<?xml version="1.0" encoding="UTF-8"?>
<GoodreadsResponse>
<Request>
<authentication>false</authentication>
<method><![CDATA[]]></method>
</Request>
<user id="1510293">
<name><![CDATA[Welma La'anda]]></name>
<user-name><![CDATA[]]></user-name>
<link><![CDATA[http://www.goodreads.com/user/show/1510293-welma-la-anda]]></link>
<updates-rss-url><![CDATA[http://www.goodreads.com/user/updates_rss/1510293?key=1964d0b0e0e9f3b11f89a827f51bc49306303d10]]></updates-rss-url>
<reviews-rss-url><![CDATA[http://www.goodreads.com/review/list_rss/1510293?key=1964d0b0e0e9f3b11f89a827f51bc49306303d10&shelf=%23ALL%23]]></reviews-rss-url>
<friends-count type="integer">108</friends-count>
<reviews-count type="integer">97</reviews-count>
<user_shelves type="array">
<user_shelf>
<book_count type="integer">64</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">true</exclusive_flag>
<id type="integer">5695567</id>
<name>read</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">0</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">true</exclusive_flag>
<id type="integer">3344335</id>
<name>currently-reading</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">33</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">true</exclusive_flag>
<id type="integer">3344334</id>
<name>to-read</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">18</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">3957110</id>
<name>fiksyen---kehidupan</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">11</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">4001597</id>
<name>bukan-fiksyen---motivasi</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">10</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">3914220</id>
<name>fiksyen---sejarah</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">8</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">3957131</id>
<name>fiksyen---cinta</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">6</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">3913562</id>
<name>fiksyen---sains</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">5</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">3957102</id>
<name>fiksyen---remaja</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">5</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">5473781</id>
<name>bukan-fiksyen---tauhid-dan-ibadah</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">4</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">3957148</id>
<name>bukan-fiksyen---sejarah</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">4</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">3914231</id>
<name>bukan-fiksyen---islam-dan-sains</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">3</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">4410270</id>
<name>fiksyen---penyiasatan</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">2</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">3914230</id>
<name>fiksyen---cerpen</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">1</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">3957104</id>
<name>fiksyen---spiritual</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">1</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">4052662</id>
<name>bukan-fiksyen---perhubungan-dan-cin</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">1</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">4052658</id>
<name>fiksyen---thriller</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">1</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">4052854</id>
<name>bukan-fiksyen---kekeluargaan</name>
</user_shelf>
<user_shelf>
<book_count type="integer">1</book_count>
<description nil="true"></description>
<exclusive_flag type="boolean">false</exclusive_flag>
<id type="integer">4052825</id>
<name>bukan-fiksyen---travelog</name>
</user_shelf>
</user_shelves>
<updates type="array">
<update type="review">
<![CDATA[Welma added 'Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw']]>
<link>http://www.goodreads.com/review/show/75582368</link>
<description>
<![CDATA[
Welma gave  to:	Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw
by
Zulkarnain Dollah
bookshelves:
bukan-fiksyen---tauhid-dan-ibadah
Saya memang mencari buku ini. Minggu lepas, ketika saya mengunjungi Gramedia, saya tidak menjumpainya. Memang tidak ada perancangan pada mulanya untuk membeli buku ini ketika semak-semak buku di laman web PTS.
Tetapi, apabila membaca ulasan di sini, menjadi semacam mahu memiliki pula buku ini. Alamak! Saya tersilap rupa-rupanya. Ketika saya membuat pautan (link) sebentar tadi, baru saya perasan, buku yang saya niatkan untuk dibeli ialah Diari Hidup Rasulullah saw, bukan Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw. Saya terkeliru dengan warna biru kulit buku.
Tidak mengapalah. Buku pun sudah habis dibaca. Manfaat yang diperolehi sepanjang pembacaan, tidak terkira banyaknya. Bukan sahaja ilmu, tetapi apa yang lebih penting ialah motivasi untuk mengamalkannya begitu membuak-buak sekali sepanjang dan selepas pembacaan. Walaupun hanya 85 halaman dan kebanyakan isi-isi yang ditulis memang sudah diketahui, tetapi buku ini tetap membuatkan saya menjadi begitu asyik membacanya. Bukan kerana tulisan yang memikat tetapi kerana tokoh yang diceritakan iaitu Rasulullah saw. Walaupun saya tidak pernah melihat baginda saw di alam nyata, namun baginda saw menduduki tempat yang sangat istimewa di hati saya. Jujur saya katakan. Kita pun memang sudah selalu sangat diajar : pertama cinta kepada Allah, kedua cinta kepada RasulNya, ketiga, cinta kepada ibu bapa dan seterusnya.
Saya pernah bermimpi baginda saw ketika saya berusia 18 tahun. Pada hari kedua kematian ibu saya. Malam pertama saya tiba di rumah Sarawak dari Pulau Pinang. Mungkin saya tidur dalam kesedihan pada malam itu. Pada malam itu juga, saya bermimpi baginda saw. Baginda saw membawa saya, ibu dan beberapa wanita lain menaiki kereta kuda. Baginda saw yang menunggang kuda itu. Sejurus saya berkata, "Ya Rasulullah", terus saya tersedar. Sebaik sahaja tersedar, perkara pertama yang saya fikir ialah, "Aku mimpi Rasulullah". Gembira tidak terkata. Allah mencabut serta merta kesedihan hati digantikan dengan kegembiraan bermimpi berjumpa Rasulullah saw. Sejak dari hari itu, setiap kali bersedih, setiap kali saya rasa keseorangan, setiap kali saya tidak berdaya dengan ujian Tuhan, pasti saya sentiasa memujuk hati dengan mengingati hadiah daripada Allah itu iaitu mimpi berjumpa Rasullullah saw. Itulah sekali sahaja saya bermimpi berjumpa baginda. Selepas itu tiada lagi sehingga kini.
Mungkin kerana mimpi itu juga, saya rasa sangat dekat dengan baginda saw. Setiap kali membaca buku, mendengar lagu atau menonton cerita mengisahkan baginda, pasti akan membuatkan saya menjadi sayu, rindu dan mahu menangis. Malu sangat kerana saya bukan umat yang baik. Sudahlah itu, jarang bersalawat pula. Tetapi, muka tidak malu mengaku rindu padanya. Saya berdoa semoga di hari akhirat nanti, saya, ahli keluarga, zuriat-zuriat dan kawan-kawan saya berada dalam kelompok yang Rasulullah saw mengaku sebagai umatnya.
Terima kasih kepada buku ini kerana mengingatkan saya kepada Rasulullah saw. Terima kasih kerana membuatkan saya menangis walaupun penyampaiannya biasa-biasa sahaja. Namun siapa sangka, di sebalik yang biasa-biasa itu, Allah membantu saya untuk mencintai rasulNya. Terima kasih lagi kerana sentiasa mengingatkan yang saya membaca buku bukan kerana mahu mengemaskini blog sahaja tetapi kerana mahu mencari hikmah agar menjadi hamba Allah yang lebih ikhlas mengabdi kepadaNya. Terima kasih juga buku kerana menjadi penyebab saya membaca Al-Mathurat setiap pagi dan petang semula setelah bertahun saya meninggalkannya.
Buku Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw ini memiliki 4 bab semuanya. Bab 1 menceritakan sunnah-sunnah Rasulullah saw dalam amalan seharian, Bab 2 ialah tentang sunnah-sunnah Rasulullah saw ketika solat, Bab 3 pula tentang sunnah-sunnah Rasulullah saw pada waktu pagi dan petang dan Bab 4 ialah tentang sunnah-sunnah Rasulullah saw dalam situasi tertentu. Di dalam bab 4 ini, ada dinyatakan, mengingati Allah pada setiap masa itu ialah sunnah Rasulullah saw. Berfikir akan nikmat Allah juga merupakan sunnah Rasullulah saw. Ada tambahan bab lagi iaitu Bab 5. Kata penulis, Bab 5 ini ditulis dengan harapan semakin bertambah lagi kecintaan kita kepada baginda Rasulullah saw. Bab 5 mengandungi ciri-ciri fizikal Rasulullah saw, apa kebiasaan baginda saw, bagaimana keadaan di rumah, di luar rumah dan bagaimana baginda saw dengan para sahabat. Ada juga maklumat berkenaan mukjizat-mukjizat baginda saw.
Saya percaya setiap daripada kita sentiasa dibantu oleh Allah untuk mencintai rasulNya, Muhammad saw. Seperti saya, Allah membantu saya dengan menghadiahkan mimpi berjumpa baginda saw. Ada orang lain, mereka dibantu dengan diizinkan ke Makkah dan Madinah untuk melihat sendiri kesan-kesan peninggalan Rasulullah saw di sana. Kawan saya ketika dia pergi menunaikan umrah pada tahun ini, dia sempat mendaki Jabal Nur, di mana puncaknya ada Gua Hira'. Menurut kawan saya, bukan senang mahu mendaki Jabal Nur menuju ke Gua Hira'. Tidak dapat saya bayangkan betapa hebatnya Rasulullah saw berulang-alik ke Gua Hira' walhal pada ketika itu baginda saw masih belum menerima wahyu lagi. Memang Rasulullah saw itu sebaik-baik contoh tauladan yang perlu kita contohi.
Marilah kita bersama-sama sedaya upaya belajar mencintai baginda saw. Terlalu besar pengorbanan baginda saw kepada kita. Di mana-mana pun baginda saw sentiasa ingat kepada kita. Ketika peristiwa Israk Mikraj masih sempat berfikir untuk kurangkan jumlah rakaat solat kita. Ketika baginda dalam keadaan nazak, masih sempat memohon untuk diletakkan semua kesakitan sakaratul maut umatnya ke atas dirinya dan jangan kita lupa di akhirat nanti, baginda juga akan mencari-cari kita.
Paling tidak pun, cubalah baca buku ini - Amalan 24 Jam Dalam Kehidupan Rasulullah saw. Letak di sebelah katil, sebelum tidur baca satu sunnah dan niatkan dipermudahkan untuk mengamalkannya. Semoga kecintaan kita kepada baginda saw semakin bertambah :)
Wallahu alam
</description>
</update>
<update type="review">
<![CDATA[Welma added 'Cuba Try Cinta Islam']]>
<link>http://www.goodreads.com/review/show/75582205</link>
<description>
<![CDATA[
Welma gave  to:	Cuba Try Cinta Islam
by
Abban Lo'Baw
Saiz buku ini nampak pelik berbanding buku yang lain. Itulah yang menarik perhatian saya. Biasanya saiz buku sebesar pamphlet seperti ini adalah terbitan Indonesia. Hari itu, saya belajar satu perkara. Logo HR ialah untuk syarikat Hijjaz. Selama ini mata asyik hafaz logo PTS sahaja.
Mulanya saya tidak mahu membeli kerana ada tajuk CINTA. Saya membayangkan, oh ini mesti tentang cinta lelaki dan perempuan. Saya bukan anti cinta, cuma banyak sangat buku berkisar cinta di rumah yang belum dibaca lagi. Tetapi walaupun begitu, saya ini jenis gatal tangan orangnya. Kalau tidak beli pun, saya pasti akan membelek juga. Apabila belek-belek, baru saya tahu, eh eh, ini cerita tentang cinta kepada Islam.
Cuba Try Cinta Islam dibahagikan kepada 5 bab dan tambah 1 bab akhir serta penutup. Bermula dengan tajuk Demi Masa dan seterusnya disusuli dengan Ayuhlah Bangun!, Enggankah ke Syurga?, Jangan Hanya Kasihan dan Cinta yang Terindah. Bab Akhir pula berbunyi Renunglah ke Dalam Dirimu dan ditutup dengan tajuk Cintamu Sudah Terlaksana.
Tidak dinyatakan siapakah target pembacanya, remaja atau dewasa. Tetapi, sepanjang pembacaan, setelah diamati dari segi gaya penulis menyampaikan maklumat, nyata buku ini ditujukan untuk golongan remaja. Penulisan yang bergaya santai, kalimat Islami yang mudah difahami dan ditulis ringkas-ringkas pasti akan membuatkan golongan remaja menyukai Cuba Try Cinta Islam. Namun begitu, saya juga tidak menafikan isi kandungan buku ini universal sifatnya sehinggakan tidak menjadi masalah jikalau golongan tua seperti saya mahu membacanya.
Mungkin boleh saya katakan Cuba Try Cinta Islam ialah sebuah buku motivasi yang mengajak pembacanya melakukan kerja-kerja dakwah. Mungkin boleh juga kita beranggapan penulis sebenarnya mahu membantu pembacanya menyedari hakikat kehidupan ini yang sebenar : apakah tujuan kehidupan, bagaimanakah pengakhiran hidup kita ini nanti, apakah yang mahu diisi sepanjang kehidupan, dan paling penting apakah tanggungjawab kita sebagai seorang Muslim kepada agama kita iaitu Islam.
Bab 1 - Demi Masa, adalah bab asas yang paling penting saya kira. Ini kerana di dalamnya ada 8 sub topik yang menjelaskan kepada kita betapa kita perlu sedar yang masa sangat penting. Orang yang mensia-siakan waktunya tidak ubah seperti yang dimaksudkan oleh Syed Qutb melalui ayatnya ini : "...itulah jiwa yang kosong yang tidak pernah mengenal makna serius. Ia berharap semuanya mudah meski menghadapi bahaya yang mengintai. Ia bercanda di saat memerlukan keseriusan dan sentiasa meremehkan permasalahan yang suci dan penting. Jiwa yang kosong dari sikap yang serius dan penuh kesucian, akan meremehkan setiap apapun persoalan yang menyelimutinya, mengalami kegersangan jiwa dan keruntuhan moral" (halaman 21).
Lalu menurut penulis di dalam topik Biar Hidupmu Lebih Hidup, manfaatkanlah waktu kita dengan mengingati Allah di dalam setiap urusan. Tanpanya, kita akan seperti kata-kata Syed Qutb sebentar tadi - jiwa kosong. Justeru itu kita perlu belajar bagaimana memanfaatkan waktu. Ini dia 5 perkongsian yang diambil penulis daripada karya Jasiem M. Badr, Efisyen Waktu Dalam Islam. Pertama memilki tujuan yang jelas untuk setiap kegiatan. Kedua, bergaul dengan masyarakat. Ketiga membantu orang lain. Keempat suka kepada 5 perkara yang disukai oleh para sahabat iaitu berkumpul dengan orang soleh, aktif menghidupkan sunnah Rasulullah saw, memakmurkan masjid, membaca quran dan jihad fisabilillah. Kelima membaca.
Penulis juga mengingatkan kita dengan sabda Nabi Muhammad saw : "Sebaik-baik manusia adalah orang yang paling banyak manfaatnya bagi manusia yang lain". Tidak mensia-siakan masa adalah salah satu contoh bagaimana kita mahu memberi manfaat kepada orang lain. Orang yang selalu memberi manfaat kepada orang lain ialah orang yang sentiasa memanfaatkan masanya untuk perkara-perkara kebaikan. Bukan sahaja untuk dirinya malah untuk orang lain juga kerana orang yang baik menurut Islam ialah orang yang bukan individualistik sifatnya. Ya, kita bukan mayat hidup yang hanya hidup untuk kepentingan diri sendiri sahaja!
Rentetan daripada itu, setelah kita sedar, kita tidak boleh mensia-siakan masa kerana kita ada banyak kerja-kerja Islam yang belum terlaksana. Maka kita perlu bangun dari ketinggalan ini. Ketinggalan dari segi penghayatan Islam. Ketinggalan dari segi ilmu. Kita boleh belajar daripada kebangkitan Jepun setelah menjadi mangsa bom nuklear. Kita juga boleh belajar daripada kebangkitan Eropah menerusi Revolusi Industri. Tetapi kita juga perlu sedar, kebangkitan mereka bermula dengan proses asas yang tidak benar. Ia tidak dibina di atas akidah yang benar. Nah, kita boleh lihat bukan natijah kebangkitan mereka pada hari ini. Mereka berjaya dari sudut material tetapi rapuh dari sudut sosial dan rohani. Tidak ada di dalam sejarah peradaban, sesuatu tamadun itu akan kekal jikalau sosial dan rohani penganutnya musnah. Lama kelamaan tamadun yang berasaskan material itu akan musnah juga.
Justeru itu, kita umat Islam perlu bangkit atau membangun dengan penuh bermakna. Kita amat memerlukan keseriusan umat Islam. Masa remaja Islam perlu digunakan untuk mengasah dan menajamkan kemampuan berfikir secara Islam. Kita sudah lama tahu bukan ibadah di dalam Islam bukan hanya sembahyang, puasa, zakat atau haji. Ia lebih dari itu. Banyak tanggungjawab Islam yang kita perlu lakukan pada ketika ini. Kita perlu aktif melakukan hubungan pemikiran dengan masyarakat. Kita perlu sebarkan idea dan pemikiran Islami. Pemikiran dan pelbagai idea yang sesat di luar itu perlu diganti dengan solusi dari Islam. Itu tanggungjawab kita. Nah, tanpa pemahaman agama yang bagus dan ilmu perkembangan dunia yang up to date, mana mungkin kita boleh menangkis semua kejelekan yang dibaling kepada umat Islam. Jangan sampai kita di cop cendikiawan Islam yang berlumut. Ya, itu pesan penulis!
Sejarah Islam sendiri pernah mengajar kita. Kita bukan hanya bersandar pada tawakal sahaja. Sebelum itu ada usaha yang bermati-matian. Lupakah kita pada peristiwa Israk Mikraj dan Hijrah dari Makkah ke Madinah. Kedua-duanya merupakan perjalanan yang dilakukan oleh Rasulullah saw. Penulis membangkitkan isu kenapa ya ketika Israk Mikraj, Rasulullah saw diberi Allah buraq dan kemudahan perjalanan manakala ketika Hijrah, Rasulullah saw terpaksa bersusah payah. Bukankah boleh saja Allah memberi buraq sekali lagi. Ya ini jawapan penulis. "Hijrah adalah peristiwa yang mesti diikuti oleh seluruh umat Islam. Hijrah adalah sunnah Nabi yang harus ditauladani oleh setiap Muslim. Hijrah sangat manusiawi dan kerananya digunakan cara-cara manusiawi. Jadi kita memang mesti mempunyai persiapan rencana operasi teliti dan strategi jitu......" (Halaman 56-57)
Peristiwa Hijrah adalah titik tolak bermulanya perkembangan Islam. Ia berkembang dan terus berkembang. Penulis memetik kata-kata L Stoddard di dalam bukunya The New World Islam.
"Bangkitnya Islam ada adalah satu peristiwa yang paling menakjubkan dalam sejarah manusia. Bayangkan saja, dalam tempoh kurang dari seabad dari gurun tandus dan suku bangsa yang terkebelakang, Islam telah tersebar hampir menggenangi separuh dunia menakhlukan kerajaan-kerajaan besar, memusnahkan beberapa kepercayaan besar yang telah dianuti berbilang zaman dan abad" (halaman 61)-
Menerusi kata-kata L Stoddard ini, penulis bertanya kepada kita. Kenapa boleh terjadi sedemikian? Lalu jelas penulis, ini kerana Islam disebarkan kerana ada gerak kerja dakwah dan jihad di kalangan para sahabat dan umat Islam dahulu kala.Kita juga kalau mahu Islam gemilang lagi, kita perlu buat kerja dakwah.Kata penulis, "Kita mesti sanggup menjadi obor bagi perjalanan hidup mereka yang masih diselaputi kegelapan. Kita mesti menginggatkan teman-teman yang masih buta dengan ajaran islam meskipun kita bukan ahlinya.Marilah kita mencuba untuk menjadi bintang di sisi Allah dan RasulNya".
Penulis juga sempat membangkitkan isu Palestin melalui bukunya ini. Akibat dek semangat nasionalisme yang sudah lama melekat di dalam diri, kita semakin lupa konsep persaudaraan Islam dan peduli nasib saudara seagama di luar sana. Justeru itu, penulis mengajak pembacanya untuk membantu saudara kita di sana. Mungkin dengan bantuan kewangan atau melalui doa. Selain itu, boikot produk yahudi juga adalah salah satu caranya. Dalam isu boikot memboikot ini, saya memiliki pendapat tersendiri. Namun begitu saya tidak mengatakan kerja boikot memboikot ini adalah kerja sia-sia. Saya sendiri memang boikot habis-habisan produk Nestle. Intel dan Facebook itu saya belum berkemampuan lagi. Saya berpandangan, kerja memboikot bukanlah solusi terakhir kita untuk membantu umat Islam di Palestin. Ia mungkin sesuai untuk menunjukkan rasa kepeduliaan sahaja. Apa yang lebih penting ialah kita umat Islam sendiri harus mewujudkan jaringan ekonomi yang kuat, pendidikan yang mantap dan teknologi yang terkini. Inilah yang harus ditanam pada jiwa-jiwa remaja kita. Apabila belajar, fikir soal umat, "ooh aku harus belajar sungguh-sungguh untuk membantu Islam". Apabila bekerja, fikir soal umat, "ooh aku harus mencari duit untuk membantu umat Islam". Di dalam hidupnya sentiasa berfikir, "Apa yang harus aku buat untuk membantu umat ini?". Kita harus buat lebih selain daripada boikot dan demonstrasi.
"Wahai orang yang berselimut! Bangunlah, lalu berikanlah peringatan" ( Surah Al-Muddatsir : 1-2)
Wallahu alam
</description>
</update>
<update type="review">
<![CDATA[Welma added 'Bidadari Bidadari Surga']]>
<link>http://www.goodreads.com/review/show/40058126</link>
<description>
<![CDATA[
Welma gave  to:	Bidadari Bidadari Surga (Paperback)
by
Tere Liye
bookshelves:
fiksyen---kehidupan
Baca. Menangis. Baca lagi. Menangis lagi. Memang novel air mata. Tere Liye sendiri mengatakan novel ini ditulis sambil menangis. Tidak hairan kalau para pembaca Bidadari-Bidadari Surga menjadi sungguh cengeng apabila membaca novel ini. Mungkin itulah yang dikatakan - tulisan dari hati untuk hati. Oleh kerana itu, karya-karya Tere Liye menjadi bahan bacaan wajib dibaca setakat ini untuk diri saya. Bukan untuk menikmati keindahan sastera, tetapi lebih kepada mahu mendengar khabar-khabar bahagia tentang kehidupan dari penulis. Mungkin kerana itu juga, saya sangat mengutamakan membaca dalam naskhah asal. Maksud saya bukan terjemahan. Tetapi terpulang kepada individu itu juga. Ada yang tidak faham dengan Bahasa Indonesia. Jikalau begitu, lebih baik membaca dalam edisi terjemahan. Tidak menjadi masalah.
Tere Liye menerusi karya fiksyen Bidadari-Bidadari Surga ini sekali lagi seperti novel-novelnya terdahulu mewujudkan watak kanak-kanak sebagai penguat cerita. Namun kali ini, penulis tampil dengan memperkenalkan watak seorang gadis yang luar biasa ketabahannya bernama Laisa sebagai tunjang novel ini. Tidak seperti penulis-penulis lain yang apabila bercerita tentang watak utama seorang perempuan, pasti perempuan itu digambarkan sebagai seorang yang sangat cantik, hidung mancung, bibir merah merekah atau mata yang memikat. Berbeza dengan Tere Liye, Laisa digambarkan sebagai seorang gadis kerdil, berkulit hitam dan rupa yang jelek. Tidak menawan langsung.
Jarang sekali saya membaca novel yang mempunyai watak utama seorang perempuan yang hodoh. Bagi saya, majoriti penulis amat gemar menggambarkan perempuan cantik apabila melibatkan watak perempuan sebagai karakter utamanya. Sebagai seorang perempuan yang tidak cantik, saya hanya mampu katakan - diskriminasi dalam dunia penulisan! Tidak keterlaluan kalau saya mahu katakan yang sudah banyak karya fiksyen berjaya mengajar para wanita bahawa orang yang berjaya dalam kehidupan dan dicintai ialah perempuan yang cantik sahaja. Jadi, tidak hairan bukan jikalau ramai sahaja para wanita pada hari ini menjadi semacam rendah diri atau malu kerana kurang cantik dari sudut fizikal.
Tetapi itu tidak terjadi pada watak Laisa di dalam Bidadari-Bidadari Surga. Maksud saya, Laisa seperti saya. Tidak malu, malah tidak sedikit pun rupa paras yang tidak cantik itu menjadi penyebab untuk rasa rendah diri. Ada sisi lain yang lebih penting selain kecantikan fizikal iaitu soal hati dan soal kebesaran jiwa walaupun seringkali itu semua tidak langsung dipandang sebagai kecantikan. Tidak mengapa bukan, kerana orang yang merdeka dirinya sentiasa percaya, di syurga nanti dia tetap menjadi cantik. Menjadi bidadari syurga. Semestinya, pendamping bidadari-bidadari syurga ini bukan pencinta-pencinta kecantikan dunia bukan.
Itulah mesej utama yang cuba ditampilkan di dalam novel Bidadari-Bidadari Surga. Ada kecantikan lain yang lebih penting selain kecantikan fizikal. Kecantikan-kecantikan yang hanya difahami dengan pandangan hati itulah yang menyarati novel ini dari halaman awal hingga akhir.
Novel ini berkisahkan Laisa yang menetap di Lembah Lahambay bersama mak Lainuri dan 4 saudaranya : Dalimunte, Wibisana, Ikanuri dan Jashinta. Kehidupan yang sangat sederhana itu menjadi penyebab Laisa berkorban berhenti sekolah semata-mata untuk memberi laluan kepada Dalimunte, Wibisana, Ikanuri dan Yashinta. Mereka tidak seibu. Tidak juga sebapa. Namun, Laisa tetap ikhlas berkorban membanting tulang mencari duit untuk pendidikan adik-adiknya. Dia tidak kisah berpanas sehingga bertambah legam membantu mak Lainuri di ladang dan mengumpul damar di hutan. Malah tidak kisah juga bangun seawal 4 pagi semata-mata untuk menyiapkan gula oren dan tiap-tiap malam menganyam rotan. Laisa juga berani mengambil risiko menanam buah strawberi semata-mata untuk mendapat duit lebih untuk persekolahan adik-adiknya. Bagi Laisa adik-adiknya harus ke sekolah. Dia tidak mahu adik-adiknya mewarisi kemiskinan mereka dan menghabiskan seluruh masa depan di kampung itu. Mereka harus menjadi orang yang berjaya. Laisa tekad. Itu cita-citanya.
Yashinta itu adik bongsu Laisa. Mungkin sudah kelebihan Tere Liye apabila menulis dan menggambarkan karakter kanak-kanak terutama kanak-kanak perempuan. Entah kenapa setiap situasi yang diceritakan itu betul-betul dapat dirasakan kecomelan kanak-kanak tersebut. Melihat berang-berang. Lucu kata Yashinta. Senyumnya meleret melihat haiwan itu. Laisa tidak mahu menganggu. Dia senang sekali melihat kegembiraan adiknya itu. Sudah berapa kali impiannya mahu melihat berang-berang. Baru hari ini tercapai. Kembali ke rumah, berang-berang itu siap dilukiskan. Tambah gembira lagi apabila Ikanuri dan Wibisana menghadiahkannya warna krayon. Yashinta semakin gembira apabila dia juga boleh ke sekolah. Asyik katanya. Fikir Yashinta anak perempuan tidak payah ke sekolah. Kak Laisa tidak sekolah pun. Oh, comel sungguh! Bagi Yash, Laisa ialah kakaknya. Kakak yang sentiasa menjaganya. Kakak yang pernah berkorban mencari ubat untuknya apabila dia demam panas dengan meredah hujan lebat. Tiba-tiba kaki Laisa tersadung dan kakinya terseliuh. Namun digagahkan juga berjalan semata-mata mendapatkan doktor untuk Yash. Aduh! Sedih. Sedih.
Dalimunte menyaksikan Laisa mengurut kakinya setelah berjaya mendapatkan doktor untuk Yash. Laisa mengasingkan diri. Dali perasan ada yang tidak kena dengan kakaknya. Biarkan kakak sendirian, begitu kata Laisa. Laisa tidak mahu adik-adiknya menyaksikan dia dalam kesakitan. Dia mahu sentiasa terlihat berdaya di mata mereka. Dali karakternya seorang yang sangat prihatin terhadap Laisa. Dia tahu Laisa bukan kakak kandungnya. Tetapi dia tidak peduli. Baginya Laisa ialah kakaknya yang tersayang. Dali paling bijak di antara mereka. Malah Dali membesar menjadi seorang professor yang termasyhur di kemudian hari. Itu semua jasa Laisa. Laisa yang sentiasa percaya kebolehan adiknya. Contohnya renung sahaja peristiwa kincir air. Penduduk kampung hampir tidak percaya dengan idea kincir air yang dicadangkan oleh Dali, seorang budak hingusan pada ketika itu. Tiba-tiba Laisa bersuara, "Tentu saja kincir-kincir itu bekerja"(Halaman 89). Laisa bangun membela idea adiknya dan meyakinkan penduduk kampung. Mereka harus mencuba cadangan Dali. Sampai bila mereka mahu bergantung kepada cara pengairan lama. Itulah Laisa.
Dia tidak akan pernah membiarkan adik-adiknya kecewa. Tidak akan pernah membiarkan adiknya berasa malu. Jika harus ada yang kecewa dan malu, itu adalah ia. Bukan adik-adiknya. Bagi Laisa, sejak babak pergi, hidupnya amat sederhana. Adik-adiknya berhak atas masa depan yang lebih baik dibandingkan dirinya. (Halaman 92)
Berbanding Yashinta dan Dalimunte, Ikanuri dan Wibisana sedikit berbeza karakter mereka. Mereka ini sedikit nakal. Malas ke sekolah. Selalu menjadi bahan marah Laisa dan Mak Lainuri. Akibat bengang dengan kakaknya Laisa, Ikanuri menghina kakaknya. Kakaknya pendek, Laisa bukan kakak mereka dan pelbagai lagi. Wibisana tidak ikut mengejek. Saya kira ini perkara biasa budak-budak kecil apabila marah suka menghamburkan apa sahaja yang ada di dalam hatinya.Tetapi situasi ini hanya berlaku 2 kali saya kira sepanjang novel ini. Itu pun berlaku ketika Ikanuri masih kecil. Tetapi sungguh sedih rasanya apabila Ikanuri terkenang kembali kata-katanya itu apabila dia dalam perjalanan menziarahi Laisa yang sedang tenat. Aduh!
Tetapi Laisa tetap Laisa. Laisa yang sama sekali tidak akan pernah ambil hati walaupun kata-kata Ikanuri itu betul-betul menusuk hatinya. Laisa juga tidak ralat ketika mempertaruhkan nyawanya menyelamatkan Ikanuri dan Wibisana daripada diterkam harimau walau sebelum itu Ikanuri mencaci-maki Laisa. Begitu kata Laisa di Gunung Kendeng sejurus selepas terselamat dari terkaman harimau, "Ikanuri, Wibisana, suatu saat nanti kalian akan melihat betapa hebatnya kehidupan ini. Betapa indahnya kehidupan di luar sana. Kalian akan memiliki kesempatan itu, yakinlah. Kakak berjanji akan melakukan apapun demi membuat semua itu terwujud. Tapi sebelum hari itu tiba, sebelum masanya datang, dengarkan kakak, kalian harus rajin sekolah, rajin belajar dan bekerja keras" (Halaman 138)
Itulah kecantikan-kecantikan Laisa. Kecantikan yang tidak boleh difahami dengan mata melainkan mata hati. Seumur hidupnya dicurahkan untuk memberi kebahagian buat Dali, buat Ikanuri, buat Wibisana dan buat Yash. Kerja keras. Kerja keras. Itulah yang dilaung-laungkannya. Ya, kerana kecantikan Laisa itu hanya boleh dilihat dengan mata hati, maka mungkin disebabkan itu juga wajah hodohnya selalu menjadi penghalang untuk lelaki jatuh cinta kepadanya. Mungkin betul ada orang kata, rupa paras tidak penting, akhlak dan peribadi yang paling penting, tetapi apabila berhadapan dengan Laisa, eh tiba-tiba bertukar fahaman pula, "Tapi maksudku, setidaknya cantik adalah menarik hati"(Halaman 233). Lalu kata saya, "Apa boleh dibuat Laisa, banyak orang mahukan bidadari dunia".
Wallahu alam.
</description>
</update>
<update type="comment">
<![CDATA[new comment from Welma]]>
<link>http://www.goodreads.com/topic/show/214647-senarai-50-aina</link>
<description>
<![CDATA[
Welma made a comment in the Goodreads Malaysia group:
wah!
</description>
</update>
<update type="comment">
<![CDATA[new comment from Welma]]>
<link>http://www.goodreads.com/review/show/57940248</link>
<description>
<![CDATA[
New comment on Exavidreader's review of
Al Bidayah wan Nihayah
by
Ibnu Katsier
Oh, terima kasih banyak-banyak.
</description>
</update>
<update type="comment">
<![CDATA[new comment from Welma]]>
<link>http://www.goodreads.com/review/show/69538865</link>
<description>
<![CDATA[
New comment on Ainaana79's review of
Bila Tuhan Berbicara
by
Faisal Tehrani
bukan jer dah habis stock..DBP tak print lagi..tak tahulah bila nak print
</description>
</update>
<update type="comment">
<![CDATA[new comment from Welma]]>
<link>http://www.goodreads.com/review/show/69651225</link>
<description>
<![CDATA[
New comment on Nia's review of
Maaf Dari Sorga
by
Faisal Tehrani
hheeh..saya baru nak tanya..akak berminat tak nak jual buku tu kepada saya heheh:). Boleh juga, tolong tengokkan yek. Saya tanya kat Puan Nisah, beliau kata dah out of print. :(
</description>
</update>
<update type="comment">
<![CDATA[new comment from Welma]]>
<link>http://www.goodreads.com/review/show/69633360</link>
<description>
<![CDATA[
New comment on Ezdwan's review of
Sultan Muhammad Al-Fateh: Penakluk Konstantinopel
by
Abdul Latip Talib
Alwi Alatas
Al-Fatih : Sang Penakluk Konstantinopel
beli di fajarilmubaru.com.my
</description>
</update>
<update type="review">
<![CDATA[Welma added 'Solat Khusyuk Solat SMART']]>
<link>http://www.goodreads.com/review/show/40792913</link>
<description>
<![CDATA[
Welma marked as to-read:	Solat Khusyuk Solat SMART
by
M. Siddiq Mustika
bookshelves:
bukan-fiksyen---motivasi,
to-read
</description>
</update>
</updates>
</user>
</GoodreadsResponse>