Goodreads Malaysia discussion

66 views
Lain-lain > adakah pelajar di Malaysia terlalu stress?

Comments (showing 1-41 of 41) (41 new)    post a comment »
dateDown arrow    newest »

message 1: by Lolliepop (new)

Lolliepop (Lolliepoplurve95) | 246 comments assalamualaikum..
hm..bagaimana harus dimulakan...begini, tajuk discussion ini merupakan motion untuk practice debate saya..jadi, jika boleh, sudi2kanlah menyumbang idea...tidak kisahlah anda mahu menyokong atau membangkang..apa salahnya berbincang2 berkongsi ilmu setelah berjam2 membaca,kan?..

terima kasih


message 2: by Ardent (new)

Ardent (ardentimagina) | 9 comments i don't find malaysian students are that stressful comparing to (let say) japan. i would considered to be more relaxed in terms of the flow of getting education.

but, the hectic and impulse decisions made by the govt on imposing 'rules' can be stressful for students, parents and teachers. we get so caught on the country's development (or other reasons or so you may add), that we forget the kids' IQ, EQ, SQ growth and needs! (sorry emo kejap).

BTW,
what kind of stress do you mean anyway? (HAHA!). this is only one pov from one perspectives. hope the idea helps!


message 3: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Pelajar yang dimaksudkan itu pelajar universiti atau pelajar sekolah?

Rasanya di Malaysia ni yang stress adalah cikgu-cikgu sekolah, bukan pelajarnya :)


message 4: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Xara_fatima wrote: "Rasanya di Malaysia ni yang stress adalah cikgu-cikgu sekolah, bukan pelajarnya :)"

Yo!


message 5: by Nurul (last edited Feb 24, 2011 05:57AM) (new)

Nurul (NurulHidayahYahya) | 232 comments Ardent wrote: "i don't find malaysian students are that stressful comparing to (let say) japan. i would considered to be more relaxed in terms of the flow of getting education.

but, the hectic and impulse decisi..."


For university students, i do think that malaysian students are stressed, reason : too many credits. Compared to fellow friends that are studying in US or Europe, they are far more relaxed and and have more time to educate themselves out of the classroom.

Anyway, hearing stories from fellow Malaysians who are studying in Japan, i have to agree Japanese education system/study lifestyle is the most stressful among all. One of my lecturer had to wake up as early as 5.00 am just to ride the train to his university and returned back home as late as 10.00 pm everyday.

My judgement might not apply to all though, since i have been comparing few persons. Every student is surely entitled to their own story of tragic drama and hardship to finish 4 years ( in my case, 6 years) of degree.


message 6: by Lolliepop (new)

Lolliepop (Lolliepoplurve95) | 246 comments Xara_fatima wrote: "Pelajar yang dimaksudkan itu pelajar universiti atau pelajar sekolah?

Rasanya di Malaysia ni yang stress adalah cikgu-cikgu sekolah, bukan pelajarnya :)"


pelajar yg dimaksudkan ialah pelajar sekolah shj...cikgu2 sekolah memang stress pun..saya tengok mak saya memang kadang2 stress skit..tapi selalunya saya yang stress..hah..


message 7: by Lolliepop (new)

Lolliepop (Lolliepoplurve95) | 246 comments bagi saya pelajar sekolah di malaysia tidaklah terlalu stress sangat..apa perkara di Jepun yang membuatkan pelajar mereka stress???


message 8: by Asyraf (new)

Asyraf A | 3 comments Saya adalah pelajar di Univ. of Toronto, Canada. Dan jika dibandingkan dengan pelajar di Malaysia dan Canada, di Canada memang pelajarnya semua all-out kalau time bermulanya semester sampailah akhirnya semester. Sampai tak tidur malam buat projek, assignment dan sbginya. Namun, saya hanya dapat observe pelajar di dalam jurusan Kejuruteraan. Dan pendapat ini agak bias sebab saya tak pernah lagi ambil ijazah di universiti di Malaysia. Tapi entahlah, tengok kawan kat malaysia rilek je =D


message 9: by Nisah (new)

Nisah Haron | 145 comments Stress atau tidak bergantung kepada pelajar itu sendiri dan bagaimana dia menguruskan masanya. Kebanyakan pelajar jadi stress kerana mereka suka buat kerja pada saat-saat akhir. Itu yang menjadikan stress. Mereka memilih untuk bersenang-lenang dulu dan kemudian baru nak tunggang-langgang study.

Pengalaman saya di Fakulti Undang-undang UKM, walaupun ada banyak buku yang mesti ditelaah, beribu kes untuk dibaca, saya tidak berasa stress malah, zaman di universiti merupakan zaman yang paling saya enjoy berbanding zaman sekolah dan zaman sudah bekerja.


message 10: by Ardent (new)

Ardent (ardentimagina) | 9 comments as a developing nation, the govt emphasizes on the importance of science and technology in the education. they focus more on grades and achievements. that put a lot of stress for the kids, as they always have to give great efforts in order to gain great achievements. and not all have that ability.

some kids needs more attentiveness according to psychological level (such as dyslexia). there's lack of understanding in that department.

of course, 'mentality' and 'system' can causes great stress. some kids don't have much choice but to go with the flow and suffered for it. They do as what they're told. "this is good for you in the future". the choice was made for them.

Don't you (or anyone else) have that experienced? I was lucky that i choose to pursue what i want at an early age. i know where i want to go. i'm not stressful on my way there. and syukur that i have the support i needed.

(i suggest you try and watch a malaysian independent movie 'GADOH'. It's banned and it's on youtube and forward to the ending scene. Btw just watched the whole movie lah)

p/s: again, hoped this help!


message 11: by cikyah75 (new)

cikyah75 | 232 comments Nisah wrote: "Stress atau tidak bergantung kepada pelajar itu sendiri dan bagaimana dia menguruskan masanya. Kebanyakan pelajar jadi stress kerana mereka suka buat kerja pada saat-saat akhir. Itu yang menjadikan..."

Sebagai guru, saya sangat setuju dengan Puan Nisah. Tabiat menangguh-nagguhkan kerja ini, kalau sudah dibiasakan sejak DARJAH SATU lagi, akan berlanjutan hingga dewasa. Bila perlu buat 4, 5 kerja dalam satu-satu masa, pasti akan stress. Memang benar, belajar lebih seronok kerana anda berurusan dengan diri sendiri sahaja, belajar dan siapkan tugasan tetapi,bekerja, anda terlibat dengan pelbagai pihak dan tentunya pelbagai kerenah, yang pastinya LEBIH STRESS!


message 12: by cikyah75 (new)

cikyah75 | 232 comments Khairul H. wrote: "Xara_fatima wrote: "Rasanya di Malaysia ni yang stress adalah cikgu-cikgu sekolah, bukan pelajarnya :)"

Yo!"


hehehe...Pak Incik KH yang sebenarnya lebih stress keran beristerikan seorang guru yang masanya lebih banyak di sekolah berbanding di rumah!


message 13: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1254 comments Mod
Alhamdulillah saya tak pilih jadi guru dulu..hi..hi..saya fikir guru tu kerjanya tak habis, di sekolah & di rumah pun bawa balik lagi kerja2 sekolah (atau ini sebab kes tangguh kerja juga/ Wallahua'lam).

Kalau pelajar sekolah, saya setuju yang pelajar kita stress, sejak darjah 1, kerja sekolah yang dibekalkan guru, boleh tahan banyaknya, & kami memang suruh anak2 habiskan pada hari yang sama sebab dah tahu, esok akan ada tambahan kerja baru. Yang kesiannya, mereka sekolah hingga jam 5.45 petang (sekolah agama). Balik rumah dah penat, sebelum Maghrib dah terlelap. Terpaksa kejut juga untuk makan & buat kerja sekolah. Yang nak UPSR, lagi banyak kerja yang dibekalkan.

Saya cuba faham, tujuan membekalkan kerja sekolah adalah supaya mereka mengulangkaji secara tidak langsung. tapi bila semua subjek ada kerja sekolah hingga berhelai2 muka surat, saya yang mengajarkan dia buat kerja sekolah pun terasa letih & tak boleh nak buat kerja lain. Maknya pun stress macam ni.

Ada keluarga terdekat yang pernah tinggal di Australia, di sana lebih santai, dari cara berpakaian hinggalah cara belajar.


message 14: by Xara_fatima (new)

Xara_fatima | 255 comments Pada pendapat saya, tahap stress pelajar sekolah itu bergantung kepada persekitaran dan sekolahnya. Jika sekolah yang mementingkan kecemerlangan seperti SBP, SBT dll, kemungkinan pelajar akan lebih stress kerana persaingan yang sangat hebat di antara rakan sebaya. Tidak termasuk kerja sekolah yang melambak-lambak dibekalkan guru.

Kalau ikut pengalaman zaman sekolah dulu, stress oo... dapat agregat 12 masa spm (zaman last pakai agregat) tapi dapat nombor 150 daripada 200 pelajar. Tiap kali periksa dapat nombor corot dalam kelas. Sob.. sob..


message 15: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Lolliepop wrote: "bagi saya pelajar sekolah di malaysia tidaklah terlalu stress sangat..apa perkara di Jepun yang membuatkan pelajar mereka stress???"

Jepun dan Korea Selatan mempunyai ramai pelajar sekolah yg stress hingga ada yg bunuh diri. Ada yg bunuh diri sebab dibuli tapi ramai yg bunuh diri sebab tak tahan asyik belajar pagi petang siang malam sejak kecil hingga sekolah menengah. Di Jepun ada 'cram schools' (kalau tak silap itulah namanya) yg seperti kelas tuisyen di M'sia cuma ia lebih intensif, sebab itu dipanggil 'cram school' sebab murid2 'cram' sebanyak mana fakta yg boleh masuk dlm otak sebelum periksa. Matlamatnya adalah untuk memastikan mereka lulus periksa dgn markah tinggi dan berhak masuk ke Universiti tahap kelas satu.

Saya rasa 'cram school' ni tak wajib tapi ramai ibubapa Jepun daftar anak2 mereka sebab jiran sebelah pun daftar anak mereka ke 'cram school'. Kalau En. Yamashita sebelah rumah hantar anak dia, aku pun nak hantar anak aku ke sekolah cramming ni. Betul tak?

Malangnya, ramai pelajar yg tak tahan dgn tekanan mental ini hingga sanggup bunuh diri.


message 16: by Lolliepop (new)

Lolliepop (Lolliepoplurve95) | 246 comments Khairul H. wrote: "Lolliepop wrote: "bagi saya pelajar sekolah di malaysia tidaklah terlalu stress sangat..apa perkara di Jepun yang membuatkan pelajar mereka stress???"

Jepun dan Korea Selatan mempunyai ramai pelaj..."


oh..cram school...macam ganas je bunyi..dengan cara macam tu, boleh luluskah? rasa macam lagi banyak yang gagal saja..

sama la macam di Malaysia..jiran sebelah daftar anak masuk kelas tuisyen, aku pun nak hantar anak pergi kelas tuisyen...


message 17: by Lolliepop (new)

Lolliepop (Lolliepoplurve95) | 246 comments Xara_fatima wrote: "Pada pendapat saya, tahap stress pelajar sekolah itu bergantung kepada persekitaran dan sekolahnya. Jika sekolah yang mementingkan kecemerlangan seperti SBP, SBT dll, kemungkinan pelajar akan lebih..."

betul..saya sangat setuju!! sebabnya, sekolah saya bolehlah dikatakan sangat mementingkan kecemerlangan disebabkan 'title'nya..maka pelajar2 di sini agak tertekan sebab menjadi harapan untuk memastikan gred purata sekolah tidak merosot!


message 18: by Lolliepop (new)

Lolliepop (Lolliepoplurve95) | 246 comments suka menangguh kerja memang satu masalah yang datang dari pelajar itu sendiri..tapi, ada yang memang prefer kumpul kerja bnyak2, pastu terus buat sekali gus..idea bnyak, katanya..


message 19: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 855 comments Mod
Banyak perkara bergantung pada minat. Belajar adalah salah satu daripadanya.
1. Kalau minat sesuatu subjek, walaupun banyak kerja sekolah yang diberi oleh guru, pelajar tetap akan berasa seronok.
2. Kalau tak minat sesuatu subjek dan tak faham pula tu, kerja sekolah banyak atau sikit pun pelajar akan tetap stress juga.

Macam-macam cara nak tumbuhkan minat, tapi yang paling penting ialah pengaruh ibu bapa dan adik-beradik yang tua (jika ada). Kalau ibu bapa sangat keras dalam mencorakkan minat anak sehingga bertentangan dengan kecenderungan sebenar anak itu sendiri, anak itu berkemungkinan akan menjadi stress.

Sistem pelajaran kita memang menekankan berapa banyak A boleh diraih oleh setiap pelajar. Kita kurang tekankan kreativiti, sehinggakan pelajar yang memang bakat dan kecenderungannya bukan aliran sains (yakni aliran sastera), akan dianggap sebagai pelajar aliran kelas kedua. Itu pun boleh buat stress woo!


message 20: by Ariffah (new)

Ariffah 9 (Ariffah9) | 26 comments Bunnybaby wrote: "Banyak perkara bergantung pada minat. Belajar adalah salah satu daripadanya.
1. Kalau minat sesuatu subjek, walaupun banyak kerja sekolah yang diberi oleh guru, pelajar tetap akan berasa seronok.
..."


totally agreed!


message 21: by Deviki (new)

Deviki | 180 comments For me of course comparing to Japanese and other country students but Malaysian student do not stand out as the most stressed out kids in the world. But they are still stressed out no matter what. Our country and mostly Asian countries we press on the number of A(s) a student can get, these alone causes stress to kids especially those who are average and under achievers. Even those who score A(s) on normal basis tend to stress out to keep up their scoring performances. I think our country or Asian views of being smart is still based on books and A(s), not so much as being skilled at other stuff such as Art and skill. If you get 20 A's you are smart if you scared average but extremely good in art...not so much


message 22: by encik_kerani (new)

encik_kerani | 146 comments Deviki wrote: "For me of course comparing to Japanese and other country students but Malaysian student do not stand out as the most stressed out kids in the world. But they are still stressed out no matter what. ..."

Setuju. Saya juga menghadapi situasi sebegini baru-baru ini. Anak saudara saya memang saya kenal adalah seorang pengguna otak kanan. Dia lebih suka muzik, main gitar, melukis dan sebagainya, tetapi dipaksa oleh gurunya untuk ambil jurusan sains di sekolahnya atas alasan memenuhkan kuota sekolah. Sakit betul hati saya dibuatnya.


message 23: by cikyah75 (new)

cikyah75 | 232 comments encik_kerani wrote: "Deviki wrote: "For me of course comparing to Japanese and other country students but Malaysian student do not stand out as the most stressed out kids in the world. But they are still stressed out n..."

encik kerani, boleh saya tahu anak saudara encik kerani bersekolah di mana? kalau di sekolah saya pula, berebut-rebut nak ambil jurusan sains walaupun kadang2 keputusan tidak mengizinkan. jurusan sains atau sastera, tiada beza. yang penting, usaha dan minat. yelah, kalau semua nak jadi saintis, siapa pula nak menghasilkan sastera makanan minda dan jiwa kan?


message 24: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments CikYah oiii, kita nak jawap apa pada cikgu yang menyarankan, "I don't recommend your son go to Art stream because banyak budak yang nakal... (insert Manglish slang please)".

Nasib baik memang anak saya nak pegi Science, kalau tidak risau jugak saya nak masukkan dia dalam Arts. Tapi dari minggu pertama Form Four dah kena pegi tuition! Camne tu? Bukan kita dulu FormFour tu honeymoon gila...?


message 25: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Art stream best. Takde kimia, takde bio, takde Add Maths. Ada Geog., ada Sejarah, ada Perdagangan. Yay!

Tapi ada akauns. Boo! (tapi saya tak ambik subjek tu jadi selamat hehe)


message 26: by Nurul (new)

Nurul (NurulHidayahYahya) | 232 comments Waktu sekolah dulu saya stress kerana kehidupan asrama yang stress..


message 27: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments I dedulu memang dengki habis kat budak Arts. Glamer. Always the in-crowd. My best friend sampai laaa ni masih refer to them as "the beautiful people" (of which we were definitely not part of). Sigh. What high school will do to you... scarred sampai ke tua hahahaha


message 28: by cikyah75 (new)

cikyah75 | 232 comments Kataklicik wrote: "CikYah oiii, kita nak jawap apa pada cikgu yang menyarankan, "I don't recommend your son go to Art stream because banyak budak yang nakal... (insert Manglish slang please)".

Nasib baik memang an..."


Itu cikgu yang sungguh tidak cekap. Boleh nak tahu sekolah mana ya? hehehehe. Selalunya, kita akan berpandu kepada pencapaian PMR pelajar untuk tentukan layak atau tidak ke aliran sains tetapi, ini juga bergantung kepada gred purata sekolah. Di sekolah saya, untuk ke aliran sains tulen, pelajar perlu mendapat sekurang-kurangnya 6A dalam PMR. Untuk pelajar yang memperolehi 5A, layak juga ke aliran sains tetapi bukan sains tulen. Ada juga sekolah yang menawarkan kelas aliran sains tulen kepada pelajar yang memperolehi 4A sahaja kerana itulah keputusan terbaik di sekolah itu.

Walaubagaimanapun, ke kelas aliran sains bukanlah tiket untuk tentukan kejayaan di masa hadapan. Sekiranya pelajar sudah tahu hala tuju cita-cita mereka dan tahu aliran sastera lebih menjamin, tiada masalah mereka ke kelas sastera walaupun keputusan melayakkan mereka ke kelas sains. Mungkin sudah tiba masa kita ubah tanggapan bahawa pelajar aliran sains sudah menempah tiket awal untuk berjaya. Sepanjang pemerhatian saya, disebabkan tanggapan inilah, selalunya ibu bapa yang lebih beriya-iya mahukan anak ke aliran sains walaupun anak itu lebih layak berada di aliran sastera. Saya sendiri belajar di aliran sains tetapi akhirnya mengajar bahasa!


message 29: by Laili (new)

Laili (sitinurlaili_m) | 132 comments waktu sekolah dulu saya tak stress langsung. dari darjah satu sampai matrikulasi kerja saya main-main saja.

tapi bila samapi universiti, sayalah manusia paling stres, waktu tahun satu. sekarang bila dah mula nak masuk tahun tiga (tahun klinikal) saya dah kembali relaks macam dulu, cuma stres sekali sekala bila banyak kerja atau nak exam. the rest of the time, asyik main-main.

jadi streskah saya? hmmm, usually no, but occasionally yes.

hidup mesti gembira.:DD


message 30: by Gdiz (new)

Gdiz | 207 comments ramai juga ya cikgu-cikgu dalam goodreads ni...


message 31: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Sorang je cikgu, cikyah75 tu. Yg ramai pustakawan (librarian kata Omputih)


message 32: by Juliana Es (new)

Juliana Es (julianaes) | 855 comments Mod
Ya kah ramai pustakawan? Siapa? Najibah, Nor Azzah, dan Peesha saja rasanya.


message 33: by Bsplayer (new)

Bsplayer | 121 comments Sekarang yang bekerja pun banyak yang stress jugak kan??

S- Smile
T- Talking
R- Relax
E- Enjoy
E- Easily
S- Singing
....=)


message 34: by paloma (new)

paloma stress sebab asemen yang melambak-lambak. tambah-tambah projek tahun akhir yang ada masalah.


message 35: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Bunnybaby wrote: "Ya kah ramai pustakawan? Siapa? Najibah, Nor Azzah, dan Peesha saja rasanya."

Kataklicik, I think. Erm....you?


message 36: by Juliana Es (last edited Mar 15, 2011 06:30AM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 855 comments Mod
Khairul H. wrote: "Kataklicik, I think. Erm....you?"

HA! HA! HA! Kataklicik tu dulu lawyer la. And even though I'm working at a public library, I'm not a librarian maa (my specialty is in information system).

Rasanya cikgu di GRMY ni ada lebih daripada seorang. Puan Sri Rahayu Mohd Yusop - guru/penulis. Ada lagi kot.


message 37: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Memang I dulu lawyer. Laaaa ni full time homemaker. Tapi cita-cita dari kecik nak jadi librarian. That is, until I went and did my Masters in Library Science and nearly failed the cataloguing course. Sigh.


message 38: by Juliana Es (last edited Mar 15, 2011 06:29PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 855 comments Mod
Kataklicik wrote: "That is, until I went and did my Masters in Library Science and nearly failed the cataloguing course..."

So, you did finish your master's degree in Library Science? Whoa! TABIK SPRING!!!

Walaupun saya mencintai persekitaran kerja saya sekarang, saya masih lagi tak berminat mempelajari pengkatalogan. Oleh sebab itulah saya sambung pengajian dalam bidang yang adik-beradik dengan sains komputer.


message 39: by Kataklicik (new)

Kataklicik | 714 comments Hahaha not only did I finish my MLIS, I graduated with honours. Semua subject purata A (chewah! eksyen!). Except the cataloguing course. That one, dapat C. Muahahahahahaha


message 40: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments Khairul H. wrote: "Art stream best. Takde kimia, takde bio, takde Add Maths. Ada Geog., ada Sejarah, ada Perdagangan. Yay!

Tapi ada akauns. Boo! (tapi saya tak ambik subjek tu jadi selamat hehe)"


saya ambil AKAUN, geog, sejarah, add math dan perdagangan(wajib ambil). cuma kecewa sungguh kerana tak dibenarkan ambil fizik dan kimia.


message 41: by Siti (new)

Siti Rahmah | 174 comments tak rasa stress sepanjang saya belajar. sebab saya belajar apa yang saya minat. dari sekolah saya dah tetapkan hala tuju apa yang saya nak ambil, sekolah mana saya nak, dan U mana saya nak belajar. (nampak mcm bercita2 tinggi je). Alhamdulillah semua tu saya dapat walaupun ada beberapa perkara saya terpaksa ketepikan kehendak mak ayah saya.

Bila belajar saya rasa seronok dan berusaha bersungguh2 sebab saya tahu saya bukan pelajar yang cerdik sangat pun. Tapi saya tahu saya boleh dan ada jati diri sendiri. Bila masuk U pun saya belajar bagai nak rak juga lah. Buat assignment macam orang lain, busy tapi masih ada waktu untuk aktiviti persatuan (sebab saya tau saya bukan jenis yang banyak kawan pun.

Saya rasa sedikit stress bila di U keputusan saya boleh dikategorikan sebagai teruk. Saya gandakan usaha tp bila ada pensyarah cakap "result yang bagus belum menjamin kamu mendapat kerja yang bagus kalau tak ada jati diri". Jadi saya terus belajar bersungguh dan akhirnya grad dgn pointer yg "buleh la" (bg saya teruk).

tp memegang kata2 pensyarah saya tu, akhirnya saya dapat kerja yang saya nak sangat(Alhamdulillah..apa yang saya nak dari kecil tercapai).

sebenarnya samada kita stress atau tidak bergantung pada diri kita sendiri untuk menguruskannya. pelajar patut digalakkan untuk mengambil mata pelajaran yg mereka suka. sekolah pun jangan la asyik nak keputusan bagus tapi dalaman pelajar tak seimbang (ada kes pelajar bunuh diri sebab result tak bagus kan!!)


back to top

unread topics | mark unread