Ezzah Mahmud's Blog, page 3

July 3, 2017

#150 Dalam Banyak-Banyak

Dalam banyak-banyak perkara
yang berlaku dalam hidup aku
yang sejagung ini.

Yang ini buat aku paling hairan.

Di dalam banyak-banyak doa
Di antara banyak-banyak pinta
Di payung banyak-banyak bumbung
Di pacu banyak-banyak kapal
Di celah banyak-banyak kerja
Di seri banyak-banyak ria
Di pangku banyak-banyak rasa
Di rangkul banyak-banyak raga
Di langgar banyak-banyak awan
Di semi banyak-banyak bintang
Di teman banyak-banyak bulan
Di sapa banyak-banyak suria
Di kocak banyak-banyak ombak

Dan dalam b...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 03, 2017 21:10

May 30, 2017

Cita #PuisiRamadan #HariKe4

Aku biar rasa ini berlari

Dalam setiap lorong corong

Aku izin rasa ini menapak

Dalam setiap tapak terkepak
Hening malam ini bertempik sunyi

Yang di pintal lilit kelam malam
Mungkin kau lihat tapi tak nampak

Mungkin kau rabak tapi tak koyak

Mungkin kau sepai tapi tak terabai

Mungkin kau menung tapi tak busung
Aku titip berpucuk doa dan ingat

Sama seantero indah yang beradagio

sambil bintang tersengeh dan

Mengenyit sekelip cita

Dan bulan memeluk kau erat dan

Menyata segenap cinta
Apalah kiranya...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2017 08:31

May 29, 2017

Sujud #PuisiRamadan #HariKe3

Dalam sujud 

Jemari melekap 

di baldu tikar sejadah

Dahi ku rehatkan pegun

Ke kukuh kuatnya Sang Buana

Aku bertempik di hati

Dan membisik rahsia

Semahu sekuat seluruh jati

Menjitu fikir merangkul jadi

Ulang dan ulang dan ulang lagi

Rayu ku tak ku hijab sama malu

Kerna Dia tahu ini itu

Dalam luar atas bawah

Dah sudah Dia bilang, 

Mintak saja. 
Siapa kau nak segan…
#PuisiRamadan #HariKe3


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 29, 2017 07:46

May 27, 2017

Kira #PuisiRamadan #HariKe2

Kiralah segala apa yang kau ada

Satu demi satu demi satu

Sehelai demi sekeping demi sebuah

Sepucuk demi sepotong demi seutas

Dan sedia untuk bergundah dan termalu

Sama betapa kau tak sedar 

Yang Tuhan itu Sayang benar ke kau

Walau bukan semua kau nak, kau dapat

Tapi semua yang kau dapat itu 

Tuhan nak kau dapat. 

Bukankah Dia Yang Maha Tahu apa yang ada 

Dalam sudut paling lubuk hati kau itu.
Ayuhlah beriman dengan yang kau imani

Dan bersyukur sementara boleh.
#PuisiRamadan #NoteToSelf #HariK...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 27, 2017 19:22

Runut #PuisiRamadan #HariPertama

Dan hati yang berpeluk itu satu

Terpasak kukuh ke Langit Tujuh

Persis jemari yang tersusun kemas

Saat bertautnya mereka bergenggaman

Degup sama rima yang sama

Dendang sama hening yang gema

Terikat sengala hasut dan serapah

dan tenang senang jadi runut bunyi alam
Tuhan, Indah apakah ini. 
#PuisiRamadan #HariPertama


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 27, 2017 19:20

May 15, 2017

Saya Rasa Stuck, So Imma Write It Out!

Assalamu’alaikum! Hi! Apa khabar anda, moga baik-baik sahaja. Terima kasih lah sudi baca blog ni, selalunya, saya campak rasa-rasa saya dekat sini supaya mungkin boleh tumpahkan sedikit rasa gemuruh yang kadang-kadang tiba bila raya tak berada di dalam keadaan yang cukup tenang. Sungguh, saya hargai sebanyaknya. Sebab selalu, saya akan baca balik apa yang saya tulis dan cuba jitukan apa bendalah yang saya tengah lalui ni. Atau mungkin sedikit sebanyak memberi sidikit pencerahan kepada perkara...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 15, 2017 21:19

May 2, 2017

Kudus #NationalPoetryMonth #Day30 

Apa yang aku rasa ini tulus


Hadir dari sudut paling mulus


Serlah gemilang singkap telus


Usai aku tuju tembak doa kudus


Akan aku maju terus dan terus


Hati kau juga daerah halus


Menapak kedepan tenang tak rakus


Moga risau gundah kau pupus


Izinkan aku jadi yang seka-hapus 

Kesini, mari ke sini


sambut sahut seorang aku


Sudah ku simpankan satu kejora 


Agar terangnya kan riang siang


Dan kita tenang ria


Bersemi.

#NationalPoetryMonth #Day30 #DahSelesai #Alhamdulilllah ❤❤❤ 

Ps, terima kasih sudi baca puisi-puisi suka-suka saya selama 30 hari ni. Saya hargai sebanyak-banyaknya

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 02, 2017 17:19

May 1, 2017

Pandang #NationalPoetryMonth #Day29

Dan pada saat aku tatap


Raut hening mu dari sisi


Garis jalin selangit senyum


Merekahnya mencapah


Mendakap seluruh aku

Dan sebelum kau toleh


Aku cepat pandang ke kiri


biar sedunia rasa berumah


Mengakar ke benua ria


Selintas gemerlap pelangi


Merangkul segenap aku

Dan pada tika yang sama


masa tiba-tiba henti


Atau ia akan lari sederas 


Pegun khali tenang berhenti, atau


Melangkau sedepa sampai ke bulan

Dan dengan lambai dan pandang itu


aku hantar kau pergi.


Ya Tuhan, aku mohon,


berikan aku satu saat lagi.

#NationalPoetryMonth #Day29


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 01, 2017 08:27

April 28, 2017

Mahu #NationalPoetryMonth #Day28

Aku mahu puisikan hari ini

supaya dapat kita baca rianya

Aku mahu melodikan hening ini

supaya dapa kita dendang nadanya

Aku mahu kocakkan gema ini

supaya dapat kau rasa degupnya

Aku mahu semikan bunga ini

supaya dapat kita tatap samanya

Aku mahu kalamkan cerita ini

supaya dapat kita telusurinya

ulang dan ulang dan ulang lagi

kerna aku tidak akan pernah

berhenti mencinta



#NationalPoetryMonth #Day28



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 28, 2017 09:02

April 26, 2017

Berjawab #NationalPoetryMonth #Day27

Bila ada kematian,

semua orang bersatu

dan sedar bila mana

hidup ini walau akhirnya

kita akan seorang

kita tak seorang, sekarang.



Mungkin tiba masa,

untuk kita ingat dan beringat

masalah ini di akar

kalau kau cantas dedaun dan pucuk

dia akan mekar balik

membalik macam itu


Apa kata,

imani apa yang kau imankan

belah otak, perisi akal

belajar berikhlas seketika

tekuni ihsan kau tu macam mana

sebab kau kena berjawab

di sini sudah serlah

apatah lagi di akhirat sana


Jannahkannya Ya Allah.

Yang Paling Indah,

Yang Paling Tinggi,

Ameen.


#NationalPoetryMonth #Day27



 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 26, 2017 22:17