Group Discussion

Goodreads Malaysia Goodreads Malaysia

Topic: Ganding Baca @ GRMY > FAQ Ganding Baca

Comments (showing 1-18 of 18) (18 new)

dateDown_arrow    newest »

message 1: by Najibah, she can read, at last! (last edited Aug 09, 2010 08:34pm) (new)

Najibah | 1768 comments FAQ Ganding Baca (Goodreads Malaysia)

1. Apakah itu program Ganding Baca?
Program membaca secara berganding/bersama-sama sebuah buku pilihan yang telah diundi di kalangan peserta setiap bulan.

2. Bagaimanakah cara undian dibuat?
Proses mengundi buku bermula dengan pencalonan empat buah buku oleh seorang peserta. Kemudian undian akan dibuat melalui kemudahan "Poll" yang disediakan di Goodreads. Buku yang paling banyak diundi akan dibaca pada bulan itu.

3. Siapakah peserta yang layak mencalonkan buku?
Setiap peserta layak mencalonkan buku. Nombor giliran mencalonkan buku akan diberi kepada para peserta yang mahu menjadi pencalon buku secara tahunan. Contohnya, sekiranya ada 6 peserta yang mahu menjadi pencalon, mereka akan mendapat nombor antara 1-6, selepas pencalonan kali ke-6, giliran pencalon pertama akan berulang.

4. Apakah jenis buku yang boleh dicalonkan?
Tiada jenis/genre buku tertentu yang wajib dicalonkan - judul-judul yang dicalonkan bergantung kepada pencalon pada bulan itu. Walau bagaimanapun, buku yang digalakkan adalah buku yang diterbitkan di Malaysia, sama ada dalam bahasa Malaysia/Inggeris, diterbitkan pada tahun semasa @ tahun sebelumnya (bagi Ganding Baca 2010, buku yang terbit pada 2010 & 2009), mudah dicari dalam pasaran semasa, serta tidak terlalu mahal.

5. Boleh berikan tarikh-tarikh penting bagi program ini?
Tarikh-tarikh penting bagi program ini adalah seperti di bawah:
15-25 hb (bulan permulaan): proses mencalon buku untuk bulan berikut & mengundi
26-30/31 hb (bulan permulaan): menerima gaji dan memburu buku (seperti dicadangkan Hilman)
1-20 hb (bulan berikutnya): pengumuman buku yang terpilih, membaca & menyediakan soalan diskusi
21-30/31 hb (bulan berikutnya): menjawab soalan-soalan diskusi di blog masing-masing (bagi yang belum habis membaca, ini bolehlah dikira waktu kecemasan untuk menamatkan bacaan)

6. Boleh huraikan lebih panjang mengenai soalan diskusi?
Soalan diskusi disediakan oleh para peserta. Setiap peserta boleh menyediakan sebanyak mana soalan yang sesuai. Soalan itu boleh ditulis di thread bulanan Ganding Baca di Goodreads Malaysia, untuk dirujuk oleh peserta lain. Setelah para peserta habis membaca, mereka boleh menjawab soalan-soalan diskusi itu di blog masing-masing dan tinggalkan link ke blog mereka di thread, untuk dilawati oleh rakan-rakan Goodreads.

7. Berapa soalan yang perlu dijawab di blog oleh peserta?
Peserta perlu menjawab sekurang-kurangnya 5 soalan. Soalan yang mahu dijawab boleh dipilih daripada kumpulan soalan diskusi yang telah disediakan peserta lain. Jika mahu menjawab lebih daripada 5 soalan, sangat dialu-alukan.

8. Kalau saya tak ada blog, di mana saya boleh letakkan jawapan diskusi saya?
Itulah, rugi tak memblog ni sebenarnya ;) - tapi tak apa, kalau tak mahu juga, boleh saja jawapan diskusi itu diletakkan di thread bulanan Ganding Baca :)

* Ada sebarang perkara berbangkit? Idea dari rakan-rakan untuk memantapkan Program Ganding Baca sangatlah dialu-alukan.


message 2: by Hilman (new)

Hilman | 483 comments Cadangan:

Perkara 4;
Apa kata "range" tahun terbit buku yang dicadang diluaskan ke tahun semasa dan tahun sebelumnya. Sebagai contoh untuk bulan Januari 2011, bagai mana nak cari buku terbitan 2011?
Untuk 2010-Buku 2009 & 2010
Untuk 2011-Buku 2010 & 2011

Perkara 5;
"15-30/31 hb (bulan permulaan) : pencalonan buku untuk bulan berikut serta pengundian buku "
tarikh ditukar kepada "10-25 hb" supaya keputusan dapat diketahui pada 26 hb. Gaji dapat terus beli buku untuk program ni.


message 3: by Najibah, she can read, at last! (last edited Aug 06, 2010 06:47am) (new)

Najibah | 1768 comments Hilman wrote: "Cadangan:

Perkara 4;
Apa kata "range" tahun terbit buku yang dicadang diluaskan ke tahun semasa dan tahun sebelumnya. Sebagai contoh untuk bulan Januari 2011, bagai mana nak cari buku terbitan 201..."


Hilman, cadangan yang sangat bernas. Terima kasih banyak-banyak. Saya terlepas pandang banyak perkara rupanya :) (itulah orang kata, dua kepala berfikir lebih baik daripada satu)

PS: Saya terima kedua-dua cadangan Hilman dan sudah dibaiki pada FAQ.


message 4: by Najibah, she can read, at last! (last edited Aug 09, 2010 05:35pm) (new)

Najibah | 1768 comments Ada cadangan daripada r.o.l. supaya undian buku bulanan dibuat 2 bulan lebih awal supaya ada lebih banyak masa untuk mencari buku dan membaca. Apa pendapat rakan-rakan? Kalau rasa ia lebih sesuai, kita akan buat pemilihan untuk bulan September, Oktober dan November sekaligus.

Ada siapa mahu jadi pencalon September, Oktober dan November?


message 5: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 427 comments Najibah,

Apa kata bulan depan kita baca non-fiksyen pula? Atau ada cadangan lain yang baik?


message 6: by Najibah, she can read, at last! (new)

Najibah | 1768 comments Boleh juga, asyik baca fiksyen saja. Haryati jadi pencalon bulan September, boleh? :)


message 7: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 427 comments Insyallah, nanti saya intai-intai buku apa yang patut. 4 buah kan? (Jenuh juga ni. )


message 8: by Hilman (new)

Hilman | 483 comments Bile nak mula undian untuk Sept ni???


message 9: by Najibah, she can read, at last! (last edited Aug 10, 2010 08:21pm) (new)

Najibah | 1768 comments 15 Ogos sepatutnya. Kita tunggu Haryati buat poll. Bulan September ini Haryati jadi pencalon.

Hilman jadi pencalon Oktober, boleh?

Kita mahu mengundi terus untuk buku Oktober & November juga, supaya ada masa lebih untuk cari buku dan membaca. September nanti, kita mengundi untuk bulan Disember (biar ada jarak 2 bulan antara mengundi dengan waktu mula membaca)

PS: Pencalon November mungkin Isma, sebab katanya hari tu dia mahu baca buku kanak-kanak untuk cari buku kanak-kanak terbaik Malaysia.


message 10: by Haryati (new)

Haryati Abd. Halim | 427 comments Najibah,
Saya bagi tajuk buku dan minta tolong masukkan gambar boleh? (tak reti nak buat sendiri, kena minta tolong Najibah atau kawan-kawan lain jugak..bab kata orghang Kelate..nok keno gantung denge orghang lain jugok...)


message 11: by Hilman (last edited Aug 29, 2010 11:06pm) (new)

Hilman | 483 comments Siapa yang jadi Pencalon Oktober dan November???


message 12: by Najibah, she can read, at last! (new)

Najibah | 1768 comments Bukan Hilman ke pencalon Oktober?


message 13: by Najibah, she can read, at last! (last edited Dec 14, 2010 02:14am) (new)

Najibah | 1768 comments Ada cadangan dari ahli GRMY Taf Teh, supaya buku untuk Ganding Baca ditambah kepada dua buah sebulan, dengan kategorinya dikembangkan kepada BM/BI atau tempatan/antarabangsa.

Sejarahnya, sewaktu kita mula-mula adakan program KBABKB dulu (yang lebih kurang formatnya dengan Ganding Baca), kita mencalonkan 4 buah buku sebulan, tetapi akhirnya program itu berkubur. Saya tak pasti adakah kerana terlalu banyak buku sebulan, menyebabkan pilihan terlalu luas dan pembaca jadi terlalu 'dispersed'?

Mungkin kita boleh diskusikan cadangan Taf Teh? Apakah elok dibuat demikian (tambah sebuah buku lagi per bulan?).

Atau kalau ada yang mahu membaca buku BI / International beramai-ramai, boleh ikut prosedur biasa iaitu menjadi pencalon dan calonkan buku-buku yang seperti itu?

Mohon pandangan rakan-rakan GRMY.


message 14: by Hilman (new)

Hilman | 483 comments Cadangan yang bagus.

Harap keputusan buku yang "terpilih" itu nanti di umumkan awal supaya ada masa nak cari@beli@order...sekarang dah 14hb, buku ganding baca Desember pun xdpt lagi...huhuhu xsabar nak mengundi untuk GBBJ...


message 15: by Najibah, she can read, at last! (new)

Najibah | 1768 comments Dah order dari Puan Noni ke? InsyaAllah dapat segera.


message 16: by Najibah, she can read, at last! (new)

Najibah | 1768 comments Mencari pencalon Januari Ganding Baca, ada sesiapa mahu volunteer? Taf Teh, kalau ada cadangan untuk buku antarabangsa @ BI bolehlah kita cuba selera baru awal tahun depan ;)


message 17: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2158 comments Masalahnya (jika boleh dipanggil sebagai suatu masalah) ialah ahli GR-MY ramai tapi yg aktif tak sampai 20. Lihat saja komen-komen di forum ni. Balik-balik muka-muka tu jugak. Itu satu.

Nombor dua, orang-orang 'regular' ni bukan semua suka genre yg sama. Yg saya boleh lihat pun, lebih ramai yg cenderung ke novel-novel BM (dammit!)

Kalau ada buku BI yg dicalonkan pun, tak semestinya ramai yg akan mencari buku tersebut di atas sebab-sebab seperti: tak jumpa di kedai, tak minat genre itu, tak minat novel BI.

Saya rasa di GR-MY, buku BM samada fiksyen atau bukan fiksyen lebih popular dari buku buku BI. Contohnya, saya seorang je yg minat Terry Practhett di sini. Betul tak?


message 18: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (last edited Sep 15, 2011 04:24pm) (new)

Khairul H. | 2158 comments Dalam Pencalonan September/Oktober 2011, Nazmi bertanya, "nampaknya daerah beta dan kuras kreatif terikat, 3-3. mcm mana ya?

Soalan penting ini perlu disenaraikan di dalam FAQ di atas...tapi kena jawab dulu le.


back to top

post a comment »
unread topics | mark unread