Goodreads Malaysia discussion

112 views
Makan Buku, Minum Buku... > Buku sebagai hadiah perkahwinan

Comments (showing 1-50 of 59) (59 new)    post a comment »

message 1: by Juliana Es (last edited Jan 11, 2011 09:01PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 853 comments Mungkin trend menghadiahkan buku antara hantaran perkahwinan belum begitu meluas lagi di Malaysia, namun ia sudah pun dimulakan dan dilaksanakan.

Selain sebagai hadiah hantaran, buku juga ideal dihadiahkan kepada rakan/saudara/jiran yang bakal membina rumahtangga. Jadi, pada pandangan anda sebagai pencinta buku, apakah judul-judul yang sesuai dihadiahkan kepada mempelai?

Antara judul cadangan saya:

1. Indahnya Hidup Bersyariat (Ustaz Ismail Kamus, Telaga Biru)

2. Al-Maqasid - Nawawi's Manual of Islam (Translation by Nuh Ha Mim Keller, Amana Publications)

3. Fahamilah Perasaanku - 30 Luahan Perasaan Suami (Datuk Dr Hassan Ali, PTS)

4. Pikatlah Hatiku - 30 Bisikan Hati Isteri (Datuk Dr Hassan Ali, PTS)

5. Formula Solat Sempurna (Ustaz Zaharuddin Abdul Rahman, Telaga Biru, juga terdapat dalam edisi Bahasa Inggeris)


message 2: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 905 comments Mod
Tentunya siri2 ATN oleh Ustaz Hasrizal.


message 4: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1128 comments Mod
Dah lama juga saya amalkan beri buku sebagai hadiah perkahwinan ni, kalau tak silap sejak awal tahun 2000, tapi saya tak bagi buku saja (sebab ada orang tak minat baca buku), jadi saya sampulkan buku bersama hadiah iringan yang lain.

Kalau dulu, antara buku yang saya suka hadiahkan adalah buku2 tulisan Abd Jalil Ali, tapi sekarang ini buku2 Hasrizal Abdul Jamil - seperti kata Tok Mudin dan buku Pahrol Mohd Juoi.


message 5: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 905 comments Mod
Naimisa wrote: "Qurratul 'Uyun: http://www.esastera.com/kedai/kedai-e..."

Tuan Naimisa, bagi hadioh ko ambolah buku tu... boleh? :D


Hilman | 492 comments Ok, nanti nak kahwin saya bagitau rakan2 di GR-MY ni...
agak agak buku ape yang saya dapat ye...(buku 5)


Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Buku psikologi yang agak liberal, simple, sume orang laki bini tak kire muslim atau non muslim blh bca. Mesti sume readers dah bace, atau pernah dgr, saya bukan huge fans buku ni sbb xkahwen lagi, dan bujang lg. terbaca msa pernah duk di alam percintaan suatu masa dlu... Men Are from Mars, Women Are from Venus


message 8: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1128 comments Mod
Afiq wrote: "Buku psikologi yang agak liberal, simple, sume orang laki bini tak kire muslim atau non muslim blh bca. Mesti sume readers dah bace, atau pernah dgr, saya bukan huge fans buku ni sbb xkahwen lagi, ..."

Ya, ini hadiah dari kawan sempena perkahwinan saya dulu.


Aina Dayana Hilmi | 364 comments Assalamualaikum,
Ya, trend ni belum meluas. Teringat dulu, suami bagi hantaran buku :)

Selain judul yang rakan-rakan sudah sebut, saya selalu juga hadiahkan I Love You Too terbitan Galeri Ilmu. Tak ingat penulis.. Hj Bad kot..

Buku siri Life is an Open Secret Sis Zabrina pun ok. Ada dalam BI dan BM. Biasanya saya lihat dulu siapa yang saya nak beri. Bukan semua minat membaca.


Nisah Haron | 145 comments Senaskhah Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Bukunya tebal, lengkap dan elok dibaca oleh bakal ibu sebelum dia menjadi isteri dan ibu. Penjagaan kesihatan sebagai ibu bukannya bermula hanya setelah dia hamil.

http://www.ujanailmu.com.my/pd_ensikl...


Fariza | 722 comments Buku dakwah corner pun sesuai jadi hadiah.. tapi lupa tajuk..


Muhammad Fakhruddin (faka91) | 13 comments Afiq wrote: "Buku psikologi yang agak liberal, simple, sume orang laki bini tak kire muslim atau non muslim blh bca. Mesti sume readers dah bace, atau pernah dgr, saya bukan huge fans buku ni sbb xkahwen lagi, ..."

Sekadar menambah,mungkin juga buku The Five Love Languages karya Dr. Gary Chapman


message 13: by Juliana Es (last edited Jan 12, 2011 05:01PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 853 comments Nisah wrote: "Senaskhah Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Bukunya tebal, lengkap dan elok dibaca oleh bakal ibu sebelum dia menjadi isteri dan ibu. Penjagaan kesihatan sebagai ibu bukannya bermula hanya setelah dia hamil."

Suatu masa dulu, saya tergerak nak hadiahkan buku ini kepada kakak ipar, tapi masa tu memang dia dah hamil anak kedua pun. Tapi saya teragak-agak, kerana takut macam sindir pula (kerana sikapnya yang memang tak berapa kisahkan pantang-larang perbidanan Melayu). Akhirnya saya simpan buku ini sebagai koleksi peribadi sahaja.


message 14: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 905 comments Mod
Nisah wrote: "Senaskhah Ensiklopedia Perbidanan Melayu. Bukunya tebal, lengkap dan elok dibaca oleh bakal ibu sebelum dia menjadi isteri dan ibu. Penjagaan kesihatan sebagai ibu bukannya bermula hanya setelah di..."

Saya hadiahkan kepada isteri buku ini sempena ulangtahun perkahwinan. :)


`aqilah (aqilahazahari) | 48 comments Hilman wrote: "Ok, nanti nak kahwin saya bagitau rakan2 di GR-MY ni...
agak agak buku ape yang saya dapat ye...(buku 5)"


saya pun nak hebahkan la nanti...tarikh dan alamat..hehehe..senang nak pos buku...hahahah


message 16: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Hilman wrote: "Ok, nanti nak kahwin saya bagitau rakan2 di GR-MY ni...
agak agak buku ape yang saya dapat ye...(buku 5)"




The Complete Kama Sutra   The First Unabridged Modern Translation of the Classic Indian Text by Mallanāga Vātsyāyana The Complete Kama Sutra : The First Unabridged Modern Translation of the Classic Indian Text


Hilman | 492 comments Khairul H. wrote: "Hilman wrote: "Ok, nanti nak kahwin saya bagitau rakan2 di GR-MY ni...
agak agak buku ape yang saya dapat ye...(buku 5)"



[bookcover:The Complete Kama Sutra : The First Unabridged Modern Translat..."


ok...


Afiq Asyran (afiqasyran) | 69 comments Khairul H. wrote: "Hilman wrote: "Ok, nanti nak kahwin saya bagitau rakan2 di GR-MY ni...
agak agak buku ape yang saya dapat ye...(buku 5)"



[bookcover:The Complete Kama Sutra : The First Unabridged Modern Translat..."


^+100 like


Juliana Es (julianaes) | 853 comments Hmmph! Dasar lelaki!


Bsplayer | 121 comments hah hah..


Nazmi Yaakub | 1438 comments Mod
boleh tak masuk buku ni... Arabic Kamasutra

kira lebih baik lah sbb bg ilmu dr sudut fiqh juga selain teknik2 dan posisi2... opss....


message 22: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Ada ke buku ni? Mesti baca....er, untuk research.


Naimisa | 65 comments Nazmi, cadangan itu kurang baik. Itik pun tidak diajar bagaimana ia harus berenang. Tahu-tahu jumpa air, terus dia pandai berenang. :D


Naimisa | 65 comments Najmuddin wrote: "
Tuan Naimisa, bagi hadioh ko ambolah buku tu... boleh? :D "


Salam Tok Mudin, kawe boleh bagi kalau demo baru kawen. Doh ado anok doh, kawe takboh beri lah...


Nazmi Yaakub | 1438 comments Mod
Naimisa wrote: "Nazmi, cadangan itu kurang baik. Itik pun tidak diajar bagaimana ia harus berenang. Tahu-tahu jumpa air, terus dia pandai berenang. :D"

kalau itik, bukan saja tak payah nak ajar berenang, "berjantan" pun tak payah diajar :)

sbb manusia, kena ajar semua benda dari pekerjaan paling tak suka kpd perbuatan yg disukai :)


fahmee (gorgom22) | 39 comments saya nak LIKE.. ala2 FB


Faizah Roslaini | 825 comments Arabic karmasutra tu sama ke dengan Permata Yang Hilang?

Saya pernah bagi buku Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi pada dua tiga orang juga sebab dia ada amalan ibu mengandung dan himpunan nama nama sekali. Himpunan nama2 tu ok tp ada sikitlah 'fail'.

Uztaz Pahrol dgn Hasrizal tu adalah juga.

Bagaimana dengan buku-buku resepi? Saya memang lepas nikah baru banyak memasak. Sebelum itu memang hampeh. Iya lah kalau nak pelepas satu perut saja buat apa nak beria, betul?

Adik2 saya bagi buku ini pada saya sebagai hadiah dulu. OK juga.

Air Tangan Tengku Puan Pahang  Masakan Tradisional Pahang  by Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar


message 28: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Mengapa himpunan nama2 buku tu 'fail'?


Juliana Es (julianaes) | 853 comments @ Khairul
Maksudnya, dah terkeluar topik ke, ataupun senarainya terputus-putus, atau yang bagaimana?


message 30: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (last edited Jan 18, 2011 08:16PM) (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Was referring to Faizah's comment. She said that book's list of baby names failed in her opinion. Wanted to know why.


Nazmi Yaakub | 1438 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Arabic karmasutra tu sama ke dengan Permata Yang Hilang?

Saya pernah bagi buku Amalan Ketika Mengandung & Setelah Bersalin serta Panduan Menamakan Bayi pada dua tiga orang juga seb..."


arabic kamasutra, buku terjemahan dari kitab dlm bahasa arab. terbitan dan dijual di indonesia yang saya beli ketika ada program di Jakarta. saya beli di toko buku gramedia.

nanti saya baca sekali lagi dan buat review.


Faizah Roslaini | 825 comments Khairul H. wrote: "Mengapa himpunan nama2 buku tu 'fail'?"

Senarai itu OK ada banyak nama nama yang sedap. But unfortunately a number of them disebutkan maksudnya dalam Melayu sebagai 'nisbah'. Bukan satu dua. Saya suspect dia tak jumpa dalam dictionary atau poor editing. Wallahualam.

Yang lain-lain OK.


message 33: by Hilman (last edited Jan 22, 2011 02:34AM) (new)

Hilman | 492 comments Let's Learn Our Islam
24 Hours in the Life of a Muslim
The Rights and Duties of Woman in Islam
A Chain of Miracles
An Index to the Quran
Deep Thinking
The Design in Nature
For Men of Understanding
The Importance of Conscience in tha Quran
The Moral Value of the Quran
Romanticism: A Weapon of Satan
Solution: The Value of the Quran
Maryam: An Exemplary Muslim Woman
[1.8]

**sesiapa yang faham tolong jangan gelak ye...**


Nazmi Yaakub | 1438 comments Mod
romanticism: a weapon of satan tu, romantiscm tu falsafah seni atau "hedonisme" sebenarnya?


Juliana Es (julianaes) | 853 comments Nazmi wrote: "romanticism: a weapon of satan tu, romantiscm tu falsafah seni atau "hedonisme" sebenarnya?"

Baru nak tanya soalan yang lebih kurang serupa.

@ Hilman
Apa salahnya romanticism kalau ia diwujudkan antara suami isteri? Mengapa dikatakan ia senjata syaitan? Since you recommend this book, I assume you've read it. Kongsilah ceritanya sikit di sini.


Hilman | 492 comments Ops, lupa nak tulis kat atas tu...senarai tu bukan hanya untuk hadiah perkahwinan, juga untuk hantaran meminang...kalau tak boleh nak selit kat sini, nanti saya buka thread lain untuk hantaran meminang pulak...(macam rajin je aku nak buka)

Ala, BB tanya direct pulak...sebenarnya saya dah letak reference(yg tersembunyi) kat atas tu...

mmm, ape maksud falsafah seni? apa pula maksud "hedonisme"?


message 37: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Hedonisme = enjoy life to the fullest without worrying about the consequences.

Contohnya, seks bebas adalah cara hidup seorang hedonis.


Nazmi Yaakub | 1438 comments Mod
Hilman wrote: "Ops, lupa nak tulis kat atas tu...senarai tu bukan hanya untuk hadiah perkahwinan, juga untuk hantaran meminang...kalau tak boleh nak selit kat sini, nanti saya buka thread lain untuk hantaran memi..."

romantisme tu salah satu aliran dlm seni yg muncul pd abad2 yg lalu. tapi mana tau kalau romantisme yg digunakan utk judul dan isi buku tu lebih merujuk kpd budaya hedonisme atau "coupling" dlm pemahaman masyarakat umum.


Hilman | 492 comments TQ En Khairul and Tuan Nazmi...

Semalam saya ada juga terbaca di Wikipedia(kalau tak silap) pasal romantisme pada abad ke 18 rasanya ketika revolusi perindustrian(betul ke tak aku sebut ni)...tak sangka pulak Tuan Nazmi mahir bab ni...dan tak sangka pula ada kisah di sebalik romanticism...

Buku buku di atas(message 33) kesemuanya buku Harun Yahya(kecuali 1 buku) yang dicadangkan oleh penulis [1.8]...manakala buku "Romanticism: A Weapon of Satan" pula bukan sekadar hubungan sesama manusia sahaja...

**rasanya semua kat sini sudah tahu yang buku buku Harun Yahya boleh di "download"(eBook)...


Damaisuria | 15 comments Buku sebagai hadiah perkahwinan relatifnya masih belum meluas di kalangan rakyat Malaysia. Tapi, saya ada mencubanya dan pernah menghadiahkan kepada kengkawan saya yg akan menjadi raja sehari. Saya pernah ditertawa oleh tukang pembalut buku (melayu) di pasaraya kerana menghadiahkan buku sebagai hadiah perkahwinan. Baginya mungkin suatu yg jelek atau perkara tidak berlaku dlm masyarakat kita. Rupa-rupanya mentaliti masyarakat kita masih rendah.

Bagi pandangan saya, sebenar buku yg dihadiahkan kpd pasangan pengantin mempunyai maknanya tersendiri seperti i. Menggalakkan mereka minat membaca dlm berkeluarga, ii. memotivasi pasangan seperti apa yg terkandung dlm buku.

Itu pada pandangan saya. Saya dah pernah hadiah Mushaf Al Quran, buku mengenai rumahtangga & buku motivasi kepada pasangan yg berkahwin. Dan insya-Allah, saya tetap akan lakukannya lagi!


Nisah Haron | 145 comments Saya pernah sisipkan kritikan terhadap masyarakat yang suka benar beri pinggan, cawan dan mangkuk sebagai hadiah pengantin dalam novel Lentera Mustika. Macamlah pengantin nak buka kedai makan selepas mereka kahwin. Saya tahu hadiah itu tanda ingatan yang berpanjangan dan ikhlas daripada pemberinya. Tapi, kalau dah berpinggan berset-set dan cawan berset-set, selepas 11 tahun kahwin dan 5 orang anak, masih ada banyak set pinggan mangkuk yang tidak disentuh langsung - sebab pinggan yang sedia ada tak pecah-pecah. :-)


Nazmi Yaakub | 1438 comments Mod
Damaisuria wrote: "Buku sebagai hadiah perkahwinan relatifnya masih belum meluas di kalangan rakyat Malaysia. Tapi, saya ada mencubanya dan pernah menghadiahkan kepada kengkawan saya yg akan menjadi raja sehari. Saya..."

nantilah saya cuba... opss....


Juliana Es (julianaes) | 853 comments Sebenarnya saya sendiri pun akan tengok juga kepada siapa buku itu hendak dihadiahkan. Seringkali juga berada dalam dilema. Nak bagi tapi teragak-agak kalau tahu dia jenis yang tak suka membaca. Tak nak bagi tapi terfikir pula, mungkin dengan berikan buku ini sebagai hadiah, dia akan berubah menjadi seorang yang suka membaca. Hmm!


message 44: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Sering terfikir tapi belum pernah buat. Sama macam Bunnybaby, kalau hadiahkan pada yg tak membaca buang duit je. Tapi mana tau kan? Lagi pun unik (di Malaysia). Org lain bagi pinggan, toaster, frame gambar, kita bagi buku.

Tapi nanti bila bagi buku agama macam Indahnya Hidup Bersyariat, pengantin kata menyindir le pulak. Ish! Susah le org Melayu ni. Itu salah ini salah. Alih-alih, saya bagi duit je. Habih cerita.


Fariza | 722 comments Tapi sekarang trend bagi Indahnya Hidup Bersyariat sebagai hantaran.. dua tiga orang kawan saya yang baru kahwin ramai yang jadikan buku ni sebagai salah satu barang hantaran.

So, tak boleh nak jadi hadiah juga sebab dah ada sebagai hantaran..


message 46: by Aidura (last edited Feb 09, 2011 07:51PM) (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Untuk makluman, kompilasi trilogi Aku Terima Nikahnya (Edisi Istimewa) oleh Ustaz Hasrizal Abdul Jamil telahpun dijilidkan dalam bentuk Hardcover, harga rm55.

Beli 1 dapat 3. Mai beli, mai beli. Mai chek maiii...


Fadilah Tahir (fazdy_dz) | 1 comments Khairul H. wrote: "Sering terfikir tapi belum pernah buat. Sama macam Bunnybaby, kalau hadiahkan pada yg tak membaca buang duit je. Tapi mana tau kan? Lagi pun unik (di Malaysia). Org lain bagi pinggan, toaster, fram..."

kita jangan fikir orang xbaca.. kita mesti fikir, orang tu mesti baca, sbb ia kan hadiah.. mesti org suka.
kalau diorang baca, ngan kita sekali dapat pahala kalau ilmu tu dimanfaatkan


message 48: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (last edited Feb 10, 2011 05:39AM) (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Nak buat camana, Fadilah. Saya seorang pesimis.


message 49: by Aidura (last edited Feb 10, 2011 05:00PM) (new)

Aidura (sofira) | 1472 comments Khairul H. wrote: "Nak buat camana, Fadilah. Saya seorang pesimis."

KH memang seorang yg lurus. Direct to the point. :D


message 50: by Juliana Es (last edited Feb 10, 2011 06:53PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 853 comments Khairul H. wrote: "Nak buat camana, Fadilah. Saya seorang pesimis."

Saya pula seorang yang pemilih (dan ada sikit pesimis la juga). Baru-baru ni ada kawan kelas yang melangsungkan perkahwinan. Saya memang dah merancang dalam kepala buku apa yang nak dihadiahkan (yang menjadi pencetus thread ini). Akhirnya tak jadi beli buku itu atas sebab-sebab tertentu (panjang ceritanya).

Kalau ada di antara mana-mana rakan saya sama macam kita semua - mencintai buku sepenuh jiwa - saya tak kisah nak pinjamkan buku - malah kalau dia pinjam lama sampai nak ambil terus (kerana suka sangat dengan buku saya tu) pun tak mengapa. Saya bahagia dapat berkongsi keseronokan membaca. Tapi kalau saya tahu kawan itu memang tiada potensi nak membaca (setelah lama mengenalinya), hmm, saya pun bertukar jadi pesimis macam Khairul jualah.


« previous 1
back to top