Goodreads Malaysia discussion

41 views
Arkib (Ganding Baca @ GRMY) > Ganding Baca 15 Julai/15 September 2011: Half the Sky

Comments (showing 1-34 of 34) (34 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (last edited Jul 23, 2011 05:04PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2812 comments Mod
Buku hangat 2010. Wajar dibaca, apatah lagi nama Malaysia ada seawal pengenalan buku :)

Syurga idea juga bagi para penulis yang berminat dalam isu-isu hak asasi manusia.

Mari berganding baca dan diskusi.


message 2: by Isma (new)

Isma | 682 comments Banyak hal saya kurang bersetuju dengan Kristof dan WuDunn. Contoh kisah Srey, cerita gadis Kemboja dipaksa jadi pelacur itu,kemiskinan dan kerajaan/polis korup tidak boleh dianggap hanya faktor utama perkara ini berlaku... Adalah satu kesilapan mengambil cermin mata Amerika(siapa kata Amerika itu universal) dan cuba memahami semua masalah di Asia dan Afrika.Di negara yang dianggap maju banyak juga berlaku perkara ini, cuma dalam bentuk berlainan.Saya sangat tidak setuju apabila sesutu masalah dilihat dari sudut gender(contohnya saya pernah lihat seorang lelaki merana apabila ditinggal isterinya, jangan ingat perempuan saja jadi mangsa cerai..:)).Di negara berketuakan seorang perempuan sebagai PM pun berlaku masalah ini.

Kisah pruden yang tak dapat beranak,itu salah siapa, salah kerajaan Cameroon?

Di Malaysia sendiri isu pemerdagangan orang banyak berlaku melibat sindiket besar dan orang besar. Masalahnya selalu si pelaku dikenakan ISA, baru-baru ni seorang pegawai imigresn dikenakan ISA. Jadi peranan kita di sini, SEMUA MESTI tentang ISA...;)

*Kak Najibah, sekarang ini pun lelaki juga kena rogol, kena jual dan jadi tentera kanak-kanak. Cuma orang lelaki tidak tunjuk masalah kepada umum, kita ego..:)


message 3: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (last edited Jul 27, 2011 05:28PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2812 comments Mod
Ya, sangat jelas ia bersudut pandang US. Tapi belum boleh komen banyak sebab baru baca bab 2. Cuma kenapa kita biarkan US yang buat kerja ini (memberi sudut pandang kepada kita), dan kita orang Melayu Islam tidak menjuarai isu2 yang sangat manusiawi begini (termasuk diri sendiri).

Ya, lelaki pun ada kena rogol, jual dan jadi hamba pada abad 21, tapi lebih ramai wanita yang kena. Dan lelaki tak mengandung kalau kena rogol pun :P


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
hai. Saya baru habis baca tadi. Bagus sungguh pembacaan tersebut, habis baca saya rasa mcm ditinggalkan pakwe. Sedih semacam.

OK. Saya tidak punya banyak sebab untuk tidak bersetuju. Saya memahami tulisan mereka boleh dianggap cuma dari sudut pandang amerika, tapi mereka ini mmg amerika, macam mana pula dia mahu menulis dari sudut pandang orang asia misalnya? Tak logik dan akan dipersoalkan org pula nanti.

Saya rasa sudut pandang budaya setempat juga ada disebutkan dalam kisah2 penderitaan wanita di tempat2 yang disebutkan tetapi pada saya apa yang penting juga ialah bagaimana penceritaan ini berkesan dalam meraih simpati kita semua dalam permasaalahan yang berlaku.

Selain dari kisah kisah pahit seperti itu ada juga huraian tentang bagaimana UN misalnya lebih byk menyumbang kpd kelansungan industri kertas berbanding memperbaiki kehidupan perempuan2 yg tertindas. Usaha2 organisasi independen lain yang lebih bersifat grassroot adalah lebih berkesan. Bantuan pula seharusnya punya strategi yang terbuka dan kreatif supaya lebih berkesan, bukan sekadar pompangpompang berkonvensyen berhabis juta juta, bermesyuarat bagai, tapi hampeh tak berkesan malah lebih memburukkan keadaan.


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Soalan kepada yang sedang membaca:

1. Adakah anda mempunya pengetahuan tentang bagaimana menderitanya wanita-wanita di Afrika sebelum ini?

2. Apa perasaan anda kalau anda sekarang mempunyai seorang anak perempuan bawah umur dan tinggal di Congo?

3. Percayakah anda bahwa pemimpin gerakan 'pembebasan' wanita ini seharusnya datang dari negara2 membangun?

4. Anda pro life atau pro choice. Apa perkaitannya dengan wanita wanita China?

oK. Itu saja. Kalau ada idea lagi akan ada lagi soalan lain menyusul. Insya allah


message 6: by Cik Aini (last edited Jul 31, 2011 05:05PM) (new)

Cik Aini (cikaini) | 538 comments Siapa ada buku ni, saya nak pinjam :D


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Saya ada Ummu Auni. Tapi dah bagi pinjam orang. Maaf.

Soalan lagi:

Apa yang anda faham tentang istilah berikut:

1 - power vaccum

2 - social enterpreneur

3 - stoic docility


message 8: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2812 comments Mod
Wah, Faizah berapi-api semangatnya. Nanti saya sambung baca lagi. Baru masuk berkenaan sosiawan tu (usahawan sosial). Mengkagumkan bagaimana budak berusia 12 tahun sudah boleh berfikir mengenai perhambaan dan mengasaskan usaha sosial seperti tu.

Apa namanya NGO yang melatih sosiawan yang disebut, lupa pulak. Mungkin kita patut jadi ahli?


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
ashoka fellow. Kita kena jadi sosiawan dulu kot baru boleh dia elect jadi member. Itupun masih ada kriteria yang perlu dipenuhi


message 10: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2812 comments Mod
Ummu Auni wrote: "Siapa ada buku ni, saya nak pinjam :D"

Ummu Auni, saya akan cuba baca secepat mungkin - nanti boleh saya pinjamkan.


message 11: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2812 comments Mod
Boleh mohon jadi intern, Faizah ;)


message 12: by Topek (new)

Topek Ketopekan (topekketopekan) | 25 comments Pada pendapat saya, setelah membaca buku ini, saya hadir dengan dua konklusi:

1. Sudut pandang. Diskusi di atas pun sudah membincangkan mengenai perkara ini. Penulis bersama isteri giat mencari punca masalah yang berlaku di kebanyakan negara-negara Afrika dan Asia, termasuk Malaysia. Walaubagaimanapun, ia hanyalah sudut pandang.

2. Kebanyakan masalah yang timbul adalah disebabkan kepincangan yang berlaku dalam sesebuah institusi keluarga/masyarakat itu sendiri, kecuali ada satu kisah di mana seorang wanita tersebut kembali ke rumah pelacuran atas keinginan beliau.

Maka, saya berpendapat penulis ingin mencari punca dalaman yang berkisar hak asasi wanita di negara-negara tersebut dan cuba memberi contoh-contoh bagaimana NGO berperanan dalam meringankan masalah tersebut.

Cumalah pendapat dari saya ;)


message 13: by Isma (new)

Isma | 682 comments Saya lebih suka sudut pandang. Saya kenal ramai orang-orang tertindas itu,dan orang-orang yang terlibat dalam perhambaan moden. Bagaimana orang-orang tertindas itu(bukan islam) melihat Amerika? Berdasarkan pergaulan saya,mereka anggap Amerika adalah segalanya, super power, adil dan demokratik tapi mengapa Amerika tidak datang ke negara mereka dan lanyak kerajaan tak demokratik di negaranya? Mengapa hanya negara-negara tertentu sahaja Amerika pergi lanyak pemimpinnya? Saya amat yakin, inilah suara-suara dalaman yang ada di lubuk hati orang-orang tertindas di Afrika dan Asia. Suara ini, tak terdengar oleh Kristof.Mereka memerlukan Amerika, bukannya orang dari negara-negara membangun bagi bebaskan mereka.


message 14: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2812 comments Mod
Berdasarkan pergaulan saya,mereka anggap Amerika adalah segalanya, super power, adil dan demokratik tapi mengapa Amerika tidak datang ke negara mereka dan lanyak kerajaan tak demokratik di negaranya? Mengapa hanya negara-negara tertentu sahaja Amerika pergi lanyak pemimpinnya?

Mungkin negara mereka walaupun tak demokratik, tetapi tak ada emas hitam?


message 15: by Isma (new)

Isma | 682 comments Bagaimana perasaan kakak-kakak bila baca pasal perempuan yang mengandung dan terseksa itu?Kalau kakak-kakak berada di situ, apa yang sebenar orang mengandung atau sakit mahukan?

Bagi saya(tak pernah mengandung), dapat merasa jeritan batin perempuan itu, Bawa aku ke hospital Amerika!!! Malang hospital yang tak cukup alat itu juga dibawa... Inilah sudut pandang saya, saya menyalahkan negara yang berkuasa seperti Amerika.


message 16: by Isma (new)

Isma | 682 comments Dana WHO sangat besar setiap tahun untuk pembangunan kesihatan dikeluar oleh PBB, tapi mengikut laporan, ia tak sampai ke sasaran. Amerika kalau betul-betul telus, dapat kurang masalah seperti ini terutama di Afrika.


message 17: by Topek (new)

Topek Ketopekan (topekketopekan) | 25 comments Isma wrote: "Bawa aku ke hospital Amerika!!! Malang hospital yang tak cukup alat itu juga dibawa..."

Ada betul juga pendapat Isma itu. Ada pun begitu, realiti yang berlaku di kebanyakan negara mundur ini kebiasaannya adalah lemah dari tiga aspek utama iaitu Pendidikan, Keselamatan, dan juga Penjagaan Kesihatan.

Dari segi keinginan dan kemahuan, lumrah manusia mesti lah mahu yang lebih selesa, bukan? Kalau saya pun saya mahu berada di hospital yang lengkap dan selesa. Tapi mungkin kerana kos pembiayaan yang mahal, sesetengah individu yang berada di kelas pertengahan atau lebih bawah dari itu, tidak sanggup ke hospital yang lengkap dan selesa ini. Sama jugalah dari situasi yang berlaku di dalam buku Half The Sky ini.

Juga cumalah pendapat dari saya :)


message 18: by Isma (new)

Isma | 682 comments ;)maksud saya, sepatutnya orang Amerika bawanya ke hospital yang lebih baik,dan tanggung kosnya, kalau setakat derma darah tu,saya pun boleh...:)

Sebab itu saya tak setuju dengan pandangan dalam buku ni yang melihat dan "menyalahkan" aspek Pendidikan, Keselamatan, dan juga Penjagaan Kesihatan yang mundur sebagai punca ia berlaku.Sedangkan untuk memajukan taraf tiga aspek itu tanggungjawab siapa? Adakah tanggungjawab kerajaan Afrika yang korup?Dan untuk mengubah kerajaan yang korup itu pula tanggungjawab siapa? Ia tanggungjawab kuasa besar sekarang ini. Ikut sejarah pun,ketika khalifah Islam berkuasanya dahulu, banyak wilayah yang diperintah oleh kerajaan yang korup dan zalim telah berjaya dikuasai oleh khalifah Islam, sampai orang Yahudi pun suka tinggal di bawah kuasa Islam. Sepatutnya Kristof jadi calon presiden Amerika dalam election depan...:)Kalau sekadar memahami masalah tapi tak ada tindakan politik, ia tak akan berjaya.

*Tiba-tiba saya teringat akan Lahuma dan penyakit busungnya, ketika baca novel Ranjau sepanjang Jalan dulu, saya marah kepada Lahuma, mengapa kau tak pergi hospital. Rupa-rupanya baru saya tahu, latar novel itu sekitar belum merdeka?(atau awal merdeka?), patutlah tak pergi hospital..:D


message 19: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Najibah wrote: "Boleh mohon jadi intern, Faizah ;)"

OK. TQ


message 20: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Isma wrote: ";)maksud saya, sepatutnya orang Amerika bawanya ke hospital yang lebih baik,dan tanggung kosnya, kalau setakat derma darah tu,saya pun boleh...:)

Sebab itu saya tak setuju dengan pandangan dalam b..."



Isma, saya rasa tindakan politik pun boleh membawa kesan yang besar terutama kalau Amerika melanyak pemimpin mereka tetapi pada masa yang sama disebabkan situasi semasa, masih ada lagi wanita yang diperdagangkan, yang menderita kerana fistula, yang diperhamba dan diperbinatangkan oleh suami, yang dirogol bagi menakut-nakutkan masyarakat sekeliling dsb. Jadi sementara kita nak menunggu tindakan politik ini yang entah bila akan terjadi, apa yang kita nak buat, tunggu tunggu tunggu??

Saya rasa di sinilah organisasi yang disebut dalam Half the Sky memainkan peranan.


message 21: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Isma wrote: "Bagaimana perasaan kakak-kakak bila baca pasal perempuan yang mengandung dan terseksa itu?Kalau kakak-kakak berada di situ, apa yang sebenar orang mengandung atau sakit mahukan?

Bagi saya(tak pern..."


Saya assume dia tak pernah pergi ke Amerika jadi ada sesuatu yang tidak logik di sini, bagaimana dia boleh berkehendak ke Hospital Amerika?

Melainkan kalau dia selalu tengok Grey's Anatomy. Tapi masalahnya, TV pun belum tentu ada.


message 22: by Cik Aini (new)

Cik Aini (cikaini) | 538 comments yeyeyey! Ada orang nak pinjamkan buku


message 23: by Johnny (new)

Johnny B. Rempit (johnnyrempit) | 287 comments Bagi saya, mesej paling penting yang nak disampaikan oleh buku ini ialah apa tindakan kita (sebagai individu yang sudah baca buku ini) boleh/patut buat untuk menangani masalah ini. Itu saja. Pada zahirnya, sebagai seorang individu, apa-apa yang kita buat sememangnya impaknya amat kecil. Tetapi sekiranya ramai di antara kita membuat sesuatu, walaupun ianya nampak remeh, impaknya amat besar. Kita patut mula dengan diri sendiri dengan apa yang kita mampu. Tema/semangat 'volunteerism' yang sering di ulang-ulang di dalam buku ini patut dijadikan sebagai permulaan. Sumbang masa hujung minggu di NGO yang kita minat. Tolong mereka dengan kepakaran yang ada pada diri kita. Pada saya, itu mesej paling penting yang dapat saya ambil setelah membaca buku ini. Kalau nak tunggu inisiatif dari mana-mana kerajaan di dunia ni, sampai bila masalah ini tak habis. Paling lemah pun, kita boleh memperbaiki diri sendiri dengan menghormati wanita di dalam hidup kita.


message 24: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (last edited Aug 08, 2011 10:59PM) (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2812 comments Mod
Sayang: "Yet after a year or so, Mukhtar became less finicky about her head scarf and began to shake hands with men." (p.76)

Perlukah sosiawan bergaul dengan etika Barat semata-mata untuk berjaya sebagai sosiawan?


message 25: by Faizah Roslaini (last edited Aug 08, 2011 10:33PM) (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Ummu Auni wrote: "yeyeyey! Ada orang nak pinjamkan buku"

heh.. tak tahu bila dia habis tapinya sorry..boleh tunggu kan?


message 26: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Najibah wrote: "Sayang: "Yet after a year or so, Mukhtar became less finicky about her head scarf and began to shake hands with men." (p.76)

Perlukan sosiawan bergaul dengan etika Barat semata-mata untuk berjaya ..."


Tak perlu kot. Sebelum itu pun Mukhtar sudah berjaya. Tapi etika Barat itu apabendanya cuba cerita sikit hehehe?


message 27: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2812 comments Mod
Etika Barat adalah falsafah moral mereka, lebih bermoral jika tak bertudung, kerana bertudung selalunya dianggap penindasan dari kaca mata mereka, dan lebih bermoral mungkin jika bersalaman lelaki perempuan?


message 28: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Saya rasa itu bukan lebih bermoral tapi kebebasan mengikut fahaman Barat.


message 29: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Bukan ke scholar Muslim pun masih ada perbincangan tentang tutup rambut dan bersalaman dengan bukan muhrim?


message 30: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Ada. Tapi yg kata tak perlu tutup rambut etc etc sering di longgok ke dalam golongan 'Liberal Muslim'.


message 31: by Nazmi, Editor Sastera Berita Harian (BH), cerpenis dan novelis (new)

Nazmi Yaakub | 2158 comments Mod
Khairul H. wrote: "Ada. Tapi yg kata tak perlu tutup rambut etc etc sering di longgok ke dalam golongan 'Liberal Muslim'."

termasuk yg kata sebenar2nya aurat itu adalah takwa. tutup aurat badan tak penting.

nanti kita jumpa org telanjang yg beriman! kah kah kah

ops.. saja mencelah :)


message 32: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2812 comments Mod
Khairul H. wrote: "Saya rasa itu bukan lebih bermoral tapi kebebasan mengikut fahaman Barat."

Justice, freedom, etc falls under moral philosophy if I'm not mistaken


message 33: by Najibah, Pustakawan di bumi Tuhan (new)

Najibah Bakar (najabakar) | 2812 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Bukan ke scholar Muslim pun masih ada perbincangan tentang tutup rambut dan bersalaman dengan bukan muhrim?"

Ini kena bincang panjang lebar bila baca buku mengenai ini. Balik semula ke Half the Sky, saya nak jawab soalan pertama Faizah:

Walaupun tahu mengenai kesengsaraan wanita-wanita di Afrika, tetapi tidak seterperinci selepas membaca buku ni. Terutamanya mengenai fistula, sangat menyedihkan dan menyedarkan betapa bertuahnya kita dengan kelengkapan hospital sekarang, meskipun masih banyak boleh diperbaiki.

Buku ini sangat berjaya dari aspek ini kerana kisah-kisah tu akhirnya sampai kepada pembaca seperti saya yang tidak sedar mengenai sengsara Afrika.


message 34: by Faizah Roslaini (new)

Faizah Roslaini | 825 comments Mod
saya pun tak sedar Najibah. half the sky banyak membuka mata, selain bersyukur saya juga berpendapat 'jahat sungguh sesetengah manusia'


back to top

unread topics | mark unread