Rahman Imuda's Blog, page 101
August 29, 2018
Danial – Mahasiswa belum merdeka
Kehadapan saudaraku Mahasiswa, Kita sememangnya bersyukur atas nikmat udara kemerdekaan yang telah kita hirup selama 61 tahun lamanya. Jika kita kembali menyoroti sejarah perjuangan kemerdekaan negara, kita dapat menyedari bahawa sesebuah negara bangsa tidak akan dapat mencapai kemerdekaan sebelum rakyatnya memerdekakan diri mereka terlebih dahulu. Kunci kemerdekaan kita ialah kesepakatan rakyat Tanah Melayu pada masa […]
The post Danial – Mahasiswa belum merdeka appeared first on Nadi Mahasiswa Malaysia.
Jaymani – Mahasiswa dan fungsi intelektual
Setelah saya membaca dan meneliti buku Intelektual Masyarakat Membangun yang asalnya bertajuk Intellectuals in Developing Societies hasil penulisan Almarhum Syed Hussein Alatas, seorang pakar sosiologi, saya mula sedar dan terfikir akan impak negatif yang tengah dan akan terjadi sekiranya tiada kelompok intelektual yang berfungsi sebagai pelopor idea pemikiran masyarakat. Buku ini wajib dibaca semua golongan […]
The post Jaymani – Mahasiswa dan fungsi intelektual appeared first on Nadi Mahasiswa Malaysia.
August 27, 2018
Amin Mubarak – Reformasi Taaruf Week
Saya terpanggil untuk memberi pendapat berkenaan isu ini sebagai tanda sokongan dan menyahut artikel yang ditulis oleh sahabat saya Luthfi Yusri boleh baca artikel beliau di http://nadisiswa.com/archives/2556 Baru baru ini baru sahaja bersembang dengan junior yang baru sahaja memasuki fasa ijazah sarjana muda di UIAM. Dia sempat menghantar gambar tentatif taaruf week kali ini. Ada […]
The post Amin Mubarak – Reformasi Taaruf Week appeared first on Nadi Mahasiswa Malaysia.
August 26, 2018
Rahman – Pelangi Kehidupan
Ketika Tun Mahathir mengatakan DS Najib Razak terlalu memanjakan orang miskin, aku sibuk memikirkan rakan-rakan aku yang bakal pulang ke kampus masing-masing. Aku sudah hilang nafsu untuk mengkritik pemerintah hari ini, anutan neoliberal nanti akan mencengkik leher orang-orang miskin, pada masa itu rakyat akan menjerit kerana terseksa dan sudah tidak “dimanjakan” lagi. Saat itu pasti […]
The post Rahman – Pelangi Kehidupan appeared first on Nadi Mahasiswa Malaysia.
Luthfi Yusri – Reformasi orientasi mahasiswa
Episod seumpama menari-nari sehingga lewat malam, terkinja-kinja tanpa sebab, cheers berlebih-lebihan sepanjang program, pergaulan bebas lelaki perempuan dan budaya paksaan secara membabi buta menurut arahan senior membuatkan mahasiswa sebahagiannya celaru akan tugas dan peranannya di Universiti. Mereka yang ghairah untuk mencari dan menerokai benda baharu, akibatnya terkongkong di dalam penjara hendonisme yang dahsyat. Budaya menyambut […]
The post Luthfi Yusri – Reformasi orientasi mahasiswa appeared first on Nadi Mahasiswa Malaysia.
August 25, 2018
Skolafund, Alternatif Baharu untuk Kumpul Dana Pengajian
Pernah dengar istilah crowdfund? Secara asasnya, crowdfund merupakan salah satu alternatif bantuan kewangan daripada sejumlah orang untuk membiayai projek atau tujuan khusus. Biasanya crowdfunding boleh dilakukan sama ada melalui akaun sosial peribadi ataupun melalui laman sesawang khusus. Budaya crowdfunding kini bukanlah suatu yang janggal; contoh paling dekat di Malaysia ini ialah ketika kerajaan sibuk mewar-warkan […]
The post Skolafund, Alternatif Baharu untuk Kumpul Dana Pengajian appeared first on Nadi Mahasiswa Malaysia.
August 22, 2018
Rahman – Persatuan agama ada kepentinganya di kampus
Ucapan Selamat Hari Raya Aidiladha 1. Berkorban, bermaafan – anda boleh dapati intipati hari raya korban ini pada ucapan-ucapan aidiladha yang lain. 2. Saya ingin menyentuh aspek kepentingan jemaah/persatuan Islam di kampus. 3. Pada pandangan saya, persatuan Islam mempunyai kelebihan yang besar dalam mengkader ahli baharu. 4. Semangat Islam, bangsa dan kenegerian merupakan dogma yang […]
The post Rahman – Persatuan agama ada kepentinganya di kampus appeared first on Nadi Mahasiswa Malaysia.
August 20, 2018
Reformasi 20 tahun Indonesia, pedoman kepada mahasiswa
Indonesia mengamalkan sistem politik orde lama dari tahun 1950 sehingga 1959. Selepas itu, dari tahun 1958 sehingga 1966 sistem demokrasi terpimpin pula dilaksanakan oleh Sukarno atau lebih dikenali sebagai Bung Karno. Selepas itu dari tahun 1966 sehingga 1998, orde baru pula dilaksanakan oleh Suharto sebelum reformasi yang mengubah sejarah Indonesia tercetus. Siapa yang boleh lupakan […]
The post Reformasi 20 tahun Indonesia, pedoman kepada mahasiswa appeared first on Nadi Mahasiswa Malaysia.
August 19, 2018
Merdeka(kah?) Malaysia Baru
Dekad ini, dekad yang bersejarah. Kita menyaksikan tumbangnya kerajaan gagah yang dahulunya megah sewaktu zaman menuntut kemerdekaan. 55 tahun ialah tempoh yang sekelip mata dalam rangka masa sejarah. Namun dalam 55 tahun ini, pelbagai cabaran telah kita hadapi; dari kebanggaan kita meraih pingat dunia, dan keseganan kita meraih ketawa dunia. Kerajaan gagah ini, untuk julung […]
The post Merdeka(kah?) Malaysia Baru appeared first on Nadi Mahasiswa Malaysia.
Kenyataan Media HARMONI – Kes cabul siswi UMS
Awal minggu ini kita dikejutkan dengan kes cubaan rogol mahasiswi UMS oleh pengawal keselamatan universiti berkenaan. Persatuan Belia Harmoni Malaysia (HARMONI) amat kesal dan kecewa dengan timbulnya kes ini serta mengutuk keras sebarang perkara yang mengancam keselamatan mahasiswa/i terutamanya di dalam kampus. HARMONI berpendirian keselamatan warga kampus khususnya pelajar wanita wajar dititik beratkan oleh semua […]
The post Kenyataan Media HARMONI – Kes cabul siswi UMS appeared first on Nadi Mahasiswa Malaysia.


