Goodreads Malaysia discussion

118 views
Acara Buku/Aktiviti Kelab Buku > Kembara Goodreads Malaysia ke Perpustakaan Alexandria, Mesir?

Comments (showing 1-50 of 50) (50 new)    post a comment »
dateDown_arrow    newest »

message 1: by Najibah, mencari cahaya hakikat (new)

Najibah Abu Bakar | 2306 comments Mod
Katakanlah, jika kita ada rezeki, kemudian Allah berikan masa lapang, dan GR-MY berjaya mengatur jadual kembara ke Mesir, terutama sekali ke Perpustakaan Alexandria, ada sesiapa berminat jadikan ini perancangan kita tahun 2011?


Faizah Roslaini | 825 comments Wow. Idea yang ambitious tapi sungguh menarik.

Duit boleh dicari tapi kita kena fikirkan tujuan dan faedah langsung kepada masyarakat saya rasa kalau mahu buat trip ke sana. Boleh kembangkan lagi?


Aidura (sofira) | 1471 comments sesiapa yg berminat, boleh buat catatan & photo travelog di sana untuk dibukukan. ;)

TRAVELOG: CATATAN KEMBARA ILMU DI ALEXANDRIA


message 4: by Najibah, mencari cahaya hakikat (new)

Najibah Abu Bakar | 2306 comments Mod
Kalau dari sudut sains informasi & perpustakaan, agak banyak jugak yang boleh dinilai @ dijadikan topik. Mahu buat journal article pun mungkin dapat rasanya (hehehe, dengan syarat kena baca buku-buku berkenaannya dululah sebelum pergi)

Dari sudut lain? *agak blank*

PS: Sebenarnya ini sebab tengok keterujaan Puan Nisah & Puan Nor untuk ke sana.


message 5: by Najibah, mencari cahaya hakikat (new)

Najibah Abu Bakar | 2306 comments Mod
Aidura wrote: "sesiapa yg berminat, boleh buat catatan & photo travelog di sana untuk dibukukan. ;)

TRAVELOG: CATATAN KEMBARA ILMU DI ALEXANDRIA"


Aidura, orang fotografi memang kena jadi juru kamera kalau pergi :P


Aidura (sofira) | 1471 comments Najibah wrote: "Aidura wrote: "sesiapa yg berminat, boleh buat catatan & photo travelog di sana untuk dibukukan. ;)

TRAVELOG: CATATAN KEMBARA ILMU DI ALEXANDRIA"

Aidura, orang fotografi memang kena jadi juru kam..."


Ia ditujukan kepada para penulis yg berminat...

Fotografer boleh bantu support utk gambar2 di sekitar kembara perjalanan tersebut.

BunnyBB & Gdiz, anda berdua boleh turut serta ye dlm projek travelog ni. ;)


message 7: by Najibah, mencari cahaya hakikat (new)

Najibah Abu Bakar | 2306 comments Mod
Najibah wrote: "Aidura wrote: "sesiapa yg berminat, boleh buat catatan & photo travelog di sana untuk dibukukan. ;)

TRAVELOG: CATATAN KEMBARA ILMU DI ALEXANDRIA"

Aidura, orang fotografi memang kena jadi juru kam..."


Aidura, orang fotografi tu, saya merujuk pada Aidura & geng2 lah :)


Juliana Es (julianaes) | 849 comments Perpustakaan ini telah dikunjungi oleh bos saya. Memang mengujakan mendengar cerita darinya. Dari website perpustakaan ini sendiri pun boleh melihat-lihat gambar perpustakaan yang amat menggiurkan binaannya itu.

Namun dari segi koleksi, oleh kerana kerajaan Mesir amat bergantung kepada sumbangan negara-negara lain, tidaklah begitu memberangsangkan. Perpustakaan yang besar, tapi koleksi agak kecil. Banyak ruang yang masih kosong.

Kita yang tak pernah ke sana ni memang teruja nak pergi, tapi hairan, adik ipar saya yang belajar 2 tahun di Mesir tak pernah pun menjejakkan kakinya ke situ. Alangkah ruginya!

Kalau ada rezeki, memang ini antara perpustakaan yang ingin dilawati. Ada banyak perpustakaan lain di dunia yang menggiurkan juga (mendengar cerita semasa seminar Pencinta Buku yang lalu).

Kalau Aidura nak sponsor tiket+penginapan, apa salahnya. Kecil tapak tangan, nyiru hamba tadahkan :-p


Aidura (sofira) | 1471 comments Bunnybaby wrote: "Perpustakaan ini telah dikunjungi oleh bos saya. Memang mengujakan mendengar cerita darinya. Dari website perpustakaan ini sendiri pun boleh melihat-lihat gambar perpustakaan yang amat menggiurkan ..."

Ada sesiapa yg ingin menjadi penaja rasmi, sila angkat tangan...


message 10: by Najibah, mencari cahaya hakikat (new)

Najibah Abu Bakar | 2306 comments Mod
Tapi kalau kita pergi melawat Library of Congress, British Library atau Bodleian Library, rasanya lebih gempak lagi, kan? :D Tak pun Bibliothek Paris.... Mimpi manis jadi kenyataan namanya.


Norain (norainmohamadtuhir) | 686 comments Agaknya berapa belanja ya? Kalau mahal sangat tak dapat nak ikut sebab tengah kumpul duit nak pergi umrah, insya-Allah habis belajar nanti.


message 12: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
Norain MT wrote: "Agaknya berapa belanja ya? Kalau mahal sangat tak dapat nak ikut sebab tengah kumpul duit nak pergi umrah, insya-Allah habis belajar nanti."

Korang ni semua serius ke?? Banyak duit. Saya awal-awal cakap takleh nak pi Mesir. Banyak tanggungjawab di Msia dan melawat Mesir bukanlah prioriti sekarang ni.


Juliana Es (julianaes) | 849 comments Alah Khairul ni, biarlah diorang tu nak berangan manis panjang sikit. Berangan nak ke tempat yang elok, apa salahnya.


message 14: by Khairul H., I hate people but not you. You, I like. (new)

Khairul H. | 2357 comments Mod
M'sia punya National Library pun saya tak pernah masuk. Best ke?


Faizah Roslaini | 825 comments Khairul H. wrote: "M'sia punya National Library pun saya tak pernah masuk. Best ke?"

Saya pun tak pernah masuk. Apa kata kita buat rombongan pergi Perpustakaan Negara dulu? He he


message 16: by Juliana Es (last edited Jul 29, 2010 08:42PM) (new)

Juliana Es (julianaes) | 849 comments Best pada perspektif Khairul tu, macam mana? Subjektif sangat soalan tu. Cuba sebutkan ciri-cirinya.

Bagi saya, dengan mengeluarkan diri sendiri sebagai seorang pekerja di perpustakaan negeri (yang terasing pentadbirannya daripada perpustakaan negara - PNM), ada ciri-ciri PNM yang saya suka.

1. Bangunan PNM yang utama tu dikhaskan untuk koleksi rujukan. Meja yang disediakan di tingkat atas (tak ingat tingkat berapa), ada lampu berserta powerpoint sekali. Jadi, kalau saya dan kengkawan nak bawa laptop buat research dan assignment di situ, memang molek sangatlah. Sunyi dan selesa, berbanding PPAS di Shah Alam.

2. Kalau perlukan extension wire untuk laptop, boleh pinjam percuma, Tapi nak bawa laptop masuk, kena bayar tiket khas. Tak jadi masalah, kerana tiket ni laku untuk seharian, dan extension wire tu tak silap saya dah termasuk sekali dalam kos tiket laptop.

Dari segi koleksi, susah nak cakap. Ia amat bergantung kepada keperluan dan citarasa masing-masing. Saya yang bekerja di PPAS ni pun, tak berapa dependent dengan koleksi perpustakaan. Banyak buku yang saya beli sendiri.


Faizah Roslaini | 825 comments Saya pernah juga dua tiga kali ke PPAS. Besar dan bertingkat-tingkat. Meja pun banyak. Saya suka.

Tentang koleksi saya tak pasti pula. Sekali dua saja saya pinjam. Lepas tu saya suka pinjam koleksi DVD originalnya.

Ruang untuk anak-anak juga ok saya rasa.

Sekarang sayangnya dah tak ada masa nak ke sana. Tambahan pula ada anak-anak kecil, sedikit sukar untuk melepaskan diri untuk ke mana-mana.

Tapi kalau mahu buat rombongan ke PPAS pun OK juga. Lepas tu kita main layang-layang(tak habis-habis dgn layang-layang) di padang hijau yang seberang jalan tu. Best!


message 18: by Najibah, mencari cahaya hakikat (new)

Najibah Abu Bakar | 2306 comments Mod
Faizah Roslaini wrote: "Khairul H. wrote: "M'sia punya National Library pun saya tak pernah masuk. Best ke?"

Saya pun tak pernah masuk. Apa kata kita buat rombongan pergi Perpustakaan Negara dulu? He he"


He he, ok juga sebenarnya... kita buat lawatan ke PNM dulu, kemudian kita keluarkan laporan Goodreads Malaysia, hantar ke akhbar @ mana-mana jurnal Malaysia, apa sudut pandang kita sebagai pembaca tegar yang mengunjungi perpustakaan nasional. Macam mana?


message 19: by Najibah, mencari cahaya hakikat (new)

Najibah Abu Bakar | 2306 comments Mod
Amang wrote: "Wah, senangnya kalau GR-MY ke Mesir. Jangan lupa sharing cerita untuk kami di Indonesia."

Doain kami, Mang. Mudah-mudahan tak lama lagi bisa ke sana (^o^)\/


Nisah Haron | 145 comments Tentang lawatan ke Mesir, elok juga rujuk kepada mereka yang pernah belajar di Mesir, seperti Nazmi Yaakub. Khabarnya, kalau naik kapal terbang lompat (connecting flight) boleh dapat tambang yang lebih rendah - tapi advencer sikitlah. Pergi dengan cara travel light (pakaian yang sangat minima, dan buku yang cukup untuk bacaan sepanjang penerbangan). Kemudian, kalau balik beg penuh dengan buku itu masing-masing kena tanggung.

Mungkin kita boleh menumpang rumah adik-adik pelajar di sana, untuk jimatkan kos. Saya sendiri pernah beberapa kali ditanyakan sama ada boleh beri bimbingan cerpen kepada penuntut Malaysia di sana. Mungkin saya boleh jadikan program ini serampang beberapa mata.

Kepada yang belum ke Perpustakaan Negara Malaysia, elok juga didahulukan yang itu. Saya ahli PNM, pernah masuk dan mencari bahan. PPAS juga sudah masuk untuk beberapa acara.

Jika mahukan publisiti, buat acara kecil dan tak berapa rasmi seperti yang dilakukan oleh Baca@LRT. Kita boleh buat kempen ke perpustakaan oleh GR-MY sebagai satu daripada acara untuk mendapatkan publisiti (dan mana tahu, selepas itu dapat dana).

Saya fikir belum ada buku khusus (kalau ada, mohon betulkan saya) tentang perpustakaan-perpustakaan di Malaysia. Ada banyak perpustakaan yang cantik di dalam dan canggih di dalamnya. Boleh cuba dapatkan ruang untuk perkenalkan siri perpustakaan di Malaysia, terbit secara bersiri dalam akhbar atau majalah.

Kemudian, siri itu boleh dibukukan, mungkin dalam bentuk coffe-table edition dan menjadi dokumentasi yang berharga untuk generasi kita dan yang seterusnya.

Inilah beberapa idea spontan yang timbul ekoran diskusi di atas.

Harap kita dapat sama-sama memurnikannya.


Haryati Abd. Halim | 556 comments Ok juga kalau ke PNM. Dulu selalu ke sana, tetapi bila berkenalan dengan PPKL, terus cinta beralih arah...ha..ha..Malangnya kini tak berkesempatan ke sana lagi, hanya mampu memandang dari jauh.


Nazmi Yaakub | 1422 comments Mod
Nisah wrote: "Tentang lawatan ke Mesir, elok juga rujuk kepada mereka yang pernah belajar di Mesir, seperti Nazmi Yaakub. Khabarnya, kalau naik kapal terbang lompat (connecting flight) boleh dap..."

utk penerbangan terus, rasanya tiket dlm rm3k (sehala).

lompat kapal terbang bukan saja tak digalakkan, tapi tak dibenarkan. bukan sebab mahal, tapi berbahaya. kena guna tangga/laluan yg disediakan.. kih kih kih

tapi tukar2 kapal terbang boleh. kita boleh ambik flight KL-Dubai kemudian ambil flight Egypt Air (sila baca doa panjang2 sebelum naik Egypt Air :P). mungkin lebih murah.

ttg penginapan di sana, insya-Allah kita boleh bincang dengan pelajar di sana. seperti yg saya katakan sebelum ini, kita boleh buat menang-menang program. tak semestinya program ttg cerpen saja, banyak seminar/program kita boleh buat. atau boleh sewa bilik di rumah negeri yg juga asngat murah. rasanya dlm rm20-rm50 semalam.

utk pengangkutan sana-sini, dari Kaherah-Iskandariah, kita boleh naik keretapi bawab (RM1 saja) atau paling mahal Fransawi/Asbani (kecuali kalau ada yg terbaru lebih mahal) yg harganya tak sampai RM50. Atau boleh naik kereta/van/jeep sewa (sewanya satu kepala dalam RM10).

di iskandariah, buat sementara ini, kita boleh menginap di rumah pelajar perempuan (tahun depan tak tau, sbb ada ura2 semua pelajar hanya ditempatkan di Kaherah). atau boleh sewa hotel yg murah2.


message 23: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1125 comments Mod
Saya cuma membayar sebanyak lebih kurang RM3 ribu untuk semua perbelanjaan, flight (Egypt Air - selamat alhamdulillah), penginapan (Rumah negeri sarawak), makanan, pengangkutan & jalan2 di book fair, Alex Lib dan lain2 tempat menarik.
Masa tu pegi dengan pembekal buku.
Saya setuju dengan cadangan penerbitan buku tu, kalau ada yang biasa menulis, bolehlah dibantu dengan kawan2.
Saya dah postkan beberapa gambar semasa di Cairo di bahagian Photos untuk perkongsian.


Nazmi Yaakub | 1422 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Saya cuma membayar sebanyak lebih kurang RM3 ribu untuk semua perbelanjaan, flight (Egypt Air - selamat alhamdulillah), penginapan (Rumah negeri sarawak), makanan, pengangkutan & jalan2 di book fai..."

azzah, egypt air sudah ada KL-Cairo? kalau ada, alhamdulillah. maknanya tiket mungkin dlm rm2k plus plus pergi balik?


Aidura (sofira) | 1471 comments Nor Azzah wrote: "Saya cuma membayar sebanyak lebih kurang RM3 ribu untuk semua perbelanjaan, flight (Egypt Air - selamat alhamdulillah), penginapan (Rumah negeri sarawak), makanan, pengangkutan & jalan2 di book fai..."

@Nor Azzah,

photos? bubuh kat thread/folder yg mana satu? :O


Ulya (Lilue) | 262 comments Nazmi wrote: "ttg penginapan di sana, insya-Allah kita boleh bincang dengan pelajar di sana. seperti yg saya katakan sebelum ini, kita boleh buat menang-menang program. tak semestinya program ttg cerpen saja, banyak seminar/program kita boleh buat. atau boleh sewa bilik di rumah negeri yg juga asngat murah. rasanya dlm rm20-rm50 semalam...."

Betul tu.. dulu masa saya pergi melawat Mesir (sebelum balik ke Malaysia dari UK), penginapan & pengangkutan disediakan pelajar2 di sana.. siap dengan polis/tentera escort sekali la.. memang best.. tapi tak la pulak kami singgah ke Perpustakaan Alexandria.. hehe..


message 27: by Najibah, mencari cahaya hakikat (last edited Aug 02, 2010 11:45PM) (new)

Najibah Abu Bakar | 2306 comments Mod
Ulya wrote: "Nazmi wrote: "ttg penginapan di sana, insya-Allah kita boleh bincang dengan pelajar di sana. seperti yg saya katakan sebelum ini, kita boleh buat menang-menang program. tak semestinya program ttg c..."

:D

Aidura wrote: "Nor Azzah wrote: "Saya cuma membayar sebanyak lebih kurang RM3 ribu untuk semua perbelanjaan, flight (Egypt Air - selamat alhamdulillah), penginapan (Rumah negeri sarawak), makanan, pengangkutan & ..."

Aidura, tengok pautan sebelah kanan:

group home
bookshelf
discussions
events
photos
invite people
members
polls
group settings


Aidura (sofira) | 1471 comments Najibah wrote: "Ulya wrote: "Nazmi wrote: "ttg penginapan di sana, insya-Allah kita boleh bincang dengan pelajar di sana. seperti yg saya katakan sebelum ini, kita boleh buat menang-menang program. tak semestinya ..."

@najibah, thanks. :)


message 29: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1125 comments Mod
Aidura, dapat cari fotonya?
Kalau tak silap saya, Aidura yang akan pergi mengerjakan umrah pada bulan puasa nanti kan? Kalau berkesempatan, cuba ziarah ke Perpustakaan di Masjid Nabawi, saya ada terbaca di blog, yang perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan menyalin koleksi audia rakaman khutbah, bacaan al-Quran dll yang dirakamkan di Masjid Nabawi. Bolehlah share dengan kami mengenai koleksi buku2 di situ.


Aidura (sofira) | 1471 comments Nor Azzah wrote: "Aidura, dapat cari fotonya?
Kalau tak silap saya, Aidura yang akan pergi mengerjakan umrah pada bulan puasa nanti kan? Kalau berkesempatan, cuba ziarah ke Perpustakaan di Masjid Nabawi, saya ada te..."


@Nor Azzah, bukan saya tapi welma. :)


message 31: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1125 comments Mod
Sori, salah orang.
So, Welma akan pergi mengerjakan umrah pada bulan puasa nanti kan? Kalau berkesempatan, cuba ziarah ke Perpustakaan di Masjid Nabawi, saya ada terbaca di blog, yang perpustakaan ini menyediakan perkhidmatan menyalin koleksi audia rakaman khutbah, bacaan al-Quran dll yang dirakamkan di Masjid Nabawi. Bolehlah share dengan kami mengenai koleksi buku2 di situ.


message 32: by Najibah, mencari cahaya hakikat (new)

Najibah Abu Bakar | 2306 comments Mod
Seronoknya... saya tak sangka ada Perpustakaan Masjid Nabawi. Budaya di masjid ada perpustakaan patut sangat dihidupkan di seluruh dunia Islam.

Betul lah macam kata Puan Nisah, kalau dapat bukukan mengenai jelajah perpustakaan (sekurang-kurangnya perpustakaan dunia Islam), pasti nostalgik.


Kataklicik | 714 comments Masya'allah! Ada library di Masjid Nabawi? Apasal tak pernah orang cerita..?

Saya, bila jumpa Quran terjemahan BM di Masjid Nabawi dan di MasjidilHaram, bukan main kembanggggg rasa di hati... :D


message 34: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1125 comments Mod
Saya pernah singgah di sana semasa menunaikan umrah beberapa tahun lepas, tapi sekadar melihat2 koleksi yang ada & cuma sempat melihat di satu aras saja. Saya dapat maklumat mengenai koleksi audio tu di sini:

http://pustakakita.wordpress.com/2007...

Di masjidil Haram juga ada perpustakaan cuma saya tak pernah tengok dan belum jumpa info yang betul2 bermanfaat.

Di Masjid2 memang sepatutnya ada perpustakaan, sebab di situ selalu diadakan kelas2 pengajian, jadi para jemaah boleh mendapatkan sumber2 ilmu tambahan di perpustakaan yang ada. Jadi, secara tak langsung menggalakkan masyarakat membaca & ada gurunya. Kajian saya di Masjid Al Azim Melaka pada tahun 2003, ia memang menjadi tempat rujukan orang ramai termasuk non-Muslim.

Saya fikir tempat2 ibadah agama lain juga ada perpustakaan sendiri. Ada maklumat?


message 35: by Najibah, mencari cahaya hakikat (new)

Najibah Abu Bakar | 2306 comments Mod
Nor Azzah wrote: "Saya pernah singgah di sana semasa menunaikan umrah beberapa tahun lepas, tapi sekadar melihat2 koleksi yang ada & cuma sempat melihat di satu aras saja. Saya dapat maklumat mengenai koleksi audio ..."

Menarik. Puan Nor buat tesis mengenai perpustakaan rumah ibadah ke?


message 36: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1125 comments Mod
Kajian kecil tentang peranan perpustakaan masjid dalam masyarakat.

Sekarang sedang mencari2 maklumat2 tambahan untuk luaskan sikit skopnya & mencari info tentang perpustakaan di rumah2 ibadah agama lain.

**Panggil saya Azzah saja. Janggal pulak bila dipanggil dengan Nor.


Gdiz | 204 comments Aidura wrote: "Najibah wrote: "Aidura wrote: "sesiapa yg berminat, boleh buat catatan & photo travelog di sana untuk dibukukan. ;)

TRAVELOG: CATATAN KEMBARA ILMU DI ALEXANDRIA"

Aidura, orang fotografi meman..."


hehe. Boleh . ketua fotographernye ialah aidura. Kena la kumpul duit. Tapi bulan puasa ni letak camera jap..raya nnti pegang camera balik ;)


Gdiz | 204 comments Khairul H. wrote: "M'sia punya National Library pun saya tak pernah masuk. Best ke?"

First time sy masuk 3 tahun lepas. Tercangak-cangak saya dalam tu. hehe...Lepas tu xpernah masuk lagi dah.


Emily Iliani (EmilyIliani) Jadi ke aktiviti ini? Tertarik kerana baru-baru ini ada pensyarah yang bercita-cita nak angkut anak-anak murid ke Amarna, Mesir.

Saya nak ikut kalau jadi!


Eimad | 56 comments perpustakaan alexandria terbaik!!5 tingkat.ada bawah tanah juga.tapi lebih kepada pusat pelancongan dari perpustakaan.tapi koleksi bukunya tidak kurang hebatnya.


Nazmi Yaakub | 1422 comments Mod
sayang sekali, semasa dihantar ke mesir utk liputan berita di sana, perpustakaan iskandariah ditutup utk elakkan daripada diceroboh penunjuk perasaan.

tapi menariknya, sebahagian penduduk iskandariah membuat kubu manusia utk elakkan drpd menerima nasib yg sama yg diterima oleh muzium kaherah ketika ada yg "hilang akal" ketika orang lain tunjuk perasaan anti mubarak.

ketika lalu perpustakaan itu, terus teringat goodreads malaysia! :)


message 42: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1125 comments Mod
Kawan saya pergi ke Mesir untuk sesi pemilihan buku sempena pesta buku Cairo tahun ni, malangnya terperangkap dalam rusuhan, Book Fair pun dibatalkan. Jadi mereka cuma buat pemilihan buku di dua buah kedai buku, itu pun dah lebih seribu judul. Menakjubkan, penerbitan di Mesir memang banyak setiap tahun..berbanding Malaysia seperti yang disebutkan dalam Bukuku Kubuku..
Tapi mereka sempat juga melawat ke Alex Lib & Lib Univ Iskandariyah..saya belum sempat tengok gambar2nya..


Eimad | 56 comments boleh tahu kedai apa?di mana?virgin di city star kah?


message 44: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1125 comments Mod
Eimad wrote: "boleh tahu kedai apa?di mana?virgin di city star kah?"

Maksud Eimad, kedai mana yg kawan saya pergi ke? Darul Fikr & Dar As Salam, berdekatan Abbas Aqqad.


Eimad | 56 comments itu kawasan kaherah atau iskandariah?


Raimi (sayembara) | 2 comments Bila nak pergi ni?


Bsplayer | 121 comments ni tengah rancang la ni...


Norain (norainmohamadtuhir) | 686 comments Tak dapat nak ikut dah. Tak ada duit dah, sedang disimpan untuk tujuan lain. Tunggu mula kerja nanti baru boleh fikir ke Alex...


message 49: by Nor Azzah, dari khutubkhanah USIM (new)

Nor Azzah (norazzahmomin) | 1125 comments Mod
Eimad wrote: "itu kawasan kaherah atau iskandariah?"

Di Kaherah. Ke iskandariyah cuma untuk melawat Maktabah Iskandariah & Perpustakaan Universiti Iskandariah.
Eimad di Kaherah ke di Askandariah? Tahun lepas saya ke sana tinggal di Kaherah juga, rumah Sarawak.


Eimad | 56 comments dua-dua bukan.tapi lebih dekat dengan Kaherah


back to top

unread topics | mark unread


Authors mentioned in this topic

Mohd Nazmi Yaakub (other topics)