jadi bila kau start berniaga balik?” Izad ingin tahu jawapan Zafril itu. Gerai yang dikatakan penuh gilang gemilang itu ditutup. Sangat tidak berbaloi. Namun, Izad tahu bahawa dalam keadaan Zafril macam tu mana mungkin dapat menjalankan kerja. Pergerakan sudah terbatas.“Bagaimana aku mahu berniaga sekiranya sakit ini masih belum sembuh? Apa kamu tidak mampu melihatnya? Atau mata kamu diletakkan dekat tempat lain?” Bebel Zafril kerana tangannya terasa sengal sahaja. Kasihan tangan kirinya berbalut simen. Boleh tahan juga Zafril ini. Rupa-rupanya kuat membebel juga. Ada ketika mulut ringan untuk berleter, ada ketikanya rasa malas hendak bersuara.“Aku tanya je, jangan marah. Aku rindu kat kau.” Izad tersengih.“Amboi, rindu. Kalau rindu buatkan aku air, boleh?” Zafril tersengih juga.“Tuan rumah la yang sediakan.” Izad duduk. Tiba-tiba sahaja dia sudah masuk sampai ke dalam rumah Zafril tanpa dijemput. Memang muka tak tahu malu betul terus sahaja duduk. Hanya ada satu sahaja kerusi di rumah tamu itu. Izad agak terkejut. Di jubin lantai ada tikar mengkuang. Dekat dinding penuh dengan potret lukisan permandangan. Gambar yang indah-indah terlakar.Rumah teres yang disewa Zafril tiada banyak kelengkapan. Kecuali peti sejuk untuk disimpan segala barang berniaga burger itu. Di penjuru tangga itu terdapat sebuah rak. Di atas rak itu terdapat frame gambar kecil. Dilihat gambar itu. Gambar burger. Ceh!Zafril duduk bersila sambil memerhatikan Izad yang melilau mata ke setiap arah. Izad masih kehairanan. Mahu tidak, tak pernah dia jumpa rumah semacam itu. Kosong! Macam mana Zafril boleh hidup dalam dunia macam ni? Jangan nak banding dengan ulat dalam batu. Itu Cuma ulat. Guna perumapaan lain aje. Ini adalah manusia, yang tak makan besi.“Maaf ya, dalam rumah ini tiada apa-apa melainkan apa yang kau lihat sahaja.” Zafril terus mencapai radio kecil lalu stesen radio yang sering mengutarakan lagu-lagu retro terus berkumandang setelah ditekan punatnya.“Kau boleh hidup ke macam ni? Atau kau memang memulakan hidup baru? Sebelum ni kau kerja apa je selain jual burger? Atau kau baru keluar penjara?” Uiks! Mulut Izad langsung tidak berlapik. Terus terang betul pertanyaan itu. “Pertanyaan yang cukup bagus.” Zafril kerling mata.Izad rasa serba salah pula apabila Zafril berucap seperti itu. Izad ni pun satu hal, jangan la tanya benda-benda mengarut. Ada ke orang keluar penjara boleh jadi macam tu? Ada kejutan budaya sangat ke dalam penjara tu? Izad menggeleng sendiri. Penjara pun bukan, Zoo Negara lagi la bukan. Zafril itu manusia. Manusia pelik!“Sorry Zaf.”“Rasanya aku perlu sediakan kau minuman.” Zafril mahu bangun.“Eh tak payah. Aku tak haus. Aku datang ni pun sebab nak tengok keadaan kau. Risau juga sebab dah tiga hari kau tak berniaga. Aku ingat kau balik kampung.” Izad sengaja memancing agar Zafril menceritakan latar belakangnya.“Bagaimana dengan pelajar kamu itu Izad? Masih mengejar cintamu?” Zafril ketawa mengubah topik. Lain yang Izad tanya lain pula yang dijawabnya. Zafril tidak lama terasa hati. Seketika sahaja dan dia tidak fikirkan sangat dengan kata-kata Izad sebentar tadi tu.Izad pula sekarang ni seolah-olah dapat merasakan bahawa Zafril enggan mengulas lanjut akan hal diri sendiri. Izad mahu sangat dengar salasilah keluarga Zafril itu. “Semakin menjadi-jadi. Sekarang ni kuat berangan di dalam kelas.” Beritahu Izad.“Mahu menarik perhatian kamu agaknya.” Zafril memperlahankan suara dari corong radio kecil itu.“Kau kata, kalau di gerai burger sahaja kau akan cakap macam ni tapi dekat rumah pun sama je. Kau tak boleh cakap biasa ke?” Izad ingin tahu lalu dia pun ikut duduk bersila di atas tikar mengkuang. Izad seorang yang ingin mengetahui lebih lanjut maka dia akan terus menerus menyoal sehinggalah dia dapatkan jawapannya namun kesulitan Zafril memberikan kerjasama amat menyulitkan pencarian jawapan itu.Banyak soalan yang ditanya Izad sebentar tadi tidak dijawab Zafril. Ada masalah mental ke si Zafril ni? Hairan bin Ajaib aku rasa. Tak pernah aku jumpa orang macam dia ni. Kalau ada pun orang yang mundar-mandir tersenyum sendiri. Itu pun tak lama mesti berangkut ke Hospital Bahagia.“Boleh tak kau berterus dekat aku?” Izad terus angkat kening.“Apakah kamu mencurigai aku, sahabat?”“Kau panggil aku sahabat kau pula? Hari tu panggil kawan, hari ini sahabat pulak. Apa beza kawan dan sahabat?”“Oh, definisi kawan ya? Kawan itu orang yang kita kenal namun jika seorang kawan mula rapat dan mengerti akan diri kita maka ia berpontensi menjadi seorang sahabat. Itu secara ringkas. Ia berbeza dengan sahabat kerana sahabat merupakan orang yang sentiasa bersama kita susah dan senang serta tidak pernah cuba menyakiti atau memungkiri sesuatu janji bahkan sering membela malah membetulkan salah faham yang berlaku. Seorang sahabat yang baik tidak akan sesekali membuka aib orang yang dia bersahabat.” Zafril senyum.Izad mengangguk. “Jadi aku boleh layak ke bersahabat dengan kau?”“Terpulang, mencuba itu lebih baik daripada membiarkan sahaja.” Ujar Zafril.Cara Zafril itu seolah-olah memiliki suatu kelebihan yang sangat luar biasa. Namun apakah sebenarnya yang ingin dicarinya? Izad terus dihambat rasa ingin tahu. Jadi sahabat dia pun best jugak ni, boleh aku belajar selok belok bahasa khazanah yang kini seringkali dicemari dengan bahasa yang tidak senonoh, detik hati Izad.“Kalau macam tu kau kena beritahu aku siapa kau sebenarnya?”“Kenapa Izad? Pentingkah?”“Kerana kau telah gelarkan aku sahabat. Baru tadi kau sebut.” Izad bangga setelah berjaya memerangkap Zafril. Tapi… Zafril membalas pertanyaan itu dengan senyuman.Isy!
***
DIA bukanlah perjuang bahasa dan dia bukanlah seorang yang berilmu tinggi di dada namun itulah prinsip hidupnya mendapatkan cinta yang menghuni dalam hati. Dari bahasa maka dia menilai dalam diri seseorang. Dari tutur bicara maka dia menelaah setiap inci makna itu. Bahasa mencerminkan bangsa. Rasa sakit dilengan itu sudah beransur pulih. Simen yang membalut pergelangan tangannya telah pun dibuang. Tangan yang yang terasa kebas selama proses penyembuhan kini kembali ringan. Alhamdulillah lega benar rasanya.Zafril sedar bahawa setiap kesakitan yang datang itu adalah peringatan daripada tuhan agar kita sentiasa ingat Dia. Jangan pernah lupakan Dia walaupun susah dan senang kita. Dalam ingatan juga masih menangkap ruang wajah terhadap gadis yang cantik pada malam itu. Cantik dari kaca mata Zafril. Ya, benar cantik kerana kelihatan sangat manis dari cara penampilan. Sungguh menawan hatinya.Zafril keluar minum. Tapi bukan ke restoran mewah, tetapi dia keluar ke warung sahaja. Masih terdapat warung di celah kesibukan kota. Di situ dia suka habiskan masa untuk tenangkan fikirannya seketika. Makanan tengah hari disantap. Lauk ala kadar sahaja kerana tidak perlu untuk membazir merasai lauk yang bukan-bukan. Tentang selera, Zafril tidak kisah sekalipun nasi berkuah kicap. Jika itu rezeki yang diberikan tuhan maka dia akan redha, dia sentiasa bersyukur di atas nikmat rezeki itu.Sebentar nanti dia mahu mendapatkan barang-barang keperluan di pasaraya. Barang yang dimaksudkan adalah roti, daging, ayam dan sayur-sayuran. Yang jelas kelengkapan itu adalah untuknya melangsungkan perniagaan.“Puas aku cari dekat sini rupanya.” Suara Izad mengetuk gegendang telinga Zafril.“Bagaimana kau boleh tahu aku berada di sini?” Zafril hairan.“Aku selalu makan dekat warung sebelah sana, kebetulan aku nampak kau dekat sini jadi apa kata kita makan sekali.” Izad mahu makan tengah hari bersama. Sempat menjeling ke dalam pinggan Zafril. “Kedekutnya kau ni. Makan nasi dengan telur aje ke? Jangan seksa perut kau tu…” Izad seolah-olah tidak percaya akan apa yang Zafril makan.Izad duduk.Zafril senyum.“Kau makan la apa-apa je, tak apa aku belanja.” Izad bangun dari duduknya untuk mendapatkan lauk untuk Zafril. Ya aku kan nak jadi sahabat dia. Tak sanggup aku tengok dia makan lauk macam tu. Ayam goreng diletakkan ke dalam pinggan. Seketul sahaja kemudian diambil pula seekor ikan goreng.“Nah…” Izad berikan.Zafril hanya melihat sahaja.“Jikalau aku ingin santap lauk ini, sudah dari tadi lagi akan aku ambil. Aku cuma mahu rasa lauk  sebagaimana mak cik dan anaknya makan dekat meja sana tu. Seharusnya mereka lebih layak menerima pelawaan kau itu.” Ujar Zafril.Tercengang Izad mendengarnya sambil matanya melilau cari kelibat orang yang dimaksudkan Zafril sebentar tadi.“Kenapa tak cuba berikan?”“Telah aku cuba namun mereka hanya mahukan lauk itu sahaja. Betapa mulia hati mereka, bukan? Sedangkan sekarang jika kau lihat di sekeliling kau, boleh kau lihat?” Tanya Zafril terhenti menyuap nasi ke mulut.Izad pening tergaru-garu kepalanya yang tidak gatal. Masih berdiri kaku di situ lantas perlahan-lahan melabuhkan punggung di kerusi menghadap Zafril.“Lihat apa?”“Lihat umat manusia.”“Ya la aku tengok la ni tapi aku tak faham.”“Kau dapat memahami akan apa yang mereka kerjakan itu benar-benar mendatangkan kebaikan atau mereka memerlukan bantuan orang lain untuk mendapatkan keuntungan? Tolong jawab Izad.” Zafril tersenyum seketika sambil keningnya terangkat sebelah.“Apa maksud kau sebenarnya ni? Berbelit-belit la.”“Kau fikir mereka mengambil peduli akan keperluan dan hak orang lain?” Tanya Zafril lagi. Wajah Zafril nampak serius. Pertanyaan Izad sebentar tadi seolah-olah terbiar.“Mana aku tahu, bukannya mereka beritahu aku pun.”“Maka begitu jugalah mereka, tidak pernah tahu akan apa yang orang lain cuba beri kepadanya sedangkan nikmat dikurniakan tuhan ada dalam pelbagai bentuk dan ia tidak kelihatan kecuali mereka yang benar-benar bersyukur sahaja akan merasainya.”Izad terus terdiam.“Ya sudahlah, aku makan lauk ini. Terima kasih.” Tutur Zafril lagi setelah melihat wajah Izad seperti kebingungan sahaja.Aduhai… mentang-mentang tangan dia sudah sembuh berbakul-bakul dia bagi ceramah, detik hati Izad yang agak kecewa. Kecewa kenapa la aku tak ambil kelas sastera ketika dahulu kalau begini jadinya apabila kau berhadapan dengan orang macam Zafril? Bisik hatinya lagi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 02, 2012 02:27

August 1, 2012

Aku Bukan Korea - Bab 2

FARAH datang ke rumah Norisya. Sudah berapa kali dipesan jangan datang namun Farah tetap berdegil. Bingung Norisya jadinya. Takut nanti ibunya melenting kerana sudah menjadi prosedur dan peraturan di rumah. Semua itu telah ditetapkan. Norisya tidak dibenarkan melanggar peraturan-peraturan itu. Banyak larangan termasuklah,
‘Tidak dibenarkan sesiapa dijemput masuk tanpa keizinan daripada Rosnah Mat Jambul.’
Oleh sebab itu Norisya dihambat keresahan. Dalam lemah lembut Rosnah pasti ada tegas. Norisya tahu ibunya itu memang tegas tapi belum lagi sampai ke tahap menjentiknya.  Loceng ditekan beberapa kali dan Farah sedia menunggu. Norisya tergesa-gesa keluar bersama apron yang sedia dipakai. Ditangannya juga dipegang sesuatu. Farah tidak dimaklumkan mengenai peraturan-peraturan itu dan Farah juga tidak tahu betapa Norisya tertekan ketika berada di rumah. Namun, Norisya memilih untuk merahsiakannya dahulu.“Kenapa kau datang sini?” Norisya ingin tahu kerana sudah dipesan supaya jangan datang. Kalau tidak buruk padahnya.Farah pula manalah tahu. Tapi selama mereka berkawan memang Farah tidak pernah dijemput untuk datang ke rumah melainkan hari raya sahaja. Itupun hari raya tahun lepas Farah datang sekali sahaja. Kalau diikutkan memanglah nampak pelik kerana Farah kalau datang pun hanya sampai depan pintu pagar aje. Tidak pula sampai ke dalam laman. Isy!“Kau lambat sangat jadi aku datang jemput kau. Kau buat apa ni tak bersiap lagi?”“Aku memasak.” Beritahu Norisya yang belum menyiapkan diri. Ketara wajah Norisya nampak risau. Farah dapat merasakannya tetapi dibiarkan sahaja. Norisya suka menyimpan sejuta masalah dalam hati.“Laa… masak pulak dah. Kawan-kawan dah tunggu tu. Cepat sikit. Aku tunggu dalam kereta.” Suruh Farah tetapi itu tak mungkin akan terlaksana. Suka untuk Norisya berbuat sedemikian.“Aku tengah sibuk, tak jadi. Ni kau tolong berikan hadiah ni dekat Mia, okey?” Norisya menghulurkan kotak kecil kepada Farah untuk dikirimkan kepada Mia rakan mereka.“Dah tu kau nak makan dekat rumah je la? Tak nak raikan birthday party Mia? Kecil hati si Mia tu nanti, Isya. Kau janji nak datang… lagipun kau takkan tak tahu mulut Mia tu macam mana? Please… tak best la kalau kau tak ada.” Farah dah pakai lawa-lawa tercegat depan pintu pagar memujuk Norisya namun sia-sia.“Sorry Farah aku masuk dulu.” Norisya segera berundur. Lagak Norisya seperti terkejar sesuatu.Farah masuk semula ke dalam perut kereta. Malam itu Norisya tidak jadi ikut mereka meraikan birthday party Mia. Cara Norisya itu mungkin membuatkan Mia atau sesiapa sahaja berkecil hati namun bukan niat Norisya untuk membatalkan undangan itu kerana dia ada alasan tertentu yang sukar untuk diterangkan.Maafkan aku Farah… detik hatinya mengharapkan kawannya itu tidak fikir yang bukan-bukan. Rasanya Farah boleh faham mengenai keadaan dirinya dan keluarganya. Tambahan pula Farah kawan baiknya. Ada kalanya rasa ingin dikongsikan. Rasa duka cuma tidak sepenuhnya. Itulah Norisya, sudah berjanji tetapi terpaksa batalkan bila ada perkara lain yang lebih mendesak dirinya.Sudahlah kuat berangan, ingin menjadi apa yang ingin jadi tetapi semua itu disekat. Huh! Ingin hidup dalam dunia perasan bagus tetapi terpaksa hidup dalam dunia yang baik dan sopan. Memang la itu yang patut diajar kepadanya tetapi kalau segala-galanya terhalang bagaimana? Ulat dalam batu pun boleh mati. Erk! Namun, Norisya seolah-olah tidak mampu melawan. Tapi, sebenarnya dia bertahan. Bertahan selagi mampu untuk berada di samping keluarga. Ada perkara yang keluarganya pantang iaitu C-I-N-T-A yang macam kumpulan XPDC selalu nyanyi tu.Dia masuk ke dalam rumah dan mula untuk meluru ke dapur semula tetapi belum sempat disambung niatnya itu, Rosnah memanggil Norisya.“Isya ke sini sebentar…” Panggil Rosnah yang duduk di sofa.Norisya melangkah mendekati ibunya. Seorang ibu yang baik. Seorang ibu yang penyayang dan sangat mengambil berat tentang dirinya meskipun dia tahu bahawa dirinya merupakan anak tiri sahaja. Namun Rosnah tega memberikan peraturan yang sangat ketat. Rumah ini umpama penjara.“Ya ibu,” Norisya berdiri di hadapan Rosnah yang menguntum senyuman manis. Senyumanlah semanis kurma sekalipun tidak mampu mengubah Norisya yang benar-benar kecewa tetapi tidak ditunjukkan sikap sedemikian melainkan patuh pada setiap arahan.“Mari duduklah di sini.” Rosnah menepuk-tepuk perlahan pada sofa sebagai isyarat buat Norisya supaya duduk disebelah. Gelang yang dipakai Rosnah bergemerisik bunyinya bersama hayunan tangan ketika menepuk tadi. Maka duduklah Norisya di situ sambil tertunduk kepala.“Ibu mohon maaf kerana menghalang Isya keluar bersama kenalan. Ini kan peraturan rumah kita… Isya kenalah patuh, ya?” Rosnah mempamerkan wajah simpati dan mengingatkan Norisya akan peraturan yang sedia ada.“Tak apalah ibu… lagipun Isya tak nak ibu sendirian di rumah. Birthday party itu tak penting melainkan jaga ibu di rumah. Hah, ibu… Isya nak siapkan dinner dulu. Ibu tunggu ya.” Norisya terus bangun dan meluru ke dapur. Nada Norisya sedikit kecewa. Siapa tidak kecewa jika kebebasan seolah-oleh disekat. Hidup Norisya bagaikan dirantai.Kata orang, rumahku syurgaku tetapi tidak bagi Norisya kerana rumahnya sepi setelah segalanya disekat. Ya Allah… sampai bila aku mampu bertahan untuk terus hidup macam ni? Bisik hati Norisya hampa.Di dapur dia menyediakan makanan malam. Untung jadi Norisya, sudahlah cantik, pandai masak pula tu. Satu pakej yang cukup lengkap untuk dijadikan isteri namun di rumah dia nampak sangat matang namun apabila berada di kolej sikapnya lain. Suka merapu malah bertindak tanpa berfikir panjang.Norisya tidak suka berpura-pura tapi Norisya terpaksa. Terpaksa menjadi anak yang baik. Walhal semua itu tidak seperti yang disangka. Dia dicorakkan sebagaimana kemahuan keluarga. Dia mahu membina coraknya sendiri tetapi selagi berada di dalam sangkar ini maka semua itu tidak akan terlaksana.“Assalamualaikum, Isya anak ayah…” Kedengaran suara Mustafa mengalun di cuping telinga.“Wa’alaikumussalam…” Jawab Norisya seraya menoleh. “Wah! ayah dah balik?” Norisya terus memeluk ayahnya setelah menoleh. Bahagianya ayah kesayangan sudah balik.“Ayah belum pulang. Masih di London lagi ni.” Mustafa berseloroh.“Ayah…” Norisya tumbuk-tumbuk manja dada ayahnya.Mustafa terus membalas dakapan Norisya. Dua minggu di London rasakan bagai sepuluh tahun di tinggalkan. Rindu sangat pada keluarganya terutama sekali Norisya. Rindu pada anak kandungnya itu.Alahai, hendak bermanja la tu. Manja sangat dekat ayahnya. Rindu, cinta ayah, sayang ayah, belaian ayah sangat diharap-harapkan supaya tidak hilang. Norisya hidup dengan kasih sayang ayahnya. Norisya bangga mendapat ayah seorang yang berjiwa seni. Bahu Norisya dipegang. “Ayah ada sesuatu untuk Isya…”“Ayah nak buat surprise ke?”“Tidak, cuma kejutan saja.”“Ayah…”“Serupa juga.”“Ya… ayah… Isya tidak tahu pun ayah akan pulang, kenapa tak call dulu? Kalau tidak Isya dah masak sedap-sedap untuk ayah…” Lirih manja nada Norisya sesudah menatap wajah tampan ayahnya yang berkaca mata dan berjambang itu. Ayahnya berwajah bengis namun tenang kala dipandang. Wajah itu wajah bengis yang disayangi Norisya. Orang yang berwajah bengis tidak semestinya garang. Bagi Norisya, ayahnya sangat prihatin. Norisya cuba ingat sesuatu. Hari ni hari Isnin, Huh! Nasib baik. Semoga ayahnya tidak marah.Rosnah memerhatikan gelagat dua beranak itu dekat dapur. Lalu melangkah mendekati mereka berdua. Tersenyum Rosnah melihat kepulangan suami. Sebenarnya Rosnah menghalang Norisya keluar kerana Mustafa akan pulang. Jadi Norisya patut berada di rumah menyambut kepulangan Mustafa.Vreng! Vreng! Vreng!Gedebung!“Ayah, bunyi apa tu?”“Ah? Kereta.”“Kereta? Motor? Kemalangan?” Rosnah pula bertanya.“Sebenarnya…” Mustafa terus melangkah keluar dari rumah. Mereka tersentak tiba-tiba terdengar sesuatu yang berlanggaran di luar kawasan rumah mereka. Mustafa yang baru tiba terus melilau mata memerhatikan keadaan di hadapan rumah. Ada sesusuk tubuh terbaring di atas jalan hadapan rumahnya.Norisya juga terkejut lalu mendekati ayahnya. Mustafa membantu lelaki yang terbaring. Motosikal yang ditunggang lelaki itu tersemat rapat dekat bontot kereta baru.“Anak tidak apa-apa ke?” Tanya Mustafa membantu lelaki yang terbaring itu.“Maafkan saya tuan, saya tidak sengaja. Adakah kereta itu kepunyaan tuan? Jika benar saya akan bayar ganti ruginya nanti.” Bicara lelaki yang masih tersentak dengan insiden yang tidak terduga.“Jangan difikir dulu, anak sedang parah sekarang.” Ujar Mustafa lalu memaut bahu anak muda itu.“Tidak, saya tidak parah. Saya sempat melompat tadi.” Ujar pemuda ituNorisya hanya memerhatikan sahaja penuh risau dan bimbang melihat keadaan pemuda itu yang masih bertopi keledar. Dilihat ayahnya menanggalkan topi keledar tersebut agar lelaki itu selesa. Pemuda itu cuba stabilkan tubuh sambil dipaut oleh Mustafa.Rosnah pula sudah tergaru-garu kepala melihat bahagian belakang kereta import telah rabak. Bahagian bumper juga terjejas teruk.Wah! Handsomenya… hati Norisya memuji sebaik sahaja melihat wajah lelaki itu walaupun lelaki itu berkaca mata bingkai besar. Nampak sangat baik. Rambut belah tepi! Norisya suka. Susah nak cari lelaki macam itu sekarang ini. Kalau dekat kolej rata-rata berpakaian ala-ala K-Pop. Itu bukan budaya yang disukai Norisya walaupun sebenarnya dia berminat. Huh! Tak apa la, asalkan mukanya kacak.Diperhatikan lama-lama, di sebalik kaca mata itu terlihat bola mata berwarna biru. Eh? Pelik sungguh matanya, bukan Melayu ke? Norisya tertanya-tanya dalam hatinya. Rasanya bukan, kalau Melayu kenapa wajahnya seperti itu? Berkulit cerah macam… kacukan kut. Korea ke tu? Yang tak tahannya, tengok rambut belah tepi. Rupa-rupanya, masih ada lagi fesyen rambut orang retro masuk pejabat walaupun zaman sekarang orang sibuk buat rambut dengan gaya terkini. Pacak sana, terpacak sini tetapi mamat tu rambut ala kadar aje. Nak jimat kos la tu, duga Norisya lagi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2012 07:49

E-Novel : Setia Untuknya


'); for (var i = 0; i < json.feed.entry.length; i++) { for (var j = 0; j < json.feed.entry[i].link.length; j++) { if (json.feed.entry[i].link[j].rel == 'alternate') { break; } } var entryUrl = "'" + json.feed.entry[i].link[j].href + "'";//bs var entryTitle = json.feed.entry[i].title.$t; var item = "" + "' + entryTitle + " "; document.write(item); } document.write('



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2012 07:28

E-Novel : Aku Bukan Korea


'); for (var i = 0; i < json.feed.entry.length; i++) { for (var j = 0; j < json.feed.entry[i].link.length; j++) { if (json.feed.entry[i].link[j].rel == 'alternate') { break; } } var entryUrl = "'" + json.feed.entry[i].link[j].href + "'";//bs var entryTitle = json.feed.entry[i].title.$t; var item = "" + "' + entryTitle + " "; document.write(item); } document.write('



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2012 07:15

E-Novel : Suamiku Gangster


'); for (var i = 0; i < json.feed.entry.length; i++) { for (var j = 0; j < json.feed.entry[i].link.length; j++) { if (json.feed.entry[i].link[j].rel == 'alternate') { break; } } var entryUrl = "'" + json.feed.entry[i].link[j].href + "'";//bs var entryTitle = json.feed.entry[i].title.$t; var item = "" + "' + entryTitle + " "; document.write(item); } document.write('



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2012 07:03

Miqael Arshad's Blog

Miqael Arshad
Miqael Arshad isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Miqael Arshad's blog with rss.