Goodreads Malaysia discussion

589 views
Kedai Buku > Kedai buku kegemaran?

Comments (showing 1-50 of 91) (91 new)    post a comment »

Kataklicik | 714 comments Ehem, nak tanya la, 'kat mana kedai buku favourite anda?

Saya ni terus-terang aje lah - paling cheapskate bab-bab membeli buku ni (tapi masih ingin buku yang bagus-bagus belaka!). Saya tunggu warehouse sale, clearance sale, great malaysia sale... macam-macamlah.

PayLessBooks clearance paling banyak saya kunjungi - sebab harga murah! Tapi tak dapatlah buku-buku terkini, dan takde lah buku-buku Melayu.

Asal dapat 'feed the habit' atau lepaskan gian membaca!

Your favourite bookstore?




Juliana Es (julianaes) | 853 comments Mod
Kalau nak cari kedai buku yang menjual buku Melayu pada harga yang murah, memang agak susah. Tapikan, ada orang kata, kat Kompleks Wilayah tu ada Pustaka Antara, dan banyak juga bukunya yang well priced. Mungkin buku lama ke, buku baru ke, I pun tak pernah pegi. Selalunya order je dari library supplier.

Pernah pegi ke AMcorp Mall? Di situ ada kedai buku yang bagus, namanya BookXcess. Rasanya di tingkat teratas. Di samping BookXcess, ada kedai buku lain seperti Popular, dan Payless Books. Jadi, apa istimewanya BookXcess ni? Buku-bukunya semua buku baru, tapi, harganya - WOOOOOOOOOOIII, mengalahkan Payless (pada masa-masa biasalah, bukan masa Payless buat warehouse sale). Buku untuk bebudak kecik pun banyak, untuk kategori 'young readers' (termasuk remaja dan awal remaja).

Cuma yang lecehnya, parking AMcorp ni mahallah. Ada ke caj RM3 per entry. Hari Ahad pula tu!


message 3: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new)

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Antara kedai buku yang saya suka, Fajar Ilmu Baru di Jalan Masjid India - sebab minat buku-buku Indonesia terutama Pramoedya, jadi dulu selalu ke sana. Sejak dapat baby, dah lama tak ke sana. Dia lasak sangat, nak bawak ke hulu ke hilir susahnya.

Ya, BookXcess tu harganya boleh tahan. Kalau beli buku dua buah, ada potongan yang menarik. Katakan beli Thousand Splendid Sun dan kongsi dengan kawan. Atau Love in the Time of Cholera - sayangnya cuma buku-buku terpilih. Kalau mereka bagi diskaun ni untuk semua buku, tentu lebih menarik lagi.




Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Kalau beli buku yg baru saya suke pegi MPH je. Senang. Dekat. Dgn office ni walking distance aje. Kalau tak beli pun selalu jugak baca-baca kat situ.

Tapi bagi saya beli buku second hand lagi best. Murah tapi kalau nak yg best2 tu kene cari. Walaupun mcm tu bila jumpa yang menarik tuh rasa seronok giler. Saya jarang dapat kesempatan pegi luar dari Shah Alam. Sebab rumah jauh sikit. Tapi kalau sekali dapat kesempatan saya terus borong. Itu hari first day Pesta buku saya beli terus 5 buku dekat PayLess. Nak baca tak tahulah bila. hehehe.

Oh btw, kadang2 kat pasar karat seksyen 13 shah alam ada jugak jual buku. Kalau nasib baik jumpala yg best2. Semlm saya jumpa Paulo Coelho, the Zahir dia jual 4 ringgit ajer!

You see now what a sucker I am for cheap books..hehehe

Saya tak pernah try Fajar Ilmu Baru tu. Ingat ada jugak satu buku nak cari kat situ. Mungkin akan beli online jer kot. Oh sebut pasal online. Ujanailmu pun ok. Customer service baguss!




Kataklicik | 714 comments BookXcess tu memang best, selalu saya ke sana bila nak beli buku buat hadiah. Amcorp dah takde PayLess la sayangs oiii, sekarang ni PayLess cuma di AmpangPoint dan di OneUtama - rasanya deme fokus lebih pada clearance sales sekarang.

Saya memang sucker for 2ndhand books. Selain harga murah, saya cukup teruja bila tuanpunya terdahulu ada letak nota pasal buku tu, atau ada dedikasi dari orang yang memberi (yg heartfelt are always the ones from father to daughter hahaha), atau ada terselit flight ticket stub (ke mana deme pergi ye? bercuti? visit family? kerja?) dsbnya lah.

Yang paling best, hari tu saya beli buku untuk anak-anak pasal Walt Disney's red barn. Non-fiction, tapi ok la. Yang saya seronok, bila balik saya baru sedar ada foto A4 Tinkerbell terselit, yang siap di autograph dek wanita suara original Tinkerbell in the PeterPan Disney movie!

Kalau buku baru indo dapek thrill bagini ddo... :)


Juliana Es (julianaes) | 853 comments Mod
Oh! Ya ke Payless takde dah kat Amcorp Mall? Heehee, last time I checked ada lagi (which was in December last year 8-p )

Oh, ya! Dah tau tak pasal kedai sewa buku yang di Seksyen 7 (baru) Shah Alam tu? Buku-bukunya masih belum banyak lagi, tapi I tengok koleksinya menarik juga.


Kataklicik | 714 comments Sek 7 kat mana ye?



Juliana Es (julianaes) | 853 comments Mod
Ala you ni. Bukan ke you ada terbaca entri tentang ini di blog saya?

Tapi takpelah. I kasi bonus di sini. Nama kedai itu ialah Book-A-licious, berwarna merah, terletak di barisan hadapan deretan kedai di Seksyen 7 yang baru. Tahu tak klinik An-Nisa? Atau kedai alatulis Ameena Bee? Atau retoran D'Hati? Haa, dekat-dekat situlah. Kedai sewa buku ini bersebelahan dengan kedai baiki motor. It's hard to miss this shop, if you know which section 7 that I mean here.


Juliana Es (julianaes) | 853 comments Mod
Eh retoran pulak. Restoran. Ada beberapa restoran di deretan hadapan itu, seperti D'Hati, Al-Esfan, dan Hakim.


Aidura (sofira) | 1472 comments andai berada di penang, anda boleh ke MPH, Borders, Harfa dan Popular.


Nor Haniza (kakchik) | 8 comments Kalau di Kota Bharu ni saya suka ke Popular selain MariBaca (kedai buku sendiri).
Tapi saya lebih suka ke MPH Mid Valley/Alamanda di KL. Payless pun saya suka. Hei, saya pun selalu pergi Payless clearance sale tu. Naik bas/kpl terbang dari KB.
Kalau di Penang, saya selalu ke Bazar Chowrasta, banyak kedai buku 2nd hand. Sebenarnya buku baru pun banyak dan harga lebih murah dari kedai buku lain.
Selain tu saya banyak singgah kedai buku online.


Kataklicik | 714 comments Wah, Nor! Rajinnya berjalan jauh nak cari buku!

Saya ni, eihh, kalau tak dekat-dekat rumah, liat sungguh...


Nor Haniza (kakchik) | 8 comments Nak buat macamana? Kat KB ni belum byk kedai buku yang byk pilihan buku terutama buku kanak-kanak.

Memang setahun ada dlm 2 @ 3 kali saya turun KL cari buku.

Ingat nak pergi Border dan BookXcess sebab belum pernah pergi lagi. Terliur nak beli buku di BookXcess yang katanya banyak yang murah-murah...


Faizah Roslaini | 825 comments Mod
Saya baru pertama kali menjejakkan kaki ke BookXcess. Semalam. Memang murah. Best giler. Tapi saya tak beli byk sgt. Sebab yang to read tu banyak sangat.

Tapi saya akan definitely revisit this store. And being a sucker to flea market, I will do so on a Sunday.


message 15: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Kedai buku favourite: MPH 1 Utama, Kinokuniya Suria KLCC, BookXcess Amcorp Mall, Payless Books, Amazon.com & Amazon.co.uk


Masnita | 3 comments Di JB, saya suka ke Harris Jusco Tebrau City. Selalu ke sana dengan 2 anak saudara yang baru2 berjinak2 dengan buku.. Kawasan yang agak luas untuk anak2 kecil, dan buku2 pun agak banyak, cuma agak kurang buku2 melayu. Orang pun selalunya tidak ramai.. Banyak juga buku2 yang selalu diberi sale, dan agak cepat untuk 'new arrival' keluar. Cuma kekurangannya, mereka tidak buat tempat untuk duduk2 seperti di KL, kecuali 1 hamparan untuk kawasan budak2 (which is quite a bless nak dapat di JB.. hehehe), dan kawasan CD nya tidak cukup menarik. Overall, the 'air' is quite inviting, and the representatives are quite friendly and helpful.


Ulya (Lilue) | 262 comments Waktu sekolah dulu, memang almost every month saya ke Chowrasta Penang dengan parents.. mmg banyak sangat buku revisions plus some novels waktu tuh..

Skrg ni favourite place: Payless Carrefour Subang, Borders The Curve, MPH Subang Parade. Tak pernah cuba, tapi nampak gaya saya harus ke BookXcess pulak la lepas ni.. :) Kino pun best, tapi agak jauh pulak nak ke sana tuh..

Bunnybaby - Best tak Book-a-licious tuh? Nama je rumah saya dekat dengan kedai tuh tapi timing tak pernah nye kena utk singgah ke situ.. hehe..


message 18: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Nak tukar list saya di atas tu (message 15). Nak potong MPH 1Utama dari senarai kedai buku favourite saya. Baru-baru ni pergi menjenguk setelah sekian lama tak pergi dan layout tempat tu bertukar. Selalunya dekat pintu masuk tingkat 2 MPH ialah tempat buku-buku non-fiction dlm bahasa English tapi sekarang dah jadi seksyen fiksyen bahasa Melayu. Bahagian non-fiction dlm bahasa English entah pi mana :(

Saya tak minat baca fiksyen Melayu jadi MPH 1Utama dah tak jadi antara kedai buku favourite saya.


message 19: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new)

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Oh, MPH 1Utama tu - dulu di pintu masuk Tingkat 2 fiksyen-fiksyen Inggeris yang menyambut kita.... Dah beralih angin nampaknya. Satu petanda baik bagi para penerbit buku Melayu. Mungkin bersedia untuk bersaing dengan Pustaka Gramedia yang akan masuk ke arena retail buku Melayu negara kita nanti.

En Khairul, sekadar tertanya-tanya, apa kurangnya buku fiksyen Melayu? :)


message 20: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
*shrugs* Saja takde minat kpd genre fiksyen Melayu. Nak buat camana? Buku non-fiksyen perihal Malaysia/melayu/asia/Islam dlm koleksi saya pun kebanyakkannya dlm english w/pun penulis org M'sia atau buku itu ada diterjemahkan ke BM (contohnya: Malay Dilemma, Asian Renaissance, Malays: Their history and future, Two Faces, Quran: English translation by Abdullah Yusuf Ali)


Kataklicik | 714 comments Ulya, Payless sekarang ni ada only di 1Utama, and Ampang Point (kalau tak silap). Tempat lain dah takde. Tapi kalau deme buat clearance sale tu, bersiap-siaga lah, memang berbaloi!!

Khairul, I mainly read in English, yes, tapi to answer Najibah's question (saja nyebok walau tak ditanya hehehe) fiksyen Melayu susah nak cari yg bagus, and kalau takde la engkorang recommend penulis-penulisnya, memang saya tak nak bazir duit try. Buang masa, buang usaha.

TETAPI saya nak recommend Popular di Sunway Pyramid. Besssaaaaaaaqqqq 'nor kedainya, bermacam pulak offerings. There's also a dedicated section for buku-buku fiksyen Melayu. Downside - ramai orang wooooo...


message 22: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new)

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Kataklicik,

Saya ni membesar dengan buku-buku novel kanak-kanak dan remaja melayu. Novel Inggeris memang hampir tak baca masa zaman sekolah rendah. Apa nak dikata, anak cikgu bahasa melayu yang dah jadi cikgu dari zaman sebelum merdeka... agaknya arwah terserap dengan pengaruh2 gerakan kebangsaan di kalangan cikgu2. Bila masuk tingkatan satu dan jumpa dengan kawan-kawan luar kelantan, barulah mula baca novel Inggeris berdikit-dikit.

Kalau novel-novel karya sasterawan negara kita macam mana Kataklicik? Berjaya tak membuka selera untuk baca buku fiksyen BM? Misalnya Arena Wati, ada tulis trilogi yang agak mencabar jugak masa Allahyarham berada di luar negara, macam Sakura Mengorak Kelopak (latar Jepun) dan Kuntum Tulip Biru (Holland).




message 23: by Kataklicik (last edited Apr 30, 2009 06:49AM) (new)

Kataklicik | 714 comments Teeheehee, mak saya pun cikgu Bahasa Melayu - sama le kita Najibah!

Saya ambik Sastera masa STPM dulu; Arena Wati, Pramoedya, semua makanan kami dalam setahun setengah tu. Gerakan sasterawan masa lampau dan semasa juga dikaji, jadi nak kata saya tercampak jauh dari karya-karya sasterawan negara tu tak lah jugak.

Masalahnya, saya lebih gemar pada karya-karya bahasa melayu seberang. Perasan tak, Arena Wati tu dari mana? Pramoedya tu dari mana? Bila saya baca A Samad Said, Usman Awang dan selainnya, saya tak se-tertarik sebagaimana saya tertarik dengan ngomelan dari seberang.

Tapi dikira fiksyen Bahasa Melayu juga 'kan? Se nusantara? :) Masalah besar saya sekarang, penulis-penulis kontemporari. Tak berapa kenal!


Jack (echoicglory) | 295 comments Saya sebenarnya tak ada favourite bookstore... Main redah je. Tapi, setiap kali sampai kat mana-mana mall... Kedai buku dulu la... Heheh... Tapi kalau nak cari specific book, of course saya akan head to the source. Buat sakit hati je kalau nak cari kat boostore yang terang-terang tak stock buku tu. So far, kedai buku yang sering saya kunjungi - based on convenience of course... Kinokuniya (KLCC), Borders (BTS), MPH (Sungei Wang, Jusco Maluri - mana sempat), Popular (Cheras Leisure Mall), dan ada satu kedai buku kat The Mall yang berhampiran Stesen Bas Putra tu... Tak ingat pulak nama kedai tu...

Still, kalau ada kedai buku dalam saya tengah berjalan ngan member, saya berdesup hilang masuk ke dalam bookstore tersebut... Tak kirala kat mana...


message 25: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new)

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Kataklicik,

Salah oranglah ni saya saran... Rupanya dah khatam buku Pak Arenawati dan Pramoedya.

Nampaknya Kataklicik kena tulis buku Melayu sendiri untuk dibaca... he he he. Ada satu quote kat dalam GR ni saya lupa siapa punya, katanya kalau rasa buku yang nak dibaca tak ada ditulis oleh orang lain, kita kena tulis sendiri. Tihihi... :D


Ulya (Lilue) | 262 comments Some quotes i found:

"If you don't like someone's story, write your own."
— Chinua Achebe

"One of the most frustrating arguments I’ve encountered is—If you hate it so much, stop bitching and write your own."
— Deepa D.


Ulya (Lilue) | 262 comments and this:

"If there's a book that you want to read, but it hasn't been written yet, then you must write it."
— Toni Morrison


message 28: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (last edited Apr 29, 2009 02:54PM) (new)

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Haaa... Ulya paling baik di sini, siap tolong cari petikan katanya :) - terima kasih Ulya! Yang tepat saya maksudkan adalah petikan kata Toni Morrison tu.


Ulya (Lilue) | 262 comments hehe.. saya memang suka collect quotes pun dari dulu lagi..


Jack (echoicglory) | 295 comments Interesting quotes, saving 'em =D


Kataklicik | 714 comments Muahahahahahaha nak tulis buku? Nak start blog pun takde masa....!!!

(Lariiiiiiiiii!!!!)


Jack (echoicglory) | 295 comments Kataklicik wrote: "Muahahahahahaha nak tulis buku? Nak start blog pun takde masa....!!!

(Lariiiiiiiiii!!!!)"


Kita serupa... hik3... Blog saya macam hidup segan, mati tak mahu... Sabau je la...


Hannah | 92 comments Jack wrote: "Kataklicik wrote: "Muahahahahahaha nak tulis buku? Nak start blog pun takde masa....!!!

(Lariiiiiiiiii!!!!)"

Kita serupa... hik3... Blog saya macam hidup segan, mati tak mahu... Sabau je la..."


Haha.. ada geng rupanya saya ni.


Jack (echoicglory) | 295 comments Hannah wrote: "Haha.. ada geng rupanya saya ni. "

Hmmm... Kena cuba gak update hik3


message 35: by Najibah, bakar Goodreads Malaysia! (new)

Najibah Abu Bakar | 2350 comments Mod
Saya jumpa sebuah kedai buku terpakai yang baru beroperasi dua bulan di Pusanika UKM, Bangi. Pilihan buku tak banyak, tetapi bagi peminat classics dan pengarang tertentu, akan menemui buku-buku tertentu yang mungkin dicari-cari selama ini. Kebanyakannya fiksyen.


Idu Chang | 30 comments 1) MPH, Midvalley - Seronok nak tgk buku2 baru. kalo ada membership card boleh beli certain buku dgn harga diskaun. Selalu tgu jualan gudang kat seksyen 14

2) BookXcess - Mcm syurga beli buku la. Murah2 semuanya. Kalaulah ada cwgn dekat2 dgn rumah memang byk la buku. Tp kena selalu check internet sebab buku yg dia ada kadang2 limited. Yg popular tu cepat sgt habis.

3) Payless - Dulu selalu pergi yg dekat Amcorp tp skrg dah xde. Susah nak pegi yg kat Ampang Point & One Utama. Sedihnyer...

4) Pesta Buku - Plg suka pegi. Tahun ni pegi sampai 3 kali. Sebab takut payless booth kluarkan stok buku baru. Selain tu cuci2 mata tgk booth2 lain utk collect pamplet. Nak wat budget pesta buku tahun depan..


Ayscha (nayscha) | 32 comments Sis Idu Chang,

Payless kat OneUtama dah tutup..tgh renovate..tapi tak tau la masih Payless, or ade kedai lain nak sewa situ plak..last 2weeks kot saya lalu situ, ingat nak menyinggah, tapi da tutup plak, maka perjalanan diteruskan ke MPH..


message 38: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Payless tak berapa bagus sangat bagi saya. Selalu pi yg kat 1Utama tu. Kebanyakkan buku-buku yg dijual tak menarik langsung. Buku2nya pun banyak yg dah terkoyak, tergaris, terconteng. Berpuluh kali saya masuk Payless, hanya 3 buku je yg saya pernah beli dari sana.

Bagus lagi BookXcess. Walaupun tak banyak pilihan tapi buku2nya baru, tiada contengan atau koyak rabak dan yg paling penting, murah.


Ayscha (nayscha) | 32 comments jaoh ler bookxcess.. =(


Idu Chang | 30 comments Sedihnye Payless dah tutup..baru nak pegi explore tgk buku2 di sana..

sis Ayscha,
BookXcess senang nak pegi sebab ada kemudahan tren LRT Putra. Amcorp mall terletak betul2 berhadapan dgn Stesen Tmn Jaya (kalau x silap namanya). Tmbg pulak RM2 je dari Msjd Jamek.


Ayscha (nayscha) | 32 comments Sis Idu Chang,

Saye tau terletaknyer AmcorpMall itu..umah saye kt batu caves,means kalo naek lrt putra dari Terminal Gombak to Taman Jaya almost hujung ke hujung la..ade la dlm 45 minit kot..

hehe..sebenarnye malas nak melepak dalam tren lame2..nnt tak tau pe nk buat..boleh je nk bace buku, tapi saye ni sensitif sket kalo membace dalam kenderaan yang bergerak..mabuk..hehe..lagi2, tmbh dgn bau2 pelik bile tren tu penuh nnti..ahaks =)

tapi, when there's a will, there's a way kan (^_-)


Idu Chang | 30 comments Sis Aysha,

Xpun kumpul duit byk2 lps tu borong sekaligus buku biar perjalanan selama 45 minit tu berbaloi kan :)


Ayscha (nayscha) | 32 comments uhh..good idea! tapi skrg sedang menympan untuk duit raye dan baju raye (oops..sory, dah out of topic kot)..buku, maybe next time..still lots belum bace..

Peeing in the Bush untuk KBABKB pun lum abis lagi..slow sikit ar..tatau nape..bukunye ke, or saye yang takde mood mase tu..(ni pun out of topic, patot letak kat thread KBABKB, sory moderator) 0_o


message 44: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
memang peeing in the bush tu tak sehebat yg disangkakan. Sila beri komen di KBABKB.


Aidura (sofira) | 1472 comments salam.

untuk area Seberang Perai, Penang - terdapat sebuah toko buku yang baru sahaja beberapa bulan dibuka secara rasminya.

GRAMEDIA BOOKSTORE ni terletak di Tingkat 1 (bersebelahan butik pakaian FIRST LADY), Tesco XTra, Seberang Jaya, Penang.

Kepada para pencinta buku di seluruh Seberang Perai, sila-silalah berkunjung ke tempat ni. ngehhhhhh :P

p/s*** welma, thanks for the info. ;)


Ezdwan (Izone) | 21 comments Kedai favret saya Kinokuya KLCC dan Kedai Mukmin (Jalan TAR) dan Kedai Al-barakah (Jalan Masjid India. Tempat-tempat lepak dikala tension dengan kerja dan apa-apa jelah.

Impian dalam hidup, ada duit cukup banyak supaya boleh beli buku mcm beli gula-gula... hahaha!!


message 47: by Najmuddin, Tok Mudin (new)

Najmuddin (mudin001) | 920 comments Mod
Saya pula rasanya lebih banyak beli buku dari beli gula-gula beberapa tahun kebelakangan. :)


Asyraf Ahmad Saferi | 1 comments salam.. kedai buku kegemaran saya mph untuk tengok2 buku sebab yang dekat sekali dengan UM, dan untuk buku2 ilmiah dan akademik, PekanBuku UM. Boleh dapat murah sikit dekat sini. :)


Jonathan Chin | 2 comments Lol, definitely Kinokuniya in KLCC. I've tried all the other major ones, MPH, borders, and so far, none have (personally) compared to Kinokuniya. Love their selection and variety of books, though the lack of reading space gets a bit annoying sometimes.

And the MPH in the Curve is awesome, atmosphere wise. Love how nice and quiet it i. =D


message 50: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
And the MPH in the Curve is awesome, atmosphere wise.

You mean Borders, right? Or is there an MPH there as well. Dont go there often enough, myself.




« previous 1
back to top

unread topics | mark unread